MUNGKIN tertekan, beberapa jam lepas, aktres popular era 1990-an, Lydiawati telah memuat naik dua video menunjukkan bagaimana dia nekad membelasah seorang wanita menerusi akaun Facebook miliknya.
Identiti wanita yang dibelasah oleh pelakon ini atau nama sebenarnya Salina Saimon, bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti sekali gus menimbulkan spekulasi mungkinkah inilah pengkid yang sering mengganggu dirinya.
Terdahulu, Lydiawati mendakwa tidak tahan sering diganggu dengan panggilan dan teks lucah daripada peminat pengkid berusia sekitar 40-an yang mendakwa dirinya kerabat diraja Brunei dan mempunyai gelaran Tuanku ‘S’.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

Menurut Lydiawati, ramai artis yang diganggu individu yang sama, malah katanya dia telah diganggu selama dua tahun. Kes ini juga khabarnya sudah menjadi kes polis selepas Lydiawati mengesahkan ada membuat laporan.
Beliau memberitahu, polis sedang cari wanita tersebut, yang khabarnya sudah melarikan diri. Itulah, siapa suruh kacau orang! Mungkin apa dilakukan kali ini oleh wanita itu sangat melampau hingga Lydiawati hilang kesabaran.
Rata-rata netizen yang memberi komen di Facebook Lydiawati menyokong tindakan pelakon itu sebagai satu cara pengajaran kepada wanita tersebut dan sesiapa yang bersikap kurang ajar sepertinya. – Sumber MYNEWSHUB.CC