Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Pornografi kanak-kanak, Malaysia huni ranking ke-3 dunia

$
0
0

Malaysia menduduki tangga ketiga di dunia bagi pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak.

Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak polis (D11) Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Tan Gee Soon berkata, maklumat itu dikongsi oleh polis antarabangsa.

Malaysia Duduki Tangga Ketiga Bagi Pornografi Kanak-Kanak

Malaysia Duduki Tangga Ketiga Bagi Pornografi Kanak-Kanak

Malaysia Duduki Tangga Ketiga Bagi Pornografi Kanak-Kanak

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus yang menjadikan pemilikan pornografi kanak-kanak sebagai satu kesalahan.

“Bagaimanapun, kita mempunyai Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang bertindak terhadap mereka yang terlibat dengan dilem dan imej pornografi,” kata Gee Soon kepada pemberita selepas menghadiri majlis #ReplyForAll-MY yang dianjurkan oleh R.AGE, Digi, WOMEN:girls dan Unicef pada Sabtu.

Amerika Syarikat (AS) mengungguli kedudukan itu, diikuti Belanda.

Ditanya sama ada polis akan berusaha untuk membuat pindaan terhadap Seksyen 292 yang hanya berkaitan dengan jualan dan pengedaran bahan lucah, Gee Soon yang merupakan salah seorang ahli panel dalam sesi tersebut menjawab bahawa mereka sedang ke arah itu.

Beliau turut memberitahu bahawa D11 merangka cadangan untuk satu undang-undang bagi menangani pesalah laku seksual.

Akhbar The Star menerusi laporan muka depan baru-baru ini memaparkan tentang pesalah laku sesual yang mengumpan golongan muda menerusi aplikasi sembang secara dalam talian.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>