Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Search & Penganjur Mohon Maaf: Konsert SEARCH 35 Ditangguhkan

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Kumpulan legenda tanah air, Search yang bakal mengadakan konsert 35 tahun istimewa mereka pada 9 April depan bertempat di Stadium Merdeka bagaimanapun terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Ini kerana menurut pihak penganjur Konsert SEARCH 35 AFJETS Sdn Bhd bersama kumpulan tersebut telah mengambil keputusan di atas faktor keselamatan para pengunjung dan keadaan persekitaran lokasi konsert berkenaan.

Baca: KONSERT SEARCH DAPAT TAJAAN RM2 JUTA

Pun begitu, tiket-tiket yang telah dibeli peminat masih boleh digunakan disamping mendapat hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penganjur dan kumpulan Search.

Pihak penganjur dan Search memohon maaf di atas segala kesulitan dan berjanji akan memberikan yang terbaik sempena menyambut ulang tahun Search yang ke 35 ini.

Untuk info lanjut boleh ikuti perkembangan Konsert SEARCH 35  di website http://ift.tt/1XmvSe0, Facebook Fenomena Search, Amysearch,  Instagram Fenomena Search, AkuAmySearch dan Twitter Fenomena Search

#search35 #since1981
#demicintakupdamu

Baca di website


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>