Clik here to view.

bekam bayi – sumber gambar dari griyaterapisehatmadiun.wordpress.com
Bekam Bayi???!
Saya terbaca berita SH seseorang telah melakukan bekam ke atas bayi kecilnya atas dakwaan itu sunnah Rasulullah s.a.w. Saya tidak pasti apakah berita itu tersalah lapor ataupun memang demikian yang berlaku. Apa yang saya amat bimbang jika ada pembaca yang kurang maklumat akan tersalah faham terhadap baginda Nabi s.a.w. Mereka akan mempercayai kononnya, Nabi s.a.w menyuruh ibubapa membekam bayi kecil walaupun tanpa sebarang sebab yang jelas. Itu sama sekali tidak benar. Ia boleh menyebabkan salah faham terhadap sunnah Nabi s.a.w. kelihatan baginda kejam serta tidak saintifik.
Dalam riwayat hadis yang sahih, Nabi s.a.w itu berbekam disebabkan kesakitan kepala baginda. Bukan sengaja dilakukan tanpa sebarang penyakit. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ احتجم وهو مُحرمٌ في رأسهِ، من شقيقةٍ كانتْ بهِ .
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w itu berbekam ketika berihram di kepala baginda disebabkan sakit yang ada padanya” (Riwayat al-Bukhari).
Kehendak mengikuti sunnah sesuatu yang baik, namun hendaklah juga difahami konteks sesuatu sunnah yang dipraktikkan oleh baginda s.a.w. itu supaya tidak tersalah tafsir.
Sumber: Dr Maza