Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Kafe jamban jatuh haram jika pelanggan jijik

Sejak kewujudannya di Semarang, Jawa Tengah, Kafe Jamban mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra daripada masyarakat setempat.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kafe jamban haram jika tetamu jijik

Kafe jamban haram jika tetamu jijik

Bagaimanapun, bagi seorang tokoh agama yang diminta mengulas kafe yang diusahakan oleh seorang doktor yang juga aktivis kebersihan, Budi Laksono, 52, berkata, makanan yang disajikan boleh dimakan jika ia bersih dan halal.

“Tidak ada masalah untuk makan jika bersih dan halal,” kata Ketua Suruhanjaya Dakwah Majlis Ulama Indonesia Pusat, Choluil Nafis, semalam.

Bagaimanapun, makanan itu akan menjadi haram sekiranya tetamu yang datang itu berasa jijik.

“Kita tidak boleh memakan sesuatu yang kita rasa jijik,” katanya.

Budi mengusahakan kafe berkenaan sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan tandas di Indonesia. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763