Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763

Honda sahkan beg udara pecah dalam kemalangan membabitkan pemandu honda city yang maut

Honda Malaysia Sdn Bhd pada Isnin mengesahkan inflator beg udara Takata Single Stage (SDI) bahagian pemandu pecah dalam kemalangan yang berlaku pada Ahad.

Honda Sahkan Inflator Beg Udara Bahagian Pemandu Pecah Dalam Kemalangan

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Honda Sahkan Inflator Beg Udara Bahagian Pemandu Pecah Dalam Kemalangan

Honda Sahkan Inflator Beg Udara Bahagian Pemandu Pecah Dalam Kemalangan

Dalam kenyataan, Honda berkata perkara ini disahkan semasa pemeriksaan oleh Polis Diraja Malaysia bahawa inflator beg udara SDI bahagian pemandu pecah dalam kemalangan melibatkan Honda City 2005 pada 26 Jun, 2016 di Selangor.

“Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini termasuk dalam Kemas Kini Produk Malaysia (dipanggil semula) diumumkan pada 21 Mei, 2015, yang memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti,” katanya.

Sejak 2015, Honda berkata kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini termasuk dalam panggilan semula bagi inflator beg udara Takata bahagian pemandu dan inflator beg udara Takata bahagian penumpang.

“Tiga notis panggilan semula telah dihantar kepada pemilik. Rekod kami menunjukkan pembaikan bagi panggilan semula itu tidak pernah selesai,” katanya.

Sumber: MStar


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Viewing all articles
Browse latest Browse all 42763


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>