Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Bila Guan Eng enggan lepas jawatan, maknanya…

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata,‎ keputusan DAP supaya Lim Guan Eng tidak melepaskan jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang berikutan kes mahkamah dihadapinya, menunjukkan pendirian parti itu yang hanya mementingkan jawatan semata-mata.

Bila Guan Eng enggan lepas jawatan, maknanya…

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN), sekiranya seseorang pemimpin yang memegang jawatan apabila didakwa di mahkamah, mereka akan bercuti sementara atau berhenti.

“Tetapi berbeza pula dengan DAP di mana mereka ingin kekalkan jawatan mereka. Apabila DAP ambil keputusan supaya Guan Eng tidak melepaskan jawatan, rakyat boleh menilai antara pendirian DAP dan BN,” katanya selepas melancarkan program khas ‘Mesej Daripada Perdana Menteri’ (MDPM) di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang memutuskan bahawa tiada keperluan untuk Guan Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai ketua menteri Pulau Pinang, susulan dua pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Salleh turut menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Guan Eng itu tidak bermotifkan politik dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti sebaliknya berdasarkan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sekarang terserah kepada mahkamah untuk menilai asas-asas pendakwaan dan pada masa sama, beliau (Guan Eng) juga akan diberi peluang untuk membersihkan dirinya.

“Ini sistem yang diamalkan di negara kita, jadi adalah tidak tepat sekali mereka menuduh ia perbuatan BN sedangkan dakwaan itu berdasarkan aduan yang diterima SPRM…jadi, kita serahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini, daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Dalam pada itu, Salleh berkata program MDPM itu menggambarkan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keselamatan rakyat terutama mereka yang memandu pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan di samping menasihati rakyat berbelanja secara berhemah.

Mesej tersebut disampaikan melalui dua medium utama iaitu kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang diedarkan kepada orang ramai serta video bermesej yang akan ditayangkan melalui media elektronik. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763