Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

'Nak Isteri Cantik, Tapi Spender Dia Pun Tak Mampu Nak Beli'

Banyak kisah rumah tangga yang saya baca kebelakangan ini dari suami yang mengadu isteri tak layanlah, isteri bau bawanglah, isteri macam tong air balut kain batiklah. Selepas itu, ada juga kes suami cari skandal sebagai pemuas diri sebab isteri tak layan.

Yang paling saya sedih ialah, suami kecewa isteri bau bawang. Okaylah bau bawang, nampak bukti isteri ada buat kerja rumah. Kalau bau ekzos? Tidurlah si suami dengan ekzos! 

Para suami kena faham bahawa, bila isteri sudah beranak, kendur sana sini. Mahu isteri jaga penampilan? Boleh saja, tak perlu keluarkan banyak duit untuk pergi Spa bagai. Suami cuma perlu ambil alih tanggungjawab isteri dari subuh ke subuh. 

Isteri? Biarkan dia berendam 3 hari 3 malam dengan syampu sebotol. Biar dia mendandan diri agar menjadi seperti apa yang suami mahukan. Jenifer Lopez? Maradonna? Kajol? Tak ada masalah, tetapi asalkan ada duit. 

Macam kereta para suami, maintenance kereta boleh dijaga. Isteri? Kalau tak boleh, baik si suami 'bersama' dengan keretanya saja. Isteri awak itu manusia. bukannya robot atau bibik! 

Eh? Even bibik pun dibayar RM700/800 sebulan. Isteri? Spender sebulan sekali dapat. Itu pun kalau suami teringat nak belikan spender untuk isteri. Baju? Setahun sekali bertukar. 

Kalau rasa tak mampu, jangan minta lebih. Kalau rasa nak pakai lama, jaga maintenance. Tak salahkan semua lelaki, sesetengah sahaja. Bagi yang dapat suami tip top itu, jangan show off sangat. Takut disondol pula oleh babi. Tahu babi? 

Yang isteri pula, usaha sebaik mungkin jaga penampilan bila berada di depan suami. Semasa suami berada di rumah, isteri pakai baju raya pun tak apa. Spray febreeze pun boleh kalau dah nazak sangat tak ada perfume. Masa suami tak ada di rumah, isteri nak balut diri dengan plastik sampah pun tak apa. 

Dalaman pula, amalkan manjakani. 7 biji baru RM2 kak oi di kedai acheh. Tak perlu beli supplement harga ratus ribu. Lagipun banyak bahan kimia yang digunakan. Yang penting, nak atau tak nak sahaja. 

Kesimpulannya, suami isteri sama-sama mainkan peranan. Nak maintenance tinggi, invest lebih. Kalau tak mampu, jangan complaint. Tak pun berusaha bersama-sama. Complaint tapi tak ada usaha buat apa? - KRT | PIXEL MEDIA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>