Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

'Toreh & Ludah Jer Seat Kereta GrabCar'

ULU KLANG - Tindakan seorang pemandu teksi mengajar orang ramai menganiaya pemandu Grab Car dikritik netizen.

"Takde duit nak naik teksi? Jangan risau. Download dan buka application GrabCar, book 1 GrabCar. GrabCar sampai, terus je naik. Sampai destinasi, jangan bayar. Kalau drebar GrabCar itu bising, suruh dia pergi buat repot polis. Tobat lahom dia tak repot. Permit teksi tarak, PSV tarak, insurans tarak. Try ler," katanya di Facebook Group Teksi Malaysia

Cadangan lelaki bernama Badrul Kamarudin itu disambut baik oleh ahli group berkenaan. 

"InshaAllah saya akan cuba bila nak KLIA. Kita pakat-pakat cuba. Kalau nak puas hati lagi, bawa pisau, kita toreh seat belakang dia," kata Badrul lagi. 

"Toreh seat dia, ludah, buang kahak, hingus. Suruh dia buka aircond kuat-kuat, maksimum. Pastu lagi power, bawa lipas sebungkus dan biar kereta dia penuh dengan lipas. Nanti lama-lama baru padan muka," kata Azli Junus

Gambar-gambar screenshot perbualan mereka bagaimanapun telah tersebar di media sosial dan rata-rata netizen mengkritik tindakan tidak profesional para pemandu teksi terbabit. 

"Makin orang tak nak naik adalah. Some driver teksi okay tetapi disebabkan ada kepala batu sekolah tak habis punya perangai, habis terjejas periuk nasi orang lain. Rezeki masing-masinglah, kenapa sampai perlu sabotaj?" soal Aliya Mansor

"Mak aih, gangster betul taxi driver sekarang. Busuk hati macam ni memang jauh rezeki nak sampai. Harap PDRM dan SPAD ambil tindakan. Sudah ada unsur ugutan di situ," kata Siti Nurhidayah. - Sumber PIXEL MEDIA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>