Minggu ke 5 menyaksikan Amir Ukays tersingkir daripada Gegar Vaganza 2. Ini adalah satu keputusan yang munasabah oleh para juri selepas persembahan biasa-biasa Amir ketika menyanyikan lagu “Yank” daripada Wali Band.
Selain itu, seperti yang dijangkakan, Nassier Wahab, Faradhiya dan Nizam Laksamana terus menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Apa pun, yang paling mencuri perhatian Abang Nara minggu ini ialah Haiza. Hebat sungguh Haiza menyanyikan lagu Rela. Pergh. Sampai tertanya-tanya Abang Nara kenapa Haiza memilih genre dangdut pada zaman kegemilangannya dengan suara sehebat ini.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

Minggu ini Gegar Vaganza 2 tiada kontroversi cuma ada beberapa individu tidak menggemari lawak meniru gaya Jamal Abdillah yang telah dilakukan oleh Achey dan juga Ajak Shiro. Namun itu adalah bertujuan untuk mempromosikan program terbaru Astro.
Selain itu, gimik penyingkiran pengacara Nabil serta Jihan dan digantikan oleh Kak Engku dan Salih Yaakob juga menjadi. Tergelak besar Abang Nara.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

Ternyata sorakan para peminat menyebelahi Nabil dan Jihan. Sesungguhnya gabungan Nabil dan Jihan memang perfect. Teruskan usaha. Apa pendapat anda tentang konsert Gegar Vaganza 2 minggu ke 5?