Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

Ng Pei Ven mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh dadah

$
0
0
Foto - Free Malaysia Today
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Pemandu Gen 2 yang memandu melawan arus pada minggu lalu, memilih untuk mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini, lapor Harian Metro. 
Ng Pei Ven, 19, yang menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, meminta untuk dibicarakan. 
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani, meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 dan Majistret Jamaliah Abd Manap kemudian membenarkan remaja berkenaan dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin.
Mahkamah menetapkan 12 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 
Jumaat lalu, Ng dituduh di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan syabu. Namun Ng mengaku tidak bersalah. Ng dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin bagi tuduhan tersebut. - The Reporter


Sumber Ng Pei Ven mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh dadah

Pakej Eksklusif Perkahwinan RM25,000 indah khabar dari rupa?

$
0
0
JOHOR BAHRU - Pakej eksklusif perkahwinan bernilai RM25,000, pastinya pasangan pengantin baru mengharapkan hasilnya meletop ataupun padan dengan harga. Namun, itu semua tidak berlaku apabila pengadu meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak penyedia perkhidmatan perkahwinan yang terkemuka di Johor. 
"Ceritanya malam tadi komenlah dekat page ********. Dalam hati kata mesti admin itu tidur, sebab itu comment tak padam. Cecepatlah screenshot komen tu. Last-lasti pagi tadi memang dah padam dan diblock pun. Bila share pun post kitorang kena block. Haih manusia, manusia. 
"Ya aku bukan jenis suka nak viralkan benda macam ni, kesian. Tetapi bila dah betul-betul jadi depan mata, nak duduk diam saja ke?
"Pakej exclusive RM25,000, yang dapat cuma lauk ayam yang busuk, makanan jam 2 lebih dah habis licin, pelamin 16 kaki, makanan pengantin tak sedap langsung, ikan pun dah busuk. Indah khabar dari rupa," kata Fiyt Adenan yang turut menyertakan gambar buktu komennya di laman Facebook pihak berkenaan telah dipadamkan. 
Fiyt Adenan juga turut menyertakan gambar daripada beberapa bekas pelanggan pihak berkenaan yang jelas sekali berang dengan tahap perkhidmatan yang diberikan. 

Fiyt Adenan mendakwa, komennya yang dimuat naik di laman Facebook berkenaan pada jam 10.31 malam telah dipadamkan | Foto - Fiyt Adenan

Sementara itu dalam kenyataan seorang kakitangan pihak berkenaan menafikan dakwaan itu dan menegaskan pihaknya telah menjadi mangsa fitnah di media sosial.
Kes dalam siasatan. Di hari kejadian, ada beberapa majlis berlangsung pada hari berkenaan. Akui ada masalah kualiti pada masakan ayam tetapi tiada aduan dari pelanggan yang lain. | Foto - Rydahuda Mohamad
Apa yang lebih mengejutkan, ada berapa netizen mendakwa mereka telah diugut untuk dikenakan tindakan undang-undang oleh seorang wanita yang dipercayai kakitangan pihak berkenaan. 
Bekas pelanggan pihak berkenaan pula berpendapat, tidak wajar pengadu viralkan perkara tersebut yang dianggap cuba menutup periuk nasi pihak berkenaan. - The Reporter


Sumber Pakej Eksklusif Perkahwinan RM25,000 indah khabar dari rupa?

'Tang perempuan minta (duit) hantaran macam yahudi pungut hutang, mami tak buat bising plak?'

$
0
0
PUTRAJAYA - Susulan viral video seorang gadis memberi teguran padu pada golongan lelaki bujang jangan kacau anak dara orang kalau tak reti galas tanggungjawab, tampil seorang lelaki pula membalas tegurannya itu. 
Video yang teguran balas itu telah ditonton 304,516 kali dan dikongsi 3,245 pengguna Facebook. 
"Ni mami, mami mai dengaq sat, mami duduk sat. Awat mami ingat orang lelaki dah takda tangan, takda kaki, takda timun ka tak boleh nak pi cari duit kalau diorang dah suka orang perempuan tu? Awat dia nak bagi makan apa orang perempuan tu? 

"Zaman la mami ingat senang ka nak jaga orang perempuan? Ooo mami pandai, tang lelaki tak mau kerja la, itu ini mami pandai. 

"Tang perempuan minta hantaran macam yahudi pungut hutang, mami tak buat bising plak? Ni saya nak habaq kat mami, mami kena ingat. Kereta rosak boleh dibaiki, akhlak rosak mampus saja," katanya.

Reaksi netizen? Majorit netizen lelaki bersetuju bahawa ramai perempuan yang meminta hantaran yang tinggi sehingga menyukarkan pihak lelaki dan membantutkan hasrat golongan orang bujang untuk mendirikan rumah tangga. - The Reporter

Artikel berkaitan:



Sumber 'Tang perempuan minta (duit) hantaran macam yahudi pungut hutang, mami tak buat bising plak?'

'Maid bukan dirasuk hantu tapi...'

$
0
0
SINGAPURA - Netizen di Singapura digemparkan dengan video viral seorang pembantu rumah yang didakwa telah dirasuk dan berkelakuan pelik di rumah majikannya. 
Dalam kejadian jam 10.41 pagi, Rabu, Nurul Baker berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia dan keluarganya tiada di rumah. 
"Pembantu rumah saya dirasuk hantu di rumah saya selepas dia keluar dari bilik mandi. Nasib baik ibu dan anak-anak saya tiada di rumah pada ketika itu," katanya. 
Berdasarkan video yang dimuat naik, pembantu rumah berkenaan terbongkok-bongkok seperti sedang bercakap dengan 'seseorang' di ruang tamu. Namun tiada sesiapa yang kelihatan di rumah itu. 
Setelah beberapa saat ketika, wanita itu kemudian berpaling ke belakang dan video dimajukan ke depan menunjukkan dia duduk sebelum terbaring di atas lantai. 
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen berpandangan bahawa pembantu rumah berkenaan cuba menyampaikan mesej kepada majikannya yang dia tidak suka bekerja dengan keluarga itu. 
"Perasan tak dia lakukan perbuatan itu di depan kamera litar tertutup (CCTV)? Dia bukannya melakukan perbuatan itu di tempat yang agak tersorok sedikit. Malah dia tahu di mana hala tuju kamera CCTV dan jelas sekali dia mahu awak melihat apa yang dia lakukan. 
"Dia seperti cuba menyampaikan yang dia tidak mahu bekerja dengan awak lagi. Lebih baik awak lepaskan dia. Saya pasti awak tak nak dia racun makanan dan minuman awak di kemudian hari," kata Justin Chen.


My maid got possessed by ghost in my HDB flat after she came out of the shower.. Lucky mum and kids were not home.. Happened on 23 March 2017 <Credits: Nurul>
Posted by All Singapore Stuff on Thursday, March 23, 2017


Video yang dimuat naik laman All Singapore Stuff itu telah ditonton 375,000 kali dan dikongsi lebih 6,000 pengguna Facebook.  - The Reporter


Sumber 'Maid bukan dirasuk hantu tapi...'

'Dia accident, bibir pecah apa semua tapi tiada seorang pun member nak tolong'

$
0
0
Foto hiasan | Google Images
Lelaki selalu kata, "kawan lebih penting dari awek sebab awek tak boleh tolong time susah."
Siapa kata? Ini saya nak cerita, tadi saya dan teman lelaki saya ada tolong seorang lelaki ini yang terlibat dalam kemalangan di depan mata kami, dek lubang besar dan dalam di depan stesen BHP, berhampiran Titiwangsa. 
Kami angkat dia, dudukkan dia elok-elok di tepi jalan apa semua. Selepas itu, saya perhatikan dia menghubungi seorang demi seorang rakan-rakan lelakinya. Seorang-seorang tanya dan soal dia macam-macam. Padahal dia baru saja kemalangan dengan mulutnya pecah bagai. Tetapi kawan dia boleh pula soal macam-macam. 
  • "Kau excident teruk ke?"
  • "Siapa langgar kau?" 
  • "Kau macam mana, okey ke?" 
  • "Lubang tu besar ke sampai kau excident?" 

Pelbagai macam soalan yang disoal sehinggakan dia dah malas nak jawab. 
Dalam WhatsApp group pun dia maklumkan kepada semua yang dia terlibat dalam kemalangan dan meminta pertolongan dari rakan-rakan yang boleh/sudi mengambilnya di tempat kejadian. Tetapi mereka pula asyik bertanyakan soalan yang sama seperti di atas. 
Teman lelaki pun tanyalah, "ada tak member nak tolong?" 
"Entahlah, saya pun tak tahulah," jawabnya dengan wajah yang jelas hampa. 
Okey, saya dah agak, memang tiada seorang pun kawan dia yang boleh tolong. Okay, tak apalah, kami pun tunggu, manalah tahu kalau ada kawan-kawan dia nak datang tolong. 
Dia cuba menghubungi kawan dia lagi, tetapi wajahnya tetapi hampa juga. Akhirnya dia cuba menghubungi awek dia dan maklumkan yang dia terlibat dalam kemalangan. Tak sampai 20 minit, awek dia sampai. 
Saya pun berbisik pada telinga si dia, "Bukan semua awek tak boleh pakai. Zaman sekarang member pun tak boleh pakai. Tunggu nak mati baru member nak datang.." 
Jangan terlalu yakin yang kawan akan ada bila kita susah. Jangan ingat perempuan ini hanya ada di sisi lelaki bila mereka senang. 


Sumber 'Dia accident, bibir pecah apa semua tapi tiada seorang pun member nak tolong'

Kena Ganggu, Dibuli... Wartawan Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra

$
0
0

Wartawan Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra


Kisah rumah tangga Adi Putra menajdi bualan ramai sejak kebelakangan ini.

Kini Adi pUtra telahpun akui bercerai dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida dan juga Shahida.

Sebelum mengumumkan penceraiannya, Adi Putra ada memuatnaik gambar perbualan WhatsApp dengan seorang wartawan hiburan.

Wartawan tersebut menghubungi Adi Putra kerana cuba mendapatkan kepastian tentang pergolakkan rumah tangganya.

Adi dilihat kurang senang dengan persoalan wartawan hiburan, telah memaparkan nombor telefon milik wartawan, Nurul Fadila di laman Instagram aktor tersebut.

Ini gambarnya:


Oleh kerana nombornya jelas kelihatan dan tidak di blurkan, Fadila telah menerima ratusan mesej dan panggilan berbaur kecaman daripada individu.

Untuk keselamatan dirinya, akhirnya Fadila tampil membuat laporan di Balai Polis Serdang.

Tindakan Adi yang tidak memadamkan nombor telefon peribadinya, seperti membulinya dan menyebabkan dia diganggu dengan teruk.

Jika dilihat di laman IG Adi Putra hari ini, Adi Putra akhirnya memadam nombor Fadila

Sumber Kena Ganggu, Dibuli... Wartawan Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra

“Orang luar jangan masuk campur hal ehwal Johor atau risaukan ekonomi Johor”

$
0
0

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Johor mengingatkan pihak yang tidak berkenaan agar tidak campur tangan dalam hal ehwal Johor atau bimbangkan ekonomi negeri itu.

"Orang luar jangan masuk campur hal ehwal Johor atau risaukan ekonomi Johor"

“Orang luar jangan masuk campur hal ehwal Johor atau risaukan ekonomi Johor”

Pengerusinya Datuk Samsol Bari Jamali berkata Johor tidak memerlukan ‘orang luar’ (pembangkang) untuk mengajar pemimpin negeri mentadbir.

“Kita Bangsa Johor, kita bangga dengan Johor dan ada ‘cara Johor’. Perlu dijelaskan, jangan ada orang yang mahu campur tangan di Johor,” katanya berucap pada Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku P.150 Batu Pahat, di sii malam tadi.

 

Hadir sama menyampaikan ceramah ialah Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, Naib Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong, Pengerusi MIC Johor Datuk M. Asojan, Pengerusi MyPPP Johor Datuk Dr S. Sivakumar dan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee.

Samsol Bari yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor berkata negeri itu mempunyai pemimpin berkaliber sebagai menteri besar.

Katanya dalam tempoh lima tahun, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membawa pelbagai pembangunan untuk kemudahan rakyat terutamanya dalam menyediakan perumahan menerusi Rumah Mampu Milik Johor.

Selain itu kata Anggota Dewan Undangan Negeri Semarang tersebut Johor juga mempunyai Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat baginda.

“Jadi, apa kegagalan kerajaan Johor yang dikatakan pembangkang?” katanya.

Justeru beliau menasihati rakyat Johor agar tidak menerima hasutan pembangkang secara membuta tuli.

“Apa yang hendak diharapkan dengan Pakatan Harapan sedangkan mereka tidak boleh diharap. Pilihan kita tiada lain selain BN. Di Johor, kita komited unjukkan rakyat bahawa BN yang dipelopori UMNO, MCA, MyPPP dan Gerakan boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya,” katanya. – BERNAMA

Sumber:Mynewshub



Sumber “Orang luar jangan masuk campur hal ehwal Johor atau risaukan ekonomi Johor”

Tayang filem paling menjijikkan, pawagam sediakan beg muntah untuk penonton

$
0
0

BEBERAPA pawagam di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat mengambil inisiatif menyediakan beg plastik untuk penonton filem seram Perancis, Raw yang telah mula ditayangkan bermula 10 Mac lalu.

Tayang filem paling menjijikkan, pawagam sediakan beg muntah untuk penonton

Tayang filem paling menjijikkan, pawagam sediakan beg muntah untuk penonton

Ini kerana Raw diklasifikasikan sebagai filem sangat menjijikkan sehingga boleh membuat penonton berasa loya ketika sedang menyaksikan filem tersebut.

Malah turut dilaporkan, seorang penonton pengsan di dalam pawagam ketika tayangan perdana filem itu di Festival Filem Toronto, Kanada, September tahun lalu.

Disebabkan hal itu, pawagam di LA mengambil keputusan ‘sediakan payung sebelum hujan’ kerana enggan tempat duduk dalam panggung wayang itu dipenuhi dengan muntah pelanggan mereka.

 

Raw mengisahkan mengenai seorang pelajar perempuan vegetarian yang lama-kelamaan menjadi ketagih untuk memakan daging manusia selepas mula menjamah daging binatang ketika melakukan satu eksprimen di kolejnya.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Tayang filem paling menjijikkan, pawagam sediakan beg muntah untuk penonton

Fanatik Power Rangers punya pasal! Patung Red Ranger hilang di GSC Mid Valley. Siapa yang curi?

$
0
0

FANATIK punya pasal, patung pun dicuri! Demikian yang berlaku di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) Midvalley apabila salah satu patung watak adi wira filem Power Rangers, iaitu Red Ranger dilaporkan hilang.

Kehilangan itu turut disahkan menerusi Facebook GSC pada Khamis, sebelum tular di laman sosial.

Fanatik Power Rangers punya pasal! Patung Red Ranger hilang di GSC Mid Valley. Siapa yang curi?

Fanatik Power Rangers punya pasal! Patung Red Ranger hilang di GSC Mid Valley. Siapa yang curi?

Rata-rata netizen ketawa apabila mengetahui berita itu kerana merasakan berita kehilangan patung itu sungguh melucukan.

Malah, status GSC yang kedengaran lucu itu turut membuatkan cerita kehilangan patung berkenaan menarik perhatian netizen.

 

“Walao eh, siapa yang terdesak sangat sampai bawa balik rumah?

“Berita tergempar!! Red Ranger telah hilang dari GSC Mid Valley! Ini bukan gurauan, ini betul. Kalau tidak percaya, anda boeh pergi dan tengok sekarang.

“Tolong bantu kami cari Red Ranger, jika tidak empat sahabatnya akan bersedih,”tulis kenyataan itu.

Fanatik Power Rangers punya pasal! Patung Red Ranger hilang di GSC Mid Valley. Siapa yang curi?

Fanatik Power Rangers punya pasal! Patung Red Ranger hilang di GSC Mid Valley. Siapa yang curi?

Difahamkan, patung itu telah hilang sejak beberapa hari lalu.

Filem yang dinanti-nantikan ini telah pun mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 23 Mac lalu.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Fanatik Power Rangers punya pasal! Patung Red Ranger hilang di GSC Mid Valley. Siapa yang curi?

“Dalang dicari!” Polis anggap dakwaan kes rogol dan cabul di Pulau Redang, Perhentian satu tuduhan liar dan cubaan sabotaj Tahun Melawat Terengganu 2017

$
0
0

Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan individu yang menyebarkan berita palsu kes rogol dan cabul di Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

"Dalang dicari!" Polis anggap dakwaan kes rogol dan cabul di Pulau Redang, Perhentian satu tuduhan liar dan cubaan sabotaj Tahun Melawat Terengganu 2017

“Dalang dicari!” Polis anggap dakwaan kes rogol dan cabul di Pulau Redang, Perhentian satu tuduhan liar dan cubaan sabotaj Tahun Melawat Terengganu 2017

Menyifatkan berita palsu itu sebagai tuduhan liar, Timbalan Ketua PolisTerengganu Datuk Idris Abdullah berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara tersebut dilakukan oleh mereka yang mahu mensabotaj Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Ia mula tersebar apabila pulau-pulau peranginan di Terengganu dibuka semula kepada pelancong setelah lama ditutup sejak akhir tahun lalu berikutan musim tengkujuh.

“Perbuatan ini dikhuatiri boleh menjejaskan sektor pelancongan di Terengganu kerana butiran dalam laporan itu agak menakutkan bagi sesiapa yang membacanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Polis ke-210 di sini hari ini.

 

Idris mengulangi bahawa siasatan polis mendapati berita yang disebarkan itu tidak berlaku.

Beliau mengulas perkongsian sebuah portal berita yang memetik ‘pendedahan’ individu menggunakan nama ‘Cheryl Wong’ kononnya berlaku kes rogol dan cabul yang berleluasa di pulau peranginan tersebut selain penggunaan ilmu hitam oleh pemandu pelancong.

Mengulas lanjut, Idris berkata dalam tempoh tiga tahun lalu, polis hanya menerima satu laporan kes cabul di Pulau Kapas serta satu kes rogol di Pulau Perhentian yang berlaku tahun lepas.

“Namun, modus operandinya tidak sama kerana mangsa tidak dicalit dengan minyak dagu atau losyen seperti yang tersebar dalam laporan itu, sebaliknya kes rogol berlaku apabila mangsa yang mabuk dirogol pekerja pusat hiburan manakala kes cabul pula berlaku ketika aktiviti snorkeling di perairan Pulau Kapas,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta pelancong wanita agar tidak bimbangkan keselamatan mereka jika mahu ke pulau-pulau peranginan di Terengganu. – BERNAMA

Sumber:Mynewshub



Sumber “Dalang dicari!” Polis anggap dakwaan kes rogol dan cabul di Pulau Redang, Perhentian satu tuduhan liar dan cubaan sabotaj Tahun Melawat Terengganu 2017

Dua laporan banduan muda diliwat banduan berusia di Penjara Taiping

$
0
0

Polis Perak menerima dua laporan daripada banduan yang mendakwa diliwat banduan lain dalam kejadian di Penjara Taiping dan Pusat Koreksional Kamunting.

Dua laporan banduan muda diliwat banduan berusia di Penjara Taiping

Dua laporan banduan muda diliwat banduan berusia di Penjara Taiping

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kedua-dua laporan diterima pada Khamis.

Kes pertama melibatkan mangsa berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh banduan berusia 50 tahun di Penjara Taiping, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Gan berkata kes kedua pula dilaporkan oleh mangsa berusia 27 tahun yang mendakwa diliwat banduan berusia 42 tahun di Pusat Koreksional Kamunting, Taiping.

Kes disiasat menurut Seksyen 3777C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii, katanya. – BERNAMA

Sumber: Mynewshub



Sumber Dua laporan banduan muda diliwat banduan berusia di Penjara Taiping

“Makan aiskrim dan jajan sebenarnya bagus untuk anak kecil” – Mama Insaf

$
0
0

“Makan aiskrim dan jajan sebenarnya bagus.”, kata Puan yang berdiri di hadapan kami pagi semalam.

“Mesti kalau dietitian dengar ni boleh menimbulkan persengketaan”, hati kecil saya berbicara sendirian.

"Makan aiskrim dan jajan sebenarnya bagus untuk anak kecil" - Mama Insaf

“Makan aiskrim dan jajan sebenarnya bagus untuk anak kecil” – Mama Insaf

Perasan tak anak kecil akan mula memasukkan tangan, kemudian barang-barang yang dijumpai semasa kecil? Ini adalah salah satu cara mereka mahu belajar mempergunakan deria rasa.

Ketika makan aiskrim, lihat bagaimana anak menjelirkan lidah membuat bunyi ‘slurp’. Ketika makan jajan, mereka menggerakkan rahang untuk menggigit dan merasa pelbagai tekstur makanan. Makan sugus rasa macam liat-liat. Ini semua benda yang mereka tidak boleh pelajari dengan hanya meminum susu.

Sel-sel otak saya sudah berhubung. Oh, sebab itulah seawal usia 6-7 bulan apabila anak sudah menujukkan minat terhadapat makanan, sudah boleh duduk dengan bantuan, susu bukanlah lagi makanan utama.

Saya terfikir, selalunya kita halang anak makan aiskrim, makan jajan, tapi kita tak gantikan aiskrim dan jajan dengan makanan sihat yang sama waktu dengannya. Kesannya pada anak dapat dilihat apabila deria mereka tidak diaktifkan sepenuhnya, mengikut usia mereka.

Aiskrim memang tak bagus. Lihat sahaja bahan di dalamnya. Namun, aiskrim yang kita boleh buat sendiri menggunakan buah-buahan kan ada. Jajan pun sama. Buah zaitun kering yang liat-liat dan banyak lagi makanan sihat yang boleh kita berikan untuk memenuhi keperluan sensori anak.

Sensori rasa anak yang sihat boleh bertoleransi dengan tekstur makanan seperti bijirin dan susu. Tiada masalah untuk memberus gigi dan seterusnya boleh menyebut bunyi-bunyi fonik untuk membaca dengan baik apabila mereka masuk ke tadika.

Apabila perkembangan 0-3 tahun yang sepatutnya mereka lalui dengan baik tidak mereka perolehi, mereka akan banyak ketinggalan berbanding rakan seusia mereka kerana guru perlu berpatah kembali menggantikan apa yang tertinggal di usia emas mereka.

Sebab itulah Puan Liyana Raya selalu menegaskan, bukan Flash Card, mengenal ABC yang anak di bawah 3 tahun perlu. Akan tetapi mereka perlukan rangsangan yang membantu deria-deria yang ada pada diri mereka.

Kemahiran meminta, kemahiran menunggu giliran. Ini antara kemahiran yang penting dan perlu diajarkan sejak dari rumah.

Saya pun selalu terlepas pandang perkara ini. Banyak guna ‘prompting’ verbal sahaja. Halang tanpa beri gantian setara. Halang main telefon, tak beri permainan yang setara. Mengharapkan anak boleh bersabar dan duduk diam.

Antara tip bermain ‘Tactile Sensory Play’.

1. Rancang awal untuk aktiviti berbentuk rangsangan sentuhan. Satu aktiviti satu hari sudah memadai. Gunakan kata kunci ‘Tactile Sensory Play’ di google atau web pinterest.

2. Rancang tempat untuk bermain, luar rumah, bilik air, hamparkan surat khabar untuk anak-anak bermain ‘messy play’ (taklah emakku hijau apabila terkena karpet kesayangan)

3. Rancang peralatan yang akan digunakan. Sediakan ketika hendak mulakan aktiviti

4. Sediakan peralatan mencuci. Cuci selepas habis bermain

Fitrah anak suka bermain. Sekiranya gajet kita berikan dengan kelegaan anak boleh duduk diam, anak baik tak buat perangai, bayangkan bagaimana mereka sudah mula ke tadika. Adakah mereka boleh bawa segala jenis gajet yang sama ke tadika? Kita mahu mereka belajar, mahu mereka membaca, mengira, mengaji dan berkawan-kawan.

Jadinya, persekitaran kita di rumah mestilah menyokong apa yang mereka akan belajar di tempat lain semasa ketiadaan kita di sisi mereka.

Bukan salah gajet, salah kita yang tidak mampu mengawalnya.

Like Rangkaian Tadika ABS untuk aktiviti-aktiviti anak 4-6 tahun.

Nurul Fauzana
Mama Insaf

Sumber:Nurul Fauzana



Sumber “Makan aiskrim dan jajan sebenarnya bagus untuk anak kecil” – Mama Insaf

“Encik dan transfer semua ke? Itu scam!” – Pendedahan lelaki berjaya elak jadi mangsa scam licik menyamar pengawai jadi Bank Negara Malaysia

$
0
0

Kisah semalam 24/2/2017…
Aku jadi bodoh sekejap n lurus bendul plak..

Kisahnya, pagi semlm baru smp ofis dlm kul 8.44pg dpt call dr no ni 03-92018118. Automatik machine ckp, ‘Dear customer, this is a confirmation of RHB credit card centre. You have 1 pending transaction amount of RM3,972.00 with RHB credit card, press 1 to approve, press 5 to repeat and press 9 to operator assistant’.

"Encik dan transfer semua ke? Itu scam!" - Pendedahan lelaki berjaya elak jadi mangsa scam licik menyamar pengawai jadi Bank Negara Malaysia

“Encik dan transfer semua ke? Itu scam!” – Pendedahan lelaki berjaya elak jadi mangsa scam licik menyamar pengawai jadi Bank Negara Malaysia

Memandangkan aku mmg x de apply credit card dgn RHB bank pun, aku pun press 9 utk ckp dgn operator. Lepas tekan 9, terus automatic machine ckp lg..

‘Selamat datang ke kumpulan perbankan RHB. Sila tunggu, agen perkhidmatan kami akan melayan anda sebentar lg..ulang 3-4 kali suara tu.. aku pun sabar menunggu.. pastu call aku tu pun di jawab oleh sorang lelaki cina.

‘Good morning RHB bank service centre. How can i assist you?’ Aku pun ckp la dpt call dr RHB bank utk confirmation 1 pending credit card transaction amount RM3,972.00 sedangkan aku mmg x de pun credit card RHB. So, mulanya aku ingat RHB bank ni salah call number kot. Nak call org lain tp call number aku plak. Pastu cina tu pun minta number ic dan nama aku utk dia check dlm sistem. Lepas dia check dia ckp, ye encik, ada 1 transaction telah di buat di City Chan KLIA2 menggunakan credit card nama encik amount RM3,972.00. Terus aku ckp kat dia tlg reject transaction tu, block dan cancel terus kad tu. Aku ade kat ofis di cyberjaya skrg ni. Aku x penah apply pun credit card RHB. Pastu dia ckp, ok encik, sy dah reject transaction tu dan block utk next transaction. Pastu dia ckp dia x boleh cancel kad tu sb dah ade outstanding amount RM8,236.80. Dia kata, kalau encik x pernah apply credit card RHB, maknanya butir2x peribadi encik telah dicuri. Dia nasihatkan kat aku utk buat report kat Bahagian Laporan Bank Negara Malaysia. Then, dia bg detail kredit kad RHB tu utk memudahkan aku buat laporan. Kad encik telah di apply di kaunter promosi Lot10, jln bukit bintang. No kad 4570 6663 8415 5009. Pastu dia terus bagi nombor BNM kat aku 1-800-818-548. Aku pun ucap terima kasih la kat dia, memudahkan keje aku dari nak cari nombor BNM. Aku pun tanya nama encik sapa? Dia jawab nama saya Wong Chee Wai No. Pass 806681. Pastu aku ucap terima kasih sekali lg kat dia dan letak telefon.

Aku pun terus call nombor yang dia bg td tu. 1-800-818-548. Automatic machine yg jawab. ‘Terima kasih kerana menghubungi Bank Negara Malaysia Telelink. Untuk makluman anda, panggilan anda akan dirakamkan. Sila tekan 1 utk perbankan, tekan 2 utk insurans, tekan 3 utk pentadbiran tukaran asing, tekan 4 utk perkara berkaitan laporan kredit, tekan 5 utk perusahaan kecil dan sederhana tekan 6 utk hal-hal lain’.

Aku pun tekan 6, dan sorang laki cina jawab panggilan aku. ‘Selamat pagi, bhg laporan. Aku pun cerita la kat dia pasal kes aku tu. Dia ckp dia akan amik report dan nnt kes aku ni akan disiasat oleh pegawai penyiasat. Masa nak buat laporan ni, dia ckp aku kena ikut prosedur dia, panggilan ni akan dirakam dan x boleh dgr bunyi bising, n aku x boleh cerita kat sesiapa selagi siasatan belum selesai.

Start masa ni dia tanya pasal detail banking aku. Dia ckp nama dia Thong Kar Meng. No pass RF/99171. Dia tanya aku ada buka akaun bank mana, debit/credit card, personal loan, tabung haji, asb dan investment unit trust. Aku pun main bagi je detail semua tu kecuali no akaun tabung haji dan asb sb buku ade kat umah. Sepanjang perjalanan siasatan kes ni, dia ckp semua deposit banking akan dijamin oleh insurans PIDM. Pastu dia ckp, akaun bank dan debit/credit card aku dibekukan dan kalau aku nak buat rransaction kena call dan inform diorg dulu takut org lain yg buat transaction. Aku pun ok je la.. Dah abis buat report, dia bg no report kat aku. WP/204271/17-BNM dan kes aku akan disiasat oleh pegawai mana x tahu lg. Dia suruh aku tunggu call ja. Aku pun ckp, harini semyg jumaat. Nak call pun lepas smyg jumaat la. Dia ckp ok.

Lepas smg jumaat, masa kat kedai mkn pukul 2.41 ptg aku dpt call dari nombor 1-800-818-549. Dia memperkenalkan diri dia officer Soo Chin Hong dr BNN yang megendalikan kes aku. Dia ckp hasil siasatan mmg ada kes fraud credit card. Dia nasihatkan aku supaya pegi atm mesin bank islam yg terdekat utk update barcode pin number sb aku ade saving dlm tu. Dia ckp, nnt kalau dah smp, call dia. Dia akan guide aku camna nk update.

Aku pun terus gerak ke atm machine bank islam cyberjaya. Dah smp, aku pun call dia dulu. Dia ckp, sebelum buat proses tu, aku kena ikut beberapa prosedur dulu. Yg pertama, aku kena fokus dekat atm machine sahaja, yg kedua, kalau keluar apa2 slip, aku kena simpan, yg ketiga, kalau ada org belakang @ kawan ganggu, jgn layan lg. Fokus dkt atm dulu.

Aku pun confident masuk terus ke atm machine masuk kad dan pin, pastu ikut arahan dia, dia suruh select English supaya memudahkan keje dia nak guide aku. Aku pun layan, ikut punya ikut, dia soh check balance.. pastu kuar slip. Dia soh baca amount dari belakang ke depan. Aku pun layan. Next, ikut arahan dia, tgk2 dia soh upgrade transfer limit pilih yg maksimum RM30,000.00. Aku pun layan. Duit aku x de la smp byk tu. Pastu ikut lagi arahan dia, tgk2 dia pilih instant transfer ke RHB. Layan lg, keluar number akaun, dia soh aku masukkan kod. Dia ckp ni bkn no akaun tp no kod. Dia soh masukkan kod 11820000088212. Keluar la nama Mohd afiq. Dia ckp ni pegawai RHB yg handle kes aku. Aku layan lg, keluar soh masukkan amaun, dia soh masukkan kod. Aku pun layan, tgk2 dia soh masukkan kod sama mcm baki aku. Aku dah pelik, tp aku layankan juga sb aku tau kalau transfer pun mesti reject sb atleast nk kena ada baki dlm akaun aku baru lepas transaction tu. Then dia soh tekan confirm, aku pun tekan. Keluar slip, mmg rejected la. Aku ckp kat dia, rejected, dia ckp kat aku you ada salah masukkan code number kot. Dia soh repeat lg proses yg sama kali ke 2. Sama gak, rejected. Aku mcm terpukau jd bodoh kejap, kali ke 3 dia soh try, aky layan lg, pastu aku perasan dia kurangkan kod tu supaya baki aku tinggal RM20. Aku masukkan juga, pastu keluar kat screen Proceed @ Cancel. Then aku ckp kat dia, aku x nak tekan proceed. Aku nak call bank negara dulu. Dia dah start berkeras soh aku tekan juga. Terus aku tekan cancel dan matikan phone.

Aku terus masuk dlm bank islam jumpa pegawai kat depan tu nak minta no tepon bank negara. Dia tanya kenapa encik, aku pun cerita la benda apa yg dah jd kat aku. Dia tanya, encik dah transfer ke, aky ckp x. Dia ckp Alhamdulillah, tu semua scam encik. Berpeluh kejap aku. Bersyukur sgt Allah masih lg memelihara aku dr terkena tipu semlm. Aku rasa mcm kena pukau pun ade. Modus operandi diorg mmg sgt licik.

Yg pada awalnya kata ada org guna credit card RHB atas nama aku tu semua tipu ja. Dah x pasal2 semlm juga aku block semua debit/credit card aku dan buat replacement baru.

Buat sudara mara ku; sahabat handai ku, rakan2 fb atau sesiapa saja, hati2 la dengan sindiket ni. Licik sgt.

Sumber: 

Tengku Ekhzara Putra


Sumber “Encik dan transfer semua ke? Itu scam!” – Pendedahan lelaki berjaya elak jadi mangsa scam licik menyamar pengawai jadi Bank Negara Malaysia

“Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta

$
0
0

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

"Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta

“Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih ‘makan gaji’ itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu ‘loser’. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian– yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other’s decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri.

Ell.

Sumber:Ell F Azman



Sumber “Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta

“Haaaa… kuar cendol hijau” – Petua Daun Sireh hilangkan batuk & kahak bayi

$
0
0

Perkongsian berguna oleh Puan Shikin Jaiz bagaimana beliau mengamalkan petua yang amat berguna kepada ibu-bapa. Baca lagi:

Assalamualaikum..

“Haaaa… kuar cendol hijau” – Petua Daun Sireh hilangkan batuk & kahak bayi

“Haaaa… kuar cendol hijau” – Petua Daun Sireh hilangkan batuk & kahak bayi

Salam jumaat.. Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dari puan Farhain Azmi

Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam.. Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu.. sapu minyak asmak.. okay boleh tidur..

Pagi ni nampak tak selesa lagi hidung macam tersumbat, so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.

Kemudian tak lama tu eijaz bersin.. haaaa.. kuar cendol hijau.. nampak kelegaannya di situ..

Alhamdulillah..

===================

1) Layur kan sireh pada api lilin/dapur
2) Sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
3) Selepas layur letakkan balm/vicks pada daun sireh
4) Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.
5) Selamat mencuba

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: The Alternatif

 



Sumber “Haaaa… kuar cendol hijau” – Petua Daun Sireh hilangkan batuk & kahak bayi

“Dia suruh ank lelaki sy buka seluar..nak main hisap bibird..astagfirullahalazim!” – Dia cakap nampak dari mummy dia yang tinggal sekali dengan bf

$
0
0

assalamualaikum.. ini 1st time sy nk mnta pndpt kat krt..mohon siarkn ye admin.. ini bukan masalah rumah tangga.. tp ni berkaitan anak..sy ada ank 2 org..laki n pompuan..

"Dia suruh ank lelaki sy buka seluar..nak main hisap bibird..astagfirullahalazim!" - Dia cakap nampak dari mummy dia yang tinggal sekali dengan bf

“Dia suruh ank lelaki sy buka seluar..nak main hisap bibird..astagfirullahalazim!” – Dia cakap nampak dari mummy dia yang tinggal sekali dengan bf

ank lelaki umo 4thun 9bln..sy ada amik anak asuhan pompuan umo 5thun.. sebulan awl sy jga budak tu..ok je perangai.. then bln kedua..dah makin x mndgr kata..masa sy n hsbnd tgh makan..ank2 sy n ank asuhan sy tu bermain kat bilik khas hsbnd buat tmpt untuk bermain..selesai kmi mkn..sy tgh kemas2 meja mkn..

budak pmpuan tu tutup pintu bilik tu..sy biarkn..lps tu sunyi je dlm bilik tu..sy tolak la pintu bilik tu..tgok dia tgh baring kt tilam dia nk buka seluar dia..ank laki sy dduk kt bawah kaki dia.. sy marah la dgn nada yg tinggi..tnya meka nk buat apa..

ank sy tu bdiri ketakutan..tarik ank laki sy tu keluar..sy tnya nak buat apa..dia jwb..kakak suruh abg buka seluar mcm kakak…kakak suruh tindih dia..allahu…

tkjut btul dgr dia jwb mcm tu..teruk jg sy rotan kaki dia guna hanger..budak pmpuan tu tutup bilik cpt2..sy tolak la..marah2 kt dia..knpa bawa anak aunty buat mcm tu..siapa yg ajar!!!!😠😠😠..mgkin 1 blok jg dgr auara sy marah2..

hsbnd dgr..dia pla yg p mrh ank kmi..ayah x pernah ajar abg buat mcm tu!!!abg lelaki..dia perempuan..x boleh buat mcm tu! ank sy jwb..kakak suruh.. nk je sy rotan budak tu..tp yela..ank org..mna sy berani…sy kurung je bdk tu smpai mak dia dtg..

nk bgtau mak dia..tkut mak dia malu..😩😫…ok..2minggu lps tu..bru smlm lg kejadian..dia suruh ank llki sy buka seluar..nak main hisap bibird..astagfirullahalazim! sy hilang sabar..sy amik hanger baju..sy rotan ank sy n bdk tu..

sy tnya bdk tu..mna dia tau semua tu..dia ckp nmpk mumy dia…actually..mak dia single mom n tgl bsma dgn bf mak dia..luruh hati sy dia bawa ank sy buat bnda x senonoh tu..teruk ank sy kena rotan oleh ayahny..pdhal kmi mmg tau..ank kmi x bsalah n x pernah tau benda2 mcm tu..

budak tu pn hsbnd sy rotan kat kaki..smbil mrh budak tu..*tula..mami ko bodoh!!! buat bgtu depan anak..skg ko bawa anak uncle buat begitu..* rsa da xnk jga bdk ni n nk je bgtau mak dia..tp risau mak dia malu pla.. mohon pndgn ye wrga krt.. mcm mna nk bagitau mak dia ngn perangai ank dia tu…skg..hsbnd sy x suka budak tu..dia marah kalau g dekat n bckp dgn ank sy.. 😫😫

Sumber:KRT



Sumber “Dia suruh ank lelaki sy buka seluar..nak main hisap bibird..astagfirullahalazim!” – Dia cakap nampak dari mummy dia yang tinggal sekali dengan bf

“Dahla hensem pandai pulak tu” – Siapa sangka penjual sampin warga Pakistan ni ada MBA

“Doktor memang tiap² hari bawa bekal ke?”

“Rasa puas merendah-rendahkan orang lain” – ciri² penghidap Sindrom Tall Poppy

$
0
0

Perkongsian oleh Noor Afidah Abu Bakar  dikongsikan melalui laman Parent Connect bagi menjelaskan fenomena yang berlaku dalam kes adik Natasha Qisty, pelajar yang beroleh pencapaian cemerlang dalam SPM namun dikecam oleh Netizen berikutan temubual yang disiarkan baru-baru ini. Baca lagi:

“Rasa puas merendah-rendahkan orang lain” – ciri² penghidap Sindrom Tall Poppy

“Rasa puas merendah-rendahkan orang lain” – ciri² penghidap Sindrom Tall Poppy

ADIK NATASHA QISTY DAN SINDROM TALL POPPY.

Sudah lama saya mendengar tentang Sindrom ‘Tall Poppy’ yang sering diperkatakan di Australia ketika saya tinggal di sana lebih kurang 15 tahun lalu. ‘Tall poppy’ adalah bahasa slanga di Australia yang merujuk kepada orang yang berjaya.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana Sindrom Tall Poppy ini berlaku di negara kita sendiri apabila adik Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang memperolehi keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM 2016 dikecam dengan hebat oleh segelintir netizen kerana penampilannya. Wajarkah?

Saya difahamkan adik Natasha menutup akaun media sosialnya kerana menjadi mangsa pembuli siber.

Ada dua isu di sini sebenarnya:

1) Sindrom Tall Poppy
2) Buli siber (Cyber bullying).

Sindrom Tall Poppy (STP) ini bukanlah isu orang Melayu sahaja. Sindrom ini juga dikenali sebagai ‘The politics of envy’. Ia berkaitan dengan psikologi dan tingkah laku manusia yang tidak boleh melihat orang berdiri lebih tinggi daripadanya dan tidak senang melihat adanya ‘tall poppies’. Orang yang berjaya akan diperlekehkan dan dibuli dengan kecaman-kecaman yang tidak berasas dan tiada kena mengena dengan kejayaan yang mereka capai.

Artikel ini ( http://ift.tt/1Vme8Ah ) mendedahkan bahawa ada pelajar di Australia dibuli secara fizikal dan verbal sehingga mengalami gangguan mental dan emosi yang berpanjangan.

Adalah juga menjadi lumrah apabila dua ‘tall poppies’ dibanding-bandingkan oleh pengidap sindrom untuk membuktikan kebenaran hujah mereka yang tidak tercapai dek akal itu.

APA MASALAH PENGIDAP SINDROM TALL POPPY?

Menurut kajian yang dibuat di Flinders University of South Australia dan diterbitkan oleh Australian Journal of Psychology pada tahun 1989, mereka yang mengalami STP ini terdiri daripada mereka yang tidak meletakkan prioriti yang tinggi pada aspek kejayaan tersebut. Dalam konteks ini, mereka yang membuli adik Natasha tidak menjadikan akademik sebagai prioriti mereka sebelum ini.

Dalam kajian tersebut juga didapati STP ini banyak dihadapi oleh mereka yang mempunyai percaya diri (self esteem) yang rendah. Mereka merasa inferior. Percaya diri yang rendah boleh berlaku apabila kayu ukur yang digunakan untuk mengukur kelebihan seseorang adalah terlampau sempit. Ia bermula apabila orang dewasa hanya memfokuskan pada kelemahan anak, dan menghukum kelemahan tanpa mempunyai inisiatif dan keinginan untuk melihat pada kelebihan seseorang anak itu. Individu ini akan membesar sebagai seorang yang akan meneruskan tradisi yang sama. Mereka mencapai kepuasan dengan merendah-rendahkan orang lain supaya ‘tall poppy’ ini berdiri sama rendah dengan mereka. Kelakuan yang sebegini akan mengurangkan kekecewaan mereka dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih merasa puas jika dapat menyebarkannya kepada orang lain – di alam siber yang ‘public’. Sedih bukan?

Mereka yang mempunyai percaya diri yang tinggi dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki selalunya terhindar dari menghidap STP ini.

OLEH ITU :

1) Latihlah diri kita sebagai orang dewasa untuk melihat kelebihan yang dimiliki oleh seseorang anak dan pelajar supaya mereka juga berupaya untuk melihat kelebihan dan kejayaan orang lain tanpa iri. Allah itu Maha Adil, setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Cari kelebihan tersebut, raikan kelebihan tersebut dan gunakan kelebihan tersebut bagi membantu mereka mengatasi apa saja kelemahan yang mungkin mereka miliki kerana manusia itu sifatnya tidak sempurna. Jangan menggunakan kelemahan seorang anak untuk menidakkan kelebihan mereka.

2) Latihlah anak-anak untuk mengagumi dan meraikan kelebihan rakan-rakan dan percaya bahawa mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.

3) Bimbinglah juga anak-anak supaya menjadi seorang yang berhemah dan bertanggungjawab di alam siber.

Selepas ini setiap kali apabila kita menyaksikan buli siber berlaku terhadap mereka yang berjaya dalam bidangnya seperti adik Natasha Qisty, tahulah kita bahawa ini adalah SINDROM TALL POPPY.

Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan peperiksaan SPM 2016 baru-baru ini. Ini adalah satu permulaan. Semoga menjadi individu yang boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat dan ummah dengan kelebihan masing-masing.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Sumber:TA



Sumber “Rasa puas merendah-rendahkan orang lain” – ciri² penghidap Sindrom Tall Poppy

Keputusan penuh pemilihan Kongres FAM Ke-53

$
0
0

BERIKUT adalah keputusan penuh undian Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi edisi 2017-2021 yang berlangsung pada Sabtu:

Presiden:

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (menang tanpa bertanding)

 

Timbalan Presiden:

1. Datuk Seri Subahan Kamal

2. Datuk Mohd Yusoff Mahadi

Naib Presiden:

1. Mohd Joehari Mohd Ayob

2. Datuk Ab Ghani Hassan

3. Datuk S. Sivasundaram

4. Datuk Rosmadi Ismail

Exco baharu FAM:

1. Supritendan Mohd Dali Wahid

2. Subkhiddin Mohd Salleh

3. Mohd Firdaus  Mohamed

4. Christopher Raj

5. Datuk Jefferey Low Han Chow

6. Datuk Mohd Hisamudin Yahya

7. Datuk Azisman Alias

8. Datuk Aminuddin Omar

Wanita-

1.Shafizah Umamah Abdul Mutalib

2. Datuk Suraya Yaacob

Sumber: Mstar



Sumber Keputusan penuh pemilihan Kongres FAM Ke-53
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>