Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

BUKAN SUNDAL MALAM: Dia pelacur yang jadi idaman pelanggan…

Judul: BUKAN SUNDAL MALAM
Penulis: KHAIRUL ZAMAN KHOBIN
Penerbit: BUKU POJOK

BAB 3 (bahagian 2):

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dia pelacur yang jadi idaman pelanggan...

Dia pelacur yang jadi idaman pelanggan…

Apa yang dilakukan Timah berkali-kali ditegur jirannya. Namun, dia dah lali dengan segala umpat maki orang kampung dan membiarkan dirinya sendiri hanyut dalam dunia ‘halal’ buatannya itu. Pekakkan telinga ialah pilihannya walaupun dalam hati, berapa ribu calar hanya dia yang rasai.

Malam itu, Timah sedang bersiap-siap untuk keluar bekerja. Dia mengenakan pakaian yang nampak ketat sehinggakan boleh menjadi panah kepada mata-mata jantan miang. Seksi gila! Jantan miang selalunya tidak susah untuk ditarik Timah kerana dia ada kecantikan yang didambakan lelaki.

Dia juga ada kekuatan dalam kata-katanya. Senang cakap, dia pandai berkata-kata. Keramahannya dan kesudian memenuhi permintaan pelanggannya yang mempunyai kecanduan seks yang pelbagai menyebabkan Timah disukai ramai pelanggan. Timah memang seorang pelacur yang memang menjadi idaman kesemua pelanggan.

Dari golongan korporat sehinggakan ke ahli politik yang terkenal, mereka sudah merasakan keenakan badan Timah yang sukar digambarkan dengan kata-kata itu. Timah tidak pernah merasakan kehidupannya pelik dan jelik. Dia rasakan dia sudah ditakdirkan untuk menjadi sebegitu rupa.

“Apa yang Tuhan bagi, aku terima. Semua jalan yang aku hadapi ialah takdir. Jika Tuhan itu adil dan mahu memurkai aku, dia seharusnya tidak mencipta takdir sebegini untuk aku,” katanya suatu ketika dulu apabila seorang rakannya bertanya tentang kerjayanya.

Jika dalam keadaan sebegitu, dengan mandi wajib yang tidak pernah dia lakukan, juga hubungan dengan pelbagai warna dan saiz, sudah tentu Timah hanya kekal Melayu pada nama sahaja. Dia hanya Islam di kad pengenalan.

Dia sedar bahawa apa yang dilakukan adalah dosa. Cuma dia seperti manusia sesat yang lain. Ayat klise yang selalu dia gunakan apabila menangkis kata-kata orang kampung ialah belum sampai masa untuk dia menerima hidayah dari Allah s.w.t. Klise, bukan?

Hakim duduk di katil, menceritakan apa yang dia telah buat di tengah sawah tadi semasa bersama dengan Anis. Kakaknya hanya diam mendengar Hakim menghabiskan kata-katanya dalam nada kecewa dan bersalah. Seolah-olah Anislah yang bersalah dalam kisah cinta mereka. Kakaknya tidak pernah tahu, Hakim sebenarnya pandai berlakon.

“Itulah kau. Dah dapat rasa badan dia sedap-sedap, berubah hati pulak dah. Kau tak patutlah tinggalkan dia!” kakaknya cuba menasihat seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Tetapi itulah manusia zaman sekarang.

“Bukan macam tu,” Hakim cuba bela diri.

Manusia zaman sekarang ramai yang boleh bercakap tentang agama. Tetapi ramai di luar sana tidak mampu untuk mengamalkan apa yang disampaikan agama. Banyak orang banyak ragam.

Pelbagai karenah manusia ada dalam dunia. Timah adalah salah satu contoh karenah manusia yang ditakdirkan berada dalam salah satu golongan manusia sepertimana yang disebut oleh Sheikh Qadi Al-Jailani.

Sheikh Qadi Al-Jailani pernah berpesan kepada kita bahawa ada empat jenis manusia dalam dunia ini. Pertamanya adalah manusia yang mempunyai lisan dan hati, senang membuat perkara maksiat dan penipuan. Golongan ini seharusnya harus dijauhi kerana mereka adalah golongan yang bakal mendapat azab kelak. Keduanya, manusia yang ada lisan tetapi tidak mempunyai hati. Manusia ini suka bercakap tentang ilmu agama tetapi mereka tidak mengamalkannya. Ini juga antara golongan yang seharusnya dijauhkan.

Golongan yang ketiga, manusia yang ada hati tetapi tidak pandai berkata-kata pula adalah golongan yang beriman tetapi tidak mampu untuk menyampaikan ilmunya. Golongan terakhir pula ialah golongan manusia yang ada ilmu, mengamalkan ilmunya serta mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Golongan manusia ketiga dan keempat ini adalah golongan yang baik dan boleh didekati.

Jika diamati betul-betul, Timah termasuk dalam dua golongan pertama. Namun, sebagai manusia, peranan kita untuk menyedarkan dirinya adalah fardu kifayah. Ianya wajib dilakukan untuk membentuk sosial yang sempurna.

Namun, dek kerana keterlanjuran Timah sudah jauh terpesong, sememangnya menegur dengan lisan memang tidak akan berjaya mengubah dirinya.

“Iyalah, kak. Hakim yang salah,” Hakim mengakui apa yang hampir dia lakukan tadi adalah satu kesalahan.

Timah belum selesai bersolek. Namun, solekan di mukanya tidak menghalangnya untuk bercakap.

“Jangan buat lagi macam tu. Nanti termengandung anak si Rubiah tu, hah… akak jugak yang susah,” tegur si Timah.

“Kau kena ingat, arwah mak bapak kita tak tinggalkan apa-apa pun melainkan rumah ni,” itu nasihat kakaknya.

Memang benar ibu bapanya yang mati beberapa tahun lalu tidak sempat meninggalkan apa-apa melainkan tempat berteduh ini.

Dahulu, rumah ini dipenuhi bacaan Al-Quran, tetapi malangnya semenjak kedua ibu bapa mereka berdua pergi. Rumah ini dipenuhi syaitan yang berbisik-bisik menghasut dua manusia yang berada di dalamnya.

“Akak ni… dah mula dah,” Hakim lemah bila kakaknya memberikan ceramah yang selalu diberikannya tiap kali dia mengadu. Namun, kepada siapa dia harus mengadu jikalau tidak kepada kakaknya.

“Hah, itulah kau. Bila akak dah mula bersyarah, kau tak suka dengar. Akak cakap demi kebaikan kita,” Timah mula membebel.

“Iyalah, Hakim faham,” Hakim mengalah. Daripada membiarkan kakaknya membebel panjang, lebih baik dia mengalah. Itu saja cara terbaik.

Kakaknya terus bersolek. Hakim hanya memerhatikan saja. Sekali-sekala dia mencuri pandang tubuh badan kakaknya yang mampu menaikkan nafsu serakahnya. Dia adalah lelaki yang sudah baligh. Nafsu itu

sudah ada dalam dirinya. Tetapi, dia hormat kakaknya dan tidak pernah melakukan lebih dari itu.

Jika Timah bukan saudara kandungnya, dia sudah pasti akan meminta layanan daripadanya. Dia punya kelebihan kerana dia duduk serumah. Dia melihat lebih dari apa yang pelanggan Timah lihat. Namun, dia waras lagi. Dia tahu bahawa sumbang mahram itu adalah salah di sisi agama.

Timah kemudiannya memasukkan alat soleknya ke dalam beg yang baru dibeli beberapa hari lalu. Dia tekan-tekan perkakasnya sehingga muat ke dalam beg tangan itu sebelum beg itu dizip.

“Akak mungkin tak balik malam ni. Ada customer… pagi esok kalau lapar, masuk bilik ni. Ambil duit akak dalam laci ni ok,” Timah berpesan.

Hakim mengangguk tanda faham dengan pesan kakaknya itu.

“Jangan ambil barang-barang akak. Kalau akak tau ada barang-barang akak dalam bilik ni hilang, nahas kau!” Timah berpesan lagi.

“Tau. Ambil duit akak dalam laci. Tak lebih dari itu. Kan?”

“Bagus!”

“Tengoklah, adik siapa?”

Timah malas berbual lagi. Dia bergerak ke daun pintu dengan lenggang-lenggoknya. Hakim memandang punggung Timah yang bergoyang-goyang bagai belon yang diisi air.

“Eh, kau tak nak keluar?” kakaknya menegur. Hakim tersedar dari lamunan. Pantas matanya dialihkan cepat-cepat. Hakim tenung kakaknya. Punggung Hakim masih tidak berganjak dari tilam empuk king size kakaknya itu.

Seronok pula dia berbaring di situ sambil menonton tv. Di fikirannya, Hakim fikir berapa banyak lelaki yang telah Timah bawa ke ranjang ini.

Pon! Pon!

Kedengaran sebuah kereta membunyikan hon! Timah selak langsir. Sebuah kereta mewah sedang menunggu di tepi jalan. Itu pelanggannya hari ini. Diamati betul-betul, sememangnya kereta sebegitu bukanlah mampu dimiliki golongan biasa. Sudah tentu malam ini habuannya besar.

“Oi, keluarlah! Akak dah lewat ni.”

“Nak tengok tv kat sini tak boleh ke?” pinta Hakim.

“Eh, kat luar pun ada tv. Lebih besar dari tv ni akak dah beli. Dah, keluar. Akak dah lambat ni!”

“Takkan tak boleh kot,” pinta Hakim lagi.

Akhirnya Hakim akur. Dia bangun dari katil kakaknya dan berjalan keluar, bergerak ke ruang tamu. Timah menutup pintu dan tidak mengunci pintu biliknya. Sudah dia pesan tadi yang dia akan tinggalkan duit untuk sarapan esok pagi di dalam biliknya.

“Jangan lupa kunci pintu rumah. Lampu depan biarkan terbuka,” pesan Timah kepada adiknya sebelum keluar ke arah sebuah kereta mewah yang sedang menunggu di depan jalan. Bukan apa, takut pencuri masuk ke rumah bila Hakim keseorangan nanti. Maklumlah, rumah mereka sudah pernah dimasuki pencuri beberapa bulan lepas. Lesap kesemua wang milik kakaknya. Nasiblah dia selamat.

“Baik, kak,” kata Hakim kecewa.

(bersambung…)

*BUKAN SUNDAL MALAM adalah sebuah novel karya Khairul Zaman Khobin. Secara keseluruhannya, ia menggunakan isu semasa iaitu jenayah pelacuran dan pinjaman wang tanpa lesen sebagai latar cerita. – Whatsapp ke 011-2906 1240 atau terus ke mall.karangkraf.com untuk pembelian buku.

 

Sumber: Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763