Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Ibu bapa Anti Vaksin bakal dipenjara 10 tahun

Keengganan ibu bapa memberi suntikan vaksin dan imunisasi yang menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit yang membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa kanak-kanak, boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada kanak-kanak.

Putrajaya: Enggan beri vaksin satu penganiayaan kanak-kanak, boleh didakwa

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Putrajaya: Enggan beri vaksin satu penganiayaan kanak-kanak, boleh didakwa

Putrajaya: Enggan beri vaksin satu penganiayaan kanak-kanak, boleh didakwa

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan semalam menasihati ibu bapa yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan kanak-kanak berada dalam keadaan baik.

Ia berkata Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] menyatakan bahawa mana-mana orang yang menganiayai kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Menurut kementerian itu, Akta Kanak-kanak 2001 telah dipinda melalui Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dan telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat pada 6 April dan Dewan Negara pada 4 Mei lalu.

“Rang undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 kini dalam tindakan untuk diwartakan dan dikuatkuasakan bagi meningkatkan hukuman bagi seksyen 31 berkenaan,” katanya. ― Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>