Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Amy Search Ambil Masa Hampir 2 Jam Memilih Baju Sebelum Keluar

$
0
0

Penyanyi rock lagenda Amy Search akui akan mengambil masa hampir dua jam untuk memilih baju yang sesuai sebelum keluar rumah.

Amy Search Ambil Masa Hampir 2 Jam Memilih Baju Sebelum Keluar

Amy Search Ambil Masa Hampir 2 Jam Memilih Baju Sebelum Keluar

Amy  atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, 58, berkata penampilan juga penting dan harus dijaga kerana ia melambangkan keperibadian seseorang.

“Bagi saya penampilan itu penting walaupun kita sebagai seorang lelaki. Penampilan mencerminkan diri kita sendiri.

“Seperti saya, saya akan tentukan apa yang saya mahu pakai bila keluar.

“Biasanya saya akan habiskan masa sejam dua untuk mencari baju yang sesuai terutama bila ada majlis-majlis keraian.

“Ia mengambil masa yang lama kerana saya akan cuba untuk mix and match mengikut kesesuai dan keselesaan saya.

“Bila saya sudah puas hati dengan apa yang saya pakai baru saya ada keyakinan untuk keluar,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengenai perkembangan lain, Amy bakal memperagakan jubah dan songkok jenamanya sendiri di  Asia Islamic Fashion Week 2017 mulai 30 Mac hingga 2 April ini.

“Saya akan memperagakan beberapa pakaian rekaan baru saya nanti. 

“Jika tahun lalu saya keluar dengan jubah dan songkok tapi tahun ini akan ada kurta dan baju melayu klasik yang akan diperkenalkan.

“Ini pertama kali saya sertai acara begini, harap ia berjalan seperti dirancang,” katanya lagi.

Amy telah mula muncul dengan angkaian fesyen dengan jenama sendiri Amy Search General Products & Co sejak tahun lalu.

Teks oleh Syafiqah Jalal

Sumber: Astro Gempak



Sumber Amy Search Ambil Masa Hampir 2 Jam Memilih Baju Sebelum Keluar

Kecoh! Gambar pemuda ini peluk bekas teman kekasihnya di majlis perkahwinan wanita itu jadi viral

$
0
0

Bayangkan sudah bertahun-tahun menjalin cinta bersama kekasih tetapi akhirnya terpaksa melihat dia bersanding di atas pelamin bersama orang lain. Pasti sakit bukan? Apa lagi jika kamu masih sayang dengan bekas pacarmu itu.

Hal ini dialami sendiri oleh seorang pemuda dari Sulawesi Selatan, Ino yang menjadi viral lantaran melepaskan kekasihnya untuk menikah bersama orang lain.

Bukan hanya itu, pemuda ini juga telah membuat kecoh pada hari persandingannya apabila dia telah memeluk bekas kekasihnya itu dan disaksikan oleh ramai tetamu undangan yang hadir.

Kisah mereka menjadi viral apabila akaun Facebook yang dimiliki oleh S Gegge Mappangewa memuat naik foto semasa Ino memeluk Winda (bekas kekasih) di atas pelamin.

Momen ini menjadi lebih sayu apabila foto tersebut tertulis kapsyen, “Kredit mobil lima tahun, kamu akan dapat buku BPKB. Nabung haji lima tahun, kamu bisa dapat visa dan paspor. Pacaran setahun bahkan hingga lima tahun, nggak ada jaminan kamu dapat buku nikah.”

Kecoh! Gambar pemuda ini peluk bekas teman kekasihnya di majlis perkahwinan wanita itu jadi viral

Kecoh! Gambar pemuda ini peluk bekas teman kekasihnya di majlis perkahwinan wanita itu jadi viral

Ino dan Winda juga dikatakan sudah bercinta selama 5 tahun namun mereka akur sememangnya tiada jodoh di antara mereka walaupun masih ada perasaan sayang. Benarlah kata pepatah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

 

Sumber: wowmenariknya.com

Kecoh, Pemuda Ini Peluk Bekas Kekasih Di Hari Persandingannya
Sumber: Remaja.my


Sumber Kecoh! Gambar pemuda ini peluk bekas teman kekasihnya di majlis perkahwinan wanita itu jadi viral

Kajian: Remaja dan wanita Malaysia suka kongsi gambar lucah, anda setuju?

$
0
0

Berdasarkan kaji selidik, seorang daripada 20 remaja perempuan dan wanita di Malaysia pernah menjadi mangsa jenayah siber apabila secara sukarela berkongsi gambar atau video lucah mereka kepada lelaki, sama ada dikenali ataupun tidak.

Kajian: Remaja dan wanita Malaysia suka kongsi gambar lucah, anda setuju?

Kajian: Remaja dan wanita Malaysia suka kongsi gambar lucah, anda setuju?

Tindakan yang dianggap tidak matang itu memakan diri apabila lelaki terbabit kemudian menggunakan bahan berkenaan untuk mengugut mangsa.

 

Lambakan gambar & video lucah wanita Malaysia di internet 

Pengarah Onemyr Awareness Management, Mohd Ridzman Azzahari, berkata berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati tidak kurang daripada 9,000 video dan gambar lucah remaja atau wanita Malaysia kini sudah dipertontonkan kepada khalayak awam di internet dan media sosial.

Pihaknya juga mendapati, ramai mangsa yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut univerisit. Mangsa paling muda berusia 10 tahun.

“Penjenayah maya juga tidak menyasarkan had umur tertentu untuk dijadikan mangsa ini kerana Onemyr ada pelajar berusia 10 tahun hingga golongan warga emas berusia 68 tahun yang menjadi mangsa,”katanya lagi.

 

Selain itu, ada juga kes yang membabitkan mangsa itu sendiri dengan rela hati memberikan gambar tidak sopan mereka kepada lelaki dikenali mahu pun tidak, tanpa alasan munasabah.

Kredit: Berita Harian

Via:Hanasuva



Sumber Kajian: Remaja dan wanita Malaysia suka kongsi gambar lucah, anda setuju?

7 bulan nafsu terabai, suami nekad tetak isteri

$
0
0

KEJAM…Hanya kerana cemburu dan keengganan mangsa menjalinkan hubungan seks, seorang lelaki nekad membunuh isterinya di Dusun Baruga, Desa Bambaira, Kecamtan Bambaira, Kabupaten Mamuju Utara, Sulawesi Barat, Indonesia baru-baru ini.

7 bulan nafsu terabai, suami nekad tetak isteri

7 bulan nafsu terabai, suami nekad tetak isteri

Portal Regional melaporkan, suspek, Muhammad Amin yang berusia 34 tahun dipercayai membunuh isterinya, Ainun Safitri, 28, menggunakan sebilah parang dengan menetak beberapa bahagian badan Ainun sehingga pergelangan tangannya putus.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan pasangan yang sah namun tinggal berasingan kira-kira tujuh bulan lalu.

Polis tempatan, AKBP Mashura berkata, mangsa diserang ketika baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah berdekatan.

Menurutnya, suspek menyerang mangsa dengan parang dan menetak tubuh mangsa yang bekerja sebagai guru hingga meninggal dunia.

Akibat tetakan itu, mangsa mengalami cedera parah di punggung, kepala dan telinga serta pergelangan tangannya putus akibat cuba menghalang serangan suspek.

Selepas menyedari isterinya sudah tidak bergerak, suspek melarikan diri ke rumahnya dan cuba membunuh diri dengan menikam dadanya dan meminum racun rumput.

Kejadian berkenaan disedari penduduk kampung dan mereka menghubung polis untuk tindakan selanjutnya.

Suspek ditemui tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital Ako Mamuju Utara, Indonesia bagi menerima rawatan. – mynewshub

Sumber;Sayang Sabah



Sumber 7 bulan nafsu terabai, suami nekad tetak isteri

Bapa Jadi Pemandu Teksi Dengan Harapan Dapat Temui Semula Anak Perempuannya Yang Hilang 23 Tahun Lalu

$
0
0

Dua tahun lalu, seorang bapa bertukar kerjaya sebagai pemandu teksi, dengan harapan kerja barunya itu dapat membantu untuk mengesan anak perempuannya yang hilang.

Bapa Jadi Pemandu Teksi Dengan Harapan Dapat Temui Semula Anak Perempuannya Yang Hilang 23 Tahun Lalu

Bapa Jadi Pemandu Teksi Dengan Harapan Dapat Temui Semula Anak Perempuannya Yang Hilang 23 Tahun Lalu

Anak perempuan Wang Mingqing hilang 23 tahun lalu ketika berusia 3 tahun.

Menurut Wang, anaknya itu hilang semasa dia dan isteri sedang menjual buah-buahan di jalanan. Ketika sedang menguruskan ramai pelanggan, mereka dapati anak perempuan mereka tiba-tiba lesap.

Selepas itu, Wang menghubungi pihak polis, menampal poster orang hilang di jalanan dan mula mencari di rumah kanak-kanak dan hospital namun semua itu gagal.

Akhirnya, pada 2015, Wang terfikir kerjaya sebagai pemandu teksi mungkin akan meningkatkan peluangnya untuk berjumpa semula dengan anak perempuannya.

Sejak dua tahun menjadi pemandu teksi, Wang berkata dia sudah menceritakan hampir kepada 5,000 orang tentang anaknya dan dalam masa yang sama memberi kad informasi kepada setiap mereka untuk butiran lanjut.

Wang berharap, satu hari nanti akan ada seseorang yang mengetahui atau mengingati tentang anaknya. Setakat ini, usahanya itu masih belum membuahkan hasil.

“Harapan terbesar saya sekarang adalah suatu hari nanti anak saya akan duduk di dalam kereta ini dan menjerit: “Ayah!!”, kata Wang.

Ketika wartawan memberikan peluang untuk Wang memberi ucapan kepada anaknya, dia berkata: “Ayah minta maaf, ayah ini tidak menjalankan tanggungjawab sebagai sebagai seorang ayah,” katanya sedih.

Biarpun sudah lebih dua dekad anaknya hilang, Wang masih belum berputus asa.

Sumber:SK



Sumber Bapa Jadi Pemandu Teksi Dengan Harapan Dapat Temui Semula Anak Perempuannya Yang Hilang 23 Tahun Lalu

16 Foto: Percutian Nora Danish Di Australia Bersama Nedim Sempena Hari Lahir

$
0
0

16 Foto: Percutian Nora Danish Di Australia Bersama Nedim Sempena Hari Lahir


Nora Danish telah menyambut hari kelahirannya yang ke 35 pada 7 mac yang lalu.

Sempena hari lahirnya yang ke 35 itu, pelakon jelita ini telah bercuti ke negara Australia bersama kekasih hati, Nedim Nazri.

Turut bercuti ke sana adalah rakan-rakannya.

Nora Danish juga telah menerima hadiah yang amat best iaitu menonton konsert penyanyi popular Justin Bieber.

Justin Bieber kini sedang membuat konsert jelajah di Austalia dan New Zealand.

Nora Danish berpeluang menonton persembahan mantap dari Justin Bieber di Perth Australia.

Selain itu kekasih Nora Danish iaitu Nedim telah membuat ucapan yang sweet buat Nora.

Ini komennya:

And with this , I promise to walk with you through good & bad times , love you unconditionally and always make you happy ❤️ , Happy birthday my love , may You be bless with more rezeki and unlimited happiness , because I'll personally make sure that you keep smiling for as long as I live and with the blessing of Allah ❤️. 

Memang beruntung Nora Danish.

Nora Danish juga telah berkongsi beberapa keping gambar sepanjang percutiannya ke Australia itu.

Jom layan beberapa keping gambar ketika Nora Danish bercuti di Asutralia.



















Sumber 16 Foto: Percutian Nora Danish Di Australia Bersama Nedim Sempena Hari Lahir

Kos Rumah Papan Ini Hanya RM30 Ribu, Tapi Hasilnya Sangat Mengagumkan!

$
0
0

Cantik seni bina rumah papan ini. Itu baru tengok luarannya belum lagi tengok di dalamnya.

 

 

Kos Rumah Papan Ini Hanya RM30 Ribu, Tapi Hasilnya Sangat Mengagumkan!

Kos Rumah Papan Ini Hanya RM30 Ribu, Tapi Hasilnya Sangat Mengagumkan!

 

Apa istimewanya rumah papan ini? Jadi, anda kena tahu 5 fakta menarik tentang rumah papan cantik ini.

1. Pemiliknya Dzul Asri dan isteri mengambil masa tiga bulan untuk membina rumah papan ini

Rumah papan tergergam indah ini terletak di Tuaran, Sabah. Proses pembinaan bermula pada bulan januari dan ini lah hasilnya setelah tiga bulan.

2

2. Rumah dua bilik ini di bina atas tanah pemberian orang tua

Kebetulan orang tua pemilik juga tinggal berdekatan dengan rumah mereka.

3

3. Berapa kos yang diperlukan? Hanya RM25 ribu ke RM30 ribu sahaja

Menariknya kosnya hanya di antara 25 hingga ke 30 ribu sahaja termasuk upah tukang, balcony, tangga, bumbung balcony, cat, railing, tiles dan dinding. Kos tersebut tidak termasuk perabot.

4

4. Pemilik mendapat idea untuk membina rumah papan ini ketika melancong

Pemilik dan isteri memang gemar melancong. Jadi tidak hairanlah apabila interior dalaman rumah papan ini banyak di pengaruhi elemen Inggeris. Daripada segi pemilihan perabot pemilik memilih “all white & minimalist”

5

5. Rumah papan ini di bina dan di hias secara peringkat demi peringkat

Pemilik masih sedang dalam proses ubah suai dan menambah baik apa yang perlu.

6

 

 

Sumber: Hanasuva



Sumber Kos Rumah Papan Ini Hanya RM30 Ribu, Tapi Hasilnya Sangat Mengagumkan!

Ada Penjawat Awam Berkhidmat Baru Beberapa Tahun, Dah Beli IPhone & Kereta Mewah – SPRM

$
0
0

Gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam dilaporkan semakin serius sejak 10 tahun kebelakangan ini dan jika tidak dibendung gejala itu akan terus meningkat.

 

Ada Penjawat Awam Berkhidmat Baru Beberapa Tahun, Dah Beli IPhone & Kereta Mewah - SPRM

Ada Penjawat Awam Berkhidmat Baru Beberapa Tahun, Dah Beli IPhone & Kereta Mewah – SPRM

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, kegiatan itu serius membabitkan tiga sektor utama iaitu penguatkuasaan, perolehan dan kes-kes berprofil tinggi.

Sehubungan itu, Azam menegaskan bahawa SPRM menetapkan tempoh selama tiga tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah khususnya dalam kalangan agensi penguat kuas serta pihak berkuasa negeri dan tempatan.

“Antara faktor utama mendorong gejala rasuah adalah apabila transaksi ekonomi semakin meningkat berikutan negara yang sedang membangun.

“Sebab itu sejak tahun lalu, SPRM bertindak agresif. Langkah proaktif ini dilakukan memandangkan dalam tempoh tiga tahun lagi Malaysia akan mencapai status sebuah negara maju,” katanya.

Berdasarkan statistik Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM, sebanyak 665 kertas siasatan telah dibuka melibatkan penjawat awam sepanjang tahun 2016 sehingga Februari lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 548 penjawat awam yang ditangkap. Manakala 63 lagi kes telah dituduh di mahkamah.

“Pembabitan kumpulan sokongan dalam kegiatan rasuah biasanya berlaku apabila sudah berkhidmat selama beberapa tahun dan mulai mahir dengan tugas mereka, ditambah pula dengan pengaruh rakan sejawat atau kakitangan yang lebih senior. Mereka mula pandai membuat rangkaian dan terjebak dalam kancah rasuah.

“Antara langkah proaktif yang diambil oleh SPRM adalah menerusi indikator ‘hidup mewah dan melebihi pendapatan sebenar’ semasa melakukan pemantauan dan siasatan terhadap penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sejak tahun 2014 hingga tahun lalu, SPRM telah menahan 2,329 orang dan daripada jumlah tersebut, 54% membabitkan 1,267 individu berumur 40 tahun ke bawah.

635 atau 50% dalam lingkungan usia itu merupakan penjawat awam yang terlibat dalam gejala rasuah. Mereka yang ditahan terdiri dalam kumpulan sokongan dan pelaksana bermula gred 17 sehingga 28.

“Ada kes yang disiasat SPRM membabitkan kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat beberapa tahun tetapi mampu membeli telefon pintar iPhone keluaran terbaru, selain memandu kenderaan yang boleh dikategorikan sebagai mewah,” katanya.

Sumber:Amazingnara



Sumber Ada Penjawat Awam Berkhidmat Baru Beberapa Tahun, Dah Beli IPhone & Kereta Mewah – SPRM

Baru berusia 22 tahun, lepas setia bersama ketika susah, dah senang suami minta izin kahwin lain, respons wanita ini dapat pujian netizen

$
0
0

Salam admin hide profile ank sedare kesygn sy ini..hehe..salam KRT smua sy ingin ceritekn mslh rumhtgge sy ini..sy dh siapkn diri untk dikecam dripde kmu smua…sy brumur 22thun dn mmpunyai seorg ank prmpuan..sy brkhawin smase umur sy 17thun..dn skrg prkhawinan sy dh pon mencecah 5thun..

Baru berusia 22 tahun, lepas setia bersama ketika susah, dah senang suami minta izin kahwin lain, respons wanita ini dapat pujian netizen

Baru berusia 22 tahun, lepas setia bersama ketika susah, dah senang suami minta izin kahwin lain, respons wanita ini dapat pujian netizen

sy brkhawin dgn suami smase suami tidk mmpunyai ape2 pon..xde kereta xde rumah sndri..xde mto..brkje mkn gji direstoran dgn pndpt hnye rm900 sebuln…kmi bru2 khawin memg sush..kadg2 ikt prut xmkn..dgn hutang keliling pinggang..smpai xde duit untk beli telur nk mkn…sy fkir nk msk ape dn last2 sy ambk daun tepi rumah untk msk buat mkn mlm..memg perit mse tu….slps sy melahirkn ank alhmdulilh rezeki mkin brtmbh dn trus tmbh..

Suami dpt kje dgn gji rm3k sebuln..suami memg baik dn brtggjwb x prnah abaikn nafkah kmi 2berank..dlu sy surirumh sepenuh mse..suami dh mmpu mmbeli emas kt sy..mmpu beli kereta mewah..beli mto dn rumah teres 1tingkat..memg rezeki ank tu ade..cume kite kena byk sbr..awal thun 2015 suami telah memulakn prniagaan dri kecil2 smpai mju…org kmpung hairan knpe kmi dpt kaye dgn cepat..dn skrg suami mmpunyai 4buah restoran…1 kedai bju…dan 1kedai runcit..alhmdulilh mkin brtmbh rezeki dari rumah teres 1tingkat skrg kmi ddk rumah banglo 2tingkat..dn mmpunyai 2org gji di rumah…

Niat dihti brcerite bkn nk brlagk or menunjuk..tp nk bgthu peritnye hdup kmi dlu…tp apekan daye betul la ckp pepath dlu2..dugaan istri smase suami sush dn dugaan suami ape bile suami dh senang dn brjaye…awl thun ini pde 1mlm tu suami dn sy nk tido awl..dn sprti biase kmi akn bce doa..sembg2 dhlu…Dn mlm tu suami hasrat untk menikah 1lg…sy trkjut….trkjut sngt2..suami yg sy trlalu prcye telah mnduekn sy…sy brtenang skjp sy xnk gaduh2 dgn suami..sy tnye elok2 “” spe bidadari tu bang yg telah mencuri hti abg dari sy?”” Soaln sy dgn senyum…suami jwb prmpuan tu adlh jande ank 1org..lg sy trkjut…ya allh kuatkn lah hti hmbe mu ini….mlm tu sy dh x mmpu nk ckp pape lg sy diam…sy belum jwb soaln suami sy lg…suami tnye lg “”bolh x abg nk nikah 1lg?”” Sy diam dn trus tido..brtemankn air mte mlm itu….

So slps mlm tu brlalu sy dh fkir msk2…memg suami sy mmpu untk nikah lg..4org bni pon suami sy mmpu smuanyee….sprti biase ptg tu suami sy balik rumh..dn sy tgh solat asr..sy mnymbut suami sy dgn baik…mlm tu slps solat sy dn suami msuk blik sebelum tido sy pggil suami”abg……sy izinkn abg untk nikah lg 1″” suami trkjut dgn jwpn sy…dn suami senyum smbil ucpkn terima ksih cyg…sy ckp lg..”” tp ade 1 syarat “” suami tnye syarat ape..?sy jwb klu abg nk nikah lg 1 abg kena nikah 2org skli gus..suami trkjut lg…2org?? Ye 2org..bni no2 and bni no3…abg nk ckupkn 4org pon xpe sy x kish..tp buat mse ini abg nikah 2org je dlu trmsuk sy 3org la semua istri2 abg…suami jwb ye dye setuju …keeskkn nye suami bgthu kt prmpuan tu yg sy telah setuju untk mereka nikah..tp dgn 1syarat suami kena nikah lg stu istri…last2 prmpuan tu meroyan dn jwb dye xleh terime klu suami sy khawin bni no3…dn dye xnk kongsi dgn prmpuan lain..dye hnye nk kongsi dgn sy jew..

Slps tu sy prgi jmpe prmpuan tu dn ckp kt dye xpela klu awk xleh terime mdu no3 tu buat mse ni awk nikah je dlu dgn suami sy….dn selepas smggu nikah awk brsnding…cukup sebuln awk nikah dgn suami sy..suami sy kena khawin dgn seorg lg prmpuan bni no3…dye mngis2 dn merayu kt sy jgn bg suami nikah bni no3..kejam kn sy?? Wahai krt sy thu sy kejam..dn ptt dikecam…

Itu keputusn muktamad sy…last2 prmpuan tu mmbwa diri dn balik kmpung kerane x mmpu terime dgn syarat sy iaitu untk suami nikah bni no3..slps peristiwa itu suami dh x ckp nk nikah lg…prhatian dhe lebih kpde kmi sekeluarge..mgkin suami dh sedr bhwa peritnyee hidup brmadu ini…KRT smua sy thu sy ni kejam dn jhat sbb x adil…x bg suami untk nikah lg…sy x kisah spe2 nk kecam sy…sbb sy thu sy x adil bg suami sy..sbnrnyee sy tipukn suami je kena nikah 2org skli gus..sy nk tgk sejauh mne prmpuan tu bolh bolh buat dgn keputusn sy ini….tp apekn daye..dye telah pon prgi dari hdup suami sy….xde prmpuan yg sggup hdup brkongsi ksih dlm rumhtgge ini…ini je cerite dari sy…wassalan..

Sumber:KRT



Sumber Baru berusia 22 tahun, lepas setia bersama ketika susah, dah senang suami minta izin kahwin lain, respons wanita ini dapat pujian netizen

Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

$
0
0

Edisi Mitos: Campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Soalan: Betul ke tak boleh campur makanan laut dan darat sekali? Macam makan ikan dan ayam dalam satu hidangan.

Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Penerangan:
Cerita ini selalu kedengaran di alam Melayu, dimana ada yang mengatakan Nabi pernah bersabda bahawa jgn mencampurkan makanan laut dan darat sekali. Perbuatan itu boleh menyebabkan penyakit pada orang yg mengamalkannya. Bukan itu sahaja, banyak lagi kenyataan yang disandarkan kepada Nabi sebagai contoh:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel

Kenyataan2 ini telah mendatangkan kekeliruan dalam masyarakat dan apabila disemak balik, tiada pun hadith-hadith yang menceritakan larangan tersebut.

Mgkn sebab tu aku tgk ada seorang Tok sheikh arab aritu sedap je melantak kambing dgn udang satu pinggan.

Adapun agama yang melarang untuk mencampurkan kedua2 jenis makanan tersebut adalah agama yahudi. Tak caya korang boleh google. Ini mungkin merupakan salah satu jarum halus yahudi supaya umat islam tunduk patuh kepada arahan mereka(sarcasm)

Mengenai penjelasan saintifik pula, tiada lagi kajian yang telah membuktikan bahawa memakan makanan laut berserta dgn makanan darat boleh menyebabkan penyakit pada seseorg.

Lupa pula. Aritu saya ada terbaca di internet mengenai penjelasan keburukkan mencampurkan makanan laut dan darat. Ia menyatakan pada makanan darat mempunyai banyak cas positive manakala makanan laut pula mempunyai banyak cas negative. Ini menyebabkan reaksi biokimia berlaku dan ianya merosakkan usus dan perut.

Jika kita lihat pada sains yg benar, sesuatu unsur menjadi tidak stabil jika kita terlebih ataupun terkurang cas pada unsur tersebut. Ini akan membuatkan unsur tersebut boleh mempunyai reaksi kimia dgn benda2 lain. Tetapi jika kita telah mencampurkan sebagai contoh makanan tadi yang mempunyai cas negative(makanan laut) dan cas positive(makanan darat), maka ia akan menyebabkan unsur tersebut menjadi neutral dan takkan ada reaksi kimia yang akan berlaku selepas itu. Nampak sgt penjelasan itu hanya dibuat2 untuk menyesatkan umat di dalam mempercayai sains palsu.

-Doktor Paracetamol-

Sumber: Pseudoscience Watch



Sumber Mitos: Betulkah campur makanan laut dan darat boleh menyebabkan penyakit?

Cuteness Overload! Anjing Laut Ini Teruja Apabila Diberikan Patung Anjing Laut Yang Comel

$
0
0

Antara benda yang paling comel di internet setakat ini. Seekor anjing laut yang diselamatkan ini teruja apabila mendapat patung yang miripnya.

Cuteness Overload! Anjing Laut Ini Teruja Apabila Diberikan Patung Anjing Laut Yang Comel

Cuteness Overload! Anjing Laut Ini Teruja Apabila Diberikan Patung Anjing Laut Yang Comel

Okhotsk Tokkari Center yang terletak di Hokkaido, Jepun ini menempatkan anjing laut yang cedera. Pusat ini berfungsi sebagai tempat pelindungan untuk haiwan teruma Anjing Laut dari spesis earless.

Penjaga di pusat berkenaan terkejut apabila anjing laut ini teruja apabila diberikan patung anjing laut yang miripnya.

anjing-laut-comel-2

anjing-laut-comel-3

 

 

Sumber: Amazingnara



Sumber Cuteness Overload! Anjing Laut Ini Teruja Apabila Diberikan Patung Anjing Laut Yang Comel

"Saya Bukan Bawa Sampah Atas Pentas..."- Komen Pistol Selepas Tersingkir MLM2017

$
0
0

"Saya Bukan Bawa Sampah Atas Pentas..."- Komen Pistol Selepas Tersingkir MLM2017


Semalam kumpulan Pistol telah tersingkir dari pentas MLM2017.

Tema pada minggu ini ialah "Zaman Sekolah" dan Pistol membawa kisah ayah yang mahukan anaknya sertai pertandingan puisi.

Lawak Pistol dilihat kurang menjadi dan hanya pada saat akhir barulah orang ramai tergelak dengan telatah AG Hafiz dan Raja Azri di atas pentas.

Kemudian, juri yang memberi komen ialah Rosyam Nor yang memberi hanya 2 bintang.

Ini komennya:

"3 minit amat berharga, setiap detik harus ada punch line, kenapa dah hujung baru keluar. Bukan tak boleh sebenarnya."

"Walaumacam mana pun keserasian anda ada, tapi ada sesuatu yang hilang. Anda mesti ada idea untuk mencuit hati penonton pada awal persembahan"

Kemudian Pistol diumumkan tersingkir selepas mendapat undian dan markah dari juri yang terendah pada minggu ini.

Ini komen Raja Azri selepas diumumkan tersingkir.

"Terima kasih kepada kedua dua keluarga kami. Terima kasih kepada tenaga produksi Astro.

"Terima kasih kepada rakan rakan Pistol, anda sahabat kami.."

"Apa yang kami nak beritahu kat sini, Pistol setiap minggu tak pernah membawa 'sampah' di atas pentas ini, malah kami cuba hiburkan anda."

"Tapi di sini sahaja rezeki kami.."

Ini pula komen AG Coco

" Apa yang terjadi, everything gonna be okey"

Kini ada 11 lagi kumpualn yang akan bertanding di pentas MLM2017






Sumber "Saya Bukan Bawa Sampah Atas Pentas..."- Komen Pistol Selepas Tersingkir MLM2017

Sos Tiram Adabi botol hijau bukan keluaran Adabi

$
0
0

ADABI Consumer Industries Sdn Bhd Malaysia (Adabi) sekali lagi menafikan Sos Tiram Adabi adalah keluaran syarikat itu.

Sos Tiram Adabi

Sos Tiram Adabi

Presidennya, Adrian Roslan berkata, sebelum ini lagi perkara ini timbul apabila ramai pengguna keliru dengan produk sos tiram Adabi.

Ini kerana, ‘Sos Tiram Adabi’ dengan label berwarna hijau, lengkap dengan logo dan tulisan yang sama dengan Adabi.

“Perkara ini sudah lama berlaku, sejak tahun 2000 lagi. Sejak itu, kami sering membuat penjelasan kepada pengguna, ia bukan keluaran Adabi.

“Pada masa sama, kami juga ada bertemu syarikat berkenaan supaya mereka menghentikan daripada terus menggunakan nama dan logo Adabi untuk produk sos tiram tersebut.

“Tetapi ia tidak diendahkan. Kes ini sudah pun jadi kes mahkamah. Tahun lalu, kami sudah kemukakan kepada pihak mahkamah supaya syarikat berkenaan menarik semula nama dan logo, namun kes ini masih lagi berjalan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Baru-baru ini tersebar tular mengenai Sos Tiram Adabi dengan label berwarna hijau menjadi kekeliruan pengguna apabila di belakang labelnya tertera nama syarikat lain. Tidak hanya nama malah, label ini turut disertakan dengan logo Adabi.

Ia terus menjadi tanda tanya apabila Adabi pada masa sama turut mengeluarkan jenama lain iaitu Sos Makanan Laut yang fungsinya juga sama dengan sos tiram.

Adrian ketika diminta mengulas perkara ini berkata, kerana prosiding mahkamah yang terus berjalan, Adabi mengambil keputusan untuk mengeluarkan satu lagi jenama makanan iaitu Sos Makanan Laut (Seafood Sauce) pada tahun lalu.

“Ya, memang kami keluarkan sos makanan laut itu. Kita tidak mahu pengguna semakin keliru dengan produk-produk kami, kerana itu pendekatan ini kami ambil.

“Penjualan juga semakin memberangsangkan. Pengguna sudah tahu membezakan yang mana produk asli keluaran Adabi. Mereka juga boleh melihat di belakang label botol di mana tertera nama syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk,” katanya.

Jelasnya, biarpun masih menunggu proses mahkamah berlangsung, Adabi turut menjalankan kempen-kempen untuk terus memberitahu pengguna mengenai produk-produk keluaran Adabi.

“Produk Adabi yang tulen akan disertakan dengan tagline kami iaitu ‘Bersih dan Asli’. Jadi kepada pengguna yang biasa dengan produk-produk kami, mereka sudah tahu.

“Inilah kelainan kami. Kami sedar, jenama Adabi sememangnya dipercayai ramai sejak dahulu lagi. Jadi kami akan terus memastikan kesemua produk kami bermutu tinggi dan asli,” katanya.

Tambahnya, Adabi akan terus memberi penjelasan kepada pengguna mengenai perkara ini.

“Kami tidak mahu pengguna keliru. Kami mahukan yang terbaik buat pengguna kami dan berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dengan cepat.

“Selain media, kami juga sentiasa berkomunikasi bersama pengguna di laman-laman sosial supaya setiap pertanyaan akan dapat maklum balas segera,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Sos Tiram Adabi botol hijau bukan keluaran Adabi

Kelibat Sufian Suhaimi di majlis Elfira Loy.. Amboi, amboi, amboi!

$
0
0

Kata orang, masa bercinta semuanya indah. Jauh beribu batu pun, terasa macam dekat depan mata. Namun sekarang jauh ribuan batu pun tidak mengapa sebab zaman sekarang sudah ada Twitter, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang semakin merapatkan hubungan manusia.

Minggu ini Papa bukan nak kongsi mengenai cinta jarak jauh tapi nak bercerita mengenai keakraban penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon popular, Elfira Loy yang hangat diperkatakan di media sosial.

Biarpun ramai menganggap mereka dilamun cinta tapi Sufian sudah pun menjelaskan hubungannya dengan pelakon itu sekadar kawan sekali gus menafikan tuduhan netizen dia lupa daratan dan curang terhadap kekasihnya apabila mula mendekati pelakon Elfira.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada sumber memberitahu Papa, dia melihat kelibat Sufian pada majlis sambutan hari jadi Elfira di sebuah restoran di ibu kota. Amboi, amboi, amboi, Papa terus rasa nak nyanyi lagu Altimet. Macam ada sesuatu je?

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Kelibat Sufian Suhaimi di majlis Elfira Loy.. Amboi, amboi, amboi!

“MH17 dan Lahad Datu bukti Malaysia mampu hadapi kuasa asing” – Najib

$
0
0

Datuk Seri Najib Razak menyarankan seluruh rakyat termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang memberi sokongan penuh terhadap segala usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang dilarang meninggalkan Korea Utara.

Najib berkata semoga semua mendapat hidayah dalam usaha mengembalikan rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat. — Foto fail

Perdana menteri berkata kekuatan sesebuah negara boleh diukur dengan melihat kepada kebersatuan rakyat ketika menghadapi krisis atau ancaman dari luar.

“Sekiranya kita bersatu-padu ketika menghadapi sebarang masalah atau ancaman, musuh dari luar tidak akan mampu meruntuhkan segala yang kita bina selama ini,” katanya menerusi entri terbaru blog najibrazak.com.

Beliau berkata ini bukan pertama kali Malaysia menghadapi saat getir membabitkan hubungan luar negara, krisis seperti MH370, MH17 dan Lahad Datu telah membuktikan bahawa Malaysia berpengalaman dalam menangani isu berkaitan kuasa asing yang rumit.

“Insya-Allah, kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah yang Maha Kuasa sekali lagi untuk mengembalikan rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat dan merungkai segala persoalan mengenai pembunuhan yang berlaku di tanah air kita ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua negara.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna sesiapa dari kalangan mereka boleh menyalahgunakan segala layanan baik yang Malaysia telah berikan selama ini dan melanggar undang-undang negara kita atau melakukan sesuka hati mereka tanpa menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat,” katanya.

Sebelas rakyat Malaysia dilaporkan berada di Korea Utara ketika Pyongyang pada 7 Mac mengumumkan larangan bagi rakyat negara ini meninggalkan negara itu.

Namun, semalam Najib mengumumkan dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu telah dibenarkan keluar dari Korea Utara dan kini berada ke Beijing.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, atau dilaporkan media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol diusir dari negara ini pada 6 Mac lalu selepas dilaporkan membuat kenyataan tidak berasas dan menghina Malaysia berhubung siasatan kes pembunuhan Jong-nam.

Sehari kemudian, Korea Utara mengumumkan tindakan mengusir Duta Besar Malaysia di negara itu, Mohamad Nizan Mohamad selain menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara berkenaan. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “MH17 dan Lahad Datu bukti Malaysia mampu hadapi kuasa asing” – Najib

Isu Rumah 8 Bilik: Pemohonan Maaf Aliff Syukri Tetap Di Kejam

$
0
0

Isu Rumah 8Bilik: Pemohonan Maaf Aliff Syukri Tetap Di Kejam

 

Oleh kerana isu  status yang dimuat naik Aliff Syukri  yang dikatakan berbaur riak dan takbur dengan mengatakan rumah sementara yang didiaminya yang mempunyai 8 bilik sempit.

Disebabkan status tersebut, beliau bukan saja dilabel riak, malah netizen juga menyatakan bahawa  jutawan itu seperti tidak bersyukur dengan rezekinya.

Beliau juga telah memohon maaf secara terbuka tetapi masih di cemuh dan di kejam oleh nitizen.
Ada yang meyifatkan bahawa Datuk Aliff terlajak riak dan terlajak bangang.


Page Sultan Melaka juga turut mencemuh perbuatan Datuk Aliff Syukri.




Sumber Isu Rumah 8 Bilik: Pemohonan Maaf Aliff Syukri Tetap Di Kejam

Haiza dikecam tak tahu isu bola

$
0
0

Kritikan dan teguran ‘pedas’ sebilangan kecil pendengar radio Kool FM berhubung sesuatu topik yang dibincangkan tidak mematahkan semangat Haiza untuk terus menempa nama dalam bidang penyiaran.

Menurut Haiza, 37, setelah setahun bersama stesen radio berkenaan, dia pernah dikecam kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup apabila membincangkan sesuatu topik khususnya membabitkan sukan bola sepak.

“Saya pernah dikecam oleh pendengar yang mengatakan mereka ‘pantang’ apabila penyampai bercakap tanpa lakukan homework.

“Tapi sebetulnya memang saya tak tahu mengenai bola dan bagi saya itu perkara normal. Takkan nak pura-pura mengakui saya tahu,” katanya kepada mStar Online.

Haiza atau Rohaizah Nordin digandingkan bersama seorang lagi penyampai berpengalaman iaitu AG dalam segmen Pagi Hari Di Kool.

Bagaimanapun kata Haiza, pengalaman dalam bidang nyanyian membantunya berhadapan situasi berkenaan.

“Sebagai penyanyi pun ada orang kritik juga, jadi saya tak melatah. Bagi saya itu adalah teguran yang baik, insyaAllah ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Sedikit pun saya tak terasa hati kerana itu adalah cuit-cuit (teguran) dan ia penting. Kita tak boleh asyik dilambung kerana bagi saya itu tak sihat,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai kerjanyanya sebagai penyampai radio, Haiza berkata dia semakin serasi bergandingan dengan AG atau Muhammad Azmir Selamat.

“Waktu mula-mula dulu saya masih mencari rentak, namun lama kelamaan gandingan kami makin serasi. AG banyak membantu saya menyesuaikan diri di konti.

“Paling menarik ialah kemahiran mengunakan panel di konti juga semakin baik. Dulu di tempat lama saya bercakap sahaja tapi di Kool FM penyampai kena kendalikan mesin… jadi penyampai bukan senang,” katanya.

Sebelum menyertai Kool FM, Haiza yang popular dengan lagu Dag Dig Dug  merupakan penyampai radio Best FM bertempat di Johor Bahru.

Sumber: Mstar



Sumber Haiza dikecam tak tahu isu bola

Video Lelaki miang rakam payudara wanita sedang tertidur dalam bas

$
0
0

SENSASI satu rakaman video perkongsian laman Facebook memaparkan kejadian seorang lelaki merakam foto payudara seorang penumpang wanita sedang tidur di sebelahnya ketika menaiki bas.

Lelaki miang rakam payudara wanita sedang tertidur

Lelaki miang rakam payudara wanita sedang tertidur

Perbuatan terkutuk lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu kebetulan sempat dirakam oleh seorang penumpang pengangkutan awam tersebut yang duduk di belakang suspek dan mangsa.

Di dalam klip berkenaan, suspek dilihat menggunakan telefon bimbit pintar bertindak nekad merakam foto penumpang wanita yang sedang tidur di sebelahnya.

Suspek dilihat membuka galeri foto telefonnya untuk melihat kembali ‘hasil seni’ bidikannya yang jelas memaparkan susuk payudara mangsa.

Menurut laman Durian KopiO, kejadian tersebut didakwa berlaku di Sarawak namun tidak dinyatakan lokasinya secara terperinci manakala video itu dimuat naik pada 7 Mac lalu.

Bagaimanapun terdapat percanggahan tentang lokasi kejadian apabila salah seorang netizen di ruangan komen memberitahu insiden itu berlaku di Korea Selatan kerana ada tertera perkataan dalam tulisan Korea.

“Sarawak kepala butuh hang. Sejak bila bas di Sarawak ada tertulis perkataan Korea? Nak tipu pun pandai2 la reka cerita. Cakapla kat Korea pun Xpe.

“Tengok muka lelaki tu pun dah tahu bukan orang Malaysia. Puji emak kau penipu scanner,” tulis Jeff Ng.

Video yang dikongsi itu menerima 1.8 ribu tanda likes dan hampir 15 ribu perkongsian serta pelbagai komen dan reaksi sama ada berbaur hinaan kepada si pelaku dan menuduhnya sebagai pervert.

Malahan anehnya tidak kurang netizen yang tampil mempertahankan suspek pula dan menyalahkan mangsa kerana berpakaian seksi.

“Jangan komen pasal cara pemakaian ya, perempuan pakai tudung sama baju kurung pun masih juga kena kacau, selagi dia perempuan cara pemakaian yang sempurna tiada maknanya, kena kacau juga,” tulis Floriska Francis.

“Karate kepala org tua x sedar diri tu….Kubur dah panggil, masih nak buat dosa,” tulis Blue Skyfighter.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Video Lelaki miang rakam payudara wanita sedang tertidur dalam bas

Terkejut jumpa janin dalam buah betik

$
0
0

Seorang pesara, Abdul Samad Ahmad, 60, terkejut kerana buah betik yang ditanamnya seolah-olah sedang mengandung kerana memiliki objek menyerupai ‘janin’ didalamnya.

Pesara terkejut jumpa ‘janin’ dalam buah betik

Katanya, ‘janin’ yang berwarna putih itu hampir menyamai ‘janin manusia’ apabila seolah-olah turut mempunyai mata dan lidah.

Tambah Abdul Samad, dia mula merasa pelik dengan buah betik yang dipetik dari kebunnya itu semalam apabila lebih berat daripada betik-betik lain iaitu mencecah 2 kilogram.

“Isteri saya yang memotong buah betik ini dan dia terkejut kerana terpotong objek keras. Selepas melihat keanehan pada betik ini dia menghubungi saya yang ketika itu di masjid.

“Saya terus pulang dari masjid dan alangkah terkejutnya saya bila tengok bentuknya menyerupai ‘janin’ bayi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Padu Permai, Sungai Besar di sini hari ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Terkejut jumpa janin dalam buah betik

Nabil rasa insaf tidak dipedulikan di Hollywood

$
0
0

Peluang menjadi hos acara karpet merah pada Anugerah Akademi ke-89 di Hollywood menjadikan pelawak Nabil Ahmad lebih insaf kerana tiada sesiapa yang mempedulikannya.

Nabil rasa insaf tidak dipedulikan di Hollywood

Nabil rasa insaf tidak dipedulikan di Hollywood

Menurut Nabil, 34, dia melalui pengalaman yang cukup bermakna khususnya dalam menilai kredibiliti dan kemampuannya sebagai selebriti di negara sendiri.

“Ia pengalaman yang sangat menginsafkan bagi saya. Kalau di sini peminat puji, sokong dan hargai saya sebagai artis namun ketika berada di sana saya bukanlah sesiapa. Mereka tak pedulikan saya pun.

“Siapa pun tak kenal saya. Saya terkejar-kejar mencari selebriti Hollywood, perlu lambai tangan untuk tarik perhatian mereka. Jadi saya terasa sangat kerdil dan sedar bahawa diri saya ini tak bagus mana pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Nabil berkongsi pengalamannya ketika mengacarakan acara karpet merah Oskar di Los Angeles pada 27 Februari lalu bagi rakaman untuk saluran HBO.

Selain itu tambah Nabil, tanggapan sesetengah pihak kononnya dia sekadar berseronok ketika berada di Hollywood adalah tidak benar.

“Memang orang nampak macam seronok, tapi percayalah saya bukan pergi untuk berseronok. Tugas yang dipikul adalah sangat besar tambahan pula apabila turut dikelilingi ratusan wartawan antarabangsa.

“Tapi pengalaman itu sangat bermanfaat. Kini saya lebih terbuka dari segi pemikiran untuk mencontohi artis Hollywood berkarya dan memajukan industri seni mereka,” katanya sambil mengakui tidak berhadapan masalah komunikasi ketika di sana.

Bercerita lanjut mengenai tugasnnya itu, Nabil berkata dia hanya sempat meluangkan masa menemubual pelakon Hong Kong, Jackie Chan.

“Selain Jackie yang sangat peramah, saya juga sempat melambai tangan dan menjerit kepada Nicole Kidman serta Salma Hayek.

“Ketika menemubual Jackie, dia mengatakan bahawa kita perlu berjaya di negara sendiri dahulu sebelum memasang impian untuk ke Hollywwod. Pesannya lagi jika kita berjaya di negara sendiri, Hollywood akan datang kepada kita dengan sendiri,” ujar Nabil.

Nabil berada di negara Uncle Sam itu selama dua minggu.

Dia yang ditemani isteri, Nazirah Ayub sempat melancong ke beberapa destinasi termasuk Venice, Monte Carlo dan Las Vegas.

Cerita Nabil yang pertama kali berkunjung ke sana, dia paling teruja tatkala berpeluang melawat ke Universal Studios Hollywood.

“Sebagai orang yang terlibat dalam bidang seni, kunjungan ke sana memang sangat berbaloi. Saya belajar mengenai produksi dan cara mereka bekerja.

“Ia tempat yang sangat banyak informasi. Bila di sana baru kita sedar sejauh mana kualiti industri hiburan tempatan. Banyak perkara yang boleh kita perbaiki jika ingin setanding atau sekurang-kurangnya mengikut jejak mereka,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Nabil rasa insaf tidak dipedulikan di Hollywood
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>