Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

11 Kata-kata Motivasi Untuk Para Usahawan

$
0
0

Bidang keusahawanan bukanlah sesuatu yang hanya berkaitan dengan menjadi kaya dan ternama. Sama ada perniagaan dalam mahupun luar talian, jalan untuk berjaya selalunya berliku dan bergelombang. Ia tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar, tidak sesenang yang ditafsir fikiran. Adakala nya anda terpaksa berjuang bersendirian.

Anda perlu bersedia menghabiskan masa berjam-jam untuk belajar dan menerima maklumat baru seiring perkembangan zaman. Anda mungkin perlu melalui kegagalan demi kegagalan dan mencuba banyak strategi perniagaan sebelum anda bertemu satu model perniagaan yang betul yang bukan sahaja berfungsi tetapi juga sesuai dengan pelan, visi dan matlamat hidup anda.

Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk terjun ke bidang perniagaan, anda seolah-olah telah memilih jalan hidup yang diibaratkan seperti ‘roller coaster’.

Memang seronok menjadi bos dalam syarikat atau perusahaan sendiri. Namun akan ada hari-hari apabila anda berasa bimbang, bingung dan bersendirian.

Ketika saat-saat sukar seperti ini,  anda akan lebih banyak bersendirian dan kembali kepada fitrah. Mengharapkan kekuatan iman dan ketenangan untuk terus positif.

Oleh itu, penting bagi seorang usahawan untuk memiliki minda dan emosi yang sihat dan stabil. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa memiliki kedua-dua unsur ini lebih penting daripada sebuah empayar perniagaan.

Itulah sebabnya ada individu mahupun pihak-pihak tertentu yang mengambil inisiatif untuk membuku atau mengumpul petikan kaya-kata motivasi daripada individu-individu seluruh dunia yang sudah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka juga terkenal kerana memiliki karekter yang sentiasa positif, tenang tetapi tetap kental berdepan cabaran.

Berikut 11 kata-kata motivasi dalam bisnes yang mungkin dapat menyuntik semula semangat para usahawan yang kian hilang dan membantu anda untuk lebih sukses.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“”Saya asalnya tidak tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya dan telah berjaya pada asalnya bermula daripada sifar (reset to zero). Apa yang saya tidak tahu, minta tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita mendapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.” ~ Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Tony Fernandes

“Jangan takut dengan aduan (komplen) kerana ia merupakan penyelidikan pasaran secara percuma. Pelanggan anda mengambil masa dan tenaga untuk menulis kepada anda menceritakan apa yang tidak kena dan bagaimana ianya boleh diperbaiki. Banyak syarikat melantik perunding untuk memberitahu hal yang sama.

Justeru, kami melayan setiap emel dengan penuh penghargaan.” ~ Tan Sri Tony Fernandes (Pengasas AirAsia)

Datuk Kamarudin Meranun

“Saya merasakan hidup sebagai satu amanah dan bagi saya adalah perlu untuk meneruskan perniagaan kerana sekurang- kurangnya usaha ini dapat mewujudkan berbagai peluang terutama peluang kerja.” Datuk Kamarudin Meranun ( Pengasas bersama AirAsia)

Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Bin Mydin

“Maafkan semua kesalahan yang dilakukan pekerja anda kecuali jika dia menipu sebab semua orang buat silap dan kita belajar daripada kesilapan tetapi menipu melibatkan sikap dan ini boleh menjurus ke arah masalah yang lebih besar di masa hadapan.” ~ Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Bin Mydin

 Steve Jobs

“Satu-satunya cara untuk melakukan sesuatu yang yang hebat adalah dengan menyukai apa yang anda lakukan.” ~ Steve Jobs

Abraham Lincoln

“Sesuatu pasti akan datang kepada mereka yang menunggu, tetapi hanyalah saki-baki lebihan daripada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya terlebih dahulu.” ~ Abraham Lincoln

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

“Kita berada di dunia yang mencabar. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.” ~ Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Sir Richard Branson

“Jika seseorang menawarkan kepada anda satu peluang yang luar biasa tetapi anda tidak pasti anda boleh atau tidak untuk melakukannya, katakan ya, kemudia, belajar bagaimana untuk melakukannya.” ~ Sir Richard Branson (Pengasas Virgin Group)

Mark Zuckerberg

“Risiko yang paling besar adalah tidak mengambil sebarang risiko. Dalam dunia yang berubah dengan cepat, satu-satunya strategi yang dijamin gagal adalah tidak mengambil risiko.” ~ Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)

Jack Ma

“Kita tidak pernah kekurangan wang, kita kekurangan orang yang berimpian yang sanggup mati demi impian mereka.” ~ Jack Ma (Pengasas Alibaba)

Jeffrey Preston Bezos

“Soalan yang biasa ditanya didalam perniagaan adalah “kenapa”? Itu adalah soalan yang bagus, tetapi soalan yang sepatutnya ditanya adalah “kenapa tidak?” ~ Jeffrey Preston Bezos ( Pengasas Amazon)



Sumber 11 Kata-kata Motivasi Untuk Para Usahawan

Ketegasan Brunei Dalam Isu Kerakyatan

$
0
0

Isu pemberian kerakyatan ini bukanlah satu isu yang baru dan ia membabitkan pelbagai negara termasuk negara kita, Malaysia. Isu ini dianggap isu sensitif kerana ia banyak berkait bukan saja soal keselamatan negara tetapi juga membabitkan soal keamanan dan keharmonian sosial masyarakat. Di sesetengah negara terutama negara jiran Brunei, mereka amat tegas dalam soal pemberian kerakyatan kepada mana-mana pihak yang mahu memohon kerakyatan negara itu.

Pada tahun 1961 Undang-Undang taraf kerakyataan NBD  mula dibuat dan undang-undang itu  dipanggil sebagai Undang-Undang Taraf Kebangsaan Brunei (UUTKB) 1961 dan berkuat kuasa pada 1. Januari 1962.  Apabila Undang-Undang Taraf Kebangsaan Brunei itu dikuatkuasakan, barulah lahir takrifan tertentu untuk rakyat dan penduduk negara ini. Menerusi undang-undang tersebut rakyat Brunei dipanggil sebagai rakyat Sultan. Istlah rakyat Sultan itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Rakyat sultan dengan kuatkuasa mutlak undang-undang dan rakyat sultan secara pendaftaran.

Jetpack Langkawi

Mengikut definisi UUTKB 1961, rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang ialah mereka daripada puak jati bangsa Melayu iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Perkara itu disebut dalam Bab 2, Perkara 4(1)(a). Rakyat Sultan seperti maksud perundangan itu adalah rakyat bertaraf mutlak. Status rakyat mutlak ini juga dipanggil sebagai warganegara sultan. Sementara iaitu rakyat Sultan secara pendaftaran disebutkan dalam  perkara 5(1) mereka yang berkelayakan memohon untuk menjadi rakyat Sultan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syarat yang dikenakan ialah:

  1. Sudah berada di negeri Brunei selama 15 tahun atau terus-menerus menetap di negeri berkenaan.
  2. Mempunyai darjah kelayakan penguasaan Bahasa Melayu yang baik.
  3. Boleh bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu.
  4. Berkelakuan baik iaitu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
  5. Mengangkat sumpah kesetiaan.

Istilah Penduduk pula ialah mereka atau penduduk tetap yang tidak bernegera atau ‘stateless’ bagi negara Brunei. Mereka ini dianggap sebagai rakyat penaungan melalui syarat-syarat sama yang dinyatakan di atas. Penduduk yang diterima sebagai rakyat akan diperakui secara pendaftaran di bawah Bab 5(1), Bab 5(6) dan Bab 8(1) dari Akta Taraf Kebangsaan Brunei. Syarat-syarat mengikut akta ini hampir sama di atas dengan sedikit tambahan:

  1. Tempoh menetap di negeri selama 25 tahun atau terus-menerus menetap di negeri itu.
  2. Berkelakuan baik iaitu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
  3. Tidak menjadi beban kepada negara.
  4. Mempunyai darjah kelayakan penguasaan Bahasa Melayu yang baik.
  5. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih.
  6. Mengangkat sumpah kesetiaan dan akan tinggal selama-lamanya di negeri Brunei.

Mereka yang diiktiraf sebagai rakyat sultan multlak undang-undang, rakyat sultan secara pendaftaram dan penduduk akan diuruskan pendaftarannya oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui Jabatan Imigeresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Tanpa mengira status sama ada sebagai rakyat atau penduduk, mereka disyaratkan membuat kad pengenalan diri bila mencecah usia 12 tahun di Jabatan Imigeresan dan Pendaftaran Kebangsaan. Kad itu sebagai tanda yang menunjukkan nilai identiti bangsa. Rakyat dan penduduk yang ada nilai dan berdaftar secara sah dari segi undang-undang di negara ini mempunyai hak dan keistimewaan tertentu yang diberikan oleh kerajaan ke atas mereka.

Ada yang akan bertanya, mengapa syarat-syarat yang dikenakan Brunei amat ketat terutama kepada kelompok minoriti? Satu sebab yang kita boleh lihat ialah kepentingan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah Brunei Darussalam iaitu Kesultanan Brunei. Ini kerana kesetiaan amat penting bukan saja dari segi keselamatan dan pertahanan tetapi juga dari segi jatidiri rakyat sesebuah negara itu sendiri. Bila mana seseorang itu bersumpah setia terhadap negara yang dicintainya itu, dia akan berusaha memastikan tidak akan mencampuradukkan elemen-elemen kurang enak dalam negara berkenaan dan memastikan kestabilan Brunei sebagai sebuah negara terus terjamin. Selain itu, individu ini turut memainkan peranan mengajak orang lain terutama kelompok warga asing mengenali aspirasi dan pendirian negara Brunei yang memegang falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Falsafah ini mengangkat nilai teras yang membentuk kerajaan Brunei dari dahulu hingga sekarang.

Begitu juga soal penguasaan Bahasa Melayu yang amat ditekankan bagi mendapat status warganegara. Tidak seperti sesetengah warganegara negara kita yang mempunyai kad pengenalan Malaysia tetapi tidak fasih berbahasa Melayu, ianya sesuatu yang berbeza di Brunei. Ini bagi melihat sejauh mana mereka dapat hidup serasi dengan masyarakat sebagai rakyat Brunei. Dengan erti kata lain, mereka perlu menerima identiti dan adat istiadat Melayu serta agama Islam walaupun mereka bukan berbangsa Melayu dan bukan menganut agama Islam. Ini menyebabkan mereka boleh menerima sosiopolitik Brunei menerusi falsafah MIB itu sendiri. Falsafah tersebut memperlihatkan ikatan erat antara rakyat dengan pemerintah sekaligus meneruskan tradisi pemerintahan kesultanan Melayu terdahulu yang mementingkan muafakat dan kesetiaan.

Maka atas sebab itulah, jika seseorang penduduk yang berkeinginan menjadi rakyat Brunei, mereka perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap Negara Brunei Darussalam dengan bersedia untuk menyumbang khidmat bakti bagi membangunkannya, memelihara dan mempertahankan kedaulatannya, serta berkorban apa saja sama ada dari segi material, spiritual, pemikiran dan jiwa raga demi negara yang kita cintai.
  3. Menghormati, menghayati dan mengikuti adat istiadat yang berjalan di negara ini.
  4. Menguasai dan mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian, bahasa perhubungan antara kaum dan bahasa rasmi negara.
  5. Menghormati kerasmian agama Islam di negara ini. Sementara warganegara yang beragama Islam adalah dengan menghayati ajaran Islam sebaik-baiknya sebagai Muslim sejati dan tidak mencampurkannya dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan agama itu sendiri.

Namun, ada juga merasa tidak puas hati dengan syarat ketat sebegini. Sebelum terma tanpa negara atau ‘stateless’ itu digantikan dengan gelaran penduduk tetap pada awal dekad 2000, ia merupakan satu pergelutan yang tidak berkesudahan bagi kelompok minoriti terutama kaum Cina. Lim Boon Hwa, Naib Presiden Persatuan Persahabatan China-Brunei dan seorang ahli perniagaan mendedahkan akibat situasi itu, beliau terpaksa membawa visa setiap kali hendak keluar dari atau masuk ke Brunei.

Begitu juga apabila berurusan dengan pihak kastam di luar negara, Boon Hwa terpaksa membuktikan bahawa beliau bukan pelarian setiap kali berurusan dengan mereka. Walaupun menghormati undang-undang dan perlembagaan negara berkenaan, beliau mendedahkan ujian kerakyatan yang ketat terutama membabitkan penguasaan Bahasa Melayu mendorong ramai imigran berhijrah ke luar negara. Ini sekaligus mencetuskan situasi ‘brain drain’ atau kehilangan pakar-pakar dalam bidang kritikal terutama industri gas dan minyak.

Boon Hwa sendiri pernah mempertimbang berhijrah ke Australia tetapi memutuskan untuk kekal dan cuba mengubah sistem yang ada. Selepas mengadakan perbincangan dengan masyarakat Cina, Boon Hwa dan dua rakannya menghantar satu memorandum kepada Brunei yang mencadangkan skop peperiksaan diperhalusi dan menambah kekerapan penduduk mengambilnya. Cadangan mereka itu membawa kepada reformasi undang-undang kerakyatan yang diluluskan pada awal dekad 2000. Penduduk tak bernegara yang berumur lebih 50 tahun boleh mendapat kerakyatan dengan syarat lulus ujian oral berbanding ujian bertulis biasa. Dan jika dahulu satu peperiksaan hanya boleh diambil 200 orang, bilangan tersebut kini bertambah kepada 1,000 orang.

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna ia memberi isyarat kepada pindaan UUTKB yang memberi ruang kepada lebih ramai penduduk tidak bernegara mendapat kerakyatan Brunei. Cadangan pindaan UUTKB ini dibuat pada tahun 2015 oleh Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin. Menerusi cadangan beliau, penduduk tidak bernegara yang berumur 60 tahun ke atas diberi kerakyatan Brunei dan akta tersebut dipinda. Alasan King Chin sebelum kemerdekaan Brunei, semua penduduk memegang pasport British tetapi selepas merdeka, hanya kelompok dari tujuh kumpulan Melayu saja yang diberi taraf kerakyatan. Beliau turut merujuk kes negara-negara bekas koloni seperti Australia, Kanada, Malaysia dan Singapura memberi kerakyatan kepada setiap penduduk apabila mencapai kemerdekaan. Namun, itu tidak terpakai kepada Brunei dan Hong Kong kerana kedua-duanya merupakan wilayah naungan British (British Protectorate).

Bagaimanapun, hujah beliau ditolak oleh Menteri Dalam Negeri Brunei, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Pengarah Dato Paduka Haji Awang. Menurut beliau, semua negara yang disebut King Chin turut mempunyai masalah sama seperti Brunei dan penduduk tidak bernegara ini diberi sijil identiti untuk bergerak keluar dan masuk sesebuah negara. Dato Awang kemudiannya menyatakan perjanjian yang dimeterai Bandar Seri Begawan-London pada tahun 1979.

Perjanjian tersebut yang dibuat beberapa tahun sebelum Brunei mencapai kemerdekaan membenarkan Brunei mengambil alih tanggungjawab antarabangsanya sebagai sebuah negara berdaulat. Berdasarkan nota pertukaran pendapat kedua-dua negara, Dato Awang menegaskan penduduk boleh menjadi warganegara dan menetap di Brunei apabila mereka memenuhi keperluan yang digariskan oleh undang-undang sedia ada. Dengan kata lain, kemerdekaan bukan saja tidak mengubah UUTKB tetapi sebaliknya melindungi ia dan itulah sebab mengapa ia terus relevan sehingga sekarang.

Nyata, soal kerakyatan bukan sesuatu yang harus dipandang enteng. Ya, benar dalam kes Brunei, ketegasan mereka menguatkuasakan UUTKB ini mengakibatkan berlakunya penghijrahan dan kehilangan penduduk yang pakar dalam bidang masing-masing. Tetapi pada masa sama, ia sebenarnya menunjukkan ketegasan Brunei mempertahankan jati diri mereka dan tidak rela membiarkan ia dicarik-carik begitu saja.

Jika benar mahu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, maka ia perlu dimulakan dengan penerimaan berkenaan hak kelompok majoriti yang membawa kepada percampuran dan kesediaan untuk hidup bersama hak kelompok ini. Tapi kalau benda ini pun susah nak buat, maka lupakanlah hasrat membina sebuah masyarakat penyayang dan harmoni. Apa saja retorik yang dikeluarkan berkenaan kecintaan dan kesetiaan kepada negara hanya bersifat menanam tebu di tepi bibir dan tidak akan memberi kesan apa-apa jika ia tidak disusuli dengan langkah bersifat konkrit.

Persoalannya, apakah kita bersedia untuk bersikap tegas demi masa depan negara bersifat jangka panjang? Atau kita terus membiarkan orang lain memijak kepala dan berterusan memperolok hak majoriti atas sebab ini era baru negara? Jika ada yang memilih yang kedua, ketahuilah orang sebegini memang tak layak menggelar dirinya rakyat Malaysia!

SUMBER

  1. Kassim, Abdul Azim. (2015). AsiaOne.com. Proposal to amend Brunei’s law on citizenship turned down. https://ift.tt/2Bkh4fV
  2. FactsandDetails.com. Minorities in Brunei. https://ift.tt/2vQK4GY

Momo Challenge: Kebenaran Disebaliknya

$
0
0

Gambar pertama: Pengukir patung seram dari Jepun, Midori Mayashi yang bertanggungjawab mengukir watak ini dan skulptur yang dikenali di dunia pada masa kini sebagai watak mitos ‘Momo’. Skulptur ini dipertontonkan kepada umum di Galeri Seni Vanilla yang bertemakan ‘horror’ di Tokyo, Jepun. Midori memang dikenali sebagai artis seni yang suka menciptakan watak berhantu/seram yang menggabungkan anggota badan manusia dan haiwan. Sepertimana skulptur Momo ini, Midori menggabungkan kepala manusia berjantina wanita dengan tubuh badan seekor ayam.

Boleh follow dan melihat hasil kerja seninya di Instagram: https://ift.tt/2L2PrIa

Gambar kedua: Merupakan sebuah video pendek yang tular di media sosial kebelakangan ini merupakan sebuah video yang hanya menggunakan teknik make-up ilusi optik. Identiti di sebalik ini masih belum diketahui tetapi jika dilihat mata ‘Momo’ dilukis dengan besar di atas lapisan kelopak matanya yang tertutup. Tiada sebarang keseraman di sini kerana sudah diketahui, pada masa sekarang teknik make-up ilusi optik menjadi kegilaan dan ‘trend’ di media sosial seperti di Instagram oleh sebahagian manusia.

Baru-baru ini terjadi insiden apabila seorang budak berusia 12 tahun membunuh dirinya di Argentina. Pihak polis yang menyiasat tentang kes ini mengatakan bahawasanya permainan ‘Momo Challenge’ yang bertanggungjawab memotivasikan kanak-kanak tersebut membunuh diri melalui aplikasi Whatsapp.

Sebenarnya ‘Momo Challenge’ ini menyerupai seperti sebuah permainan cabaran yang pernah terkenal di dunia pada suatu tika dahulu iaitu ‘Blue Whale Challenge’ yang mencabar para pemainnya untuk melakukan misi (task) yang kebanyakkannya menuju ke arah kematian. Blue Whale Challenge yang pernah terjadi di negara Rusia telah mengakibatkan seramai 130 orang telah meninggal dunia ketika melakukan misi terakhir permainan tersebut iaitu dengan membunuh diri.

Ini merupakan 40 misi (task) yang wajib dilaksanakan oleh para pemain jika ingin menyelesaikan permainan Blue Whale Challange (dalam bahasa Inggeris, malas nak terjemah):

1. Carve a specific phrase on the person’s own hand or arm.

2. Wake up at 4:20 a.m. and watch a scary video (sent by the curator.)

3. Make lengthwise cuts on the person’s own arm.

4. Draw a whale on a piece of paper

5. Write “yes” on the person’s own leg if ready to be a whale. Otherwise, they should cut themselves multiple times.

6. Secret task (written in code.)

7. Scratch (a message) on the person’s own arm.

8. Write a status online about being a whale.

9. Overcome a fear.

10. Get up at 4:20 and go to the roof.

11. Carve a whale on the person’s own hand.

12. Watch scary videos all day.

13. Listen to music the “curator” sends.

14. Cut your lip.

15. Poke the person’s own arm/hand with a needle.

16. Make yourself hurt or sick.

17. Go to a roof and stand on the edge.

18. Stand on a bridge.

19. Climb a crane.

20. At this step, the “curator” somehow checks to see if the participant is trustworthy.

21. Talk with a “whale” on Skype.

22. Sit down on a roof with legs dangling over the edge.

23. Another job that is in code.

24. A secret mission:
Meet with a “whale.”
The “curator” assigns a date that the person will die.

25. Visit a railroad.

26. Do not talk with anyone all day.

27. Give an oath/vow about being a whale.

28. After these steps, steps 30-49 involve watching horror movies and listening to music that the curator picks, talking to a whale, and making cuts. The last task is jumping off a building.

Sehingga kini, misi yang dipertaruhkan di dalam permainan cabaran ‘Momo Challenge’ belum dikenalpasti dan dirungkaikan.

Kesimpulannya, permainan ini bukanlah berhantu melainkan ianya permainan yang mempengaruhi psikologi pemain dengan unsur-unsur negatif sehingga akhirnya berjaya membawa mangsa kepada kematian yang sadis.

Bua Si “Etun Oa” Masyarakat Punan Bah

$
0
0

Etnik Punan Bah iaitu salah satu daripada pembentuk Kaum Orang Ulu di Sarawak dan tatkala berbicara mengenai etnik minoriti yang mana nama etniknya sendiri diambil bersempena dengan satu nama sungai yang dikenali sebagai Sungai Bah atau Sungai Boh.  Lokasi sungai ini terletak berhampiran dengan Long Pila, Busang Tijok dan Busang Asuh di Baram.  Ianya berkedudukan kira-kira 36 meter dari aras laut.

Menyelusuri cerita legenda etnik Punan Bah amat mempercayai bahawa asal keturunan mereka adalah dari seorang pahlawan Punan yang bernama Bua.  Bua ini pula dikatakan seorang pemuda yang berasal dari kawasan Sekapan iaitu satu lagi etnik minoriti di dalam Kaum Orang Ulu di Sarawak.  Beliau bukanlah seorang pemuda yang sembarangan kerana turut mempunyai kuasa supernatural “eton oa” iaitu kuasa ghaib atau sakti.

Jetpack Langkawi

Diceritakan pada suatu hari, Boa sewaktu mengembara telah jatuh hati dengan seorang gadis yang sangat cantik iaitu yang bernama Lapan atau Jali.  Oleh kerana beliau mempunyai segala ciri-ciri keperkasaan seperti yang biasa dituntut oleh masyarakat dahulukala maka tiada masalah bagi beliau untuk mengahwini gadis yang beliau cintai.  Setelah berkahwin, Boa telah membawa suri hatinya dan beberapa orang pengikut untuk mencari tanah pamah yang lebih subur bagi membina penghidupan yang lebih baik.

Hendak dijadikan cerita dek kerana kesaktian yang Bua miliki maka beliau terlebih dahulu mencipta satu kawasan sungai yang kaya dengan hasil hidupan sungai dan hutannya penuh dengan sumber rezeki untuk diburu serta tanah yang cukup subur untuk bercucuk tanam.  Sungai ciptaan beliau itulah yang dinamakan Sungai Bah dan sesiapa sahaja yang mendiami kawasan Sungai Bah, beliau gelar sebagai masyarakat Punan Bah yang kita kenali sekarang.

Difahamkan biarpun sudah mempunyai penempatan yang tetap namun Bua tidaklah berada di Sungai Bah lama kerana kita sedia maklum suatu waktu dahulu perang kayau atau perang wilayah itu sentiasa ada.  Dek kerana itulah Bua dikatakan banyak menghabiskan masanya dengan berperang bagi mempertahankan wilayahnya.  Keperkasaan dan kesaktian Bua jugalah yang banyak membantu survival masyarakat Punan Bah di Sungai Bah bertahan daripada dihancurkan oleh masyarakat di sekelilingnya suatu waktu dahulu.

Alkisahnya pada suatu hari, diceritakan Bua berada di rumah panjangnya di Sungai Bah dan dikala itulah ada serangan hendap telah berlaku yang mana menyaksikan Bua di dalam keadaan tergopoh gapah untuk melarikan diri telah tertinggal anak panahnya di satu kawasan di Sungai Bah.  Dikatakan kerana kesaktian yang dimiliki oleh Bua sebagai “eton oa” menyaksikan anak panah itu telah bertukar menjadi batu.  Dan jejak anak panah menjadi batu itu boleh kita lihat di Sungai Bah sekarang seperti membenarkan kewujudan Bua di dalam masyarakat Punan Bah suatu waktu dahulu.

Selepas peristiwa serang hendap itulah Bua tidak lagi kelihatan malah tidak pernah pulang ke rumah panjangnya lantas hanya meninggalkan legasi keturunannya untuk menjadi ketua Punan Bah di Sungai Bah.  Melalui perkahwinan beliau dengan Lapan/Jali dikurniakan dengan dua orang cahayamata iaitu yang bernama Tadou dan Taga.  Oleh kerana tidak sempat mewariskan ilmu “etun oa” yang dimilikinya dikatakan kedua-dua puteranya hanya menjadi manusia biasa sahaja. Namun begitu oleh kerana kedua-dua puteranya berasal dari golongan aristokrat atau menurut strata sosial Punan dari golongan “Panyin” maka mereka berdualah diangkat menjadi ketua Punan Bah lantas menjadi penerus legasi Bua yang menjadi nenek moyang asal keturunan masyarakat Punan Bah yang kita kenali sekarang.

Dalam pada itu dari sumber cerita lisan masyarakat Punan Bah juga mempercayai bahawa penempatan asal mereka adalah terletak di bahagian bawah Sungai Bah sebelum cucu kepada Bua iaitu yang bernama Aviang Yabu berpindah dan membawa pengikutnya mendiami kawasan persimpangan Sematai-Bah.  Dari penghijrahan itulah terbentuknya beberapa lagi rumah panjang asal milik Punan Bah seperti rumah panjang Kavu Oka, rumah panjang Beang dan rumah panjang Seriang yang terletak di Sungai Sematai.  Kemudian rumah panjang Pajou di Sungai Ayo dan rumah panjang Gele di Sungai Punan.

Cerita Bua si “eton oa” mungkin bagi sesetengah masyarakat moden hanya satu pengindahan cerita penglipurlara tetapi sebenarnya mampu mencorak asal keturunan masyarakat Punan Bah di Sarawak sekarang.  Inilah antara keunikan masyarakat Punan Bah yang amat jarang diwar-warkan kepada dunia.

Tidak kenal maka tidak cinta.

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

Rujukan:

  1. “Pantun Mo’ Semasa Upacara Bungan Dalam Masyarakat Punan Di Rumah Panjang Punan Biau – Daisy Bato, Unimas (PDF)
  2. The Origin Of Punan

https://ift.tt/2vQKblS

  1. Etnik Punan Bah, Sarawak, Borneo – Borneo Oracle

Enam Tahap Kejelikan Dosa Mengumpat

$
0
0

Ghibah (غِيبَة) > mengumpat > bergosip > cerita panas > mengata > membawang

(Mengumpat) + (memotong bawang/kenduri) = membawang.

Jetpack Langkawi

Istilah moden dalam Alam Melayu yang kini telah luas digunakan yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti gosip dan mengata perihal orang lain yang dilakukan sambil menjalankan aktiviti bersama-sama, samada memotong bawang ataupun semasa berkumpul beramai-ramai bersempena suatu majlis. Normalisasi sifat buruk ini yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu sedikit sebanyak mempengaruhi budaya tempatan. Ia termasuk penggunaan istilah daripada mengumpat kepada membawang, daripada penjagaan hubungan baik kepada perseteruan dalam masyarakat, daripada sangka baik kepada curiga dan sebagainya.

Namun, sebagai seorang Melayu Muslim yang hidup dalam masyarakat, sewajibnya mengetahui dan mengamalkan larangan mengumpat dari firman Allah s.w.t yang bermaksud : ‘..dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat : 12)

Perkongsian saya pada kali ini adalah bagaimana tafsiran Badiuzzaman Said Nursi, seorang tokoh ulama Turki tentang ghibah (umpat) yang dimuatkan dalam koleksi penulisan beliau iaitu Risale-i Nur (Risalah al-Nur – Surat-surat Cahaya) yang penuh dengan hikmah dan seolah-oleh jelas bahawa perbuatan mengumpat itu sangat buruk dan jelik bermula dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

Tentang Ghibah– oleh Badiuzzaman Said Nursi

باسمه – وإن من شيء إلا يسبح بحمده

Oleh sebab satu ayat al-Quran yang merupakan contoh daripada penghinaan dan larangan menjadikan ghibah (mengumpat) sangat dibenci dalam enam peringkat secara penuh bermukjizat menunjukkan secara sempurna bahawa ghibah adalah satu perkara yang amat keji pada pandangan al-Quran, maka ia tidak meninggalkan apa-apa keperluan kepada penjelasan lain. Ya, tidak boleh ada penjelasan selepas keterangan al-Quran; malah tidak diperlukan kerana ia sudah cukup jelas.

Justeru, al-Quran mencela celaan dengan enam peringkat dalam ayat – أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا  – dan melarang keras perbuatan ghibah dalam enam tahap. Ketika ayat ini ditujukan secara langsung kepada orang-orang yang melakukan ghibah, maknanya adalah seperti berikut: “Memang dimaklumi bahawa huruf Hamzah (أ– yang bermaksud tandatanya – apakah/adakah/apa) pada permulaan ayat adalah soalan dengan makna ‘adakah’. Makna soalan itu memasuki semua perkataan dalam ayat tersebut seperti air (mudah). Setiap perkataan mengandungi suatu hukum dan hikmah yang tersembunyi”.

Pertama– Melalui huruf hamzah ( أ ), ayat ini berkata: “Adakahakal kamu yang menjadi tempat soalan dan jawapan telah tiada sehingga ia tidak dapat memahami sesuatu yang buruk sebegini?

Kedua– Melalui lafaz يحب (yuhibbu– suka), ayat ini berkata: “Adakahhati kamu yang menjadi tempat perasaan suka dan benci telah rosak sehingga ia menyukai satu perkara yang amat dibenci?”

Ketiga– Melalui kalimah أحدكم (ahadukum– salah seorang daripada kamu), ayat ini berkata: Apakah yang telah berlaku kepada kehidupan bermasyarakat dan ketamadunan kalian yang mendapat nyawanya daripada Jemaah (bermasyarakat) sehingga ia boleh menerima perbuatan yang meracuni hidup kalian sebegini?”

Keempat– Melalui ungkapan أن يأكل لحم (an ya’kula lahma– memakan daging), ayat ini berkata: Apa yang telah berlaku kepada sifat keinsanan kalian sehinggakan kalian tergamak mengoyak-rabakkan sahabat kalian sebegini dengan gigi seperti binatang buas?”

Kelima– Melalui kalimah أخيه (akhihi– saudaranya), ayat ini berkata: Adakah rasa belas dan silaturrahim kalian telah tiada sehingga kalian tergamak menggigit peribadi maknawi seorang yang dizalimi yang merupakan saudara kalian dalam banyak sudut sebegini dengan cara yang kejam?” dan “adakahakal kalian sudah tiada lagi sehingga kalian tergamak menggigit anggota tubuh badan kalian dengan gigi kalian sendiri seperti orang gila?”

Keenam– Melalui kalimah ميتا (mayta– dalam keadaan mati/bangkai), ayat ini berkata: Di manakah sanubari kalian? Adakah fitrah kalian telah rosak sehingga kalian tergamak melakukan perbuatan yang amat dibenci seperti memakan dagingnya terhadap saudara kalian yang mulia?”

Maknanya, manfaat ayat ini dan petunjuk daripada setiap kalimahnya secara berasingan, didapati bahawa mencela dan melakukan ghibah adalah dicela dari segi akal, hati, sifat kemanusiaan, sanubari, fitrah dan semangat bangsa.

Justeru lihatlah bagaimana ayat ini secara ringkas melarang jenayah itu dalam enam peringkat dan mencela celaan melalui enam tahap secara bermukjizat. Ghibah ialah senjata hina yang paling banyak digunakan oleh golongan yang suka bermusuh, berdengki dan keras kepala. Orang yang memiliki kemuliaan diri tidak akan pernah merendahkan dirinya kepada senjata keji ini dan tidak akan menggunakannya. Sebagaimana seseorang yang masyhur telah berkata:

أكبر نفسي عن جزاء بغيبة فكل اغتياب جهد من لا له جهد

Maksudnya: “Aku menghindarkan diriku daripada menghukum (orang lain atau musuh) dengan ghibah (kerana) setiap ghibah ialah ‘usaha’ bagi mereka yang tiada usaha.”

Ghibah ialah, jika orang yang diumpati itu ada dan dia dengar, nescaya dia akan merasa benci dan berkecil hati. Jika orang yang melakukan ghibah berkata benar, sesungguhnya itulah ghibah. Jika dia berdusta, ia adalah ghibah serta fitnah. Sesungguhnya perkara itu ialah dosa yang dua kali ganda lebih buruk.

Ghibah hanya dibenarkan dalam beberapa perkara tertentu;

Pertama– Menyatakannya dalam bentuk aduan kepada seseorang yang bertanggungjawab supaya orang itu dapat membantu menghilangkan kemungkaran dan keburukan yang dimaksudkan daripada orang yang diadu dan mengambil kembali hak pengadu daripada yang diadu.

Kedua– sekiranya seseorang mahu berkerjasama dengan seseorang yang lain. Dia berbincang dengan kamu, maka tanpa niat buruk dan semata-mata untuk kemaslahatan dan untuk memberikan hak perbincangan, kamu berkata: “Jangan bekerjasama dengannya kerana kamu akan kerugian”.

Ketiga– Jika tujuannya bukanlah untuk menghina dan menonjolkan bahkan untuk memberitahu dan memaklumkan sesuatu, contohnya seseorang berkata: “Orang tempang dan samseng itu telah pergi ke tempat sekian sekian.”

Keempat– Orang yang diumpat itu adalah seorang fasiq iaitu orang yang tidak malu dengan kejahatan bahkan berbangga dengan keburukan yang telah dilakukannya dan dia berasa seronok dengan kezalimannya. Tanpa rasa malu dia melakukannya secara terang-terangan.

Maka, ghibah hanya dibenarkan pada perkara-perkara tertentu seperti ini tanpa niat yang buruk dan hanya kerana kebenaran dan kemaslahatan. Jika tidak, sebagaimana api memakan habis kayu api, umpatan juga memakan habis amalan-amalan soleh. Jika seseorang telah melakukan ghibah ataupun telah mendengarnya secara rela; pada waktu itu dia perlu berkata – اللهما اغفرلنا ولمن اغتبناه (wahai tuhan kami, ampunilah kami dan mereka yang telah kami umpati). Kemudian apabila dia bersua dengan orang yang pernah diumpati, dia perlu berkata “maafkan saya”.

Daripada penulisan Badiuzzaman Said Nursi yang penuh berhikmah, harapnya dapatlah memberikan kefahaman kepada Melayu Muslim supaya tidak terjebak ‘membawang’ sama ada sebagai pemula umpatan ataupun pendengar setia umpatan yang mana kedua-duanya sama-sama terlibat dalam jenayah ini. Tidak lupa juga kepada generasi muda supaya janganlah terlalu mudah terasa dengan pertanyaan-pertanyaan daripada pakcik makcik yang bertujuan untuk bertegur sapa dan tidak lupa juga kepada mereka yang berstatus mulut puaka untuk sentiasa menjaga lidah daripada berkata perkataan yang dibenci agama dan masyarakat.

Sekian.

Rujukan

Al-Quran.

Said Nursi. (2012). Tentang Ghibah, Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah, (pp. 99-103). Isparta, Turki: Altınbaşak Neşriyat.

‘Mereka tukar baju dan potong rambut anak saya’ – Ibu Ini Dedah Pengalaman Ngerinya dakwa anaknya hampir diculik 4 warga asing di pusat beli-belah

$
0
0


“Tak sangka pula saya kan menghadapi perkara ini,” demikian kata seorang pengguna Facebook, ‘Mama Ida You’ yang mendakwa anak perempuannya berusia tiga tahun hampir diculik satu keluarga warga asing dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Johor.
>Menurutnya, kehadiran sekeluarga warga asing itu disedarinya menyebab dia berasa kurang selamat dan terus menggenggam kuat tangan anaknya.

Selama ini saya baca saja kes cubaan menculik kanak-kanak ini dan yang terbaru, dua hari lepas di mana negro cuba menculik kanak-kanak di Taman Universiti itu. Tak sangka pula saya akan menghadapi perkara ini.

“Semasa saya membawa anak saya, Raysha Helena, 3, ke Paradigm Mall, Skudai, semasa saya memilih baju untuk baby Raysha, saya menyedari ada satu keluarga negro bersama dengan dua anak lelaki mereka yang berusia lingkungan belasan tahun berhampiran.

“Saya terus pegang erat tangan Raysha. Hati gerun juga sebab suami tiada bersama pada waktu itu. Hanya saya dan Raysha sahaja bershopping,” tulisnya.

Bagaimanapun, fokus si ibu terganggu apabila salah seorang daripada keluarga itu tampil bertanya lokasi pengurup  wang, dipercayai sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian mangsa, lalu menculik anaknya.

“Bila saya nak buat pembayaran untuk baju Raysha di kaunter, tiba-tiba saja perempuan negro itu bertanya di mana lokasi Money Changer di dalam Paradigm Mall itu.

“Sedang saya sibuk menerangkan arah tepat itu, saya tak sedar terlepas tangan baby Raysha. Perempuan negro itu kemudian pergi begitu sahaja dan masa itulah saya teringat pada Raysha.

“Saya menjerit memanggil nama Raysha dalam kedai baju itu dengan budak-budak kedai baju itu turut membantu mencari anak saya. Hati saya dah meratap sedih, berdoa banyak-banyak dalam hati agar Raysha ditemui,” tulisnya

Setelah beberapa ketika cuba mencari, wanita berkenaan ternampak dua budak lelaki negro bersama keluarganya tadi sedang membawa seorang budak perempuan bersama mereka.

Hasil pengamatan pada tanda lahir pada kanak-kanak itu, si ibu terus menjerit meminta pertolongan orang ramai untuk menghalang keluarga penculik itu.

“Budak perempuan yang kena heret itu berambut pendek tetapi Raysha berambut panjang. Siap pakai gown lain dari baju Raysha semasa saya bawa dia keluar.

“Allah nak tunjuk pada saya. Tiba-tiba dari bawah itu ternampak tompok coklat pada betis belakang dan saya kenal tanda lahir Raysha itu cuma ada satu tompok coklat di bahagian betis kanan.

“Saya tak tunggu lama. Minta orang halang negro itu bawa anak saya ke arah lif. Budak-budak pekerja kedai baju itu pun tolong juga kejar negro sekeluarga itu.

“Menyedari dikejar, mereka campak Raysha ke tepi dan mereka melarikan diri melalui pintu kecemasan dan exit ke arah tempat letak kereta, tulisnya.



Namun, ibu kanak-kanak itu kecewa apabila ada seorang lelaki yang menghalang mereka dari terus mengejar suspek.

“Yang bodohnya, siap ada seorang lelaki pula yang menghalang budak-budak itu dari terus mengejar negro terbabit. Siap bagi nasihat suruh istighfar, istiqomah, muhasabah diri dan negara ada undang-undang bagai.

“Geram pula tengok bangsa sendiri yagn tak nak tolong orang dalam kesusahan. Akhirnya keluarga negro itu terlepas begitu sahaja.

“Saya peluk Raysha yang dah kena gunting rambut oleh negro terbabit. Saya call suami pada masa itu juga dan suruh datang dan bawa pergi balai untuk buat laporan polis.

“Aduhai, apalah nak jadi ini. Semakin takut nak bawa anak-anak keluar,” tulisnya.

Sumber: Mama Ida You, Andrew Ng Koon Dah

sumber artikel : https://ift.tt/2MYJygW

Sumber ‘Mereka tukar baju dan potong rambut anak saya’ – Ibu Ini Dedah Pengalaman Ngerinya dakwa anaknya hampir diculik 4 warga asing di pusat beli-belah

‘Kakak Adik, Abah Rindu..’ – Dua Puteri Menghembuskan Nafas Terakhir Serentak, Luahan Bapa Muda Tabah Ini Sungguh Buat Hati Kecil Kami Sebak

$
0
0


Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dijaganya sejak kecil akhirnya pergi meninggalkan dirinya dahulu. Paling sebak apabila suami isteri ini terpaksa menerima takdir kedua dua anaknya dijemput illahi terlebih awal.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Beserah semalam menyebabkan dua beradik maut akibat tercampak keluar selepas kereta Honda City dinaiki bersama mereka terbabas. Luahan bapa ini buat kami sebak.



Allah lebih sayangkan kamu berdua



Puteri ku,
damai lah kamu berdua di sana.
Bermainlah, gelak ketawa lah bersama2 di dalam syurga Puteri ku. Allah lebih sayangkan kamu berdua, Allah telah memanggil kamu berdua puteriku, akhir2 ini, abah perasan banyak masa kakak bermersa bersama adik, adik sangat gembira akhir2 ini bila bermain dgn kakak,

dan adik selalu minta abah dukung adik setibanya abah di rumah setelah pulang kerja, kakak pula selalu buat abah terperanjat dgn jeritan untuk menyakat abah setelah abah melangkah ke dalam rumah setelah penat berkerja.



Tapi abah tak pernah perasan yang semua tu bakal berakhir malam semalam 17/8/18, puteriku abah dan ibu sangat sayangkan kamu berdua, rindu akan tawa senda mu, rindu jerita kakak, rindu garau suara adik yg meminta makanan jika lambat di suap ke mulut. Kakak, abah rindu celoteh kakak yang suka bercerita kpd abah dan ibu dan soalan2 yang selalu kakak tanya pada abah dan ibu, abah dan ibu sangat2 rindu pada kamu berdua, baru satu hari kamu berdua meninggalkan kami,

tapi perasaan ini terasa sangat lah rindu, telinga ini bagai terdengar akan suara kamu berdua puteriku, mata ini selalu terbayang2 akan pergerakan mu yang selalu bermain2 di dalam rumah, abah dan ibu takkan pernah lupa pada kakak dan adik, kakak dan adik damai lah di sana, Allah telah memanggilmu, pergilah dgn tenang.

Hadirkan sifat sabar dalam diri kami



Allah telah meminjamkan kamu berdua kpd ibu dan abah sekadar waktu ini sahaja, abah Redha… Puteri2 ku, cari lah abah dan ibu jika kamu tidak bertemu abah dan ibu di Syurga, carilah sehingga jumpa, tariklah abah dan ibu ke dalam Syurga Allah, di mana tiada tempat yg kekal melaikan di syurga mu Ya Allah..

Ya Allah tabahkan hatiku dan isteri ku, tanamkan perasaan redha kpd kami dengan ketentuan dan takdir mu ini. Hadirkan sifat sabar di dalam diri kami Ya Allah.. sebaik baik perancangan adalah perancangan mu Ya Allah.. ada kemanisan di sebalik kepahitan.. InsyaAllah..

Nur Nailah Al Farafisha
Nur Afina Safiya
Dalam kenangan Abah dan Ibu.
Dari,
Mohd Helmiardi Bin Nosaha



Difahamkan menerusi Berita Harian, kereta terbabit hilang kawalan lalu terbalik melanggar tiang lampu di tengah-tengah penghadang jalan, ketika melalui laluan berlopak. Akibat rempuhan itu, dua beradik terbabit tercampak keluar dan terjatuh atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai.

Semua mangsa dikejarkan HTAA untuk mendapatkan rawatan namun pada jam12.30 tengah malam, dua kanak-kanak yang sedang menerima rawatan meninggal dunia di wad kecemasan HTAA.

Sumber : Ayuni via ohbulan

Sumber ‘Kakak Adik, Abah Rindu..’ – Dua Puteri Menghembuskan Nafas Terakhir Serentak, Luahan Bapa Muda Tabah Ini Sungguh Buat Hati Kecil Kami Sebak

(6 Gambar) Penampilan Terbaru Janda Hot Idaman Jejaka Semalaya,Fasha Sandha Dikecam Netizen Bawang Yang Dikatakan Dengki Dengan Rezekinya..

$
0
0

Sejak kebelakangan ini, pelakon Fasha Sandha sering dikecam netizen apabila beliau kerap memuat naik gambar memakai pakaian yang kurang sopan dan se ksi di Instagramnya.

Terbaru, pelakon jelita itu telah berkongsi video di belakang tabir beliau yang sedang menjalani sebuah sesi pengambaran untuk iklan produk kosmetik.


Video yang dimuat naik di Instagram beliau itu telah mendapat kecaman orang ramai. Ramai pengikut beliau berpendapat pakaian yang dipakai oleh Fasha dalam video itu kurang sopan dan se ksi.

Fasha yang hanya memakai baju jenis tube berwarna beige yang dipakai labuh sehingga menampakkan lurah payu dara itu.


Lebih menjengkelkan hati peminat lagi apabila pelakon jelita itu turut memakai rambut palsu sepanjang sesi fotografi itu yang dikatakan tidak sesuai dengan imej beliau sebagai seorang wanita Melayu.



Ini bukanlah kali pertama pelakon jelita itu dikecam orang ramai kerana pemakaiannya yang menjolok mata itu.



Meskipun teruk dikecam, Fasha dilihat seseolah seperti sudah kalis dari sebarang bentuk kecaman apabila dia memuatnaik gambar beserta kepsyen memberitahu bahawa orang ramai tetap akan bercakap tentang dirinya walaupun dia melakukan perkara baik.


Kepsyen tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen yang memberikan nasihat dan teguran mengenai tindakannya itu. Ada juga yang memberikan kisah pengajaran tentang kematian.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa terkejut dengan penampilan Fasha yang dilihat tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ibu.

sumber artikel : https://ift.tt/2vSQRAf

Sumber (6 Gambar) Penampilan Terbaru Janda Hot Idaman Jejaka Semalaya,Fasha Sandha Dikecam Netizen Bawang Yang Dikatakan Dengki Dengan Rezekinya..

Ibu Muda Tidak Kedekut Ilmu Ini Kongsi Bagaimana Cara Nak Buat Biskut Bayi Warna Merah Jambu Tanpa Menggunakan Pewarna Tiruan,Comelnya!

$
0
0


Puan Noraniza Osman berkongsi resipi ini setelah menyediakan biskut ini untuk anaknya, Iyad yang berusia 10 bulan. Katanya ia adalah stok makanan jejari untuk anaknya dan bekalan balik kampung pada hari raya haji. Rupa cantik dan warna menarik pada biskut ini amat menarik kerana dia telah menggunakan buah naga.



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN


1 buku unsalted butter (mentega tanpa garam)
2-3 cawan tepung gandum unbleached
3 sudu makan tepung jagung
Puri buah (untuk biskut dalam gambar, puri buah naga telah digunakan)

CARA PENYEDIAAN

Mentega dipukul sehingga kembang.
Masukkan puri buah dan kaup balik untuk sebatikan.
Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum. Adun sampai adunan tidak melekat pada tangan.
Bakar pada suhu 170-180°c selama 10-15mnit mengikut kesesuaian oven masing-masing.



Menerusi ruang komen dalam Puan Noraniza memberitahu jumlah buah naga yang digunakan ialah kira-kira setengah biji manakala buah kurma pula 10 biji. Tepung unbleach yang digunakan pula dicadangkan dari jenama Faiza atau Rose.

Selain itu, banyak tip dikongsikan pada ruangan komen berkaitan resepi ini.

BISKUT INI CAIR DI MULUT





Sumber: Puan Noraniza Osman

Sumber Ibu Muda Tidak Kedekut Ilmu Ini Kongsi Bagaimana Cara Nak Buat Biskut Bayi Warna Merah Jambu Tanpa Menggunakan Pewarna Tiruan,Comelnya!

Pakar Kekeluargaan Dan Keibubapaan Ini Kongsikan Bagaimana Anak Tetap Hormat Dan Sayang Pada Ibu Bapa Walaupun Kena Marah

$
0
0

Dalam mendidik anak-anak, adakalanya kita perlu memarahi mereka. Kemungkinan kerana mereka perlukan sedikit sentakan agar mereka boleh memahami kepentingan atau bahaya sesuatu perbuatan itu.

Contohnya, menyeberang jalan tanpa melihat kanan dan kiri dan menonong sahaja membahayakan diri. Sudah diingatkan lebih 3 kali, maka, perlu dimarahi dan dihukum dengan hukuman dan marah yang berpatutan.

Ramai risau untuk memarahi anak kerana merasakan bahawa nanti anak akan tidak menyayangi mereka atau anak jadi melawan.



Ini beberapa mutiara ilmu yang boleh membantu bagaimana untuk memarahi anak dan anak menjadi semakin hormat dan kasih akan kita.

1- Marahlah perbuatan yang salah itu bukan diri anak itu. Jangan kata perkataan macam ni ‘ Kamu ni memang jahat!’ kerana ini menuduh dan mengidentitikan diri anak itu. Katalah perkataan seperti ini,’ Janganlah berperangai tidak baik macam tu…sayang anak yang baik’.

2- Guna senjata marah ini pada tempat-tempat yang tertentu saja. Jangan asyik marah. Senjata tu dah jadi tidak kuat kesannya.

3- Sebelum marah akan sesuatu perbuatan, pastikan anak sudah jelas bahawa perbuatan itu salah. Sudah diterangkan berkali-kali. Anak-anak dibawah 4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk faham, sebab perkembangan otak belum maksimum.



4-Bila marah gunalah “sandwich” method. Iaitu, mulai dengan menghargai sesuatu yang baik yang telah dilakukan. Kemudian baru bawa ke tengah perkara yang hendak ditegur. Akhirkan dengan kata-kata harapan dan positif.

Contoh:

“Mama happy sangat tengok Abang dan semakin rajin solat. Bagus tu. Mama tengok Abang susah sikit bangun subuh. Ini kurang bagus. Rugi kalau kita miss mana-mana waktu solat. Apakata Abang tidur awal supaya tak ngantuk bagun solat subuh. Mama yakin Abang boleh disiplinkan diri, kerana hari tu bila Abang set nak disiplin basuh pinggan lepas makan, Abang dah tak miss dah. Anak Mama ni memang kuat semangat.”



5- Beri ruang untuk anak memproses apa yang ditegur itu. Setelah anak agar tenang, nyatakanlah kasih anda kepadanya dan keyakinan anda bahawa dia boleh membetulkan kesilapannya. Serta nyatakankasih anda.
6- Elaklah mengatakan kata-kata begini..”mak marah ni sebab mak sayang..’ semasa tengah memarahi anak. Ini langsung tidak berkesan untuk anak-anak zaman sekarang.
Harap ini membantu bagi yang minda dan hati yang senantiasa terbuka untuk kebaikan.
Sumber: Ibu Rose
Pakar Kekeluargaan Dan Keibubapaan

sumber artikel : https://ift.tt/2MXr4gI


Sumber Pakar Kekeluargaan Dan Keibubapaan Ini Kongsikan Bagaimana Anak Tetap Hormat Dan Sayang Pada Ibu Bapa Walaupun Kena Marah

Zaman Sekarang Ni Tak Perlu Malu Jika Perigi Mencari Timba, Tak sia-sia muka tebal, gadis ini dapat kahwin dengan ‘crush’ sendiri, Berbaloi Weih!

$
0
0


Anak muda yang aktif menggunakan laman media sosial pada hari ini boleh dikatakan dapat membantu mereka bagi bertemu dengan pasangan hidup masing-masing.

Itulah terjadi kepada seorang gadis bernama Siti Nur Aminah atau lebih mesra dengan panggilan Hanima apabila berkahwin dengan seorang jejaka yang dikenali menerusi laman Twitter miliknya.




Walaupun pada mulanya dia mendakwa suaminya, Deed seorang yang sombong namun gadis berusia 25 tahun itu terpaksa menggunakan prinsip ‘perigi mencari timba’ bagi mengambil hati jejaka tersebut.



Hanima berkongsi kisah menamatkan zaman bujangnya dengan menyatakan dia terpaksa ‘menebalkan’ muka untuk memikat Deed menerusi Direct Message di laman Twitter.



“Tebalkan muka sis DM dia kat Twitter, sekarang dah jadi suami,” tulisnya.

Posting tersebut menarik perhatian orang ramai dan diulang kicau sebanyak 26,609 kali dengan mendapat 28,530 tanda suka.




Menurut Hanima, pada mulanya mereka sekadar berkawan sahaja dan mula menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu.



“Plot twist. Aku DM tp dia hi hi bye bye je. Dia sombong tak pandang sis. So kitaorang kawan je. Last year baru dia suka sis. Jual mahal dia ni,” tambahnya.

Sejak postingnya menjadi tular, ramai juga individu yang masih solo meminta pelbagai cara dan tips bagaimana mahu mulakan bagi memikat crush masing-masing.

Bagi tunjuk ajar sikit sis!




Wahh min pun tumpang gembira la! Tak sia-sia mencuba kan. Semoga perkahwinan Hanima dengan suaminya kekal bahagia.

Sumber : hanima , amnhtzmn

sumber artikel : https://ift.tt/2OMvFTj

Sumber Zaman Sekarang Ni Tak Perlu Malu Jika Perigi Mencari Timba, Tak sia-sia muka tebal, gadis ini dapat kahwin dengan ‘crush’ sendiri, Berbaloi Weih!

Al-Fatihah! Suami menghembuskan nafas terakhir akibat mat rempit, luahan isteri ini buat ramai netizen sebak dan hiba

$
0
0


Sebuah video melibatkan seorang peserta lumba haram yang merempit hingga membawa maut pada Jumaat lalu menjadi tular sejak semalam di laman Facebook.

Rakaman video dan beberapa keping gambar telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Fawas yang dipercayai rakan kepada mangsa.




“Al-Fatihah… Aku harap kau tenang la kat sana… Mat Jerin telah meninggal dunia pukul 4 pagi tadi.. Doakan la untuk arwah semoga arwah tenang disana,” tulisnya.

Menerusi laporan BH Online, mangsa Norazrin Azizan Abdul Aziz menunggang motosikal Yamaha 125Z dipercayai hilang kawalan lalu merempuh seorang pejalan kaki yang cuba melintas jalan di Jalan Salor Baru, Kota Bahru.

Mengalami pendarahan otak teruk, mangsa berusia 26 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, pejalan kaki yang hanya mengalami koma kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di hospital yang sama.

Menerusi laman Facebook isteri arwah pula, Echah Eyka ada berkongsi beberapa posting mengenai tragedi menyayat hati yang berlaku terhadap suaminya itu.



Al-Fatihah untuk suamiku…


Mommy & Echah (anak) rindu sangat…



Takkan lupa pesanan suami…





Salam takziah! Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : BH Online , Muhammad Fawwas


sumber artikel : https://ift.tt/2OOpsX3


Sumber Al-Fatihah! Suami menghembuskan nafas terakhir akibat mat rempit, luahan isteri ini buat ramai netizen sebak dan hiba

Tips Balik Kampung! Tinggalkan Dulu Bungkusan Air Dalam Pasu, Sebelum Balik Kampung. Ada Sebab Perlu Buat Begitu! Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Petua Ini Bukan?

$
0
0


Bagi yang mempunyai hobi bercucuk tanam, tentu akan rasa bimbang tentang keadaan tanaman yang ditanam jika terpaksa tinggalkan rumah untuk jangka masa yang lama. Contohnya dimusim perayaan atau pergi bercuti ke luar negara.

Maklumlah rutin harian kalau bercucuk tanam ini, mestilah sering disiram dengan air tanaman tersebut. Hatta sehari terlupa siram, tanaman sudah terlihat layu dan apatah lagi jika berhari-hari. Pasti boleh mati pula dibuatnya.

Jadi tidak hairanlah, kebiasaanya mereka ini tidak mahu tinggalkan rumah berhari-hari. Bimbang dengan pokok-pokok yang ditanamnya itu.

Jadi bagaimana cara terbaik untuk atasi masalah ini?

Melalui perkongsian Lina Sahedin di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri memang cukup kreatif dan boleh dibuat. Kosnya pun murah sahaja, sekadar plastik dan getah sahaja pun.


Jom semak perkongsiannya…

“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Kebetulan hari ini saya nak balik kampung. Cara yang mudah tanpa keluar modal yang banyak sebab saya banyak juga pasu depan ,belakang dan tepi rumah… Kebetulan hari raya pun semakin hampir ,semua sahabat boleh buat begini..”–Lina Sahedin



Langkah pertama :



Pastikan bungkusan air tidak diikat terlalu ketat.



Langkah ke dua :



Letakkan di dalam pasu dan kemudian cucukkan bungkusan tadi dengan jarum peniti .



Langkah ketiga :



Cucukkan juga garfu plastik di dalam pasu agar kedudukan bungkusan berisi air tadi terletak elok.


sumber artikel : https://ift.tt/2vV527C

Sumber Tips Balik Kampung! Tinggalkan Dulu Bungkusan Air Dalam Pasu, Sebelum Balik Kampung. Ada Sebab Perlu Buat Begitu! Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Petua Ini Bukan?

Perkampungan Air Di Sabah: Ancaman Kebakaran Dan Operasi Perobohan

Ular Tedung Selar, Pemilik Bisa Yang Digeruni Manusia

$
0
0

Ular tedung selar ialah ular berbisa terbesar di dunia. Tidak sukar untuk membezakan cirinya dengan spesis ular yang lain berikutan bentuk kepalanya yang seakan-akan bertudung itu. Ular tedung selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garisan berwarna kuning atau putih. Apa yang menakutkan tentang ular ini adalah, keupayaannya sebagai makhluk paling berbisa di atas planet ini.

Ular tedung selar boleh mencapai 18 kaki panjang, menjadikan mereka spesis terpanjang dalam kategori ular berbisa. Apabila berasa terancam, ular ini boleh menegakkan satu pertiga daripada badannya dari tanah dan masih boleh bergerak ke hadapan untuk menyerang. Mereka juga akan mempamerkan ‘tudung’ kebanggaan mereka dan mengeluarkan bunyi desiran yang seakan-akan menyerupai bunyi ngauman anjing. Ular tedung selar merupakan spesis diurnal, yang bermaksud mereka aktif pada waktu siang. Apabila matahari terbenam, ular ini akan bersembunyi di bawah balak, akar atau sarang anai-anai.

Jetpack Langkawi

Sebenarnya, racun ular tedung selar bukanlah yang paling kuat dalam kalangan spesis ular berbisa. Tetapi, jumlah neurotoxin yang dapat mereka berikan dalam satu gigitan terlalu banyak sehingga dua persepuluh daripada auns cecair bisa cukup untuk membunuh 20 manusia, malah seekor gajah! Bagusnya, ular tedung selar jenis yang pemalu dan akan menghindari manusia jika perlu, tetapi sangat agresif sekiranya didekati.

Ular tedung selar biasanya hidup di hutan hujan dan dataran India, Selatan China dan Asia Tenggara. Warna mereka boleh berbeza mengikut kawasan. Ular ini boleh berada di pokok-pokok, di daratan dan di dalam air. Makanan utama mereka ialah spesis ular lain sama ada yang berbisa ataupun tidak. Mereka juga akan makan biawak, telur dan spesis mamalia lain. Ular ini juga satu-satunya ular di dunia yang membina sarang di mana mereka akan menjaga telurnya sehingga menetas.

Ular tedung selar juga terkenal sebagai spesis pilihan untuk para penjinak ular di Asia Selatan. Walaupun ular tedung selar dapat mendengar, tetapi sebenarnya mereka pekak kepada bunyi bising, sebaliknya mengesan getaran di tanah. Seruling yang ditiupkan penjinak ular menarik perhatian ular tedung selar melalui bentuk dan pergerakannya, bukan melalui muzik yang didendangkan kepadanya.


Indianisasi Dan Islamisasi Alam Melayu: Satu Pensejarahan

$
0
0

Mutakhir ini kecoh berkenaan isu keberhutangan orang Melayu kepada peradaban India di mana ini yang bukanlah kali pertama berlaku tetapi telah berlaku bertahun-tahun lamanya. Pendakwaan ini bukan sahaja melibatkan agama, budaya, bukti arkeologi, bahasa, sistem tulisan, raja-raja, malah mereka mendakwa merekalah punca ketamadunan orang Melayu.

Sebelum alam Melayu ini bersentuh dengan kebudayaan India, penduduk asal ini hidup di dalam kegasaran. Inilah yang dicanang-canangkan terutamanya oleh puak ‘Greater India’ dan geng Chola. Namun perkara ini bukanlah baru sebenarnya, ia telah disebarluas dan dipropagandakan oleh penjajah-penjajah Nusantara seperti British dan Belanda. Untuk kes Malaysia, ia adalah usaha terancang pihak British dalam memperbesarkan pengaruh India ke atas orang Melayu.

Jetpack Langkawi

TAKRIF INDIANISASI

Sebelum kita meneruskan perbincangan lebih lanjut, lebih baik kita selesaikan dahulu takrif Indianisasi. Mengikut Coedes, Indianisasi adalah perkembangan kebudayaan secara terancang yang diasaskan di atas konsep diraja India, dicirikan melalui kultus Hindu atau Buddha, mitologi Puranas, dan penumpuan ke atas Dharmasastra, dan menzahirkan dirinya di dalam bahasa Sanskrit.

Manakala Indianisasi di kawasan India Jauh (merujuk kepada kepulauan Melayu) sukar untuk dipastikan samaada ianya menyamai Indianisasi di Lembah Ganges seperti Bangladesh, bangsa Dravidian dan Sri Lanka. Terdapat berbagai istilah yang boleh menggantikan Indianisasi ini seperti Brahminisasi atau Sanskritisasi. Ini kerana terdapat teori lain bahawa penyebaran budaya India ini melibatkan golongan Brahmin sahaja atau melalui pengaruh bahasa Sanskrit sepertimana zaman ini yang melalui pengInggerisan yang hebat. Kedudukan Kepulauan Melayu yang dipisahkan laut yang luas berbanding Bangladesh dan Dravidian menyukarkan untuk penyerapan budaya secara perlahan-lahan.

Ciri tamadun India yang diserap oleh alam Melayu :-

1) kepercayaan – Buddha dan Hinduisme (Brahminisme)

2) Bahasa – Sanskrit

3) Huruf India – tulisan Pallawa yang diubahsuai daripada tulisan India Selatan. Tulisan kawi di Jawa diubahsuai daripada tulisan Pallawa

4) Kesenian – corak pada candi dan patung-patung

5) Pentadbiran – gelaran raja dan pembesar

6) Kesusasteraan – epik Ramayana, Mahabrata dan Jataka diterjemahkan atau disadur

Tiga hipotesis utama proses Indianisasi ini

1) Hipotesis Visya

2) Hipotesis Kastria

3) Hipotesis Brahmin

Hipotesis Visya ini telah dikemukakan oleh Krom dan diperkembangkan oleh Coedes; di mana mereka mengatakan bahawa proses Indianisasi ini dilakukan oleh golongan Visya. Golongan Visya yang mana adalah golongan pedagang ini telah datang ke alam Melayu untuk berdagang dan dalam tempoh perdagangan itu telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Perdagangan antara benua India dengan alam Melayu ini telah berlaku lama dahulu namun semenjak abad ke 2 SM, India telah kehilangan bekalan emasnya dan ini menuntut mereka untuk mendapatkan bekalan tersebut di alam Melayu lalu mempesatkan kedatangan golongan ini ke alam Melayu dan menyebarkan kebudayaan India di sini. Namun didapati hipotesis ini ada kelemahan ketaranya kerana bagaimana golongan Visya ini mampu untuk menyebarkan kebudayaan India terutamanya di dalam bab keagamaan dan bahasa Sanskrit?

Agama Hindu dan bahasa Sanskrit hanya difahami oleh golongan Brahmin sahaja. Namun Krom menjawab bahawa kemungkinan golongan Brahmin ini dijemput golongan Visya untuk mengajar anak-anak mereka. Namun pandangan ini disanggah kerana dua sebab iaitu; golongan Brahmin tidak boleh bergaul dengan golongan bawahan, dan , golongan Brahmin tidak boleh bergaul dengan kasta rendah apatah lagi mengajar anak kasta rendah dengan luar kasta. Ini kemudian dicadang oleh Coedes bahawa golongan yang dibawa oleh golongan Visya ini bukanlah golongan Brahmin tetapi golongan pendita Buddha kerana tiada halangan yang dihadapi oleh pendita Buddha sepertimana yang dihadapi oleh golongan Brahmin.

Hipotesis Kastria pula dicadangkan oleh C. C. Berg, Greater India Society dan Moens (pengkaji Belanda) di mana Indianisasi ini telah disebarkan oleh golongan Kastria iaitu samaada golongan pahlawan atau anak-anak Raja India terutama dari India Selatan. Anak-anak Raja ini telah keluar dari India untuk mencari tanah baru ataupun adalah pelarian politik setelah perebutan takhta kerajaan.

Apabila mereka sampai di alam Melayu, mereka telah mengalahkan pembesar tempatan dan menguasai negeri mereka. Namun ia ditentang hebat oleh FDK Bosh bahawa jika benar ianya berlaku sebegitu pastinya; adanya prasasti yang mencatatkan perluasan kuasa itu; tiada tanda-tanda kacukan bangsa Melayu Dravidia di Jawa atau Bali; istilah atau perkataan India yang ada di dalam bahasa Melayu adalah perkataan Sanskrit tulen bukannya bahasa orang Dravidia; wujudnya susun lapis masyarakat di dalam alam Melayu iaitu kasta namun tidak diamalkan kerana raja adalah paling tinggi di dalam monarki iaitu konsep dewaraja.

Manakala, hipotesis Brahmin pula menyatakan golongan Brahmin itu sendiri yang menyebarkannya namun seperti sanggahan di atas, ianya tidak mungkin berlaku dan tambahan pula golongan Brahmin bukanlah seperti golongan mubaligh yang mempunyai misi menyebarkan agamanya. Penganut dianggap Hindu jika dilahirkan dalam keluarga Hindu.

Indianisasi yang berlaku di alam Melayu ini tidaklah lebih berat kepada Hindu mahupun Buddha, namun merupakan keseimbangan di antara keduanya dan juga asimilasi dengan unsur animisme tempatan.

PENGARUHNYA

Setelah kita memahami erti Indianisasi ini kita haruslah mengetahui bahawa ia dipelopori oleh pengkaji-pengkaji British dan Belanda yang hadir di alam Melayu. Namun harus diinsafi bahawa ianya telah bermula seawal British menjajah benua India. Penjajahan ini beserta pentafsiran semula sejarah telah menjadikan asbab kepada pemisahan Pakistan dan India dan juga pergolakan antara orang Islam dengan orang Hindu. Malah kesan kepada pentafsiran ini juga tiba di alam Melayu ini yang akhirnya juga membawa kepada pemisahan fizikal dan spiritual alam Melayu ini kepada negara-bangsa baru.

Di sini akan saya hidangkan beberapa contoh daripada pegawai British berkenaan Indianisasi di alam Melayu ini.

Pegawai/Residen British yang berada di Tanah Melayu (TM) sebelum kemerdekaan tersangatlah memuja dan mengagumi kebudayaan Jawa yang dianggap sempurna lalu  dengan secara semberono merendah-rendahkan kebudayaan Melayu. Ini jelas terbukti dinyatakan oleh Frank Swettenham sendiri :

“Bahasa Jawa tentunya abjad yang paling sempurna di kepulauan, dan satu catatan ringkas mengenainya akan memberi kefahaman umum berkenaan yang lain di mana, walaupun mereka berbeza dari segi bentuk, tanggungannya, prinsipnya, satu kemiripan yang asas. Ia mempunyai perwatakan yang tersendiri dan tidak berubah-ubah untuk setiap bunyi di dalam bahasa, dan sejak itu, justeru, ianya satu sistem yang sempurna . . . .”

Ini diakibatkan ketakjuban yang sama mereka alami apabila melihat kebudayaan benua India dan umum diketahui kebudayaan Jawa adalah yang paling mirip dengan kebudayaan benua India. Di sinilah bermulanya teori Indianisasi yang turut dikenakan oleh orientalis seperti mereka kepada kebudayaan Melayu.

Malah Frank Swettenham menyebut di dalam bukunya, British Malaya, seperti perenggan di bawah :

“Sesetengah, tentunya, menyukai bahawa abjad Malayan mungkin telah dipinjam daripada Hindu, namun sesungguhnya tiada bukti kukuh untuk hipotesis sedemikian. . . .”

Pendapat mereka ini adalah mengikut pandangan alam mereka dan pengalaman mereka semenjak Zaman Pertengahan lagi. Konsep beragama mereka yang menganggap bahawa agama akan melalui evolusi mengikut peredaran masa dan agama biasanya apabila bertemu dengan entiti baru akan melentur dirinya membolehkan kepercayaan tradisi entiti baru ini meresap mesra dan membentuk agama bersifat lokaliti. Ini yang dimaksudkan oleh mereka sebagai ‘lokal genius’.

Malah pengalaman mereka bertemu dengan benua India telah membentuk satu laras pemikiran yang kemudiannya digunakan sebagai penanda aras dalam menilai alam Melayu. Ketika mereka tiba di benua India mereka telah terkesima dan kagum dengan keindahan binaan yang ada di benua India yang bercirikan Hindu dan Buddha malah binaan Islam juga dilihatkan bersatunya unsur Islam dan Hindu-Buddha di sana. Benua India adalah yang paling lewat menerima Islam dan merupakan daerah pepinggiran kekuasaan pengaruh Islam.

Dan apabila mereka tiba di alam Melayu mereka mendapati alam ini telah memeluk Islam namun didapati masih terdapat unsur ‘Hindu’ yang membudaya di alam Melayu ini terutamanya di Pulau Jawa. Sehubungan itu, dengan mengambil kira pemerhatian mereka di benua India, mereka telah menggunakan hipotesis yang sama terhadap alam Melayu. Ini diperkukuhkan oleh teori mereka bahawa sebelum kehadiran Islam, alam Melayu ini memeluk agama Hindu yang disintesiskan dengan Buddha, dan sehingga kini alam Melayu dianggap menganut agama Hindu-Buddha.

Oleh itu, apabila mereka melihat alam Melayu ini memeluk Islam namun mengekalkan kebudayaan Hindu-Buddha telah menelurkan kesimpulan pra-matang mereka sewenang-wenangnya mengatakan bahawa Islam yang dianut alam Melayu bukan bersifat asli tetapi merupakan satu sintesis antara Hindu-Buddha dengan Islam kerana sifat masyarakat Melayu sendiri yang dikatakan bijak di dalam mensintesiskan perkara sebegini. Mereka mengatakan sedemikian sepertimana mereka melihat Islam yang lain di benua India dan disebabkan alam Melayu ini berada di pepinggiran, makanya nasib yang sama berlaku di sini.

Keberhutangan Indianisasi alam Melayu ini kepada benua India telah diteruskan oleh pengkaji British dan Belanda ke atas agama Islam dengan sewenang-wenangnya menempelkan bahawa Islam tiba di alam Melayu melalui pedagang dari benua India sama seperti yang berlaku pada era Hindu-Buddha.

Sikap takjub mereka ini telah meletakkan kebudayaan Jawa jauh ke hadapan dan menjadi pusat ketamadunan alam Melayu mengenepikan peranan orang Melayu dan peranan Islam di alam ini. Pembahagian zaman alam Melayu ini telah diletakkan sebagai zaman Hindu-Buddha, zaman Islam, dan zaman penjajahan.

Tanggapan mereka adalah kehebatan sesuatu tamadun itu diukur dengam kehebatan binaan mereka dan ini terlihat dengan lebih jelas pada zaman Hindu-Buddha dengan kehadiran begitu banyak candi-candi, stupa-stupa, dan yang paling penting seperti candi Borobudur yang menyorot kepada kemegahan zaman Hindu-Buddha.

Manakala, kemegahan binaan ini tidak terlihat pada zaman Islam menerangi alam Melayu ini. Malah mereka senada mengatakan bahawa kemasukan Islam menyekat kehebatan yang dikecapi alam Melayu ini dengan runtuhnya Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit yang tidak akan datang kembali.

PEMUSATAN PAKSI INDIA

Sikap yang tegar dalam memusatkan paksi India untuk pensejarahan alam Melayu walaupun betul namun ia tidaklah begitu benar untuk dilebih-lebihkan. Pemusatan ini adalah kesan yang disebut oleh Syed Hussein Al-Attas (SHA) sebagai imperialisme intelektual/minda tertawan. Perkara ini bukan sahaja berlaku di alam Melayu malah seperti yang disebutkan di atas ianya telah diterapkan juga di benua India.

Pensejarahan semula British terhadap sejarah benua India telah menatijahkan pemisahan benua India kepada beberapa buah negara bangsa dan masih lagi berseteru antara satu sama lain. Pensejarahan di benua India telah meletakan pembahagian zaman India kepada zaman Hindu, zaman Islam dan zaman moden sedangkan Islam tiba di benua India bukannya sekaligus tetapi berperingkat.

Namun begitu tindakan sedemikian telah melahirkan radikal di kalangan pihak masing-masing yang seakan-akan kecewa dengan kelemahan diri tatkala di bawah pemerintahan yang lain. Sebagai contohnya kedatangan zaman Islam telah dilihat sebagai zaman penindasan ke atas masyarakat Hindu sedangkan ianya akibat telah diolah oleh pengkaji British. Di sini SHA telah mencadangkan agar pensejarahan dilakukan secara kreatif mengikut pensejarahan tempatan.

ISLAMISASI

Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai seorang ahli falsafah besar di alam Melayu ini melihat bahawa pengaruh Islamisasi lebih menonjol daripada pengIndiaan yang berlaku di alam Melayu ini. SMNA menyorot pemerhatian Henri Pirenne yang mengatakan mengenai dua ciri utama yang menjadi nilai ukuran untuk menciri ketamadunan sejarah bangsa.

1) pemusnahan perpaduan kebudayaan sesuatu daerah

2) pemindahan punca atau paksi kehidupan bangsa

Henri Pirenne telah mengemukakan contoh daripada ketamadunan Eropah di mana perpaduan kebudayaan Laut Tengah telah musnah apabila Islam muncul di kawasan itu menjadikannya terbahagi kepada tamadun Eropah dan Islam. Begitu juga dengan perlanggaran tamadun Islam yang pesat dalam masa seratus tahun telah memindahkan pusat tamadun Eropah dari daerah Laut Tengah ke bahagian Eropah Utrara.

Perbandingan yang sama telah dibuat oleh SMNA ke atas alam Melayu ini di mana hegemoni Sriwijaya-Majapahit yang mewakili ketamadunan Melayu-Jawa/Hindu-Buddha telah dipecahkan monopolinya dengan kehadiran Islam yang telah menumbuhkan kerajaan awal Islam di pesisir pantai Sumatera Barat dahulu sebelum dunia Melayu-Jawa dipisahkan dan akhirnya tamadun Hindhu-Buddha dikecilkan hanya tinggal di pulau Bali sahaja.

Selain itu, sebelum kedatangan Islam, alam Melayu ini mengambil semangatnya, akalnya, rohnya, kebudayaannya, keagamaannya, dari benua India namun selepas kedatangan Islam, punca semua ini mula diambil dari Timur Tengah malah secara tidak langsung menyerap dari dunia yang lebih luas. Walaupun sebelum ini alam Melayu telah mengenali dunia yang lebih luas daripada Lautan Hindi namun ianya lebih kepada perdagangan bukannya secara menyeluruh berbanding selepas kedatangan Islam.

Islamisasi adalah satu konsep yang dipelopori oleh dua pemikir besar dunia Islam abad ke 20 iaitu Iqbal dan Syed Naquib Al-Attas. Kedua-dua memberikan penerangan yang hampir serupa namun penakrifan oleh SMNA lebih teliti dan teratur. Menurut SMNA, Islamisasi adalah pembebasan manusia pertamanya sekali daripada sihir, tahyul, animisme, tradisi bersifat bangsa dan kebangsaan, dan akhirnya daripada kawalan sekular ke atas sebab (reason) dan bahasanya.

Takrif di atas ada menyebut mengenai Islamisasi mempengaruhi bahasa manusia. Makanya, kehadiran Islam di alam Melayu ini telah melahirkan bahasa baru iaitu Bahasa Melayu Jawi yang beraksara Jawi. Kelahiran ini adalah satu fenomena yang melahirkan bangsa Melayu yang baru kerana bahasa itu lambang pemikiran manusia dan pandangan alamnya. Perubahan ini penting kerana semenjak itu bahasa Melayu Jawi ini telah menjadi medium dakwah dan penyebaran agama Islam dengan lebih pesat malah menjadi bahasa ilmu buat alam Melayu ini

Selain itu, tertubuhnya kerajaan-kerajaan baru di luar korpus bangsa Melayu yang memperkenalkan diri mereka sebagai kerajaan Melayu dengan berlandaskan bahasa Melayu Jawi dan beragama Islam. Ini terjadi pada kerajaan-kerajaan di Borneo, Jawa, dan Filipina yang telah memeluk Islam. Makanya, konsep masuk Melayu yang difahami dengan jelas tentang hal ini yang telah berlaku lebih awal daripada yang diutarakan kini di dalam negara Malaysia.

PASCAKOLONIALISME, KESAN INDIANISASI KE ATAS

  1. Malaysia

Apabila kita melihat kepada kesan pemikiran ini terhadap negara Malaysia, di mana orang Melayu dianggap kelas kedua dibandingkan dengan orang Jawa kerana tidak memiliki nilai ketamadunan yang tinggi seperti pembinaan bangunan, candi dan lain-lain. Malah seringkali sebarang bentuk kebudayaan Melayu telah dimomok-momokkan sebagai pencuri atau maling ke atas kebudayaan Indonesia.

Sedangkan kedua-duanya datang dari ras yang sama. PengIndiaan ini telah menyebabkan penafian akan kewujudan Melayu sebagai bangsa pribumi di Malaysia kerana dituduh berasal dari Sumatera. Malah disebabkan keberhutangan terhadap bangsa India ini menyebabkan bangsa Melayu seakan-akan tidak mampu mereka-cipta kebudayaan sendiri.

Yang terakhir dan ini melibatkan Malaysia dan Indonesia di mana keIslaman mereka dipertikaikan sebagai mendalam dan kukuh. KeIslaman mereka dianggap seperti pelitur yang membalut jiwa mereka. Seandainya dikopek keluar, pasti terlihat batin kehindu-buddhaan dan animismenya.

2. Indonesia

Salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian telah berlaku di Indonesia. Selama Islam berkembang di Indonesia dan malah semasa era penjajahan Belanda sedang berlaku menakluk kesemua pulau-pulau Indonesia, pusat ketamadunan bagi kepulauan itu adalah di Johor-Riau-Aceh. Namun apabila kemerdekaan dicapai hingga sekarang, pusat ketamadunan mereka telah berpindah ke Pulau Jawa sendiri dengan Batavia (Jakarta) mengambil alih pusat ketamadunan tersebut. Ini sebenarnya merencatkan Islamisasi yang telah berlaku sejak abad ke 7 lagi.

Ini kerana disebabkan Pulau Jawa agak sedikit lewat di dalam proses Islamisasi, kemasukan ilmu-ilmu Islam adalah menuturi bahasa Melayu bukannya bahasa Jawa. Berbeza dengan zaman Hindu-Buddha di mana bahasa Jawa menuturinya. Oleh itu hingga masa kini bahasa Jawa masih lagi tidak boleh dianggap sebagai bahasa Islam sebagaimana bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa Islam dan digunakan untuk menyebarkan Islam.

INDIANISASI VS ISLAMISASI – MANA LEBIH DOMINAN

Van Leur mengatakan bahawa masyarakat alam Melayu ini bukan masyarakat Hindu-Buddha tetapi hanya dianuti oleh golongan bangsawan sahaja dan ini disokong oleh SMNA sendiri. Berbanding dengan Islamisasi di mana bahasa Melayu telah menjadi wadah pemikiran baru yang berlandaskan saintifik dan rasionalisme yang mula menular ke semua lapisan masyarakat. Bahasa Melayu telah membentuk bangsa Melayu baru dengan kemasukan Melayu dagang yang asalnya bukanlah dari kaum Melayu yang sama dan asal. Contoh yang lebih mudah sepertinya takrif bangsa Indonesia sekarang cuma berbeza syarat-syaratnya.

Berbeza di era negara bangsa Malaysia di mana takrif Melayu mula melangkah satu tapak ke hadapan di dalam peleburan takrif Melayu dalam menjadikan bangsa Melayu lebih anjal dan terbuka iaitu kemasukan kaum bukan Melayu yang bukan serumpun ke dalam bangsa Melayu itu sendiri.

Kesimpulan di sini, Islamisasi sesungguhnya lebih mengakar dan menjalar di alam Melayu berbanding apa yang pengkaji-pengkaji British dan Belanda fikirkan dan harapkan. Walaupun begitu kita tidak menafikan bahawa Indianisasi telah berlaku dan turut mempengaruhi masyarakat alam Melayu, cumanya zaman Indianisasi sudah berakhir dan ianya telah lama dikuburkan dengan sistematik oleh Islamisasi yang berlaku dengan perlahan namun efektif. Indianisasi ini telah lama terkubur namun digali kembali oleh pengkaji, malah pengkaji barat ini turut ingin memakaikan kembali ke badan alam Melayu ini. Sesungguhnya sebagai ahli alam Melayu kita seharusnya menolak dakyah ini dengan tegas bahawa ini bukan hakikat sebenarnya dan hanya kita sahaja layak untuk menetapkan pensejarahan alam Melayu ini.

RUJUKAN:-

1) Islam and Secularism -SMNA

2) Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu – SMNA

3) The Indianized States of Southeast Asia – G. Coedes

4) Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu – Ahmad Jelani Halimi

5) Kecenderungan “Paksi India” : Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam di Alam Melayu – Aliza bin Elias

6) Intellectual Imperialisme: Definition, Traits, and Problems – Syed Hussein Al-Attas

7) Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu: Beberapa Catatan Pengkaji Barat – Mohd Zariat Abdul Rani

8) Asal usul Orang Melayu: Menulis semula sejarahnya – Mohamed Anwar Omar Din

9) British Malaya – Frank Swettenham

Sebelum alam Melayu ini bersentuh dengan kebudayaan India, penduduk asal ini hidup di dalam kegasaran. Inilah yang dicanang-canangkan terutamanya oleh puak ‘Greater India’ dan geng Chola.

Artikel ini disumbangkan oleh Khairul Asraf Shah Nizamuddin Untuk The Patriots.

Soal Tanah 999 Tahun Yang Dituntut Oleh Nga Kor Ming

$
0
0

Masa Srikandi cerita pasal kes DAP Perak nak bagi status freehold pada Kampung Baru (majoriti Cina) dan tukar status ke leasehold kepada Kampung Tersusun (majoriti Melayu) sekitar 2008 yang lalu, ada orang kata (dari negeri lain) saya buat cerita dongeng.

Dia kata saya nak menakut-nakutkan orang Melayu kepada DAP. Hairan saya, apa yang nak sembah sangat DAP ni? Dia tak kena batang hidung sendiri dan duduk di negeri yang berat majoritinya Melayu memang anggap cerita tu dongeng. Tapi, kita hidup era internet, kalau google isu ni pun boleh tau.

Jetpack Langkawi


Rupa-rupanya isu tanah ini berlarutan sampai hari ini. Masih lagi bising pasal ‘999 tahun’ la bla..bla… Kalau dah MB Peja bersuara macam ni, maknanya ada tekanan lagi dari DAP lebih-lebih lagi memang dalam ceramah diorang sebelum PRU hari tu nak buat balik benda ni. Sebab tu sultan Perak tak berkenan dengan profesor Melayu DAP tu jadi menteri besar (MB) walau DAP dominan kerusi parlimen dan negeri di dalam kerajaan baru ni. Parti BERSATU ni menang satu kerusi je yeop!

Mana tak berbulu DAP bila sultan tak berkenan walaupun dah plan lama dah nak pergunakan Melayu Islam (konsep ‘Melayu khianat Melayu’) untuk jadi hamba suruhan mereka sejak DAP hadapi masalah dengan undang-undang tubuh negeri Perak yang syaratkan hanya orang Melayu beragama Islam sahaja layak jadi MB.

Itu gunanya raja-raja Melayu. Kalau tak, dah lama orang kita Perak bertanah leasehold manakala orang lain dapat freehold, dah macam undang-undang Zionis pulak dibuatnye. Kalau tak sultan campurtangan dan undang-undang tak kuat, dah lama yeop dan yong kat negeri Perak ni dapat menteri besar dari spesis DAP yang kononnya cekap, kompeten lebih pandai dari orang kita tapi macam mana titik perpuluhan pun boleh silap. Ini bukan main hafal sifir 12, ini libat angka juta-juta biliyun-biliyun!

Sikit-sikit deme nak ambik tanah. Yang pelik bin ajaib kes 2008 tu, kenapa hanya tanah Kampung Baru yang 80% orang Cina dapat hakmilik kekal manakala Kampung Tersusun dapat hakmilik sementara saja, malah ada kes kampung Melayu yang memang hakmilik kekal dipaksa tukar ke hakmilik sementara. Ape ke he? Kenapa DAP buat kezaliman begini pada orang Melayu, pada umat Islam? Serupa macam Zionis. Semua taktik penjajahan begini Srikandi dah ulas dalam buku-buku Srikandi seperti Rentaka Sekalian Bijasura dan Kursani Segenap Bimasakti.

Kome oghang Peghak pikio ler benda ni masak-masak. Beri sokongan pada MB Peja kita ni supaya kekal tegas pendiriannya dalam isu ni. Dia ni sedang ditekan sekarang. Amat-amat DASYAT. Sedangkan Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah kena ugut dulu suruh tarik diri dalam pencalonan Speaker DUN, kome ingat? Kena tekan, kena ugut sampai terkeluo status luahan hati, lepas tu tup..tup status tu hilang! Kome ingat lagi? Gugel la kalau tak tahu.

Trust me, kalau MB Peja berjaya ditekan, disogok atau apa-apalah, maka dia akan jadi macam Siti Aishah PKR tu. Raja Cukong dan askar-askarnya akan pergi lebih jauh dari ini, jadi persiapkanlah diri. Jangan jadi tengin.

Wahai yeop, yong dan orang-orang Melayu semua. Apa beza 99 tahun dengan 999 tahun? Antara 99 tahun dan 999 tahun mana lebih lama? Spesis yang duduk atas tanah hakmilik 99 tahun dengan spesis yang duduk atas tanah hakmilik 999 tahun mana akan merempat dulu?

Macam mana Kampung Baru yang majoriti kaum Cina boleh dijanjikan 999 tahun hakmilik manakala Kampung Melayu, Kampung Tradisi dan Kampung Tersusun diberikan HANYA 99 tahun hakmilik?

Bagaimana undang-undang Zionis begini boleh terfikir nak diwujudkan? Nak tanya kome semua ni, adakah ini yang dinamakan KESAMARATAAN dan KEADILAN dalam konsep Malaysian Malaysia?

” Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk memastikan semua tanah rizab Melayu yang diambil untuk tujuan pembangunan akan digantikan memandangkan jumlah semasa keseluruhannya masih belum mencukupi untuk memenuhi Wasiat Raja-Raja Melayu yang menetapkan ia mestilah tidak kurang daripada 50 peratus.”

Ketika ini jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di negeri Perak ialah 970,000 hektar dan jumlah itu baru meliputi 46 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri Perak iaitu 2.1005 juta hektar.”

(Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu 13 Ogos 2018)

Bagaimana MB Peja nak capai matlamat tanah rizab Melayu ni kalau Raja Cukong dah mintak tanah janji bulan bintang? Belum masuk tanah-tanah yang Raja Cukong dah beli dah rasuah sebab kuasa wang dia. Berapa banyak tanah yang Raja Cukong nak? Satu negeri?

Benda ni sangat jelas, SANGAT JELAS dan seperti yang Srikandi dah bagitau banyak kali, secara praktikalnya, orang lain berjuang untuk kepentingan kaum mereka sendiri. Mana ada Malaysian Malaysia, ini semua bullshit.

Kesamarataan itu hanya valid bagi mereka sekiranya hak-hak kamu ditindas dan diberi pada mereka. Itu konsepnya yang sebenar. Kalau kamu masih nak membela orang zalim yang bakal menindas kamu, pergila kerat anu kamu beri pada anjing.

Sekiranya Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, TEWAS DALAM ISU INI, trust me... mereka akan pergi lebih jauh dan lebih jauh. DAP dan anjing-anjingnya pada masa ini sedang menekan Peja dengan DASYATNYA untuk meluluskan kezaliman yang tak masuk akal ini. Hanya tunggu masa saja untuk menentukan nasib kome semua ni serupa benar dengan nasib orang Palestin atau tidak.

Imagine this...kalau Peja kita ni ditekan diugut mungkin beliau boleh bertahan lagi…tapi kalau diberi RM20 juta? Atau diberi gula-gula berupa pangkat jawatan macam kes Siti Aishah PKR bagaimana? Kamu semua boleh beri sokongan moral dan semangat yang amat-amat PADU kepada beliau untuk TETAP kekal pendirian dan tidak tunduk kepada kerakusan cukong-cukong ini semua. Kita kena sama-sama tularkan isu ini. Tunjukkan orang Melayu dari apa-apa parti pun, kalau berkaitan dengan isu Melayu, kita harus bersatu! Kalau mereka boleh bersatu dalam soal bangsa mereka, kenapa tidak orang Melayu?

SHARE artikel ini dan bagitau sanak saudara orang kampung semua tentang kezaliman yang bakal dicengkam ke atas negeri mereka.

Rumahtangga Vanidah Imran dan Rashidi Ishak sudah berakhir?

$
0
0


pergolakan rumah tangga pasangan pelakon Vanidah Imran dan Rashidi Ishak sudah lama kedengaran sejak beberapa tahun lalu.

Namun masing-masing membuat pengakuan bahawa mereka bahagia melayari kehidupan bersama.

Terbaru, menerusi laporan mStar Online, Vanidah atau lebih mesra dipanggil Vee enggan mengulas lanjut mengenai perkhabaran yang mengatakan hubungan rumah tangga mereka telah berakhir



Menurut pelakon filem Ophilia itu, dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut kerana risau akan menjadi berpanjangan.



“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” katanya.
Bukan itu sahaja, pasangan berkenaan turut kelihatan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.



Malah difahamkan hubungan pasangan yang dibina sejak 18 tahun lalu itu berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah.



Pasangan ini bernikah pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.



Kalau betul la perkhabaran ni, memang kecewa habis! Sayangnya hubungan yang dah lama dibina musnah begitu saja.

Sumber : mStar Online

sumber artikel : https://ift.tt/2nS90te

Sumber Rumahtangga Vanidah Imran dan Rashidi Ishak sudah berakhir?

‘Buruk Sangatlah Pakai Baju Paras Dada, Macam Minta Kaki Je’ – Fasha Sandha Ajak Pengikut Tidak Puas Hati Jumpa Face To Face Dengannya,Cukuplah Jadi Keyboard Warrior

$
0
0


Sebagai anak seni, selain sanjungan peminat, mereka juga terdedah kepada kecaman daripada segelintir pengikut terutamanya di laman sosial. Tidak hairanlah ada sesetengah daripada mereka memilih untuk menutup ruangan komen dari ‘diserang’ komen-komen negatif yang menyakitkan hati.

Pelakon Fasha Sandha yang baru-baru ini dilihat menutup fungsi komen di Instagram bagi pos tertentu kemudiannya membuka untuk pos yang ‘selamat’ juga mengundang ‘nasihat’ daripada salah seorang pengikutnya.



Macam ni ya wanita Muslimah?



Seorang wanita meninggalkan komen berbunyi sindiran untuk Fasha kerana menutup komen pada gambar yang memaparkan pelakon itu berpakaian paras dada namun tidak pada pos terbarunya.

Fasha kemudiannya mempersoal tindakan wanita bertudung itu yang juga sorang ibu kepada anak-anak. Tambah Fasha, apa yang dipakai sebelum ini dilakukan atas alasan tugasnya sebagai selebriti dan perkara itu adalah isu dirinya dengan Tuhan.

Macam ni ya bahasa seorang wanita muslimah, berhijab, juga seorang mak yang dah ada anak?
Saya tau saya buruk. Sebab tu saya kata i embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus please. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok?

Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni? Awak nakkan perhatian kan? Saya bagi perhatian pada awak now ya wahai saudara Islamku. Awak nak kaki kan saya ? Jom jumpa saya esok? Saya letak muka saya kat kaki awak, sila buat kalau berani.

Suka hati sayalah nak off comment ke nak bukak komen ke


Fasha juga turut meluahkan rasa terkilannya kerana komen kasar sebegitu ditulis oleh seseorang yang bertudung. Dia juga mengajak individu itu untuk bersemuka. Ibu tunggal 2 anak ini juga turut mengingatkan kepada pengikutnya itu bahawa Instagramnya adalah milik peribadi dan terpulang kepada dirinya untuk berbuat apa sahaja.

Awak tu ada anak-anak, awak belum tau apa akan jadi pada anak2 awak. Saya ni sebenarnya takde masa untuk haters, tapi sebab kakak ni mmg nakkan perhatian, nak kaki kan saya, lets meet up. Siapalah kakak ni kan? Memalukan kaum orang berhijab, kata-kata tidak seperti penampilan.

Apapun , terima kasih ya Kakak. All the best to you. Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak off comment ke nak bukak komen ke nak buat apapun, you tak payah sibuk. Pegi jaga laki dan anak2 awak. Saya takut anak-anak dan keluarga you MALU dengan kata-kata awak ni.

Perangai dengan hijab benda berbeza




Sila bercakap dengan baik kalau nak tegur






Sumber: Fasha Sandha

sumber artikel : https://ift.tt/2Bpnnip


Sumber ‘Buruk Sangatlah Pakai Baju Paras Dada, Macam Minta Kaki Je’ – Fasha Sandha Ajak Pengikut Tidak Puas Hati Jumpa Face To Face Dengannya,Cukuplah Jadi Keyboard Warrior

'Wahai Persatuan Suami Sedunia Tolong Jangan ajar bini mengandung manja sangat, semua nak layan ikut hati dia' - Suami Bajet Macho

$
0
0


Isteri, dikahwini bukan untuk dijadikan sebagai kuli. Tetapi peneman sehidup semati dan oleh itu, jangan disakiti hatinya dan bahagiakanlah dia semampu yang boleh.

Namun ada sesetengah suami suka membiarkan isteri menguruskan rumah tangga sendiri. Sehingga suatu masa, isteri terasa beban tak tertanggung. Apabila cuba diluahkan, si suami pula berkata dia lebih penat dari isteri. Bukan banding beza yang diminta, tetapi berharap suami faham dan membantu.

Meskipun bukan kebanyakan suami begitu, tetapi ada baiknya golongan suami beringat. Jika isteri sudah mula berdikari, bak kata Akhtar Syamir, berkemungkinan besar isteri sudah menyampah dengan suami sendiri yang tidak boleh diharap. Oleh itu, berhati-hati.



MASIH ramaikah suami seperti ini? Adakah melayan isteri, menemani isteri, membantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung itu sebagai satu benda yang negatif?

Kita buat semua itu atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada atau saja nak bermanja atau tidak berdikari.

Saya tidak bersetuju dengan cara ini. Biarlah apa orang nak kata. Saya akan melayani isteri saya sebaik mungkin. Menemani dia ke mana saja yang mampu. Buat apa saja untuk dia selagi berdaya. Kerana apa yang dia sudah buat untuk saya dan keluarga tiada bandingannya.

Bukan isteri itu mengada, tetapi kefahaman kita tentang apa yang mereka alami. Jika boleh, kurangkan beban mereka apa salahnya kan? Bukan orang lain, isteri kita juga.

Tidak dinafikan, ada isteri yang memang suka dan mampu pergi sendiri. Tetapi itu tidak bermakna orang lain pun sama. jadi, tidak boleh terus melabelkan isteri itu mengada-ngada atau tidak berdikari.

Ada juga yang kalau meneman itu serupa tak teman, asyik dengan handphone dan tidak membantu menjaga anak. Akhirnya, isteri yang rasa baik tak payah teman.

Bila begini, janganlah suami rasa seronok sebab isteri suka berdikari. Sebenarnya isteri sudah menyampah. Hahaha!

Apa pendapat korang?

Sumber: Akhtar Syamir

sumber artikel : https://ift.tt/2wfeMcb

Sumber 'Wahai Persatuan Suami Sedunia Tolong Jangan ajar bini mengandung manja sangat, semua nak layan ikut hati dia' - Suami Bajet Macho
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>