Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Polis dibebaskan daripada tiga tuduhan memikat isteri seorang guru dengan niat melakukan persetubuhan

Seorang pegawai polis dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tiga tuduhan memikat isteri guru dengan niat melakukan persetubuhan, dua tahun lalu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Polis dibebaskan dari tuduhan pikat isteri guru

Polis dibebaskan dari tuduhan pikat isteri guru

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Mokhtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Asisten Superintendan Badrol Hisham Othman, 45, selepas membenarkan permohonannya mengenepikan keputusan mahkamah tinggi, Januari lalu.

“Rayuan pemohon dibenarkan dan perintah mahkamah sesyen serta mahkamah tinggi diketepikan,” katanya.

Turut bersidang, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Berdasarkan pertuduhan, Badrol yang kini bertugas di Pasukan Gerakan Am, Lahad Datu, didakwa telah memikat wanita berusia 42 ketika itu dengan niat supaya boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 6 Mac, 29 April dan 23 Oktober 2014.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 489 Kanun Keseksaan. Suami kepada wanita berkenaan merupakan seorang guru.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763