Menurut Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Norshafila Hassim, 31, Adira juga perlu berdikari jika tiba giliran suami untuk bersama-samanya dan anak-anak.

“Kalau giliran suami dengan dia, saya akan jaga sendiri anak-anak walaupun ketika mereka sakit.

“Hidup bermadu ini kena pandai berdikari dan perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Online.

Terdahulu, Datuk Red, 39, atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah memuat naik sekeping gambar memberitahu bahawa isteri keduanya itu sudah selamat bersalin.

Bayi perempuan itu lahir pada 10 Mac lalu dan diberi nama Anggerik.

Ini adalah anak pertamanya dengan Adira manakala bersama isteri pertama pula dia dikurniakan tiga orang anak.

Dalam pada itu, Datin Red turut melahirkan rasa leganya selepas madunya itu selamat bersalin.

“Saya akan luangkan masa untuk melawat dia bila berkelapangan nanti,” katanya. – Utusan Online.