Quantcast
Channel: Trending Now

Siti Nurhaliza Tak Sangka Rumah Terbuka Jadi Majlis Politik

$
0
0

Umum mengetahui, semalam berlangsungnya Himpunan MADANI di negeri Kedah yang turut dihadiri ribuan rakyat negeri tersebut.

Bukan itu sahaja, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan dua orang penyanyi terkemuka negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search. 

Bagaimanapun, perkongsian Siti Nurhaliza menjadi perhatian apabila memuat naik status mengatakan beliau dijemput untuk memeriahkan majlis.

“Saya hadir malam tadi hanya dijemput untuk memeriahkan majlis. Tak sangka pula ianya adalah seperti majlis politik,” tulisnya.  

Menerusi posting di Facebook itu, Siti berkata tidak menyangka ianya seperti majlis politik. Namun, beliau tetap menghorm4tiwarga negeri Kedah tanpa ada niat politik.

“Saya tetap menghorm4tiwarga negeri Kedah yang saya hadir semalam tanpa ada apa-apa niat politik dan saya tetap menyatakan pendirian untuk menghorm4tikerjaan negeri,” tulisnya.

Difahamkan, semalam berlangsungnya Himpunan Madani dan hari ini diteruskan dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia, Alor Setar. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/Ob9kS6r



Sumber: Sinar Viral

Jalan atas paku dan minum susu kuda ujian ketika meminang, Fadlan Hazim kini tunang wanita Kazakhstan

$
0
0

PELAKON Fadlan Hazim memaklumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya, Aiya Mukhamedsalova, 29, yang merupakan seorang warganegara Kazakhstan.

Kata Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, majlis tersebut berlangsung pada 1 Oktober tahun lalu di rumah tunangnya di sana.

“Saya ke sana bulan Oktober tahun lalu dan berjumpa keluarga dia. Pertunangan dilakukan di hadapan keluarga dia dan di pihak saya hanya saya seorang sahaja.

Snapinsta.app_339164658_588337793245143_3217615290125397785_n_1080

Fadlan dan Aiya bertunang pada 1 Oktober 2022.

“Bukanlah bermaksud nak sorokkan pertunangan, cuma saya tidak mahu terlalu berkongsi. Takut tak jadi nanti saya yang kena jawab,” katanya kepada mStar.

Fadlan ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan cawangan baharu gimnasium Elitez MMA di Shah Alam pada Sabtu.

Pertama kali bertemu keluarga wanita tersebut, kata Fadlan dia juga sempat mengenali budaya masyarakat sana yang mana lelaki perlu melalui beberapa ujian bagi menguji ‘kelelakian’ serta kesungguhan untuk berumah tangga.

“Saya pun tak tahu kena lalu ujian tersebut. Tunang pun tidak beritahu akan hal itu. Cuba dia minta lakukan sahaja apa yang disuruh.

“Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.

“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” ceritanya.

Snapinsta.app_330035609_213229811228523_8208051092405700764_n_1080

Fadlan dan Aiya dijangka disatukan hujung tahun ini.

Di sebalik semua cabaran itu, Fadlan juga bersyukur kerana dapat mengenali budaya asing yang baka menjadi sebahagian hidupnya.

Bercakap tentang perancangan mendirikan rumah tangga, aktor ini belum menetapkan sebarang tarikh namun majlis dijangka akan diadakan hujung tahun ini.

“Belum ada tarikh yang pasti lagi. Sekarang ini tengah menguruskan dokumen sebab berkahwin dengan orang luar negara.

“Bagi saya dah sampai masa untuk berkahwin. Semua kawan-kawan sudah beristeri dan usia saya pun semakin meningkat,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/UqIN1gu



Sumber: Sinar Viral

Jatuh Cinta Ketika ‘Shooting’ Bersama, Jiggy Masin Sah Bergelar Suami Dhabitah Sabri

$
0
0

Hanya dengan sekali lafaz, pelawak dan pelakon, Jiggy Masin selamat bergelar suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri, Jumaat lalu.

Kenal ketika shooting

Jelas Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 33, dia dan isteri tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan mereka, sebaliknya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi berita gembira itu.

Tambah pelawak itu, majlis mereka hanya dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi suami kepada Dhabitah pada Jumaat. Majlis akad nikah kami diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga seramai 150 sahaja.

Kami tak ada niat pun nak sorok apa-apa, cuma nak jaga amanah dan janji keluarga kedua-dua belah pihak untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah.

Saya nak minta maaf kepada rakan media sebab sebelum ini saya tak respon soalan mengenai kami sebab seperti yang saya katakan, nak jaga janji dan amanah keluarga.

Mengimbas kembali detik pertemuan mereka, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet berusia 23 tahun itu ketika menjalani pengambaran bersama.

Saya dan Dhabitah dah kenal lebih kurang setahun lebih juga la. Mula-mula kami berkawan saja sebab jumpa masa sesi fotografi sama-sama.

Kemudian kebetulan ada shooting program sama-sama. Jadi, dari situ macam rapat tapi memang tak ada plan nak kahwin ke waktu itu. Tapi, Alhamdulillah jodoh kami.

Dhabitah ke China

Sementara itu, Jiggy berkata mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi namun masih mencari tarikh yang sesuai memandangkan Dhabitah agak sibuk menjalani latihan dan akan berangkat ke China selama sebulan.

Majlis buat dekat rumah Dhabitah. InsyaAllah resepsi ada tapi masih dalam perbincangan sebab dua-dua sibuk dan Dhabitah pun ada big competition coming including olympic, asian games.

Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, InsyaAllah saya update untuk jemput kawan-kawan media.

Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Patutlah tak jawab telefon, rupanya sudah meninggal seorang diri malam raya… Kakak terkilan, Syawal kedua baru urus jenazah

$
0
0

SAAT kita gembira menyambut Hari Raya, terselit kisah duka dikongsikan seorang individu di media sosial.

Kematian ahli keluarganya dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan baru-baru ini cukup memberikan impak besar bagi mereka.

Menerusi perkongsian kakak arwah iaitu Ain Ariff, adiknya meninggal dunia seorang diri pada 21 April lalu.

adik maut 2

Ashraf selamat dikebumikan pada Hari Raya kedua.

“Arwah adik (Ash) meninggal malam raya. Kami tak sedar rupanya sudah satu hari arwah meninggal.

“Raya kedua baru uruskan pengebumian arwah,” kata Ain menerusi perkongsian di TikTok.

Upacara pengebumian Allahyarham Mohd Asyraf Mohamad Ariff yang meninggal dunia pada usia 36 tahun selamat diadakan pada 23 April lalu.

Berdasarkan semakan di ruangan komen, difahamkan arwah menyewa bersama rakan-rakannya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Dia dikatakan mengalami demam panas.

Video:

@ain_ariff

Arwah adik meninggal malam raya… Raya ke2 bru uruskan pengebumian arwah.. Kami xsdar rupanya dh 1 hari arwah meninggal😭😭.. Ptutlah adik bradik lain & mak fon seharian xangkat².. Allahuakbar 😭.. Al-fatihah (dibaca) Moga ko tenang disana adikku..

♬ original sound – Ain Ariff – Ain Ariff

Menurut cerita Ain, setelah panggilan dan mesej tidak dijawab, ahli keluarganya mula menjejaki arwah di rumah sewanya sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri.

“Patutlah adik beradik lain dan mak hubungi seharian tidak berangkat? Allahuakbar, al-Fatihah.

“Moga engkau tenang di sana adikku,” ujarnya.

Sementara itu menerusi muat naik berasingan, Ain berkongsi dua keping foto arwah.

“Dengan sekelip mata kau tinggalkan kami di hari dan bulan baik yang dicemburui setiap orang.

Tangkap layar video dikongsikan Ain.

“Kami sayang kau @ashariffash atau atap. Semoga kau tenang di sana adikku, al-Fatihah,” ujarnya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan oleh Ain berkemungkinan demi menjaga nama baik arwah.

Hingga kini perkongsian Ain tentang kematian adiknya meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok.

Warga maya turut melahirkan rasa simpati selain mendoakan kesejahteraan arwah di negeri abadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/UqIN1gu



Sumber: Sinar Viral

Hattan dakwa tak tahu itu program ‘live’?

$
0
0

KUALA LUMPUR: Cerita sebenar di sebalik video tular Datuk Hattan dan pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham terbongkar apabila penyanyi terbabit memaklumkan tidak mengetahui ia adalah temubual secara langsung.

Perkara ini dijelaskan seorang teman rapat Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi TikTok.

Menurutnya, dia menonton siaran berita Astro Awani kelmarin pada jam 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

“Saya terus hubungi Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, adakah tahu panggilan tadi ‘live’?

“Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Hattan tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawablah macam biasa.

“Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Hattan… ohh ya ke,” cerita Salimey.

Menurutnya, dalam pemikirannya tidak mungkin Hattan tidak tahu protokol apabila ditemubual secara langsung di televisyen atau radio.

“Jadi, tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk sahaja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit.

“Sebaliknya penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit,” katanya.

Terdahulu, isu ini bermula apabila Hattan menempelak pembaca berita terbabit yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan Mael XPDC.

Hattan dihubungi untuk temubual secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Disebabkan pembaca berita ini kurang arif beberapa perkara berkaitan XPDC, Hattan terus menyelar penyampai terbabit.

Malah, Hattan bertanya semula kepada penyampai dengan nada yang tegas agar memberi jawapan yang betul serta mempersoalkan sama ada membuat kajian ataupun tidak.

Lebih daripada itu, belum sempat penyampai ini mengucapkan terima kasih kepadanya, Hattan memutuskan talian terbabit.

Rakaman video yang tular membuatkan Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin dianggap sebagai kurang ajar oleh netizen. – HM Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/Mzx7JR5



Sumber: Sinar Viral

Rambut tersangkut pada jaring, netizen terhibur wajah selamba anak Achey seret tiang gol

$
0
0

GELAGAT anak perempuan pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir mencuit hati netizen apabila rambut kanak-kanak itu tersangkut pada jaring tiang gol.

Apa lebih melucukan, Nur Tiara dengan wajah selamba menarik tiang gol tersebut sambil membawa sebiji bola bersamanya ke arah bapanya bagi mendapatkan bantuan menanggalkan jaring yang tersangkut di rambutnya.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, yang terperanjat melihat anaknya menyeret tiang gol itu bersamanya sempat membebel sambil meluahkan rasa pelik bagaimana rambut Nur Tiara boleh tersangkut.

achey1 - 1

Gelagat Tiara mencuit hati netizen.

“Allahuakbar, macam mana boleh sangkut? Tiara, Astagfirullahalazim. Macam mana tiang gol boleh sangkut ini anak?

“Kau macam-macamlah raya ni. Banyak benda, tiang gol pula sangkut kenapa? Sangkutlah benda lain, emas ke,” bebelnya.

Achey berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Ahad.

Perkongsian itu tular sehingga ia meraih sebanyak empat juta tontonan dan 400,000 tanda suka di platform media sosial popular itu.

Dalam pada itu, warganet yang terhibur dengan gelagat Nur Tiara menyifatkan kanak-kanak itu bersahaja dan mempunyai bakat semula jadi seperti bapanya sebagai pelawak.

“Bapa pelawak, anak pun lucu. Haha. Memang ‘rare’ anak abang ni. Ringan pula tiang gol itu dia bawa ke hulu ke hilir.

“Muka selamba sahaja dia walaupun tengah seret tiang gol itu,” komen netizen.

achey2 - 1

Achey bersama isteri dan anak perempuan mereka, Tiara.

Untuk rekod, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011 namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Achey dan Nor Hasanah kemudiannya mengambil Nur Tiara sebagai anak angkat pada 2018.

Pasangan itu juga pernah berkongsi perjalanan mereka mendapat zuriat apabila Nor Hasanah melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) Ogos tahun lalu namun masih belum membuahkan hasil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/UqIN1gu



Sumber: Sinar Viral

Selepas teruk dikecam, akhirnya isteri Hattan bersuara…

$
0
0

ISTERI kepada Datuk Hattan iaitu Datin Arianie Abidin meluahkan rasa terkilan apabila suaminya menerima pelbagai mesej berbaur ugutan dan hinaan susulan kejadian yang melibatkan penyanyi itu baru-baru ini.

Arianie Abidin, 52, berkata dia enggan memanjangkan isu yang melibatkan suaminya itu dan memilih untuk mendiamkan diri sehingga keadaan menjadi reda dengan sendiri.

“Jarang-jarang saya meluahkan perasaan kat IG (Instagram) saya. Hari ini saya nak jadi netizen-netizen yang meluahkan perasaan kat IG Story. Mengenai kes suami saya yang viral dikecam, dihentam, dicaci, dimaki, dihina, disumpah, diugut dari netizen-netizen yang sangat mulia dan begitu baik budi bicara.

Luahan isteri Hattan yang kecewa dengan netizen.

“Walaupun ramai yang kata bagilah pencerahan, tapi bagi saya tak perlu kot sebab saya pasti kalau saya berkata pasti ada yang kata ‘ala suami dia mestilah dia pertahankan, tak gitu? Tak apalah biarlah saya simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan saya saja yang kenal dia,” katanya.

Arianie berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selain memuat naik beberapa hantaran mesej yang diterima suaminya.

Dalam pada itu, Arianie memberitahu dia terpaksa meletakkan Instagram suaminya kepada mod privasi kerana tidak tahan dengan pelbagai mesej yang diterima.

Tambahnya, Hattan juga tidak membaca segala komen mahupun mesej yang dihantar kerana dia yang mengendalikan akaun milik suaminya itu.

“Saya yang jaga IG suami. Saya yang muat naik video dan sekarang saya yang ‘private’kan Instagram Hattan. Ini kerana saya tak mahu anda semua tambah d0sa.

“Suami saya memang tak baca pun. Kalau nak komen, itu pilihan anda dan komenlah di ruang yang sedia ada, okay,” katanya.

Antara mesej hinaan yang diterima.

Meskipun bersedih dengan apa yang berlaku pada suaminya itu, Arianie bagaimanapun tetap kuat menyokong Hattan.

Malah dia berharap agar orang ramai mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku selain berhati-hati dalam meninggalkan komen di media sosial.

“Tak kira apa pun. Baik buruk dia, dia adalah suami saya.

“Semoga kita semua ambil iktibar. Tiada siapa pun yang sempurna. Setiap manusia ada buat kesalahan. Janganlah kita berkata komen hingga menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah yang dapat pahala. Kita pula dapat d0sa,” katanya.

295858635_2733712940095603_8180401810102542013_n

Isteri tetap sokong suami walau apa pun terjadi.

Pada 28 April lalu, tular video temu bual di antara Datuk Hattan bersama penyampai berita saluran Astro Awani menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang menganggap penyanyi berkenaan tidak beradab.

Tindakan Hattan menempelak penyampai berita iaitu Nur Syazwani Saiful Sham yang bertanya mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Malah dia kemudiannya bertanya sama ada Syazwani mengetahui sejarah tentang individu di sebalik yang menghasilkan lirik lagu-lagu kumpulan rock terkenal itu sekali gus menganggap penyampai berita itu tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemu bualnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber: Mstar



Sumber: Sinar Viral

[VIDEO] Lelaki Dakwa Terakam ‘Penanggal’ Di Atas Pokok

$
0
0

Seorang lelaki mendakwa, terakam entiti menakutkan didakwa sebagai penanggal di atas pokok di Kota Belud, Sabah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik Dj Azmie, dia hairan apabila terlihat bebola api di atas pokok.

Dia yang musykil dengan perkara itu, bertindak merakam kejadian berkenaan untuk meminta pandangan orang ramai di media sosial.

“Siapa tahu apa benda ni? Bentuk macam bebola api, tetapi kenapa ada di atas pokok?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berpendapat, bebola api itu sebenarnya penanggal.

“Tak silap, dulu orang pernah kata, tu penanggal, kena pekik untuk halau dia,” komen Nik Balkish.

“Syaitan atau iblis, dibuat daripada api, tu nak bertukar jadi hantu,” kata Malay Ren.

“Aku pernah jumpa benda macam ni, dekat atas pokok asam jawa. Dalam pukul 10 malam. Ada yang kata itu bebola iblis,” komen Aniff.

Video tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 215,000, 7,067 tanda suka dan 547 komen.

VIDEO;

@djazmie

Pada pendapat anda? 😨

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :KOSMO! ONLINE / https://mulutviral.com/



Sumber: Sinar Viral

Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing’ – Astro Awani

$
0
0

PETALING JAYA – Astro Awani menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak memberikan penerangan ringkas atau briefing sebelum menemubual penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan untuk ke udara secara langsung (live) yang mencetus sensasi nasional baru-baru ini.

Penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani memaklumkan, pihaknya memiliki bukti bahawa Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin diberi keterangan daripada pihak Awani sebelum bersiaran langsung.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live).

“Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” ciap Ibrahim menerusi Twitter.

Terdahulu, Hattan, 59, menerusi kenyataan rakan baiknya, Salimey Abu Bakar memberitakan kepada media bahawa dirinya tidak tahu bahawa temu bual dilakukan untuk siaran ‘live’.

Menurut Salimey, dia menonton siaran berita Astro Awani ketika insiden berlaku pada pukul 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena.

Katanya, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu tidak mengetahui bahawa temu bual berlangsung untuk siaran ‘live’.

Hattan memercik sensasi apabila diabertindak menyekolahkan atau menemplak seorang pembaca berita Astro Awani yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan pemergian Allahyarham Mael XPDC.

Rentetan apa yang berlaku, ramai menggesa penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu supaya melakukan permohonan maaf secara terbuka termasuk daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Tidak kurang dengan itu, ada sebilangan pihak yang menggesa agar penyanyi Biso Bonar digam daripada membuat sebarang kemunculan di mana-mana stesen televisyen disebabkan keterlanjuran kata dan tindakannya. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: – KOSMO! ONLINE



Sumber: Sinar Viral

[VIDEO] “Padahal Binatang Tu Jalan Perlahan Je,” Bergegar-Gegar Kekasih Shuib Naik Kuda, Ramai Komen Nakal Dan Berimaginasi Liar

$
0
0

Keksaih Shuib, Watie memang selalu menjadi perhatian, tak pasti kenapa tapi setiap gerak-geri Wtie pastinya menjadi bahan kecamn dan kutukan.

Baru-baru ini videonya menunggang kuda di tepi pantai sekali lagi menjadi bahan bualan.
Ramai yang tak senang melihat badan dan payudara Watie yang ‘bergoncang-goncang’ ketika menaiki haiwan tersebut.

Malah di ruangan komen dipenuhi ayat ‘nakal’ oleh mereka yang mempunyai imaginasi liar. Tak kurang juga yang pelik melihat kuda hanya sekadar berjalan tapi kuat pula gegaran badan Watie.

VIDEO;

@watihanifiah

Di bawah langit yang sama🕊#fyp#fyptauuシ#raya2023#penang

♬ DJ Kuda Yang Mana Kuda Yang Mana Tuan Senangi – Pantun Janda – Kurenai Music

Seemntara itu ada juga yang berpesan kepada Shuib supaya dapat mendidik Watie sewajarnya. Apa pun semoga urusan pernikan Shuib dan Watie tak lama lagi akan dipermudahkan dan berjalan lancar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :https://b.cari.com.my/



Sumber: Sinar Viral

Kanak-kanak di Kluang pula maut disyaki kerana strok haba

$
0
0

Kanak² 12 Tahun Korban Terbaharu Disyaki Strok Haba. | Kluang: Kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah ini meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.

Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.

“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.

“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.

Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.

“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.

Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.

“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.

“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.

Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.

“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Katanya, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.

“Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor,” katanya.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ift.tt/xCaW96t



Sumber: Sinar Viral

Berang Konflik Rumah Tangga Dituduh ‘Marketing’, Shermine Ah Moi Bidas Netizen – ‘Staf Cium Boss Kira Marketing Ke?’

$
0
0

Meskipun dilihat seakan sudah move on dengan kejadian yang berlaku namun, konflik rumah tangga pempengaruh TikTok, Shermine Ah Moi dan bekas suaminya, View Chin kini masih lagi menjadi bualan dalam kalangan wargamaya.

Berang konflik rumah tangga dituduh ‘marketing’

Terbaru, Shermine tampil memuat naik satu hantaran di Facebooknya membidas sesetengah netizen yang menuduh konflik rumah tangga yang dihadapinya ketika ini merupakan satu marketing untuk menaikkan namanya dan bekas suami.

Menurut Shermine, dia mempunyai cukup bukti mengenai kejadian ini dan akan mendedahkan segalanya di mahkamah.

Netizen tanya saya dah tak ada bukti nak dedah ke? Ya, semua bukti tu akan tunjuk kat mahkamah nanti, jadi peguam cakap jangan post lagi di media sosial

Yang netizen sebelahkan View Chin tu yang cakap kita dah cerai suruh saya move on jangan kacau dia dua orang lagi.

Korang better jelas something, siapa yang kacau I dan anak-anak dulu?! Biadap betul.

Ibu kepada tiga orang anak itu juga turut mempersoalkan segala tuduhan dilemparkan sesetengah netizen dengan mengatakan masakan dia ingin melakukan marketing sekiranya yang bercium dengan bekas suaminya ketika itu adalah pekerjanya sendiri.

Cerai ni tidak sah, I akan ambil tindakan undan-undang kepada dia dua orang, jadi cerai punya pasal korang better ambil perhatian dengan ayat korang! Sekarang I take legal way to settle, I diam bukan maksud I lemah tau!

Kepada netizen yang cakap ni marketing, staf I cium bos dia ini kira marketing ke? I tak akan buat marketing dengan cara ni ok!

Meskipun berdepan dengan konflik rumah tangga, Shermine dengan tegas mengatakan bahawa View Chin tetap ayah kepada anak-anak mereka dan sama sekali tidak akan menghalangnya untuk bertemu dengan anak-anak.

Dalam pada itu, Shermine turut menasihatkan kepada sesetengah netizen untuk tidak mengeluarkan apa-apa spekulasi selagi kes membabitkannya dengan bekas suami belum selesai.

Buat masa ini, Shermine sedang giat untuk memulakan semula kariernya sebagai seorang pempengaruh media sosial.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Sumber: Facebook



Sumber: Sinar Viral

[VIDEO] ‘Beli Katil Hampir RM10K, Kualiti Ta*k’ – Rozita Che Wan Kecewa Dengan Perabot Lokal

$
0
0

Aktres jelita, Rozita Che Wan marah dan kecewa katil yang dibeli dari penjual tempatan tidak berkualiti.

Produk local

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta meluahkan rasa kecewa apabila katil yang dibelinya didapati tidak sepadan dengan harga yang mahal.

Beli katil harga nak dekat RM10,000 tapi workmanship macam ta*k. Apa punya kualiti pun tak tahu lah.

Menurut pelakon berusia 50 tahun itu, dia mahu menyokong produk lokal dengan membeli perabot tersebut dari penjual tempatan, namun ternyata ia tidak berkualiti.

Macam mana nak sokong produk lokal kalau harga berdentum tapi tengok kualiti dia.. Ini baru tunjuk bucu, belum pusing keliling lagi. Sakit betul hati!

‘Kualiti sampah’

Menjengah ke ruagan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pelakon drama ‘Mem dan Bibik-Bibik’ itu berkenaan masalah kualiti yang sering terjadi pada produk lokal.

VIDEO;

@rozitachewan1

Mcm mana nk support produk local kalau harga berdentum tp tgk la kualiti dia! Ni baqu tunjuk bucu , blm pusing kelililng katil lg .. sakit betul hati kiter . #fyp

♬ Manis Manis Lebaran – New Boyz & Sofaz & Lips & Saidatul Erma

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Sumber: TikTok



Sumber: Sinar Viral

Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino, ibu buat laporan polis

$
0
0

IBU kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil, 47, tampil membuat laporan p0lis selepas seorang peminat anaknya itu membuat ugutan bunuh diri.

Kata Hazelina, 47, dia membuat laporan tersebut kerana enggan nama Aiman dikaitkan jika wanita berkenaan melakukan tindakan di luar kawalan itu.

“Wanita itu ugut nak bunuh diri sekiranya Aiman tidak mahu menjadikan dia sebagai isteri kedua.

aiman tino 2

Wanita berkenaan berniat mahu bunuh diri.

“Jadi sebab itu kami nak buat report polis. Tak mahu Aiman terbabit jika berlaku sebarang perkara tidak diingini berlaku terhadap wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar.

Hazelina membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Rabu.

Sebelum itu, Hazelina memuat naik paparan perbualan wanita yang dikenali sebagai Syakila di laman Instagram miliknya.

Bukan hanya menghantar mesej kepada Aiman, peminat asal Kelantan itu turut mengganggu isteri dan adik-beradik penyanyi tersebut.

“Apa yang dia buat agak melampau sampai ganggu isteri dan adik-beradik Aiman. Malah dia pun hantar mesej di Instagram kelab peminat Aiman.

“Sebelum ini saya pernah berikan nombor telefon Aiman kepadanya, kemudian dia sebarkan kepada orang lain,” ujarnya.

aiman tino 3

Isteri Aiman juga diganggu wanita berkenaan.

Katanya lagi, dia tidak mengenali wanita tersebut secara peribadi namun pernah berjumpa dalam satu acara awal tahun lalu.

“Saya pun tak kenal sangat dia. Cuma dapat tahu dia peminat fanatik Aiman.

“Saya harap kepada sesiapa yang kenal wanita itu memaklumkan kepada kami,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :mstar



Sumber: Sinar Viral

Gelar Diri ‘Daddy’, Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong Setelah 4 Bulan Bercerai?

$
0
0

 

Penyanyi kumpulan Ruffedge, Cat Farish khabarnya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Cat ada menyambut hari kelahiran anak Shikin, Arianna Natasya yang ke-8 tahun baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cat Farish (@catfarish)

Dalam hantaran tersebut, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli juga menggelarkan dirinya sebagai ‘daddy’ dan Shikin turut menggelarnya dengan panggilan yang sama di ruangan komen.

Shikin juga dilihat memuat naik foto mereka sekeluarga bersama Cat dan anak-anak ketika sedang menyambut hari jadi Arianna di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bertanyakan sama ada Shikin sudah bernikah dengan Cat namun hanya memberi respon meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shikin maembong (@shikin_maembong)

Terdahulu, Cat telah bercerai dengan isteri, Suriani Hassan dengan talak satu.

Cat sebelum itu pernah bernikah dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup bersama Hartiny, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/67cZCb2



Sumber: Sinar Viral

[VIDEO] “Siapa ada urusan hutang dengan arwah, hubungi saya” – Didie Alias

$
0
0

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada Astro AWANI sebentar tadi. 

 “Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham ketika dihubungi. 

Genap seminggu pemergian penyanyi kumpulan metal, Mael XPDC, rakyat Malaysia pada hari ini dikejutkan lagi dengan pemergian pelakon berbakat Malaysia ini 

Perkara ini turut disahkan dan dikongsikan oleh bekas isteri beliau, Didie Alias di mana Ridzuan Hashim baru sahaja menghembus nafas terakhir sebentar sahaja tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Untuk pengetahuan, Ridzuan Hashim merupakan pelakon yang telah menghiasi industri hiburan negara selama lebih sedekad.  Banyak terlibat dalam drama, telemovie serta filem KL Gangster 2 antara yang membuatkan beliau dikenali ramai. 

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Ridzuan Hashim dan didoakan semoga Allahyarham Ridzuan Hashim ditempatkan di kalangan orang beriman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :https://ift.tt/J5ZENMl



Sumber: Sinar Viral

[VIDEO] Bella Semakin Ceria, Netizen Gembira -‘Alhamdulillah, Badan Sihat & Bertambah Comel’

$
0
0

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Rabu lalu.

Susulan itu, banyak pihak termasuk orang awam meluahkan rasa syukur apabila nasib kanak-kanak berusia 13 tahun itu akhirnya mendapat pembelaan.

Bella semakin ceria

Terbaharu, tular sepotong video di TikT0k yang menyaksikan keaadan terkini Bella ketika dia menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, Bella dilihat begitu ceria selain wajahnya yang tidak henti mengukir senyuman dibibir.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji kecomelan Bella selain bersyukur melihat keadaan terkini anak kecil itu yang semakin sihat dan dijaga rapi oleh pihak bertanggungjawab.

Malah, ada juga yang gembira melihat tubuh badan Bella yang semakin berisi berbanding ketika dia berada di Rumah Bonda.

Terdahulu, mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun kepada Siti Bainun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, dua tahun lalu.

VIDEO;

@shapinky18

#justiceforbella#justiceforadikbella @Katering Murah Seremban

♬ original sound – aidil – Aidil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Rahsia penyakit demi dapat job tak sepatutnya berlaku, Fazley Yaakob minta ubah mentaliti

$
0
0

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa simpat dengan nasib menimpa Allahyarham Ridzuan Hashim yang terpaksa merahsiakan penyakit dideritainya kerana bimbang tidak dapat tawaran berlakon.

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 44, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam industri hiburan tempatan dan berharap ia tidak berlaku kepada rakan-rakan artis yang lain.

“Terpaksa merahsiakan penyakit kerana takut hilang kerja. Allahu… terlalu pedih ayat ini untuk ditelan.

“Adakah pemberi rezeki kini telah menjadi jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat-sahabat seindustri terpaksa buat-buat sihat agar terus mendapat rezeki yang halal?

Fazley simpati nasib Ridzuan Hashim.

“Perkara ini perlu dihentikan! Tolong sahabat-sahabat semua, jang4nlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat kerja,” katanya.

Fazley berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka berpendapat bahawa majikan perlu buka mata mengenai perkara ini selain pelakon itu sendiri kena percaya akan rezeki yang tertulis buatnya.

Dalam pada itu, Fazley meluahkan kebimbangan sekiranya ada pihak yang memang tidak akan menawarkan sebarang tawaran sekiranya mengetahui seorang selebriti itu berpenyakit kerana bimbang akan menyusahkan perjalanan sesuatu projek.
Janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama.

FAZLEY YAAKON

PENYANYI

“Mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika ia merupakan mata pencarian utama seseorang.

“Atau mungkin ada dalam kalangan mereka yang memberi kerja, secara rahsia mengeluarkan amaran ‘kalau dia ada penyakit jangan diberi kerja, nanti menyusahkan semua orang’,” katanya.

Untuk rekod, Ridzuan atau Mohd Ridzuan Hashim, 62, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis meninggal dunia akibat sakit jantung.

Anak lelakinya, Muhammad Dhanial, 29, mendedahkan bapanya sudah menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lalu tetapi minta ia dirahsiakan kerana bimbang tidak akan dapat tawaran berlakon.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber :Mstar



Sumber: Sinar Viral

Lagi pasangan selebriti ke mahkamah syariah?

$
0
0

Kuala Lumpur : Selain konflik rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Farid Kamil, Diana Danielle, Hafiz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri yang mendapat perhatian ramai, seorang pelakon wanita turut berdepan masalah sama dan secara diam-diam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pada 18 April menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya.

Menurut sumber, pelakon wanita terbabit hadir berseorangan ke mahkamah tanpa ditemani suaminya yang juga pelakon itu.

“Kami sendiri terkejut apabila rumah tangga mereka bergolak sedangkan pada zahirnya nampak seperti pasangan bahagia.

“Apa yang boleh dikatakan, pasangan ini turut berdepan masalah rumah tangga seperti selebriti lain. Ia ujian buat mereka.

“Malah artis ini hadir ke proses sulh sama dengan pasangan Syamsul dan Puteri Sarah pada 18 April lalu,” katanya.

Sumber berkata, sebutan kes pasangan terbabit akan dibuat dalam masa terdekat ini, namun enggan menjelaskan butiran lanjut.

Pelakon yang mencipta nama sejak zaman kanak-kanak ini berkahwin dengan pasangannya pada 2013.

Kehidupan rumah tangga juga bahagia dengan kehadiran beberapa orang anak.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi pelakon itu bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber; hmetro



Sumber: Sinar Viral

Jom Layan: Mengenali Kenwood Car Android Player!

$
0
0



Player Android Kereta Kenwood ni memang popular dalam kalangan peminat kereta yang suka upgrade sistem multimedia dalam kereta. Dalam ulasan lengkap ni, kita nak kongsi apa je yang best tentang player ni.




 

Paparan dan Reka Bentuk:
Player Android Kereta Kenwood ni ada tiga saiz: 7 inci, 9 inci, dan 10 inci, so boleh pilih ikut dashboard kereta kita. Reka bentuk dia memang canggih dan ikut trend sekarang, tak nampak kelainan dalam kereta. Paparan dia pun cantik, warna jernih, memuaskan mata kita tengok.

 



Kuasa dan Prestasi:
Player Android Kereta Kenwood ni memang power gila, ada prosesor Quad-Core, so prestasi dia lancar jaya. Dia ada 4GB RAM dan 32GB ROM, jadi takyah risau pasal simpanan fail media, aplikasi, atau data navigasi. Nak stream lagu, nak guna map, nak tengok video pun senang je dengan player ni.

 

Sistem Operasi Android:
Player Android Kereta Kenwood ni guna sistem operasi Android, familiar kot dengan semua orang. Boleh download pelbagai apps dari Google Play Store, nak customize player ikut citarasa sendiri. Aplikasi muzik, aplikasi pemandu, atau alat komunikasi, semua boleh ada dalam player ni. Jadi takyah pening kepala, bawak kereta pun boleh seronok.

 


Pelbagai Fungsi Multimedia:
Player Android Kereta Kenwood ni punya fungsi MP5 player, jadi boleh main pelbagai format audio dan video. Nak dengar lagu kegemaran atau tengok video pun senang. Yang bestnya, dia ada Bluetooth built-in, so boleh connect dengan telefon pintar, boleh buat panggilan tanpa guna tangan dan dengar lagu secara wireless.

 


Kamera Belakang:
Satu lagi ciri menarik Player Android Kereta Kenwood ni, dia boleh connect dengan kamera belakang secara percuma. Dengan kamera belakang ni, senang la nak parking atau reverse kereta. Paparan player jadi monitor masa nyata, jadi lebih yakin dan senang nak bawa kereta.


Player Android Kereta Kenwood ni memang bagi pengalaman multimedia yang memuaskan buat pemilik kereta. Ada ciri-ciri yang hebat, prestasi power, dan boleh integrate dengan kereta dengan senang. Nak upgrade sistem hiburan dalam kereta, tak salah pilih player ni.

So, kalau kita beli Player Android Kereta Kenwood ni, memang akan jadi transformasi besar untuk sistem hiburan kereta kita. Boleh enjoy banyak fungsi menarik yang buat perjalanan jadi lebih seronok dan senang.

Dapatkan disini:
Kenwood Car Android Player Style [𝟒𝐆𝐁 𝐑𝐀𝐌+𝟑𝟐𝐆𝐁 𝐑𝐎𝐌] 7"9"10 inch Quad Core Car Multimedia MP5 Player Free Reverse Camera

Xiaomi Mi TV Stick 4K/1080 dan Mi TV Box S 4K Generasi ke-2 Versi Global - TV Android yang Mengagumkan!

$
0
0



Kalau korang cari TV Android yang hebat dengan harga berpatutan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Xiaomi Mi TV Stick 4K/1080 atau Mi TV Box S 4K Generasi ke-2 Versi Global. Ini adalah produk TV Android daripada Xiaomi yang terkenal dengan kualiti yang baik.



TV Stick Xiaomi Mi 4K/1080:

TV Stick ni memang menarik sebab dia kecil je tapi bawa prestasi 4K atau 1080p yang mantap. Boleh cucuk terus kat HDMI port TV korang. Bila korang pasang, korang akan dapat akses ke sistem operasi Android TV yang mantap. Tengok Netflix, YouTube, Hulu, dan banyak lagi dalam kualiti yang memuaskan. Ada juga fungsi Chromecast built-in, so boleh stream kandungan dari telefon pintar atau komputer ke TV dengan mudah.


Mi TV Box S 4K Generasi ke-2 Versi Global:

Mi TV Box S 4K Generasi ke-2 ni pun tak kurang hebatnya. Dia ada ciri-ciri yang sama macam TV Stick, tapi tambah dengan beberapa ciri menarik. Boleh main video dalam resolusi 4K Ultra HD, jadi gambar dia sangat tajam dan hidup. Dalam TV Box ni, korang boleh pasang pelbagai aplikasi dari Google Play Store, jadi tak ada had pada apa yang korang boleh buat. Dia juga ada remote control yang mudah digunakan dan punya fungsi suara untuk carian cepat.


Jadi, kalau korang nak tambah pengalaman tontonan korang dan dapat TV Android yang canggih, Xiaomi Mi TV Stick 4K/1080 atau Mi TV Box S 4K Generasi ke-2 Versi Global adalah pilihan yang terbaik. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Jom dapatkan sekarang dan nikmati hiburan yang lebih baik di rumah!

Dapatkan disini: 

Original Xiaomi Mi Tv Stick 4K/1080 Mi TV Box S 4K 2nd Gen Global Verison Andriod TV Chromecast

Airwheel SE3: Beg Perjalanan Pintar Beroda Elektronik yang Mewah dan Cerdik

$
0
0


Nak beg perjalanan yang unik dan pintar? Airwheel SE3 adalah jawapannya! Beg ni bukan sekadar beg biasa, tapi beg beroda elektronik yang mewah dan cerdik.


Berikut adalah ciri-ciri menarik tentang Airwheel SE3:

Beg Pintar yang Beroda:

Airwheel SE3 bukan sahaja beg perjalanan, tapi juga mempunyai roda elektronik. Anda boleh menaikinya dan memandu beg ini, jadi tak perlu susah payah mengangkat beg atau menariknya. Ia memudahkan perjalanan di bandar atau lapangan terbang yang sibuk.



Teknologi Cerdik:

Beg ini dilengkapi dengan teknologi pintar yang hebat. Ia mempunyai sistem kawalan jauh, jadi anda boleh menggerakkan beg ini dengan mudah dan mengawalnya menggunakan telefon pintar anda. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi keselamatan seperti pengereman otomatik untuk menjaga kestabilan perjalanan.



Reka Bentuk Mewah:

Airwheel SE3 direka dengan gaya mewah dan moden. Ia menggunakan bahan berkualiti tinggi dan mempunyai penampilan yang menarik. Anda akan tampil bergaya dan eksklusif ketika memandu beg ini di sekitar.

Ruang Penyimpanan Cukup:

Meskipun beg ini kompak, ia mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi untuk barang-barang peribadi anda. Anda boleh memuatkan pakaian, barang elektronik, atau apa saja yang anda perlukan semasa perjalanan.


Fleksibiliti Perjalanan:

Airwheel SE3 adalah beg yang serbaguna. Anda boleh memandu beg ini atau memakainya sebagai trolley tradisional bergantung pada keperluan perjalanan anda. Ia memberikan fleksibiliti kepada anda untuk menyesuaikan cara penggunaan mengikut keadaan.

Jadi, jika anda mencari beg perjalanan yang cerdik, mewah, dan memberikan pengalaman yang unik, Airwheel SE3 adalah pilihan yang tepat. Nikmati perjalanan dengan gaya dan keselesaan menggunakan beg pintar ini!

Dapatkan disini:
Airwheel SE3 Smart Electronic Suitcase Riding Trolley Travel Bag Luxurious Intelligent Carry-on Robot Bag


Rebutan Kaki DIY: KEELAT KID003 Jentera Terbaik Untuk Skru Mahupun Mengerudi

$
0
0

Bosan dengan kerja memasang dan membuka skru yang manual? KEELAT KID003 adalah sentera elektrik yang serba boleh dengan tiga fungsi dalam satu peranti.


Berikut adalah ciri-ciri menarik tentang KEELAT KID003:

Motor Berkualiti Tinggi:


KEELAT KID003 dilengkapi dengan motor berkualiti tinggi yang memberikan daya yang besar dengan saiz yang kecil. Anda boleh mengharapkan daya yang tinggi dan tork yang kukuh untuk menjalankan kerja-kerja yang memerlukan tenaga.

Gagang Beralun Ergonomik dan Lampu Kerja LED:

Peranti ini direka dengan gagang beralun ergonomik yang memberikan keselesaan semasa penggunaan. Ia juga dilengkapi dengan lampu kerja LED yang terintegrasi untuk memberikan penerangan tambahan semasa bekerja di kawasan yang gelap.

Bateri Lithium Kapasiti Besar:

KEELAT KID003 menggunakan bateri lithium dengan kapasiti besar. Bateri ini tahan lama, dan boleh dicas dengan pantas. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan daripada kelebihan casan, menjaga bateri daripada kerosakan.


Pengaturan Kelajuan Variabel:

Sentera ini mempunyai pengaturan kelajuan variabel yang boleh disesuaikan dengan menekan butang. Anda boleh mengawal kelajuan dengan cekap mengikut keperluan kerja anda.

Henti Auto Putaran Berlawanan:

KEELAT KID003 mempunyai fungsi henti auto putaran berlawanan yang menghentikan tindakan pukulan dan putaran dalam masa 0.2 saat selepas skru/braket menjadi longgar cukup. Ini memudahkan proses memasang dan membuka skru.

Pelbagai Penggunaan:

KEELAT KID003 sesuai untuk pelbagai kerja seperti di tapak pembinaan, penyelenggaraan, kerja kayu, dan sebagainya. Ia memberikan kawalan pemutar yang pelbagai untuk pelbagai aplikasi seperti penggantungan, tayar kereta, pemasangan, dan fabrikasi.


Jadi, jika anda mencari sentera elektrik yang berkualiti tinggi dengan pelbagai fungsi, KEELAT KID003 adalah pilihan yang baik. Anda boleh menjalankan kerja dengan cepat dan mudah menggunakan sentera ini!

Dapatkan disini:
KEELAT KID003 20V 1/2 1/4 inch Electric Impact Wrench Cordless Brushless Wrench Screwdriver Impact Driver Ratche

Infinix Malaysia Menjadi Salah Satu Daripada 5 JENAMA TELEFON PINTAR PALING LARIS di Shopee Festival Fesyen dan Kecantikan 7.7 2023

$
0
0

Infinix Malaysia berjaya melalui jualan hebat semasa Shopee 7.7 Festival Fesyen dan Kecantikan 2023 dengan dua pencapaian jualan yang menakjubkan. Brand telefon pintar yang semakin popular ni menawarkan pelbagai promosi menarik untuk pelbagai produk mereka, termasuk laptop dan telefon pintar terbaru mereka, Infinix NOTE 30 Pro dan NOTE 30, dan lain-lain lagi.



infinix official store

Dalam festival tu, Infinix Malaysia diberi dua gelaran yang menarik. Mereka diiktiraf sebagai salah satu daripada jenama yang terbaik dan berada dalam senarai 5 jenama telefon pintar yang paling laris dalam kategori Jualan Unit dan GMV di Shopee sepanjang Festival Fesyen dan Kecantikan 7.7 2023.



Infinix Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberikan kuasa kepada generasi muda dengan produk teknologi canggih yang inovatif dan berpatutan. Dengan rasa gembira, Infinix ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna setia mereka yang memberikan sokongan yang menggalakkan semasa jualan 7.7 Shopee untuk siri terkini mereka, NOTE 30. 

infinix official store



Mereka amat menghargai semua peminat Infinix yang turut serta dengan bersemangat dalam acara jualan yang sangat berjaya pada 7.7 tu. Tambahan pula, Infinix Malaysia sangat bersemangat untuk memperkenalkan pelbagai ciri yang lebih canggih dalam beberapa bulan akan datang.

Infinix Note 30(256GB+up to 16GB) 45W Fast Charge+5000mAh Battery 64MPCamera HelioG99 120Hz Refresh Rate JBL

4 Terpaling Bijak English Bahan Mesej Perpisahan Seorang Lelaki

$
0
0



Ramai orang terkejut dan marah dengan video viral yang menunjukkan empat orang sahabat perempuan yang memperolok-olokkan kesalahan bahasa Inggeris seorang lelaki.

Dalam video tersebut, salah seorang dari mereka membaca mesej perpisahan yang ditulis oleh lelaki tersebut, yang dipercayai sebagai bekas kekasih salah seorang dari mereka.



Dengan nada bergurau, seorang daripada wanita itu membaca mesej tersebut dengan keras, yang ditulis dalam bahasa Inggeris yang berterabur, dan kemudian disambut dengan gelak tawa dari rakan-rakannya.

Video TikTok ini menjadi viral setelah dikongsikan semula oleh seseorang melalui Twitter pada hari Selasa.



Ramai netizen menyuarakan kemarahan mereka terhadap tindakan empat sahabat perempuan itu yang dianggap tidak sopan dan merendahkan lelaki tersebut kerana kekurangan penguasaan bahasa Inggeris.

Banyak orang juga mengkritik sikap seperti ini yang membuat orang lain takut dan malu untuk menggunakan bahasa Inggeris.