Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Morsi dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup

Mahkamah Mesir, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presiden pro-Islam negara itu, Mohamed Morsi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Mahkamah penjara Morsi seumur hidup

Mahkamah penjara Morsi seumur hidup

Perbicaraan itu juga membabitkan enam lagi defendan, yang turut dijatuhkan hukuman mati.

Peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maksoud, berkata mahkamah membebaskan Morsi daripada tuduhan membekalkan Qatar dengan dokumen sulit tetapi mengenakan hukuman penjara seumur hidup kerana mengetuai sebuah pertubuhan haram.

Peguam itu menambah, Presiden digulingkan itu turut disabitkan mencuri dokumen rahsia membabitkan keselamatan negara dan dikenakan hukuman penjara tambahan selama 15 tahun.

Qatar adalah penyokong utama Morsi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin beliau ketika berkuasa pada tahun 2012 hingga Julai 2013. Tentera kemudian menggulingkan pemerintahan beliau dan menahannya. – AGENSI

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>