Ciri-Ciri Tersembunyi Google Drive
Polisi Ekonomi Umar Bin Abdul Aziz

Semua sedia maklum pencapaian Khalifah Umar bin Abdul Aziz selepas mengambil alih pemerintahan dari Sulaiman bin Abdul Malik. Walaupun tempoh pemerintahannya hanya bertahan selama 30 bulan, tempoh tersebut merupakan tempoh paling makmur dalam sejarah pemerintahan kerajaan Bani Umayyah. Selain didorong oleh keperibadian baginda yang warak, era tersebut turut dipengaruhi oleh beberapa polisi yang dimansuhkan dan digantikan dengan polisi yang bukan saja mesra rakyat tetapi juga mesra ekonomi.
Mewujudkan suasana pertumbuhan ekonomi yang sihat
Sebelum mengambil alih sebagai khalifah, Umar menyedari sikap khalifah-khalifah sebelumnya termasuk Sulaiman yang membebankan rakyat ketika itu. Dengan sistem ekonomi yang disifatkan tidak munasabah dan tidak memihak kepada rakyat, bukan sekali dua baginda membangkitkan perkara ini kepada pengetahuan Sulaiman tetapi tidak dilayan. Atas sebab itu, selepas menaiki takhta menggantikan khalifah sebelumnya, salah satu matlamat Umar ialah mewujudkan suasana ekonomi yang bukan saja sihat tetapi juga adil kepada rakyat.
Antara perubahan polisi yang diperkenalkan baginda ialah melarang gabenor-gabenor dan pegawai-pegawai kerajaan memonopoli aset-aset dan kekayaan negara. Selain itu, Umar turut mengeluarkan arahan tegas melarang mereka merampas harta orang awam secara zalim. Harta-harta yang dirampas sebelum perlaksanaan undang-undang baru itu dikembalikan semula kepada pemiliknya yang asal. Sekiranya ada yang memerlukan siasatan lanjut, hasil siasatan akan diumumkan kepada orang awam bagi memudahkan pemilik-pemilik yang terkesan dapat menuntut semula harta mereka. Namun sekiranya itu tidak berhasil dan tiada siapa yang menuntutnya, maka harta tersebut akan diambil alih oleh kerajaan dan dimanfaatkan untuk kepentingan awam.
Selain mengadakan perubahan polisi, Umar turut melaksanakan pembangunan kemudahan awam seperti jambatan, jalan raya, perigi-perigi dan sistem saliran. Namun dalam kesibukan perlaksanaan projek sebegini, ia dilaksanakan tanpa mengambil satu sen pun dari masyarakat di sesebuah kawasan. Malah sebagai tanda ketegasan baginda dalam soal ini, satu arahan dikeluarkan di mana gabenor-gabenor dan pegawai-pegawai kerajaan tidak mengambil kesempatan dengan mengutip cukai daripada penduduk atas alasan membiayai projek pembangunan.
Usaha begini secara tidak langsung menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Kesannya, ia menambah dana baitulmal atau perbendaharaan negara terutama dari hasil zakat dan usyur/cukai perniagaan. Ini juga mengakibatkan lebih ramai orang zimmi memeluk Islam. Tindakan Umar mewujudkan suasana ekonomi yang sihat bukan saja menambahbaik pertumbuhan ekonomi negara tetapi juga terhasil dari pengetahuan yang ditimba bersama ramai ulama termasuk pengasas mazhab Maliki dan guru Imam as-Syafie, Imam Malik bin Anas rahimahullah. Ini membolehkan baginda menyusun semula pengurusan kewangan negara menjadi lebih baik semasa era pemerintahan baginda.
Pengukuhan dana baitulmal
Semasa era pemerintahan baginda, antara dana yang masuk ke baitulmal ketika itu ialah zakat, usyur, jizyah, kharaj/cukai tanah, satu perlima hasil rampasan perang dan fa’i. Pertambahan jumlah zakat yang memasuki baitulmal berlaku berikutan pertambahan pendapatan dari sektor perniagaan, perdagangan dan pertanian. Ia juga turut ditambah oleh pertambahan golongan zimmi yang memeluk Islam di mana dari situ, ia menambah bilangan orang Islam yang berzakat. Semasa era pemerintahan Umar ini menyaksikan satu fatwa berkenaan pengembangan undang-undang zakat bagi perdagangan ikan dan madu turut menyumbang kepada pertambahan dana zakat.
Tidak seperti era khalifah-khalifah lain, baitulmal dipenuhi dengan wang zakat sehinggakan pada ketika itu, tiada siapa yang layak menerima zakat. Yahya bin Said, salah seorang gabenor yang berkhidmat semasa era baginda berkata, “Aku dihantar Umar bin Abdul Aziz untuk mengutip zakat di Afrika. Selepas aku mengumpulnya, aku merancang untuk mengagihkannya kepada golongan fakir miskin. Tetapi aku tidak menjumpai satu orang pun. Ini kerana pada era Umar, baginda telah menjadikan semua orang kaya. Akhirnya, aku putuskan untuk menggunakan dana zakat untuk membeli dan membebaskan hamba-hamba.”
Bagi yang sedia maklum, jizyah merupakan satu cukai yang hanya dikenakan bagi golongan zimmi (golongan kafir yang tidak memusuhi Islam dan duduk di negara Islam) yang berdasarkan undang-undang syariah. Namun semasa era pemerintahan kerajaan Umayyah, ia turut dikenakan kepada golongan mawali (golongan bukan Arab yang memeluk Islam). Umar menyifatkan polisi tersebut satu kezaliman kepada mereka dan mengarahkan ia dimansuhkan serta-merta.
Kesannya, ramai memeluk Islam dan memuji keadilan yang diperkenalkan baginda. Namun, tidak ramai yang gembira dengan keputusan polisi baginda kerana itu akan mengurangkan bilangan pembayar-pembayar jizyah. Tetapi Umar tetap bertegas dengan berkata dalam suratnya, “Sesungguhnya Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w itu sebagai pembawa agama rahmat seluruh alam, bukannya sebagai pengutip cukai!”
Jika ada orang zimmi yang mengalami kemiskinan, jizyah tidak dikenakan kepada mereka. Bahkan, baginda menurut jejak langkah moyangnya merangkap khalifah kedua Khulafa’ Ar-Rashidin, Umar bin al-Khattab r.a yang menyalurkan dana baitulmal untuk membantu mereka. Tindakan ini bukan saja mengukuhkan hubungan kerajaan dengan rakyat malah menambah rasa percaya antara kedua-dua pihak. Malah, polisi ini juga berjaya mematikan fitnah baitulmal yang mengalami kekurangan duit bila gabenor-gabenor wilayah diarah tidak mengutip jizyah dari golongan mawali. Sebaliknya, penambahan bilangan golongan mawali ini juga membawa kepada pertambahan jumlah zakat. Ini berlaku berikutan golongan ini sememangnya kaya kerana bergiat aktif dalam bidang perdagangan dan perniagaan.
Dalam soal kharaj pula, wujud pertambahan dari dana berkenaan berikutan larangan penjualan tanah yang dikenakan semasa pemerintahan baginda. Larangan tersebut menurut Umar selari dengan tuntutan syarak. Dan bagi memastikan tanah-tanah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, pelbagai projek membabitkan sistem pengairan dan jalan-jalan bagi memudahkan proses membawa hasil tanaman digerakkan.
Pemansuhan beberapa cukai perniagaan juga mendorong ramai orang zimmi dan mawali berkeinginan mengembangkan perniagaan mereka. Ini membawa kepada pertambahan dana usyur dan seterusnya pertambahan dana baitulmal semasa era baginda. Namun, dana dalam bentuk fa’i dan hasil rampasan perang tidak banyak semasa pemerintahan Umar. Ini kerana tumpuan baginda pada ketika itu ialah memperbaiki taraf hidup rakyat dan ekonomi negara. Dan disebabkan oleh tempoh pemerintahannya yang pendek, ia juga tidak mengizinkan baginda melancarkan operasi ketenteraan. Sebaliknya, masa tersebut diperuntukkan untuk memantapkan hubungan luar melalui perutusan surat antara baginda dengan raja-raja dan gabenor-gabenor yang mahu memeluk Islam.
Pakej rangsangan ekonomi
Pakej rangsangan ekonomi ini bukan saja berlaku pada zaman moden hari ini tetapi juga dalam mana-mana kerajaan dalam lipatan sejarah termasuk kerajaan Bani Umayyah. Bezanya, pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan Umar lebih kepada pemansuhan dasar-dasar yang tidak mesra perniagaan dan tidak mesra ekonomi serta pembangunan kemudahan yang boleh merangsang aktiviti komersial di wilayah-wilayah kerajaan berkenaan.
Selain memansuhkan cukai-cukai yang dianggap tidak munasabah, baginda juga menggalakkan gabenor-gabenor wilayahnya membangunkan kemudahan-kemudahan seperti rumah tumpangan, perigi-perigi dan jalan-jalan yang baik. Bagi yang menginap di rumah tumpangan, mereka boleh menetap selama sehari semalam tetapi boleh dipanjangkan kepada sehari sekiranya tidak sihat untuk meneruskan perjalanan. Pedagang-pedagang yang kehilangan barang dagangan atau ditimpa musibah bencana alam/jenayah turut dibantu di mana kerugian mereka dijamin baitulmal.
Gabenor-gabenor dan pegawai-pegawai kerajaan turut diarahkan menolak mana-mana pemberian yang diberi oleh pedagang. Alasan di sebalik polisi ini ialah selain mengelakkan berlakunya masalah rasuah, ia juga sebagai ingatan kepada pedagang untuk lebih fokus kepada barang dagangan mereka. Jika mereka mengalami masalah muflis, hutang mereka akan diselesaikan oleh baitulmal. Ini merupakan salah satu dari galakan Umar kepada golongan ini agar tidak mudah berputus asa lebih-lebih lagi kepada yang masih hijau dalam dunia perniagaan. Piawaian berat dan ukuran sama turut dikuatkuasakan semasa era pemerintahan baginda. Umar juga turut bertegas menolak pembabitan anggota kerabat Bani Umayyah dalam bidang perniagaan bagi mengelak unsur monopoli dan menggalakkan lagi aktiviti persaingan sihat dalam dunia perniagaan.
Polisi baru pertanian
Dalam sektor pertanian pula, Umar mengeluarkan dekri melarang sebarang jual beli tanah yang terikat dengan sewaan melainkan sekiranya ia diperoleh semasa peperangan. Namun, sekiranya perjanjian tersebut sudah ada sebelum polisi ini dilaksanakan, penyewa boleh saja berzakat sebagai ganti kepada sewaan berkenaan. Selain itu, baginda juga menghapuskan cukai-cukai yang dianggap membebankan golongan tani. Berdasarkan analisis Umar, kebanyakan tanah yang diusahakan terbiar begitu saja kerana beban cukai yang ditanggung golongan tani. Kerana bimbang dikenakan denda atau hukuman lebih berat, mereka lebih suka menjualnya daripada menanggung beban cukai.
Umar juga bertanggungjawab menggerakkan dasar mengusahakan tanah terbiar dengan menggalakkan orang ramai membuka tanah baru untuk tujuan pertanian atau pembangunan. Selain memansuhkan cukai-cukai, baginda juga mewujudkan pinjaman kepada golongan tani yang mahu memajukan kebun mereka dan hanya mengenakan cukai kepada tanah yang menghasilkan pendapatan. Umar juga melarang tanah wakaf dimiliki oleh sesiapa saja dan seharusnya dimanfaatkan untuk kegunaan orang Islam. Jika ada tanah terbiar tanpa diketahui siapa pemiliknya, ia akan diambil alih oleh gabenor wilayah untuk tujuan pertanian atau pembangunan dan hasilnya akan disalurkan kepada baitulmal.
Dana awam baitulmal
Umar amat menjaga soal dana awam baitulmal dan berusaha memastikan dana tersebut sampai kepada golongan sepatutnya. Terdapat banyak kisah menarik berkenaan perkara ini. Misalnya, seorang wanita yang juga hamba kepada Dhi Ashbah mengadu dinding rumahnya terlalu rendah sehingga boleh diceroboh penjenayah dan harta miliknya dicuri. Selepas mendengar aduan tersebut, Umar mengirim surat kepada gabenornya di Mesir, Ayub bin Syurabhil untuk meninggikan dinding rumah wanita berkenaan.
Jika ada orang awam yang mengalami masalah hutang, dana tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan hutang termasuk bagi orang yang telah tiada melainkan hutang tersebut datang dari sumber haram dan maksiat. Ada juga yang disalurkan untuk menyelesaikan denda yang dikenakan ke atas orang ramai yang melakukan kesalahan jenayah. Semasa era pemerintahan baginda, dana awam baitulmal amat banyak sehingga memeningkan kepala gabenor-gabenor wilayah ketika itu. Salah seorang daripada mereka di Kufah mengirimkan surat kepada Umar untuk mencadangkan penyelesaian kepada perkara tersebut.
Sebaik mendengar keluhan gabenor berkenaan, baginda mencadangkan dana tersebut digunakan untuk membayar hutang mana-mana tentera yang mengalami masalah hutang atau kekurangan wang untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Sebaik diterima di Kufah, ia dibacakan kepada khalayak ramai di Masjid Kufah bagi membolehkan penduduk yang terkesan mendapatkan bantuan. Semua ini datang daripada dana awam baitulmal.
Selain masalah hutang, Umar turut mengambil berat nasib rakyatnya dari kalangan orang kelainan upaya (OKU). Bagi mereka yang mengalami masalah lumpuh atau masalah kesihatan yang teruk, mereka diberi seorang hamba untuk membantu menguruskan kehidupan mereka. Dan bagi orang buta pula, mereka diberi hamba bagi membantu mereka bergerak ke mana-mana. Bagi golongan hamba dan tawanan perang pula, mereka tetap dilayan dengan baik dan baginda berusaha membebaskan mereka dari belenggu perhambaan dan penawanan.
Perlindungan ini turut dikenakan ke atas mana-mana individu yang dituduh di bawah kod jenayah syariah seperti hudud dan qisas. Malah, dalam suratnya kepada gabenor-gabenor dan pegawai-pegawai kerajaan, Umar mahukan mereka (hamba, tawanan perang dan penjenayah) tidak dibebankan sehingga ke tahap tidak boleh berdiri semasa bersolat. Pada musim panas dan musim sejuk, tawanan dan penjenayah diberi pakaian dan makanan sewajarnya mengikut musim tersebut. Dan untuk mengelak masalah pecah amanah dan salah guna kuasa, gaji gabenor dan pegawai kerajaan ditambah dan apa-apa keistimewaan yang diterima semasa era khalifah-khalifah terdahulu dimansuhkan.
Teliti
Umar amat berhati-hati dalam soal pengurusan baitulmal sehinggakan dalam soal pelita, baginda mempunyai beberapa lampu di mana sebahagian diperuntukkan untuk urusan rasmi kerajaan sementara bakinya digunakan untuk urusan peribadi dan keluarga. Antara sebab bila ditanya puteranya ialah baginda tidak mahu dianggap menyalahguna kepentingan awam untuk kepentingan peribadinya pada hari akhirat kelak. Malah dalam koresponden suratnya dengan Gabenor Madinah Abu Bakr bin Muhammad bin Amru bin Hazm, baginda menasihati gabenornya itu agar tidak menggunakan lilin untuk urusan perjalanan rasmi sekiranya hendak ke mana-mana pada waktu malam untuk urusan peribadi. Dalam satu surat yang lain pula, Umar menasihati seorang gabenor agar tidak membazirkan penggunaan kertas. Ini bertujuan mengelak pembaziran dana baitulmal dan perbelanjaan yang bersifat berlebihan.
SUMBER
Mohd Nor, Radiah. (2015). Open Journal of Social Sciences. Success Factors for Baitulmal Management during the Reign of Caliph Umar ibn Abdul Aziz. https://ift.tt/2SuQLr5
Tunku Puan Besar Kurshiah: Permaisuri Penuh Bakti

Puteri diraja kelahiran Negeri Sembilan yang berperibadi sederhana serta luhur pekertinya ini tidak pernah menyangka bahawa dirinya bakal menjadi seorang Permaisuri Agong yang pertama, malah turut menabur budi untuk seluruh rakyat di Malaysia. Baginda yang dimaksudkan adalah Al-Marhumah YTM Tunku Puan Besar Kurshiah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin. Tunku Puan Besar Kurshiah merupakan puteri sulung kepada Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin ibni Al-Marhum Tuanku Antah, iaitu Tunku Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Sejarah Awal
Nama sebenar baginda adalah Tunku Kurshiah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin dan telah diputerikan pada 16 Mei 1911, di Istana Baroh, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bapa baginda, iaitu Tunku Besar Burhanuddin merupakan putera kedua kepada DYMM Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Antah Ibni Almarhum Tuanku Nasiruddin dan YM Cik Puan Besar Halimah Binti Uggoh. Bonda Tunku Kurshiah bernama Yang Mulia Tunku Sharifah Alawiyah binti Sayyid Abdul Hamid, dan baginda mempunyai tujuh orang kekanda lelaki serta enam lagi adinda perempuan. Selain daripada Tunku Kurshiah sendiri yang menjadi Permaisuri, dua orang adinda baginda, iaitu Tunku Ampuan Durah dan Tunku Najihah turut menjadi Permaisuri di Negeri Sembilan.
Tunku Kurshiah telah mendapat pendidikan awal baginda di Sekolah Melayu Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda seterusnya telah memperoleh bimbingan dan pembelajaran Bahasa Inggeris secara peribadi di istana melalui seorang guru khas yang berbangsa Inggeris. Keadaan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh faktor keadaan Tanah Melayu pada waktu itu yang dikuasai oleh kerajaan Inggeris dan ia sekaligus tidak memungkinkan baginda untuk mendapat pendidikan Bahasa Inggeris secara formal di sekolah.
Perkahwinan dan Perlantikan sebagai Permaisuri
Pada usia 18 tahun, Tunku Kurshiah telah bertemu jodoh dengan sepupu baginda sendiri, iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tunku Besar Muhammad, yang merupakan putera sulung kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Majlis perkahwinan diraja di antara Tunku Puan Besar Kurshiah dengan Tuanku Abdul Rahman ini telah dilangsungkan pada 21 Mac 1929 bertempat di Seri Menanti. Status Tunku Kurshiah pada ketika itu adalah sebagai isteri ketiga kepada Tuanku Abdul Rahman, yang mana isteri pertama baginda bernama Cik Maimunah (Dulcie Campbell) yang dikahwini pada tahun 1919, manakala isteri kedua baginda, iaitu Tunku Maharun binti Tunku Mambang pula dikahwini pada tahun 1920. Namun, perkahwinan Tuanku Abdul Rahman dengan kedua-dua isterinya ini telah berakhir dengan perceraian.
Hasil perkongsian hidup antara Tunku Kurshiah dengan Tuanku Abdul Rahman telah dikurniakan dengan kehadiran dua orang puteri, iaitu Tunku Bahiyah dan Tunku Shahariah. Tunku Bahiyah, iaitu puteri sulung baginda kemudiannya telah mengahwini Sultan Kedah, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah dan bergelar sebagai Sultanah Kedah. Puteri bongsunya pula, iaitu Tunku Shahariah kemudiannya menjadi Tunku Puan Bendahara di Negeri Johor.
Pada Ogos 1933, Tunku Besar Muhammad, iaitu Raja dan Yamtuan Besar Negeri Sembilan telah mangkat dan putera sulung baginda, iaitu Tuanku Abdul Rahman telah dilantik oleh para pembesar Adat Perpatih bagi menggantikan Al-Marhum ayahanda baginda sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Hampir setahun setelah peristiwa pertabalan baginda, akhirnya pada tanggal 25 April 1934, Tunku Kurshiah sebagai isteri ketiga kepada Tuanku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Permaisuri dan memakai gelaran Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.
Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah berada di singgahsana kerajaan Negeri Sembilan sebagai Permaisuri selama 24 tahun, dan sepanjang waktu tersebut baginda telah banyak mencurahkan bakti buat seluruh rakyat di Negeri Sembilan terutamanya buat kaum wanita dan kanak-kanak. Peribadi baginda yang sederhana dan pekertinya yang luhur menjadikan baginda seorang Permaisuri yang rela mencemar duli dan tidak kekok untuk bergaul mesra dengan rakyat kebanyakan. Meskipun Tunku Ampuan Besar Kurshiah tidak pernah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara, namun pengalaman baginda dalam mengiringi suami ke negara-negara luar telah banyak memberi pendedahan serta pengetahuan baru bagi baginda melaksanakan aktiviti bagi membangunkan kedudukan wanita.
Perlantikan Sebagai Permaisuri Agong
Tanggal 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan dan akhirnya bebas daripada belenggu penjajah British. Hasil persetujuan yang dicapai melalui Majlis Raja-Raja, maka pada 13 September 1957, Tuanku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama di Tanah Melayu. Serentak dengan itu, Tunku Ampuan Kurshiah juga telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Melalui gelaran sebagai Raja Permaisuri Agong ini, serta sebagai wanita utama bagi sebuah negara yang baru mendapat kemerdekaan, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah memberikan satu imej baru yang wajar dibanggakan bagi seluruh wanita di Tanah Melayu pada waktu itu. Malah, dengan kedudukan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong ini telah merancakkan lagi penglibatan baginda dalam pelbagai badan kebajikan, sosial serta aktiviti-aktiviti bagi membangunkan wanita di seluruh negara.
Sumbangan dan Penglibatan Sosial
Tunku Ampuan Besar Kurshiah amat dikenali sebagai seorang Permaisuri yang begitu aktif dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan sosial. Pada tahun 1954, melalui kerjasama pelbagai golongan wanita di Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah melancarkan penubuhan Persatuan Pandu Puteri Negeri Sembilan dan baginda sendiri telah dilantik sebagai presiden pertama bagi persatuan berkenaan. Meskipun penubuhan persatuan ini telah berjaya dan banyak aktiviti yang telah dianjurkan demi kebaikan masyarakat, namun Tunku Ampuan Besar Kurshiah tetap merasakan bahawa masih banyak yang harus baginda lakukan demi kesejahteraan rakyat, khususnya golongan wanita. Ini telah membawa baginda untuk mengasaskan penubuhan satu lagi organisasi, iaitu Perkumpulan Perempuan atau lebih dikenali sebagai WI (Women’s Institute). Baginda turut menjadi Penaung seumur hidup kepada pertubuhan tersebut.
Pada Mei 1961, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah mengasaskan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) dan baginda telah menjadi Yang Dipertua pertama pertubuhan tersebut dan ahli seumur hidup sehinggalah akhir hayat baginda. Bangunan Tunku Ampuan Besar Kurshiah yang terdiri daripada asrama serta pejabat LKPIM merupakan antara peninggalan baginda buat seluruh masyarakat. Tunku Ampuan Kurshiah juga telah menjadi penaung kepada Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS kerana keprihatinan baginda terhadap kebajikan haiwan peliharaan. Pada 27 Oktober 1974, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah diberi anugerah Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bagi mengenang segala jasa baginda terhadap kebajikan serta pendidikan wanita dan kanak-kanak di negara ini.
Pada tahun 1962, Maktab Perempuan Melayu telah ditukarkan kepada nama Kolej Tunku Kurshiah, sebagai satu simbolik dan tanda keprihatinan Tunku Ampuan Kurshiah terhadap bidang pendidikan gadis-gadis muda. Kolej yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang kini amat terkenal dengan reputasi dan presatsi cemerlangnya serta telah ramai melahirkan tokoh-tokoh wanita berkaliber di Malaysia.
Kemangkatan Tunku Puan Besar Kurshiah
YTM Tunku Puan Besar Kurshiah telah kembali ke rahmatullah dalam tidurnya pada tanggal 2 Februari 1999, iaitu pada usianya 88 tahun. Jenazah baginda telah disemadikan di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Kemangkatan baginda ini amat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dan Tunku Puan Besar Kurshiah akan sentiasa dikenang sebagai ibu pertiwi yang telah banyak menabur budi.
Kesimpulan
Penglibatan Tunku Puan Besar Kurshiah dalam pelbagai aktiviti kebajikan khususnya demi kepentingan golongan wanita, gadis dan kanak-kanak merupakan antara sumbangan terbesar beliau dalam memperkasakan peranan wanita di Malaysia. Azam baginda hanyalah untuk melihat golongan wanita dapat berdiri di atas kaki mereka sendiri dan mampu untuk menyumbang demi pembangunan negara. Secara asasnya, Tunku Puan Besar Kurshiah telah membuka jalan dan memberi inspirasi kepada wanita-wanita di Malaysia untuk terus mengorak langkah dalam mengejar impian mereka. Semoga segala sumbangan dan bakti baginda akan terus dihargai dan dikenang dalam diri setiap wanita di negara ini.
Rujukan
Amirul, I. (2011). YMM Almarhum Tuanku Puan Besar Kurshiah: Lambang Kedaulatan Wanita Melayu. Retrieved November 25, 2018, from https://ift.tt/2EgeCI0
Siti Rosnah, H. A. (2006). Raja Permaisuri Agong: Payung Mahkota Ibu Pertiwi. Kuala Lumpur, Malaysia: Golden Books Centre Sdn Bhd.
Pemimpin kuil Seafield kesal dan mohon maaf kerana tidak sengaja tuduh Adib dila nggar lori Bomba
PEMIMPIN Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield USJ 25 yang sebelum ini menuduh Muhammad Adib Mohd Kassim dilangg ar oleh lori bomba ketika r usuhan minggu lalu dilapor memohon maaf berhubung perkara itu.
S. Ramaji dilapor berkata, beliau membuat ulasan itu sebelum ini selepas melihat sebuah klip video dan mahu mengetengahkan kebaikan orang yang mula-mula membantu anggota bomba berusia 24 tahun itu.
"Saya dengan rendah diri mohon maaf atas segala kekeliruan. Saya cuma mahu tunjukkan sisi baik orang-orang yang segera membantu anggota bomba itu, dan bukan mahu timbulkan kekeliruan tentang kejadian secara keseluruhan atau menuduh sesiapa," katanya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini bukanlah satu insiden perk auman. Malah setiap hari saya berdoa untuk anggota bomba itu," katanya, lapor Malay Mail.
"Sesetengah orang kata orang India tarik dia (Adib) keluar dari kenderaan dan belasah dia, keesokan harinya kami dapat video,"
"Jadi keesokkan hari apabila kami dapat video ini, kami berasa sangat teruja kerana kami dapati ada bukti bahawa orang India kita tidak melakukannya. Jadi bila kita dapat bukti itu, kami fikir ia patut diberikan kepada wartawan," kata Ramaji atau nama sebenarnya M Ramachandran yang ditemui baru-baru ini.
Tambahnya lagi, beliau hanya mahu memberikan bukti yang diterima oleh ahli kuil, dan tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap sesiapa pun yang terlibat dalam kejadian itu.
"Terima kasih Adib kerana berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Kamu seorang yang sangat baik dan saya akan terus doakan kamu dalam doa saya," katanya.
Pada 28 November lalu, Ramaji dilapor memberitahu wartawan dalam satu sidang media bahawa kecederaan par ah yang dialami oleh Muhammad Adib bukan akibat diserang oleh peru suh, tetapi kerana dilangg ar oleh lori bomba yang mengundur secara laju.
Ramaji turut merujuk kepada video klip yang dimuat naik ke laman Facebook dan dikongsi di pelbagai platform media sosial untuk menyokong dakwaannya.
Muhammad Adib, anggota bomba dari Unit Tindakan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dari Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pada malam 27 November.
Beliau telah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di SJMC pada pagi hari yang sama dalam keadaan rusuknya pat ah dan bengkak di bahagian dada serta abdomen selepas dikatakan dibe lasah oleh peru suh yang menariknya keluar dari kenderaan yang dinaikki.
Bagaimanapun minggu lalu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa anggota bomba Muhammad Adib telah dibela sah dan bukan dilan ggar oleh lori bomba pada hari kedua kejadian rusu han di kuil Seafield.
"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi setakat ini, dia tidak dilang gar oleh lori bomba. Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohamad Hamdan Wahid juga telah mengesahkan perkara ini semalam dan satu laporan polis telah dibuat,"
"Kami sedang kenal pasti individu yang berkongsi sebuah video mendakwa Muhammad Adib telah dilanggar oleh sebuah lori dan sebilangan individu dari pengurusan kuil yang menyebarkan informasi palsu ini," katanya kepada wartawan.
Sumber : MiloSuam
Sumber Pemimpin kuil Seafield kesal dan mohon maaf kerana tidak sengaja tuduh Adib dila nggar lori Bomba
Pelakon Cantik, Izreen Azminda Berkongsi Tips Supaya Suami Tidak Dirampas Orang Lain Lagi. Lain macam tips dia bagi ni
Apa sahaja yang saya nak post di Instagram saya adalah kehidupan dan peribadi saya. Kalau ada yang tak suka dengan perkongsian saya boleh unfollow atau block supaya posting saya tak keluar di timeline mereka.
“Saya sayang suami saya dan saya tak nak orang mengata tentang suami saya. Kalau nak mengata saya tak apa sebab saya dah lama juga dalam industri dan dah biasa terima semua ini tapi suami saya tak biasa.
“Saya tak nak orang kecam suami saya,” kata pelakon Izreen Azminda yang memberitahu hati beliau kini agak tenang kerana tidak lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen.
Walaupun sering memuatnaik ‘posting’ sedang bahagia bersama suami tercinta, Ude Wahid, Izreen masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.
Bukan itu sahaja, alasan beliau menutup ruangan komen, antara sebab lain ialah Izreen tidak mahu melihat suaminya sedih dan terguris hati apabila orang ramai terus ‘menghentam’ pemuzik bebas itu mengenai kisah silamnya.
Ini yang dinamakan cinta sejati agaknya, risau emosi suami akan terganggu. Bagus Izreen kerana sebolehnya ingin menjaga suami dengan baik daripada setiap sudut.
Selepas Setahun Berkahwin, Izreen Azminda Dan Suami Adakan Majlis Persandingan
Selepas setahun mendirikan rumah tangga, tiba-tiba sahaja hari ini pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid mengadakan majlis persandingan di sebuah villa mewah.
Menerusi kad undangan yang dimuat naik, majlis itu akan diadakan pada jam 8 malam ini. Walaubagaimanapun, Izreen sudah memuat naik beberapa foto romantis beliau dan suami.
Netizen Tak Puas Hati Izreen Azminda Dan Uda Tercalon Anugerah Couple MeleTOP, Anggap Tak Hormat Isteri Pertama
Rancangan MeleTop merupakan antara program hiburan paling popular di Malaysia lebih-lebih lagi gelagat pengacara mereka Nabil Ahmad dan Neelofa. Baru-baru ini, MeleTOP telah mengumumkan nama-nama artis yang tercalon bagi semua kategori yang dipertandingkan dia Anugerah MeleTOP Era 2018.
Paling mencuri tumpuan adalah pasangan kontroversi, Izreen Azminda dan Uda apabila mereka telah dicalonkan untuk anugerah Couple MeleTOP. Namun, pencalonan tersebut mendapat tentangan netizen kerana menganggap pihak MeleTOP tidak menghormati perasaan isteri pertama Uda.
Couple MeleTOP 2018
Gambar tersebut menunjukkan 20 pasangan selebriti yang tercalon bagi Anugerah Couple Meletop untuk tahun 2018. Netizen menganggap tindakan pihak MeleTOP ini seolah-olah tidak menghormati hati dan perasaan isteri pertama Uda. Selain itu, netizen juga turut mempersoal mengapa MeleTOP tidak mencalonkan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura bagi kategori tersebut.
Tolong keluarkan Izreen
Have some respect to the first wife
Tak patut tercalon
Sumber: MeleTOP
Sumber Pelakon Cantik, Izreen Azminda Berkongsi Tips Supaya Suami Tidak Dirampas Orang Lain Lagi. Lain macam tips dia bagi ni
Alhamdulillah, Mohd Adib Dijangka Boleh Berkahwin Hujung Bulan Ini. Menteri Zuraida Dedahkan Keadaan Terkini Adib Yang Pasti Menggembirakan Rakyat Malaysia...
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yakin anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dapat melangsungkan perkahwinannya pada hujung bulan ini berikutan perkembangan tahap kesihatannya positif dari semasa ke semasa.
Zuraida berkata, pihaknya percaya Muhammad Adib akan kembali bertenaga seperti anak muda berusia 24 tahun selepas melalui proses perubatan secara berterusan dikendali doktor berpengalaman.
“Saya lihat keluarga Adib lebih ceria, nampak ibu bapanya berlainan dan gembira.
“Ketika Adib dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) minggu lalu, mukanya bengkak, saya ingatkan Adib bertubuh gempal.
“Hari ini, saya dapat lihat diri sebenar Adib, dia kurus orangnya.
“Dia tidak boleh bercakap kerana ada tiub dalam mulutnya, dia boleh bergerak, doktor pun nasihat jangan terlalu kaku,” katanya pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.
Sementara itu, Dr Aizai Azan berkata, Muhammad Adib akan kekal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN sehingga sembuh sepenuhnya.
“Proses pemulihan mengambil masa, kita harus bersabar, kita puas hati dengan perkembangan positif Adib dari semasa ke semasa.
“Adib akan terus kekal di ICU, kita harap perkembangan yang lebih ketara dalam masa dua hingga tiga minggu ini,” katanya.
Sementara itu, menerusi kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat IJN yang dikeluarkan hari ini, Muhammad Adib memberi reaksi positif selepas menukar sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru, pada Ahad lalu.
Menurutnya, jantung Muhammad Adib berfungsi dengan baik tanpa sokongan sebarang mesin.
“Paru-paru kiri mangsa menunjukkan tanda pemulihan awal.
“Dia tidak memerlukan begitu banyak bantuan oksigen dan alat ventilator sejak malam tadi,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Muhammad Adib masih perlu menjalani rawatan dialisis di bahagian pinggang walaupun organ itu sudah bertambah baik.
“Muhammad Adib kini sedang menjalani rehabilitasi paru-paru.
“Dia didedahkan dengan senaman anggota badan bersama pegawai fisioterapi IJN,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Sumber Alhamdulillah, Mohd Adib Dijangka Boleh Berkahwin Hujung Bulan Ini. Menteri Zuraida Dedahkan Keadaan Terkini Adib Yang Pasti Menggembirakan Rakyat Malaysia...
(Video) Si Kecil Berzikir gara-gara takut dimarahi ibu kerana ‘berkubang’ di belakang rumah, gelagat kanak-kanak comel ini tarik perhatian ramai
Jika beberapa minggu yang lalu viral seorang kanak-kanak yang berzikir sambil menyanyi lagu medley ketika menjalani proses berkhatan, hari ini seorang kanak-kanak menjadi viral di laman sosial apabila dia dilihat berzikir gara-gara takut dimarahi oleh ibunya setelah kantoi berkubang di belakang rumah.
Video kanak-kanak yang sedang berkubang itu telah dikongsi sendiri oleh ibunya, Nor Farra Farihan di laman Facebook semalam sehingga memperoleh hampir 30 K jumlah tontonan.
Bila balik kampung, Mama kena tipu dengan Uwais,
Mama kat dalam rumah tak tengok lagi Uwais dengan Umar, dalam hati “bagus Uwais ni dok berzikir hujan-hujan ni”.
Sekali tengok, rupa-rupanya bila kat luar dia dok main air selut, berenang-renang ke tepian, tak nak bagi mama naik hantu, dia pun berzikir la, Ya Latiff Ya Latiff maksudnya Maha Lembut…
Dia putar otak suruh mama lembut Hati tak marah dia berkubang… I tengah geram, tak lembut lagi hati ni Uwais…
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh ibunya, Uwais dikatakan cepat-cepat melaungkan zikir Ya Latiff setelah menyedari dia sedang diperhatikan dari jauh oleh ibunya.
Kanak-kanak berusia 4 tahun itu bukan sahaja berkubang seorang diri dalam air selut bertanah merah itu tetapi juga disertai oleh adiknya, Umar.
Rata-rata, ramai pengguna Facebook yang meninggalkan komen pada entri tersebut kerana begitu terhibur dengan aksi dan gelagat pasangan adik beradik itu.
Allahu, betul2 kolam dia buat
Kalau macam ni, ikan pun takut nak berenang haha
Sumber (Video) Si Kecil Berzikir gara-gara takut dimarahi ibu kerana ‘berkubang’ di belakang rumah, gelagat kanak-kanak comel ini tarik perhatian ramai
Insta Famous tudung labuh dikritik biadap oleh netizen
Bagi wanita yang sudah berkahwin, suami adalah sumber pahala yang paling mudah untuk dikaut setiap hari. Setiap tanggungjawab yang ditunaikan semuanya berpahala.
Namun jika tersilap langkah dan kata dengan suami, maka jatuh lah hukum berdosa kepada sang isteri. Terbaru, seorang Insta Famous, pendakwah bebas dan model muslimah, Aisyah Hijanah telah dilanda dengan kontroversi gara-gara video yang dimuat naik di laman Instagramnya beberapa hari lalu.
Aishah yang suatu ketika dahulu pernah terkenal di laman media sosial kerana kisah perkahwinan mudanya dengan suami, Alif Teega yang juga seorang pendakwah bebas sering memuat naik video-video soal jawab berkenaan agama dengan pengikutnya di Instagram.
2 hari lalu, Aisyah telah memuat naik video tutorial memakai tudung bawal namun ketika dia sedang melakukan tutorial tersebut, suaminya yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk mengatakan bahawa dia hendak mendirikan solat.
Walau bagaimanapun Aisyah yang ketika itu sedang sibuk merakamkan tutorial tidak mengendahkan permintaan suaminya yang hendak solat di situ dan hanya menjawab
Ketepilah.. janganlah kacau. Orang nak buat tutorial kat sini, masa tulah abang nak solatlah, apalah..”
Ekoran daripada tindakannya yang tidak mengendahkan suaminya dan menjawabnya dengan agak kasar, ramai netizen yang mengkritik dan menghentam terus gadis bertudung labuh ini.
Kata mereka, walaupun hanya bergurau tidak seharusnya dia melayan suaminya sebegitu. Netizen juga turut memfokuskan perubahan riak wajah suaminya apabila Aisyah menjawab dengan kata-kata yang dianggap bergurau itu.
Isu ini bukan sahaja kecoh di laman Instagram, malah di laman Twitter juga netizen tidak henti-henti mengecam tindakan gadis ini.
Gurau tak apa tp ayat tu macam kurang ajar..
Sumber Insta Famous tudung labuh dikritik biadap oleh netizen
Peminjam PTPTN yang culas selepas ini tak boleh lari lagi kerana ini tindakan tegas dari Kerajaan PH...
KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh ‘culas’ membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dilaksanakan mulai Januari ini.
Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB
“PTPTN bekerjasama dengan agensi berkaitan antaranya LHDN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.
“Berdasarkan maklumat diperoleh itu, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan.
“Majikan akan bertanggungjawab membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman kepada PTPTN,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan mekanisme baharu bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN di sini, hari ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Ketika ini PTPTN merekodkan seramai 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman masing-masing.
Wan Saiful berkata, majikan yang membantu pekerja membayar pinjaman PTPTN secara PGB akan diberi pelepasan cukai bagi jumlah yang dibayar.
Beliau berkata, kelayakan menikmati pelepasan itu merangkumi apa-apa bayaran balik sama ada dibayar secara ansuran setiap bulan atau bayaran sekali gus.
“Syaratnya, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja selepas pembayaran dibuat.
“Majikan mungkin boleh menjadikan penyelesaian hutang PTPTN sebagai insentif kepada pekerja cemerlang atau insentif dalam merekrut pekerja baharu.
“Insentif ini boleh menjadi motivasi kepada pekerja dan pada waktu sama menaikkan reputasi majikan,” katanya.
Terdahulu Wan Saiful berkata, seramai 225,000 peminjam yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menikmati pelepasan pembayaran pinjaman mengikut skim PGB.
“Mereka yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan tidak perlu membayar pinjaman PTPTN sehingga gaji mereka melepasi RM2,000. Bagi berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 jumlah bayaran mereka rendah saja.
“Bayaran balik paling rendah ialah dua peratus yang mana daripada RM2,000 gaji diterima, peminjam hanya perlu bayar RM40 saja.
“Kaedah ini lebih adil kerana ia memastikan mereka yang kurang berada tidak terbeban, manakala yang kaya tidak boleh mengambil kesempatan,” katanya.
Beliau berkata, pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman.
“Namun, syaratnya mereka mengikuti pengajian sepenuh masa, menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dan daripada keluarga B40 dan M40 ketika tamat pengajian,” katanya
Beliau berkata, kerajaan turut bersetuju melupuskan baki hutang peminjam warga emas jika berpendapatan RM2,00 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.
Wan Saiful turut berkata, pihaknya masih mengkaji desakan supaya yuran pentadbiran PTPTN antara satu hingga tiga peratus dimansuhkan.
Fakta PGB
Peratusan Potongan Mengikut Pendapatan
* Kurang RM2,000- 0 peratus
* RM2,001 hingga RM2,499 - 2 peratus (RM40-49.99)
* RM2,500 hingga RM2,999 - 3 peratus (RM75-89.99)
* RM3,000 hingga RM3,999 - 5 peratus (RM150-199.99)
* RM4,000 hingga RM5,999 - 8 peratus (RM320-479.99)
* RM6,000 hingga RM7,999 - 10 peratus (RM600-799.99)
* RM8,000 dan ke atas - 15 peratus (RM1,200 ke atas)
Sumber : Berita Harian
Sumber Peminjam PTPTN yang culas selepas ini tak boleh lari lagi kerana ini tindakan tegas dari Kerajaan PH...
Gadis Cantik Tidak kedekut Ilmu Ini Kongsi Rahsia Bagaimana Dia Dapat Kumpul Wang Kahwin RM43k Dalam Masa 2 Tahun Dengan Cara Paling Efektif Ini. Tak Susah Pun!
Tips tersebut buat telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Razzatul Nadia Rosli bertujuan untuk membantu mereka di luar sana dengan formula kumpul duit kahwin yang lebih mudah ini.
Baca perkongsian penuh di bawah:
1. Set tarikh target untuk berkahwin
Set kan tarikh target korang nak kahwin, sebab kalau korang tak target, susah untuk korang nak set pencapaian korang. So memang kene set. Normally orang akan buat persediaan nak kahwin 2 tahun sebelum tarikh majlis diorang.
2. Buat ASB loan
Okey ini sangat penting untuk memaksa diri korang untuk buat simpanan. So apa yang korang kene buat, buat ASB LOAN 50k ikat selama 30 tahun. So bulanannya dalam RM300/month dengan kadar faedah bank 5.2%.
Andai kata dividen tahunan ialah 7.25%, So setiap tahun korang akan dapat duit dividen dari simpanan ASB tu dalam RM3,625. So 2 tahun jadi RM7,250.
Hmm cukup ke RM7,250 ni ? Duit hantaran pun dah RM10k, mana lagi nak beli barang hantaran lagi, majlis nikah lagi, majlis kahwin lagi kan. So conclusion nya memang tak cukup.
So apa yang korang kene buat ialah langkah ketiga:
3. Buat part-time dropship TANPA modal
Okey sekarang ni bersepah founder leader stokis yang carik agent dropship kan. So gunakan peluang yang diorang bagi ni untuk tambah pendapatan. Memang nak kahwin ni kene struggle sikit lah kan. Hehe.
Tips dia, korang kene lah jual produk yang orang sedian tahu, yang jenis leader @ stokis yang memang akan guide korang cara untuk jana pendapatan. Dropship ni korang tak payah keluar modal pun, dapat komisen FREE je.
Contoh nya macam produk dianz, hmp cosmetics, jus shine, elysiancosmetic, dyxy, nuraysa, macam macam lagi lah.
Normally keuntungan dropship RM5-RM30 /pcs. So andai kata lah korang dapat jual 5 produk, Razz average kan keuntungan dalam RM10/pcs.
- Sehari 5pcs x RM10 = RM50
- Sebulan 30 hari x RM50 = RM1500
- 2 tahun 24 bulan x RM1500 = RM36,000
Ha nampak tak kat situ, dalam masa 2 tahun korang dapat kumpul RM36k cash money okey. Tak payah buat bisnes keluar modal besar pun dah boleh simpan duit kahwin. Syaratnya korang kene tahan nafsu lah.
Antara tips yang lainnya adalah setiap kali anda dapat komisen, terus masukkan ke dalam akaun ASB. Bila susah nak keluarkan, mesti anda tidak akan 'berjoli' sana sini dengan duit itu.
So cukup masa korang nak kawin tu, baru lah keluarkan duit ASB tu, lepas tu boleh lah korang langsungkan perkahwinan korang tu.
So dah ada RM43k tu cukup tak untuk korang kawin ? Terlebih cukup kan, tapi jangan lah pulak korang habis kan RM43k tu untuk majlis 1 hari tu. Buat majlis berpada pada je, elakkan pembaziran tau.
RM10,000 untuk hantaran dan RM10,000 untuk majlis 500pax. Selebihnya ada lagi RM23k kan, korang simpan untuk persediaan alam rumah tangga nanti ye.
So macam mana, okey ke idea ni ? Kalau korang rasa okey boleh lah cuba try test cara ni, tapi kalau korang rasa ada cara lain yang lebih baik, boleh terus guna cara u alls. Razz cuma bagi idea je, bantu apa yang mampu je.
Nampak? Dengan cara yang mudah je anda boleh kumpul sebanyak RM43,250 dalam masa dua tahun untuk duit kahwin. Tak susah mana pun sebenarnya. ;)
Sumber : Says
Sumber Gadis Cantik Tidak kedekut Ilmu Ini Kongsi Rahsia Bagaimana Dia Dapat Kumpul Wang Kahwin RM43k Dalam Masa 2 Tahun Dengan Cara Paling Efektif Ini. Tak Susah Pun!
Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit!
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Kaedah Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
Amalan Bismillah 5:
Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit!
Ini Tersangatlah AWESOME! 18 Gambar Transformasi Dari Rumah Usang dan Buruk, Lihat Bagaimana Wanita Ini ‘Transform’ Jadi Homestay Mewah!
Siapa sangka dari rumah lama yang buruk, wanita ini berjaya mengubahnya menjadi homestay yang sangat cantik. Paling menarik homestay ini dilengkapi dengan dua kolam renang. Memang berbeza sungguh sebelum dan selepas.
Menurut Nur Natasha Abdullah, idea dekorasi rumah itu dibuat sendiri oleh dirinya. Kreatif sungguh! Jom lihat transformasi ini!
Gambar rumah di hadapan
lhamdulillah
Rumah yang buruk dah berjaya diubahsuai menjadi homestay dengan dua kolam. Hari tu dah share gambar sebelum dan selepas yang tak siap lagi. Kali ini nak share gambar sebelum dan selepas (99% siap).
Tq so much Madiha Hashim sebab tolong uruskan pembelian rumah. Siapa2 nak jual/beli rumah boleh contact Pn Madiha. Siapa2 nak renovate rumah area Kuantan boleh contact Mohd Hafiz Mohd Yusof HN TRADING & SERVICES. Highly recommended. Hasil kerja cantik dan kemas dan yang penting harga memang berpatutan.
Untuk yang bertanya, kebanyakan barang sy beli sendiri sebab nak jimat kos macam mozek, lampu kipas, vinyl floor, toilet bowl, sinki, tiles untuk kolam, pam + filter dan barang2 kolam. Tukang pasang je ape yang sy beli..
Dekorasi dalam rumah
Kolam renang 1
Sumber Ini Tersangatlah AWESOME! 18 Gambar Transformasi Dari Rumah Usang dan Buruk, Lihat Bagaimana Wanita Ini ‘Transform’ Jadi Homestay Mewah!
Sungguh Memberi Manfaat! Idea Dan Tips Simpan Dokumen Penting Agar Lebih Tersusun, Kemas Dan Mudah!
Untuk memastikan dokumen penting sentiasa dijaga dengan baik, anda perlulah meletakkannya di dalam fail bersesuaian agar mudah dicapai.
Bagi yang mementingkan kekemasan pula, anda bolehlah mencuba kaedah yang dikongsi wanita ini. Fail dan envelope boleh didapati di Tesco dan kedai Eco RM2 sahaja!
Pengurusan fail, kertas, resit dan bil
Labelkan dan pastikan saiz dan bentuk fail yang seragam
Fail Tesco RM2.99 (masa promo)
Beli envelope folder dan tebuk lubang. Jangan lupa label
Eco RM2.12 for two
Antara envelope folder dengan ziplock case ni Hani lagi suka yang ni. Lebih kemas. Dan saiz lebih kecil just nice masuk dalam fail. Tebuk lubang. Jangan lupa label.
Mr diy, 90 sen
Sediakan fail berasingan
Bahagikan kepada beberapa envelope
Sumber Sungguh Memberi Manfaat! Idea Dan Tips Simpan Dokumen Penting Agar Lebih Tersusun, Kemas Dan Mudah!
'Sungguh aku rasa sangat menyesal, sumpah seumur hidup aku takkan lalu jalan ini lagi' - Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Seramnya Sepanjang perjalanan ternampak makhluk halus
Kisah laluan menakutkan sepanjang perjalanan di Felda Aring hari Jumaat lepas pada waktu malam. Post ini bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi berhati-hatilah. Fikir dulu sebelum membuat keputusan.
Selepas turun dari Cameron Highlands, ingat nak singgah ke Kota Bharu untuk makan Nasi Khou Mok. Tapi last minute, isteri batalkan dan buat keputusan untuk balik terus ke rumah.
Buka aplikasi maps, masukkan alamat rumah. Selepas itu jalanlah dengan hati yang gembira. Rasanya turun dari Cameron jam lima petang lebih kurang. Kemudian di sepanjang jalan itu kami melalui pemandangan bukit dan hutan.
Sampai di Gua Musang pada jam lapan malam, berhenti sekejap untuk mengisi perut. Perjalanan kemudian diteruskan tanpa mengetahui selok belok jalan yang maps tunjuk itu sebab ini pertama kali melalui jalan tersebut. Nampaklah papan tanda jalan ke Stasik Kenyir dan Kuala Berang.
Masuk saja ke jalan itu pada mulanya okey lagi. Bila suku perjalanan dah mula rasa pelik. Gelap! Memang gelap wei! Aku sendiri tak tahu apa yang ada di sebelah kanan dan kiri. Cuma tengok depan saja. Nak jumpa kereta lalu lalang memang tak ada langsung.
Malam itu, memang kabus tebal sangat. Selepas itu ada nampak lori treler dengan Toyota Hilux, hati jadi lega sedikit. Bila Hilux potong, aku terus follow. Gila apa nak ikut lori bawa dengan kelajuan 40 km/j. Tak semena-mena Hilux itu memecut. Adoi!
Jadi, aku perlahankan kereta sebab gelap. Aku berpandukan garisan putih di tengah-tengah jalan itu. Ada juga jalan yang tak ada garisan itu. Aku fokus dengan laluan sambil mendapkan muka di cermin. Hahaha!
Masa itu, Amirul Mukminin belum tidur. Bayangkan dia beritahu "Biey Fani main nge atu".. ""Fani atu".. berdiri bulu roma aku. Aku harap isteri aku tak dengar. Yes! Memang dia tak dengar sebab mungkin dia tengah berdoa agaknya pada masa itu. Jadi, aku suruh Mukminin cepat-cepat tidur.
Ada juga aku nak tengok ke belakang (tengok Fani) tapi aku memang tak berani nak tengok sebab terlalu gelap dan hilang fokus dan ketika inilah detik-detik menyeramkan berlaku. Aku ternampak biasan muka orang di cermin pandang belakang. Mengucap panjang aku!
Tengah-tengah drive aku fikir, takkan Mirul? Sebab dia dah tidur. Cahaya apa yang membuatkan aku nampak bayangan itu? Tak ada kereta yang lalu, bulan memang tak ada.
Jadi, aku tengok isteri, dia hanya diam membisu. Masa ini aku dah tahu dia takut. Jadi aku cuba menyapa dia. Fuh! Nasib baik dia okey lagi. Kalau salah jeling, memang aku bagi penampar la. Hahaha! Jadi, aku cuba ajak dia bersembang.
Sampai di satu tempat itu, kabus semakin tebal. Beberapa kali aku nampak bayangan seperti 'orang'. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Jadi aku kuatkan diri aku dengan zikir dan surah kursi. Sepanjang perjalanan aku 'ternampak'.
Bayangkan dalam gelap aku masih lagi nampak bayangan hitam setinggi pokok kelapa. Bulu roma aku sentiasa menegak. Memang aku betul-betul nampak. Jadi aku tahu itu 'hantu raya'. Aku berdoa agar kereta aku tidak diikuti walaupun aku tahu ada yang terus mengekori.
Selepas itu aku perasan, aku tiba di laluan pokok sawit kot. Sekali lagi di sini aku ternampak sesuatu di atas pokok yang seakan ingin terbang. Sumpah aku tak menipu! Jadi, aku tersentak menekan brek tetapi aku cover lubang, takut isteri aku tahu.
Di satu selekoh itu, aku hampir terbabas kerana laluan seakan di sebelah kanan tetapi sebenarnya di sebelah kiri. Allahu. Allah melindungi kami sekeluarga. Masa ini jantung aku berdegup kencang, tetapi isteri masih belum perasan.
Dalam masa yang sama, aku fikir aku perlu kuat demi isteri dan anak-anak. Kalau aku tahu, memang sumpah aku tak lalu jalan ini. Sampai di satu tempat itu aku ternampak pondok pengawal. Ingat nak berhenti, nak suruh temankan tetapi aku tak berani sebab kawasan itu sunyi dan gelap, bimbang perkara lain pula yang berlaku.
Selepas itu, aku perasan di maps tepi jalan itu macam ada kawasan berair. Aku rasa pelik, takkan air kot? Aku cuba dekatkan muka dengan cermin, rupanya kawasan berbukit. Adoi! Masa ini memang aku memandu di tengah-tengah jalan berpandukan garisan putih. Menakutkan!
Laluan berlubang menambahkan lagi ketakutan dalam diri aku. Memang besar lubang itu. Memang jahanamlah setiap kali terlanggar aku tersentak. Mujur tayar semuanya okey.
Isteri aku pula ternampak ada sesuatu yang bertengek di tepi jalan dari jauh. Tapi bila lalu, isteri aku langsung tak pandang. Sepanjang jalan seperti diperhatikan. Bayangan pokok seperti orang, garisan putih ternampak seperti sosok tubuh seorang perempuan berambut panjang.
Kau agak-agak apa perasaan aku pada malam itu? Rasa menyesal seumur hidup, sumpah aku tak akan lalu lagi jalan ini.
Ni isteri tiba-tiba demam bila bercakap mengenai kejadian pada malam itu. Alhamdulillah kami semua selamat dengan izin Allah. Kereta pun tak meragam sepanjang laluan yang menakutkan itu. Kalaulah kereta buat hal, aku tak tahulah.
Keesokannya, aku bertanya pada kawan-kawan mengenai jalan itu. Mereka kata, "Berani kau lalu jalan itu di waktu malam. Dah la ada gajah,". Allahu, sekali lagi aku bersyukur pada Allah.
Perjalanan dua jam lebih yang menakutkan itu akan aku ingati sepanjang hayat aku hidup. Semua yang diceritakan berdasarkan apa yang aku dan isteri nampak. Tiada satu pun ayat ditokok tambah. Jadi berhati-hatilah semua. Kalau dapat target masa situ sampai malam, elok berehat saja di Gua Musang.
Sumber: Ossasuke Hikaru via thereporter
Sumber 'Sungguh aku rasa sangat menyesal, sumpah seumur hidup aku takkan lalu jalan ini lagi' - Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Seramnya Sepanjang perjalanan ternampak makhluk halus
'Hina sangatkah seorang menantu perempuan yang tidak bekerja di mata mertua'
adakalanya, mertua atau ipar terlalu sukar untuk dilembutkan hati mereka. Jadi, sentiasalah berdoa agar pintu hati mereka terbuka dan perlahan-lahan memahami anda dan dalam masa yang sama anda belajar juga memahami mereka.
SALAM min. Harap dapat hidekan nama saya ye. Begini ceritanya. Saya dan suami sudah berkahwin selama 10 tahun. Hubungan kitorang tak ada masalah sangat. Kalau ada pun, semuanya datang dari pihak mertua (belah suami).
Saya tahu saya bukan menantu pilihan. Apa yang saya buat, semuanya serba tak kena. Tetapi bila anak-anak perempuan dia yang lain buat, kemain tak ada salah langsung.
Dan untuk pengetahuan, anak-anak perempuan dia pun suka melaga-lagakan saya dengan mertua. Seperti biasalah apabila suami belikan saya apa-apa, saya akan muat naik status di WhatsApp untuk berkongsi cerita dan menghargai suami.
Baru-baru ini, suami belikan saya gelang dan saya up di status WhatsApp. Di hujung minggu yang lalu, suami ajak melawat mertua di kampung seperti biasau ntuk beri duit belanja dapur. Lepak-lepak sekejap, adik ipar saya keluar dari bilik. Baru bangun tidur, padahal dah petang baru nak bangun. Hmmm.
Selepas itu saya nampak adik ipar saya mencuit-cuit mak mertua sambil menunjuk ke arah saya dengan membuat isyarat di tangan dia dan suruh mertua tengok tangan saya. Selepas itu, mak mertua berkata dengan nada yang kuat.
"Kau belikan ke gelang tu"?" soal mertua pada suami saya.
"Yelah, dia dah minta lama, baru cukup duit tu yang belikan," jawab suami.
"Kau dah belikan dia tu, esok nak bayar kereta, bayar rumah, semua tak cukup," kata mertua.
Ya Allah, saya di depan mak mertua saya ni. Dia sembur betul-betul depan muka saya. Terus saya bangun ambil tangan mak mertua, salam laju-laju dan terus saya masuk ke kereta.
Tak sanggup dah, kira itu pengakhiran kesabaran saya selama 10 tahun dan saya tak tahu apa yang berlaku selepas itu. Dalam masa 10 minit kemudian barulah suami saya keluar dengan anak-anak dan kami pun terus balik.
Suami cuma cakap, "Sabar sayang, saya tahu awak kuat,".
Dalam hati saya, pokok yang besar pun akan tumbang kalau ribut melanda. Begitu jugalah dengan tahap kesabaran saya. Hmmm...
Adik-adik ipar saya yang belum berkahwin itu, janganlah terlalu suka kenakan orang. Kita tidak tahu kifarah kita. Awak juga akan berkahwin, akan berhadapan dengan mertua dan ipar duai.
Semoga Allah balas dengan adil semuanya. Sungguh hina seorang menantu perempuan yang tidak bekerja di mata mertua. Suatu hari saya akan berjaya dan masa itu awak susah baru tahu betapa tingginya langit itu.
Sumber: Kisah Rumah Tangga via the reporter
Sumber 'Hina sangatkah seorang menantu perempuan yang tidak bekerja di mata mertua'
5 PUNCA Sebenar Kenapa Pesakit R esdung Sukar Untuk Sembuh Seperti Sediakala...
Berikut merupakan 5 sebab kenapa pesakit resdung sukar untuk sembuh dari penyakit ini yang telah dikongsikan oleh Dr. Ezairy M Sallih
5 SEBAB PESAKIT RE SDUNG SUSAH SEMBUH
“Doktor, masalah res dung suami saya ni susah sangat nak sembuh. Bermacam-macam cara dah berubat, masih tak selesai. Apa sebabnya, doktor?”
Anda pernah alami situasi seperti di atas?
Cuba kita periksa 5 perkara ini :
1. Tak tahu punca alahan
Resdung dan alergik rhinitis berlaku disebabkan adanya punca alahan atau all ergen. Biasa ditemui ialah habuk, hama, makanan lait dan sebagainya. Selagi mana anda terdedah kepada punca alahan tersebut, masalah tak akan selesai.
2. Tak jaga makan dan punca resdung
Dah tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, tetapi masih tak mahu elak punca tersebut… macam mana masalah nak selesai? Setelah anda tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, elakkan dan jauhi ia!
3. Tidak makan ubat
Setelah mengelakkan punca-punca alahan, anda perlu ambil ubat yang diberi oleh doktor. Ia amat membantu terutama jika serangan resdung berlaku kepada anda.
4. Buat rawatan yang tidak betul
Ramai antara kita yang lebih mempercayai rawatan resdung yang tidak betul. Teknik lilin, asap-asap dan sebagainya adalah antara contoh yang anda tidak patut lakukan. Ambil ubat yang diberi oleh doktor.
5. Selalu skip temujanji doktor
Apabila jumpa doktor, diberi ubat yang sesuai dengan anda, simptom dan gejala pun berkurang… kemudian hilang. Temujanji dengan doktor pun lupa entah ke mana. Ini pun tidak boleh. Jangan terlepas temu janji bersama doktor.
Doktor akan menilai semula gejala yang anda alami dan beri ubat sesuai dengan masalah yang anda sedang alami.
Moga bermanfaat. Sila #SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga kita semua diberi kesihatan berpanjangan.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Sumber 5 PUNCA Sebenar Kenapa Pesakit R esdung Sukar Untuk Sembuh Seperti Sediakala...
Berdoa bersama linangan air mata, video kemenangan Skuad Harimau Malaya ini buat netizen sebak
Sejurus selepas kemenangan diumukan berpihak kepada pasukan Malaysia, suasana berubah menjadi hiba dan penuh emosi. Skuad Malaysia meraikan kemenangan mereka dengan menadah tangan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Adegan penuh air mata oleh barisan pemain Harimau Malaya di padang Stadium Rajamangala ini telah dirakamkan dan membuatkan ramai netizen sebak dengan rakaman tersebut.
Bacaan doa diketuai oleh Adam Nor Adlin sambil ahli pasukan skuad kebangsaan yang lain menadah tangan menitiskan air mata, tanda syukur dan puas dapat menyekat kemaraan pasukan Gajah Perang pimpinan Milovan Rajevac.
Rata-rata netizen yang menonton video rakaman tersebut turut sebak melihat air mata kegembiraan yang tumpah dari wajah pemain pasukan kebangsaan negara ini.
Nak nangis tengok…
Aku pon ikut sebak weii…
Sumber Berdoa bersama linangan air mata, video kemenangan Skuad Harimau Malaya ini buat netizen sebak
'Anak perempuan you kasi lawa la sikit' - Wanita spesies bawang ini kritik fizikal anak Nana, netizen sepakat sekolah makcik bawang ini...!
Pelakon, penyanyi dan penyampai radio, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan, 35, baru-baru ini memuat naik gambar OOTD dirinya bersama dua anaknya di Instagram.
Bagaimanapun, ada netizen yang tampil memuat naik komen yang dianggap tidak kena pada tempat. Pendek kata, tak ada adab. Malah, netizen juga mempertikaikan komen individu terbabit.
"Anak perempuan you tu kasi lawa la sikit," tulisnya.
Sehubungan dengan itu netizen berjemaah sekolahkan wanita tersebut...
artikel diolah dari the reporter
Biodata nana mahazan
Profil Nana
Nama Penuh: Nurul Hana Che Mahazan
Tarikh lahir: 1 Julai 1983
Asal: Muar, Johor
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Penyampai radio, penyanyi dan pelakon
Album: Evolusi 1
Filem: Sifu dan Tongga, Malaikat Maut dan Gangster
Rancangan TV: Era TV, Brek, Akademi Fantasia Raya dan Dua Dunia.
Sumber 'Anak perempuan you kasi lawa la sikit' - Wanita spesies bawang ini kritik fizikal anak Nana, netizen sepakat sekolah makcik bawang ini...!
Inilah Cara Tradisional Yang Saya Amal Berjaya Hilangkan 10kg Sebulan Tanpa Sebarang Produk, Selamat Dan Mudah!
Tips diet ini dikongsikan oleh Cik Alia Amira Rohadi yang ingin memberi inspirasi kepada anda yang ingin kurus.
Macam tak percaya, gadis ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa sebulan sahaja!
Tak percaya? Cuba tengok gambar di bawah. Terbukti kan?
Mari ikuti 10 tips diet daripadanya.
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim
(90kg-58kg) 32kg = Loss 10kg in 1 month
Haaa sebelum tu nak cakap dulu, tips diet ini BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau!
DETOX!
Mula-mula, kena detox dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan banyak buang air besar)
Tahu ke idok brape tan matrix lemak2 serta ?yang menapak & beranak-pinak dekat usus tu?So! Korang boleh google tau.
Jus lemon adalah antara air detox yang boleh diamalkan. / Foto Kredit: trueserenity.ca
KURANGKAN KUANTITI DALAM HIDANGAN
Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk breastfeding mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar / dietition dulu)
Pagi:
Roti 3 keping+ Green Ttea
Air suam (wajib ambil mcm2 mana pon)
Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau?.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu jee haa?)
Lunch:
Nasi 2 senduk (sebab orang melayu tulen. Kalau tak makan nasi tak boleh hdup rasa).
Ayam atau ikan
Sayur hijau rebus/ kukus ( Saya tak suka lauk kari so memang tak ambil. Kadang2 kuah kicap je. Student kan, pepaham lah ekonomi macam mana. Kalau duduk rumah request dengan umi nak makan “ikan singgang”
Nii kalau hari2 makn telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee???
Dinner:
Buah epal hijau (ini pun pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambil time dinner, tak lebih pukul 8 malam.
(Ehh plisss,, jangan gtal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah-acah mat salleh tau)
MESTI MINUM AIR SUAM 2-3 LITER SEHARI
Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam / day ni wajibalghunoh utk yg nak loss weight10kg/month.
Korang boleh google jgk macam mana nak kira berapa liter air utk dperlukan oleh badan dan cara nak divide. (Tak adalah nanti ulang alik tandas je…)
MINUM TEH HIJAU
Saya memang tekankan pengambilan Green Tea.
Bukan kata mnum Green Tea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler..
Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jgk bantu dalam weightloss.
Saya peminat Green Tea Ahmad ?blh dptkan di Tesco atau Aeon atau boleh beli dengan Muhammad Harith Syazwan.
SENAMAN 30 MINIT
Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.
Untuk perempuan boleh lah nak zumba.
Haaa ni kalau yang keje ofis tu mohon buat lebih, sebab korang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..
TAK PERLU ELAK NASI
Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, roti, dan sebagainya.
Tahu tak, sebenarnya semua ni lagi banyaak bebanan untuk diproses berbanding makan nasi. So, please refer dietition sebelum buat keputusan tau!
PANTANG AIS DAN AIR MANIS
KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc, cendol, cool blog, segala mak nenek yang sejuk.
Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).
JANGAN MAKAN ‘FAST FOOD’
Pantang lah segala ‘fast food’ macamKFC, McD, Pizza, Subway semua tu untuk 3 minggu pertama tanpa ada ‘treat day’.
SELALU TIMBANG, JAGA EMOSI
Timbang dulu sebelum mulakan misi.
Setiap minggu make sure timbang!
Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga.
Kalau genetik jenis obesiti, korang kenelah lipat gandakan usaha. Sebab potensi utk loss weight 10kg/week tu lebih rendah.
JANGAN CEPAT MENGALAH!

Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.
Kalau ada awak tu suami yg ade isteri gemuk, jangan dihina badannya. Tapi temanlah dia buat zumba atau jagakan anak masa dia tengah workout tu! (Kan nampak sawit disitu.. Hahahaha)
SEMOGA MENJADI INSPIRASI
Diharap tips diet ini dapat memberi semangat kepada ramai lagi wanita dan lelaki yang dalam misi untuk menurunkan berat badan.
Jangan anggap ianya sesuatu yang tak mustahil. Buktinya ada di depan mata!
kredit cheman fans via nasihatpakcik
Sumber Inilah Cara Tradisional Yang Saya Amal Berjaya Hilangkan 10kg Sebulan Tanpa Sebarang Produk, Selamat Dan Mudah!
Siapa sangka, hanya perlukan RM9 anda sudah boleh sediakan minuman ajaib yang mampu mengempiskan perut yang boroi dan usus yang lebih sihat.. tidak percaya? cubalah sendiri...
Masalah pencernaan adalah keadaan yang biasa dialami oleh ramai orang pada zaman sekarang. Kita tahu, masalah seperti kembung perut, sakit ulu hati, sembelit dan senak perut sudah tidak asing lagi kita dengar dari teman atau orang terdekat kita.
Tak mengherankan, kerana usus adalah bahagian yang tak terlepas dari keracunan setiap hari, tambahan kurangnya makan makanan nutrisi dan serat yang biasanya kurang pada makanan modern. Inilah alasan yang paling munasabah, kenapa banyak orang memiliki masalah pada sistem pencernaan mereka.
Pasti ada dikalangan anda yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar lebih-lebih lagi di waktu pagi. Masalah ini boleh diklasifikasikan dengan masalah sembelit dan pastinya ia sangat-sangat membuatkan kita tidak selesa dan menggangu aktiviti harian.
Masalah usus jika dibiarkan mampu memberi kesan yang sangat merbahaya kepada sistem tubuh badan lebih-lebih lagi sistem pencernaan.
Dan lebih membimbangkan lagi, penyakit yang berpunca dari masalah penghadaman adalah punca keenam kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.
Masalah usus lebih terdorong kepada masalah perut buncit dan semestinya ia akan mencacatkan penampilan seseorang.
Tetapi ada satu lagi elemen yang wajib ada untuk menyingkirkan segala sisa makanan dan selaput yang tersangkut pada saluran usus sekaligus mengempiskan perut.
Jika anda sayangkan usus anda, sila ikuti tips di bawah;
Nata De Coco+ Yakult
RM 4.00 + RM 5.oo
RM 9.00
Minum Yakult bersama Nata De Coco. Itu sahaja.
Kos untuk kedua-kedua minuman ini hanyalah lingkungan RM9. Jika anda berkunjung ke Tesco, mungkin harga kedua-dua minuman ini lebih murah dijual.
Cara penyediannya pula amatlah ringkas, buang air manisan nata de coco dan gantikan ia dengan air putih.
Ambil sebotol minuman yakult dan campurkan bersama-sama 12-15 kiub nata de coco.
Amalkan minum setiap kali bangun tidur (sebelum sarapan) dan sebelum tidur. (2 kali sehari)
Menurut Vitdaily, rahsia minuman bajet ini telah disyorkan oleh seorang doktor perubatan dan pastinya ia selamat dan berkahsiat.
Kesimpulannya, tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membeli sebarang supplemen atau ubat. Hanya perlukan RM9 di dalam poket, usus anda sihat, perut anda kempis.
Cubalah..
Sumber : kucinghappy.com via nasihatpakcik
Sumber Siapa sangka, hanya perlukan RM9 anda sudah boleh sediakan minuman ajaib yang mampu mengempiskan perut yang boroi dan usus yang lebih sihat.. tidak percaya? cubalah sendiri...