Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Lelaki 51 Tahun Di Tangkap Sedang Tidur Beralaskan Emas Yang Di Curi

$
0
0


MARANG - Seorang lelaki berjaya ditahan oleh pihak polis yang dipercayai suspek yang mencuri emas dari sebuah kedai emas di Pekan Bukit Payung, Sabtu lalu.

Suspek, berusia 51 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Rhu Dua pada Ahad, setelah polis menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kedai itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, suspek ditahan pada jam 11 malam turut menemui barangan curi yang bernilai RM80,000 dari RM200,000. Suspek juga dilaporkan sempat tidur beralaskan sebahagian emas yang masih berada di simpanannya.


Seorang suspek kes curi barang kemas di Terengganu sempat tidur beralaskan sebahagian hasil curiannya yang bernilai RM200,000.Bagaimanapun, belum sempat menikmati hasil barang curi itu, suspek berjaya diberkas polis.Suspek yang diberkas pula bukan seorang wanita seperti yang disangkakan, sebaliknya seorang pondan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Aziz Wan Hamzah berkata, identiti suspek berjaya dikesan hasil analisis terhadap rakaman kamera litar tertutu CCTV di kedai emas berkenaan.Bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Rhu, Rusila, kira-kira jam 11.30 malam semalam.Ketika serbuan, beberapa barangan kemas yang dilarikan dijumpai di dalam bilik suspek dan berselerak di atas tilam.Manakala sebahagian lagi disembunyikan di dalam lengan baju yang diikat dan digantung di tempat penyidai pakaian.Bagaimanapun polis hanya menemui sebahagian barangan kemas yang dianggar bernilai RM80,000.Usaha mengesan baki barang kemas yang disembunyikan masih dijalankan.Suspek juga disahkan positif dadah.Suspek kini direman selama 14 hari untuk siasnatan lanjut.Rakaman CCTV yang tersebar di media sosial memaparkan seorang individu bertudung mencuri sedulang barang kemas.Kejadian berlaku apabila pemilik kedai emas dan isterinya sedang solat Asar.
Posted by Buletin TV3 on Monday, January 4, 2016
Beberapa barangan kemas turut dijumpai berselerak di atas tilam bilik suspek. Sebahagian lagi disembunyikan di dalam lengan baju yang diikat dan digantung di tempat penyidai pakaian. 

Polis kini masih dalam usaha mengesan baki barang kemas yang dipercayai disembunyikan oleh suspek. 

Suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga didapati positif dadah selain mempunyai rekod dadah sebelum ini. 

Dalam kejadian Sabtu lalu, suspek berpakaian seperti wanita memasuki kedai tersebut di antara jam 4.30 hingga 5 petang ketika pemilik kedai sedang menunaikan solat Asar.  Suspek mengambil sedulang barang kemas bernilai RM200,000.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>