Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Jurulatih Jerman mohon maaf seluk tangan dalam seluar

JOACHIM Low memohon maaf selepas rakaman siaran langsung televisyen merakam aksinya melakukan perbuatan tidak senonoh.

Rakaman tersebut menyaksikan Joachim menyeluk tangan ke dalam seluar ketika kamera sedang fokus kepada beliau.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Seluk tangan dalam seluar: Jurulatih Jerman mohon maaf

Seluk tangan dalam seluar: Jurulatih Jerman mohon maaf

Kejadian berlaku ketika pasukan Jerman menentang Ukraine dalam Liga Euro 2016.

“Saya terlalu fokus dan mengalami adrenalin. Saya tidak akan melakukannya lagi di masa hadapan,” kata Joachim, 56 dipetik BBC Sport.

Selain video rakaman, foto-foto Joachim melakukan perkara tersebut juga tersebar di laman sosial.

“Saya ternampak foto-foto tersebut dan (saya rasa) kadangkala kita lakukan perkara di luar sedar.

“Saya mohon maaf,” jelas Joachim.

Pemain Jerman, Lukas Podolski mempertahankan jurulatihnya itu dengan berkata: “Ia bukan satu masalah besar”.

 

Sumber: Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763