Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

HUKUMAN MATI KEKAL TERHADAP BEKAS PEMANDU JENGKAUT


Putrajaya – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pemandu jengkaut kerana membunuh seorang remaja perempuan hampir 12 tahun lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Kher Tian Hock, 41, terhadap sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Mei tahun lepas.

Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamardin Hashim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan kesalahan Kher, 41.

Tengku Maimun berkata Kher mempunyai niat untuk membunuh See Sheau Fang.

Kher membunuh pelajar Tingkatan Lima itu di sebuah rumah di Taman Perwira Sijangkang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor antara 9.30 pagi dan 5.30 petang, 28 Feb 2004.

Pada 3 Mac 2004, dia melarikan diri dari lokap Balai Polis Tanjung Sepat dan ditangkap semula di Masai, Johor lapan tahun kemudian iaitu pada 20 Okt 2011.

Mangsa sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila keluarganya membuat laporan polis tentang kehilangannya daripada rumah pada 26 Feb 2004.

Hasil bedah siasat menunjukkan mayat mangsa dibungkus dengan beg plastik, dengan keadaan tangannya terikat di belakang tubuh. Mayat mangsa dijumpai di dalam lubang yang ditutup dengan konkrit di hadapan sebuah rumah di Taman Perwira Sijangkang.

Peguam Bernard George, yang mewakili Kher dalam hujahnya berkata kematian remaja itu berpunca daripada pengambilan dadah melebihi dos dan ahli patologi tidak memberi keputusan konklusif mengenai punca kematiannya.

Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke dalam hujahnya berkata punca kematian remaja itu tidak dapat dipastikan kerana mayatnya sudah reput.

Kata beliau, dalam keterangannya kepada mahkamah, adik lelaki Kher berkata dia melihat Kher mencekik remaja itu selama kira-kira 10-20 minit sebelum memasukkan mangsa ke dalam beg plastik berwarna hitam.

Beliau berkata, walaupun lelaki itu adalah seorang rakan sejenayah kerana dia memegang kaki mangsa ketika Kher mencekik mangsa, tetapi keterangannya adalah berwibawa.

Wong berkata Kher memanggil seorang pemandu jengkaut untuk menggali lubang di rumah itu dan perayu berada di situ ketika lubang berkenaan digali serta membayar upah kepada pemandunya.

Menurut beliau, Kher mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan kerana dia mengikat mangsa untuk memastikan remaja itu tidak dapat melarikan diri dan dia (Kher) didapati memiliki wang tebusan RM40,000 yang dibayar bapa mangsa, lapor Bernama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>