Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Hanya kerana beragama Islam, pelajar cantik ini ditukar namanya kepada Isis Philips dalam majalah sekolah

Seorang pelajar wanita beragama Islam kecewa selepas namanya diubah menjadi ‘Isis’ di dalam majalah tahunan sekolahnya.

Menurut laporan CNN, Bayan Zehlif didakwa ‘ditukar nama dengan sengaja’ dengan seorang pelajar lain yang bernama ‘Isis Philips‘.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Isis Philips

Isis Philips

Pengetua sekolah tinggi Los Osos, Susan Petrocelli memohon maaf dan berjanji akan menyiasat insiden tersebut.

Lembaga Hubungan Islam-Amerika juga memberitahu peguamnya sedang menyiasat perkara tersebut.

“Kami faham perasaan mangsa terhadap insiden ini yang telah dilabel sebagai anggota kumpulan pengganas,” kata Kata pengarah esekutif lembaga tersebut, Hussam Aylosh.

Sementara itu, Bayan yang memuatnaik fotonya yang telah ‘disalah cetak’ mendapat simpati di laman sosial Twitter.

“Saya tak kenal awak, tapi menjijikkan kerana mereka (sekolah) melayan awak seperti ini,” Kata Boosh di Twitter.

“Kurang ajar. Saya juga kena kecaman anti-arab dalam majalah tahunan sekolah saya,” kata Ric Fouad.

 

Sumber: Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>