Gila, ibu bapa bergaduh, anak yang menjadi mangsa. Kejadian ini berlaku di Hubei, China apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah dicampak dari tingkap tujuh sebuah pangsapuri oleh ibunya sendiri.
Clik here to view.

Ibu Campak Anak Dari Tingkat 7 Selepas Gaduh Dengan Suami
Ia berlaku selepas ibu dan bapanya bergaduh. Kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital dan mengalami patah tulang di beberapa bahagian badan serta kerosakan pada organ dalaman.
Malah ketika ambulans tiba di tempat kejadian, petugas perubatan terkejut melihat kanak-kanak kecil itu terbaring di atas tanah selepas dicampak oleh ibunya.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ibu dan bapa kanak-kanak itu berkahwin tiga tahun lalu dan mereka telah membeli sebuah pangsapuri mampu milik namun disebabkan oleh masalah kewangan, si suami terpaksa bekerja di Guangdong.
Pada hari kejadian, pasangan berkenaan dilaporkan bergaduh melalui telefon dan si suami telah meminta cerai.
Tidak lama kemudian lelaki itu memberitahu dia mendapat panggilan telefon daripada jirannya memaklumkan mengenai kejadian terbabit.
Dia bagaimanapun tidak menyalahkan isterinya sebaliknya hanya bimbang mengenai keselamatan anaknya.
Polis kini sedang menyiasat kes berkenaan manakala kanak-kanak itu masih dirawat di unit rawatan rapi.
Sumber: Mynewshub.cc