Baru-baru ini sebuah syarikat Malaysia dilapor telah memperkenalkan jubah versi moden yang dinamakan sebagai Jubah Pahlawan atau Jubah Sado yang kemunculannya mendapat pelbagai reaksi seperti dikatakan terlalu ketat (kerana digayakan oleh model bertubuh sado).
Namun ia dikatakan mempunyai beberapa keistimewaan yang antaranya berlengan pendek bagi memudahkan si pemakainya mengambil wuduk serta mempunyai poket yang boleh memuatkan telefon bimbit.
Clik here to view.

Pakaian tradisional Melayu diancam fesyen jubah moden?
Syarikat pengeluarnya turut memaklumkan jubah mereka mendapat pasaran baik di peringkat antarabangsa.
Mengulas perkembangan tersebut, Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ezlina Alias berkata perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih memudahkan pereka fesyen masa kini mendapatkan pelbagai idea baharu dalam menghasilkan rekaan pakaian.
“Idea-idea baru ini mungkin diceduk dari rekaan luar negara yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat kita, justeru itu wujudlah pelbagai rekaan seperti jubah tanpa lengan, jubah hipster, jubah pahlawan dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.
Beliau merasakan kemunculan jubah moden ini boleh menghakis warisan pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu teluk belanga atau cekak musang yang lebih sopan dan menutup aurat pemakainya.
Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknolgi Mara, Sri Qamariah Mohd Samsir berkata kemunculan pakaian moden akan menyebabkan keindahan serta identiti pakaian tradisional semakin luntur dengan kehadiran rekaan yang telah dicampur aduk dengan elemen luar.
“Ia mungkin sampai ke satu tahap hingga generasi Melayu akan datang tidak lagi mengenali pakaian tradisional dan identiti budaya Melayu.
“Lebih menyedihkan apabila generasi akan datang tidak berpeluang lagi menggayakan pakaian tradisional mereka kerana dilambakkan dengan pakaian rekaan moden,” katanya.
Terdapat golongan muda yang kurang bersetuju dengan pengenalan jubah moden ini.
“Dari jauh kelihatan macam jubah wanita. Potongannya macam gaun. Jika diletak manik, labuci dan aksesori tambahan, ia akan kelihatan seperti gaun malam.
“Lebih baik direka macam jubah Arab, lebih menarik,” kata seorang penuntut universiti swasta, Ahmad Nazri Zakaria, 24.
Seorang juruteknik komputer, Muhd Azri Zainal, 26, mengaku pernah memakai jubah moden namun merasakan baju tradisional Melayu lebih selesa untuk dipakai. — Bernama
– See more at: http://ift.tt/29dk2zS
Sumber :Malay Mail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW