Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Anakanda bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Alif mangkat

Anakanda bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Alif mangkat

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Anakanda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz (duduk tengah) telah mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz hari ini. - Foto Bernama

Anakanda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz (duduk tengah) telah mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz hari ini. – Foto Bernama

Putera bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, disahkan mangkat kira-kira jam 11.55 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan, jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk urusan pemakaman pada hari ini.

Katanya, pemakaman Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin akan diadakan secara tertutup melibatkan kehadiran kerabat terdekat sahaja.

Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984, dan merupakan putera ke tiga.

Baginda merupakan adinda kepada Tuanku Besar Seri Menanti,  Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al’Abidin.

Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin mangkat pada usia 32 tahun.

 

Sumber: Sinar Harian

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>