Seorang warga emas kerugian sekitar RM13,700 selepas diperdaya seorang bomoh dengan mendorong mangsa mempercayai menanam emas selama 41 hari bagi membuang saka.
Emas lesap selepas 41 hari ditanam
Clik here to view.

Emas lesap selepas 41 hari ditanam
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, pada awalnya mangsa berusi 59 tahun telah diperkenalkan anaknya kepada seorang lelaki yang dikatakan mengamalkan perubatan tradisional.
“Mangsa dan anaknya mendakwa mempunyai sakit biasa seperti sakit perut dan mata kemudian telah diubati oleh lelaki berkenaan dengan ayat al-Quran.
“Setelah mangsa baik daripada penyakitnya lelaki itu memberitahu terdapat saka yang tinggal dirumah mangsa dan cara mengubatinya adalah menanam emas dibelakang rumah selama 41 hari.
“Mangsa kemudiannya telah menyerahkan beberapa barang kemas yang berjumlah RM10,000. Manakala anaknya juga telah membayar wang kepada lelaki ini sebanyak RM3,700 secara berperingkat,” katanya.
Noorzainy berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki berkenaan disyaki seorang rakyat Indonesia dan mangsa hanya menurut sahaja arahannya supaya mengeluarkan emas selepas 41 hari.
“Bagaimana pun, selepas tempoh tersebut, mangsa mendapati tiada emas tertanam selepas digali dibelakang rumahnya kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu.
“Mangsa percaya kepada lelaki berkenaan kerana dia menggunakan ayat suci al-Quran ketika menjalankan perubatan tradisional.
“Lelaki tersebut selalu ke rumah mangsa di Batu Kikir malahan mengecam wajah suspek selain mempunyai gambar yang diambil melalui telefon,” katanya.
Tambahnya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Batu Kikir jam 6.15 petang semalam selepas mendapati dirinya ditipu lelaki berkenaan.
Noorzainy berkata, justeru itu, polis sedang mengesan lelaki bernama Alasgap Habib Abd Sholeh, 40-an dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan terhadap kes ini dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan melalui Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Jempol, Kuala Pilah dan Jelebu.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW