Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Datuk Siti Nurhaliza Lancar Jenama Creacion: Misi Mencari Pereka Muda

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Artis nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah melancarkan jenama pakaiannya yang diberi nama Creacion By Siti Nurhaliza.  

Semalam telah dipertontonkan kepada hampir 500 tetamu yang hadir koleksi ready-to-wear yang memaparkan imej kasual dan minimal.  

Image may be NSFW.
Clik here to view.


Menurut Siti, buat permulaan ini dia memilih gaya yang sederhana dan menggunakan warna-warna asas.  Ini kerana Siti berasakan pakaian beginilah yang lebih mudah digayakan dengan apa-apa baju sahaja.    

"Setiap bulan nanti akan ada rekaan-rekaan baru lagi terutama menjelang hari raya.  Namun yang penting ready-to-wear ini bukan dikhususkan kepada orang Islam sahaja tetapi juga semua bangsa, peringkat umur dan latar belakang.  Harga yang ditawarkan juga adalah mampu dibeli," ujarnya.  

Baca: "Izara Seorang Yang Menyenangkan" - Datuk Siti Nurhaliza


Selain itu, bersempena dengan koleksi-koleksi baru yang akan diperkenalkan, Siti turut membuka peluang kepada pereka-pereka muda untuk berkerjasama dengan Creacion.   

"Pencarian ini akan bermula  dengan tujuan untuk membuka peluang dan mencari idea-idea baru daripada pereka-pereka muda.  Info lanjut mengenai pencarian ini akan diberitahu kemudian," ujarnya.  

Koleksi Creacion by Siti Nurhaliza ini mempunyai sebuah butik fizikal di Jakel Mall, Kuala Lumpur.  

 

Baca di website


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>