Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Suami Anzalna, Hanif Zaki Pula Mengamuk Di Instagram

0
0

Suami Anzalna, Hanif Zaki Pula Mengamuk Di Instagram




Pelbagai isu yang melanda sejak kontroversi Aliff Aziz dan Afifah Nasir menjadi viral.

Antara yang menjadi bahan jenaka ialah isu karaoke dengan suami orang.

Turut mendapat tempias ialah suami kepada pelakon jelita Anzalna iaitu Hanif Zaki.

Dikatakan ada perempuan yang memuji Hanif Zaki seorang yang kacak dan berseloroh mahu bawa Hanif Zaki ke karaoke.

Ini menyebabkan Hanif Zaki berang dan mengamuk di laman IG.

Ini tulis Hanif Zaki:

Dah lama aku diam. Meh nak ckp sikit. @lailatulhayachi @syfqhnzh tak
payahlah nak kecoh ajak aku karaoke ke apa. Eyh patutnya lelaki yg ajak
perempuan Karaoke kan? Lagi lagi penyanyi. Tapi aku tak reti nak
menyanyi la. Nak pegang anak dara org lagi tak reti.




Mungkin ini hanya gurauan dari perempuan perempuan ini namun ternyata tidak buat Hanif Zaki yang merupakan abang ipar kepada Afifah Nasir.

Bak kata orang, gurauan tak kena tempat.

Sebelum ini Anzalna turut menajdi mangsa kecaman dari orang ramai kerana menggelar isteri Aliff Aziz, Bella sebagai meroyan.

Kemudian, Anzalna telahpun memohon maaf tentang hal itu.

Kini perang mulut masih berlaku antara Aliff Aziz dan juga Afifah Nasir.

Kantoi suruh Afifah pikat Aliff Aziz, pihak produksi dalam keadaan tertekan

0
0

Presiden Persatuan Penerbit Drama Televisyen Malaysia (PVTM) Datuk Jurey Latiff Rosli berpendapat tindakan penerbit drama Izinkan Aku Mencintaimu iaitu Mahligai Serimas berdiam diri sepanjang isu ini hangat diperkatakan adalah tepat.

Jurey berkata, pihak produksi mungkin dalam keadaan tertekan dan sedang fokus menyiapkan drama yang sudah lebih daripada tempoh penggambaran ditetapkan.

“Mereka bukan tidak mahu mengulas tentang isu ini, tapi mereka tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak sama ada Aliff atau Afifah kerana penggambaran masih belum tamat.

“Jika mereka membuat kenyataan dan disalah ertikan mana-mana pihak mungkin akan lebih mengeruhkan keadaan dan kerja mereka lebih sukar.

“Saya percaya mereka juga dalam keadaan tertekan,” ujarnya kepada mStar Online.

Jurey berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan produksi yang dituduh membuat perancangan menjadikan heroin drama itu, iaitu Afifah Nasir sebagai alat memikat Aliff Aziz supaya datang ke lokasi penggambaran.

 

Dunia hiburan dikejutkan apabila Aliff ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu mirip Aliff dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.

Sementara itu, mengulas tentang tuduhan perancangan yang diatur produksi berkenaan, Jurey berkata, mereka bertanggungjawab memastikan pelakon utama berada dalam keadaan baik dan mewujudkan keserasian.

Bagaimanapun, ia tidaklah sampai memaksa mereka untuk bercinta.

“Produksi akan memastikan pelakon utama ada hubungan baik dan tidak bermasam muka, mampu mewujudkan keserasian tapi bukanlah meminta mereka untuk bercinta.

“Seharusnya semua itu hanya di dalam set penggambaran sahaja, apa yang berlaku di luar set adalah tanggungjawab mereka sendiri,” ujarnya.

Berkaitan penggambaran drama yang sudah tertangguh lebih sebulan, Jurey berkata, produksi berkenaan boleh meminta bantuan dan nasihat persatuan jika mereka merupakan ahli PVTM.

Sumber: MStar



Sumber Kantoi suruh Afifah pikat Aliff Aziz, pihak produksi dalam keadaan tertekan

Wany Hasrita genggam ijazah sarjana muda Sains Perubatan

0
0

TAHNIAH buat penyanyi Wany Hasrita akhirnya berjaya menggenggam ijazah sarjana muda Sains Perubatan di Management & Science University (MSU) di Shah Alam, pada Isnin.

Wany turut berkongsi perasaan gembira tersebut di laman Instagramnya lengkap berpakaian konvokesyen dengan keterangan gambar bertulis, “Pau dah grad #msuconvo21”.

Wany, 25, ketika dihubungi berkata, dengan kejayaan ini dia berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana, namun bukan dalam waktu terdekat ini.

“Alhamdulillah syukur, akhirnya saya konvo jugak sekali gus dengan rasminya berjaya memegang segulung ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Perubatan.

 

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya akan tetap menyambung pengajian ke peringkat sarjana namun bukanlah dalam waktu terdekat ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, dia menangguhkan hasrat menyambung pengajian bukan bermakna sudah leka dengan dunia hiburan sebaliknya perlu menyelesaikan beberapa misi yang sudah dijadualkan sebelum ini.

Di satu sisi katanya, pelajaran tidak seharusnya diabaikan kerana dia sendiri tidak boleh meletakkan sasaran sampai bila namanya boleh diterima di bidang seni.

“Saya akan tetap sambung pelajaran, namun saya harus menyelesaikan beberapa projek dan perancangan yang sudah diatur di dalam jadual.

“Justeru untuk tidak menganggu fokus, saya akan selesaikan ia satu persatu,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Wany Hasrita genggam ijazah sarjana muda Sains Perubatan

Kongsi Foto Terlantar Atas Katil Hospital, Peminat Risau Keadaan Kesihatan Isa Khan

Robert Pattinson Tolak Adegan Seks Bersama Anjing

"You Pissed Me Off.." - Kekasih Afifah Mengamuk Dengan Aliff Aziz

0
0

"You Pissed Me Off.." - Kekasih Afifah Mengamuk Dengan Aliff Aziz



Semalam Afifah Nasir ada membuat kenyataan yang amat mengejutkan tentang isu melibatkan dirinya dengan Aliff Aziz.

Memang ramai yang tak sangka dengan pendedahan dari Afifah itu (BACA SINI)

Kemudian, Aliff Aziz pula telah tampil memebri respon dengan mengatakan pendedahan Afifah itu langsung tak masuk akal.

Baca respon Aliff Aziz (DI SINI)

Kali ini, kekasih kepada Afifah iaitu Wan Ariff juga dilihat tidak dapat menahan sabar lagi dan membuat kenyataan di laman IG miliknya.

Ternyata Aliff Aziz telah membuatkan Wan Ariff berang.

Ini komen dari kekasih Afifah ini:

Enough is enough. Time for me to speak up. Im using my personal IG to voice out because I dont know any reporters or bloggers to release what I want to say. @aliffaziz91 im not sure if you were aware or not, but the fact is, you were dancing by yourself. Afifah berani sumpah atas Quran she never had feelings for you. It was all part of the act to entertain your childish behavior. Every text she replied you, was discussed with SOME of the people in that shooting, and I was aware of it . Yes she made a mistake of letting you hold her hand, but that was the only time and she apologized to your wife. If production doesn't want to speak up let them be. They're scared. We tried to settle this peacefully but you still want to argue back. I know how SNEAKY you can be on and off set. Afifah tells me everything without even me having to ask. Go ahead and deny this, Allah sees all. Alhamdulillah, after lock up you apologized to the world for what you did, especially to your wife who doesn't deserve the way you treated her. I respected that. But you pissed ME off, when you included Afifah's name. "Jangan tegakkan benang yang basah"? The truth is not out yet. If you're not satisfied with my statement come talk to me face to face like a man. I will be at your set on Thursday accompanying Afifah.


Semoga mereka dapat berjumpa antara satu sama lain dan menyelesaikan hal ini.

Harap dapat settle masalah yang semakin kusut ini dengan baik.

Sejam Berdialog Tapi Langsung Tak Pandang Pengacara. Bila Ditanya, Jawapannya Buat Ramai Terpana

0
0
Sejam Berdialog Tapi Langsung Tak Pandang Pengacara. Bila Ditanya, Jawapannya Buat Ramai Terpana

Tahun lalu Habib Ali diundang dalam program TV “Eittijahat”, di salah satu stesen TV UEA dlm dialog berkaitan Mu’tamar Ahlussunnah wal jama’ah 2016 di Cechnya. Yang hadir sebagai pengacara di acara itu adalah Nadine Al Badir, penulis liberal asal Saudi yang tidak pernah memakai hijab.

Yang menarik, selama dialog berlangsung (sekitar 1 jam lebih), Habib Ali sama sekali tidak memandang wajah pengacara. Beliau selalu menunduk dan kadang melihat ke tepi. Rupa-rupanya “sikap” Habib Ali menyebabkan pengacara itu kesal.

Di akhir program dia bertanya :

“Habib Ali.. Ini adalah pertemuan kita yang kedua, jujur.. saya sangat menghormati anda, oleh kerana itu saya menutup separuh kepala saya dalam program ini, tapi mengapa selama ini anda selalu menjauhkan pandangan dari wajah saya?”

Habib Ali yang tampak malu dengan pertanyaan itu menjawab :

“Semoga ALLAH memberkati anda dan membalas kebaikan anda.. Pertama saya memang tidak terbiasa memandang wanita yang bukan mahram, Kedua saya tidak memandang wajah anda kerana saya memuliakan dan menghormati anda, dan bukan bererti saya merendahkan anda.

Lelaki yang bersikap sopan dan menghormati seorang wanita tidak akan memandang wajahnya.

Sejam Berdialog, Langsung Tidak Pandang Wajah Pengacara. Bila Ditanya, Jawapannya Buat Pengacara Terpana

Bukankah ALLAH SWT berfirman :

“قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ”

Maksudnya: ‘Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka’.
(QS. An-nur : 30) .

Rasulullah SAW bersabda :

‘Pandangan haram adalah panah beracun dari sekian banyak panah Iblis, siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada ALLAH, ALLAH akan anugerahkan baginya kelazatan iman yang akan ia rasakan dalam hatinya’.” (HR.Ahmad).


Sumber Sejam Berdialog Tapi Langsung Tak Pandang Pengacara. Bila Ditanya, Jawapannya Buat Ramai Terpana

Video makcik kalkulator: “Kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan”

0
0

PETALING JAYA: Jangan tak percaya pengiraannya sepantas kalkulator, mungkin juga lebih cepat berbanding alat pengiraan tersebut.

 

Video makcik kalkulator: "Kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan"

Video makcik kalkulator: “Kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan”

 

 

Jadi tidak hairanlah ramai pelanggan memanggilnya ‘makcik kira laju’, semuanya gara-gara kebolehan luar biasanya itu.

Lebih menarik perhatian, ketika sedang membuat pengiraan beliau akan menyebut satu persatu makanan yang telah dimakan dengan jelas, semuanya ini dibuat untuk mengelak daripada dirinya tersalah kira, seterusnya untuk memuaskan hati pelanggan.

Bibi Ana Abdul Wahid, ketika dihubungi mStar Online berkata beliau cekap mengira bil pelanggan yang makan di kedainya disebabkan pengalaman berniaga selama 32 tahun.

 

“Bisnes lama dah, makcik masak, makcik jual dan makcik kira…semua menu dan harga makcik tahu belaka.

“Bila nak mengira makcik rasa lagi senang guna ‘kepala’, pen dan kertas pun lambat,” katanya.

Wanita berusia 52 tahun ini mendedahkan bahawa ramai yang tidak tahu bahawa beliau mempunyai cara dan formula sendiri untuk memastikan pengiraan dapat dibuat dengan mudah, cepat dan tepat.

Katanya, sejak dulu lagi semua menu di kedai makannya, Kedai Makan Bibi, yang terletak di Kuala Terengganu harganya digenapkan kepada sifir lima bagi memudahkan kiraan.

“Contohnya harga minuman dan makanan di sini semuanya makcik letak RM2, RM2.50, RM3, RM3.50 dan seterusnya, tak ada RM2.60, RM2.70 atau RM2.80.

“Walaupun kedai ini dibuka untuk makan pagi, tapi menunya ada banyak pilihan jadi pengiraan mesti cepat,” katanya.

Bibi Ana berkata antara menu yang ditawarkan adalah nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, pulut kuning, lontong dan banyak lagi.

Selain itu terdapat juga lauk-pauk yang boleh dipilih pelanggan termasuklah daging kambing dan ayam kampung.

Bercerita lebih lanjut, Bibi Ana berkata beliau sudah terbiasa dengan pelanggan yang tidak percaya dengan pengiraan yang sudah dibuat dan akan meminta supaya beliau mengiranya semula.

“Biasanya orang luarlah, orang sini dah tahu dah. Kalau berlaku macam tu makcik akan tunjuk harga di menu dan ulang kira seperti yang diminta.

“Alhamdulillah setakat ini tak ada salah lagi, kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan,” katanya berseloroh.

Menurut Bibi Ana, selain menetapkan harga sifir lima, beliau juga akan ‘membuang’ menggunakan titik perpuluhan semasa mengira bagi memudahkan pendaraban.

Disebabkan beliau mengira dengan suara yang kuat, ramai yang menyangka harga makanan di kedainya mahal.

“Pernah pelanggan ingat harga makanan dan minuman yang dipesan adalah RM360, padahal harga sebenarnya RM36 sahaja.

“Mungkin sebab dia ingat lauk kambing yang dimakannya tu mahal dan dia pun betul-betul keluarkan duit RM300 dan teraba-raba cari lagi RM60,” imbasnya.

 

Sumber: Mstar



Sumber Video makcik kalkulator: “Kalau salah beritahu makcik, makcik belanja makan”

Pemilik baju raya Hello Kitty hasilkan gulai lemak warna pink pula!

0
0

Mungkin ada yang terkejut bila melihat ‘air sirap bandung‘ dicampurkan dengan nasi putih.

Digaul pula bersama ayam goreng kunyit dan sayur, pasti ramai tertanya-tanya apakah ini masakan yang sedang ‘trending’ pada masa ini.

Jangan fikir yang bukan-bukan kerana air berwarna merah jambu itu sebenarnya adalah kuah gulai masak lemak.

Beberapa gambar makanan dan minuman, termasuk gerai yang menjual sajian itu berwarna merah jambu telah tular di media sosial.

 

Malah, pinggan dan sudu yang digunakan pelanggan untuk menjamu selera di premis tersebut juga turut berwarna sama.

Pemilik baju raya Hello Kitty hasilkan gulai lemak warna pink pula!

Pemilik baju raya Hello Kitty hasilkan gulai lemak warna pink pula!

Pengusaha gerai makan yang terletak di medan selera Jalan Duta di Kuala Lumpur itu tampil menjelaskan bahawa gulai lemak merah jambu itu sebenarnya adalah masakan sayur bayam dicampur dengan ubi keledek.

 

Pemilik baju raya Hello Kitty hasilkan gulai lemak warna pink pula!

Pemilik baju raya Hello Kitty hasilkan gulai lemak warna pink pula!

 

 

 

“Air masakan sayur bayam sebenarnya berwarna merah. Warna merah jambu itu terhasil bila lemak santan yang berwarna putih dicampurkan dengan air merah sayur bayam,” kata Yus Amina Mohd Zawizah kepada mStar Online.

Lebih dikenali sebagai Afina, usahawan berusia 27 tahun itu sebelum ini menjadi perhatian netizen selepas gambarnya bersama anak perempuan memakai baju raya berkonsepkan Hello Kitty dimuat naik di laman sosial.

Penangan baju raya Hello Kitty itu menyaksikan kesanggupan seorang lelaki bergelar Datuk Z membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.

Disebabkan kontroversi baju Hello Kitty,  Afina berkata, ia memberi idea kepada beliau untuk mengusahakan gerai makan sejak dua minggu lalu.

“Selama ini orang asyik tanya nak beli baju Hello Kitty sampai saya pun dipanggil kakak Hello Kitty ke mana-mana saya pergi.

“Jadi saya alihkan tumpuan mereka dengan membuka gerai Hello Kitty. Tak perlu tanya pasal baju lagi, tapi kalau mereka nak rasa makanan Hello Kitty, mereka boleh datang ke gerai,” katanya mengenai gerai yang dibuka seawal 6 pagi sehingga 2 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Menurut anak kelahiran Kelantan ini, menu yang diperkenalkan adalah hidangan sarapan pagi iaitu nasi lemak bersama air di mana nasinya berwarna merah jambu.

Tambahnya, nasi berlaukkan ayam goreng kunyit bersama sayur bayam gulai masak lemak merah jambu pula untuk sajian tengah hari.

“Semua menu dijual pada harga berpatutan, dan pelanggan akan diberikan air percuma, iaitu air teh ‘o’ untuk set sarapan pagi dan air Hello Kitty (air strawberi) bagi set makanan tengah hari,” kata Afina sambil menambah antara lain yang dijual adalah roti jala.

Sumber: Mstar



Sumber Pemilik baju raya Hello Kitty hasilkan gulai lemak warna pink pula!

“Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff, kalau tak puas hati mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki” – Kekasih Afifah Nasir

0
0

KONTROVERSI antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir nampaknya terus berpanjangan apabila kekasih aktres berkenaan pula bengang dengan sikap pelakon lelaki itu.

 

"Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff, kalau tak puas hati mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki" - Kekasih Afifah Nasir

“Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff, kalau tak puas hati mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki” – Kekasih Afifah Nasir

 

 

Wan atau nama sebenarnya Wan Ariff Azhar, 24, berkata, teman wanitanya itu bercakap benar dan berani bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan kepada Aliff.

“Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu (Aliff).

“Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya, tapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu. Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tapi kamu pula mempersoalkannya,” ujar Wan Arif.

 

Dia mengulas kenyataan yang diberikan oleh Aliff bahawa apa yang didedahkan oleh Afifah dalam sidang media pada Isnin lalu sebagai mengarul dan tidak masuk akal.

Aliff memberi kenyataan kepada sebuah media menganggap Afifah tidak bercakap benar dan cuba mengaitkan pihak produksi dalam hal tersebut.

Afifah Nasir menakwa dijadikan sebagai alat pihak produksi.

Sementara itu tambah Wan Ariff, Afifah sentiasa memaklumkan kepadanya tentang sikap Aliff sepanjang penggambaran berlangsung.

Pada 27 Julai lalu, dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.

Dalam pada itu Ariff meminta pelakon itu bertemu dengannya secara berhadapan jika berasa tidak puas hati dengan kenyataan yang diberikan pada sidang media dilakukan Afifah pada Isnin.

“Kalau tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki. Saya akan berada di set penggambaran pada Khamis ini bagi menemani Afifah,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber “Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff, kalau tak puas hati mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki” – Kekasih Afifah Nasir

Video: Inspektor hanya berseluar dalam dicekup dalam tandas wanita

0
0

Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan dengan hanya berseluar dalam di dalam sebuah tandas wanita di sebuah pusat membeli-belah dekat sini, Isnin.

 

Video: Inspektor hanya berseluar dalam dicekup dalam tandas wanita

Video: Inspektor hanya berseluar dalam dicekup dalam tandas wanita

 

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan telah dibuat dalam satu kenyataan di laman Facebook PDRM Kedah pada Isnin.

Beliau berkata polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki sedang mencetuskan huru-hara di pusat membeli-belah tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin.

Sebaik tiba di pusat membeli-belah itu, polis menahan lelaki tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat empat.

 

Pemeriksaan lanjut mendapati beg milik lelaki itu mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram.

Aris berkata lelaki itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebuah video menunjukkan seorang wanita dalam keadaan marah bertanya kepada suspek mengenai perbuatannya, menjadi viral di Facebook pada Isnin.

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu sedang merakam aksinya di dalam tandas.

Wanita itu masih belum membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

 

Sumber: Mstar

 



Sumber Video: Inspektor hanya berseluar dalam dicekup dalam tandas wanita

Engku Emran Bakal Nikahi Laudya Cynthia Bella

0
0
Engku Emran Bakal Nikahi Laudya Cynthia Bella

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Personaliti media tanah air, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal menikahi pelakon ternama dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

Pasangan yang selama ini meninggalkan tanda tanya dalam kalangan media dan peminat mengenai hubungan mereka, difahamkan akan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah secara tertutup di sebuah tempat yang dirahsiakan di ibu negara.

Menurut sumber , Engku Emran, 42, dan Bella, 29, memilih untuk berkahwin secara sederhana di Kuala Lumpur dan bukannya di Jakarta, Indonesia lapor UTUSAN ONLINE.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang pertengahan September, mereka akan bernikah di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja,” kata sumber itu kepada yang enggan namanya didedahkan.

Pasangan itu sebelum ini sering memberi bayangan yang mereka berdua mempunyai hubungan yang rapat dalam laman sosial masing-masing tetapi kedua-duanya memilih untuk menutup mulut setiap kali ditanya oleh wartawan.

Antara gambaran keakraban mereka adalah sekeping gambar di laman Instagram Bella dengan kapsyen: “Im blessed and thank u Allah for Every day, Everything, and E (saya bersyukur dan terima kasih Allah untuk setiap hari, segala-galanya dan E (merujuk pada Engku Emran),” tulis Bella dan menambahkan emoji love di akhir tulisannya.

Difahamkan selepas serius untuk menyunting Bella sebagai isteri, Engku Emran berlepas ke Jakarta untuk bertemu ibu dan ayah wanita berdarah Sunda yang mempunyai jumlah pengikut seramai 17.2 juta orang di laman sosial Instagram itu.

Engku Emran dan Bella diperkenalkan antara satu sama lain oleh pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned sekitar Mac lalu.

Selepas lebih lima bulan menjalin hubungan jarak jauh, Engku Emran dan Bella memilih untuk disatukan sebagai suami isteri selepas mengenali hati budi dan karakter masing-masing.

“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek,” ujar sumber itu sambil memberitahu Engku Emran dan Bella juga tidak mengikat tali pertunangan seperti yang lazim dilakukan oleh kebanyakan pasangan.

Bella merupakan artis wanita yang sangat masyhur di Indonesia dan sudah membintangi banyak filem popular termasuk Syurga Yang Tak Dirindukan 2 yang ditayangkan di Malaysia baru-baru ini.

Turut difahamkan, Engku Emran juga sudah memperkenalkan bakal isterinya itu kepada anak perempuannya, Engku Aleesya, 8.

“Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,” ujar sumber itu lagi.

Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan pertamanya dengan artis ternama, Erra Fazira.


Sumber Engku Emran Bakal Nikahi Laudya Cynthia Bella

Video: “Kesian siapa yang suka percaya fitnah” – Faye Kusairi

“Wow! Macam ada kuasa luar biasa!” – Pelajar punyai masalah pembelajaran berjaya lukis salasilah keluarga Ultraman dalam buku latihan

0
0

Ibarat mempunyai ‘kuasa’ luar biasa, seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran berjaya ‘menterjemahkan’ salasilah keluarga adiwira Ultraman dari dunia imaginasinya ke dalam sebuah buku latihan.

 

 

"Wow! Macam ada kuasa luar biasa!" - Pelajar punyai masalah pembelajaran berjaya lukis salasilah keluarga Ultraman dalam buku latihan

“Wow! Macam ada kuasa luar biasa!” – Pelajar punyai masalah pembelajaran berjaya lukis salasilah keluarga Ultraman dalam buku latihan

 

Muhammad Amsyar Anas Ramlee, 18, membuatkan netizen terlopong seketika apabila mereka melihat lukisan keluarga besar Ultraman yang dilukisnya tular di media sosial.

Rata-rata memuji lukisan tersebut yang dilihat kemas dan dihasilkan dengan cukup teliti.

 

Hasil karya pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Sungai Petani, Kedah itu telah dimuat naik di Facebook oleh gurunya, Nurul Izani Ainun Ahmad Zani, 30, pagi Isnin, yang turut kagum dengan bakat anak didiknya itu.

Ketika dihubungi mStar Online, Nurul Izani Ainun berkata beliau sudah lama mengesan minat dan bakat pelajar autistiknya itu tetapi tidak menyangka anak didiknya itu mempunyai koleksi lukisan adiwira yang sangat banyak dan bermacam saiz.

“Dari awal tahun saya perasan dia suka melukis tapi tak sangka pula dia ada banyak koleksi.

“Selalunya saya nampak dia lukis adiwira bersaiz besar saja, tapi bila saya ternampak dia lukis yang kecil-kecil tu dan jumlahnya banyak, saya terus minta untuk ambil gambar dan kongsi di Facebook,” katanya.

Menurut guru subjek Literasi Komputer ini, pelajar tingkatan empat berkenaan telah mengumpulkan watak-watak adiwira kegemarannya seperti Ultraman dan Power Rangers yang dilukisanya di dalam buku latihan khas.

“Pertama kali saya nampak lukisan kecil-kecil tu tu, saya terus kata ‘wow banyaknya awak lukis’.

“Saya sedar dia minat melukis bila dia selalu jadi pelajar paling awal masuk kelas saya dan keluar paling lambat semata-mata nak guna komputer buat rujukan gambar adiwira sebelum mula melukis,” katanya.

Berbeza dengan pelajar normal, Nurul Izani Ainun berkata pelajar autistik atau kategori masalah pembelajaran mungkin ketinggalan dari segi akademik tetapi mempunyai kelebihan lain.

“Sebab tu tak ada rasa nak marah malah saya izinkan dia guna komputer, pelajar istimewa ni memang biasanya ada satu kelebihan atau kecenderungan dalam satu bidang dan kita kena pupuk minat mereka,” katanya.

Mengenai karektor Muhammad Amsyar Anas, beliau berkata pelajarnya itu adalah seorang yang peramah, pandai menguruskan diri sendiri dan tidak mempunyai masalah disiplin.

“Dia suka tegur semua cikgu, yang kenal atau tak kenal semua dia sapa ‘hai’, begitu juga pelajar lain,” katanya.

Beliau berkata sekolah tersebut yang memberi fokus dalam bidang kemahiran baru sahaja dibuka pada tahun ini dan menempatkan pelajar tingkatan empat dan lima yang mempunyai masalah pembelajaran dan pelajar kurang upaya.

Berumur 16 tahun ke atas dan tidak lebih 21 tahun, pandai menguruskan diri sendiri adalah antara syarat untuk masuk ke sekolah berasrama ini.

Sumber: Mstar



Sumber “Wow! Macam ada kuasa luar biasa!” – Pelajar punyai masalah pembelajaran berjaya lukis salasilah keluarga Ultraman dalam buku latihan

“Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??” – Siti Sarah kongsi detik perkenalan dengan Shuib, netizen sebak


Terkejut Anu Dihisap Ketika Tidur, Lelaki Bangun Lalu Membunuh Rakannya

0
0
Terkejut Anu Dihisap Ketika Tidur, Lelaki Bangun Lalu Membunuh Rakannya

Seorang lelaki dikenali sebagai M Nasir,42, dihadapkan ke mahkamah Pengadilan Negeri Tanjungkarang, Indonesia setelah didakwa membunuh rakannya bernama Bambang.

Pertuduhan dibacakan pada 3 Ogos 2017 di hadapan hakim Qori Mustikawati dengan pertuduhan iaitu membunuh dengan sengaja, dan penganiayaan sehingga menghilangkan nyawa.

Menurut M Nasir, dia tidak dapat menerima tindakan rakannya Bambang Irawan (si mati) yang telah menghisap kemaluannya ketika dia sedang tertidur.

Peristiwa ini terjadi pada 26 November 2014 lepas ketika M Nasir berkunjung ke warung milik Bambang di Jalan Yas Sudorso, Kelurahan Panjang Utara, Panjang.

M Nasir yang baru datang dari Bogor dikatakan menziarahi rakan sekolahnya iaitu Bambang di samping ingin menumpang untuk beristirehat.

Setelah beberapa jam tertidur, M Nasir merasakan ada sesuatu yang bergerak di kelangkangnya dan ketika M Nasir membuka matanya ternyata Bambang sedang asyik menghisap kemaluannya.

Terkejut dengan insiden itu, M Nasir lantas menendang Bambang lalu berlari keluar dari bilik rumah yang ditumpanginya.

Bambang tidak berputus asa lalu turut berlari untuk mengejar M Nasir dan setelah berjaya mengejar, Bambang cuba untuk memeluk M Nasir.

Ketika M Nasir cuba meronta, ternyata Bambang tetap mahu berkeras agar M Nasir tidak melepaskan diri lagi.

Berang dengan tindakan Bambang, akhirnya M Nasir mengambil sebiji batu lalu menghentak kepala Bambang yang akhirnya menamatkan riwayatnya.


Sumber Terkejut Anu Dihisap Ketika Tidur, Lelaki Bangun Lalu Membunuh Rakannya

“Comelnya Mohamad Ayden Adrean!” – Peminat jatuh hati dengan anak Aliff Aziz dan Bella

Tony Fernandes lantik pelakon Raline Shah sebagai Pengarah AirAsia Indonesia

0
0

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes mengumumkan syarikat penerbangan tersebut melantik pelakon Raline Shah sebagai pengarah baharu PT AirAsia Indonesia. 

Menurut laporan The Star, pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagramnya pada Isnin dengan memuat naik foto bersama pelakon tersebut. 

“Pengarah baru di AirAsia Indonesia @ralineshah. Bijak kreatif rendah diri. Jawatan yang sudah bersedia untuk syarikat kami di IPO,” tulis Tony. 

Namun begitu, Tony tidak menyatakan posisi jawatan sebenar yang dipenuhi Raline. Wakil dari AirAsia Indonesia, Baskoro Adiwiyono juga tidak memberi maklum balas terhadap persoalan tentang pelantikan pelakon wanita itu. 

 
Tony Fernandes lantik pelakon Raline Shah sebagai Pengarah AirAsia Indonesia

Tony Fernandes lantik pelakon Raline Shah sebagai Pengarah AirAsia Indonesia

Foto bersama Raline yang menimbulkan persoalan tentang jawatan sebenar pelakon tersebut. Foto Instagram: @tonyfernandes.

Raline dilahirkan di Jakarta pada 4 Mac 1984 dan menetap di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. 

Dia merupakan pelakon dan model terkenal. 

Kehadirannya mula disedari sejak memasuki pertandingan Putri Indonesia pada tahun 2008 dan memenangi anugerah peserta paling digemari. 

Antara filem yang dibintangi Raline iala 5 CM, 99 Cahaya Di Langit Eropa, Supernova dan terbaru Surga Yang Tidak Dirindukan 2 yang ditayangkan pada awal tahun ini.

Wanita berusia 33 tahun ini telah menamatkan pelajaran di National University of Singapore dalam jurusan Ijazah Muda Sastera Sains Politik.

Syarikat penerbangan Malaysia ini merancang untuk menggabungkan perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

Namun, menurut laporan Kompas.com, rancangan ini tidak selaras dengan peraturan di Indonesia. 

AirAsia kini mempunyai cawagan di Indonesia, Filipina dan Thailand. Manakala lokasi bagi pusat utama penerbangan ini terletak di Kuala Lumpur. 

Sumber: Jakarta Post / Rangkaian Berita Asia / 

Sumber: Mstar



Sumber Tony Fernandes lantik pelakon Raline Shah sebagai Pengarah AirAsia Indonesia

Kek hari jadi paling epik dari isteri untuk suami, bentuk kubur dan kotak rokok!

“Jangan mainkan cinta saya boleh tak?” – Cikgu hensem dapat surat cinta, gara-gara senyum pada pelajar lain

0
0
"Jangan mainkan cinta saya boleh tak?" - Cikgu hensem dapat surat cinta, gara-gara senyum pada pelajar lain

“Jangan mainkan cinta saya boleh tak?” – Cikgu hensem dapat surat cinta, gara-gara senyum pada pelajar lain

Gara-gara cemburu cikgu memberikan senyuman kepada pelajar lain, pelajar tahun 5 yang dikenali sebagai Fatimah ini memberikan surat cinta kepada cikgunya. Kandungan surat cinta yang mencuit hati itu betul-betul buat netizen terhibur. Sakit hati sampai tak datang sekolah.

Patutlah Fatimah cemburu, Cikgu Hanafi ini memang handsome betul!

 

Surat cinta buat cikgu handsome

Surat cinta Fatimah yang baru darjah 5 kepada Cikgu Hanafi ini menjadi viral di facebook gara-gara isi suratnya yang kelakar. Semuanya kerana cemburu Cikgu Hanafi senyum kepada rakan sekelasnya, Shila. Cikgu senyum pun jadi hal ye adik-adik sekarang?

Sakit hati sampai tak datang sekolah

Lagi! Kes cikgu kacak! Bhahahahahaha.. adoi lawak la budak2 ni, cikgu senyum pun jadi hal. Senyum je trus couple la ya? Mcm ni tak boleh senyum la. Bhahahahaha.. siap tak dtg sekolah lagi sbb sakit hati cikgu senyum kt orang lain. Lol lawak la awk Fatimah!!!! Oii..

sumber : Viral D Viral

Sumber: Oh Bulan



Sumber “Jangan mainkan cinta saya boleh tak?” – Cikgu hensem dapat surat cinta, gara-gara senyum pada pelajar lain
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live