“Sepandai-pandai tupai melompat..” – Status Donna Muslim di IG sindir Rita Rudaini?
“Saya tak boleh halang mereka untuk berhenti menonton” – Mizz Nina fikir positif klip-klip video lamanya masih lagi ditayang
Pernah hadir dengan beberapa klip video di zaman kegemilangannya bergelar penyanyi, Mizz Nina menjelaskan kepad mStar Online bahawa perkara tersebut adalah kisah silamnya yang tidak boleh dilupakan.
“Ya, masih ramai yang ulang tonton video dan lagu-lagu lama yang saya nyanyikan dahulu di internet laman sosial seperti Twitter dan YouTube. Saya tidak boleh menghalang mereka untuk berhenti menonton”
“Apa yang saya boleh lakukan ialah berfikiran positif tentang perkara itu. Lagi pula saya tidak pernah menyesal dengan kehidupan yang lalu,” katanya kepada mStar Online.
Malah Mizz Nina juga mengundurkan diri daripada dunia hiburan selepas berhijrah dan turut aktif berdakwah. Tambahnya,
dia turut mula belajar al-Quran pada usia 30 tahun.
“Tiada istilah terlambat dalam mengenal Allah dan Islam, saya sendiri akui belajar Alif, Ba, Ta pada usia 30 tahun dan Alhamdulilah kini semakin baik. Apa yang penting jangan malu untuk belajar dan tidak perlu ada rasa sudah terlambat untuk memulakan itu semua,” katanya. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
Sumber “Saya tak boleh halang mereka untuk berhenti menonton” – Mizz Nina fikir positif klip-klip video lamanya masih lagi ditayang
Mulai April ini Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu
Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.
Katanya kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.
“Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.
“Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan daripada konsep yang kita hendak tetapkan ini,” katanya.
Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.
“Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif,” katanya. – Bernama
Sumber:Sinar
Sumber Mulai April ini Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu
Itulah, lain kali jangan pandang rendah pada isteri orang lain! – Lelaki ini seakan menyesal bila sedar yang isterinya sebenarnya…
Jangan Pandang Rendah Isteri Orang
Assalamualaikum. Aku mamat, umur aku 28 tahun ni. Tahun lepas abg atas sikit dari aku kawin, jarak jauh juga la n9 dgn pntai timur. Keluarga kami mmg ada darah cina sikit so mmg kami semua agak good looking, hehe tp abg aku kulit lg cerah. Aku gelap sikit xmasuk sgt darah cina kt aku agaknya, termasuk beberapa org abg dan adik2 la.
Aku pun xpasti mcm mana abg aku kenal isteri dia, tp sekali tengok mmg tak padan la. Abg aku cerah dgn chinese look, bini dia gelap sikit standard sawo matang melayu. Bg aku abg aku boleh dpt lg lawa, tp mgkin jodoh kot. Kakak ipar aku taklah cantik mana, dgn dressing agak selekeh, muka pn pucat je xberapa seri. Dia agak ok la, pandai bergaul dgn kami semua, anak2 buah pun dia layan baik. Dgn mak pun dia pndai ambil hati, selalu tlg mak berniaga, tlg mak masak.
So tahun ni giliran aku pulak kawin. Awal tahun hari tu. Bini aku pn kalau ikutkn mak bapak dia org pntai timur juga, tp sbb membesar di sini, jadi org sini juga. Aku pndang pertama kali masa kenduri saudara, aku terus jatuh cinta. Cantik juga lah, senyum manis, sopan santun. Jatuh cinta pandang pertama, sbb masa tu tgh single la boleh kata. Aku suruh mak aku tnyakan terus kt saudara aku tu. So long story short, dia pun masih belum berpunya, kami pn kawin la lepas kenal dlm setahun. Disebabkn jarang jumpa sbb masing2 sibuk, aku xberapa kenal sgt la bini aku.
Aku nak cerita esoknya….bini aku keluar dr bilik air dgn muka yg aku xpernah tgk. Totally different person aku rasa. Mgkn mlm tu sblm tido dia tak remove make up, so aku masih xperasan.
Selama ni aku tgk dia, agak putih jgk la. Rupanya xla putih mana, mcm bini abg aku juga, dgn parut2 jerawat, lg teruk. Selama ni aku tertipu dgn make up dia.
Lepas tu aku solat subuh, dia start mengadap cermin sbb dia uzur. Dr aku solat smpai habis ngaji sehelai, dia masih xsiap lg tempek bedak kt muka. Aku diam jela sbb aku masih terkejut sbnarnya.
So skrg ni aku agak menyesal sbb perlekeh bini abg aku. Bini aku bersiap punya lama, padahal kuar bekpes or kuar gi pasar mlm je kot. Aku tgk bini abg aku sempoi je 5minit siap. Makan pun slow, org lain dh angkat punggung lama dh, dia masih terkial2. Kalau singgah rnr solat, mak aku dh bising knp lama sgt dia solat, pdahal aku tau dh remove mekap and tempek balik tu yg lama. Lepas tu keluar taknak naik motor, nak naik kereta je sbb sayang sanggul. Dah kereta tu taknak kereta buruk aku sbb panas ekon xkuat, suruh aku pnjam kereta bini abg aku. Terpaksa tebalkn muka jgk pnjam.
Bkn aku tak syg bini aku, sayang sgt oii..cuma masih mood pengantin baru aku pn mcm tak sampai hati nk tegur. Keluarga aku jenis cepat je, akak2 dan adik2 prmpuan aku mmg bkn jenis mekap, so bila plan something onthespot semua boleh siap. Tp skrg semua mengeluh tggu bini aku. Kdg2 aku keluar sorang je mlas bawak bini, boleh gastrik perut tggu dia bersiap.
So mayb this is the price i have to pay la nak bini lawa sgt kan pahtu plekeh bini org. Lawa mmg lawa, tp hati bengkekk…
– Mamat
Sumber:IIUM Confession
Sumber Itulah, lain kali jangan pandang rendah pada isteri orang lain! – Lelaki ini seakan menyesal bila sedar yang isterinya sebenarnya…
Lelaki ini dikehendaki polis, tolong viralkan! – Pemilik Big Bites Cafe dedah rakaman CCTV lepas diganggu benda2 mistik
[ WANTED !! ]
LELAKI INI DIKEHENDAKI POLIS !!
TOLONG VIRALKAN !!
Sesiapa yg cam atau kenal lelaki ini, sila hubungi pihak kami utk membantu siasatan polis..
Cafe kami walaupun baru SEBULAN lebih beroperasi, dh mcm2 dugaan. Ringkasan cerita. Sejak 2 minggu lepas, ada bbrp benda hok x comey berlaku di cafe pd pagi2 buta bila ore lain tidur lena. Ni kali kedua captured by cctv. Kes kali ni merosakkan dan hancurkan keempat2 pokok bunga hiasan depan cafe. Bukan murah 4 pokok hiasan besar ni…. Dua2 dlm siasatan polis.
===========
DENGKI TU BUANG JAUH2.. NAK BISNES BUAT BETUL2..KAMI TAK KACO SESIAPA PUN..
===========
Ni yg kami terapkan dalam bisnes kami..
Kami baru sahaja sebulan menjalankan perniagaan kami..tp sudah beberapa kes ada org yang dengki kat kami.. dok sabotaj kami mace2..
kami bersaing secara sihat.. kami tak kacau ore lain..or bisnes lain or owner2 lain..
.
.
Memang nampak maju HARI2 PENUH CAFE..tapi tu rezeki YG ALLAH BAGI !!..
Kite same2 melayu.. bakpola nak dengki2 ni..Kes sblm ni ada yg siap guna benda2 ‘mistik’ lg tu.. benda2 KHURAFAT gini terkeluar dari iman..na’uzubillah..
Ingatlah sesame kite Allah la pemberi rezeki..
Kite wat lagu mano pun kalau Allah tak redha tak redha jugak..
Nasihat kami kat ore2 hok DENGKI @ PENJAHANAM AGAMA ni..suka hati la nak wat gapo.. tp kami cume nak pesan so..
Undang2 manusia ada..kalo ditangkap x psl2 kena penjara n denda beribu2.. DAN undang2 Allah itu pasti.. tak dapat balasan dunia..AKHIRAT TU PASTI DAPAT…
Nasihat utk semua..x payah dengki2 la..kita sama2 bangsa dan agama.. kite same2 cari rezeki di BUMI ALLAH ni.. Kalo yg buat ni bukan sbb bisnes pun.. byk cara lain blh selesaikan.. bukan jadi penjahanam mcm ni..
.
.
.
P/S..
** Ni salah satu dari 3 rakaman cctv di depan bangunan..rakaman dh disunting-yg asal lebih 5 minit..dan lebih jelas
** Sesiapa yg ada maklumat berkenaan individu ni, mohon PM kami utk membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah – CID IPK Kelantan pihak polis..
==========
Update:
*DISCLAIMER
Post ini bukan sengaja utk mengAIBkan pemangsa..tetapi sebagai pengajaran dan peringatan.. sebab ini merupakan kali KE-4 cafe kami diGANGGU dan dikacau..termasuklah ada yg menggunakan benda ‘tahyul’.. Jika PEmangsa memohon maaf dan membayar gantirugi- automatik POST ini terpadam..
Sumber: Big Bites Cafe
Sumber Lelaki ini dikehendaki polis, tolong viralkan! – Pemilik Big Bites Cafe dedah rakaman CCTV lepas diganggu benda2 mistik
Ibu muda cedera teruk diselar besi panas oleh suami dan bapa mentua hanya kerana terima panggilan dari lelaki yang tak dikenali
Seorang ibu muda berusia 22 tahun cedera teruk akibat diselar besi panas oleh suami dan bapa mentua apabila disyaki mempunyai hubungan sulit semata-mata tidak dapat mengenal pasti pemanggil lelaki yang menghubunginya.
Wanita dikenali sebagai Jhamku itu mengalami lecuran di seluruh badannya akibat diserang suami, Bhagga Gameti dan bapa mentua, Lehri Lal.
Dalam kejadian itu, Jhamku menerima panggilan telefon oleh lelaki tidak dikenali menyebabkan Gameti dan Lal berulang kali mendesak menanyakan identitinya.
Disebabkan itu mereka mengesyaki Jhamku mempunyai hubungan sulit dan mula memukulnya menggunakan kayu.
Tidak puas membelasahnya, dua beranak itu kemudian menggunakan besi panas untuk melecurkan kaki, muka, dada dan kemaluan mangsa.
Ibu yang mempunyai seorang anak kecil hasil perkahwinan dengan Gameti itu menjerit kesakitan menyebabkan penduduk kampung yang mendengarnya berhimpun di luar kediaman mereka di Udaipur, Rajasthan.
Namun penyeksaannya berlarutan selama dua jam sebelum mereka meninggalkannya dalam keadaan kesakitan.
Kejadian itu berlaku Ahad lalu tetapi hanya dilaporkan kepada polis selepas berita mengenainya tersebar ke kampung lain.
Gameti akhirnya ditahan pada Rabu lalu.
Sementara itu, pegawai penyiasat Om Kumar berkata, Lal juga akan ditahan jika siasatan turut mengaitkannya dengan kejadian berkenaan. – Agensi
Sumber: Metro
Sumber Ibu muda cedera teruk diselar besi panas oleh suami dan bapa mentua hanya kerana terima panggilan dari lelaki yang tak dikenali
“Mertua kata tak apa sanggup tanggung” – Wanita ini dicerai talak 3 dan hilang hak penjagaan anak lepas makan hati hidup dengan suami tak bekerja
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan kebahagiaan berterusan sampai ke akhir hayat walaupun tanpa kemewahan. Yang diutamakan adalah tanggungjawab antara kedua-dua pihak suami dan isteri.
Bukan sehari dua tetapi berbelas tahun hidup bersama suami yang tidak mahu bekerja. Akibatnya isteri makan hati. Disuruh cari kerja alasannya susah dapat kerja sedangkan berusaha pun tidak. Asyik makan tidur dan keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan.
Kita ikuti luahan hati Tijah (bukan nama sebenar) yang berkongsi ceritanya hidup bersama suami yang tidak bekerja. Kisah yang sangat menarik untuk dijadikan teladan khasnya kepada para suami yang mengambil mudah amanah Allah.
Begini ceritanya.
“Usia saya 40 tahun, berkahwin sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan yang sedang belajar. Suami penganggur kehormat, tidak bekerja selepas anak sulung kami lahir sampai sekarang.
“Saya berkahwin pada usia awal 20-an setelah setahun lebih bercinta. Suami anak bongsu kesayangan ibu bapanya. Kira anak orang berada jugalah. Duit tidak menjadi masalah kepadanya kerana ibu-bapanya bila-bila masa akan membantu jika dia mahukan duit.
“Semasa berkenalan dengan suami dia bekerja di syarikat bapanya. Apa jawatannya saya tidak tahu. Melihat kepada bisnes bapanya yang boleh tahan maju, saya yakin dia boleh menyara saya dan anak anak kami yang bakal lahir.
“Memang dia suami dan bapa yang penyayang tetapi tidak ada rasa tanggungjawab terhadap rumah tangga. Setahun selepas bernikah, bisnes mula merosot. Dia berhenti kerja kerana katanya tidak ada kerja hendak dibuat di pejabat. Ibu-bapanya tidak menghalang, ikut sahaja kehendak anak kesayangan mereka itu tanpa berfikir yang saya perlu perbelanjaan dan sara hidup.
“Saya suruh cari kerja lain tetapi dia enggan, bapanya pula menyokong dan sanggup menyara kami. Kerana sayangkan suami saya mengikut sahaja. Saya terus bekerja di sebuah syarikat guaman. Walaupun gajinya kecil tetapi cukup untuk menyara hidup saya.
“Setahun selepas suami berhenti kerja, anak sulung kami lahir sedangkan suami masih tidak bekerja. Alasan yang sama diberikan kepada saya, ibu bapa mentua pula sanggup menyara kami tiga beranak. Puas saya nasihat supaya mencari kerja, dia tetap tidak endahkan, malah memarahi saya kerana memaksanya bekerja.
“Saya terus makan hati, sudahlah suami tidak bekerja, tinggal pula bersama mentua, bayangkan bagaimana tertekannya saya. Dua tahun kemudian anak kedua kami lahir, begitulah juga keadaannya sehingga anak ketiga kami melihat dunia, suami masih begitu juga, tidak berubah.
“Memang betul, kami tidak ada masalah sebab perbelanjaan anak-anak semua ibu bapanya yag keluarkan, saya hanya guna duit gaji saya untuk keperluan saya. Tapi sampai bila?.
“Mentua juga melarang saya bekerja dengan alasan dia boleh membantu dan menyara kami anak beranak. Sebagai isteri saya perlukan hak dan kebebasan saya besama suami dan anak-anak. Saya teringin bersama suami keluar makan dengan anak-anak bila ada kelapangan tetapi suami tidak boleh bagi apa yang saya mahu.
“Disebabkan saya berkeras hendak kerja, suami dan mentua memberi kata dua kepada saya supaya memilih sama ada mendengar kata mereka atau saya boleh bebas dan buat apa yang saya mahukan.
“Keluarga saya masuk campur dan akhirnya saya mengambil keputusan menuntut cerai. Saya nekad berbuat demikian kerana memikirkan sampai bila saya harus bergantung kepada mentua dengan perangai suami yang langsung tidak bertanggungjawab.
“Kerana marah saya berdegil, suami akhirnya menceraikan saya dengan talak tiga di hadapan keluarga saya setelah usaha kami untuk berbincang dengan baik tidak dilayan. Bagai nak gugur jantung saya mendengar lafaznya itu, tetapi semuanya saya reda.
“Perceraian itu juga menyebabkan saya kehilangan hak penjagaan ke atas anak-anak tetapi saya bersyukur kerana saya mendapat hak berjumpa anak-anak bila masa saya mahu. Cuti sekolah mereka boleh bersama saya.
“Setelah berpisah saya balik tinggal bersama ibu bapa saya dan seorang kakak yang kematian suami. Mereka menjadi kekuatan saya. Siapa yang tidak rindukan anak-anak, malah saya selalu menangis kerana teringatkan mereka terutama di waktu malam. Mujur teknologi ada membolehkan saya untuk berhubung dengan anak-anak bila bila saya suka… mendengar suara mereka hilanglah rindu saya.
“ Saya bukan tidak sayangkan anak tetapi di dalam keadaan tertentu kita sebagai ibu dan isteri ini harus membuat pertimbangan yang mana baik untuk masa depan anak-anak. Saya terima takdir Allah kepada saya dengan mengetepikan perasaan rindu kepada anak-anak sebab saya tahu bersama suami dan keluarganya anak-anak saya akan hidup senang dan pelajaran mereka juga terjamin. Jika bersama saya belum tentu.
“Saya tidak boleh selamanya hidup di bawa telunjuk mentua. Wang ringgit bukanlah segala-galanya. Saya inginkan rumah tangga yang harmoni, suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Dalam hidup ini kita ada pilihan. Kita perlu utamakan yang penting.
“Dalam masalah saya, masa depan saya juga penting. Saya tidak boleh selamanya hidup dengan bergantung kepada keluarga mentua dan suami yang tidak ada hala tuju hidup. Saya berharap para isteri yang di luar sana jika menghadapi masalah seperti saya berfikirlah untuk kebaikan masa depan anda.
“Berhati-hatilah dengan suami yang menjadi ‘anak mak’. Susah kita hendak hidup dan dapatkan privacy. Semua perkara dalam hidup kita mereka hendak tahu. Sepatutnya mereka mengubah perangai anak mereka supaya lebih bertanggungjawab, bukan meyokong dan membiarkan anak menjadi biawak hidup dalam rumah.
“Saya pula setelah bercerai menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan secara sambilan dan kini berada di tahun akhir. Insya-Allah hujung tahun ini saya akan tamat belajar. Saya berharap ini dapat mengubah hidup saya dan membawa anak-anak tinggal bersama saya satu hari nanti. Saya akan buktikan kepada bekas mentua yang tanpa duit dia pun saya boleh hidup dan berjaya. Kepada Allah saya berserah,” pinta Tijah penuh mengharap.
Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Tijah.
Keberaniannya patut menjadi contoh kepada wanita lain. Memang kita tidak boleh menolak ketentuan Allah tetapi kita boleh berusaha menanganinya dengan baik. Tindakannya tidak bermakna Tijah tidak sayangkan anak-anaknya. Dia ada sebab dan alasan manasabah untuk berbuat demikian. Setiap usaha yang disertakan dengan kesabaran akan diterima Allah.
Menamatkan catatan pesanan saya, ada masanya kita harus melepaskan apa yang kita sayang tapi bukan kerana kita sudah tidak sayang tetapi kerana kita lebih menyayangi diri kita dan tidak mau membiarkan ia terus disakiti.
Salam
malahamzah56@gmail.com
Sumber:Utusan
Sumber “Mertua kata tak apa sanggup tanggung” – Wanita ini dicerai talak 3 dan hilang hak penjagaan anak lepas makan hati hidup dengan suami tak bekerja
Guru Matematik didakwa di Mahkamah kerana cederakan murid darjah 3
Guru Matematik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan murid Tahun 3 di dalam kelas di sekolah kebangsaan di sini, pertengahan tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Siti Noohidayani Mohd Salamun, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan itu memakai jubah dan tudung berwarna dilihat tenang sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap murid perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun di sekolah, 8.10 pagi pada 16 Jun 2016.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April ini sebagai sebutan semula kes.
Sumber: Metro
Sumber Guru Matematik didakwa di Mahkamah kerana cederakan murid darjah 3
Isu perebutan tanah pusaka antara balu arwah dan pihak masjid: AJK masjid dakwa arwah ada buat wasiat walaupun tidak bertulis
Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Beladau Kolam, menolak dakwaan kononnya pihak masjid mengambil alih tanah pusaka keluarga milik bekas imam masjid yang kini telah meninggal dunia untuk dijadikan kawasan parkir, sebaliknya masih dibiarkan kosong dan berpagar.
Baca:
Pengerusinya, Wan Sagar Wan Embong berkata, beliau yang bertanggungjawab sebagai setiausaha masjid ketika hayat Allahyarham telah dimaklumkan supaya tanah itu diwakafkan sebagai tapak perkuburan dan menyerahkan semua urusan berkaitan tanah itu kepada pihak masjid.
Katanya, tanah itu adalah tanah pusaka milik keluarga Allahyarham dan sebelum Allahyarham meninggal dunia lagi ia telah diwasiatkan supaya dijadikan tanah kubur oleh keluarganya.
“Tanah berhampiran kawasan masjid ini (Lot 11478) sebenarnya bukan atas seorang tuan sahaja. Ada dua nama dan dua bahagian. Iaitu milik Allahyarham dan abangnya.
“Ketika Allahyarham masih hidup, beliau telah memaklumkan bahawa bahagian miliknya diwakafkan sebagai tanah kubur.
“Ketika itu, beliau juga mengarahkan saya mendapatkan peruntukan untuk membina pagar dan dijadikan pagar masjid, saya telah menghubungi abang Allahyarham yang kini juga telah meninggal dunia untuk memaklumkan perkara itu, namun, tidak mendapat persetujuannya. Jadi, pembinaan pagar masjid terpaksa ditangguhkan pada waktu itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, menurut Wan Sagar, sebelum meninggal dunia, abang Allahyarham telah menghubungi beliau memberitahu telah bersetuju mewakafkan tanah bahagiannya untuk kubur dan bersetuju memperuntukkan RM20,000 untuk pembinaan pagar masjid.
“Persetujuan itu juga diwasiatkan kepada anaknya dan anaknya sendiri telah menyerahkan wang tunai RM20,000 daripada ayahnya kepada saya. Jadi, hasil sumbangan Allahyarham berserta ahli jemaah masjid, kita berjaya bina pasar masjid dengan nilai RM30,000 seperti yang ada sekarang,” katanya.
Wan Sagar berkata, walaupun tiada surat wasiat daripada bekas imam masjid ketika itu untuk dijadikan tanah kubur, pihaknya telah membuat surat hitam putih dan bersedia jika dipanggil pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berhubung perkara itu.
“Memang arwah tiada tinggalkan wasiat bertulis, tetapi kita ada ramai saksi dalam hal ini. Sebagaimana dakwaan kita menjadikan kawasan tanah pusaka itu sebagai kawasan parkir kereta itu tidak benar kerana tanah itu masih kosong dan masih juga berpagar.
“Kita juga larang sekiranya ada pihak menceroboh tanah pusaka itu tanpa kebenaran. Memang kita sediakan untuk tanah kubur dan kita tak guna tanah itu sewenang-wenangnya,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.
“Kita akan teliti perkara dibangkitkan ini dan akan membawa kepada Maidam untuk tindakan lanjut. Kita juga akan panggil pihak berkaitan seperti AJK masjid dan pengadu.
“Perkara ini mungkin ambil sedikit masa untuk diselesaikan kerana memerlukan penjelasan semua pihak,” katanya.
Sumber:Sinar
Sumber Isu perebutan tanah pusaka antara balu arwah dan pihak masjid: AJK masjid dakwa arwah ada buat wasiat walaupun tidak bertulis
Perlawanan paintball terhenti, peralatan dirampas polis
Perlawanan paintball yang berlangsung di Seksyen U9, dekat sini, terpaksa dihentikan selepas sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) datang ke lokasi terbabit dalam perlawanan yang berlangsung bermula jam 9 pagi tadi.
Difahamkan, acara ini turut membabitkan empat agensi media tempatan.
Polis telah merampas peralatan permainan terbabit seperti peluru dan marker paintball.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komsioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.
“Penganjur didapati tidak mempunyai lesen selain tidak mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa bagi penganjuran berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1960,” katanya.
Dijangka, sidang media berhubung kes berkenaan akan dibuat pada Isnin ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Pada April 2014, lebih 450 peserta pusingan kedua liga paintball kebangsaan yang sepatutnya berlangsung di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini, pulang hampa selepas kejohanan itu dibatalkan kerana difahamkan tidak mendapat kelulusan polis kerana menyalahi Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.
Sumber:Sinar
Sumber Perlawanan paintball terhenti, peralatan dirampas polis
(ViraL) Ngerii..Nenek Umur 100 Tahun Terima Surat Hospital Sahkan Hamil, Kali Terakhir Hamil 70 Tahun Lepas
“Mereka sahkan sy hamil dan arah sy buat ujian air kencing dgn segera…rasanya, sy taknak kencing dlm bekas…sy nak kencing atas semua muka doktor yg keluarkan surat ini…”
Nenek nie dah ada 3 org anak, 20 cucu….dah sperma mana pulak sesat pun pening…elok la nenek oii, kencing je diorang yg kencingkan nenek…SHARE !
Seorang wanita menerima surat daripada sebuah hospital, memaklumkan dia hamil.
Bagaimanapun, Doris Ayling yakin hospital berkenaan melakukan kesilapan memandangkan dia sudah berusia hampir 100 tahun.
Doris berkata, dia terkejut membaca surat berkenaan yang isi kandungannya antara lain meminta dia membawa sampel air kencing untuk menjalani pemeriksaan lanjut mengenai kehamilannya.
Lebih mengejutkan, tarikh lahir yang tercatat dalam surat berkenaan tepat dengan tarikh lahirnya.
Tiga anaknya, semuanya sudah bersara juga terperanjat apabila ditunjukkan surat berkenaan.
Seperti Doris, mereka juga tidak yakin akan memperoleh adik baru.
Apabila dimaklumkan mengenai surat berkenaan, pihak pengurusan Hospital Portsmouth memohon maaf kepada Doris dan keluarganya dan berkata, ia berpunca daripada ‘kesilapan pengurusan.’
Doris yang menetap di Bognor Regis memberitahu wartawan: “Saya yakin 100 peratus saya tidak hamil. Saya mempunyai tiga anak dan 20 cucu dan sudah tidak hamil sejak 70 tahun lalu.’
Anaknya Brian berkata: “Kesilapan itu amat melucukan.” – Agensi
Sumber: Jom Reporter
Sumber (ViraL) Ngerii..Nenek Umur 100 Tahun Terima Surat Hospital Sahkan Hamil, Kali Terakhir Hamil 70 Tahun Lepas
Ketika Perempuan Hilang Akal Itulah, Lelaki Harus Bersabar
Tadi balik kerja, isteri saya mengajak saya keluar jalan. Oleh sebab duit gaji dia baru masuk selepas dia posting, maka saya turutkan jua.
Dalam perjalanan ke tempat yang dituju, saya berborak segala macam hal. Dari zaman awal perkahwinan, hal-hal politik kerja, bawalah kepada cuti umum akan datang.
Banyak juga dia membebel. Sehinggalah masuk kepada beberapa hal yang saya tersilap, contohnya bab sarapan pagi tadi yang dia buat, tapi saya terlupa bawa. Elok je bekas tu atas meja sehingga saya balik. Dan benar tuan puan, itu antara bullet yang digunakan dalam bebelan dia tadi.
Saya mulakan langkah untuk mematikan bebelan tersebut.
“Sayang. Imam Ghazali ada menyatakan suami yang baik adalah suami yang boleh menahan marah ketika isterinya hilang akal.”
Isteri saya terdiam. Dia memandang muka saya dengan penuh tanda tanya. Dengan muka sedikit berlagak, saya menyambung.
“Hilang akal di sini bukan bermaksud gila, sewel atau tiga suku. Tetapi hilang akal yang dimaksudkan adalah perasaan marah-marah yang tiba-tiba kerana faktor emosi, penyakit atau persekitaran.”
“Senang cerita hilang akal ni bermaksud hilang sabar. Maka Imam Ghazali kata lagi, ketika perempuan hilang akal itulah, lelaki harus bersabar.”
“Syarat kedua selepas agama adalah akhlak. Akhlak yang baik adalah yang tidak mencederakan orang lain. Kalau rajin ibadah tapi asal isteri marah leter terus naik tangan, belum baik lagi akhlaknya.”
Saya berhenti dengan nada perlahan. Terserlah riak dan kagum pada kehebatan diri sendiri di wajah saya. Punyalah panjang saya menghuraikan. Seraya dengan itu, saya menoleh ke tepi untuk melihat kekalahan dia. Tersenyum puas saya.
“Sebenarnya, awak nak cakap saya gila, sewel dan tiga suku ke?” isteri saya berkata dengan nada sinis disertai kerlingan mata yang tajam.
Saya tersentak. Punyalah panjang siap nama imam saya petik dalam menguatkan dan menambah sedikit nilai keilmuan dalam hujah yang saya beri, senang-senang dia gunakan point ini untuk lenyapkan semuanya. Lebur. Lesap. Hilang segala idea. Hanya gelengan kepala saya mampu membalas.
Mungkin begitulah perempuan. Bila melibatkan kekurangan diri dia, lagi-lagi datang dari suaminya, dia akan cepat bertindak balas. Menjadikan kekurangan tadi sebagai kelebihan dia semula. Dan sukar untuk mana-mana suami pun meneruskan perlawanan tadi, sebab ia sekadar memanjangkan saja, tapi pada akhirnya tetap jua kalah.
Dan ya tuan puan, ini apa saya belajar hari ini.
Jangan sesekali, tersilap memberi hujah.
Sumber:The Vocket
Sumber Ketika Perempuan Hilang Akal Itulah, Lelaki Harus Bersabar
Perogol 21 Kucing Dicekup Penat Seks Dalam Kereta
Seorang lelaki yang disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor kucing ditangkap setelah polis menemuinya pengsan di dalam keretanya bersama seekor kucing betina.
Penjenayah itu, Robert Roy Farmer, 25; dari San Jose akhirnya bakal dihukum penjara selepas mengaku bersalah di sebuah mahkamah dalam 21 pertuduhan jenayah seksual terhadap haiwan, lapor media tempatan, Mercury News.
Pihak berkuasa mengenakan dakwaan masing-masing untuk kes kucing yang diseksanya, penderaan kecil dan mabuk berlebihan ketika perbicaraan berlangsung di sebuah mahkamah di Santa Clara County dekat sini semalam.
Panel hakim dalam kes unik itu bagaimanapun ingin mendengar pandangan pakar psikiatri terlebih dahulu sebelum mereka dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan kejam dilakukan oleh Robert tersebut
Tertuduh mengaku merogol sejumlah kucing sebelum membunuh mangsa. Hakim Sharon A Chatman akhirnya memutuskan agar pasukan psikiatri ditugaskan untuk memeriksa mental Robert atas permintaan pihak peguam.
“Perbicaraan mungkin perlu disambung semula pada 7 April depan. Setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, ia diharap dapat membantu kami untuk membuat keputusan penghakiman sewajarnya.
“Hal terpenting dalam perbicaraan ini adalah bagi memastikan kami (panel hakim) memiliki semua maklumat mengenai tertuduh untuk akhirnya menghasilkan keputusan yang adil dan masuk akal,” tambah Sharon.
Robert ditangkap ketika seorang anggota polis San Jose secara kebetulan menemuinya pengsan akibat keletihan teruk di dalam sebuah kereta dengan seekor kucing betina yang sudah mati pula berada di sebelahnya.
Hasil laporan bedah siasat pihak San Jose Animal Care and Service, sebuah agensi kebajikan haiwan tempatan menyatakan kucing berwarna jingga yang dijumpai mati di kereta Robert, menunjukkan tanda-tanda diperkosa.
Lebih mengejutkan apabila bangkai kucing malang itu juga didapati mengalami kecederaan serius pada bahagian alat kelaminnya malah DNA daripada Robert berjaya ditemui di bawah cakar si mamalia comel tersebut.
Setelah dilakukan ujian lanjutan DNA, ternyata Robert dikaitkan dengan kematian bersiri 21 ekor kucing terdahulu yang pernah mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat.
Sumber: Agensi/Mynewshub/cc/HAA
Sumber Perogol 21 Kucing Dicekup Penat Seks Dalam Kereta
(4 FOTO) Mawar Rashid Kini Bercinta Dengan Raf Yaakob?
Ada gosip hangat yang bertebaran sejak beberapa hari lepas apabila ada yang mengatakan adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob kini sedang hangat bercinta dengan Mawar Rashid ataupun pernah dikenali sebagai Mawar GST. Nama, Raf sebelum ini agak sensasi juga ketika beliau didakwa sedang intim dengan pelakon Emma Maembong. Walaubagaimanapun, Raf dan Emma menafikan khabar angin berkenaan dan memberitahu mereka sebenarnya sudah berkawan sejak kecil lagi.
Berbalik kepada gosip percintaan Raf dan Mawar, kami dapati ia mungkin benar kerana Raf menerusi akaun Instagram sering memuat naik foto mesra bersama Mawar dengan kapsyen seakan mereka sedang menjalin hubungan cinta.
Emma sebenarnya berkawan baik dengan Mawar dan ada kemungkinan Emma juga yang memperkenalkan Mawar kepada Raf.
Jika benar mereka sedang bercinta, kami rasa mungkin agak sesuai. Lagipun Raf juga sudah kembali single. Apa pula pendapat korang tentang pasangan ini?
Lagi beberapa foto mesra Raf dan Mawar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sumber: Beautifulnara
Sumber (4 FOTO) Mawar Rashid Kini Bercinta Dengan Raf Yaakob?
Pernah Disahkan Hidap Kanser Dan Hanya Mampu Hidup Beberapa Bulan Sahaja, Lagu Gubahan Lelaki Ini Untuk Isterinya Buat Hati Netizen Tersentuh
Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma kita tidak tahu bila masanya akan sampai, namun, bagi mereka yang menghidapi penyakit kronik, apabila disahkan hanya mampu hidup untuk tempoh masa, pasti ianya amat memilukan.
Walaupun ianya sekadar jangkaan para doktor berdasarkan kes-kes lalu, kadang-kadang ianya mungkin betul atau tidak betul, tapi bagaimanakan mereka meneruskan kehidupan harian mereka, apa harus mereka buat? putus asa dan hanya menunggu mati? buat perkara yang ingin dibuat? atau melawan penyakit tersebut dengan semangat yang tinggi.
Ada di antara mereka yang begitu terkesan sehingga menimbulkan tekanan, kemurungan dan meruntuhkan semangat mereka untuk hidup seperti biasa.
Bagi seorang pesakit kanser ini, suadara Zack, dia telah disahkan menghidapi kanser hati peringkat akhir, di mana dia dikatakan hanya mampu hidup untuk beberapa bulan sahaja lagi.
Namun bagi beliau yang merupakan seorang anak seni rock, ianya bukanlah satu pengakhiran baginya walaupun bapanya dahulu telah meninggal juga kerana kanser hati, dia telah memenuhkan sisa-sisa hidupnya dengan mencipta lagu khas untuk isterinya yang tersayang yang mungkin akan ‘ditinggalkannya’ bila-bila amsa sahaja.
Pada mulanya dia telah merahsiakan perkara tersebut daripada isterinya kereana tidak mahu isterinya itu terkesan dengan berita berkeaan, namun walaupun berlagak seperti orang sihat dia tidak boleh menyembunyikan hakikatn daia sedang mengalami kesakitan.
Mengenangkan beliau cuma ada beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup, Zack telah mencipta sebuah lagu khas untuk isterinya bertajuk
Semua lagu-lagu berkenaan telah ditulis oleh beliau sendiri di mana bait-bait lagu berkenaan ternyata begitu menyentuh hati mereka yang mendengarkanya, liriknya penuh dengan dramatis dan emosi kesedihan kerana mengetahui beliau cuma ada sedikit sahaja masa untuk meluangkan masa bersama isteri tersayang.
Walaupun katil hospital merupakan rumah keduanya, walau disekelilingnya ramia ‘jiran’ katilnya meninggal dunia, baginya itu bukanlah alasannya untuk mengalah, dia cuba melawan penyakitnya itu dengan menzahirkannya dalam bentuk lagu.
Zack juga memutuskan untuk sebuah gym bina badan kerana ketika melawan penyakit berkenaan dia begitu kurus, dengan disiplin senaman yang berterusan dan penjagaann diet pemakanan yang ketat beliau berjaya melawan kanser hati tersebut.
Doktor yang merawat beliau agak terkejut kerana sebelum pembedahan kadar bacaan kuning telah menurun dari 300 turun ke 200 dan pembedahan tersebut ditangguhkan dan seterusnya beliau berjaya mengurangkan lagi kepada 100.
Atas kecekalan dan semangat juang yang tinggi, Dengan izin Allah akhirnya beliau pulih dari kanser hati tersebut. Kisah beliau ini sebenarnya memberi inspirasi kepada pesakit-pesakit kanser hati bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini.
Jom kita dengar sebuah lagu nyanyian beliau.
Dengan lagu-lagu ciptaannya itu membuatkan ramai orang berjaya melihat bakatnya di mana kini beliau sangat rapat dengan band rock Qiara dan seringkali menjadi penyanyi undangan dan gantian persembahan pentas Qiara.
Antara lagu-lagu popular yang sering beliau nyanyikan adalah Hanya Padamu, Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi, Menyesal dan banyak lagi. Zack juga pernah disebut-sebut sebagai penyanyi Qiara. Malah beliau juga pernah menjadi pengurus Qiara sebelum menerbitkan album sendiri bersama Madratts Records.
Namanya kini mula dikenali selepas Zack muncul secara langsung di TV1 bersama band Steel dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia serta TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini. Zack juga pernah menjadi artis pembukaan konsert Rockstage 2017 bersama band Amuk, May dan Sofea. Zack bukan baru dalam industri muzik malah turut dikenali oleh artis-artis rock lagenda yang lain.
Zack juga pernah terlibat dengan konsert-konsert amal sama ada bersama band atau secara solo dimana dia telah menubuhkan band The Sometimes Group Steel gabungan antara band Ayahanda Rani Kulup dan Steel di mana pernah membuat persembahan di konsert kugiran di Dataran Shah Alam.
Via: Siakapkeli.my
Sumber rujukan:
IG zackrockstar
FB zack rstar
FB Page zack rockstar
Twitter zack_rockstar
Sumber Pernah Disahkan Hidap Kanser Dan Hanya Mampu Hidup Beberapa Bulan Sahaja, Lagu Gubahan Lelaki Ini Untuk Isterinya Buat Hati Netizen Tersentuh
Video lelaki dirantai dan dipaksa kahwin oleh seorang wanita jadi viral
BEIJING – CHINA. Seorang lelaki yang dipercayai enggan berkahwin ditimpa malang apabila diikat dengan rantai besi dan diheret oleh pengantin perempuan depan khalayak ramai.
Menurut laporan Sina.com, rakaman video mengenai kejadian ini yang berdurasi seminit ini tular di seluruh China dan meninggalkan bualan hangat di kalangan netizen sejak semalam.
Melalui rakaman video yang berlaku di tepi jalan raya itu, orang ramai yang sempat menyaksikan kejadian itu jelas mendengari dialog antara pasangan tersebut.
Sambil mengheret lelaki itu yang diikat pada kedua-dua belah tangannya, wanita yang berpakaian gaun pengantin dilihat begitu marah dan meminta agar berkahwin dengannya dan ikut dia pulang ke rumah.
Tidak seperti pasangannya yang berpakaian gaun pengantin, lelaki itu yang berpakaian jersi sukan dan berseluar jean bagaimana pun berkeras tidak mahu berkahwin dan merayu agar melepaskan ikatan rantai besi pada tangannya.
Rakaman video tersebut kemudian berakhir begitu sahaja dengan pengantin wanita itu terus menarik rantai besi dan membiarkan teman lelakinya itu terbaring di atas jalan tanpa belas kasihan.
Sumber Video lelaki dirantai dan dipaksa kahwin oleh seorang wanita jadi viral
(Isu Orang Ketiga) Ini Komen "Panas" Dari Rozita Che Wan Kepada Isteri Aqasha Yang Jadi Perhatian Ramai
Ini Komen "Panas" Dari Rozita Che Wan Kepada Isteri Aqasha Jadi Perhatian Ramai
Pada masa ini, isu hangat yang sedang di perkatakan ialah kes rumah tangga penyanyi dan pelakon Aqasha dan isteri bernama Baizura.
Isteri Aqasha, Baizura telah mendedahkan mempunyai masalah rumah tangga kerana kehadiran orang ketiga.
Pelbagai spekulasi timbul dan nama artis yang dikaitkan dengan Aqasha ialah Rita Rudaini.
Perkara ini diperkuatkan lagi apabila abang ipar Aqasha iaitu abang Baizura membuat kenyataan bahawa Rita merupakan orang ketiga dalam rumah tangga adiknya.
Baca komen abang Baizura itu DISINI.
Menjadi semakin panas, ada artis yang memberi komen kepada Baizura. Antaranya ialah selebrti popular Rozita Che Wan.
Ini komennya.
Kemudian, Rozita Che Wan sekali lagi menjadi tumpuan apabila memuatnaik gambar yang seperti memberi nasihat kepada 'orang ketiga'.
Ini komennya:
Komen Che Ta ini terus menjadi tumpuan ramai dan menjadi viral sekelip mata. Skedar renungan dari Rozita Che Wan.
Sumber (Isu Orang Ketiga) Ini Komen "Panas" Dari Rozita Che Wan Kepada Isteri Aqasha Yang Jadi Perhatian Ramai
Setelah Tersingkir Maharaja Lawak Mega, Kumpulan Mamu Buat Report Polis, Apa Kes??
Setelah Tersingkir Maharaja Lawak Mega, Kumpulan Mamu Buat Report Polis, Apa Kes??
Kepada peminat rancangan Maharaja Lawak Mega 2017 atau dikenali MLM2017, sudah pasti ada yang mengenali kumpulan Mamu.
Nasib kumpulan Mamu tidak menyebelahinya apabila tersingkir di minggu kedua bersama kumpulan Hobbit.
Seminggu setelah tersingkir dari MLM2017, nama Mamu menjadi tumpuan apabila mereka berdua membuat laporan polis.
Apa kes sebenarnya? Kumpulan pelawak ini telah tampil menceritakan hal sebenar yang berlaku kepada mereka.
Mereka telah membuat laporan polis selepas ada orang dipercayai menyamar untuk menjadi sebagai salah seorang daripada mereka
Kumpualn Mamu terdiri dari Abu dan Wan Azrul. Mereka menyedari kejadian itu jam 10 pagi Rabu lalu ketika berada di rumah di Kampung Melayu, Air Itam.
Abu Musarrif berkata, dia terkejut menerima panggilan telefon daripada seorang rakan artis yang memberitahu sedang menunggunya di Ampang, Selangor selepas satu temujanji dibuat.
Ini kenyataan nya: (sumber: Harian Metro)
"Tiada sebarang temujanji dibuat kerana saya ketika itu berada di Pulau Pinang bukannya Ampang.
"Saya bimbang ada pihak melakukan penyamaran menggunakan nama saya untuk tujuan tidak baik,"
Abu Musariff berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Patani, pagi semalam supaya perkara ini tidak berulang.
Mereka memang risau jika ada pihak salah guna nama mereka apatah lagi jika ada pihak yang tertipu dan nama mereka yang tercemar.
Kemudian, Abu atau lebih dikenali sebagai Ajo telah membuat kenyataan di laman IG miliknya yang mengatakan ada pihak membuat perkara tidak baik tetapi menggunakan namanya.
Ini kenyataannya:
"Laporan polis dibuat ke atas Iqmal dari Johor . We chat id: iqmalwakaka
Tujuan repot adalah membersihkan nama baik kami setelah dia menggunakan nama kami utk tujuan tak baik dan menyusahkan orang lain . Hang ingat kami adik-adik hang ka? Hang tunggu polis ketuk rumah hang."
Itulah kisahnya. Kesian kumpulan Mamu.
Sumber Setelah Tersingkir Maharaja Lawak Mega, Kumpulan Mamu Buat Report Polis, Apa Kes??
"A Women With No Principle" - Komen Panas Emelda Rosemila Kepada Rita Rudaini
"A Women With No Principle" - Komen Panas Emelda Rosemila Kepada Rita Rudaini
Nampaknya ramai yang mengaitkan nama Rita Rudaini sebagai 'orang ketiga' yang menjadi punca masalah rumah tangga antara selebriti Aqasha dengan isterinya Baizura.
Nama Rita Rudaini turut disebut oleh abang kepada Baizura sebagai 'orang ketiga' yang menjadi topik hangat baru-baru ini.
Kemudian, beberapa artis turut memberi komen seakan menyindir kehadiran orang ketiga termasuk Rozita Che Wan dan juga Donna Muslim.
Kini Emelda Rosemila yang juga isteri kepada Adlin Aman Ramli telah memberi komen yang ditujukan kepada Rita Rudaini.
Emelda Rosemila mengatakan dulu Rita Rudaini amat marah apabila dikatakan Hanez Suraya mengganggu rumah tangga orang, namun kini dia pula berbuat demikian.
"A women with no principle.." itulah yang ditulis oleh Emelda Rosemila sambil tag nama Rita Rudaini.
Ini komennya:
Ramai yang masih menunggu komen dari Rita Rudaini dan Aqasha yang mana kedua-duanya mengambil sikap berdiam diri.
Sumber "A Women With No Principle" - Komen Panas Emelda Rosemila Kepada Rita Rudaini
Wisma Putra arah duta Korea Utara keluar dari Malaysia dalam masa 48 jam
Wisma Putra hari ini mengeluarkan perintah kepada Duta Korea Utara, Kang Chol untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam.
Perintah itu dibuat setelah Kang Chol gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra di Putrajaya pada jam 6 petang hari ini.
Memetik laporan The Star, Wisma Putra telah menghantar nota kepada kedutaan itu di Jalan Datai, Bukit Damansara berhubung keputusan tersebut.
Dalam masa sama, kerajaan Malaysia menuntut permohonan maaf dari Korea Utara di atas tuduhan berhubung pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam.
“Kementerian Luar melalui Nota Diplomatik dihantar ke Kedutaan Korea Utara bagi memaklumkan bahawa Kang Chol diisytiharkan sebagai ‘Persona Non Grata’ selepas gagal menghadirkan diri ke mesyuarat itu.
“Beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam dari masa mesyuarat terbabit sepatutnya berlangsung, 6 petang, Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan media.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Luar mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara susulan kenyataan biadab dikeluarkan Kang Chol berhubung kes pembunuhan Jong-nam.
Jong-nam berada di KLIA2 pada 13 Februari bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.
Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Wisma Putra arah duta Korea Utara keluar dari Malaysia dalam masa 48 jam