Remuk hati bila mendapat tahu buah hati pengarang jantung bakal berkahwin dan bukannya dengan dirinya, sebaliknya dengan lelaki lain. Lelaki ini, tiba-tiba menjadi trending menerusi Twitter bila cerita dan luahan kesedihannya tentang si dia yang 'melangkah pergi' seakan menarik perhatian ramai netizen. Menggunakan nama @kimbuenos, berkata dirinya seakan diperbodohkan selama ini kerana 'menjaga jodoh orang lain'. “Patutlah dia marah sangat bila aku post gambar dia. Last-last dapat tahu juga dah nak kahwin. Aku terjaga jodoh orang. "Selama ini aku diperbodohkan dengan kau!" tulisnya di laman sosial itu. Tanpa disangka luahannya itu menyentuh ramai yang membaca. Netizen tanpa henti memberikan sokongan kepada lelaki ini, sama ada yang kenal secara dekat atau sebaliknya. Ternyata, kuasa media sosial begitu menakjubkan. Bayangkan hari ini anda kecewa dan luahkan sesuatu di Twitter atau Facebook, dalam masa beberapa jam ramai yang bertalu-talu sudi menenangkan anda dan menyejukkan hati yang kesedihan. Zaman sudah berubah, ada baiknya sebarkan kebaikan dan aura positif menerusi laman sosial seperti ini. Tak salah melegakan hati seseorang yang sedang duka, kan? Tahniah, netizen untuk ini! |
Putus Cinta, Luahan Duka Lelaki Ini Tiba-tiba Jadi Trending Di Twitter
Chatime Malaysia Nafi Guna Bahan Tanpa Kelulusan
Obsesi Melampau, Lelaki Belanja Ratusan Ribu Ringgit Tiru Muka Britney Spears
Mati Akibat Dipatuk Ular Tedung Ketika Dia Bergambar
Jamal Nekad Lepas Jawatan Demi Menjaga Nama Baik Parti.
DRB-Hicom akan mengekalkan ekuiti yang besar dalam Proton
Annuar Bayangan Tidak Akan Berundur Tanding Presiden FAM
Bapa Rayu Bantuan Biaya Anak Hidap Asma Kronik, Komplikasi Jantung
Elfira Loy Menerima Pelbagai Mesej Berbaur Cinta
Lee Min Ho Pilihkan Tarikh Kahwin Peminat
"Memang saya marah, saya tidak boleh tahan lagi.." - Lee Chong Wei Mengamuk Besar Semalam!!
"Memang saya marah, saya tidak boleh tahan lagi.." - Lee Chong Wei Mengamuk Besar!!
Pemain badminton legenda Malaysia, Dato Lee Chong Wei akhirnya mengamuk besar semalam
Ini ekoran kenyataan dari pengarah teknikal, Morten Frost yang membuatnya panas hati.
Frost dilihat seakan tidak sabar mahu Lee Chong Wei dan pemain nombor satu negara ini berang dengan kata-katanya.
Chong Wei berkata keputusan untuk bersara hanya datang dari dirinya sendiri dan bukan atas 'arahan' dari Frost.
Kemarahan Chong Wei tercetus apabila beliau mendapat tahu Frost memberitahu individu terdekat dengannya bahawa kecederaan terbaru yang dialaminya ketika latihan baru-baru ini adalah pengkahiran kariernya sebagai pemain.
Chong Wei menghadapi kecederaan semasa berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Sabtu lepas.
Dikatakan ini bukan kali pertama Frost membuat sedemikian kerana turut mengemukakan pertanyaan sama selepas berakhirnya Sukan Olimipk baru-baru ini.
Apa yang lebih menyakitkan hati Chong Wei adalah kecederaan terbarunya boleh dielak jika Frost dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew memenuhi permintaannya menukar getah permukaan gelanggang di ABM.
Jelas Chong Wei lagi, beliau masih tetap mewakili negara bukan kerana wang ringgit dan pangkat tetapi minat yang mendalam dalam badminton itu.
Ini komennya:
"Morten Frost tidak ada hak menentukan karier saya,"
"Saya berulang kali meminta mereka menukarkannya... saya bukan minta yang baru tapi hanya pindahkan permukaan lama dari Stadium Juara, tapi ia tetap tidak dihiraukan.
"Namun selepas saya cedera, barulah ia ditukar. Kenapa hanya selepas berlaku pada saya baru nak buat, sedangkan sebelum ini beberapa pemain lain juga terjatuh kerana permukaan yang licin,"
"Memang saya marah, mahu bersara atau tidak adalah keputusan saya bukan dia. Sebelum ini saya hanya diam sahaja tetapi kali ini saya tidak boleh tahan lagi, saya sedia bertanggungjawab.
"Jika saya cedera ketika kejohanan, saya boleh terima. Tetapi saya cedera ketika latihan,"
"Saya masih beraksi lagi sehingga hari ini bukan kerana duit ataupun pangkat, saya pernah berada di atas dan merasai kejatuhan sepanjang karier saya, tetapi saya mahu tetap beraksi kerana minat, saya sayangkan sukan ini.
"YB Khairy (Jamaluddin- Menteri Belia dan Sukan) sendiri tidak pernah suruh saya bersara, kenapa dia? Khairy ada menanyakan tentang keadaan saya selepas kecederaan ini, saya jawab waktu ini memang kondisi saya tidak baik,"
Sumber: Bernama
Sumber "Memang saya marah, saya tidak boleh tahan lagi.." - Lee Chong Wei Mengamuk Besar Semalam!!
(PENDEDAHAN) Ini Luahan Mengejutkan Dari Seorang Wanita, Mangsa Kekejaman Selva Kumar Subbiah
(PENDEDAHAN) Ini Luahan Mengejutkan Dari Seorang Wanita, Mangsa Kekejaman Selva Kumar Subbiah
Susan Chapelle salah seorang dari seribu wanita dan kanak kanak yang telah menjadi mangsa penjenayah bersiri kejam, Selva Kumar Subbiah
Wanita ini meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu Selva Kumar yang sangat kejam ini akhirnya dibebaskan.
Chapelle adalah salah seorang mangsa jenayah Selva Kumar pada tahun 1989. Dia kini seorang penyelidik BC.
Menerusi pendedahan dari Chapelle, Selva Kumar menghendap dan mencari mangsa wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto.
Dia akan bertemu mereka dengan menyamar sebagai ejen pemodel atau penjual haiwan peliharaan eksotik.
Chapelle menceritakan pengalamannya menjadi mangsa dan ianya terjadi apabila terbaca satu iklan untuk pencarian model pada tahun 1989 ketika itu usianya 20 tahun.
Chapelle kemudian dibawa ke sebuah rumah dan ketika pertemuan itu Chapelle diberikan segelas wain pada jam 5 petang.
Ini komen Susan Chapelle:
“Saya tidak ingat apa apa,saya bangun jam 11 pagi,dan mendapati skirt saya berada dibelakang dan merasakan sakit yang sangat dahsyat diseluruh tubuh”
“Saya tidak tahu apa yang berlaku,saya menganggap ia satu kejadian yang sangat mengerikan, saya pergi kerumah orang yang tidak saya kenali,dan meminum segelas wain itu adalah alasan mengapa saya tidak mengadukan kejadian kepada polis”
‘Saya adalah salah satu dari beratus wanita yang menjadi mangsa, sebagian besar dari kami telah menahan diri untuk bercakap dan melaporkan kejadian tentang pengalaman ngeri itu, kerana kami merasa bersalah malah bertahun tahun selepas semuanya terungkap”
Selain itu Terdapat juga stigma sosial yang berterusan dari rakan,ahli keluarga mungkin akan menyalahkan mereka karena menyumbangkan peluang untuk di serang.
“Itu adalah salah satu sebab utama saya tidak dapat bercakap pengalaman menjadi mangsa. saya tahu saya akan dipersoalkan,saya pergi keluar dengan orang asing dalam kereta,ketika itu saya tidak bersedia meletakkan diri saya dihadapan pendakwa dan saya benar benar takut jika di soal siasat”.
“Saya boleh mengatakan ketika itu saya benar benar berharap seseorang membantu saya dan meletakkan perkara yang salah di tempatnya”
Chapelle pernah cuba bunuh diri kerana tertekan dengan kejadian yang menimpanya.
Selva Kumar didapati bersalah pada bulan Disember 1992 dan Januari 1997 ,75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan kepada kanak kanak.
Pada 29 Januari lalu, selepas menjalani hukuman lebih dari 24 tahun,selva kumar dihantar pulang ke negara asalnya Malaysia.
Sumber (PENDEDAHAN) Ini Luahan Mengejutkan Dari Seorang Wanita, Mangsa Kekejaman Selva Kumar Subbiah
“Ini Jalan Terakhir Saya, Bantulah Kami Pulang” – Wanita diceraikan suami di Jeddah rayu bantuan mahu pulang ke Malaysia bersama anak-anak
SEORANG ibu yang juga merupakan rakyat Malaysia terkandas di luar negara bersama dua orang anaknya selepas diceraikan suami lebih sebulan lalu, merayu bantuan orang ramai untuk dibawa pulang ke tanah air.
Irnani Osman yang kini berada di Jeddah, Arab Saudi mendakwa telah diceraikan oleh suaminya sejak bulan Disember lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 6 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
“Saya Irnani binti Osman, bekerja di Jeddah, sudah berumah tangga selama enam tahun bersama suami saya, Azmi Junaidi dan baru-baru ini saya diceraikan pada bulan Disember tahun lalu.”
Bagaimana pun dakwanya, bekas suami enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang ke Malaysia. Segala dokumen berkaitan seperti visa dan dokumen anak-anaknya berada dalam simpanan suami.
“Kini saya ingin pulang ke Malaysia dengan anak-anak saya. Masalahnya saya tidak dapat pulang disebabkan suami saya enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang, disebabkan permasalah visa dan dokumen anak-anak berada di tangan suami saya.”
Mereka anak beranak dakwanya, sudah sebulan terpaksa menumpang di rumah kawan-kawan kerana tiada tempat untuk tinggal. Pihak konsulat Malaysia yang dihubunginya sebelum ini juga didakwa tidak dapat memberi bantuan.
“Kami tidak ada tempat untuk tinggal, kami cuma menumpang di rumah kawan-kawan, selama satu bulan ini, saya cuba mendapatkan bantuan daripada pihak konsulat Malaysia di Jeddah tetapi mereka juga tidak dapat membantu,” katanya.
Justeru, Irnani merayu dan berharap kepada orang ramai serta rakan-rakan media dan NGO dapat tampil membantu mereka anak beranak untuk pulang ke Malaysia.
“Saya minta dan berharap sangat-sangat kepada sesiapa yang dapat membantu kami untuk bawa kami pulang ke Malaysia dengan secepat mungkin, kami tiada siapa-siapa di sini kami nak balik,” rayunya.
Katanya lagi, dia kini sedang mengandung anak ketiga yang berusia empat bulan di dalam kandungan.
“Saya sekarang juga tengah mengandung anak nombor tiga yang di dalam kandungan saya berusia empat bulan, saya berharap sangat dapat bantuan dari sesiapa untuk bawa kami bertiga pulang,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Ini Jalan Terakhir Saya, Bantulah Kami Pulang” – Wanita diceraikan suami di Jeddah rayu bantuan mahu pulang ke Malaysia bersama anak-anak
Chong Wei bengang Morten Frost suruhnya bersara
“(Morten) Frost tidak ada hak menentukan karier saya,” tegas pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei.
Tercabar dengan tindakan Frost yang seakan tidak sabar mahu dia bersara, Chong Wei menegaskan keputusan itu hanya datang daripada dirinya sendiri, bukan atas ‘arahan’ Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu.
Kemarahan Chong Wei meledak apabila beliau mendapat tahu Frost memberitahu kepada individu yang dekat dengannya bahawa kecederaan terbaru yang dialaminya itu adalah pengakhiran kariernya sebagai pemain.
Ini berikutan kecederaan MCL (Medical Collateral Ligament) yang dialami Chong Wei ketika latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Sabtu lepas.
Menurutnya, ia bukan kali pertama Frost berbuat demikian kerana turut mengemukakan pertanyaan sama selepas berakhirnya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas.
Apa yang lebih menyakitkan hati Chong Wei adalah kecederaan terbarunya boleh dielak jika Frost dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew memenuhi permintaannya menukar getah permukaan gelanggang di ABM.
“Saya berulang kali meminta mereka menukarkannya…saya bukan minta yang baru tapi hanya pindahkan permukaan lama dari Stadium Juara, tapi ia tetap tidak dihiraukan.
“Namun selepas saya cedera, barulah ia ditukar. Kenapa hanya selepas berlaku pada saya baru nak buat, sedangkan sebelum ini beberapa pemain lain juga terjatuh kerana permukaan yang licin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Chong Wei menjelaskan beliau lebih terkilan apabila mendapat tahu reaksi Frost yang menyatakan ‘this is end of his career’ (berakhirnya kariernya).
“Memang saya marah, mahu bersara atau tidak adalah keputusan saya bukan dia. Sebelum ini saya hanya diam sahaja tetapi kali ini saya tidak boleh tahan lagi, saya sedia bertanggungjawab.
“Jika saya cedera ketika kejohanan, saya boleh terima. Tetapi saya cedera ketika latihan,” katanya yang kini perlu menunggu tiga hingga enam minggu untuk memulihkan kecederaannya.
Chong Wei berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak kerana fokusnya adalah bermain untuk negara dan sentiasa terbuka dengan keputusan BAM mengenai kariernya.
Jelasnya, beliau masih tetap mewakili negara bukan kerana wang ringgit dan pangkat tetapi minat yang mendalam dalam badminton itu.
“Saya masih beraksi lagi sehingga hari ini bukan kerana duit ataupun pangkat, saya pernah berada di atas dan merasai kejatuhan sepanjang karier saya, tetapi saya mahu tetap beraksi kerana minat, saya sayangkan sukan ini.
“YB Khairy (Jamaluddin- Menteri Belia dan Sukan) sendiri tidak pernah suruh saya bersara, kenapa dia?
Khairy ada menanyakan tentang keadaan saya selepas kecederaan ini, saya jawab waktu ini memang kondisi saya tidak baik,” katanya.
Sementara itu, Frost ketika dihubungi Bernama enggan mengulas perkembangan terbaru tersebut.
“Saya masih tiada komen,” jawabnya menerusi aplikasi Whatsapp.
Sumber: Mstar
Sumber Chong Wei bengang Morten Frost suruhnya bersara
Respon Balas Mengejutkan Que Haidar Apabila Ada Kritiknya Warna Rambut Blonde
Respon Mengejutkan Que Haidar Apabila Ada Kritiknya Warna Rambut Blonde
Pelakon hebat Que Haidar telah mewarnakan rambutnya dengan warna perang baru-baru ini.
Kata pelakon ini, dia mewarnakan rambut menjadi blonde kerana anak-anaknya suka dengan perubahan itu.
Que Haidar telah berkongsi beberapa keping gambar rambut terbarunya itu di laman sosial Instagram.
Seperti biasa, akan ramai yang menegur dan mengkritik jika mereka merasakan perbuatan itu salah di sisi agama.
Ada yang menegurnya mewarnakan rambut akan membuatkan solatnya tidak diterima.
Melihat ada yang mengecam dan menegurnya, Que Haidar tampil memberi respon balas.
Jom baca:
Sumber Respon Balas Mengejutkan Que Haidar Apabila Ada Kritiknya Warna Rambut Blonde
Reen Rahim buat laporan polis, wanita ugut sebar gambar dan video peribadinya
Pelakon Reen Rahim kesal dengan perbuatan seorang wanita yang pernah berkawan rapat dengannya bertindak mencuri video dan gambar peribadi yang disimpan dalam telefon bimbitnya dengan tujuan tidak baik.
Reen, 29, berkata, wanita berkenaan juga bertindak melampaui batas apabila cuba menulis kenyataan berbaur ugutan di laman sosial Instagram yang dianggap boleh menjejaskan maruah dia dan keluarga.
“Saya mengenali individu itu lima tahun lalu apabila dia menawarkan diri untuk membantu saya dalam melancarkan aktiviti seni dan menguruskan kelab peminat.
“Hubungan kami menjadi akrab sejak dua tahun lalu dan sepanjang kami berkawan rapat itu dia telah mengambil kesempatan untuk menyimpan gambar dan video peribadi saya dengan niat tidak baik.
“Sehinggalah apabila saya menjauhkan diri daripadanya atas sebab-sebab tertentu, dia tidak berpuas hati dan memburuk-burukkan saya di laman sosial termasuk kenyataan berbaur ugutan untuk menyebar gambar dan video peribadi saya yang dicuri dari telefon bimbit,” ujarnya kepada mStar Online.
Reen atau nama sebeanrnya Noreen Ashikin Rahim ditemui pada majlis tayangan filem Soulmate Hingga Jannah yang diadakan di e@Curve, di sini, malam Selasa.
Aktres ini berkata, wanita itu juga membuat beberapa percubaan memburukkan namanya di beberapa media dengan memberi maklumat palsu dan fitnah.
“Saya percaya dia juga memberi beberapa cerita yang buruk tentang saya kepada beberapa media tempatan di ruangan gosip.
“Sekarang bila dia rasa tidak berpuas hati lagi dia burukkan nama saya di laman sosial pula,” ujarnya.
Dalam pada itu, Reen berkata, dia sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Damansara pada malam Isnin lalu.
Katanya, dia juga kini memantau aktiviti individu berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
“Saya tidak tahu video dan gambar apa yang dimaksudkan berada dalam simpanan dia. Apa-apa pun perbuatan dia itu satu kesalahan kerana dia mencuri video daripada saya.
“Setakat ini, kami nak tengok tindakan dia dan jika lebih teruk saya tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang.
“Tapi kalau dia sedar perkara tersebut salah, saya harap dia berhentilah dan jangan kacau kehidupan saya lagi,” ujarnya.
Sumber: Mstar
Sumber Reen Rahim buat laporan polis, wanita ugut sebar gambar dan video peribadinya
Zainal Abidin terkejut Tiket VIP RM958 Konsertnya habis dijual!
Penyanyi Zainal Abidin melahirkan rasa terkejut dan teruja apabila 100 tiket VIP bagi menyaksikan persembahan The Musical Journey of Zainal Abidin – 35th Anniversary Concert Featuring Headwin habis dijual.
Menurut Zainal, 58, dia terharu apabila ada peminatnya sanggup berhabis ratusan ringgit untuk melihat persembahannya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 Februari depan.
“Saya tak sangka mereka sanggup berbelanja semata-mata untuk meraikan 35 tahun penglibatan saya dalam industri muzik.
“Lebih membanggakan ialah kebanyakan pembeli tiket VIP di kalangan peminat saya dari Singapura dan Brunei,” katanya kepada mStar Online.
Dia berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media di Hard Rock Café di sini pada Selasa mengenai persiapan akhir konsert berkenaan Selasa.
Tiket persembahan yang bakal menyaksikan Zainal dan Headwind kembali bergabung selepas 25 tahun menerusi pentas berskala besar itu dijual pada harga serendah RM158 hingga pakej VIP bernilai RM958 yang dilengkapi album edisi terhad Zainal dan baju kemeja-T.
Pembeli tiket VIP juga berpeluang menghadiri sesi makan malam eksklusif bersama Zainal.
Tambah bekas vokalis kumpulan Headwind itu, dia bakal menyampaikan sebanyak 17 buah lagu hitsnya secara solo antaranya ialah Hijau, Manis, Orak Arek, Puteri, Bongkar, Debu Liar dan Damai.
Selain itu Zainal dan Headwind bakal mengimbau kenangan mereka bersama ketika era 80-an menerusi lagu seperti Suraya, Hanya Di Radio, Kita Serupa, Segalanya Mungkin dan Pelangi.
Selain itu menurut Zainal, dia juga bakal menyampaikan empat buah lagu secara akustik termasuk satu lagu Kau Di Hatiku sebagai tribute kepada Allayarham Tan Sri SM Salim yang meninggal dunia pada 29 Disember lalu.
“Saya tidak nyanyikan lagu Satu yang kami rakamkan secara duet kerana saya gagal mencari seorang penyanyi yang boleh membawa lagu itu dengan baik seperti Allahyarham Tan Sri SM Salim.
“Jadi saya memilih lagu Kau Di Hatiku untuk didedikasikan kepada beliau bagi mengenang jasa dan sumbangannya kepada industri seni negara,” katanya.
Ditanya mengenai persiapanya untuk menyanyikan lebih 30 buah lagu, Zainal berkata dia mula memberi fokus kepada kekuatan staminanya bagi memberikan kepuasan kepada penonton.
“Umur pun sudah meningkat, jadi saya perlu mantapkan stamina agar kekal bertenaga. Saya mula pergi ke gimnasium untuk melakukan senaman kardio dan sebagainya.
“Saya berharap peminat berpuas hati dengan persembahan kami nanti,” katanya.
Sumber: Mstar
Sumber Zainal Abidin terkejut Tiket VIP RM958 Konsertnya habis dijual!
“Dia sakit jiwa prolifik yang perlu disimpan di penjara untuk sepanjang hidupnya.” – Mangsa rogol Selva Kumar kongsi detik pengalaman ngeri
Berita kepulangan perogol bersiri Selva Kumar Subbiah mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia. Kami pasti ramai takut dan rasa tak selamat lepas ni kerana lelaki yang merogol hampir 1000 wanita ni sudah dibebaskan. Bukan tu sahaja, sebelum merogol mangsa Selva masukkan dadah dalam minuman dan seterusnya merakam gambar bogel wanita.
Susan Chapelle, salah seorang mangsa rogol Selva menceritakan pengalaman ‘ngeri’ dari saat dia bertemu Selva. Susan juga beri amaran kepada semua terutamanya untuk kaum wanita bahawa Selva sememangnya seorang yang ganas dan berbahaya.
‘Selva masih berbahaya..’
Susan jadi mangsa rogol Selva pada umur 26 tahun dan menyeru orang ramai supaya sentiasa berhati-hati. Menerusi Facebook Susan menulis;
Lelaki yang merogol saya telah pun dibebaskan. Penjaga penjara yang menjaga dia telah memberitahu saya bahawa Selva masih berbahaya dan akan mengulangi lagi perkara jahat yang pernah dia lakukan.
Untuk memuaskan nafsu Selva, dia akan berpura-pura jadi sebagai ejen peragaan atau penjual haiwan peliharaan eksotik, atau hanyatinggal di kedai kopi dan menjadikan wanita di dalam dan sekitar pusat bandarToronto sebagai mangsa.
Terpedaya dengan iklan di surat khabar
Detik hitam Susan bermula apabila dia ternampak iklan menjual haiwan di surat khabar dan menunjukkan minat untuk melakukan pembelian. Mereka telah aturkan temujanji dan Selva datang untuk mengambil Susan. Selepas itu Selva telah menawarkan segelas wain di kawasan rumahnya.
Bila Susan bangun dari tidur, dia sedar bahawa skirt yang dipakainya sudah berada di posisi lain and ketika itu Susan rasa dirinya dalam keadaan teruk.
Saya tak tahu apa yang dah berlaku. Saya rasakan ia sesuatu yang sangat teruk. Tetapi dalam fikiran anda, anda fikirkan bahawa anda berada di rumah orang yang anda tak kenal, saya diberi segelas of wain. Anda fikir mungkin ada sesuatu disebaliknya..
Saya tak boleh memaafkan lelaki yang masukkan dadah, merogol, merakam gambar wanita bogel dan pukul dua orang isterinya
‘Dia sakit jiwa’
Lebih dari 2 dekad yang lalu, Selva telah disabitkan kesalah dengan melakukan 75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan seksual terhadap lebih daripada 30 mangsa, empat di bawah umur, dan seorang remaja berumur 14 tahun.
Menurut peguam yang mewakili Canada Border Services Agency, dalam sebanyak 500 wanita, ia kemungkinan boleh mencecah sebanyak 1000 orang menjadi mangsa Selva.
Malaysia perlu faham bahawa Selva seorang tidak pernah serik dan akan mengulangi kesalahannya, dia juga merupakan seorang yang berbahaya.
Sementara itu, Brian Thomson, seorang pegawai bersara dan seorang pegawai penyiasat dalam kes SelvaKumar, percaya bahawa;
Dia sakit jiwa prolifik yang perlu disimpan di penjara untuk sepanjanghidupnya.
Sumber: Malaysian Digest
Via: Oh Bulan
Sumber “Dia sakit jiwa prolifik yang perlu disimpan di penjara untuk sepanjang hidupnya.” – Mangsa rogol Selva Kumar kongsi detik pengalaman ngeri
Pembantu rumah terkejut, Datuk Rosyam Nor marah Shuib nak kahwin lagi
Pembantu rumah Shuib Sepahtu terkejut apabila pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berkahwin buat kali kedua.
Perkara tersebut diakui Shuib ketika ditemui pada sidang media sempena ulangtahun ke-enam perkahwinan mereka bertempat di Bora Ombak, Putrajaya pada petang Selasa.
“Ketika saya beritahu kepada pembantu rumah yang saya nak kahwin lagi, reaksi dia sangat kelakar. Memang dia terkejut tapi lepas tahu dia ucapkan tahniah.
“Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Reaksi dia sangat lucu ketika saya hubunginya untuk jemput dia hadir ke majlis perkahwinan kami.
“Dia terkejut sampai saya kena marah, selepas saya jelaskan perkara sebenar barulah dia okay,” katanya ketawa.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perkahwinan tersebut, Shuib memberitahu majlis itu merupakan hadiah istimewa buat isterinya, penyanyi Siti Sarah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini.
“Enam tahun lepas majlis kahwin kami hanyalah biasa-biasa sahaja. Waktu itu saya tidak cukup wang dan hanya mampu melakukan majlis akad nikah saja.
“Isteri saya tidak dapat merasa bagaimana perasaan untuk bersanding seperti wanita lain di luar sana. Jadi tahun keenam ini sedikit istimewa dan saya juga sudah mampu untuk mengadakan majlis persandingan.
“Jadi saya ambil keputusan untuk lakukan majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada isteri saya yang sentiasa menerima saya seadaanya.
“Tidak kira waktu saya susah atau pun senang, dia sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada saya.
“Tak kiralah orang nak kata dah lambat ke, dah ada anak tiga ke, saya tak kisah. Bagi saya inilah masanya untuk tunjukkan betapa sayangnya saya kepada Sarah,” ujarnya.
Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.
Teks oleh: Mya Amri
Sumber:Astro Gempak
Sumber Pembantu rumah terkejut, Datuk Rosyam Nor marah Shuib nak kahwin lagi
Jep Sepahtu nafi bertunang sebab nak kahwin dengan Sari Yanti 25 Februari ni?
Hujung minggu lalu, ada akhbar melaporkan Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini tetapi semalam Jep menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan mereka berdua tidak mempunyai sebarang rencana untuk bertunang.
Peminat mula merasa hampa kerana sebelum ini mereka menyangka ungkapan “I love you” Sari Yanti kepada Jep di Insta Live membuktikan mereka sedang hangat bercinta.
Walaubagaimanapun, buat peminat Jep dan Sari Yanti, janganlah kecewa dahulu. Terbaru, Miss K menerusi portal Astro Gempak mendengar khabar angin bahawa Jep dan Sari Yanti sebenarnya bakal bernikah pada hari Sabtu 25 Februari ini bertempat di Damansara.
Jika berita ini benar, kami harap apa yang direncana oleh Jep dan Sari Yanti akan berjalan lancar. Kedua-duanya solo memang sesuai la kan?
Sumber Jep Sepahtu nafi bertunang sebab nak kahwin dengan Sari Yanti 25 Februari ni?