Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Wabak H5N1 landa Kelantan, bapa terpaksa batal tempah lauk ayam untuk kenduri kahwin anak

$
0
0

Takutkan wabak selesema burung yang disebabkan virus Avian Influenza (H5N1), seorang bapa dari Taman Desa Rahmat, Jalan Guchil Bayam, di sini, terpaksa membatalkan tempahan 50 ekor ayam yang dibuatnya seminggu lalu.

Tempahan itu dibuat Azmi Mat Saad, 54, untuk hidangan sempena majlis perkahwinan anak ketiganya semalam, tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana bimbang dengan wabak berbahaya itu selain tidak mahu kesihatan 500 tetamunya terjejas.

Walaupun menganggap majlis keraian itu seperti tidak lengkap tanpa masakan ayam, katanya, tindakan itu lebih baik daripada tetamunya pulang dalam keadaan sakit.

“Ini adalah kali pertama saya mengadakan kenduri perkahwinan mahupun doa selamat tanpa hidangan berasaskan ayam. Sebelum ini, dua perkahwinan anak terdahulu mesti ada masakan ayam…kenduri doa selamat pun begitu kerana daging ayam adalah lauk kebiasaan yang diminati tetamu.

“Malangnya, disebabkan H5N1, saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang jika ayam ditempah itu dijangkiti wabak dan tetamu saya terjejas. Walaupun belum ada lagi laporan mengatakan penyakit ini tidak menjangkiti manusia, saya tetap bimbang dan kena berhati-hati,” katanya di sini, semalam.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Wabak H5N1 landa Kelantan, bapa terpaksa batal tempah lauk ayam untuk kenduri kahwin anak

Bayi berusia 3 hari demam panas dan sesak nafas selepas dipeluk cium bapa saudara baru selesai merokok

$
0
0
Ya Allah, janganlah sesiapa buat macam itu. Baby Zara lahir dengan sangat comel, sihat dan keluarga mereka sangat gembira dengan kehadiran anak ini.
Selang tiga hari selepas kelahirannya, ada seorang saudara rapat datang melawat si ibu dan bayi. Tiada masalah nak melawat, tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah apabila lelaki itu memeluk dan mencium baby Zara.
“Sudahlah dia tak minta izin saya, dia dukung anak saya. Saya dapat hidup bau asap rokok di bajunya..”
Allah, gelisah dan bertambah menggelabah Fara bila tiba-tiba perasan baby Zara demam panas, sesak nafas dan lemah. Baby Zara ditahan di wad pagi tadi. Doakan baby Zara dijauhkan dari sebarang kesakitan.
Bakal ibu dan ayah, tolong ambil tahu 10 perkara pelik yang orang suka lakukan ketika melawat baby baru lahir.
1. FIKIR KESELESAAN IBU
Ada sesetengah orang, bila dapat tahu saja ada saudara nak melahirkan anak, satu kapal turun ke hospital dan serbu si ibu. Sebab? Nak meraikan bayi yang baru lahir.
Tak salah sebenarnya. Yang menjadi salah itu bila melepak lama-lama di tepi katil dengan ibu yang baru melahirkan bayinya. Punyalah ibu dia baru nak belajar menyusukan anak, nak belajar dukung bayi, dengan tak selesa sebab baru bersalin. Itu belum lagi ditambah dengan ‘ahli bijak pandai’ yang beri bermacam-macam idea dan cadangan. Sabaq, sabaq.
2. CUCI TANGAN 
Ini ramai yang tak buat. Dia nampak tangan ‘macam’ bersih, jadi disentuhnya baby macam itu saja. Paling sedih bila ada yang bawa madu, siap suap-suapkan guna jari pada baby. Bertahnik katanya.
Allah, banyak jenis kuman boleh dipindah masuk dalam badan baby disebabkan ‘perangai’ orang seperti ini.
3. DEMAM BATUK PUN SIBUK MELAWAT BABY
Buat ibu yang nampak orang ‘berpenyakit’ datang nak melawat baby, cepat-cepat masuk bilik. Bagi alasan nak susukan anak. Jangan bagi orang itu datang bilik sebab nak cium sudah. Allah.
4. MELAWAT IKUT SUKA MASA 
Ada yang melawat baby di waktu maghrib. Ada juga yang jenis tak tahu nak balik cepat dan siap melepak sampai makan malam pun di rumah itu.
Ramai yang tak faham prinsip kasihankan orang. Sebetulnya telefon dulu tuan rumah sebelum datang melawat dan selepas melawat itu, seeloknya balik sebab ibu yang tengah berpantang ini tak boleh duduk lama-lama. Dia perlu baring untuk menyembuhkan luka bersalin.
5. DIA RAKAM GAMBAR DEN UPLOAD PULAK!
Ini memang pantang bagi ibu yang baru melahirkan anak. Sudahlah gambar anaknya diambil sesuka hati tanpa keizinan dengan flash pula. Kemudian siap muat naik di Facebook dengan kapsyen,
“Teringinlah nak kahwin dan ada anak”
Kasihanilah ibu berpantang ini. Jangan bebankan mereka dengan perangai-perangai pelik.
6. BERSIHKAN DIRI
Elak dekatkan diri dengan bayi sekiranya anda tidak bersih, baru pulang dari kerja, dibasahi peluh dan asap rokok. Asap rokok boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti penyakit berbanding orang dewasa.
7. PERFUME 
Punyalah semangat nak jumpa baby, siapa ada yang pakai perfume satu botol. Habis wangi satu rumah.
Elakkan, ia bukan sahaja membuat orang sekeliling rasa tidak selesa, malah untuk bayi juga. Alkohol yang melekat pada baju tidak bagus untuk bayi sekiranya terkena pada kulit bayi.
8. ORDER MAKANAN 
Jangan sesekali minta minuman, apatah lagi order makanan. Selalunya rumah orang berpantang ini sibuk dengan nak siapkan segala rawatan dan makanan untuk ibu berpantang. Jadi usah bebankan isi rumah dengan perangai anda.
9. TENUNG IBU SEDANG MENYUSU
Haish! Ini memang pelik. Ibu nak menyusukan anak pun kena minta kebenaran. Sepatutnya orang yang melawat itu yang kena minta kebenaran untuk keluar dari bilik dan biarkan ibu menyusukan baby dia.
Ada juga pelawat yang jenis suka tenung bila ibu menyusukan anaknya. Siap tanya lagi, susu banyak ke tak?
10. PAKAR PERBIDANAN
Masa berpantang ini, macam-macam dugaanlah yang akan menyerang. Orang-orang biasa yang tak ada pengalaman bersalin pun siap nasihat macam-macam. Elakkan daripada menasihati ibu berpantang ini. Biarkan dia berehat.
Buat ibu yang sedang berpantang, lalui tempoh berpantang tanpa stress. Kawal emosi. Share info ini jika anda sayang dan ingin wanita-wanita lain turut berjaga-jaga.

Dapatkan info kehamilan dan kelahiran di laman Facebook 9 Bulan 10 Hari.

Sumber: The Reporter


Sumber Bayi berusia 3 hari demam panas dan sesak nafas selepas dipeluk cium bapa saudara baru selesai merokok

7 rahsia Korea Utara yang disembunyikan

$
0
0

KOREA UTARA sebuah negara yang sangat perahsia dalam segala hal. Tiada siapa mampu meneroka di dalamnya. Agensi media asing dilarang keras membuat liputan hingga keburukan di negara itu selamat daripada cercaan dunia luar.

rahsia Korea Utara

rahsia Korea Utara

Inilah antara rahsia mengerikan yang sentiasa dilindungi Korea Utara daripada dunia. ‘Kebusukan’ inilah yang dilindungi Kim Jong-un agar beliau terus berkuasa.

1. Penjara dalam penjara

Korea Utara adalah sebuah penjara bagi semua rakyat yang ada di dalamnya. Semua orang yang ada di  negara itu harus mematuhi segala peraturan tanpa sebarang bantahan. Kim Jong-un bagaikan seorang dewa yang sentiasa betul hingga semua kelakuannya harus dipatuhi.

Korea Utara memiliki sebuah kem konsentrasi yang digunakan untuk menangkap semua orang yang tidak taat kepada pemimpin. Di dalam penjara ini mereka akan dijadikan hamba untuk melakukan pelbagai jenis kerja berat. Salah satu kem paling terkenal ialah Kem 14. Setiap tahun ribuan orang ingin melarikan diri dari negara kuku besi itu namun sering gagal dan ditangkap. Akibatnya mereka diseksa habis-habisan hingga tak boleh melakukan apa-apa, tak kurang juga yang meninggal dunia di dalam kem tersebut.

2. Kanibalisme ketika bencana

Sekitar tahun 1994-1998, Korea Utara mengalami krisis kebuluran yang sangat kritikal. Sekurang-kurangnya sekitar tiga hingga lima juta orang kelaparan dan akhirnya meninggal dunia. Korea Utara tidak melakukan apa-apa selain membiarkan jutaan penduduknya kelaparan.

Ketika kebuluran terjadi, ramai budak kecil dan juga orang tua diculik. Mereka diseksa dan akhirnya dibunuh untuk diambil dagingnya. Mereka menjual daging itu kepada orang ramai untuk mendapatkan wang. Sekiranya tidak berhati-hati mungkin daging yang dimakan ialah daging manusia.

3. Kebanyakan rakyat pilih untuk melarikan diri

Hidup di Korea Utara tiada bezanya dengan hidup di neraka dunia. Setiap hari rakyat harus mendengar propaganda membenci negara barat dan juga memuja pemimpin tertingginya. Setiap hari ada saja penyeksaan tanpa pengadilan, Korea Utara ialah negara yang dijalankan dengan kehendak sendiri.

Setiap tahun ribuan rakyat memilih menyusup masuk ke Korea Selatan dan China. Mereka memilih hidup sebagai pendatang haram dan mati dalam pelarian daripada hidup di negara yang tak layak lagi disebut sebuah negara yang berdaulat.

4. Munculnya kasta tak masuk akal dan hukuman tiga generasi

Percaya atau tidak, Korea Utara membahagikan rakyatnya kepada tiga kasta berbeza dalam kehidupannya. Kasta pertama ialah core iaitu orang yang setia kepada negara. Kedua bernama wavering, golongan ini masih suka melakukan kritikan. Terakhir ialah orang dengan status kasta nostiles atau pembangkang, orang jenis ini wajib dihukum.

Pembahagian kasta  ini berdasarkan peranan keluarga pada masa lalu. Jadi jika dulu datuk atau nenek pernah melakukan tindakan pembangkang, cucu akan mendapatkan hukumannya (hukuman tiga generasi). Dia terus dianggap sebagai pembangkang dan wajib masuk ke kem hamba.

5. Elektrik seperti harta karun

Boleh dikatakan elektrik di Korea Utara ibarat harta karun. Rakyatnya di kampung tidak pernah menikmati akses elektrik yang sepatutnya. Semua hanya bertumpu pada ibu kota Pyongyang, elektrik ditiadakan agar rakyatnya tidak boleh melakukan apa-apa terutamanya untuk mendapatkan maklumat dari dunia luar.

Pernah satu ketika satelit NASA menunjukkan Korea Utara sangat gelap pada waktu malam, tiada cahaya lampu kelihatan dari angkasa. Keadaan ini sangat berbeza dengan Korea Selatan yang sentiasa bercahaya setiap malam.

6. Penipuan insurans

Pemerintah Korea Utara melakukan penipuan insurans. Beberapa aset yang mereka miliki sengaja dirosakkan dan akhirnya dapat menuntut insurans. Wang daripada insurans ini  digunakan untuk keperluan dalam negeri termasuk  keinginan Kim Jong-un yang suka membeli kereta mewah.

7. Senjata haram nuklear

Korea Utara ialah negara yang paling ditakuti karena kekuatan ketenteraannya. Korea Utara memiliki sejumlah senjata nuklear haram. Kim Jong-un ingin membuat negaranya digeruni agar mampu  menggoyahkan musuh utamanya, iaitu Amerika Syarikat.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber 7 rahsia Korea Utara yang disembunyikan

Wanita cantik Myanmar maut ditikam 5 kali di dada

$
0
0

Seorang wanita warga Myanmar ditemui maut dengan lima kesan tikaman di dada, dalam bilik sewanya di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengusaha restoran yang juga majikan teman lelaki mangsa, pada 8.45 malam.

“Pengusaha restoran berkenaan dimaklumkan pekerjanya mengenai penemuan mayat wanita berusia 26 tahun itu di bilik sewanya yang terletak di tingkat satu rumah kedai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati terdapat lima kesan tikaman di dada, selain kesan tetakan pada pergelangan lengan kanan mangsa. Polis turut menemui senjata di bawah katil berhampiran mayat mangsa ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata, polis menahan teman lelaki mangsa yang juga warga Myanmar, seorang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki Vietnam berusia antara 25 hingga 28 tahun.

“Lelaki Indonesia dan Vietnma itu adalah jiran mangsa yang tinggal di bilik sewa tingkat satu dan dua rumah kedai berkenaan.

“Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Wanita cantik Myanmar maut ditikam 5 kali di dada

Seng Heng di rompak 4 kali, rupanya kepala bekas pekerja Seng Heng kepala penyamun

$
0
0

Polis menahan lima lelaki disyaki aktif menyamun rangkaian kedai barangan elektrik Seng Heng sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan dilakukan susulan kes samun bersenjatakan parang berlaku di kedai Seng Heng di Sungai Buloh, 29 Januari lalu.

Katanya, suspek pertama ditangkap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Batu, Kuala Lumpur, pada 5 Mac lalu.

“Susulan itu, polis menahan empat rakannya dalam tiga serbuan berasingan di mana dua daripada mereka ditangkap di Taman Ikan Emas, manakala dua lagi di Bukit Antarabangsa dan Bukit Jalil.

“Siasatan mendapati, mereka yang berusia 27 hingga 34 tahun itu disyaki terbabit dalam empat kes rompakan di kedai Seng Heng iaitu di Nilai, Rawang, Subang Jaya dan Sungai Buloh sehingga menyebabkan kerugian RM236,517.

“Polis sedang memburu dalang utama sindiket terbabit, Mohd Yushezry Yusop, 34, atau dikenali Ayie dan suspek dikenal pasti sebagai bekas pekerja Seng Heng,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, hari ini.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Seng Heng di rompak 4 kali, rupanya kepala bekas pekerja Seng Heng kepala penyamun

Hanya kerana wajah mirip Aiman Tino, gadis ini dikecam dan dipanggil bodoh

Sultan Johor bakal umum ‘hadiah istimewa’ untuk rakyat Johor

$
0
0

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal mengumumkan ‘hadiah istimewa’ berbentuk skim perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini sempena Hari Keputeraan baginda yang disambut Khamis ini.

Baginda bertitah skim itu yang berstatuskan hak milik bebas adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di sini di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan menawar konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai projek itu tidak didedahkan kerana baginda meminta rakyat hadir sendiri ke Galleria Kota Raya di sini Rabu ini bagi menyaksikan pelancaran projek.

“Ia dibuka kepada semua bangsa Johor yang layak. Akan tetapi, proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti.

“Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah,” titah Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Media Diraja Johor di sini, Selasa.

Titah baginda lagi, adalah menjadi hasrat baginda untuk melihat Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah dengan memastikan skim ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

Baginda juga sempat membayangkan bagaimana rakyat boleh memiliki sebuah banglo tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit.

Dalam pada itu, baginda menjangkakan projek itu mampu membuat ‘kejutan’ dalam industri perumahan tempatan, sekali gus memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah.

“Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana,” titah baginda.
Sumber: Mstar



Sumber Sultan Johor bakal umum ‘hadiah istimewa’ untuk rakyat Johor

Warga Pakistan kurang ajar kacau isteri orang dengan isyarat lucah jari kelingking banding dengan suami

$
0
0

Padah mengganggu isteri orang dengan menunjukkan isyarat lucah, seorang lelaki warga Pakistan dibelasah orang awam sebelum ditahan polis dalam di Simpang Tiga Kedai Mulong, di sini, pagi kelmarin.

kacau isteri orang

kacau isteri orang

Mangsa seorang eksekutif pemasaran berusia 32 tahun sebelum itu berhenti di sebuah Kedai Runcit 24 untuk membeli barangan.

Ketika sedang membuat bayaran, suspek yang bekerja sebagai penjaga kaunter menanyakan soalan lucah kepadanya dan menunjukkan isyarat lucah dengan jari kelingking serta membuat perbandingan dengan suami mangsa.

Mangsa kemudian terus menaiki kereta dan memberitahu adiknya yang berusia 20-an sebelum adiknya itu turun dan memberi amaran kepada suspek supaya tidak mengganggu kakaknya, bagaimanapun suspek menafikannya serta berlaku pergelutan.

Suspek kemudian dikatakan mengeluarkan kayu dan memukul adik wanita itu.

Selepas kejadian, adik mangsa sekali lagi datang ke kedai sama dan memberitahu suspek supaya tidak mengulangi perbuatan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa serta orang kampung.

Kedatangan adik mangsa kali kedua itu menyebabkan suspek berang dan terus mengambil pisau dari bawa meja, namun sempat ditahan adik mangsa.

Orang awam yang melihat kejadian berlaku tersebut membantu adik mangsa dan membelasah suspek sebelum menangkapnya serta menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan suspek turut dihantar ke hospital untuk rawatan kerana cedera dipukul.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan cedera dan Seksyen 509 kerana menunjukkan isyarat yang mengaibkan kehormatan orang lain.

“Seksyen 324 membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut, manakala Seksyen 509, pesalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Warga Pakistan kurang ajar kacau isteri orang dengan isyarat lucah jari kelingking banding dengan suami

Warga pakistan kacau bini orang rupanya selalu ambil kesempatan pegang bahagian tubuh pelanggan wanitanya termasuk isteri orang

$
0
0

Merenung tajam dengan ‘mata gatal’ selain mengambil kesempatan memegang mana-mana bahagian tubuh pelanggan wanitanya yang menggiurkan termasuk isteri orang antara tabiat tidak bermoral peniaga runcit warga asing di Kampung Mulong, di sini sehingga dua mangsa membuat laporan polis atas dakwaan mencabul.

Laporan terbaru itu dibuat selepas mereka menjadi mangsa peniaga berkenaan ketika membeli barang keperluan harian pada Jumaat dan kelmarin.

Baca artikel sebelum: Warga Pakistan kurang ajar kacau isteri orang dengan isyarat lucah jari kelingking banding dengan suami

Akibat perbuatan tidak bermoral itu, peniaga runcit warga asing itu cedera dipukul ahli keluarga mangsa dan orang kampung dalam kejadian kelmarin dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Seorang daripada mangsa itu yang mahu dikenali Ana, 22, berkata, dia ke kedai runcit itu yang dibuka 24 jam untuk membeli ubat sakit kepala kerana adiknya sakit kepala kira-kira jam 10 malam, Jumaat lalu.

“Ketika masuk ke kedai, tiada pelanggan lain cuma peniaga lelaki warga asing itu saja dan dia memerhatikan saya sehingga saya rasa tidak selesa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Warga pakistan kacau bini orang rupanya selalu ambil kesempatan pegang bahagian tubuh pelanggan wanitanya termasuk isteri orang

Dr Katalina berhenti kerja doktor demi jadi penyanyi dan pelakon

$
0
0

Tujuh tahun berkhidmat sebagai doktor, penyanyi dan pelakon Dr Katalina mengambil keputusan berhenti bagi mengukuhkan karier seninya.

Katalina atau nama sebenarnya, Siti Khadijah Awang Amat, 33, bagaimanapun menjelaskan dia belum meninggalkan bidang perubatan kerana membuka klinik rawatan kecantikan di Saville, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

“Walaupun berat hati meninggalkan kerjaya ini, saya masih bergelar doktor. Ramai pengguna di media sosial mengecam keputusan ini dan saya sudah lali.

“Lagipun, sudah lama saya berhasrat membuka klinik rawatan kecantikan,” katanya pada majlis pelancaran video muzik lagu Kan Terjadi, baru-baru ini.

Anak seni ini berkhidmat di Hospital Selayang selepas menamatkan pengajian di Russia sebelum ditukarkan ke Klinik Kesihatan Temerloh dan kemudian dilantik sebagai doktor peribadi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selama tiga tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Dr Katalina berhenti kerja doktor demi jadi penyanyi dan pelakon

Wajah Mirip Aiman Tino, Gadis Ini Buat Pendedahan Dikecam Teruk, Sampai Digelar Bodoh

$
0
0

Wajah Mirip Aiman Tino, Gadis Ini Buat Pendedahan Dikecam Teruk, Sampai Digelar Bodoh



Seorang gadis bernama Syafiqah menjadi viral kerana wajahnya mriip penyanyi Aiman Tino.

Entah mengapa, kerana gambarnya menjadi viral, Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Pyka mendedahkan dia telah dikecam teruk.

Paling teruk, ada yang menggelar gadis kelahiran Pahang ini dengan pelbagai kata negatif termasuk digelar bodoh.

Ini komennya:


TERIMA FOLLOWER BARU, KENA MAKI

"Hampir setiap minit saya menerima pengikut baru di Instagram dan mesej bertalu-talu. 


"Ada yang memaki-maki saya sampai panggil saya bodoh tapi ramai juga yang memberikan kata-kata positif.

"Awal-awal memang terkejut sebab dapat komen yang macam-macam, sampai ada yang tag akaun Aiman Tino di gambar-gambar saya. Stress pun ada sebenarnya.

"Tapi selepas sehari dua, saya lebih tenang, tak rasa nak marah atau tertekan lagi,"
 

TAK SAMA PUN

"Memang ada kawan-kawan tegur yang muka saya macam Aiman Tino, mungkin daripada sudut tepi. Tapi saya tetap tidak merasakan kami seiras,"

DIGELAR AIMAN TINO

"Semalam ada yang menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika saya berhenti di lampu isyarat.

"Masuk ke sebuah restoran pula ada yang terjerit-jerit cakap Aiman Tino datang makan. Malah ketika di kedai mak saya pun sekarang saya terpaksa bersembunyi di dapur sebab ada pelanggan datang cakap nak jumpa Aiman Tino,"


Itulah penangan memiliki wajah seperti Aiman Tino. Biasalah, apabila popular kena tabahlah sikit. Semoga cik Pyka sentiasa berjaya/


Sumber Wajah Mirip Aiman Tino, Gadis Ini Buat Pendedahan Dikecam Teruk, Sampai Digelar Bodoh

“Tolonglah Datuk Hattan settle hutang RM1 juta, kami diisytihar muflis nak buat akaun anak tapi bank minta sijil kematian ibu bapa pula”

$
0
0

“Kami merayu kepada abang (Datuk Hattan) supaya tampil membantu kami, tolong bertanggungjawab kerana abang yang membuat hidup kami menderita,” rayu Noor Maszura Abu Bakar, 35, yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya penyanyi terkenal, Hattan sejak 14 tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai pengarah sebuah syarikat.

"Tolonglah Datuk Hattan settle hutang RM1 juta, kami diisytihar muflis nak buat akaun anak tapi bank minta sijil kematian ibu bapa pula"

“Tolonglah Datuk Hattan settle hutang RM1 juta, kami diisytihar muflis nak buat akaun anak tapi bank minta sijil kematian ibu bapa pula”

Noor Maszura dan suaminya yang juga bekas penyanyi kumpulan Baji, Abang Yusof Abang Daud, 44, kini berdepan pelbagai masalah selepas diisytiharkan muflis termasuk sukar membuka akaun bank untuk tiga anaknya.

“Anak saya perlu membuka akaun bank untuk persekolahan, saya terpaksa menggunakan nama adik dan pihak bank mahu adik mengemukakan sijil kematian ibu bapa terlebih dulu.

“Bayangkan kami sebagai ibu bapa yang masih hidup terpaksa ‘dimatikan’ demi meneruskan kehidupan dan persekolahan anak-anak. Saya tidak tahu lagi nak buat macam mana. Hidup kami memang susah kerana masalah ini. Apa yang kami harapkan, abang Hattan tampil untuk sama-sama selesaikan masalah ini, itu saja dan bukannya kami mahukan duit dia,” kata Noor Maszura ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sumber:Metro



Sumber “Tolonglah Datuk Hattan settle hutang RM1 juta, kami diisytihar muflis nak buat akaun anak tapi bank minta sijil kematian ibu bapa pula”

Rumah kebajikan Batu Grace terima sumbangan dari lelaki yang dakwa dirinya yang terkaya di dunia

$
0
0

Rumah Kebajikan Kanak-kanak Batu Grace terus mendapat perhatian ahli perniagaan kontroversi Zhang Jian, yang mendakwa dirinya sebagai bakal lelaki terkaya di dunia selepas beliau menderma sebanyak RM1.2 juta pada 2014 dan tambahan RM10,000 bulanan bermula bulan ini.

Rumah kebajikan Batu Grace terima sumbangan dari lelaki yang dakwa dirinya yang terkaya di dunia

Rumah kebajikan Batu Grace terima sumbangan dari lelaki yang dakwa dirinya yang terkaya di dunia

“Dengan sumbangan terkini ahli perniagaan itu dan juga sumbangan orang ramai, rumah ini dapat terus dikendalikan tanpa rasa bimbang,” kata pengasas kediaman, Dr Solomon B.G. Rajanthren dalam satu majlis makan malam.

Wang RM1.2 juta sumbangan Zhang telah digunakan untuk membeli tiga buah banglo yang kini sedang digunakan, katanya Dr Solomon.

Datuk Seri Steven Yong, yang mewakili Zhang berkata sebanyak RM10,000 akan didermakan dalam tempoh 12 bulan, sambil menambah kadarnya yang akan ditingkatkan secara beransur-ansur.

 

“Saya telah berjumpa dengan dia (Zhang) di Eropah dan dia beritahu saya bahawa dia akan berada di Malaysia pada Jun ini,” kata Yong.

“Zhang juga akan melawat rumah ini tidak lama lagi untuk bertemu kanak-kanak di sini dan melihat bagaimana ia diuruskan,” katanya.

Yong dan isterinya Datin Seri Annie Chong adalah antara 400 orang yang menghadiri majlis makan malam rumah kebajikan ini yang terletak di Taman Desa Aman hujung minggu lalu.

Dr Solomon berkata, majlis makan malam itu dianjurkan bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada kepada bapa pembaptisan mereka yang banyak menghulurkan bantuan.

Rumah ini mempunyai 96 penghuni.

Zhang telah terperangkap dalam kontroversi apabila syarikatnya, Yun Shu Mao, dikaitkan dengan skim cepat cepat kaya yang telah disiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Superintendan Chan Teck Paing, ketika dihubungi pada Isnin berkata polis tidak menerima sebarang laporan mengenai Zhang.

“Jadi, kita tidak menyiasat beliau tetapi kami akan memantau keadaan dengan teliti,” katanya.

Sumber:Mstar



Sumber Rumah kebajikan Batu Grace terima sumbangan dari lelaki yang dakwa dirinya yang terkaya di dunia

Suri rumah maut Perodua Axia dipandu suami terbabas, kotak tisu terselit pada pedal brek jadi punca

$
0
0

Seorang suri rumah maut setelah Perodua Axia dipandu suaminya terbabas di Kilometer 06 Jalan Gaung-Kampung Tajin, petang kelmarin dipercayai berpunca daripada kotak tisu terselit pada pedal brek kereta berkenaan.

Suri rumah maut Perodua Axia dipandu suami terbabas, kotak tisu terselit pada pedal brek jadi punca

Suri rumah maut Perodua Axia dipandu suami terbabas, kotak tisu terselit pada pedal brek jadi punca

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Esah Md Zin, 67, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu yang merupakan seorang peneroka Felda Jerangau, Abd Wahab Salleh, 70, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dari arah Kampung Tajin ke Kampung Gaung gagal mengawal kenderaan.

 

“Pemandu kenderaan dipercayai gagal membrek kerana terdapat kotak tisu pada pedal brek kereta tersebut sebelum terbabas.

 

“Berikutan daripada itu penumpang kenderaan (mangsa) mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

“Kawasan lokasi melibatkan jalan berselekoh, satu lorong dua hala dengan garisan tengah berkembar berturap tar, keadaan cuaca ketika kejadian juga cerah.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai sentiasa peka kepada aspek keselamatan semasa memandu termasuk memastikan tiada sebarang objek di bawah tempat duduk pemandu yang boleh mengundang risiko kemalangan,” katanya.

Sumber:Sinar



Sumber Suri rumah maut Perodua Axia dipandu suami terbabas, kotak tisu terselit pada pedal brek jadi punca

Tunggakan PTPTN RM9K Walau Dah Buat Pelarasan Ujrah???

$
0
0

PTPTN
You really make me pissed off!

Tiba-tiba dapat email nie, pelik. Sedangkan aku tk pernah missed bayar PTPTN, dan loan masa aku foundation dah lama aku setelkan, cuma loan degree yg aku masih disiplin bayar tiap bulan tanpa missed sampai skrg, dan mungkin sampai umur aku 40 tahun, kalau ikut kontrak. Mana dtg RM9,484.74 nie?

Ini jawapan yang aku dpt drpd adik call-centre.

Aku: Bla bla bla (bg details aku)

Dia: Baik puan, ada apa saya boleh bantu?

Aku: Saya dpt email yg nyatakan saya masih ada tertunggak RM9k. Saya cuma nak pastikan, dr mana amount nie? Sbb kalau ikt statement saya, saya tak penah missed byr sejak 2010, dan statement saya nie hanya tunjuk yang Ujrah saja, yg sblm2 nie masa konvensional saya tak boleh tgk da. Kalau ikut statement nie, saya tak pernah missed bayar setiap bulan sampai hari nie.

Dia: Kalau ikut record puan, amount tertunggak nie sejak tahun 2007 (nie lepas aku grad). Jadi bayaran tertunggak nie di ambil drpd pinjaman degree puan yg tk diselesaikan.

Aku: 2007? Yer saya ada on off bayar, sbb penah menganggur dan bila da keje saya byr on off dgn byr ikut kemampuan memandangkan gaji kecik time tu. Saya mula disiplin bayar bila masuk tahun 2008, sampai saya dpt offer tukar ke pelan Ujrah. Selepas tu, saya teruskan byr setiap bulan, mengikut baki semasa yang saya terima di dalam statement. Jadi saya sentiasa update dgn figure dlm statement saya setiap bln. Tiba2 saya dpt email nie.

Dia: Maaf puan, tunggakan nie amount sebelum tukar ke plan ujrah. Amount tunggakan nie tk dikemaskini kan sekali dlm statement puan selepas ditukar ke ujrah (what tha?!). Jadi jumlah tunggakan nie terbiar mcm tu jek.

Aku: Macam mana boleh mcm tu? Kenapa ptptn tak bgtau saya awal2 masa sy dpt tawaran ujrah, dan ini la amount saya kene setelkan. Kenapa sekarang? Kenapa selepas 7 tahun? Kenapa 2 tahun sebelum tu saya tka dpt warning?

Dia: Maaf puan, saya tak dpt bantu yang tu. Kalau puan nk tgk clear calculation, kena pergi ke kaunter dan puan bole tgk secara details mcm mana tunggakan tu bole jd RM9ribu.

Kepala aku da start panas, jantung dah laju. Ada la lagi explaination budak tu yg lebih kurang sama dan tak perlu aku share. Yang pasti, aku tertekan dgn PTPTN... Kenapa skrg br ko nak bertindak? 9 tahun aku ade bayaran tertunggak yang dah dikenakan interest, yang mati2 aku ingat dah diselaras sekali dlm pelan Ujrah. Kenapa tak diberitahu dulu lagi? Why now?

Tunggakan aku terperap utk 9 tahun, takde sebarang warning, takde sebarang surat menyurat aku terima mengatakan aku perlu buat settlement. Dr amount yg kecil, sampai 9 tahun, tunggakan aku jd RM9ribu. Dan senang crite, aku br dpt email nie hari nie, dan aku cek, Yer, aku dah kena blacklist. Terima kasih PTPTN!

Solution yang PTPTN bagi dekat aku, kalau nak fight, kena naik court. Tapi kalau aku insists nk clear drpd blacklist, nak tak nak, aku kena byr full amount RM9ribu tu sebelum akj terbang. Yer, aku dah nak fly next week. Why now, PTPTN? Adakah ko nampak rekod aku byr secara konsisten, baru sekarang ko cari dan aniaya aku? RM9ribu? Aku tatau lah celah mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa seminggu nie. (Tongkat dagu)

Buat teman-teman yg masih ada hutang dgn PTPTN, pergi la check dan clarify, kot korg pon ade hidden amount yg PTPTN tk bgtau yang derg nak biarkan beranak pinak sampai amount jd besar, gamaknya.

sumber fb : Fatheem Meleana

Jangan ambil mudah derita sakit belakang

$
0
0

Bukan satu perkara mudah jika seumur hidup menanggung kesakitan yang teruk di bahagian belakang badan. Sukar digambarkan jika kita perlu menghadapi kesakitan belakang badan seperti dicucuk objek tajam ketika menunduk, sukar menggerakkan kepala dengan keadaan posisi badan tegak terutama ketika memandu atau kesukaran memegang atau mengambil makanan akibat otot tangan berasa keras dan kaku.

Jangan ambil mudah derita sakit belakang

Jangan ambil mudah derita sakit belakang

Itu hanyalah sedikit pengalaman penulis sendiri ketika menghadiri sidang media mengenai penyakit spondilitis kejur atau ankylosing spondylitis (AS).

Kami diberi peluang untuk melakukan beberapa aktiviti bagi memahami sedikit kesakitan dialami pesakit AS. Ternyata ia bukan satu perkara mudah malah membebankan hingga ada kalanya boleh menjejaskan kesihatan mental dan emosi jika tidak diurus dengan baik.

Nawfal Johnson, 52, menyedari mula mengalami gejala kesakitan belakang badan sejak usianya 17 tahun. Ketika itu, doktor hanya menganggap ia kesan daripada kecederaan ketika bersukan, mungkin kesedaran mengenai penyakit AS belum tinggi dan tidak dipandang serius.

 

“Apabila menyambung pengajian di universiti, saya dapat rasakan sakit belakang yang teruk hingga susah untuk berjalan dan ada kalanya sukar bernafas serta menganggu tidur.

“Tiada apa yang menarik tetapi lebih kepada kesakitan yang teruk hingga boleh menyebabkan saya tertekan dan marah. Pesakit AS tidak dianggap sebagai ‘penderita’ atau ‘penghidap’ sebaliknya dianggap sebagai ‘pejuang’ kerana mereka perlu berjuang setiap hari menghadapi kesakitan yang teruk.

“Kebanyakan pesakit AS tidak dapat dilihat dari segi luaran tetapi dirasai pesakit itu sendiri di bahagian dalam badan. Bayangkan saya menghadapi kesengsaraan ini dalam tempoh 35 tahun,” katanya.

Ketika menyambung pengajian di universiti, kesakitan dialami semakin teruk dan sekali lagi berjumpa doktor. Tanpa sebarang penjelasan, doktor hanya memberikan brosur berkaitan AS.

Hatinya hancur selepas membaca brosur yang diberikan oleh doktor apabila mengetahui dia mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati sepanjang hidupnya.

Menurut Persatuan Spondilitis Amerika, sesetengah orang yang berisiko mendapat AS akan mengalami tiga kriteria dan semua ciri berkenaan ada pada diri Nawfal.

Ciri penting apabila dia mewarisi penanda genetik HLAB27. Pada 1992, Nawfal berjumpa pakar reumatologi selepas sekian lama tidak melakukan pemeriksaan, dia membuat ujian darah dan mendapat keputusan positif HLAB27.

“Saya juga memiliki sejarah keluarga yang hidup dengan AS iaitu datuk, sepupu dan kini anak perempuan saya. Datuk mengalami AS dan menggunakan kerusi roda sejak di bangku sekolah manakala sepupu hanya kaku tidak mampu bergerak.

“Pada masa sama, saya juga ada masalah jangkitan gastrousus (membabitkan saluran pencernaan) yang kerap. Saya juga mengalami jangkitan campylobacter, penyakit bawaan makanan yang mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih selain jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori),” katanya.

Pada 1994, Nawfal berpindah ke Malaysia dan sekali lagi menerima berita menakutkan apabila disahkan mengalami masalah radang di bahagian mata iaitu iritis.

Disebabkan iritis, dia mengalami kerosakan tetap pada bahagian mata kanan. Lebih memburukkan keadaan, dia turut disahkan mengalami masalah osteoporosis pada tahun lalu dan kerana Nawfal pesakit AS, sedikit kemalangan boleh menyebabkan kecederaan besar di bahagian tulang belakang.

“Bagi mengelakkan kesihatan atau kesakitan bertambah buruk saya perlu mengelak daripada terdedah kepada tiga pencetus utama. Antaranya, makanan, persekitaran dan tekanan.

“Antara makanan yang menyebabkan kesakitan bertambah teruk ialah dal kuning, bunga kobis, kobis, terung, sesetengah produk tenusu dan piza.

“Malah, jika cuaca sejuk, kelembapan yang tinggi dan terlalu banyak terdedah kepada pendingin hawa juga meningkatkan kesakitan. Selain itu, tekanan yang berlebihan juga boleh menyebabkan kesakitan bertambah teruk,” katanya.

Penderitaan yang dilalui tidak terhenti di situ saja. Pada tahun lalu, Nawfal disahkan menghidap penyakit Meniere, penyakit yang jarang berlaku.

Penyakit ini menyebabkan jumlah cecair di dalam telinga menjadi tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan pening, tidak dapat mendengar dalam frekuensi rendah, sensitif terhadap bunyi dan berlaku tekanan di dalam telinga.

Disebabkan masalah berkenaan dan ditambah dengan penyakit AS serta osteoporosis, dia tidak lagi mampu memandu kereta atau banyak berjalan.

“Saya ‘berjuang’ setiap hari dengan kesakitan sepanjang hidup termasuk komplikasi yang ditanggung disebabkan penyakit AS ini. Ia bukan saja memberi kesan kepada fizikal, tapi juga mental.

“Jiwa turut terganggu dan ada kalanya putus harapan hingga menyebabkan kemurungan. Bagi mengatasi kemurungan, saya cuba ungkapkan perasaan yang dialami melalui penulisan dalam buku sendiri, Ethereal Dreams & Hope yang mengandungi koleksi foto dengan kata-kata semangat,” katanya.

Nawfal turut menasihati pesakit AS supaya dapatkan bantuan dengan berjumpa doktor, urus kesihatan fizikal dan emosi dengan baik serta lakukan senaman bersesuaian untuk kekal fleksibel.

Perkara paling penting adalah mencari kumpulan sokongan yang positif, elakkan daripada terdedah kepada pencetus kesakitan seperti makanan, tingkatkan pengetahuan mengenai AS, berhati-hati dengan aktiviti yang dilakukan dan ambil ubat-ubatan disarankan oleh pakar.

AS menyakitkan

Pakar perubatan dan reumatologi, Dr Amir Azlan Zain berkata, AS ialah sejenis artritis yang menjejaskan tulang belakang yang bersifat progresif dan menyakitkan.

“Ia adalah masalah kronik berpanjangan yang menyebabkan keradangan pada sendi tulang belakang. Masalah tertumpu di bahagian urat tulang belakang dan akan menjadi radang.

“Sekiranya tidak diberikan rawatan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan pada struktur yang tidak boleh dipulihkan sekali gus menyebabkan kekerasan pada sendi, mengurangkan pergerakan serta kualiti hidup pesakit dengan ketara,” katanya.

Jelasnya, antara tanda penyakit AS yag mustahak ialah sakit di bahagian pinggang atau tulang belakang. Namun, ia bukan seperti sakit pinggang biasa tetapi lebih sakit pada waktu pagi, selepas rehat dan kesakitan berasa lebih baik selepas kita melakukan aktiviti.

Selalunya, sakit pinggang biasa akan bertambah sakit apabila individu itu terlalu banyak bergerak atau melakukan aktiviti belebihan, namun ia berbeza dengan AS.

Sakit dalam kes AS berlaku selepas berehat dan akan menjadi lebih sakit jika tidak bergerak, namun dengan melakukan aktiviti dapat membantu mengurangkan kesakitan.

“Pesakit boleh mengalami tahap ketidakselesaan yang berbeza iaitu daripada ketegangan ringan kepada tulang belakang yang bercantum akibat pertumbuhan tulang.

“Sesetengah pesakit mungkin menunjukkan tanda demam, kelesuan, hilang selera makan dan radang mata (kemerahan dan sakit). Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan masalah paru-paru dan jantung,” katanya.

Spondilitis kejur dialami terutama dalam kalangan pesakit muda yang berada di peringkat lewat remaja atau awal dewasa. Di samping itu, lebih ramai lelaki berbanding wanita yang mengalami masalah ini iaitu pada nisbah kira-kira 2:1.

Rawatan terkini

Menurut Pakar Runding Reumatologi (UMSC) dan Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Profesor Madya Dr Sargunan Sockalingam, spondilitis kejur ialah penyakit serius yang kurang diketahui oleh kebanyakan orang.

“Ramai pesakit saya mengalami gejala pertama mereka pada usia sangat muda. Ada yang baru saja menamatkan pengajian universiti dan memulakan kerjaya.

“Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti harian dan bekerja kerana mungkin perlu kerap mengambil cuti untuk menguruskan penyakit mereka.

“Kadangkala kesakitan yang dialami amat menyeksakan sehingga mereka tidak dapat tidur. Keadaan ini juga menjejaskan interaksi sosial pesakit dengan orang lain kerana ia mengehadkan pergerakan mereka,” katanya.

Ujarnya, penting untuk pesakit mengesan tanda awal AS dan menerima rawatan untuk mencegah kerosakan tulang belakang kekal. Oleh itu, pesakit yang mengalami gejala di atas dinasihatkan mendapat bantuan pakar dengan serta-merta.

Rawatan piawaian yang disyorkan bagi pejuang spondilitis kejur juga termasuk ubat antiradang bukan steroid (NSAID) dan terapi faktor nekrosis anti-tumor (TNF). Bagi sesetengah pesakit, rawatan terbabit gagal mengawal penyakit dengan sewajarnya atau mempunyai kesan sampingan yang tidak boleh diterima oleh pesakit.

Buktinya, 40 peratus penghidap spondilitis kejur tidak bertindak balas terhadap terapi anti-TNF. Pesakit yang mengalami AS kini boleh mendapatkan rawatan produk biologi, Cosentyx dengan kos berpatutan dan mampu milik.

Ketua Francais Bahagian Immunologi dan Dermatologi, Neurosains, Novartis Malaysia, Bernice Chan berkata, ia adalah rawatan baru sejak rawatan terapi faktor antitumor (anti-TNF) dipasarkan 18 tahun dulu.

“Lazimnya, ubat inovatif baru memang mahal. Oleh itu, kami berharap agar rawatan ini membantu pesakit meningkatkan fleksibiliti dan kembali bergerak.

“Lebih penting, ia dapat memberi peluang kepada pesakit untuk mengekalkan keupayaan bekerja dan membantu mengurangkan kerumitan yang dikaitkan dengan penyakit ini,” katanya.

Walaupun ubat biologi lebih berpatutan berbanding rawatan piawaian semasa, terdapat sebilangan besar pesakit yang tidak mampu mendapatkan rawatan.

Ini salah satu faktor yang menghalang pesakit daripada menerima rawatan sewajarnya di peringkat awal. Selepas mempertimbangkan perkara ini, Yayasan Artritis Malaysia berganding bahu dengan Novartis Malaysia untuk menganjurkan larian kebajikan sempena Hari Spondilitis Kejur Sedunia pada Mei ini.

Tujuan usaha ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai spondilitis kejur di samping mengutip dana untuk memberi sokongan kewangan kepada pesakit agar mereka dapat menerima rawatan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Sumber:Metro



Sumber Jangan ambil mudah derita sakit belakang

Video pemain bola sepak gelabah lepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita

$
0
0

NAMPAK gayanya, seorang pemain bola sepak sebuah pasukan di Afrika Selatan mempunyai satu ‘tugasan’ tambahan apabila terlepas cakap dalam satu temu bual pasca perlawanan.

Video pemain bola sepak gelabah lepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita

Video pemain bola sepak gelabah lepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita

Mohammed Anas, yang bermain untuk  kelab Free State Stars, dipilih sebagai Man of the Match (pemain terbaik perlawanan) selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Ajax Cape pada Jumaat.

 

Dalam temu bual yang disiarkan secara langsung itu, Anas berkata dia sangat menghargai sokongan peminat, sebelum mengucapkan terima kasih untuk isteri dan teman wanitanya.

 

 

“Terima kasih atas pemilihan ini, saya hargai sokongan peminat. Isteri saya dan teman wanita saya….maksud saya isteri saya, maaf,” kata Anas.

Anas seperti tidak dapat menyembunyikan rasa gelabahnya apabila tersasul, dan sempat mengungkapkan kata-kata cinta buat isterinya.

“Saya minta maaf, saya cintakan awak. Saya sangat cintakan awak, jujur dari hati saya,” tambah Anas.

Apapun, nampaknya Anas kini perlu memberi penjelasan kepada isterinya berhubung kenyataan yang dibuatnya itu.

 



Sumber Video pemain bola sepak gelabah lepas tersasul ucap terima kasih kepada isteri dan teman wanita

‘Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Sindrom Goncang Bayi’

$
0
0
  • Bayi berusia 3 bulan 2 minggu dikejarkan ke hospital kerana muntah teruk di taska
  • Darwisy juga diserang sawan teruk, nafas laju dan badan tersentak-sentak
  • Bawa ke hospital, doktor sahkan masalah anak berpunca dari Shaken Baby Syndrome (Sindrom Goncang Bayi) dan hasil imbasan CT adalah Acute & Chornic Subdural Hematoma.
  • 20% bahagian otak mangsa masih berfungsi dengan baik, 80% bakinya sudah rosak
  • “Saya terkedu di saat ini, saya menangis air mata jatuh mencurah-curah…”
'Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Sindrom Goncang Bayi'

‘Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Sindrom Goncang Bayi’

Darwisy dan Cerebral Palsy (CP)
Acute & Chronic Subdural Hemotoma
Shaken Baby Syndrome
Berikutan bulan Mac adalah bulan kesedaran untuk CP dan membuatkan saya mahu berkongsi sedikit ilmu tentang CP (mengikut kefahaman saya) dan juga kisah Darwisy, si pejuang kecil CP saya. 
Ramai yang bertanya dan berminat mahu tahu bagaimana Darwisy boleh disahkan CP? Saya ingin berkongsi cerita dan kisah serta pengalaman Darwisy bersama saya dan suami mungkin sebagai pengajaran ataupun panduan kepada rakan-rakan semua. 
Darwisy dilahirkan secara normal, Alhamdulillah tanpa sebarang masalah. Tetapi apabila usianya genap 3 bulan 2 minggu, dia dikejarkan ke hospital sebaik saja saya yang sedang bekerja di Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) menerima panggilan dari taksa yang menyatakan Darwisy muntah teruk. 
Saya terus bergegas ke taska dan mendapati Darwisy diserang sawan yang sangat teruk, nafas sangat laju, badan tersentak-sentak dengan mata putih sahaja yang kelihatan. Saya dapat rasakan keadaan Darwisy amat kritikal dalam dakapan saya pada ketika itu. 
Saya terkilan, apa yang pihak taska buat semasa saya dalam perjalanan ke taska yang memakan masa sejam untuk sampai. Kenapa tiada apa-apa tindakan dalam keadaan seperti itu? Allahuakbar. 
Saya seperti orang gila tak tentu arah walau seolah sedang bertenang tetapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu. 
Pergi ke hospital swasta berdekatan kawasan rumah tetapi mereka pindahkan ke Hospital Ampang kerana di sana ada pakar. Bila di sana, keadaan Darwaisy stabil dan nafasnya okay tetapi masih dengan bantuan oksigen. Lega hati dan tak terfikir apa-apa yang bakal saya tempuhi sebenarnya selepas ini. Saya fikirkan semuanya baik-baik sahaja. 
Saya menunggu dan menunggu keputusan doktor. Doktor kelihatan seperti kelam kabut. Saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku? Air mata yang tadi jatuh mencurah-curah sudah tenang. Doktor minta kebenaran untuk buat imbasan CT. Saya semakin pelik. 
Akhirnya doktor memberitahu keputusan hasil dari imbasan CT. Kes Darwisy berpunca dari Shaken Baby Syndrome (Sindrom Goncang Bayi) dan hasil imbasan adalah Acute & Chornic Subdural Hematoma. Acute dan Chronic ada dua di situ bermaksud, Acute penderahan yang berlaku 72 jam trauma sebelum kejadian dan chronic pula 21 hari atau tiga minggu dan lebih trauma sebelum kejadian. Pendarahan di otaknya berlaku di ruang paling atas otak manusia (mengikut kefahaman saya). 
Saya terkedu di saat ini, saya menangis air mata jatuh mencurah-curah. Apa 21 hari ke 3 minggu atau lebih lagi sebelum ini pendarahan sudah berlaku bermaksud sejak saya habis berpantang dan terus dihantar ke taska, kan? Kenapa saya langsung tak perasan? Adakah pihak taska ada buat tak baik pada Darwisy? Adakah saya penyebab dia jadi begini sebab saya menggunakan buaian dan agak laju saya membuainya? 
Saya tidak tahu, saya buntu dan kes ini terus pihak doktor buat laporan polis sebab ada unsur penderaan. 
Dan langkah yang terbaik untuk kes Darwisy adalah dengan pembedahan memandangkan selama tiga hari di NICU Hospital Ampang, Darwisy diserang sawan dua kali. Darwisy dipindahkan ke Institut Pediatrik HKL dan dibedah di kepalanya.
Masuk bilik bedah menemaninya sekejap, kaki lutut saya menggeletar. Adakah ini keputusan yang terbaik bila saya dan suami tahu apa risiko-risikonya? 
 
 
Saya tak tahu dan apa yang saya tahu, saya serahkan kepada Allah. Bagaimana pembedahan dilakukan, saya tak nak tahu juga cuma yang saya tahu sebaik sahaja Darwisy keluar dari bilik bedah, sudah ada tiub di kiri dan kanan kepalanya dengan beg darah. Kelihatan darah masih keluar menggalir melalui tiub itu. 
Allah, sebak hati menangis. Sejujurnya saya tak kuat ketika ini.
“Mama, awak kena kuat. Awak kena makan dan tidur cukup barulah awak sihat cukup tenaga dan kuat baru Darwisy akan kuat. Jangan menangis di depannya bila melawat dia,” kata-kata doktor yang menjadi pegangan saya pada ketika itu. 
“Kalaulah sakit ini boleh dipindahkan kepada mama, mama akan ambil sayangku, tapi apakan daya,” bisik hati kecil saya. 
Teruskan kuat ye sayang Darwisy…
Selepas itu doktor memaklumkan Alhamdulillah pembedahan berjaya tetapi otak yang masih berfungsi dengan baik hanya 20% dan 80% lagi sudah rosak. 
Allah, 80% yang rosak? 
Doktor dengan telus dan sejujur-jujurnya memberi penerangan agar kami jelas dan memahami keadaan sebenar. Doktor menyatakan Darwisy akan terlantar seumur hidup dan tidak akan mampu berbuat apa-apa walaupun bercakap ke, pergi sekolah ke, mudah kata cacat kekal menyeluruh.
Tetapi dia masih kecil, saraf otaknya akan berkembangan dengan perlahan-lahan dengan syarat perlu banyak rangsangan. P
Perasaan saya sedih dan menangis semahu-mahunya. Tetapi saya sudah berazam dari sini dan tahu Darwisy boleh dan kuat. 
Darwisy dikategorikan Buta (di mata terdapat juga pendarahan) dan Global Development Delay (GDD) pada awalnya. Selepas itu ciri-ciri spastik mula kelihatan dan dikategorikan sebagai Quadrepligia CP dan seterusnya Dystonia CP. 
Shaken Baby Syndrome disebabkan berlaku gegaran yang kuat seperti bayi dilambung, terjatuh, terhantuk, digegar terlalu kuat sehingga berlaku pendarahan dalam otak bayi. 
Hati-hati ya kawan-kawan dalam kita menjaga anak kita. Banyakkan membaca sebagai langkah keselamatan. 
Rakan-rakan semua, kes ini berlaku 5 tahun lalu, Februari 2012. Saya berkongsi sempena bulan kesedaran Cerebral Palsy (CP) dan juga kesedaran pada semua tentang Shaken Baby Syndrome. 

Darwisy kini berusia 5 tahun 4 bulan. Alhamdulillah dia sudah mampu berjalan walapun perlu sedikit lagi latihan. Bercakap masih sepatah-sepatah dan ada yang pelat dan juga berjuang supaya boleh bersekolah. Doakan Darwisy saya agar dia kuat dan urusannya dipermudahkan Allah. 

Sumber: TR


Sumber ‘Hanya 20% otak anak saya masih berfungsi dengan baik, 80% lagi rosak akibat Sindrom Goncang Bayi’

‘Saya fikir carseat & botol susu tak penting, tapi bila dah terkena barulah saya faham…’

$
0
0
Salam warga Info Ibu Hamil (IIH), saya cuma nak berkongsi kisah saya. Semoga bermanfaat kepada bakal ibu di luar sana. 
'Saya fikir carseat & botol susu tak penting, tapi bila dah terkena barulah saya faham...'

‘Saya fikir carseat & botol susu tak penting, tapi bila dah terkena barulah saya faham…’

Saya nak cerita tentang betapa pentingnya carseat dan ajar baby botol. Jujur cakap, dulu saya dan suami kurang peka tentang carseat ini dan memang dari mengandung sampai sudah bersalin, tak pernah terfikir nak beli. Sebab pada saya, tak perlu carseat ini. Saya boleh pegang anak dalam kereta. Jadi, buat apa nak membazir? Saya hanya beli stroller dengan baby carrier sahaja. Bagi saya, dua barang ini penting. 
Begitu juga dengan botol susu. Anak saya ini breastfeed, dari lahir sampai usia dah setahun ini tak pernah ajar botol. Bukan tak pernah, dalam waktu berpantang dulupernah ajar tetapi dia menolak. Jadi kami suami isteri rasa tak apalah, mungkin sebab saya tak kerja. Jadi, senanglah bagi baby breastfeed saja. Jadi, botol susu ini tidak penting. 
Sehinggalah anak saya berusia setahun. Beberapa hari sebelum genap setahun, saya diserang demam, pening kepala, tetapi masih gagahkan diri juga untuk breastfeed baby. Demam tiga hari tak surut, kemudian sambung demam lagi. Ingatkan nak pergi hospital, tetapi kebetulan hari itu anak saya ada checkup yang ke setahun. Jadi, saya selesaikan dia dulu. Mujur suami dah ambil cuti pada hari itu. 
Selepas check up, baliklah ke rumah. Demam saya masih tak sembuh lagi. Saya pergi ke klinik untuk ambil darah dan keputusannya menunjukkan saya terkena denggi. Saya langsung tak tahu selama ini saya demam sebab denggi. 
Masa pergi klinik itu, kami bertiga saja. Kemudian di klinik, doktor masukkan air sebab platlet darah saya 40 saja. Jadi dirujuk ke hospital. Masa drip water, sempat lagi susukan anak. Mati-mati ingat pergi hospital sendiri, rupanya mereka dah panggil ambulan. Kelam kabut saya dan suami sebab suami drive, habis baby siapa nak jaga? 
Masa itu kena ceramah dengan doktor tentang pentingnya carseat. Barulah terbuka minda ini yang selama ini menganggap carseat itu tidak penting. Bila terjadi begini, rasa menyesal sangat kenapalah dulu tak beli. 
Selepas berbincang dengan suami, okaylah, tak mengapa. Tawakal pada Allah sahaja. Saya naik ambulans okaylah apa semua dan masuk wad pada petang itu. Suami call kata anak menangis nak susu. Sudahlah saya tak pernah pam susu, memang tak ada stok susu di rumah. Anak pula tak pandai nak hisap botol lagi. 
 
 
Suami dengan mak mertua pergi ketuk rumah jiran, minta susu. Nasib baik jiran itu anaknya sebaya dengan anak kami, dapatlah susu. Itupun susu segar baby tak nak minum. Suami cakap dia menangis masuk bilik, masuk dapur mencari saya. Ya Allah, masa itu rasa bersalah sangat sebab selama ini tak pernah peka. Anak dah biasa breastfeeding, pam susu apa semua itu rasa tak penting untuk dibeli. Akhirnya suami kata, malam itu baby langsung tak minum susu dan tertidur kerana kepenatan menangis. Malam pun dia bangun sebab selama ini dia tidur ngempeng saja dengan saya. 
Masa di hospital, saya beritahu doktor yang saya tak boleh ditahan lama di wad sebab ada anak keil yang menyusu badan dan tiada siapa nak jaga dia. 
“Macam mana puan nak uruskan anak kalau puan sendiri pun sakit?” balas doktor. 
Waa, masa itu memang menangis dengar jawapan doktor itu.
Satu malam saya di wad, memang tak boleh tidur, asyik terfikirkan anak di rumah macam mana. Doktor kata, kalau platlet darah saya naik esok, baru boleh keluar wad. 
Malam itu, saya minum banyak air sampai breast saya bengkak. Air masak, air 100 Plus jangan cakaplah, sampai tak boleh tidur, asyik nak ke tandas saja. 
Keesokan harinya dah boleh keluar wad sebab platlet darah saya dah naik 80. Alhamdulillah. Selepas selesai bayar bil, jumpa baby. Ya Allah, sayu saja tengok keadaannya yang tak terurus, comot sebab dari malam tak minum susu, cuma minum air masak saja. Last breastfeed semalam pun di klinik. Apa yang berlaku benar-benar membuatkan saya insaf. 
Pesan saya kepada para ibu di luar sana, carseat ini penting sangat-sangat. Jangan sampai insiden yang berlaku pada saya berlaku pada anda juga. Suami kata, dalam perjalanan mereka balik semalam, setiap lima minit dia berhenti di tepi jalan sebab anak tak duduk diam, asyik bermain dengan kunci, tekan hon, memang mencabar sangat-sangat dan juga amat berbahaya. Saya beli stroller dan baby carrier, last-last anak tak nak guna pun. Dia lebih suka berdukung. Jadi belilah carseat dulu.
Sama juga kalau breastfeed baby sekalipun, ajar baby minum susu guna botol. Kalau anda mengalami kes seperti yang saya lalui, tak adalah kelam kabut. Selama setahun ini tak pernah terfikir pun perkara ini akan berlaku. Ia betul-betul memberi pengajaran kepada saya. 
Oh ya, selepas keluar dari wad, saya terus ajak suami pergi beli carseat. Haha! 
Sumber:TR


Sumber ‘Saya fikir carseat & botol susu tak penting, tapi bila dah terkena barulah saya faham…’

Apabila Matahari Terbit Sebelah Barat

$
0
0

Mari kita ambil masa sejenak rehatkan minda selama sebentar dan cuba pula kita bayangkan pada suatu hari, jam menunjukkan 6:00 am – kita bangun solat subuh, kemudian bersiap-siap untuk ke tempat kerja, sampai sahaja di pejabat pada jam 7:00 am, hari masih gelap.

Apabila Matahari Terbit Sebelah Barat

Apabila Matahari Terbit Sebelah Barat

Mungkin kita akan menganggap hari nak hujan, jadi kita abaikan.

Setelah masuk ke pejabat, buat kerja apa yang patut, dan kita lihat lagi jam sudah menunjukkan 9:00 am, sudah waktu untuk kita menjamu sarapan pagi.

 

Keluar pintu pejabat, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam. Mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. Jadi, abaikan.

Tapi jikalau jam menunjukkan 12:00 pm pun hari masih gelap. Apakah petanda itu?

Pada keesokan hari, perkara berlaku sama, buka saha televisyen semua orang sedang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya. Dan begitu juga dengan lusa, masih tiada lagi cahaya matahari.

Tetapi pada hari ke-empat kita bangun pagi, kita dapat melihat semula matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat.

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu sebagai fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!

Maka telah tertutuplah pintu taubat yang bertaubat, tapi yang masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat oleh Allah.

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta untuk diinfakkan, golongan yang tidak pernah membaca Al-Quran, 24 jam membaca Al-Quran, golongan yang tidak pernah solat berjemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah. Golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh.

Tetapi sayangnya, segalanya sudah tidak berguna lagi. Mari sahabat-sahabat sekalian, kita mencari redha Allah dalam hidup kita.

Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya.
Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita
sehingga saat ini supaya kita sempat lagi BERTAUBAT.

Sumber:Aliff Channel



Sumber Apabila Matahari Terbit Sebelah Barat
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>