Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Kisah Pasangan Kekasih Check In Di Hotel

$
0
0


Kisah Pasangan Kekasih Check In Di Hotel
Saya nak cerita pengalaman teman kelas saya yang bernama Andy beberapa tahun lalu. Pada malam minggu, Andy bersama kekasih gelapnya Lucy, dengan check in di salah satu hotel transit di sebuah daerah yang terkenal dengan kepesatan pembangunan di tengah kota raya.
Dipendekkan cerita, Andy dan Lucy masuk ke salah satu bilik yang rolling doornya terbuka sebagai tanda bahawa bilik tersebut kosong. Beberapa saat setelah mereka masuk ke bilik hotel, pintu rolling door pun ditutup oleh pegawai hotel. Kemudian, pasangan yang sedang dimabuk asmara ini pun masuk bilik hotel yang pintunya tidak terkunci.
Sebaik sahaja mereka masuk bilik hotel, Andy dan Lucy masing-masing sudah tak sabar lagi untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan suami isteri. Dengan segera Lucy memeluk Andy dengan sangat erat, dan membisikan kata-kata cinta yang entah sudah berapa kali diucapkan kepada lelaki, “Terima kasih, Andy. Andy nampak hensem malam ini. Lucy sayang Andy. Lucy rindu sangat kat Andy. 3 hari Lucy tak jumpa Andy tau.”
Andy yang dibisiki kata-kata rayuan maut oleh gadis comel seperti Lucy, menjadikan kebat kebit hatinya. Jantungnya berdegup-degup. Matanya terbeliak melihat pemandangan indah depan mata yang sudah jadi miliknya. Nak sahaja ditanggalkan pakaian Lucy. Namun sebelum terjadi pergaulan terlarang, Lucy mengatakan ; “Sabar Andy, Lucy ke bilik mandi dulu ye. Nak mandi, badan Lucy berbau peluh. Tadi sebelum Andy ajak ke sini, Lucy baru selesai bersenam.” Lucy pun masuk ke bilik mandi. Sejurus kemudian, ia keluar bilik mandi dan mengatakan ; “Andy, sabun di bilik mandi habis, boleh tak Andy suruh pegawai hotel belikan sabun L yang biasa Lucy pakai? Biar badanku wangi, biar Andy puas juga. Sabar sebentar ye Andy, tolong ye.”
Andy menjawab “Baiklah sayang. takpe. Andy masih boleh tahan. Walaupun ia sudah bangun. Sebentar ye. Andy keluar dulu. Nak suruh pegawai hotel beli sabun L kejap.”
Sampai sahaja di luar, kelihatan ada seorang pegawai. Andy memanggilnya, dan berbual sebentar. Ia mengatakan ; “Encik, sabun di bilik mandi habis. Boleh tolong belikan sabun di minimarket sebelah hotel ni? Sabun L ye.” Pegawai hotel sambil menerima wang dari Andy mengatakan “Encik, pagi tadi saya sudah isi sabunnya penuh. Macam mana sudah habis ye? Jangan-jangan ada hantu mandi disitu tak? Sebab 2 minggu lalu ada wanita mati di bunuh di bilik itu. Sebenarnya bilik itu tidak di pakai kerana masih dalam siasatan oleh pihak polis. Tapi kerana bilik lain penuh, kami sewakan saja dan kami bersihkan dan rapikan biliknya. Sebab tetamu ramai, rezeki jangan ditolak.”
Andy yang mendengar cerita pegawai hotel tersebut terus beransur. Bulu romanya meremang. Segera ia balik ke bilik, melihat Lucy kekasih gelapnya sudah terbaring tidur dibalik selimut dengan pakaian seadanya. Andy mengatakan ; “Sayang, cepat pakai baju. Kita check out sahaja malam ni juga. Sabun di bilik mandi tadi pagi sudah diganti baru, tapi tak tahu kenapa boleh habis. Mungkin ada hantu yang mandi. 2 minggu lalu ada wanita di bunuh dibilik ini. Ish! seramnya.. Aku jadi meremang. Fikiran Andy yang penuh ke gairahan berganti bayangan hantu yang ada di bilik ini.”
Lucy mendengar cerita Andy segera melompat keluar dari selimut. Tidak sampai 2 minit, mereka sudah ada di dalam kereta untuk segera pergi jauh dari hotel transit tersebut.
Gagal sudah rancangan antara Andy dan Lucy malam itu. Hahaha

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>