Taktik yang digunakan oleh sindiket ini ialah dengan mengiklankan penjualan kereta jenis Perodua Kelisa dengan harga yang murah di laman web mudah.my . Mangsa yang terpedaya akan menghubungi suspek bagi tujuan urusniaga dan kemudian suspek meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank CIMB Bank bernombor 7617813543 atas nama Sugianto bin Samuen. Selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan, suspek terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.
Setakat ini, pihak polis telah menerima sebanyak tiga laporan polis di Selangor dan satu di Pahang berkaitan kes tersebut. Oleh itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor menasihatkan orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran murah ini dan boleh menghubungi polis jika terdapat sebarang kemusykilan.
Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu mangsa dengan menawarkan penjualan kereta yang tidak wujud.
Sila hebahkan tentang kegiatan ini.
Sila hebahkan tentang kegiatan ini.
Dikeluarkan Oleh:
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL (JSJK) SELANGOR.
JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL (JSJK) SELANGOR.