Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

14 FOTO: Inilah Koleksi Gambar Anak Gadis Zainal Abidin Yang Terlalu Ikut Gaya Hidup Barat

$
0
0

14 FOTO: Inilah Koleksi Gambar Anak Gadis Zainal Abidin Yang Terlalu Ikut Gaya Hidup Barat


Zainal Abidin baru baru ini menjadi tumpuan ekoran kenyataan terhadap anaknya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Hijau ini mengatakan dia tidak salahkan anaknya kerana terlalu ikutkan gaya hidup barat.

Baca komen penuh dari Zainal Abidin tentang anaknya itu DI SINI.

Kemudian, anak gadisnya bernama Timur itu tampil membalas kenyataan bapanya.

nampaknya Timur dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan dari Zainal Abidin.

Melalui laman sosial, Timur dilihat membidas kenyataan bapanya.

Ini kenyataan penuh dari Timur (BACA SINI)

Kini ramai mula ingin mengenali Timur. Dia merupakan anak gadis Zainal Abidin dengan bekas isteri pertamanya.

Ini gambar terkini Timur yang sudah berumur 20an. Memang cantik dan jelita orangnya.

Jom lihat foto terkininya:
















Sumber 14 FOTO: Inilah Koleksi Gambar Anak Gadis Zainal Abidin Yang Terlalu Ikut Gaya Hidup Barat

“Isteri saya minta cerai pagi tadi bang, sebab sekampit beras”

$
0
0

Kisah yang dikongsikan di FB kali ini betul² membuka mata ramai pihak. Betapa banyaknya insan yang perlukan bantuan tapi kita tak sedar. Sedih baca kisah abang ni. Dari tak dibayar gaji, tiada wang untuk membeli makanan dan isteri minta cerai kerana sekampit beras. 

No automatic alt text available.

"Isteri saya minta cerai pagi tadi bang, sebab sekampit beras"

“Isteri saya minta cerai pagi tadi bang, sebab sekampit beras”

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Ni admin c/p dari komen sorang akak ni:
Kdg2 kite bukan miskin, bukan pemalas tp apabila Allah nk uji, ade satu2 masa tu, kita akan susah sgt2, dberhentikan kerja, ank sakit, motor rosak dll..dan masa itu kita akan kenal siapa kawan dan siapa lawan…adakalanya org yg kita x kenal yg membantu kita..padahal die tdk pernah kenal kita..Sumuenya kuasa Allah sejauh mana kita bertawakal dan berdoa padanya..
 
 
Untuk yang mahu beri bantuan:
“Guys sape yg nak membantu boleh dm or whatsapp personal aku 0189005435. Aku dah dpt details dia.”

“Korang boleh juga salurkan bantuan kt account cimb ni. 7056128286 Muhammad Amirullah. Dana terkumpul akan diserahkan sepenuhnya kt brader tu”

Update:

Image may contain: text

 

 



Sumber “Isteri saya minta cerai pagi tadi bang, sebab sekampit beras”

Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

$
0
0

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan anggota penguatkuasa menghentikan operasi merampas berus bulu babi.

“Saya telah arahkan pegawai penguatkuasa supaya hentikan serbuan petang semalam (Rabu) selepas mesyuarat pasca Kabinet.

Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

“Kami tidak mahu mereka bertindak keterlaluan dan menyebabkan ia dilihat sebagai masalah besar di negara ini,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, peniaga telah diberi masa sebulan untuk meletakkan label pada berus berkenaan termasuk mengkhususkan produk yang dibuat daripada bahan berasaskan babi atau anjing.

 

Katanya, adalah memadai untuk meletakkan label “Produk Bulu Haiwan” pada produk berkenaan.

Menurutnya, pegawai penguatkuasa juga telah dimaklumkan untuk mendidik peniaga bukannya mengenakan tindakan kerana isu itu timbul kerana pengeluar tidak menyediakan label yang sepatutnya.

Beliau berkata, peniaga juga tidak diwajibkan untuk meletakkan label ‘halal’ pada produk bukan makanan seperti yang disarankan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Hamzah juga menyuarakan kekesalannya apabila operasi melibatkan rampasan berus itu telah menimbulkan isu berkaitan agama dan perkauman.

“Saya sedar ada pihak yang akan menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan rakyat dan memburukkan kerajaan,” katanya.

Sejak Selasa, kementerian itu telah merampas 2,000 berus yang dibuat daripada bulu babi bernilai lebih RM10,000.

Katanya, pihaknya akan memutuskan kemudian mengenai tindakan lanjut terhadap barang rampasan itu.

Sumber:Mstar



Sumber Menteri arah penguatkuasa KPDNKK henti rampasan berus bulu babi

Gambar cuaca sejuk cecah 2°C, lopak air dan embun membeku di puncak Gunung Kinabalu

$
0
0

Pendaki-pendaki ke puncak Gunung Kinabalu pada bulan ini nampaknya berpeluang untuk melihat sebahagian kawasan Low Peak gunung berkenaan membeku susulan suhu puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu kembali mencatat suhu yang sejuk.

 

Gambar cuaca sejuk cecah 2°C, lopak air dan embun membeku di puncak Gunung Kinabalu

Gambar cuaca sejuk cecah 2°C, lopak air dan embun membeku di puncak Gunung Kinabalu

 

Apa yang menarik permukaan pada kolam, lopak air dan embun berdekatan puncak gunung itu juga membeku seperti mana tanah tinggi di Asia Tenggara lain kesan tiupan angin sejuk dari Siberia.

Memetik laporanmStar, Presiden Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi berkata, situasi yang dialami ketika ini dianggap sebagai sesuatu yang berbeza.

“Cuaca sejuknya berbeza sekali tetapi ia tidak mengganggu aktiviti pendakian ke puncak gunung,” katanya.

Pengurus Taman Kinabalu Sabah, Yassin Miki berkata, suhu di gunung itu pernah mencecah di bawah paras sifar Celsius.

“Keadaan air membeku menjadi ais adalah satu fenomena kerana kedudukan kita di tengah Asia Tenggara yang sentiasa panas dan lembap,” katanya.

Hasil carian kami cuaca semasa freemeteo.co.id, kira-kira jam 10 pagi sebentar tadi, suhu semasa puncak Kinabalu adala 2°C.

Suasana ini merupakan satu pengalaman menarik bagi pendaki-pendaki tempatan kerana ianya tidak akan dijumpai di tempat lain di Malaysia, bahkan pokok-pokok yang hampir beku seolah-olah ianya diselaputi salji.

 

 

Memetik laporan Bernama, puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter dari aras laut disahkan tempat paling sejuk di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, suhu Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara ini boleh turun mencapai dua darjah selsius.

“Secara amnya suhu akan turun dengan kadar 6.4 darjah selsius untuk setiap kilometer ketinggian. Justeru, tempat paling sejuk di Malaysia adalah puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut di mana suhunya boleh turun sehingga dua darjah selsius,” katanya.

Menurut seorang Malim gunung yang menggunakan nama Facebook Refflisia Putih, sejarah pembentukan ais di puncak kinabalu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pembentukan ais juga pembekuan embun pernah dilaporkan pada tahun 1975, 1990 dan 1993, selain 2 tahun lalu selepas kejadian gempa bumi iaitu di rekodkan pada tahun 2015 dan 2016.

“Pada tahun ini pembentukan pertama berlaku lagi dan menjadi satu fenomena bagi kita dan menjadi suatu kebanggan bagi warga Sabahan kerana menjadikan satu-satu tempat dimana pembentukan ais boleh berlaku dalam linkungkan terbuka, malah dalam persekitaran cuaca khatulistiwa,” tulisnya. 

Sumber Gambar: Mount Kinabalu, 1Sabah, dan Badrul Munir – Cahaya Bulan

 

 

Via: SK



Sumber Gambar cuaca sejuk cecah 2°C, lopak air dan embun membeku di puncak Gunung Kinabalu

Rancangan TV promosi mufin sunnah, peniaga makin berani guna nama agama untuk lariskan produk tanpa rujuk JAKIM

$
0
0

Lambakan penggunaan istilah hadis atau sunnah sebagai sandaran untuk melariskan sesuatu produk mampu mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebanyakan peniaga kini semakin berani menggunakan agama bagi melariskan produk masing-masing tanpa merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Rancangan TV promosi mufin sunnah, peniaga makin berani guna nama agama untuk lariskan produk tanpa rujuk JAKIM

Rancangan TV promosi mufin sunnah, peniaga makin berani guna nama agama untuk lariskan produk tanpa rujuk JAKIM

“Sebagai contoh, baru-baru ini saya menerima ‘tweet’ yang mengatakan ada rancangan televisyen memaparkan pengiklanan atau promosi mengenai makanan sunnah terbaru di pasaran iaitu ‘mufin sunnah’ yang kononnya makanan itu pernah wujud ketika zaman Rasulullah.

“Perkara seperti ini perlu dibendung bagi mengelakkan kecelaruan umat Islam yang mudah terkeliru dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Wacana Hadis Nabawi ‘Hadis Dihayati Ummah Diberkati’ di Auditorium JAKIM di sini, hari ini.

Katanya, masyarakat kini mempunyai kesedaran agama yang tinggi, namun ia perlu diselarikan dengan kefahaman agama supaya tiada pihak mengambil kesempatan dengan memanipulasi pemikiran mereka.

“JAKIM akan melakukan pemantauan mengenai perkara ini dan orang ramai diminta untuk tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan hadis yang disebarkan malah mereka perlu merujuk pakar terlebih dulu,” katanya.

Sumber:Metro



Sumber Rancangan TV promosi mufin sunnah, peniaga makin berani guna nama agama untuk lariskan produk tanpa rujuk JAKIM

Kata hisap rokok itu wajib, PU Faiz dikecam

$
0
0

NAMA penceramah yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pencetus Ummah (PU), PU Faiz menjadi sensasi selepas beliau dikatakan mengeluarkan ceramah mengatakan menghisap rokok adalah wajib di kalangan umat Islam.

Namun begitu, beliau menjelaskan ia menjadi hukum wajib mengikut situasi tertentu.

Kata hisap rokok itu wajib, PU Faiz dikecam

Kata hisap rokok itu wajib, PU Faiz dikecam

Antaranya, beliau memberikan contoh hukum merokok boleh menjadi wajib untuk sesetengah orang misalnya seorang nelayan menghisap rokok kerana dikhuatiri jiak tidak menghisap rokok, ia akan mengganggu konsentrasi semasa berada di laut.

Sebelum ini, pada tahun 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa pengharaman rokok.

Namun sehingga ke hari ini, masih ramai lagi rakyat Malaysia termasuk umat Islam yang menghisap rokok.

Walaupun berhujah sedemikian, namun tak semua netizen bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan PU Faiz.

Sebagai contoh, Haris Ibrahim menerusi komen di Facebook menulis, “Dia hanya ustaz biasa sahaja, sedangkan Majlis Fatwa dah keluarkan fatwa, merokok adalah haram. Logiknya mana yang patut kita patuh, seorang ustaz dengan pendirian dia atau sekumpulan alim ulama yang merangkumi segenap bidang yang telah membincangkan permasalahan rokok secara mendalam sebelum mengeluarkan fatwa?”

Nama PU Faiz sebelum ini dikaitkan dengan kes pertuduhan mencederakan seorang penceramah wanita hujung tahun lalu.

Beliau didakwa mencederakan Nurul Intan Sakinah Azmi di Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi di Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor pada 26 September tahun lalu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Kata hisap rokok itu wajib, PU Faiz dikecam

Penggunaan E-rokok lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa – Penyelidik

$
0
0

Penggunaan e-rokok didapati lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa, menurut laporan penyelidikan tahap bahan berbahaya dan toksik di dalam badan.

Penggunaan E-rokok lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa - Penyelidik

Penggunaan E-rokok lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa – Penyelidik

Penyelidik mendapati pengguna yang berubah daripada rokok biasa kepada e-rokok atau terapi pengganti nikotin (NRT) seperti gula-gula getah atau tampalan nikotina selama sekurang-kurangnya enam bulam mempunyai tahap toksin lebih rendah dalam air liur dan air kencing berbanding mereka yang terus merokok.

“Kajian kami menambahkan bukti bahawa e-rokok dan NRT lebih selamat daripada rokok biasa dan mencadangkan risikonya rendah dalam penggunaan jangka masa panjang,” kata ketua penyelidik merangkap pakar epidemiologi dan kesihatan awam di University College London, Lion Shahab.

 

Kajian yang diumumkan pada Isnin diterbitkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine dan menganalisis sampel air liur dan air kencing daripada pengguna jangka panjang e-rokok dan NRT serta perokok tembakau dan membandingkan tahap kimia utama di dalam badan mereka.

Ia mendapati bahawa perokok yang beralih sepenuhnya kepada e-rokok atau NRT mempunyai tahap bahan kimia toksik dan karsinogen jauh lebih rendah berbanding orang yang terus menghisap rokok tembakau.

Manakala, mereka yang menggunakan e-rokok atau NRT tetapi tidak berhenti merokok tidak menunjukkan penurunan yang sama.

Ini menunjukkan bahawa pengalihan sepenuhnya diperlukan bagi memperoleh manfaat kesihatan jangka panjang daripada berhenti merokok tembakau, kata penyelidik.

Sementara itu, Pengarah Kebangsaan Kesihatan dan Kesejahteraan England, Kevin Fenton berkata, penemuan ini membawa mesej jelas untuk perokok tembakau.

“Penukaran kepada e-rokok nyata sekali boleh mengurangkan kemudaratan kepada perokok dengan pengurangan pendedahan kepada karsinogen dan toksin.

“Hasil kajian juga menjelaskan bahawa manfaat itu hanya didapati jika orang berhenti merokok dan bertukar sepenuhnya.

“Perkara terbaik boleh dilakukan perokok sekarang untuk diri mereka sendiri dan orang di sekeliling mereka adalah berhenti merokok sepenuhnya dan selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

E-rokok yang memanaskan cecair bernikotin kepada wap berkembang sehingga pasaran bernilai $8 bilion (RM35.5 bilion) setahun iaitu lebih tiga kali ganda produk NRT, menurut Euromonitor International.

Bagaimanapun, ia masih jauh lebih kecil berbanding pasaran rokok yang dianggar Euromonitor bernilai kira-kira $700 bilion (RM3.1 trilion).

Ramai pakar kesihatan berpendapat e-rokok atau ‘vape’ yang tidak mengandungi tembakau adalah alternatif berisiko rendah kepada merokok.

Namun, ada yang menyoalkan keselamatan jangka panjang dan risau ia akan menjadi ‘permulaan’ untuk menghisap rokok.

Disember lalu, Ketua kesihatan awam Amerika Syarikat menggesa penggubal undang-undang untuk mengenakan harga dan cukai bagi mencegah penggunaannya.

Sumber:Metro



Sumber Penggunaan E-rokok lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa – Penyelidik

Selepas Guna ‘Alaikum Salam’, Lindsay Lohan Muat Naik Hadis di IG

$
0
0

Jika sebelum ini Lindsay Lohan pernah menimbulkan tanda tanya tentang status agamanya apabila menulis ‘Alaikum salam’ di laman Instagramnya, selebriti barat itu sekali lagi membuat kejutan dengan memetik satu hadis Bukhari di laman Instagramnya semalam.

Selepas Guna 'Alaikum Salam', Lindsay Lohan Muat Naik Hadis di IG

Selepas Guna ‘Alaikum Salam’, Lindsay Lohan Muat Naik Hadis di IG

Di posting bertarikh 6 Februari itu Lindsay Lohan menulis: “What actions are most excellent? To gladden the heart of human beings, to feed the hungry, to help the afflicted, to lighten the sorrow of the sorrowful, and to remove the sufferings of the injured.” (Bukhari)

Jika dialih bahasa, hadis itu bermaksud: “Perbuatan apa yang paling baik? Dengan menggembirakan hati manusia, memberi makan orang yang lapar, membantu mereka yang terbeban, meringankan kesedihan yang sedih, dan menghilangkan penderitaan yang terluka”(Bukhari)

Foto bersama posting tersebut mendapat lebih dari 100,000 likes bersama hampir 8,000 komen.

Sebelum ini Lindsay Lohan telah memadam kesemua gambarnya di laman media sosial itu. Gambar-gambar terbaru Lindsay dilihat lebih sopan dan banyak diambil di timur tengah.

Sumber: SK



Sumber Selepas Guna ‘Alaikum Salam’, Lindsay Lohan Muat Naik Hadis di IG

Bekas tentera dipenjara 6 tahun dan 2 sebatan paksa kanak-kanak 9 tahun lakukan seks oral

$
0
0

Padah memaksa kanak-kanak sembilan tahun melakukan seks oral, seorang bekas tentera dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Bekas tentera dipenjara 6 tahun dan 2 sebatan paksa kanak-kanak 9 tahun lakukan seks oral

Bekas tentera dipenjara 6 tahun dan 2 sebatan paksa kanak-kanak 9 tahun lakukan seks oral

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Zunaidi Sidi Ahmad,43, selepas tertuduh mengaku salah terhadap tuduhan yang dikenakan.

Tertuduh mendorong dan memaksa mangsa melakukan kelucahan itu dalam kawasan semak berhampiran Pantai Tok Bali, Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 11 dan 3 petang, pada 8 Julai tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias.

Mangsa sebelum itu bersama abang yang berusia 14 tahun dan adik berusia 8 tahun dibawa lelaki dikenali sebagai Mat Ju ke pantai berkenaan.

Mat Ju kemudian memberitahu abang mangsa untuk membawanya ke kedai RM2, bagaimanapun selepas ke kedai itu, mangsa dibawa ke kawasan semak dan diugut tidak akan dihantar pulang sekiranya mangsa enggan melakukan seks oral.

Mat Ju dikenali keluarga mangsa sebagai penjual ikan di kawasan Kampung Wakaf Tukup, Pasir Puteh dan ditahan dua hari selepas kejadian.

Sumber:Sinar



Sumber Bekas tentera dipenjara 6 tahun dan 2 sebatan paksa kanak-kanak 9 tahun lakukan seks oral

Wanita terselamat dalam kebakaran tolak pembedahan kerana sayangkan parut

$
0
0

SEORANG mangsa yang terselamat dalam kebakaran tetapi mukanya melecur teruk enggan melakukan pembedahan kerana sayangkan parut di wajahnya.

Ibu bapa Alyssa McDonald telah diberitahu untuk membuat persediaan urusan pengebumian selepas anak mereka yang  berusia dua tahun pada ketika itu melecur teruk dalam satu kejadian kebakaran.

Wanita terselamat dalam kebakaran tolak pembedahan kerana sayangkan parut

Wanita terselamat dalam kebakaran tolak pembedahan kerana sayangkan parut

Tetapi mereka membantah cakap doktor dan melakukan lebih 100 pembedahan, termasuk melakukan cantuman kulit, pemasangan mata dan bibir palsu dan serta pembinaan semula kening Alyssa.

Bagaimanapun, wanita dari Cincinnati yang kini berusia 25 tahun ini, sudah tidak menjalani pembedahan selama hampir satu dekad dan kini menganggap kecacatannya itu seperti berlian yang sangat berharga.

Guru jagaan harian itu berkata: Selepas dikejarkan ke hospital, saya koma, di mana ibu memberitahu bahawa kepala saya bengkak sepuluh kali ganda dari saiz biasa.

“Para doktor memberitahunya bahawa perkara terbaik untuk dilakukan adalah memanggil paderi dan bersedia untuk urusan pengebumian, kerana tidak ada cara lain untuk menyelamatkan saya.”

Lebih 85 peratus wajah Alyssa berparut akibat peristiwa itu dan pembedahan yang dilakukan selepas kejadian tersebut.

fotoAlyssa McDonald/Caters

Dia telah dipanggil ‘raksasa’ di sekolah dan berasa terhina apabila ada kanak-kanak yang menangis dan melarikan diri apabila melihatnya.

“Pada sambutan Halloween, kami pergi membeli gula-gula di kedai, di mana ramai kanak-kanak memakai kostum dan juruwang berfikir bahawa saya juga sedang memakai topeng Halloween,” imbasnya.

“Dia (juruwang) memberitahu saya ‘inilah topeng paling realistik yang pernah saya tengok’, sebelum saya memberitahunya ia adalah wajah sebenar saya,” katanya.

Tetapi selepas menghentikan semua jenis pembedahan pada usia 16 tahun, Alyssa perlahan-lahan belajar untuk mengasihi dirinya sendiri.

“Ia mengambil masa yang sangat lama untuk saya sampai ke tahap ini, tetapi saya sedar inilah diri saya sebenar.

“Tiada apa yang saya boleh lakukan, apa yang berlaku atau bagaimana wajah saya, hanya orang ramai yang dapat putuskan sama ada mahu menerima atau tidak, ia bukan masalah saya.

“Parut ini adalah aksesori saya yang paling penting dan menyerlahkan personaliti saya.

“Jika saya memakai pakaian cantik, ia umpama berlian pada diri saya.

“Saya tidak akan mengubah parut ini, saya sayangkannya, walaupun ada pembedahan ajaib untuk memberikan kulit baru, saya akan menolak.”

“Saya sudah banyak menangis kerana tidak mahu berbeza dengan orang lain.

“Sebaik sahaja anda sedar tiada apa-apa yang boleh dilakukan, ia telah menjadi satu kehidupan,” katanya.

-sumber metro uk

Sumber:mstar



Sumber Wanita terselamat dalam kebakaran tolak pembedahan kerana sayangkan parut

Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

$
0
0

“Paling penting dalam hidup saya adalah rakyat negeri Selangor, saya tidak mahu dan tidak rela melihat anak cucu kita menjadi tahi judi,” kata Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menurut Jamal, beliau berasa sedih serta mempersoalkan sehingga bila perkara maksiat dan merosakkan moral masyarakat di Selangor akan berakhir?

Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

“Bila kerajaan negeri mahu menarik balik atau mengharamkan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga?,” katanya.

Beliau berkata, dirinya hanya pemimpin yang kecil dan kini menyerahkan kepada masyarakat di Selangor untuk menjadi penentu.

“Saya berserah, kalau rakyat Selangor suka perkara ini diteruskan oleh kerajaan negeri, saya tidak mempunyai kuasa atau kelebihan atau kebolehan selain mengutarakan permasalahan yang berlaku.

“Kalau rakyat di Selangor sudah bersedia melihat anak generasi akan datang menjadi tahi judi, kita terimalah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Jamal turut berpuas hati dengan tindakan Polis Diraja Malaysia menyiasat dirinya bersama dengan sembilan individu lain berhubung kes pecah masuk premis perniagaan.

“Saya menganggap penahanan saya itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh polis untuk menjalankan siasatan. Kami reda dan pasrah dengan apa yang berlaku,” katanya.

Jamal turut mengakui dalam keghairahannya mendedahkan dakwaan premis judi di Selangor khususnya di Ampang Jaya, telah berlaku perlanggaran undang-undang.

“Saya difahamkan hanya dua negeri sahaja kegiatan judi ini ‘dihalalkan’ iaitu Selangor dan Pulau Pinang… Maksudnya kegiatan judi haram ini berselindung di sebalik lesen pusat hiburan keluarga yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tambah Jamal, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tindakannya itu.

“Kami akan ambil peguam bagi mempertahankan hak kami,” katanya mendakwa sebanyak 700 premis judi haram wujud di Ampang Jaya.

“Saya dimaklumkan ada penambahan 28 kedai atau kelulusan yang baru. Mengikut perundangan yang disampaikan oleh peguam saya memaklumkan polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyerbu kedai-kedai itu kerana kedai itu berlesen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamal mengakui pertama kali beliau berasa gementar dan gemuruh pada sidang media di rumahnya di Ampang Jaya.

“Saya rasa terkejut ramai ahli jawatankuasa Umno Sungai Besar bersama-sama memberi sokongan moral,” katanya yang tidak mahu melibatkan Umno terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

“Saya bergerak dengan rakan-rakan NGO berhubung isu dakwaan premis judi haram ini, sebab itu saya umumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar,” katanya.

Jamal berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan nekad menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat.

Sumber:Sinar



Sumber Jamal Md Yunos tak rela rakyat Selangor jadi tahi judi

Chef Wan ceramah netizen kuat beri komen negatif dan cemburu dengan kejayaan orang lain

$
0
0

MUNGKIN tidak tahan melihat sesetengah individu yang hanya ‘berani’ di papan kekunci, Redzuawan Ismail yang lebih popular dengan gelaran Chef Wan mula ‘berceramah’ pada netizen.

Tampil menulis di laman Instagramnya, beliau mendakwa netizen sering kali bersangka buruk terhadap seseorang.

Chef Wan ceramah netizen kuat beri komen negatif dan cemburu dengan kejayaan orang lain

Chef Wan ceramah netizen kuat beri komen negatif dan cemburu dengan kejayaan orang lain

“Saya ingin berkongsi satu kisah di mana ada kawan saya memuat naik gambar tudung yang bernilai RM21,600 dan mengatakan orang yang membelinya sangat hebat, bagaimanapun ramai orang menghentam pembeli tudung tersebut  dengan komen yang negatif.

“Komen-komen ini menunjukkan sifat iri hati manusia dan bersangka buruk kepada orang lain, saya lihat kita sudah wujudkan masyarakat di media sosial yang suka mengumpat dan mengata,” tulisnya.

Tambahnya lagi, sangat susah untuk kita berkongsi sesuatu perkara tanpa ada implikasi yang buruk terhadap diri sendiri.

“Zaman ini, nak tunjuk sesuatu di media sosial pun pasti ada orang tengok tak senang hati, kenapa kita tidak boleh bergembira di atas kejayaan orang lain?

“Mengapa tidak kita jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi untuk diri sendiri?

bukannya jadikan media sosial ini sebagai platform untuk kita jatuhkan orang,” tulisnya lagi.

Kata Chef Wan lagi, walaupun orang ramai akan melupakan komen negatif ini namun ia sebenarnya mencerminkan diri sendiri kita.

“Sikap ini sangat tidak baik, ia tunjuk siapa diri kita sebenarnya, lagi satu jika kita tidak ada benda baik untuk disebut, tak perlulah cakap apa-apa, senyap sahaja lebih elok,” katanya.

 
 
Sumber: Sinar


Sumber Chef Wan ceramah netizen kuat beri komen negatif dan cemburu dengan kejayaan orang lain

Lelaki ditahan simbah wanita dengan air mani lepas lakukan onani

$
0
0

Melakukan onani dan menyimpan air mani dalam bekas kecil sebelum menyimbahnya kepada wanita.

Itu tindakan pelik lelaki di pasar raya di Jalan Klang Lama, di sini, Isnin lalu sebelum ditahan.

Lelaki ditahan simbah wanita dengan air mani lepas lakukan onani

Lelaki ditahan simbah wanita dengan air mani lepas lakukan onani

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an terkejut apabila mendapati air mani melekat pada bajunya.

Video berdurasi 15 saat kejadian itu turut tular di laman sosial yang mana pada mulanya mangsa memilih barang di premis berkenaan sambil memegang troli.

Seorang lelaki berada di belakang mangsa pada mulanya kelihatan cuba memerhati keadaan sekeliling sambil di tangannya memegang botol kecil berisi cecair putih.

Lelaki berkenaan kemudiannya mendekati wanita terbabit sebelum menyimbah air mani di bahagian belakang wanita itu menyebabkan mangsa terkejut.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari kejadian bertindak menahan suspek, malah rakaman yang tular terbabit dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik pasar raya berkenaan.

Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya sudah menahan lelaki itu dan menyiasat kejadian mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama. Siasatan mendapati cecair berkenaan disahkan air mani dan dipercayai lelaki itu melakukan onani sebelum memasukkannya ke dalam bekas yang dipegangnya dalam kejadian itu,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Lelaki ditahan simbah wanita dengan air mani lepas lakukan onani

Hadiah juara RM500,000, ini senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017

$
0
0

Seramai 15 kumpulan pelawak dan tiga pelawak solo bakal berentap di pentas Maharaja Lawak Mega 2017 yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.

Ketua Saluran Melayu Astro, Rakim Ahmad berkata, seramai lapan peserta daripada program Lawak Solo musim pertama akan beraksi secara solo dan digabungkan dalam kumpulan.

“Kami pasti penonton berasa teruja untuk menyaksikan barisan peserta yang berentap kali ini.

“Kita bukan sahaja dapat melihat juara MLM 2014 iaitu Zero dan Juara MLM 2016 iaitu Bocey yang akan berentap, malah muka-muka baru daripada progran Lawak Solo.

“Selain itu, beberapa peserta daripada negara seberang Indonesia iaitu kumpulan Abioso dan peserta solo Dzawin bakal menunjukkan bakat mereka,” ujarnya kepadamStar Online.

Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey turut berentap pada MLM 2017.

Raqim ditemui pada majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang diadakan di sini, Rabu.

MLM 2017 bakal disertai oleh 15 kumpulan lawak termasuk Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif & Syaiful, Shiro (Ajak & Shahrul), Bocey (Abam, Fad & Achey), Joras (Rahim, Joey, Syuk) dan Mamu (Ajo & Babu).

Selain itu, kumpulan Xoxo yang dianggotai oleh Nice (Achong, Ropie & Tauke), Pistol (Raja Azri & AG Hafiz), Puteh (Mamak & Ali), Hobit ( Amir, Bocil, & Dinn) DAN Masin (Vicha, Mamat, & Jiggy).

Turut menyertai program ini ialah kumpulan pelawak dari Indonesia Abioso yang dianggotai oleh Amin, Sarip & Mamat.

Manakala, tiga pelawak solo yang akan beraksi ialah Danial, Mat Sabah dan Dzawin.

Hadiah juara RM500,000, ini senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Hadiah juara RM500,000, ini senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017

 

Kesemua peserta bakal berentap bermula 17 Februari ini.

Tambah Raqim, MLM masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus penghakiman daripada juri tetap dan 30 peratus oleh penonton.

Pemenang bagi program ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi manakala naib juara sebanyak RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM150,000 sementara RM50,000 dan RM25,000 bagi tempat keempat dan kelima.

Program ini bakal bersiaran secara langsung di Royal Teater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna dan Mustika HD.

Sumber:Mstar



Sumber Hadiah juara RM500,000, ini senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Jumpa mayat bayi dalam tong sampah, tembelang pelajar 19 tahun lahirkan anak dalam tandas terbongkar

$
0
0

Tembelang seorang pelajar wanita berusia 19 tahun yang cuba menyembunyikan kelahiran bayi, akhirnya terbongkar selepas pengawal keselamatan sebuah kolej di Lembah Sireh menemui mayat bayi dalam tong sampah di sini semalam.

Remaja terbabit, dikatakan mengadu sakit perut dan pihak pengurusan kolej membawa pelajar berkenaan ke hospital kira-kira jam 8 pagi.

Jumpa mayat bayi dalam tong sampah, tembelang pelajar 19 tahun lahirkan anak dalam tandas terbongkar

Jumpa mayat bayi dalam tong sampah, tembelang pelajar 19 tahun lahirkan anak dalam tandas terbongkar

Walau bagaimanapun pelajar perempuan yang berasal dari Perak itu, dikatakan menyembunyikan kelahiran bayinya sehinggalah pengawal keselamatan menjumpai mayat bayi yang dilahirkan dalam tandas bilik air di bilik pelajar berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Pengawal keselamatan kolej itu berasa curiga selepas mendengar perbualan pelajar perempuan yang ternampak titisan darah yang banyak dalam bilik kolej di tingkat dua dan terus menjalankan siasatan terhadap bilik pelajar yang disyaki.

Ketika masuk ke kawasan bilik di tingkat dua itu, pengawal terbabit nampak banyak titisan darah atas katil dan di atas lantai sehingga ke dalam tandas.

Terkejut dengan keadaan itu, pengawal terbabit memasuki tandas berhampiran bilik itu dan turut melihat tompokan darah dan seluar yang dibungkus serta dibuang dalam tong sampah.

Pengawal terbabit cuba membuka bungkusan itu dan terkejut apabila melihat mayat bayi lelaki yang cukup sifat serta masih bertali pusat berada dalam bungkusan itu.

Namun pelajar yang melahirkan bayi itu tiada di dalam bilik ekoran mendapatkan rawatan di hospital selepas mengadu sakit dan bertindak menyembunyikan kelahiran bayinya itu.

Mayat bayi terbabit di bawa ke balai polis selepas pihak pengurusan kolej menasihatkan pengawal berkenaan membuat laporan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus selepas laporan dibuat.

“Hasil soal siasat dijalankan terhadap pihak kolej mendapati pelajar itu merupakan pelajar tahun satu kolej berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, pelajar berkenaan tiada di kolej kerana menjalani rawatan di hospital selepas mengadu sakit kepada pihak pengurusan kolej,” katanya.

Din berkata, pelajar berkenaan bagaimanapun tidak memaklumkan dia melahirkan bayi berkenaan dan hanya mengadu sakit, sehinggalah mayat bayi itu dijumpai pengawal keselamatan di kolej itu.

 

Sumber: Sinar



Sumber Jumpa mayat bayi dalam tong sampah, tembelang pelajar 19 tahun lahirkan anak dalam tandas terbongkar

‘Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan” – Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

$
0
0

Mahu cari pasangan hidup pastinya bukan sesuatu yang mudah dan bagi pelakon dan pelawak, Abam Bocey dia mengakui berkawan dengan beberapa wanita namun tiada yang berkenan di hati untuk dijadikan isteri.

“Saya ada berkawan dengan ramai wanita tapi semuanya masih dalam proses berkawan sahaja, tiada lagi yang istimewa untuk dijadikan isteri. Selalunya saya akan bawa balik dan kenalkan kepada ibu dahulu, jika ibu berkenan saya akan serius dengan hubungan itu”

'Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan" - Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

‘Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan” – Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

“Ada juga beberapa yang dia suka tapi saya pula tidak berkenan. Saya ini orang istimewa, bukan sebab saya artis tetapi sebab saya ada karenah yang orang susah nak terima. Lelaki pun ramai yang tidak mahu berkawan dengan saya”

“Pendek kata, kalau ada jodoh saya kahwin, kalau ada ‘bodoh’ saya blah,” jelas Abam dalam nada berjenaka kepada mStar Online. Dalam masa yang sama, Abam tidak menolak seandainya akan berkahwin dalam tahun ini jika bertemu jodoh yang sesuai.

Sementara itu, ketika peluang masih terbuka, Abam turut menyatakan bahawa dia mahu mengumpul harta sebanyak mungkin sebelum berkahwin kerana dengan tubuh badan yang dimilikinya, dia tidak mampu untuk mencari kerja lain selain sebagai pelawak.

Sumber:Rotikaya



Sumber ‘Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan” – Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

“Kau main dengan dia atas katil aku masa aku dalam pantang sedangkan aku yang tanggung kau” – Wanita ini rayu pihak SMK Kota Masai 2 siasat budak tingkatan 3 yang rosakkan rumah tangganya

$
0
0

Terkedu kami membaca luahan hati Puan Nurul Hidayu di laman Facebooknya. Siapa yang tahan bila suami yang sepatutnya jadi tempat berlindung dan bermanja bermadu kasih dengan perempuan lain saat dirinya dalam pantang. Skandal  suaminya itu pula adalah budak mentah tingkatan 3. Sudahlah nafkah tak bagi, semuanya si isteri tanggung sendiri, ada pula skandal dengan remaja bawah umur. Luahan hati wanita ini telah mendapat lebih 11 ribu share dan beratus komen. Melalui komen dalam posting ini juga Puan Nurul Hidayu mendakwa dia sudah membuat laporan polis kerana suaminya membuat hubungan dengan remaja bawah umur. 

"Kau main dengan dia atas katil aku masa aku dalam pantang sedangkan aku yang tanggung kau" - Wanita ini rayu pihak SMK Kota Masai 2 siasat budak tingkatan 3 yang rosakkan rumah tangganya

“Kau main dengan dia atas katil aku masa aku dalam pantang sedangkan aku yang tanggung kau” – Wanita ini rayu pihak SMK Kota Masai 2 siasat budak tingkatan 3 yang rosakkan rumah tangganya

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 3 people, sunglasses and text

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 2 people, selfie and closeup

Image may contain: 2 people

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: 1 person, phone, selfie and closeup

Puan Nurul Hidayu sudah pun membuat laporan polis.



Sumber “Kau main dengan dia atas katil aku masa aku dalam pantang sedangkan aku yang tanggung kau” – Wanita ini rayu pihak SMK Kota Masai 2 siasat budak tingkatan 3 yang rosakkan rumah tangganya

Inilah KATA-KATA Saff Rainz Yang Buat SEMUA Pekerja Pejabat Zakat Seluruh Malaysia SENTAP 200%

$
0
0

 Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Inilah KATA-KATA Saff Rainz Yang Buat SEMUA Pekerja Pejabat Zakat Seluruh Malaysia SENTAP 200%

Inilah KATA-KATA Saff Rainz Yang Buat SEMUA Pekerja Pejabat Zakat Seluruh Malaysia SENTAP 200%

Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik. Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.
Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.
*Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.
Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye!
Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah. Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.
Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.
Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!
Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.
Nampak tak kesan dia?
Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.
Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;
“Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat”
Kalau ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Macam mana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.
Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke? Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!
Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.
Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya. – Saff Rainz via THE HYPEMEDIA.


Sumber Inilah KATA-KATA Saff Rainz Yang Buat SEMUA Pekerja Pejabat Zakat Seluruh Malaysia SENTAP 200%

Kanak-kanak orang Asli cedera parah di muka dicakar beruang dalam hutan

$
0
0

Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli cedera parah di bahagian muka apabila dicakar seekor beruang yang menyerangnya di kawasan hutan, dekat Aring 8, di sini, semalam.

Dee Usop, 9, diserang beruang itu ketika sedang mencari kayu gaharu bersama bapanya, Usop Ching, 39, yang tinggal di Kampung Aring 5, kira-kira jam 3 petang.

Kanak-kanak orang Asli cedera parah di muka dicakar beruang dalam hutan

Kanak-kanak orang Asli cedera parah di muka dicakar beruang dalam hutan

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, Usop yang cedera di bahagian belakang selepas turut diserang beruang berkenaan, terpaksa mengendong anaknya keluar dari hutan bagi mendapat bantuan.

Dua beranak itu kemudian diselamatkan oleh seorang pekerja ladang swasta yang dikenali sebagai Fan di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang.

Fan, 41, ketika ditemui di sini, hari ini, berkata, dia menemui dua beranak itu pada jam 4 petang semalam dalam keadaan berlumuran darah dan keletihan.

“Saya kemudian membantu dua beranak itu untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Aring bagi mendapat rawatan.

“Bapa kanak-kanak itu memberitahu saya yang mereka memasuki hutan terbabit pada jam 12 tengah hari untuk mencari kayu gaharu dan tidak sedar kehadiran beruang berkenaan.

“Saya takut melihat kecederaan mangsa yang koyak di bahagian muka akibat dicakar beruang itu,” katanya sambil menambah yang tempat kerjanya tidak jauh dari hutan terbabit.

Beliau berkata, sebelum ini dia dan pekerja lain tidak sempat terserempak dengan beruang terbabit.

Sumber:Bharian



Sumber Kanak-kanak orang Asli cedera parah di muka dicakar beruang dalam hutan

Anak baling cawan kena kepala ibu, dipenjara 9 bulan

$
0
0

Seorang penganggur dijatuhkan penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan ibunya di kepala dengan membaling cawan kaca dalam kejadian di Mantin, bulan lalu.

Anak baling cawan kena kepala ibu, dipenjara 9 bulan

Anak baling cawan kena kepala ibu, dipenjara 9 bulan

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Afiq Abdullah, 31, dari Kampung Mantin Dalam, dekat sini, selepas tuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh menghadapi tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Siti Bujal, 69, dengan membaling cawan kaca ke bahagian kepala di Kampung Che Lah, Mantin, jam 6.30 petang, 23 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua seksaan itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Ahmad memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap perbuatan yang dilakukan, manakala tertuduh dalam rayuan memohon supaya dikenakan hukuman ringan.

Sumber: Bharian



Sumber Anak baling cawan kena kepala ibu, dipenjara 9 bulan
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>