Dato Rossa tak kisah bekas suami tidur di rumahnya
Yang dinanti-nanti, akhirnya Shah Rukh Khan dan Aamir Khan bakal digandingkan
“Orang kampung perlu ada minda kelas pertama, jangan harap sokongan orang lain untuk maju” – Menteri
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh meminta penduduk di luar bandar supaya memiliki minda kelas pertama dengan tidak terus berada di belakang dan mengharapkan sokongan orang lain untuk maju ke hadapan.
Katanya, sikap merendah diri dan anggapan tidak mampu untuk maju ke hadapan perlu diubah kerana dunia tanpa sempadan kini menuntut setiap orang perlu berusaha untuk maju manakala yang malas akan terus ketinggalan.
“Ramai penduduk kampung (luar bandar) yang hidup miskin tetapi telah terbukti mampu mengubah hidup mereka dengan menukar cara hidup dengan lebih banyak berusaha seperti yang dibuktikan oleh anak-anak penduduk kampung yang berjaya dalam pendidikan.
“Mereka mampu melanjutkan pendidikan hingga ke luar negara dan berjaya menjawat jawatan tinggi,” katanya ketika berucap pada program pemimpin bersama rakyat di Masjid Al Faqeh, Balik Bukit di sini semalam.
Anggota parlimen Besut berkata kini ramai para doktor dan jurutera termasuk ahli korporat yang lahir dari kalangan anak-anak penduduk kampung pada satu ketika dahulu merupakan orang miskin.
Justeru, Idris mahu penduduk tidak terus kecewa sekiranya mereka berada dalam kalangan golongan miskin sebaliknya sanggup berusaha mengubah hidup dengan mempunyai cita-cita luar biasa dengan usaha yang lebih. — Bernama
Sumber: Projek MMO
Sumber “Orang kampung perlu ada minda kelas pertama, jangan harap sokongan orang lain untuk maju” – Menteri
“Memalukan! Parkir pasar di Kelantan jadi ‘kolam biak nyamuk’..” – Husam Musa
“Memalukan!” Demikian ungkapan bekas exco Kelantan terhadap parkir tingkat bawah sebuah pasar di negeri itu yang digenangi air.
Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf, milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dinamakan sempena sahabat Nabi yang kaya.
“Namun keadaannya memalukan. Bahagian bawah dipenuhi air sejak sekian lama. Pusat pembiakan nyamuk yang ideal,” katanya, kini penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) negeri.
Husam, wakil rakyat Salor, juga menyindir jika kawasan parkir itu ditambah air, ia boleh “menjadi kolam ikan” untuk menarik pelancong.
“Jika diletak ikan arapaima, mungkin boleh menarik kunjungan pelancong,” kata bekas naib presiden PAS itu di Facebook.
Jika kerajaan negeri itu prihatin, tambahnya, sebuah pam sudah mencukupi untuk mengeringkan kawasan itu.
Husam turut memuatkan beberapa keping foto keadaan daif Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf dan tapak pasar lama Pasir Mas yang kelihatan bersepah.
“Jika dibersihkan dan dihias menjadi taman kecil, rasanya lebih menepati Membangun Bersama Islam,” katanya lagi.
Sumber: Projek MMO
Sumber “Memalukan! Parkir pasar di Kelantan jadi ‘kolam biak nyamuk’..” – Husam Musa
Jabatan Penerangan beku cuti untuk PRU-14 pada Mei ini
Kakitangan Jabatan Penerangan tidak dibenarkan keluar negara atas urusan peribadi bermula 1 Mei ini, kata ketua pengarahnya.
Datuk Ibrahim Abdul Rahman mengesahkan arahan itu setelah pekelilingnya dibocorkan di internet, mengundang spekulasi pilihan raya umum makin dekat.
Borneo Post melaporkan pekeliling bertarikh 28 Februari lalu melarang kunjungan ke luar negara kerana jabatan itu sedang bersiap untuk pilihan raya umum ke-14.
Namun Ibrahim menjelaskan hanya kakitangan jabatan berkenaan yang dilarang, bukannya penjawat awam seperti dikhabarkan di media sosial.
“Ia tidak melibatkan semua penjawat awam seperti yang tersebar,” katanya.
Sumber: Projek MMO
Sumber Jabatan Penerangan beku cuti untuk PRU-14 pada Mei ini
Tersebar gambar Mat Dan bertunang dengan gadis melayu
Selebriti ‘Mat Saleh’ fasih bercakap loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan, 28, selamat bertunang dengan gadis Melayu dalam majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis pertungangan itu hanya diketahui selepas tersebarnya gambar ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis bertudung dan berbaju kurung warna biru.
Difahamkan, majlis pertunangan itu dilangsungkan jam 10 pagi tadi dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Menurut kenalan Mat Dan yang enggan dikenali, majlis itu dibuat secara sederhana saja tanpa sebarang liputan media demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua pihak.
“Identiti gadis pilihan hati Mat Dan juga tidak dapat didedahkan atas permintaan keluarganya,” katanya.
Januari lalu, sebuah protal online melaporkan Mat Dan menghadiri kursus praperkahwinan di sini.
Sumber: Harian Metro
Sumber Tersebar gambar Mat Dan bertunang dengan gadis melayu
Apa jadah! Remaja Indonesia ketagih cabaran mati seketika
TREND baharu melanda netizen Indonesia kebelakangan ini iaitu satu permainan yang dinamakan sebagai mati seketika atau dikenali #SkipChallenge atau #PassoutChallenge atau #SpaceMonkey.
Difahamkan permainan maut ini asalnya bermula di negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun lalu sebelum baharu menular di negara terbesar rantau Asia tenggara itu.
Di Indonesia, para remajanya terpengaruh melakukan cabaran ini kerana menganggap ia sebagai pengalaman yang mendebarkan serta menyeronokkan. Malah mereka turut berkongsi menerusi media sosial agar menjadi tular.
Permainan ini dimainkan dengan cara menekan bahagian dada selama beberapa minit sehingga seseorang itu mengalami sesak nafas atau kekurangan oksigen sehingga menyebabkannya pengsan.
Seorang doktor dari Union Quay Medical Centre, Cork, Ireland, Dr. Nick Flynn menerusi laman irishexaminer.com menjelaskan permainan tersebut sangat berbahaya kerana mampu menyebabkan kekurangan oksigen (hipoksia).
Mangsa bahkan boleh mengalami kekejangan dan kerosakan otak serta membawa kepada kematian.
“Ketika melakukan passout challenge (atau skip challenge) mereka meniru keadaan kekurangan nafas iaitu menghentikan otot dada dari bergerak sehingga menyebabkan pengaliran oksigen ke otak berkurangan,” katanya.
Tambah Flynn lagi, permainan ini tidak ubah seperti seseorang itu sedang lemas, tersedak atau mengalami serangan jantung.
“Keadaan itu menyebabkan hipoksia dan boleh mencetuskan sawan bahkan kematian. Skip challenge sangat berbahaya,” sambungnya.
Beberapa siri kematian dilaporkan di AS berikutan remajanya mencuba permainan ini tanpa mengetahui risiko yang terpaksa mereka hadapi.
Antara yang menjadi mangsa permainan ini adalah remaja berusia 11 tahun, Da’Vorius Gray dari California maut dalam tandas selepas mencuba permainan tersebut setelah melihatnya menerusi dalam talian.
Selain Gray, seorang lagi remaja 12 tahun; Erik Robinson turut mengalami nasib yang sama. Begitu juga Kimberly Wilson, 15 dari Lawrence dan beberapa mangsa lagi.
Diharapkan permainan ini tidak pula menular dalam kalangan remaja negara ini kerana ia terbukti boleh mendatangkan bahaya dan maut.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Apa jadah! Remaja Indonesia ketagih cabaran mati seketika
10 FOTO: Pengacara Mat Dan "Kaki Jalan" Selamat Bernikah Dengan Gadis Terengganu
Pengacara Mat Dan "Kaki Jalan" Selamat Bernikah Dengan Gadis Terengganu
MAT DAN BERTUNANG PAGI TADI
Pengacara berbangsa Inggeris yang fasih bercakap loghat Terengganu, Mat Dan telah selamat bertunang dengan gadis Melayu dalam majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, pagi tadi.
Mat Dan atau nama sebenarnya, Kareef Daniel Abdullah merupakan pengacara rancangan yang semakin disukai ramai iaitu "Mat Dan Kaki Jalan"
Beberapa ekping gambar pertunangan telah tersebar di laman sosial,
Gambar ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis bertudung dan berbaju kurung warna biru atau purple.
Difahamkan, majlis pertunangan itu dilangsungkan jam 10 pagi tadi dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Majlis berjalan secara sederhana tanpa sebarang liputan media demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua pihak.
Identiti gadis pilihan hati Mat Dan juga tidak dapat didedahkan atas permintaan keluarganya, jelas sumber terdekat.
Ini foto pertunangan:
MAT DAN BERNIKAH PETANG TADI
Selepas bertunang, Mat Dan dan wanita tersebut akhirnya disatukan.
Satu majlis pernikahan telah berlangsung diercayai di rumah wanita terbabit.
Beberapa keping gambar Mat Dan dan isteri telah tersebar di laman media sosial.
Ini fotonya:
Sumber 10 FOTO: Pengacara Mat Dan "Kaki Jalan" Selamat Bernikah Dengan Gadis Terengganu
Gambar: Mat Dan bukan saja dah bertunang tapi sebenarnya dah nikah
Dalam senyap, Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah yang popular dengan loghat Terengganu itu selamat bertunang dengan gadis pilihannya. Ramai yang tak tahu dengan berita ni sehingga lah dua keping gambar menunjukkan gambar Mat Dan lengkap berbaju Melayu serba biru ditemani ibu bapanya tersebar di laman sosial media.
Wah, kami pasti ramai gembira dengan pertunangan Mat Dan ni. Semoga semua dipermudahkan hingga ke majlis perkahwinan nanti. Jangan lupa jemput kami sekali ye. Tahniah Mat Dan!
Gadis Melayu pilihan Mat Dan
Orang ramai mula tahu mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa foto Mat Dan dan ibu (Nicol Tyler) dan bapa (Kevin Tyler) berdiri bersama Mat Dan yang ketika itu mengenakan baju Melayu lengkap warna biru. Terdapat juga gambar ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis kurung biru dan bertudung ungu lembut.
Menurut laporan Berita Harian, Mat Dan mengadakan majlis pertunangan dengan sederhana dan hanya dihadiri sahabat dan keluarga kedua-kedua pihak. Ini kerana dia ingin menghormati permintaan pasangan itu.
Memang benar Mat Dan sudah bertunang dengan gadis tempatan kira-kira jam 10 pagi tadi sambil dihadiri sahabat dan keluarga terdekat sahaja. “Atas permintaan keluarga pasangan itu, majlis dibuat sederhana mengikut amalan tradisi Melayu.
Tambahnya lagi, identiti tunangnya tak boleh didedahkan atas permintaan keluarga yang mahu menjaga privasi masing-masing. Jom kita layan foto-foto Mat Dan di sekitar majlis pertunangannya.
Sumber: Bharian
Sumber Gambar: Mat Dan bukan saja dah bertunang tapi sebenarnya dah nikah
Lee Chong Wei menang All England buat kali ke-4
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keempat Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham, Ahad.
Pemain No.1 dunia itu hanya mengambil masa 45 minit untuk menyingkirkan pemain China, Shi Yuqi selepas bermula baik pada set pertama dengan keputusan 21-12.
Pada set kedua, Chong Wei meneruskan rentak konsisten dengan menundukkan Yuqi 21-10 sekaligus merangkul gelaran pertamanya tahun ini.
Menurut Chong Wei selepas perlawanan, beliau akan terus mempertahankan gelaran ini pada tahun hadapan.
“All England antara kejohanan kegemaran saya dan akan turut bertanding pada aksi Kejuaraan Dunia di Glasgow (Ogos) nanti.
“Terima kasih kepada peminat-peminat yang terus menyokong saya”.
Sebagai rekod, Chong Wei meraih turut merangkul juara All England pada tahun 2010, 2011 dan 2014.
Sumber: Mstar
Sumber Lee Chong Wei menang All England buat kali ke-4
“Kerajaan sepatutnya henti semua subsidi bila harga minyak mentah dunia jatuh” – Annuar Musa
Kerajaan sepatutnya menghentikan semua subsidi apabila harga minyak mentah dunia jatuh di bawah USD40 setong, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata kejatuhan harga minyak memberi kesan ketara terhadap hasil negara yang digunakan bagi membiayai sebahagian subsidi demi kesejahteraan rakyat.
“Keupayaan kerajaan mengekalkan subsidi adalah kerana kemampuannya menguruskan kewangan negara dengan baik walaupun sebahagian subsidi terpaksa ditarik berperingkat-peringkat,” kata Annuar.
Annuar berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis pada Ahad sempena program jelajah beliau untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu semasa.
Mengenai Malaysia yang dilaporkan antara 10 negara paling korup di dunia, Annuar berkata tuduhan itu lebih bersifat persepsi kerana tuduhan sama juga dibuat semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
“Cabaran kita ialah bagaimana hendak membanteras rasuah. Penguatkuasaan sahaja tidak cukup kerana budaya rasuah memerlukan kerjasama semua pihak untuk dihapuskan,” katanya.
Menjawab soalan lain, Annuar berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah lebih 30 tahun membuka ruang kepada golongan muda untuk aktif berpolitik dansekali gus menyangkal dakwaan bahawa pembangkang lebih dahulu melaksanakannya. Beliau turut menyangkal dakwaan ada pemimpin Umno menghalang pembinaan lebuhraya rakyat dari Machang-Kuala Krai sepanjang 40 kilometer yang dicanangkan olehkerajaan PAS Kelantan.
“Rakyat sepatutnya fikir lojik projek tersebut. Mampukah rakyat Kelantan menyumbang RM1 bilion untuk melaksanakan projek itu sedangkan bajet tahunan negeri hanya antara RM800 juta hingga RM900 juta sahaja,” kata Annuar.
Beliau berkata Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula menaja 230,000 pelajar dengan bantuan berjumlah RM2 bilion setahun namun banyak fitnah dilemparkan terhadap agensi itu dan dirinya.
“Pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli pernah menyebar video kesusahan seorang pelajar hidup susah kerana tidak mendapat biasiswa seolah-olah Mara mengabaikan nasib pelajar tersebut.
“Fitnah seperti ini atau yang separuh benar adalah mainan pembangkang hanya untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan BN,” tambahnya.-Bernama
Sumber: MStar
Sumber “Kerajaan sepatutnya henti semua subsidi bila harga minyak mentah dunia jatuh” – Annuar Musa
Video Raja Bomoh muncul kembali, lakukan ritual untuk lindungi Malaysia daripada diserang Korea Utara
“Raja Bomoh Sedunia” Malaysia, telah menawarkan khidmatnya untuk membantu melindungi negara ini daripada serangan nuklear Korea Utara.
Rakaman video berdurasi 18 saat memaparkan Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ dengan panggilan Datuk Mahaguru sedang melakukan ritual di sebuah pantai telah menjadi tular.
Video menunjukkan Ibrahim dan tiga pembantu berada di pantai memegang dua biji kelapa, dua batang kayu yang dijadikan teropong, lima meriam buluh, sejadah dan semangkuk air laut.
“Upacara kali ini adalah untuk melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara lain terutama Korea Utara,” kata Ibrahim yang dipetik daripada sebuah portal Melayu.
“Selain itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin Korea Utara supaya melepaskan sebelas rakyat Malaysia dengan segera dan menyelesaikan situasi sekarang (pembunuhan Kim Jong-nam ) ” katanya.
Menjelaskan penggunaan meriam buluh, dia berkata upacara ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak tetapi merupakan peringatan bahawa konflik ini akan diselesaikan tidak lama lagi.
Sumber:Mstar
Sumber Video Raja Bomoh muncul kembali, lakukan ritual untuk lindungi Malaysia daripada diserang Korea Utara
Video bilal bangun setiap kali waktu solat laungkan azan dan koma semula setelah selesai azan
INDIVIDU di dalam video ini adalah seorang bilal yang berada di dalam keadaan koma. Namun, disebabkan satu insiden, dia kini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital.
Difahamkan, lelaki ini akan ‘bangun’ setiap kali masuk waktu solat untuk melaungkan azan dan koma semula setelah selesai azan.
Ibnu Rajab Al Hambali pernah mengatakan, sesungguhnya seorang hamba hanyalah akan diberi balasan sesuai amalan yang dia lakukan.
“Barang siapa meninggalkan suatu amalan -bukan kerana uzur syarie seperti sakit, bersafar, atau dalam keadaan lemah di usia tua, maka akan terputus darinya pahala dan ganjaran jika dia meninggalkan amalan tersebut.” (Lihat Fathul Baari lii Ibni Rajab, 1/84)
Namun perlu diketahui bahawa apabila seseorang meninggalkan amalan soleh yang biasa dia rutinkan kerana alasan sakit, sudah tidak mampu lagi melakukannya, dalam keadaan bersafar atau uzur syarie lainnya, maka dia akan tetap memperoleh ganjarannya.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW,
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
“Jika seseorang sakit atau melakukan safar, maka dia akan dicatat melakukan amalan sebagaimana amalan rutin yang dia lakukan ketika mukim (tidak bemusafir) dan dalam keadaan sihat.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2996)
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Abu Aqif Al Aman
Sumber Video bilal bangun setiap kali waktu solat laungkan azan dan koma semula setelah selesai azan
Isteri Hilangkan Diri Selepas Beri Suami Minum Susu Beracun
Seorang petani yang terjaga selepas tidak sedarkan diri beberapa terkejut apabila mendapati isterinya hilang, begitu juga beberapa barangan di rumah mereka.
Pada malam 3 Mac lalu, isterinya memberikan segelas susu kepada lelaki berusia 52 tahun yang tinggal bersama isterinya serta anak saudara lelakinya yang berusia 12 tahun.
Tung Yunlong menetap di Harbin, wilayah Heilongjiang keliru apabila mendapati isterinya yang berusia 48 tahun itu tiada di rumah.
Pasangan yang berkahwin hampir 30 tahun dan mempunyai anak perempuan berusia 29 tahun melaporkan kejadian ke kepada polis.
Pihak polis yang kemudiannya mengambil gelas susu berkenaan untuk diuji mendapati ia mengandungi sisa racun herba.
Menurut petani itu, dia masih tidak dapat memikirkan punca isterinya menghilangkan diri atau cuba meracunnya.
Bagaimanapun, beliau memberitahu polis bahawa kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku kerana isterinya pernah hilang beberapa kali sejak enam bulan lalu.
Isterinya akan ‘hilang’ antara beberapa hari hingga sebelum sebelum pulang semula ke kediaman mereka, bagaimanapun pasangan itu dikatakan jarang bertengkar.
Setakat ini, polis masih menyiasat kes berkenaan. – South China Morning Post
Sumber:Mstar
Sumber Isteri Hilangkan Diri Selepas Beri Suami Minum Susu Beracun
“Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia” – Azwan Ali
Pada Februari yang lepas, ibu Azwan Ali telah meninggal dunia dan Azwan Ali dikatakan tidak melawat langsung jenazah apatah lagi berada di kubur arwah ibunya.
Disebabkan tindakan Azwan Ali tersebut, ramai netizen mengutuk Azwan sebagai anak derhaka kerana sanggup tidak menjenguk arwah ibunya walaupun sudah meninggal dunia.
Akhirnya Azwan Alu tampil memberi penjelasan kenapa dia tidak melawat arwah ibunya dan tidak hadir semasa majlis pengebumian arwah dalam rancangan Melodi sebentar tadi.
“Memang Azwan Ali tak pergi langsung bila Maknya sendiri meninggal dunia… Saya ada sejuta sebab kenapa saya tidak langsung menghadiri..
Saya tak pergi melawat jenazah dan saya tidak berada di tanah perkuburan, tetapi saya akan menjawab dengan Allah SWT sebab Allah Maha mengetahui kenapa saya tidak berada di sisi jenazah” – Azwan Ali
Alahai, masa hidup pun susah nak melawat apatah lagi masa dah meninggal dunia. Senang dan mudah jawapan si Azwan ni, biar dia jawab dengan Allah sebab Allah Maha mengetahui.
Sumber: Artis Buzz
Sumber “Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia” – Azwan Ali
MLM 2017 : XOXO Dikecam Sebab Tiru Lawak Korea Gag Concert Sekali Lagi
Sesiapa yang mengikuti prorgam Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), sudah pasti tahu isu kumpulan XOXO (Wan, Wan Gegau dan Chot) menciplak idea sebuah rancangan lawak terkenal di Korea iaitu Gag Concert.
Semua itu dinafikan oleh kumpulan XOXO yang kononnya mereka tidak menciplak atau meniru program Gag Concert tetapi menjadikan program tersebut sebagai bahan rujukan.
Tetapi, pada minggu ke 4 yang berlangsung malam tadi, bertemakan zaman belajar (sekolah), sekali lagi kumpulan XOXO didakwa meniru rancangan Gag Concert.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan persembahan kumpulan XOXO yang meniru bulat-bulat idea rancangan Gag Concert itu.
Ini antara komen netizen di laman Twitter tentang persembahan kumpulan XOXO ;
VIDEO KUMPULAN XOXO MINGGU 4 MAHARAJA LAWAK MEGA 2017
Sumber: Artis Buzz
Sumber MLM 2017 : XOXO Dikecam Sebab Tiru Lawak Korea Gag Concert Sekali Lagi
‘Agak mustahil untuk menolak semula kepala bayi yang telah keluar di celah kangkang si ibu’
Abruptio placenta – Pemisahan uri daripada dinding rahim sebelum bersalin menyebabkan pendarahan yang banyak dan membahayakan nyawa ibu dan anak. |
Shoulder dystocia – Kepala telah keluar ke celah kangkang melepasi vagina, namun bahu tersangkut. |
Sumber ‘Agak mustahil untuk menolak semula kepala bayi yang telah keluar di celah kangkang si ibu’
Sah! Mat Dan sudah bernikah dengan gadis Melayu
Personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih dengan loghat Terengganu iaitu Mat Dan selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya pada Ahad.
Majlis akad nikah dilakukan secara tertutup selepas solat Asar di Bukit Chendering di sini.
Media difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan seorang pramugari.
Majlis akad nikah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuklah ibu-bapa Mak Dan yang datang dari Bristol England iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler.
Pasangan pengantin terlebih dahulu bertunung pada hari yang sama, diadakan pada sebelah pagi.
Hasrat Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 28, untuk merahsiakan majlis pertunagannya itu gagal selepas gambar-gambarnya menjadi tular pada tengah hari iaitu beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan.
Mat Dan fasih bercakap loghat Terengganu sejak berkunjung ke negeri itu pada tahun 2009 untuk bercuti.
Mat Dan popular dalam rancangan travelog siaran Astro Prima iaitu “Mat Dan Kaki Jalan”.
Sumber:Mstar
Sumber Sah! Mat Dan sudah bernikah dengan gadis Melayu
Remaja 16 tahun jadi mangsa rogol bergilir-gilir 5 lelaki lepas jumpa abang angkat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menerima nasib malang apabila didakwa menjadi mangsa rogol oleh lima lelaki di Kampung Keluang dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan di sini dirogol secara bergilir-gilir oleh suspek di sebuah rumah di kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bapanya mengambilnya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.
Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi, ketika mangsa berada di sebuah kedai tempat kerjanya, dia telah menerima panggilan telefon daripada abang angkatnya.
“Mangsa kemudiannya pergi berjumpa dengan lelaki itu di pantai Bukit Keluang kira-kira jam 12 tengahari.
“Sejam setengah kemudian, datang dua lelaki yang merupakan rakan kepada abang angkat mangsa dengan sebuah kereta Perodua Myvi,” katanya kepada pemberita.
Mohd Zamri berkata, abang angkatnya kemudian dikatakan telah meminta dua rakannya itu menghantar mangsa pulang ke tempat kerja di Kampung Raja.
Sumber:Sinar
Sumber Remaja 16 tahun jadi mangsa rogol bergilir-gilir 5 lelaki lepas jumpa abang angkat