Kita selalu jumpa di laman sosial di mana dimuatnaik gambar mendakwa ada segelintir peniaga di bazar Ramadhan jual makanan tidak ikhlas, karipap inti ‘ciput’ dan bermacam-macam lagi.
Clik here to view.

Jual Juadah Berbuka Dengan Bayar Seikhlas Hati, Gerai Jual Makanan Ini Patut Viral
Ia seolah-olah menjadi fenomena setiap kali Ramadhan, maklumlah bazar Ramadhan ini sebenarnya lubuk untuk mendapat duit lebih, lagi-lagi nak puasa, sudah pasti ramai peniaga mahu untuk berlipat kali ganda dari hari biasa.
Bagaimanapun bukanlah semua peniaga bazar seperti itu, cuma segelintir sahaja.
Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Ammar Rahimi Anwar di mana kisahnya seorang peniaga di bazar Ramadhan yang berniaga pelbagai jenis lauk pauk dengan harga yang agak tidak masuk akal.
Mana tidaknya pak cik berkenaan menjual lauk dengan bayaran seikhlas hati, ikut suka berapa kita nak bayar walaupun untuk lauk mahal. menarik.
Jom kita baca apa yang dikongsikan beliau.