Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Pramugari EgyptAir ‘ramal’ kematian sendiri pada 2014

Pramugari EgyptAir ‘ramal’ kematian sendiri pada 2014

 

Empat bulan selepas menjadi pramugari dengan EgyptAir pada Mei 2014, Samar Ezz Deen memuatnaik ke dalam laman Facebooknya gambar menunjukkan seorang pramugari berjalan di dalam air sambil menarik beg sementara imej sebuah kapal terbang menjunam kelihatan di belakang.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pramugari EgyptAir 'ramal' kematian sendiri pada 2014

Pramugari EgyptAir ‘ramal’ kematian sendiri pada 2014

Samar, 27, ialah antara 66 orang yang terbunuh Khamis lalu apabila pesawat Airbus A320 milik EgyptAir terhempas di Laut Meditteranean selepas berlepas dari Paris untuk penerbangan menuju Kaherah.

Enam kru lain, tiga kakitangan keselamatan dan 56 penumpang adalah antara mangsa.

Secara kebetulan, Samar mati tepat dua tahun selepas menjadi kakitangan syarikat penerbangan kebangsaan Mesir itu.

Seorang rakan, Tamer Abdou berkata, Samar seolah-olah sudah meramalkan kematiannya.

Sumber :Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>