Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Padah tolak ajakan isteri untuk berjimak, suami dibelasah sampai mati

SEORANG wanita dari Ahmedabad, India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh suaminya, baru-baru ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Isteri Belasah Suami Sampai Mati Sebab Tolak Seks

Isteri Belasah Suami Sampai Mati Sebab Tolak Seks

Vimla Vaghela, 54, didakwa membelasah suaminya, Narsinh sampai mati gara-gara ajakannya untuk melakukan hubungan seks ditolak oleh mangsa.

Vimla yang bengang, dikatakan mengambil sebatang kayu lalu memukul Narsinh beberapa kali sehingga dia menemui ajal.

Selepas kematian suaminya, Vimla sendiri pergi membuat laporan polis namun membuat kenyataan palsu bahawa dia bertindak sedemikian untuk mempertahankan dirinya daripada dipukul.

Namun berdasarkan bukti, pihak mahkamah menolak alasan berkenaan dan menghukum Vimla menghabiskan seluruh sisa hidupnya dalam penjara.

Dia juga diarahkan membayar denda sebanyak 2,000 rupee (RM121) atas kesalahannya itu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763