Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

“Wanita ‘uzur’ WAJIB makan secara sembunyi pada bulan Ramadan” – Ustaz Fathul Bari

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Seorang wanita Muslim yang datang haid wajib untuk makan secara sembunyi pada Bulan Ramadan, dan bukannya secara terbuka di hadapan khalayak ramai.

Baca artikel sebelum: Mrym Lee, Awek tudung graduan Universiti Malaya selamba makan di Chicken Rice Shop waktu puasa tak puas hati ditegur

Ini kerana, kata Penasihat Eksekutif Pertubuhan Ilmuwan Malaysia (iLMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya yang memetik Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz Rahimahullah, tindakan tersebut adalah bagi mengelakkan seseorang wanita dituduh meremehkan kewajipan berpuasa.

“Adapun jika seseorang makan di hadapan orang lain yang tidak mengetahui keadaan dirinya, seharusnya hal ini tidak dilakukan.

“Bahkan yang wajib atasnya untuk bersembunyi, sehingga dia tidak dicurigai dengan keburukan. Demikian pula wanita yang tidak diketahui oleh orang-orang sekitarnya bahawa dia sedang haid, hendaklah dia tidak makan dan minum di hadapan mereka.

“Kerana hal ini boleh menjadi sebab dirinya dituduh sebagai wanita yang meremehkan perintah Allah kerana meninggalkan puasa,” tulis Fathul Bari dalam kemaskini di laman Facebooknya, hari ini.

Fathul Bari berkata demikian bagi memberi respon kepada pertanyaan: “Sebahagian wanita berbuka di siang hari bulan Ramadhan kerana uzur syarie (seperti mengalami haid atau nifas-pen). Bolehkah dia makan minum secara terang-terangan? Ataukah harus sembunyi-sembunyi, walaupun dia telah melakukannya lebih dari tiga kali jamuan?.”

Berdasarkan fatwa tersebut lagi, hal tersebut juga terpakai kepada situasi dimana seorang musafir yang sedang melakukan perjalanan tidak diketahui oleh orang lain bahawa dia seorang musafir.

“Tatkala kondisi seperti ini hendaklah dia makan dan minum secara sembunyi. Sehingga dia tidak dituduh sebagai wanita (datang haid) yang meremehkan kewajipan (puasa) atau dia tidak dituduh sebagai laki-laki (musafir) yang meremehkan perintah Allah,” jelas Fathul Bari memetik fatwa tersebut.

Terdahulu, timbul kekecohan di laman sosial Facebook selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Mrym Lee mempersoalkan kewajaran orang ramai menegurnya dan menghina golongan wanita yang makan pada bulan Ramadan atas alasan ‘uzur’.

Mrym Lee, yang juga merupakan seorang aktivis memuat naik kenyataan di laman Facebooknya mendakwa dia ‘dimarahi’ seorang pengurus restoran di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur kerana makan di restoran itu secara terbuka.

Dakwa Mrym Lee, dia cuba untuk menjelaskan kepada pengurus tersebut kenapa dia terkecuali dari berpuasa, namun tindakannya itu telah dituduh sebagai “menghina agama”.

“Encik, makan dan minum bukan salah di sisi undang-undang,” Mrym Lee menjawab.

“Ye lah tapi awak buat macam ini mencalarkan imej Islam,” kata pengurus itu, seperti didakwa Mrym Lee.

Tindakan Mrym Lee itu juga nyata mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan orang ramai yang mempertikaikan tindakannya makan secara terbuka.

Tidak berpuas hati kerana ditegur, Mrym Lee menjalankan satu eksperimen sosial di laman Twitter bagi mendapatkan respon berhubung ‘gangguan’ tersebut.

Hasil tinjauan tersebut mendapati sebanyak 60 peratus daripada 878 orang pengundi berpendapat adalah tidak menjadi satu kesalahan makan secara terbuka bagi umat Islam di bulan Ramadan.

Manakala, 60 peratus daripada 1,031 pengundi mengatakan tidak makan atau minum di tempat awam kerana menghormati orang Islam yang lain.

 

Sumber: Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>