Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Lelaki miang bisikkan kata-kata lucah pada gadis dalam LRT dicekup polis

$
0
0

Lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepada mangsa sambil membuat ekspresi tidak senonoh ke arahnya menyebabkan mangsa memuat naik mengenai kejadian itu di Facebook.

 
Lelaki miang bisikkan kata-kata lucah pada gadis dalam LRT dicekup polis

Lelaki miang bisikkan kata-kata lucah pada gadis dalam LRT dicekup polis

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang didakwa mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya, Isnin lalu diserah kepada polis.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.

“Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian digunakan untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.

“Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.

 

Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.

Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang samasa pelajar berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.

“Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang dan gatal.

“Merasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada.

“Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa,” kata kenyataan itu.

Sumber:FMT



Sumber Lelaki miang bisikkan kata-kata lucah pada gadis dalam LRT dicekup polis

Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tiada bukti kukuh, semua tertuduh dilepas dan dibebas oleh mahkamah

$
0
0

Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga individu, yang dituduh menipu dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), tanpa dipanggil membela diri.

Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tiada bukti kukuh, semua tertuduh dilepas dan dibebas oleh mahkamah

Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tiada bukti kukuh, semua tertuduh dilepas dan dibebas oleh mahkamah

Mereka ialah Law Jenn Dong, 59, bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) iaitu syarikat kontraktor pembinaan PKFZ; arkitek Bernard Tan Seng Swee, 56, dari BTA Architect yang merupakan perunding PKFZ dan Ketua Pegawai Operasi KDSB, Stephen Abok, 59.

Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan.

Seramai 31 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Muhammad Anas Mahadzir dan Noor Zalizan Lazarous.

Law diwakili oleh peguam Datuk Tan Hock Chuan, Stephen oleh peguam Hisham Teh Poh Teik, manakala Bernard Tan diwakili peguam Datuk V Sithambaram.

Ketika membuat keputusan, Asmadi berkata apa yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah Law, Stephen dan Bernard Tan ada menandatangani notis pembayaran untuk membuat tuntutan bagi kerja-kerja infrastruktur elektrikal untuk projek PKFZ.

Namun, beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan apakah kemudahan sistem elektrikal 33KV yang tidak dibuat oleh KDSB semasa notis pembayaran berkenaan dihantar kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan OSK Trustees Bhd bagi tujuan pembayaran.

“Pihak pendakwaan tidak boleh bergantung kepada fakta bahawa TNB (Tenaga Nasional Bhd) tidak membenarkan KDSB membuat kerja-kerja sistem elektrikal 33KV sebagai bukti bahawa KDSB tidak melakukan kerja-kerja tersebut tetapi telah membuat tuntutan.

“Keterangan yang ada di hadapan mahkamah menunjukkan sebahagian besar kerja-kerja infrastruktur bagi sistem elektrik 33KV telah disiapkan dan KDSB dengan bantuan LPK sehingga ke tahun 2009 masih merayu untuk dibenarkan membuat kerja-kerja sistem 33KV secara siap guna,” katanya.

Malangnya, tambah Asmadi, usaha-usaha KDSB dan LPK terbantut apabila adanya pertikaian yang membawa kepada tindakan sivil diambil oleh LPK terhadap KDSB dan BTA Architect.

Justeru, beliau berkata setelah membuat penilaian maksimum ke atas kesemua keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan dan kredibiliti mereka serta kesemua eksibit yang dikemukakan kepada mahkamah, pihaknya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan.

“Dengan ini, ketiga-tiga tertuduh dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan,” katanya.

Law, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah pada 8 Nov 2010 atas 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada KDSB untuk dua projek di PKFZ di OSK Trustees Bhd, Plaza OSK Ampang antara 30 Jun 2006 sehingga 20 Jun 2008.

Stephen dan Bernard Tan juga mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees di antara 31 Julai 2007 dan 8 Okt 2008 dengan memperdaya syarikat pemegang amanah itu untuk membayar RM5.42 juta kepada KDSB untuk projek sistem bekalan elektrik ke PKFZ yang tidak dilaksanakan.

Bagi setiap pertuduhan mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan asal menipu LPK membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.

Bernard Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB melibatkan dua projek yang sama antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008. — Bernama

Sumber:Malay Mail



Sumber Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tiada bukti kukuh, semua tertuduh dilepas dan dibebas oleh mahkamah

“Sudah sebulan, bila nak dakwa?” – Waris 8 remaja yang maut dirempuh ketika berbasikal tengah malam mahu pemandu segera didakwa

$
0
0

Waris lapan remaja berbasikal, yang terbunuh dirempuh kereta pada 18 Februari lalu, mahu pemandu itu didakwa segera.

"Sudah sebulan, bila nak dakwa?" - Waris 8 remaja yang maut dirempuh ketika berbasikal tengah malam mahu pemandu segera didakwa

“Sudah sebulan, bila nak dakwa?” – Waris 8 remaja yang maut dirempuh ketika berbasikal tengah malam mahu pemandu segera didakwa

Walau sudah sebulan anaknya Fauzan maut, Halmijah Selamat, 47, berkata sehingga sekarang pemandu kereta Nissan Almera tersebut belum didakwa.

“Keadaan berbeza di Singapura apabila pemandu van yang merempuh dua penunggang motosikal hingga mati di lebuh raya Bukit Timah pada Sabtu lalu didakwa di mahkamah dua hari selepas kejadian.

“Kejadian berlaku hari Sabtu, hari Isnin pemandu itu didakwa di mahkamah dengan dua pertuduhan kerana memandu secara terburu-buru sehingga menyebabkan dua kematian,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

Dalam nahas 11 Mac lalu, dua penunggang motosikal warga Malaysia, masing-masing berusia 34 dan 50 tahun, maut di tempat kejadian.

Waris dua lagi mangsa, Amir Omar dan Jamilah Sulaiman, pula berharap polis tidak mengambil masa lama untuk menyelesaikannya.

“Kami faham kerja polis dan kami tidak mahu mengganggu siasatan. Namun mereka berjanji mahu memaklumkan perkembangan terkini kes itu kepada kami sebelum ini,” katanya Amir, bapa kepada Mohamad Azhar, 16.

Sementara Jamilah juga berharap siasatan kes kemalangan yang melibatkan kematian anaknya Haizad Kasrin, 16, dipercepatkan.

Namun, timbalan ketua polis negara berkata polis tidak boleh terburu-buru mengambil tindakan dan perlu mengumpul bukti kukuh.

“Kami tidak boleh terburu-buru kerana ini kes besar, melibatkan lapan nyawa dan kita nak pastikan semuanya berjalan lancar” kata Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam kejadian awal pagi 18 Februari lalu, dua lagi cedera parah dan enam cedera ringan apabila sekumpulan remaja berbasikal dirempuh seorang pemandu wanita.

Sumber:Malay Mail



Sumber “Sudah sebulan, bila nak dakwa?” – Waris 8 remaja yang maut dirempuh ketika berbasikal tengah malam mahu pemandu segera didakwa

(8 Foto & Video) Lelaki Gelandangan Selama 25 Tahun Ini Sebak Selepas Diberi Transformasi Gaya Hipster, Kejutkan Orang Ramai

$
0
0

Seorang lelaki yang hidup sebagai gelandangan selama 25 tahun terkejut apabila melihat wajahnya yang telah ditransformasikan supaya menjadi lebih kemas.

(8 Foto & Video) Lelaki Gelandangan Selama 25 Tahun Ini Sebak Selepas Diberi Transformasi Gaya Hipster, Kejutkan Orang Ramai

(8 Foto & Video) Lelaki Gelandangan Selama 25 Tahun Ini Sebak Selepas Diberi Transformasi Gaya Hipster, Kejutkan Orang Ramai

Jose Antonio, 55, ditawarkan transformasi itu oleh seorang tuan kedai salon berhampiran tempat dia mengutip bayaran parkir kereta secara haram.

Jose memasuki kedai salon itu dengan rambut grey serabai. Tetapi dia melangkah keluar dari kedai terbabit dengan bergaya hipster.

 

Malah, perubahan Jose itu menyebabkan dia langsung tidak dikenali oleh orang sekeliling. Seorang pemilik bar berdekatan kawasan parkir yang dijaga olehnya secara tidak disangka-sangka menyediakan bir kepadanya.

Jose juga berjaya memikat pandangan beberapa wanita yang tertarik melihat gaya yang dikenakan oleh beliau.

 

Video transformasi Jose dikongsi oleh penerbit filem, Dr. Filmgood di laman Facebook La Salvajeria (kedai Salon) sebagai ulang tahun ketiga salon terbabit. Video terbabit dirakam pada 2015 namun baru sahaja dimuat naik baru-baru ini oleh Salon berkenaan.

Menerusi video berkenaan, Jose – yang mula hilang arah hidup apabila menderita kemurungan – kelihatan duduk tenang sahaja sambil membiarkan sahaja wajahnya ‘diubah’.

 

Namun selepas melihat hasil akhir dari transformasi itu, Jose tidak mampu menahan sebak dan mula sebak sambil berkata: ‘Oh Tuhan, ini sangat menakjubkan. Adakah ini betul-betul diri saya?’.

‘Saya sangat lain, tiada siapa pun akan kenal melainkan saya beritahu siapa sebenarnya saya’.

Kamera kemudian mengikuti Jose keluar dari salon itu dan melihat reaksi orang ramai apabila mengetahui sebenarnya itu adalah Jose.

Tonton video transformasi ajaib itu dibawah:

Hari ini, Jose Antonio seorang yang pembersih dan tidak lagi kembali kepada rupa lamanya. Dia mengekalkan kekemasan wajahnya biarpun rambutnya bertukar grey semula. Bagaimanapun, sehingga hari ini Jose masih belum mendapat pekerjaan biarpun dia mendapat bantuan kewangan dari sebuah syarikat yang enggan dikenali.

 

 

 

‘Ia bukan sekadar perubahan wajah. Ia juga mengubah hidup saya. Apa yang saya mahu sekarang adalah kerja yang stabil’ – kata Jose.

Sumber: Metro.co.uk

 

Via: SK



Sumber (8 Foto & Video) Lelaki Gelandangan Selama 25 Tahun Ini Sebak Selepas Diberi Transformasi Gaya Hipster, Kejutkan Orang Ramai

Dibelasah teruk oleh banduan lain dalam tahanan, bekas banduan penjara Sungai Buloh saman kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri

$
0
0

Seorang bekas tahanan penjara Sungai Buloh memfailkan saman kecuaian terhadap lima pegawai penjara Sungai Buloh, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia berhubung insiden dipukul oleh banduan lain ketika dalam tahanan dua tahun lalu.

Dibelasah teruk oleh banduan lain dalam tahanan, bekas banduan penjara Sungai Buloh saman kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri

Dibelasah teruk oleh banduan lain dalam tahanan, bekas banduan penjara Sungai Buloh saman kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri

V. Shashitheran, 36, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Bekas pemandu peribadi itu menamakan lima pegawai penjara iaitu  Ketua Inspektor Zahit Zulkifli; Sarjan Johari Ismail; Koperal Mokhtar Hamat;  Koperal Narul Zaman Md Sidek dan Wan Azman Abdul Rahim masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima.

Sementara itu Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara, KDN dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan keenam hingga kelapan.

 

Melalui pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa dia telah ditahan di Blok Damai Penjara Sungai Buloh selama lima hari bermula 23 November 2015 sebelum dipindahkan ke Blok Cekal penjara yang sama  pada 28 November 2015.

Menurutnya, dia telah ditempatkan bersama lebih kurang 100 tahanan lain dalam sel tersebut.

Shashitaran mendakwa dia telah dipukul dengan teruk oleh lima banduan pada 1 Disember 2015 selepas menegur mereka mencuri makanan milik banduan lain.

Dakwa Shashitharan, ketika dipukul dia telah menjerit berkali-kali meminta tolong daripada plaintif pertama hingga kelima namun tidak diendahkan, sebelum dipijak di belakang tengkuk oleh salah seorang banduan berkenaan sehingga tidak sedarkan diri.

Tambahnya, dia hanya sedar selepas beberapa minit kemudian namun tidak mampu bercakap dan dalam keadaan sangat lemah sebelum seorang banduan lain memaklumkan kepada defendan pertama.

Shashitharan kemudian dibawa ke klinik penjara menggunakan troli makanan selepas didapati dalam keadaan teruk sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya dia ditahan selama dua minggu di wad ICU dan seminggu di wad biasa serta menjalani pembedahan pada 21 Disember 2015 sebelum dibenarkan pulang pada 8 Januari 2016.

Sementara itu plaintif mendakwa, akibat insiden tersebut, dia telah mengalami kesakitan, kecederaan dan ketidak upayaan sehingga perlu memakai ‘neck brace’ bagi menyokong leher selain kehilangan sensasi pada kulit  serta tidak mampu mengawal pembuangan air besar atau kecil.

Plaintif mendakwa kesemua defendan cuai kerana menempatkannya dalam sel yang sesak sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan dan keganasan serta gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikannya selama sembilan hari dalam tahanan penjara.

Sehubungan itu dia menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk,  serta deklarasi tindakan menempatkan 100 banduan dalam satu sel adalah bercanggah dengan Akta Penjara 2000 atau artikel 5 dan artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

 
 
 Sumber:Sinar


Sumber Dibelasah teruk oleh banduan lain dalam tahanan, bekas banduan penjara Sungai Buloh saman kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri

“Ya, kita diugut, kita diancam” – Malaysia akui terima ugutan dari Korea Utara

$
0
0

Malaysia mengakui ada menerima ugutan Korea Utara susulan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

“Ya, kita diugut, kita diancam" - Malaysia akui terima ugutan dari Korea Utara

“Ya, kita diugut, kita diancam” – Malaysia akui terima ugutan dari Korea Utara

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau enggan mengulas lebih lanjut ugutan yang diterima, sebaliknya menegaskan negara masih mempunyai pemimpin rasional yang tidak akan menggunakan pendekatan mengancam keselamatan nyawa rakyat.

“Ya, kita diugut, kita diancam. Saya tak mahu menyebut lebih dari itu kerana sembilan rakyat negara kita masih ada di negara itu, tetapi rakyat mereka juga ada di negara kita.

“Daripada sejumlah 2,453 orang, seramai 191 rakyat mereka menyertai Malaysia My Second Home (MM2H), 801 tenaga kerja, 187 pelombong dan 11 orang belajar di pusat pengajian di negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kelompok Persidangan Umno Cawangan Peringkat Terengganu di Stadium Negeri, di sini, hari ini.

 

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, keselamatan rakyat Korea Utara di negara ini terjamin walaupun hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan kes pembunuhan itu.

“Malaysia mempunyai pemimpin yang rasional, Insya-ALLAH. Selagi mereka jaga rakyat kita baik-baik, kita juga menghormati dan menjaga rakyat mereka. Kita tak mahu ganggu gugat, selagi mereka tak ganggu gugat kita.

“Kita akan hormati mana-mana pemimpin luar selagi mereka hormati pemimpin kita. Kita tak mahu menggunakan ini sebagai rundingan untuk kita korbankan rakyat kita dan kita tak mahu korbankan rakyat mereka di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memuji kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan kes pembunuhan Jong Nam yang membawa kepada penangkapan suspek dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu.

Katanya, ia membuktikan badan keselamatan di negara ini mempunyai kecekapan yang tinggi dalam menangani kes berkaitan.

“Tahniah diucapkan kepada PDRM atas kecekapan menangkap individu yang digunakan oleh satu kumpulan dari negara berkenaan tempoh 24 jam. Kita beruntung kerana pasukan keselamatan kita polis dan tentera berkolaborasi dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid menegaskan, Malaysia bukan lokasi jenayah antarabangsa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak.

“Kita tak mahu negara kita dijadikan batu loncatan atau dijadikan sebagai tempat untuk melancarkan keganasan atau jenayah antarabangsa.

“Justeru, saya menyeru supaya rakyat seluruhnya bersatu ketepikan perbezaan politik, agama dan bangsa demi negara. Demi keselamatan, unsur luar atau dalam kita ketepikan dan bersatu untuk pastikan keselamatan negara dipertahankan,” katanya.

 
 
 
Sumber:Sinar


Sumber “Ya, kita diugut, kita diancam” – Malaysia akui terima ugutan dari Korea Utara

Bunga ros Beauty and The Beast, bunga ros yang boleh hidup selamanya

$
0
0

Tak ada perempuan yang tak gembira bila dapat bunga daripada orang tersayang. Walaupun orang kata beri bunga, bunga akan layu. Nampaknya tidak pada kali ini kerana bunga ros yang dipanggil bunga ros Beauty and The Beast. 

Bunga ros Beauty and The Beast, bunga ros yang boleh hidup selamanya

Bunga ros Beauty and The Beast, bunga ros yang boleh hidup selamanya

Istimewanya bunga ros ni boleh tahan selama 3 tahun tanpa cahaya matahari dan air. Tapi, sekiranya diletakkan di dalam dome yang diberi boleh kekal selamanya! Banyak warna boleh pilih. Seronoknya !

 

 

 

 

Sumber: Era fm



Sumber Bunga ros Beauty and The Beast, bunga ros yang boleh hidup selamanya

‘Hijrah Ke Islam Satu Keputusan Yang Betul’- Kisah Cinta Mat Saleh & Gadis Muslim Ini Pasti Buat Anda Kagum


Kami Tak Pernah Bersatu Hati- Imam Muda Asyraf Dedah Kisahnya Bersama Ustaz Don Yang Ramai Tak Tahu

$
0
0

Kalau sebut nama Iman Muda Asyraf pasti semua tahu kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang nyata terserlah. Memang tidak salah percaturan apabila namanya dijulang sebagai juara program realiti dakwah Imam Muda musim pertama.

Kami Tak Pernah Bersatu Hati- Imam Muda Asyraf Dedah Kisahnya Bersama Ustaz Don Yang Ramai Tak Tahu

Kami Tak Pernah Bersatu Hati- Imam Muda Asyraf Dedah Kisahnya Bersama Ustaz Don Yang Ramai Tak Tahu

Baru baru ini Iman Muda Asyraf ada berkongsi kisah duka zaman bersekolah bersama Ustaz Don. Tak sangka mereka berdua sebilik dan sebantal. Hehe. Yang penting dua dua berjaya dalam bidang keagamaan. Salute!

Banyak perbezaan walaupun duduk sebilik

Dia sentiasa bersama geng warak

Via: Oh Bulan



Sumber Kami Tak Pernah Bersatu Hati- Imam Muda Asyraf Dedah Kisahnya Bersama Ustaz Don Yang Ramai Tak Tahu

Polisi Baru Bagasi 7kg AirAsia Jadi Kontroversi, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

$
0
0

Minggu lepas, AirAsia telah mengumumkan polisi baru dimana bagasi penumpang tidak boleh melebihi 7kg
Sebenarnya, peraturan ini telah pun dikenakan sejak dua tahun lepas tetapi tiada tindakan serius yang diambil kepada penumpang sehinggalah mereka mula memperketatkan semula peraturan ini pada minggu lalu.

Polisi Baru Bagasi 7kg AirAsia Jadi Kontroversi, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Polisi Baru Bagasi 7kg AirAsia Jadi Kontroversi, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Polisi baru ini memaklumkan bahawa penumpang hanya boleh membawa satu bagasi yang tidak melebihi ukuran saiz (56cm x 23cm x 26cm) dan barang peribadi yang kecil seperti komputer riba ataupun beg tangan. Berat kedua-dua barang ini mestilah tidak melebihi 7kg.

Sekiranya bagasi melebihi berat yang telah dimaklumkan, penumpang akan dikenakan denda sebanyak RM200 dan bagasi itu akan diambil untuk didaftarkan sebagai checked baggage.

Namun, ramai masyarakat tidak gembira dengan pertukaran polisi baru ini.

Ramai daripada penumpang setia AirAsia tidak berpuas hati dengan polisi baru ini. Terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan backpackers, ramai diantara mereka yang menyatakan bahawa polisi baru ini akan menyusahkan penerbangan dan merumitkan lagi keadaan di lapangan terbang.

5ea5

“Ini yang akan terjadi apabila AirAsia menguatkausakan polisi 7kg untuk dua bagasi. Bagi mereka yang ingin menaiki penerbangan, anda perlu berada di KLIA 2 empat jam lebih awal”

Semalam, seorang pengguna Facebook yang bernama James Boon telah memuat naik sebuah gambar dimana beliau telah berkongsi situasi sesak yang berlaku di KLIA 2. Beliau berpendapat bahawa polisi baru yang diperketatkan oleh AirAsia ini akan membuat lagi keadaan di lapangan terbang bertambah teruk.

Dalam gambar tersebut, keadaan menunjukkan kesesakan telah berlaku di kaunter bagasi di mana para penumpang mengambil masa yang lama untuk mendaftar bagasi mereka.

Jadi, kalau undang-undang ini diperketat, boleh bayangkan apa akan terjadi?

 

Untuk makluman, bukan AirAsia sahaja yang melaksanakan polisi ini. Sebenarnya, bagasi 7kg ini merupakan prosedur standard bagi kebanyakan syarikat penerbangan lain.

B36e

Polisi yang sama turut dilaksana oleh Singapore Airlines.

Cf53

Virgin Airlines pun sama.

B12f

Emirates turut tidak terlepas.

SAYS sempat menghubungi pihak AirAsia bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan polisi ini.

3c79

Menurut AirAsia, staf mereka sedia berkhidmat bagi membantu memudahkan urusan para penumpang ketika urusan mendaftar masuk bagasi di kaunter.

Mereka juga mengingatkan para penumpang agar tiba lebih awal di lapangan terbang, sekurang-kurangnya 3 jam sebelum jadual penerbangan.

Sumber:Says



Sumber Polisi Baru Bagasi 7kg AirAsia Jadi Kontroversi, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Video Sultan Ibrahim kesal Sungai Tebrau kotor

$
0
0

Sultan Johor berkenan membuat lawatan mengejut menggunakan bot untuk melihat sendiri pencemaran serius di Sungai Tebrau di sini hari ini.

Video Sultan Ibrahim kesal Sungai Tebrau kotor

Video Sultan Ibrahim kesal Sungai Tebrau kotor

Menerusi satu status dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda kira-kira satu jam lalu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninjau sendiri pencemaran di sungai berkenaan.

“Baginda yang sentiasa prihatin dengan keadaan alam sekitar menzahirkan rasa kesal dengan pembuangan sampah dan pencemaran yang berlaku,” demikian dipetik daripada Facebook itu.

Sultan Ibrahim kemudian menitahkan kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuang sampah dan mencemarkan sungai untuk mengelakkan banjir.

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Video Sultan Ibrahim kesal Sungai Tebrau kotor

SPRM tahan polis wanita minta dan terima rasuah RM6000 untuk melepaskan tahanan miliki air ketum

$
0
0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seorang anggota polis wanita semalam selepas disyaki meminta dan menerima suapan sebanyak RM6,000 bagi melepaskan seorang tahanan atas kesalahan memiliki air daun ketum.

SPRM tahan polis wanita minta dan terima rasuah RM6000 untuk melepaskan tahanan miliki air ketum

SPRM tahan polis wanita minta dan terima rasuah RM6000 untuk melepaskan tahanan miliki air ketum

ANGGOTA polis wanita berpangkat sarjan ditahan oleh SPRM negeri di Melaka, kelmarin.

Anggota berpangkat sarjan berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang di sebuah restoran makanan segera dekat Alor Gajah.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang sebanyak RM6,000 daripada seorang lelaki berusia 31 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan adik lelaki tersebut yang ditahan kerana memiliki air daun ketum.

“Dalam tangkapan itu, pihak SPRM turut merampas wang suapan sebanyak RM6,000 yang disimpan suspek.

“Anggota polis itu kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Perintah reman terhadap suspek yang bertugas di Ibu pejabat Polis (IPD) Alor Gajah itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Abu Talib Othman mengesahkan tangkapan berkenaan dan memberitahu kes sedang disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.

Sumber:Utusan



Sumber SPRM tahan polis wanita minta dan terima rasuah RM6000 untuk melepaskan tahanan miliki air ketum

Seorang lelaki buktikan wujudnya cinta sejati bila sanggup kahwini wanita tanpa hidung

$
0
0

INILAH namanya cinta sejati. Seorang pemuda yang berusia 23 tahun telah membuktikan bahawa dia tidak memandang kecantikan apabila berkahwin dengan seorang gadis yang tidak mempunyai hidung, selepas digigit tikus ketika berusia 29 hari.

Seorang lelaki buktikan wujudnya cinta sejati bila sanggup kahwini wanita tanpa hidung

Seorang lelaki buktikan wujudnya cinta sejati bila sanggup kahwini wanita tanpa hidung

Keputusan Lin Zhouqiang untuk mengahwini isterinya,  Xu Qinqin, 21, telah menjadikan mereka sebagai pasangan contoh yang berjaya mencairkan hati berjuta-juta rakyat China.

Xu, selama ini telah dihina oleh jiran, rakan sekerja dan anggota keluarga sendiri disebabkan kecacatannya itu sehinggalah dia bertemu dengan Lin. Pasangan itu menetap di Sichuan.

Cinta Sejati, Lelaki Sanggup Kahwin Isteri Tanpa Hidung

 

Mereka berkahwin bulan lepas.

Menurut ibu Lin, Lin Guangzhen, pada hari kejadian dia telah meletakkan anaknya itu di dalam sebuah bakul di dalam bilik dan keluar rumah, meninggalkan Lin bersama dengan empat adik beradiknya yang lain menuju ke ladang.

Dua jam selepas itu, anak sulungnya telah bergegas mendapatkannya dan memberitahu bahawa hidung Lin telah digigit tikus. Ibunya berlari balik ke rumah dan mendapati darah berlumuran di muka anaknya itu.

Lin terselamat namun mukanya mengalami kecacatan. Dia telah diejek ketika kecil dan terpaksa menamatkan pengajian pada darjah enam. Dia kemudiannya menuju ke Sichuan untuk bekerja di sebuah kilang pakaian.

Lin berkahwin dengan suami pertamanya pada usia 18 tahun namun dua tahun kemudian mereka bercerai.

“Setiap kali kami bergaduh, bekas suami dan keluarganya menyatakan saya menakutkan dan menghalau saya,” katanya yang kemudian memutuskan untuk memencilkan diri.

Hanya internet menjadi penghubung kepada dunia luar dan dari situ dia berkenalan dengan suaminya, Xu yang kebetulan menetap di kampung yang sama.

Xu tidak kisah dengan rupa paras Lin.

Cinta Sejati, Lelaki Sanggup Kahwin Isteri Tanpa Hidung
“Ia mungkin takdir. Sejak mengenalinya saya dapat merasakan bagaimana sukarnya hidup dia jadi saya memutuskan untuk mengahwininya,” kata Xu. Mereka pertama kali bertentang mata pada 10 Februari lalu.

Memandangkan Xu adalah satu-satunya anak lelaki, keputusannya untuk berkahwin dengan Lin telah mengejutkan keluarganya namun dia bersedia berdepan dengan segala kecaman.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Seorang lelaki buktikan wujudnya cinta sejati bila sanggup kahwini wanita tanpa hidung

“Lagi Banyak Kau Sayang, Hormat, Peluk Cium Dan Gembirakan Hati Isteri, Kau Sendiri Akan Terkejut Rezeki Dan Kebahagiaan Tak Disangkan Akan Datang,”

$
0
0

Ada mereka diluar sana menyatakan takut untuk berkahwin kerana belum stabil, ada yang takut untuk menambah anak lagi katanya takut tidak mampu.

"Lagi Banyak Kau Sayang, Hormat, Peluk Cium Dan Gembirakan Hati Isteri, Kau Sendiri Akan Terkejut Rezeki Dan Kebahagiaan Tak Disangkan Akan Datang,"

“Lagi Banyak Kau Sayang, Hormat, Peluk Cium Dan Gembirakan Hati Isteri, Kau Sendiri Akan Terkejut Rezeki Dan Kebahagiaan Tak Disangkan Akan Datang,”

Perlu diketahui rezeki itu ada bagi setiap orang, cuma cara kita mencarinya dangan betul-betul ikhlas atau tidak. Perlu diketahui juga rezeki ini pemberian dari tuhan, ikhlas kita dalam ekhidupan seharian terutama kepada kelaurga insyaAllah pasti ada ganjarannya, jom kita baca kisah ini.

Aku terpanggil untuk bercerita semua ini sebab aku rasa aku pernah buat salah dengan isteri aku. Sebenarnya sudah lima tahun kami berkahwin dan aku sangat sedar sepanjang perkahwinan, isteri banyak menangis dari bahagia.

Kami bercinta dan kahwin. Masa awal-awal kahwin itu, aku happy sangat. Tapi bila perkahwinan baru berusia sebulan, aku mula tak suka dengan isteri sebab aku rasa dia ada kekurangan. Masa itu, dia mengandung. Walaupun itu anak pertama kami, aku rasa tak gembira pun. Sebaliknya aku rasa membebankan.

Aku nak balik kerja pun aku rasa menyampah sebab isteri tak attract aku macam kami pertama kali kenal dulu. Dulu rasa tergila-gila sangat nak jumpa dia.

Dipendekkan cerita, sebab sebenarnya banyak perkara kejam yang aku dah buat di belakang isteri.

Perkara yang aku sendiri tidak dapat maafkan bila aku teringat ex aku semula! Kemudian mulalah aku membanding-bezakan dua wanita ini. Aku siap beritahu isteri yang ex aku lagi sempurna untuk aku.

Sekarang, bila aku fikir-fikirkan semula, memang rasa malu dan nak melutut minta maaf pada isteri sebab menduakan dia. Bayangkanlah, tiga tahun lebih aku tipu dia.

Aku nak cerita, tapi korang janganlah marah aku pula. Aku cuma nak korang yang ada perangai macam aku ini sedar cepat.

Ada satu masa itu, aku balik dari kerja. Aku suruh isteri sediakan makanan. Dia cakap, “tak lalu nak masuk dapur”. Aku memang tengking dan marah dia pada masa itu, siap kata dia tak guna dan paksa juga dia masak untuk aku.

Masa nak tidur satu hari itu, dia bagi aku bertambah stress. Dia kata aku busuk, bau rokok. Ini aku memang tak boleh terima sebab dulu dia langsung tak kisah pun. Aku tengking dia, “Kalau aku busuk, berambuslah!!” 

Aku paling tak suka isteri aku ini sebab dia terhegeh-hegeh. Aku faham perut dia dah besar pada masa itu. Tapi takkan tak boleh jalan laju sikit? Siap pegang-pegang pinggang pula. Menyesal, kenapa aku kahwin!

Korang yang baca pun mesti sakit hati dengan aku, kan? Sebenarnya aku pun sakit hati dengan aku sendiri. Tetapi itu dulu, sekarang aku dah lain disebabkan satu benda. Kawan rapat aku, Azman. Dia handsome seperti Aaron Aziz.

Masa di universiti pun kami panggil dia Aaron. Yang aku pelik, dia berkahwin dengan seorang perempuan kampung yang aku boleh kata tak secocok dengan dia langsung.

Kali terakhir aku jumpa Azman, masa kami kerja bersama empat tahun yang lalu. Masa itu dia mekanik dengan aku di kedai pakcik aku. Sebulan lepas, aku terserempak dengan dia. Alangkah terkejutnya aku yang dia sudah memiliki syarikatnya sendiri.

Aku tahan dia dan ajak minum sebab nak tahu macam mana dia boleh mencapai kejayaan seperti ini. Ternganga aku mendengar semua cerita dia.

Azman beritahu punca dia boleh berjaya sampai sekarang adalah disebabkan isterinya.

Aku tergamam. Azman beritahu lagi, disebabkan dia jujur dan sayangkan isteri, dia sangat rasa dia cepat berjaya. Walaupun Azman belum ada anak, tetapi dia sentiasa bersyukur dan cakap perkara-perkara yang baik tentang isteri dia. Serius saya kagum dan tidak sangka.

“Kau tahu tak, lagi banyak kita sayang dan hormat isteri, lagi banyak kita peluk cium dan gembirakan hati dia, kau sendiri akan terkejut dengan rezeki dan kebahagiaan yang tidak disangka-sangka.

“Benda yang kau terkejar-kejar dalam hidup kau sebenarnya ada di depan mata kau saja (isteri). Kau pelihara itu dulu, kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang,” kata Azman

Aku tak tahu apa yang jadi dengan aku selepas itu. Dalam perjalanan balik, aku menangis, aku sedar yang aku ego saja selama ini. Aku teringat balik setiap kali aku paksa isteri masak, dia akan sapu balm di hidung dia.

Kemudian aku akan dengar bunyi dia muntah teruk. Pernah sekali aku tengok dia lembik sangat. Aku bodoh pada masa itu. Aku cakap aku nak keluar makan dan biarkan dia di dalam tandas dalam keadaan begitu.

Baru aku sedar, ibu hamil ini rupa-rupanya sangat sensitif. Masa aku halau dia dari tidur di sebelah aku sebab dia kata aku busuk berbau rokok, dia tidur di lantai. Aku dapat rasakan dia menangis teruk setiap malam sebab aku tengok mata dia selalu bengkak.

Yang paling aku benci dengan diri aku, aku tak pernah urut dia. Aku biarkan isteri aku buat itu dan ini tetapi aku tak hargai dia. Aku rasa dia sakit pinggang pun sebab dia tidur atas lantai setiap hari. Mesti sakit badan isteri aku.

“Setiap kali aku nak balik rumah, aku akan belikan sesuatu untuk isteri aku sebab aku tahu dia akan happy,”– Azman

Bila teringat pada kata-kata Azman, aku mula terfikir nak belikan sesuatu untuk isteri aku. Dalam perjalanan pulang, aku ternampak kedai bunga, tapi tak ada jumpa bunga ros pula. Jadi aku pun belilah apa yang ada.

Tiba di rumah, masa nak masuk, jantung berdegup kencang sebab selama ini aku bersalah terhadap isteri dan sangat berharap dia sudi memaafkan aku.  Belum sempat aku ketuk pintu, isteri bagi salam pada aku dengan dua biji mangga di tangan dia. Dia cakap jiran bagi, aku tahu dia mengidam.

Masa dia salam aku, aku minta maaf pada dia dan bagi bunga pada dia. Tiba-tiba dia tergelak besar. Apahal pula  isteri aku ni?

“Bang, bunga ini orang guna untuk upacara sembahyanglah abang. Abang beli kat mana?” 

Adoi! Manalah aku tahu, patutlah aci tadi senyum-senyum kat aku. Buat malu. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku berjaya buat isteri tergelak dan nikmat bila aku cium dan peluk isteri, masa itu sangat indah sangat-sangat. Aku dapat rasa penuh malaikat di tepi aku yang mendoakan kami.

Jadi itulah cerita tiga tahun yang lalu. Memang indah hidupp berkasih sayang dan bermanja ini. Aku dah lama tinggalkan keegoan aku itu. Lantaklah orang nak kata apa, yang penting aku dapat bahagiakan bidadari aku.

Sekarang isteri aku dah hamil anak kedua kami. Kandungannya sudah berusia 5 bulan. Jadi bila aku ternampak page kawan sekolah aku (penulis buku 9 bulan 10 hari), aku iminta izin untuk kongsikan cerita aku pada semua follower page 9 Bulan 10 Hari. Aku nak semua orang dapat merasa nikmat berkasih sayang seperti aku.

Semalam isteri ada cakap, “kalau ada rezeki untuk pergi ke Langkawi, dia nak makan beronok”.Kampung akulah  ini. Korang rasa apa yang aku akan cakap? Haha!

Aku serta merta terus minta dia bersiap dan kami pun gerak ke Langkawi. Sayang punya pasal, aku beli tiket penerbangan on the spot walaupun untuk seorang, one way saja harganya RM210. Since anak pertama kami masih kategori infant, untuk dia free lah. Hahaha. Kalau dulu mungkin aku kisah tetapi sekarang hidup aku dah lain dah, Alhamdulillah. Aku pun dah buka bengkel kereta sendiri. Dah jadi bos macam kawan aku, Azman.

Ini bukan beronok tetapi sebab aku terlampau sayangkan isteri aku. Aku tak malu pun untuk beritahu satu dunia yang aku sangat cintakan dia dan disebabkan cinta aku pada isteri aku dan disebab aku buang semua ego aku. Aku pun terkejut dengan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Allah. Terima kasih sebab sedarkan hambaMu ini.

Mesej ikhlas aku:

“Nur Maliza binti Hasim, abang cintakan sayang” 

Sumber: SK



Sumber “Lagi Banyak Kau Sayang, Hormat, Peluk Cium Dan Gembirakan Hati Isteri, Kau Sendiri Akan Terkejut Rezeki Dan Kebahagiaan Tak Disangkan Akan Datang,”

Inilah Rahsia Sebenar Macam Mana Puteri Sarah Boleh Duduk Sebumbung Dengan Mentua, Cuba Tiru!

$
0
0

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 32, tidak sabar menimang cahaya mata bersama suaminya, Syamsul Yusof, 33 tahun. Bulan April 2017 adalah bulan yang amat ditunggu-tunggu kerana bayi pertama mereka bakal dilahirkan pada bulan tersebut.

Inilah Rahsia Sebenar Macam Mana Puteri Sarah Boleh Duduk Sebumbung Dengan Mentua, Cuba Tiru!

Inilah Rahsia Sebenar Macam Mana Puteri Sarah Boleh Duduk Sebumbung Dengan Mentua, Cuba Tiru!

Ibu yang tidak sabar menerima kehadiran bayi pertama memang jelas nyata di wajah Puteri Sarah Liyana sepanjang perbualan ini. Kegembiraannya turut dikongsi bersama dengan ibu mentuanya Datin Fatimah Ismail.

INILAH CARA MUDAH NAK ‘JERAT’ HATI IBU MENTUA

Berbalik kepada perhubungan antara Puteri Sarah Liyana dan ibu mentuanya, Datin Fatimah. Bagaimanakah hubungan antara menantu dan mentua ini?

“Sebelum kahwin Sarah akui diri ini memang takut dengan Datin. Siapalah kita jika dibandingkan dengan keluarga ternama ini. Selepas itu, masa mereka datang merisik, Sarah berbual dengan Datin. Daripada perbualan tersebut Sarah dapati Datin seorang yang baik.

“Selepas itu Sarah selalu berurusan dengan Datin berkaitan dengan persediaan perkahwinan Sarah dan Syamsul. Sewaktu itu Sarah bekerja di butik di Taman Melawati. Sarah tidak sangka Datin memberikan layanan yang amat baik. Kadang-kadang dia akan menghantar makanan kepada Sarah. Sarah rasa amat terharu. Segan pun ada.

“Kemudian selepas berkahwin dengan Sarah, seminggu Syamsul duduk di rumah keluarga Sarah. Selepas itu Sarah berpindah untuk tinggal bersama Syamsul di rumah keluarganya. Datin memang layan baik.

“Alhamdulillah Sarah tidak seperti orang lain yang takut-takut dan bermasalah dengan ibu mentua. Memang Datuk dan Datin sangat baik. Alhamdulillah Sarah mendapat mentua yang baik.”

Berkaitan dengan menyesuaikan diri dalam keluarga ternama ini, Sarah mengakui pada mulanya dia agak segan dalam menyesuaikan diri. Tetapi selepas tinggal bersama barulah dia dapat menyesuaikan diri. Segan perlu ditolak tepi.

“Tinggal bersama mentua, Sarah banyak belajar perkara baru mengenai suami. Datin banyak ajar makanan kegemaran Syamsul. Dia suka makanan eksotik seperti otak lembu.

RESEPI TINGGAL SEBUMBUNG DENGAN MENTUA

Walaupun semua anak-anak Datuk Yusof tinggal bersama di banglo miliknya, duduk bersama dalam satu rumah tidak menghalang kebebasan kami untuk melakukan perkara yang biasa dilakukan setiap hari. Lagipun rumah ini besar. Kami ada tingkat masing-masing. Cuma bila hendak makan, kami perlu makan di ruang makan sama.”

KELUARGA MENTUA JADI IDOLA

Melihatkan hubungan pasangan terkenal di Malaysia ini, Puteri Sarah mengakui dia banyak belajar daripada mereka.

“Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah memang pasangan yang saling cinta-menyintai. Malah Datuk dan Datin selalu tegaskan pada Syamsul agar sayangkan isteri. Sarah banyak belajar mengenai kasih sayang dan hubungan suami-isteri.

“Kami keluarga seni. Datuk dan Datin selalu berpesan pada Sarah agar sabar dan faham dengan kerjaya Syamsul. Nasib baik Sarah dalam bidang yang sama dan faham dengan apa yang Syamsul lakukan. Bagi Sarah, sikap saling mempercayai itu amat penting.”

SOAL BISNES TETAP JALAN

Apabila ditanya mengenai bisnes butiknya, Puteri Sarah menjelaskan bahawa dia mungkin akan lebih fokus dalam membesarkan anak selepas melahirkan bayinya ini.

“Sarah tidak mahu kelam-kabut. Tetapi bisnes tetap diteruskan. Cuma Sarah akan tukarkan bisnes ini kepada berjual di dalam laman web. Buat masa sekarang, Shara Islamic Fashion House masih ada lagi di Bangsar. Setelah kontrak sewa kedai ini tamat, mungkin Sarah akan cari kedai kecil untuk meneruskan bisnes ini.”

Sumber:Mingguan Wanita

 



Sumber Inilah Rahsia Sebenar Macam Mana Puteri Sarah Boleh Duduk Sebumbung Dengan Mentua, Cuba Tiru!

AWAS !! Jangan Bagi Anak Anda Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun jika anda sayangkan Anak Anda Kerana….

$
0
0
Maltodextrin bukan sahaja tidak bagus kepada anak, ia tidak bagus untuk semua peringkat usia. Ia diperbuat daripada sirap jagung. Jagung pula sumbernya GMO.
AWAS !! Jangan Bagi Anak Anda Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun jika anda sayangkan Anak Anda Kerana....

AWAS !! Jangan Bagi Anak Anda Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun jika anda sayangkan Anak Anda Kerana….

Minuman Milo Tabur yang popular di kalangan masyarakat di Malaysia
Sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) adalah sejenis bahan pemanis yang diproses secara menyeluruh dari jagung ubahsuai genetik. Ia kebanyakannya diimport dari Amerika kerana Amerika merupakan pengeluar dan pengeksport HFCS terbesar di dunia.
Elak Bagi Anak Anda Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun
Teringat kenangan zaman sekolah rendah dahulu, sanggup beratur berkali-kali semata-mata untuk menikmati secawan Milo sejuk
Ia bukan saja untuk kegunaan makanan manusia dan haiwan malah terdapat dalam hampir semua produk kegunaan seharian seperti minyak enjin, gris, cat, pelekat, plastik, minyak wangi, bateri, peluru, bahan peletup dan banyak lagi yang tidak boleh anda bayangkan. Jagung yang digunakan juga bukan dari spesis jagung yang boleh dimakan manusia tetapi diproses terlebih dahulu.
Antara makanan yang mengandungi sirap jagung berfruktos tinggi (HFCS) ialah sebahagian besar produk Kellog’s, sebahagian besar produk Heinz, sebahagian produk Kraft, sebahagian produk cokelat Hershey’s, ais krim, Pepsi, Coca-Cola, Sprite, A&W, produk minuman Capri-Sun, emping jagung, minuman berkarbonat, minuman jus, campuran coklat, produk susu formula, jem, sos cili dan tomato, sos lada hitam, sos tiram, minuman kopi segera, roti, muffin, kek, snek, butter, pastri, biskut, bijirin, ubat batuk, ubat batuk Vicks, yogurt, sup Campbells …dan banyak lagi.
Ia lebih murah dari gula tebu, kerana itu ia digunakan secara meluas sebagai menggantikan gula dalam banyak produk makanan. Tanpa serat dan nutrien semulajadi, ia terserap terus ke dalam darah. Kesan negatif antaranya menyah-nutrien dari tubuh. Ia menyebabkan obesiti dan menambah rasa lapar.
Jangan Bagi Anak Anda Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun
Bagaimana ia membuatkan anda lapar? Sirap jagung menghalang pengeluaran leptin protin yang memberi isyarat kepada otak bahawa anda berasa kenyang. Pada masa yang sama, ia tidak mengeluarkan ghrelin – unsur yang memberitahu bahawa anda sedang lapar. Akhirnya, anda makan secara berterusan. Ia memberi faedah kepada pengeluar makanan dengan menjual produk tanpa had.
Pada kajian yang lain, HFCS merosakkan tisu dan menyumbang kepada diabetes. Sebagai contoh, setin minuman mengandungi sekurang-kurangnya 5 kali ganda pemanis dari gula tebu. Dalam kebanyakan produk, pengusaha menyembunyikan istilah HFCS disebalik nama sirap jagung, pemanis semulajadi, sirap glukosa, fruktosa, fruktos buah-buahan, sukrosa, pekatan jus buah-buahan, pemanis jagung atau dekstrosa.
Berhati-hati ketika membeli produk makanan.Sila teliti isi kandungan produk.Kebanyakan produk penambah selera makan mengandungi maltodextrin.
Info tambahan,malt extract atau ekstrak malt adalah berbeza dengan maltodextrin.


Sumber AWAS !! Jangan Bagi Anak Anda Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun jika anda sayangkan Anak Anda Kerana….

Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

$
0
0

Seorang pelajar kolej maut dalam keadaan ‘sujud’ di atas kubur selepas motosikal ditunggang terbabas masuk ke kawasan perkuburan di Jalan Lendu, Air Paabas di sini, malam tadi.

Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, dikatakan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa yang juga pelajar kolej di kawasan berhampiran dipercayai menunggang dari arah Air Paabas menghala ke Lendu.

“Sebaik sahaja sampai di lokasi, motosikal ditunggangnya dipercayai gagal dikawal lalu terbabas di kiri jalan dan melanggar pagar kawasan perkuburan sebelum tercampak di atas salah satu kubur.

 

“Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar



Sumber Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

Idam lelaki bergigi cantik, bersih, kaki gym dan pandai jaga penampilan, Farahdhiya tak serik biarpun pernah ditipu lelaki

$
0
0

Setiap wanita solo pasti mengimpikan jejaka ideal sebagai calon suami. Tidak terkecuali, penyanyi cantik kacukan Melayu-Inggeris, Farahdhiya Mohd Amin yang masih membuka pintu hati biarpun pernah ditipu lelaki.

Idam lelaki bergigi cantik, bersih, kaki gym dan pandai jaga penampilan, Farahdhiya tak serik biarpun pernah ditipu lelaki

Idam lelaki bergigi cantik, bersih, kaki gym dan pandai jaga penampilan, Farahdhiya tak serik biarpun pernah ditipu lelaki

Mengaku belum berpunya biarpun usia bakal menginjak 33 tahun bulan depan, Farahdhiya tidak menolak bercinta sekali lagi.

Akui penyanyi lagu `Bertakhta Di Hati’ ini, pengalaman lalu menyebabkan dia terpaksa memilih dan lebih berhati-hati.

Farahdhiya mendakwa pernah menjalin hubungan serius dengan seorang lelaki yang tampak bersungguh-sungguh hingga membawanya meninjau rumah baharu yang mahu dibeli sebelum berkahwin.

“Mengapa tidak? Saya jadi mengharap selepas dia bawa saya pergi tengok rumah yang hendak dibeli, kononnya sebagai perancangan awal untuk kami berkahwin.

“Tetapi akhirnya, tak jadi. Saya rasa tertipu. Saya akur dan mengaku bukan mudah untuk melupakan hubungan cinta kerana putus cinta kesannya sakit. Saya pula kalau sudah sayang, saya sayang betul-betul,” katanya kepada BH Online.

Memperincikan kriteria jejaka idamannya, Farahdhiya memberitahu, perkara utama adalah lelaki Melayu.

“Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Dia juga mesti memiliki gigi yang cantik dan gusi bersih.

“Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar.

“Dia juga mestilah ‘kaki’ gimnasium dan pandai menjaga penampilan diri. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul dengan single baharu berjudul Kepada Dia.

Farahdhiya akan mempromosikan single ciptaan Sri Kandi manakala lirik ditulis Hang Nadim itu di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, di sini pada 30 April depan.

Sumber:Bharian



Sumber Idam lelaki bergigi cantik, bersih, kaki gym dan pandai jaga penampilan, Farahdhiya tak serik biarpun pernah ditipu lelaki

Video cara buka tin makanan guna sudu, sangat berguna waktu kecemasan!

$
0
0

Tin susu kebiasaannya datang dalam bentuk ‘seam seal’ bertujuan bagi memelihara makanan daripada terdedah kepada bakteria. Tin yang di ‘seal’ biasanya sukar dibuka dan memerlukan pembuka tin atau nak senang, guna pisau je.

Video cara buka tin makanan guna sudu, sangat berguna waktu kecemasan!

Video cara buka tin makanan guna sudu, sangat berguna waktu kecemasan!

Tapi, tahukah korang, dengan menggunakan sudu, tin yang di “seal” rapi juga boleh dibuka dengan mudah?

Err, macam lagi susah je!

 
Sumber: Saja Kongsi


Sumber Video cara buka tin makanan guna sudu, sangat berguna waktu kecemasan!

Doktor gigi muda yang berkhidmat di sekolah menengah ditahan kerana cabul 5 pelajar ketika rawatan gigi

$
0
0

TAWAU 18 Mac – Seorang doktor gigi muda yang berkhidmat di sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan polis kerana disyaki mencabul sekurang-kurangnya lima pelajar ketika mendapatkan rawatan gigi.

Doktor gigi muda yang berkhidmat di sekolah menengah ditahan kerana cabul 5 pelajar ketika rawatan gigi

Doktor gigi muda yang berkhidmat di sekolah menengah ditahan kerana cabul 5 pelajar ketika rawatan gigi

Suspek yang berusia 26 tahun ditahan di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 2.30 petang dipercayai ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber:UTUSAN ONLINE



Sumber Doktor gigi muda yang berkhidmat di sekolah menengah ditahan kerana cabul 5 pelajar ketika rawatan gigi
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>