Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Lelaki bakar punggung dan kemaluan anak tiri gara-gara kencing malam

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk selepas didera ayah tirinya menggunakan api disebabkan kencing malam.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu menjerit kesakitan manakala ayah tirinya berusia 20 tahun mengangkat dan memegangnya di atas api yang menyala.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Panggang anak tiri kencing malam

Panggang anak tiri kencing malam

Kejadian berlaku di Limpio berhampiran Asuncion, ibu negara Paraguay dan dirakam jiran yang mendengar mangsa menjerit kesakitan, tetapi tidak berani menghalangnya.

Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat jelas merapatkan budak berkenaan pada api sehingga terkena kulitnya.

Kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu dimasukkan ke hospital dengan melecur tahap pertama pada punggung serta kemaluannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>