Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

"Daripada Kau Bertudung Tapi Sebenarnya Tak Ikhlas, Itu Lagi Munafik!" - Michael Ang

$
0
0


APABILA pelakon Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung, ramai yang menunggu respons daripada pengarah, Michael Ang.

Michael adalah antara individu yang rapat dengan Emma turut mengakui menerima banyak mesej di Instagram untuk mengulas mengenai keputusan Emma untuk kembali dengan imej tanpa berhijab.

Dalam perkongsian baharunya di Instagram Michael berpendapat menjadi hak seseorang itu untuk tidak bertudung sekiranya dia tidak bersedia.



“Sebenarnya kalau orang tu tak bersedia untuk bertudung biarlah dia buka tudung, at least dia beritahu korang. Daripada kau bertudung tapi sebenarnya kau tak nak dan takut orang marah kau buka tudung, itu lagi munafik!”.


Michael menegaskan yang akhirnya yang penting seseorang itu memiliki hati bersih dan keperibadian yang baik.

Dalam bebelannya itu, Michael turut mengkritik budaya mengaibkan individu tertentu menerusi media sosial



“Budaya mengaib-aibkan orang berhutang di IG bukanlah budaya yang baik. Kalau betul orang tu berhutang dengan kau, gunalah saluran undang-undang, saman je la.”

Michael dipercayai merujuk kepada perbalahan antara pemilik Hausboom dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Sumber: Astro Awani

Biodata Emma Maembong



Biodata Penuh Emma Maembong

Nama Penuh: Fatimah Rohani Binti Ismail
Nama Popular: Emma Maembong
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir: 27 Mac 1992
Umur: 24 tahun (2016)

Gosip Cinta: 
Keturunan: Melayu (Bapa, Ismail Embong) dan Scotland (Ibu, Yatimah Zainab)
Pendidikan: Bersekolah hingga Tingkatan 2 sahaja disebabkan terpaksa menjaga abangnya yang sakit
Kerjaya: Pelakon, Model dan Pelukis

Drama, Telemovie dan Filem: Isteri Separuh Masa, Satu Hari Di Hari Raya , Menantu Raya, Ciptaan Terindah, Hantu Selfie, Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku, Kampung Girl, 3 Nenek 3 Dara, Projek Memikat Suami, Yes Boss!, Tersuka Tanpa Sengaja, Assalamualaikum Cinta, My Dear Mr Dimple
Kelab Peminat: Emavengers

Media Sosial Emma Maembong
Twitter: https://twitter.com/emma_maembong
Facebook: http://bit.ly/2BslhvP
Instagram: http://bit.ly/2TBjdc5
Instagram Emavengers: http://bit.ly/1LLChyZ
Wikipedia: http://bit.ly/2TwuaLT


Sumber "Daripada Kau Bertudung Tapi Sebenarnya Tak Ikhlas, Itu Lagi Munafik!" - Michael Ang

Wanita Sebenarnya Jauh Lebih Bahagia Bila Bersama Dengan Lelaki Tak Handsome

$
0
0


Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup.

Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berbeza bagai beauty and the beast.

Menariknya ada kajian dibuat tentang perkara ini yang berkait dengan kebahagiaan.



Satu kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.



Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.

Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia.



Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.

Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.



Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik.

Ada betulnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh dengan lelaki kacak nak buat macam mana kan. Terimalah dengan redha.

Sumber : myinfoharian.com

Sumber Wanita Sebenarnya Jauh Lebih Bahagia Bila Bersama Dengan Lelaki Tak Handsome

Wanita Yang Paling Malang Dalam Dunia Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami

$
0
0


Sesiapa sahaja yang bercinta pasti saja inginkan hubungan itu berakhir dengan pernikahan, ada juga yang baru saja berkenal beberapa minggu terus berkahwin tanpa mengenali dahulu hati budi masing-masing. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, yang wanita-wanitanya penuh dengan ciri-ciri kewanitaan, yang pandai melakukan kerja rumah dan juga tidak sosial.

Begitu juga dengan lelaki. Lelaki zaman dahulu penuh dengan sifat bertanggungjawab, yang mementingkan agama, dan juga yang hormat pada wanita. Jarang sekali kita mendengar ada kes penderaan pada zaman dahulu berbanding sekarang, mengapa begitu?

Wanita yang bijak pastinya akan mengenali pasangannya dahulu sebelum membuat keputusan untuk pergi jauh dalam sesuatu hubungan. Perkahwinan adalah hal serius yang perlu diambil berat tentang pemilihan calon suami sebelum berkahwin. “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.



Dalam pemilihan suami, bukan hanya paras rupa yang dinilai, tetapi juga setakat mana dia menjaga agamanya. Titikberatkan tentang solatnya, amalannya. Tidak salah untk kita memilih calon suami kita, ini kerana apabila anda membuat keputusan untuk berkahwin ianya bermakna anda selangkah menuju syurga atau neraka.

Suami adalah pembimbing isteri sesudah berkahwin, tetapi ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini. Ada yang setelah berkahwin, bukan mengajak ke arah kebaiakan, malah mengajak kearah keburukkan. Dan kerana itulah penting untuk kita sabar dalam perkenalan dan jangan tergesa-gesa untuk berkahwin.

Sila kenali hati budi pasangan, supaya nanti tidak menyesal dikemudian hari. Perkahwinan ini adalah hal besar yang tidak boleh dibuat main, hari ini kahwin esok pula berpisah. Semua mengharapkan perkahwinan itu sempurna hingga ke akhir hayat, hingga syurga Jannah.

Isteri adalah cermin suami, jika elok perangai suami, elok lah perangan isteri. Jika suami mendidik isteri ke arah kebaikan dan mengharap redha Illahi, Syurga lah ganjanran. Tetapi bagaimana pula jika suami tidak mendidik isteri dengan betul? kesian isteri anda, mereka insan yang lemah memerlukan bimbingan dari anda, jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang suami. Bukan sahaja dari segi zahir dan batin, tetapi hal agama juga sangat penting. Mendirikan rumahtangga tanpa mengamalkan ajaran islam didalamnya, umpama mendirikan rumah tapi tidak bertiang,tanpa sokongan.

Suami yang hebat bukanlah suami yang berjaya mengahwini isteri yang cantik dan solehah, kemenangan sebenar ialah apabila anda mampu mengubah isteri anda daripada dia yang dahulunya sosial berubah kepada wanita solehah. Itulah kejayaan sebenar.




Carilah suami yang sesuai untuk dijadikan suami, bukan yang malas bekerja, yang hanya tahu makan duit isteri. yang tidak tahu dengan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai suami. Untuk berjaga-jaga, jangan memilih suami yang pada awal perkenalannya dia sudah menunjukkan sikap panas barannya, kerana berkemungkinan juga selepas berkahwin dia akan lebih berani bertindak kasar dengan anda. Mungkin manusia itu boleh berubah, tetapi sebaik-baiknya untuk mengelak daripada kes penderaan berlaku, elakkan daripada memilih lelaki yang perwatakkan panas baran.

Dalam hal ini, lelaki atau perempuan hendaklah memilih pasangan yang sesuai sebelum membuat keputusan yang lebih besar. Jangan kerana terlalu memikirkan penilaian orang lain, anda tersilap memilih pasangan. Ini adalah keputusan terbesar dalam hidup anda. Berfikir dengan waras dan buat pilihan dengan bijak.

Sumber: Aliff Channel

Sumber Wanita Yang Paling Malang Dalam Dunia Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami

Ini Bukan Kena “Ludah Jin” Ya Tuan Puan, Makin Garu Makin Merah Badan, Doktor Jelaskan Ini Sebenarnya Adalah Gejala...

$
0
0


Doktor perubatan, Dr Khairul Faizie berkongsi maklumat berguna kerana gatal-gatal satu badan ini dipanggil Urticaria dan ia hanyalah satu bentuk ALAHAN atau disebut allergic.

Baca perkongsian berguna ini.

Dr Khairul Faizie. Gambar Fb

URTICARIA ( GEGATA / KELOPAK GARAM )

Hari ni, aku jumpa lagi pesakit yang sama ( pernah datang 2 kali sebelum ini dalam tempoh sebulan), seorang wanita usia 36 tahun, yang datang dengan aduan ruam merah yang gatal dan timbul. Makin digaru, makin merebak – timbul ruam tu. Ruam gatal ni ada di serata badan, tangan, kaki, badan, leher. Orang Melayu panggil gegata / kelopak garam. Mat saleh panggil Hives / Wheals. Orang medical panggil URTICARIA.



Ciri ciri Urticaria
– Kulit rasa gatal, dan bengkak/ timbul.
Warna kulit yang gatal mungkin kemerahan / atau sama warna
– Ada effect ‘ blanching’ , iaitu bila kita tekan di bahagian tengah ruam tu, warna kulit akan bertukar putih/ cerah sebentar.
-Ruam dan gatal tu boleh berlaku kejap je, dalam masa minit ke beberapa jam. Majoriti nya akan hilang sendiri lepas 24 jam.
Namun ada yang teruk, boleh ada ruam berhari hari, berulang ulang selama berminggu minggu atau bulan.

Jenis Urticaria:
1)Acute Urticaria : Ianya hilang dalam masa 6 minggu.
2) Chronic Urticaria : Ianya berulang ulang, > 6 minggu.

Punca Urticaria
Memang majoriti kes Urticaria ini, dikaitkan dengan tindak balas alahan / allergic response. Namun ada kalanya ianya disebabkan jangkitan jangkitan. Ada juga kalanya Urticaria timbul sebab penyakit kronik tertentu. Apa pun puncanya, Urticaria terjadi sebab sistem imun badan dirangsang dan rangsangan (alahan / jangkitan / penyakit kronik) ini mencetuskan pengeluaran bahan kimia ‘Histamine ‘ oleh sel sel mast di kulit. Histamine nilah yang buat kita gatal-gatal.



Antara punca / trigger urticaria yang bersifat alahan:
– Makanan , especially telur, seafoods, kekacang
– Bulu haiwan macam kucing, anjing
– Sengatan haiwan / serangga.
– Ubat ubatan, especially antibiotik, painkiller
– Debunga / habuk dari pokok , semak samun
– Material pakaian, termasuk exposure pada latex.
– Penerima darah ( blood transfusion ) pun boleh cetuskan urticaria.
– Menerima air di wad ( IV drip ), atau prosedur masuk kan dye dalam saluran darah utk test di hospital, pun boleh trigger Urticaria.




Jangkitan yang boleh menyebabkan Urticaria:
– Jangkitan virus, bakteria

Rangsangan fizikal ( Physical Urticaria)
– Apabila kulit terdedah pada panas / sejuk / matahari
– Apabila kulit kena tekanan ( pressure) atau gegaran ( vibration)
– Senaman ( exercise) pun boleh cetuskan urticaria


Penyakit kronik yang mungkin akan ada Urticaria:
– Penyakit berkaitan Thyroid
– Penyakit autoimmune seperti SLE, Rheumatoid Arthritis.

Rawatan Urticaria:
Untuk Urticaria yang simple, kecil, kalau biarkan aja je, ia boleh hilang sendiri.Cuma sebab gatal tu, maka digalakkan ambil ubat tahan gatal  iaitu ubat anti histamine. Ada dua  jenis ubat tahan gatal, yang mengantuk dan tak mengantuk.

Mungkin juga perlu sapu calamine lotion, untuk melegakan & bagi kesan sejuk pada kulit. Apa apa yang menyejukkan kulit, insya Allah akan membantu kurangkan ruam Urticaria ini.

Tu sebab, BUKAN SEMESTINYA kena follow petua mandi air garam, air bunga la, as long as mandi ( sejukkan badan), majoriti kes Urticaria akan berkurangan dengan cepat. Kalau ada air-cond, ON kan air-cond.

Ada masa nya doktor akan bagi ubat steroid sama ada dalam bentuk pil atau suntikan. Ini bergantung kepada berapa serius Urticaria tu.

Bagi kes kes Chronic Urticaria dan tak dapat kenal pasti apa puncanya (tak jumpa punca alahan  sama ada makanan / bahan kimia / etc), maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa test seperti skin test & ujian darah yang boleh dibuat untuk kenal pasti punca terjadinya Urticaria.

Avoidance , iaitu mengelak makan/ terdedah kepada punca alahan ialah paling utama.

Ambil supplement / vitamin C / produk yang dakwa boleh elakkan Urticaria?
Tiada bukti. Nak makan supplement as supplement, sila kan. Tapi supplement bukan UBAT utk elak urticaria.

Nak cuba berubat alternatif?
Silakan. Terutama nya bagi kes kes Chronic Urticaria. Berbulan bulan berulang ulang keluar ruam, jumpa pakar kulit buat skin test & blood test pun tak dapat kesan apa punca ( ini memang common, kita panggil Chronic Idiopathic Urticaria). Ada orang yang nak percaya ianya sebab buatan orang la, jin ludah la…maka nak berubat secara Islam, guna ayat ayat ruqyah, sila kan. Nak berubat jumpa dukun, bomoh, elakkan sebab kau syirik nanti. Berubat secara Islam buat, tapi usaha berubat medical jangan tinggal.


Kredit artikel : remaja.my

Sumber Ini Bukan Kena “Ludah Jin” Ya Tuan Puan, Makin Garu Makin Merah Badan, Doktor Jelaskan Ini Sebenarnya Adalah Gejala...

Wahai Suami Sayanglah 'Ketat-Ketat' Jika Isteri Anda Ada 3 Ciri-Ciri Ini, Sebab Dialah Rezeki Anda Melimpah Ruah Nanti..

$
0
0


Isteri ini macam mana susah pun kehidupan suami, dia takkan senang-senang ambil keputusan untuk tinggalkan pergi atau pasang badan cari pengganti. Hish! Simpang lah benda-benda semacam itu. Sebabnya, isteri ini memang terkenal dengan sifat setia nak kata ‘membabi buta’ pun iya.

Tak percaya? Sebabnya cuba kalau suami merayu-rayu minta pinjam duit. Ada isteri kata, “tak ada bang..” Paling tidak akan dikoreklah mana-mana tabungan yang ada untuk diberikan pada suami. Cuba kalau isteri yang minta dekat suami. Hmm.. memang taklah mendapat.

Eh, tapi cerita atas tu bukan semua suami. Kang sentap pula suami-suami yang bertanggungjawab lagi luhur budi pekerti ini. Cerita atas itu adalah kisah kebanyakan suami-suami yang ada di Malaysia ini. Mereka lebih rela belanja kawan-kawan, dari anak isteri sendiri. Alasannya, anak isteri dah dibelikan siap-siap barang-barang dapur. So.. nak apa lagi?

Kalau nak dikisahkan hal di atas sampai seribu satu malam pun tak habis. Panjang catatannya nanti. Paling tidak, muak nanti lelaki baca hal-hal yang menjentik emosi mereka. Jadi terus sajalah masuk pada tajuk perbincangannya.

Tentang ciri-ciri isteri yang tak seharusnya suami lepaskan apatah lagi persia-siakan. Sebab bukan senang nak jumpa, tapi jika terjumpa walau 2 ciri pun suami dah kena pegang kemas-kemas. Jangan lepas. Kalau tak rugilah hidup kome sepanjang hayat.

1. Isteri Yang Tak Pernah Berkira Dengan Suami Yang Gaji Kecil

Bukan semua orang lelaki rezekinya melimpah ruah. Ada orang tuhan uji dengan had pendapatan yang cukup-cukup makan untuk menampung kehidupan ahli keluarganya. Tapi isteri yang sabar, dia tak merungut. Bila suami bergaji kecil dia tak meminta itu dan ini. Sebaliknya, dia pula yang berusaha gigih membantu menambah pendapatan suami.

Tak kiralah dia bekerja sampingan atau buat kerja yang tak perlu keluar rumah. Misalnya menjaga anak orang. Haa.. semua itu dilakukan dengan ikhlas sebab nak memudahkan kerja suami. Jangan pula bila isteri dah setia separuh mati tu, suami lemparkan kata-kata,

“Kalau aku tak kerja, kebulurlah korang anak beranak.”

Atau

“Hidup aku ni susah sebab kena tanggung mulut kau dan anak-anak.”

Ewah.. ewah, senangnya berkata-kata ya. Isteri dan anak-anak itu amanah yang tuhan beri untuk dijaga, dipelihara dengan panduan yang telah tuhan tetapkan.

2. Isteri Yang Terima Seadanya Walau Terpaksa Tinggal Di Rumah Kecil

Bukan rumah besar atau kecil yang menentukan bahagia sesebuah rumah tangga. Bahagia itu dapat diperoleh bila hati suami atau isteri saling belajar mensyukuri nikmat yang tuhan beri. Kalau dah rumah kecil mampunya suami, isteri happy saja membesarkan anak-anak di situ.

Terjaga elok pula tu, rumah yang suami sediakan. Malah, rahmat dan keberkatannya melimpah ruah nanti. Sampaikan bahagia itu tak lagi diletakkan pada nilai harta benda. Dan tak senang sebenarnya nak jumpa isteri-isteri yang sebegini di zaman serba mencabar ini.

3. Isteri Yang Melihat Keupayaan Suami Dengan Mata Hati

Faham tak maksud ini? Suami jangan nak macam-macam. Isteri ini kalau dia nampak suaminya susah, dia pun hatinya susah sama. Masa inilah dia akan merasai apa yang suami alami. Rasa nak tukar ganti tempat suami dengan dirinya. Tapi mana boleh buat macam itu kan.

Jadi dia akan belajar untuk memperbaiki diri, supaya dia tak menjadi seorang isteri yang memberi beban pada suaminya. Kalau dia tak pandai masak, dia akan belajar memasak sampai boleh berniaga. Dari situlah dia dapat cari pendapatan lebih nak bantu suaminya.

Sebab dia tahu, had keupayaan suaminya. Yang kalau dipaksa-paksa nanti akan membuatkan suami lebih bertambah susah hati. Jika anda dapat isteri yang begini sifatnya, sayangilah mereka. Lindungi mereka dengan apa pun kemampuan yang anda ada wahai suami. Kerana merekalah isteri terbaik yang telah tuhan berikan kepada anda sebenarnya.

Dan percayalah, jika anda menjaga amanah ini dengan baik, tak merungut malah redha. Allah akan gantikan kesukaran itu dengan kesenangan. Ganjarannya nanti anda sendiri tak kan sangka pun. Tapi kenalah ikhlaskan hati tu ya.

Sebab hidup kat dunia inikan semuanya ujian. Ingatlah tak ada satu pun yang jadi milik kita sebenarnya. Semua ini pinjaman dariNya yang suatu hari nanti kita kena pulangkan juga.

Sumber : Yati Seth via Yoy Network

Sumber Wahai Suami Sayanglah 'Ketat-Ketat' Jika Isteri Anda Ada 3 Ciri-Ciri Ini, Sebab Dialah Rezeki Anda Melimpah Ruah Nanti..

Sungguh Tidak Adil! Pemandu Go-Jek Singapura Viral Ini Dikenakan Denda RM1,500 Kerana Rakam Video Penumpang

$
0
0


Wanita itu turut menuduh pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Kamaruzzaman Abdul Latif mencu liknya hanya kerana membawanya ke laluan yang mempunyai tol. Malah, penumpang itu turut melaporkan lelaki pertengahan usia itu memandu secara berbahaya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mempertahankan Kamaruzzaman sehingga ada yang membuat parodi ‘membahan’ wanita tersebut.



Terbaru, ada berita mengatakan pihak Land Transport Authority (LTA) bakal mengenakan denda sebanyak 500 Singapore Dollar (RM1,500) terhadap Kamaruzzaman.


Satu petisyen diwujudkan dan telah ditandatangani sebanyak 51,000 orang sehingga setakat ini demi menyelamatkan Kamaruzzaman daripada dikenakan tindakan.



Sudah mengetahui berita tentang surat yag dihantar oleh LTA, Kamaruzzaman berkata beliau akan menghadiri temuduga bersama pihak LTA dan mungkin juga akan berunding dengan peguam mengenai isu berkenaan.




Bukan sahaja di denda, beliau juga mungkin bakal kehilangan lesen memandu PVL dan digam dari Go-Jek. Tentu sekali, ia akan menyukarkan Kamaruzzaman untuk mencari rezeki demi menampung keluarganya.

Sumber Berita : Asia One & Change.org

Kredit Foto : The Straits Time Singapore

Kredit Video : YouTube SG Road Vigilante

Kredit artikel : amazingnara.com


Sumber Sungguh Tidak Adil! Pemandu Go-Jek Singapura Viral Ini Dikenakan Denda RM1,500 Kerana Rakam Video Penumpang

Pertemuan Emma Maembong Bersama Heliza Helmi Hingga Jam 3.00 Pagi Undang Reaksi Pelbagai Netizen

$
0
0

Awal pagi ini, pelakon Emma Maembong yang mencetuskan sensasi sejak beberapa hari lalu apabila mendedahkan dia kini tidak lagi berhijab ada memuat naik dua keping foto bersama rakan artis, Heliza Helmi.

Pertemuan yang berlarutan sehingga jam 3.00 pagi itu pastinya memberi 1001 makna biat keduanya, apatah lagi Emma yang turut memberi coretan rasanya menerusi kapsyen terhadap foto berkenaan.





“Allah has already planned your life. If something goes wrong . It went wrong for a reason “ thank you kak @nurhelizahelmi for your time. Sampai 3am kita borak2. byk emma berlajar. Love you so much kakja,” tulisnya pada gambar yang dikongsi menerusi Instagram itu.

Lalu, netizen turut memberikan komen baik yang positif dan sebaliknya terhadap pertemuan keduanya.





Apapun, kita doakan yang baik-baik buat Emma okay. Siapa kita untuk menghakimi selain hanya boleh memberikan nasihat.

Yang penting, teguran perlulah diberikan dalam cara yang baik, berhemah. Betul tak?

Foto: Instagram Emma Maembong via mediahiburan.my

Sumber Pertemuan Emma Maembong Bersama Heliza Helmi Hingga Jam 3.00 Pagi Undang Reaksi Pelbagai Netizen

Che Ta Perjelas Mitos Soal Penjagaan Miss V

$
0
0


Pelakon dan ushawan yang sinonim dengan kecantikan, Rozita Che Wan sebentar tadi ada berkongsi mengenai mitos penjagaan ‘miss v’ bagi golongan wanita.

Perkongsian tersebut dilakukan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini menerusi Instagram.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menerangkan mengenai mitos bahagian intim itu perlu dibasuh lama-lama dan selalu perlu dicuci.

“Nak terangkan satu mitos tak betul.. Ada orang cakap kena basuh lama2.. Dan kena kerap cuci.. Baju kita boleh basuh lama2.. Motor pon boleh.. Kereta pon boleh.. Jadi tak boleh bila bukan kita punya ja.

“Tapi Miss V kita ni.. JANGAN basuh lama2 uolls.. Takut sat lagi jadi mcm2 benda tak elok.. Boleh jadi kering, ruam dan PH di kawasan tu pon boleh berubah… Kulit kat situ kan lembutt.. Jadi kalau kita kerap basuh dan kerap sgt cuci.. Boleh menyebabkan kulit jadi mudah terdedah kepada ancaman2 melecet.. Dah melecet kang marah plak somi.. Tak pasai2 kenapa “puasa”.

“Jadi henti2 kan lah mencuci dari Asar sampai Magrib.. Dan kalau uolls jenis kaki kencing (byk kali buang air kecil sehari), basuh dengan ayaq biasa ja.. Guna pencuci goyang segar sekali hingga dua kali sahaja sehari.


“Mmg lah Miss V kita ada perlindungan semula jadi sendiri.. Tp x salah kalau kita guna pencuci yg tak menggangu PH kulit kawasan tu, lg2 kalau mmg elok utk masalah bau dan keputihan, kan? Perlindungan semula jadi hanya perlindungan, bukan merawat,” tulisnya panjang lebar.


“BASUH KENA LAMA2.. KENA SELALU CUCI ………. TAU!”

Nak terangkan satu mitos tak betul.. Ada orang cakap kena basuh lama2.. Dan kena kerap cuci.. Baju kita boleh basuh lama2.. Motor pon boleh.. Kereta pon boleh.. Jadi tak boleh bila bukan kita punya ja.. 😝 .

Tapi…

Miss V kita ni.. JANGAN basuh lama2 uolls.. Takut sat lagi jadi mcm2 benda tak elok.. Boleh jadi kering, ruam dan PH di kawasan tu pon boleh berubah… Kulit kat situ kan lembutt.. Jadi kalau kita kerap basuh dan kerap sgt cuci.. Boleh menyebabkan kulit jadi mudah terdedah kepada ancaman2 melecet.. Dah melecet kang marah plak somi.. Tak pasai2 kenapa “puasa”.. .

Jadi henti2 kan lah mencuci dari Asar sampai Magrib.. Dan kalau uolls jenis kaki kencing (byk kali buang air kecil sehari), basuh dengan ayaq biasa ja.. Guna pencuci goyang segar sekali hingga dua kali sahaja sehari.. Mmg lah Miss V kita ada perlindungan semula jadi sendiri.. Tp x salah kalau kita guna pencuci yg tak menggangu PH kulit kawasan tu, lg2 kalau mmg elok utk masalah bau dan keputihan, kan?

Perlindungan semula jadi hanya perlindungan, bukan merawat..

Lalu rata-rata pengikut wanitanya bersetuju dengan padangan yang dikongsikan Che Ta.


sumber : mediahiburan.my

Sumber Che Ta Perjelas Mitos Soal Penjagaan Miss V

'Restoran saya diboikot tanpa kehadiran seorang pun pelanggan muslim'

$
0
0


KULAI: “Ini satu ujian Allah kepada saya,” kata Abul Barakath Khanifah, 44, pemilik Restoran Prata Maju di Bandar Putra, mengenai video berdurasi 49 saat yang tular dan memamparkan seorang lelaki memegang objek berapi di restorannya, baru-baru ini.

Abul Barakath berkata, video itu memberi kesan kepada perniagaannya termasuk ‘diboikot’ pelanggan Muslim sejak lima hari lalu.

“Kesan tular video itu menyebabkan lima hari restoran ini kosong tanpa kehadiran seorang pun pelanggan Muslim.

“Semua ini disebabkan perbuatan seorang pekerja yang melakukan perkara bertentangan ajaran Islam tanpa pengetahuan kami. Ketika itu, saya tiada selama tiga hari kerana menyertai ijtima’ jemaah tabligh di India,” katanya yang meluahkan perasaan kecewanya berikutan tindakan pekerjanya itu.

Katanya, niatnya memberikan pekerjaan untuk membantu lelaki berkenaan, namun sebaliknya berlaku apabila restoran dan dirinya pula diaibkan.



“Saya mempunyai lima pekerja dan hanya dia seorang sahaja beragama Hindu, bertugas sebagai pekerja pembersihan kedai manakala tugas memasak diserahkan kepada pekerja Melayu iaitu Kak Hamidah,” katanya.

Menurutnya bagi mengelak salah faham pelanggan Muslim dan membolehkan empat pekerjanya yang lain terus mencari rezeki, dia terpaksa memberhentikan pekerja yang melakukan upacara keagamaan di dalam video berkenaan.

Katanya, dia juga mengharapkan orang ramai menghentikan penyebaran video berkenaan dan memfitnah dirinya, keluarga serta pekerja Islam yang mencari rezeki halal sejak 17 tahun lalu bersama isteri, Syedha Begam Gani, 39.

Video berkenaan memperlihatkan seorang lelaki berjalan tanpa selipar sambil membawa api melalui pagar besi tertera perkataan Prata Maju sebelum satu aktiviti keagamaan di restoran berkenaan.

Sumber : harian metro

Sumber 'Restoran saya diboikot tanpa kehadiran seorang pun pelanggan muslim'

Saiz Matahari Dan Bulan Hampir Sama? – Doktor Selar ‘Ilmu’ Yang Diajar Suhaimi Saad Kepada Anak-Anak

$
0
0


Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa teknik home schooling diambil. Namun, melihat kepada cara didikannya, Dr Rusyainie Ramli tidak bersetuju dan menyelar tindakan penyanyi nasyid tersebut.



Saiz matahari dan bulan sama besar?



Saya sedih melihat anak-anak ini. Mereka dilahirkan tanpa mampu memilih siapa mak ayah mereka. Malang sekali mereka mendapat ayah yang sebegini.

Saya masih husnuzon ketika dia mengatakan yang anak-anak dia tak bersekolah. Dia mengajar di rumah. Mungkin dia menceduk segala silibus KPM supaya dia mempunyai garis panduan apa yang anak-anak dia mesti pelajari dan fahami. Atau mungkin dia menggunakan silibus dari Singapura atau Australia atau mana-mana negara maju kalau dia berpendapat silibus negara kita tak cukup gah dan hebat untuk anak-anaknya.

Sungguh sesat ilmunya – Dr Rusyainie



Tapi kalaulah begini ajaran sains dia, 4 orang anak-anak yang naif ni bakal menjadi manusia yang ilmunya terpesong. Mana mungkin matahari dan bulan tu sama besar bila sains membuktikan ia sebaliknya.

Hanya kerana dia nampak matahari dari pandangan kasar tu sama besar dengan bulan, maka dia membuat kesimpulan begitu. Ya Allah sungguh tersesat ilmunya! Dia menterjemahkan ilmu sains secara harfiah dan literal! Ni kerja gila!

Dia ni ternyata sudah hilang waras


Nilah akibatnya kalau mengasingkan Islam dan sains. Sedangkan keduanya seiring. Nak terjemahkan ayat dalam Al Quran bukan boleh main ikut suka saja. Saya memang bergantung pada ilmuwan and ulama Islam untuk membentangkan hujah mereka tentang sesuatu isu.

Bukan sebab saya ni ada kelulusan sebagai doktor, saya terus merasakan yang diri saya ni serba tahu. Sedangkan nak masak pun ada pengkhususan kulinari, ni kan pula bab agama. Dia ni ternyata sudah hilang waras.

Adakah kerana kita tak nampak virus bakteria dan kulat secara pandangan kasar, maka dia nak mengatakan bahawa semua makhluk tu tak wujud? Kerana itulah dia tak vaksinkan anak-anak dia? Silap hari bulan dia tak mengajar pun anak-anak untuk membasuh tangan sebelum makan semua sebab tak nampak kan kuman-kuman yang ada.

Saya pun tak terfikir nak sekolahkan anak sendiri



Doktrin songsang yang diasuh dan dididik ke dalam pemikiran anak-anak ni menjadi kegelisahan dan kegusaran saya. Malang sungguh anak-anak ini. Ini baru bab sains, belum bercerita bab sejarah, geografi, linguistik dan sebagainya.

Saya yang bekerja sebagai doktor dan suami yang berkelulusan dari universiti antara terbaik di dunia pun tak pernah terfikir untuk menyekolahkan sendiri anak-anak. Bagaimana nak pastikan anak-anak saya cukup lengkap persediaan menuju ke universiti, tu yang menjadi isunya. Mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda paling kurang pun, tu harapan kami pada anak-anak.

Ini bukan benda main-main dan eksperimen



Kehidupan mereka di masa hadapan bergantung pada pendidikan formal yang mereka terima dari kecil. Ni bukan benda main-main dan eksperimen. Saudara mara saya yang graduan Oxford dan Cambridge pun, anak-anak mereka ke sekolah. Kita tak mungkin pandai bijak dan cerdik semua bidang.

Wahai anak-anak pada dia ni, saya sebagai seorang mama, tak boleh bayangkan bagaimana kain putih yang dicorakkan oleh ayah yang punya keegoan melangit begini. Kononnya dia profesor serba tahu. Ya Allah, tolonglah kurniakan hidayah pada ayah ini demi kelangsungan ilmu yang di landasan yang benar untuk anak-anak yang tak berdosa ni.

Sumber : Rusyainie Ramli  via ohbulan.com

Sumber Saiz Matahari Dan Bulan Hampir Sama? – Doktor Selar ‘Ilmu’ Yang Diajar Suhaimi Saad Kepada Anak-Anak

“Jangan Kejut Harimau Sedang Tidur,” - Abby Abadi

$
0
0


Panas apabila Abby Abadi memuat naik satu kenyataan menjelaskan dirinya difitn4h oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dikongsikan pelakon Gerak Khas 2019 ini menerusi Instagram.

Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas Abby, usahanya untuk tidak meng4ibkan dan bersabar nampaknya tidak membuahkan hasil sehingga membuat laporan polis adalah langkah terakhir yang diambil.

“JANGAN KEJUT HARIMAU YG SEDANG TIDUR.

“Satu kejutankan bila Sy buat report polis mlm tadi. Semua pun taktahu sbb apa. Sy berusaha sbnrnya utk tidak bercerita hal ni, tapi nampaknya, semakin di diamkan, berusaha sabar.. menjadi2 pulak pihak yg satu lagi tu.

“Block di whatspp, block di IG, gigih dia buat acc fake berkali2 sbb nk mem4ki hamu dan sebarkan fitn4h lg. Babitkan org itu,babitkan org ini.

sekadar gambar hiasan

“Hasut sana sini. Sebarkan perkara yg tak berlaku. Buat tuduhan yg direka2. Caci m4ki lagi ikut suka hati. Jadi inilah akibatnya,” jelasnya.

Menurut pelakon ini lagi, pihak terbabit semakin melampau apabila menyerang keluarganya tanpa usul periksa.

“Sebelum ni kami baik2 saja. Rajin Sy bantu mereka ikut kemampuan Sy tanpa mereka mintapun. Cuma baru beberapa bulan ni je yg terkeluar taringnya. Rupanya selama ni ‘hasad d3ngki’ tu dah membiak dlm diri mereka cuma berani mengapi2kan dan cakap belakang2 je.

“Dan 2/3bulan kebelakangan ni, semakin kurang ajar dan semakin bi4dap, yg mana Sy nampak kalau dibiarkan akan terus melarat.

“Jadi keputusan terbaik, setelah difikirkan beberapa hari ni, adalah buat laporan polis supaya apa yg difitn4h akan terjawab dan siasatan dpt dijalankan utk mengetahui ‘punca’ utama kena pihak belah sana jadi mcm gil4 meroyan, meny3rang, mengvgut Sy dan keluarga tanpa usul periksa.

“Memula s3rang suami Sy. Kami pun pelik, tanpa hujung pangkal kata suami Sy berlakon buat baik bla bla bla. Sy masuk campur. Sy tanya apahal yg jadi kurang ajar sangat ni. Bila Sy masuk tiba2 s3rngan bertalu2 terus pd Sy.

“Pastu babitkan anak2, babitkan juga org keliling Sy yg takde kena mengena. Memang nmpk cam gil4 sungguhlah sbb fakta yg keluar dari mulut merapu,” tulisnya panjang lebar.

Kesudahannya, wanita ini memohon pihak terbabit menggunakan saluran terbaik untuk mencari jalan penyelesaian.

sekadar gambar hiasan

“Jadinya nk g4duh sgtkan. Marilah. Kita guna saluran terbaik utk capai penyelesaian. Ajak jumpa nk bincang, taknak. Pastu m4ki hamun dlm laman sosial buat cerita kata kita pulak yg taknak jumpa dia. Kata kita block dia takut. Halloo.. block bukan sbb takut. Block sbb malas nk layan. Org yg suka m4ki hamun org ni mmg tak patut dilayan.

“Buang masa sbnrnya. Tp dibiarkan mcm takde kesudahan. Tunggu pegawai penyiasat panggil la nnti ye. Maklumat semua dah ada dlm laporan yg dibuat semalam.

“Beri perhatian ye dan sediakanlah jawapan dan apa saja bukti yg ada. Cakap mulut je lepuk lepek tak jadi apa bai,” ulasnya.

Meski tidak menjelaskan secara terperinci siapakah pihak yang dimaksudkan, namun MH harap agar kes ini dapat diselesaikan secara baik.

Foto – Instagram Abby Abadi

Sumber : mediahiburan.my

Sumber “Jangan Kejut Harimau Sedang Tidur,” - Abby Abadi

Memahami Perubahan Kutub Gemognet Bumi

Hak Asasi Songsang & Berlandaskan Akal Nafsu Masa Kini

$
0
0

Dunia semakin hari semakin teruk, begitu juga adab, moral dan perangai penduduk utama dunia iaitu manusia. Kita dapat melihat saban hari semakin banyak isu melibatkan moraliti manusia diperdebatkan dan dibahaskan, namun semua itu dilakukan tanpa mengikut pertimbangan agama bahkan berlandaskan akal semata-mata.

Tidak cukup dengan isu perlanggaran hak manusia seperti serangan ISIS & rejim pemerintah terhadap rakyat sendiri di Syria, rejim Zionis menyerang, membunuh & menjarah penempatan serta nyawa penduduk Palestine saban hari, serangan pemerintah Myanmar terhadap penduduk Rohingya yang dinafikan kerakyatan, dan banyak lagi contoh lain.

Kita juga dihidangkan dengan pertambahan pengaruh golongan LGBT yang mempromosikan hubungan seksual songsang antara jantina sejenis, pemaksaan dunia untuk mengiktiraf golongan transgender yang berlawanan dengan fitrah manusia normal dan macam-macam lagi. Namun jika kita membelek berita dunia, akan didapati telah bertambah 3 isu terkini manusia yang berlapikkan hak asasi manusia tetapi mengikut isu akal dan nafsu sempit manusia semata-mata.

1. SAMAN IBU BAPA SENDIRI KERANA MELAHIRKAN

Kecuali anda baru keluar dari gua dan selama ini hidup secara primitif, ini adalah satu kes hak asasi manusia yang sangat tak masuk akal yang anda pasti sudah tahu. Seorang lelaki dari Mumbai, India telah menjadi tajuk berita utama di seluruh dunia kerana menyaman kedua ibu bapanya akibat melahirkannya tanpa keizinan. Raphael Samuel berusia 27 tahun merupakan pengikut golongan antinatalist, iaitu satu kumpulan manusia sesat yang menolak mereka dilahirkan di dunia.

Menurut kumpulan ini, mereka ada hak untuk memilih sama ada mahu dilahirkan ke dunia atau tidak. Dan lelaki bernama Raphael Samuel ini bertindak menyaman ibu bapa sendiri kerana terpengaruh dengan ajaran golongan antinatalist ini, macam lirik lagu “tidak ku pinta lahir ke dunia…” Menurut Rapahel, ibu bapa melahirkan dia untuk keseronokan mereka semata-mata tetapi tidak ‘mendapat restu dia terlebih dahulu sebelum dilahirkan’. Lebih teruk lagi, Raphael Samuel ini telah memberikan analogi bahawa melahirkan bayi tanpa consent bayi itu sendiri adalah seperti menculik dan perhambaan. Apa punya pemikiran manusia sekarang ini?

Sebenarnya golongan antinatalist atau anti-kelahiran ini adalah satu kumpulan sesat yang sangat tidak masuk akal. Sama ada kita hidup atau tidak adalah kekuasaan Tuhan, dan bukan daripada kita sendiri. Bahkan Muslim diajar supaya bersyukur dengan nyawa yang berikan Allah SWT serta rezeki yang dikurniakan kepada kita. Ini adalah satu ajaran yang bertopengkan nafsu dan akal sempit semata-mata. Nyawa, rezeki dan jodoh adalah aturan Allah SWT, manusia disuruh berusaha mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan dan bukan menolak semua yang diberi.

2. PERMOHONAN MENGURANGKAN UMUR SENDIRI

Tahukah anda, atas nama hak asasi manusia kita boleh meminta untuk dikurangkan umur sendiri? Isu ini telah berlaku di Belanda (Netherland) apabila seorang lelaki bernama Emile Ratelband yang berumur 69 tahun telah membuat permohonan undang-undang untuk mengurangkan umurnya sebanyak 20 tahun.

Alasannya? Memudahkannya untuk mendapat pasangan melalui aplikasi mencari jodoh Tinder. Emile Ratelband mengatakan adalah menjadi haknya selaku manusia (hak asasi manusia) untuk memilih umurnya sendiri. Dia telah mendakwa bahawa dengan umurnya 69 tahun, adalah sukar baginya untuk mencari pasangan perempuan kerana mereka akan lari apabila melihat umurnya yang seakan-akan ayah atau datuk kepada mereka.

Kebanyakan orang lain hanya akan menipu berkaitan umur dan maklumat di dalam media sosial tetapi tidak bagi lelaki ini. Apabila ingin berbuat demikian, Emile Ratelband telah menggunakan saluran undang-undang dengan memohon kepada jabatan pendaftaran Belanda untuk mengubah umurnya sendiri. Namun selepas berbicara di dalam mahkamah, permohonan Emile ditolak oleh pihak pemerintah Belanda dengan alasan berikut:

“Mr Ratelband is at liberty to feel 20 years younger than his real age and to act accordingly,” said Arnhem court’s written ruling. “But amending his date of birth would cause 20 years of records to vanish from the register of births, deaths, marriages and registered partnerships.This would have a variety of undesirable legal and societal implications.”

Tindakan Emile Ratelband ini adalah satu lagi eksploitasi hak asasi manusia yang berpandukan akal & nafsu semata-mata, tanpa meletakkan ajaran agama di depan. Bukankah telah menjadi panduan bagi manusia melalui wahyu Allah SWT bahawa umur, hidup atau mati adalah rahsia Allah SWT semata-mata dan tiada manusia boleh mengubah walau sedikit pun takdir Ilahi.

3. TRANSGENDER MENGUASAI DAN MEROSAKKAN HAK WANITA

Bagi pendokong & penyokong LGBT, salah satu item dalam isu ini adalah menaikkan dan menjaga hak golongan transgender, termasuklah di Malaysia seperti penyokong dua orang usahawan transgender yang dikenali. Sebenarnya apa yang penulis lihat adalah bukannya golongan transgender ini diserang, dibunuh atau diseksa, tetapi yang berlaku adalah agama Islam & Muslim khususnya di Malaysia ingin mendidik & menyedarkan golongan transgender ini agar kembali ke pangkal jalan kerana mereka pun Muslim.

Itu isu di Malaysia, sekarang isu di dunia adalah ramai wanita (termasuk di Barat) yang kononnya dahulu menyokong golongan transgender ini sekarang menentang penglibatan mereka dalam aktiviti wanita. Kenapa boleh berubah? Ini kerana wanita-wanita ini melihat golongan transgender (khususnya lelaki yang bertukar kepada wanita) telah menguasai semua aktiviti melibatkan wanita seperti sukan dan aktiviti komuniti dan mengancam hak wanita.

Contoh yang boleh dilihat adalah kisah Laurel Hubbard, seorang transgender dari Australia yang memenangi pertandingan angkat berat wanita. Kemenangan Hubbard telah menimbulkan persoalan kerana peserta wanita lain menganggap Hubbard boleh menang kerana dia (pernah) menjadi lelaki dan mempunyai keupayaan lelaki. Namun ramai peserta wanita melihat Hubbard merampas hak wanita dalam sukan. Sama seperti kes penunggang basikal transgender Jillian Bearden dari Colorado yang dianggap terlalu ‘kuat’ untuk bertanding dalam kategori basikal.

Sama juga seperti kes transgender Rachel McKinnon yang memenangi pertandingan basikal UCI Masters Track World Championship pada Oktober 2018. Kemenangan Rachel telah disangkal dan dianggap tidak adil oleh peserta wanita lain kerana transgender ini adalah ‘lelaki berpakaian wanita’ dan dianggap mengancam hak wanita sendiri. COnoth lain adalah tentang Karen White, seorang banduan transgender ‘wanita’ yang telah dikenakan hukuman akibat menyerang dan melakukan keganasan seksual kepada banduan wanita lain.

Ironinya adalah sebelum menjadi wanita, Karen White telah ditahan dan dipenjaran kerana kesalahan serangan seksual kepada wanita juga. Akhirnya menimbulkan masalah kepada warden penjara wanita untuk mengawasi dan menjaga ‘wanita’ seperti Karen White ini.

‘Sebenarnya jika dilihat dari sudut agama, Islam telah meletakkan pembahagiaan khas antara lelaki & wanita. Setiap jantina dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing, jika manusia mencampur adukkan urusan jantina ini dalam kehidupan, membuat keputusan berlandaskan akal & nafsu semata-mata atas nama hak asasi manusia tanpa mengikut ajaran agama melalui panduan & ajaran Rasul yang diutus oleh Allah SWT, maka kita dilihat telah melanggar fitrah asal manusia yang dicipta oleh Allah SWT, lantas menimbulkan kekeliruan dan masalah kepada manusia itu sendiri akhirnya.

Contoh-contoh di atas dan banyak lagi adalah bukti dangkalnya pemikiran manusia yang cetek & masih terhad ilmu terhadap sifat kemanusiaan, dan masih memerlukan panduan agama dalam kehidupan.  Semoga setiap perkara kita lakukan mendapat panduan dan rahmat Allah SWT agar tidak tersasar dan sesat daripada ajaran Islam berlandaskan al-Quran & Hadis.

Hikayat Perang Sabil : Karya Yang Paling Ditakuti Belanda

$
0
0

Benarlah kata Usman Awang “Tajam keris raja, tajam lagi pena pujangga.” Satu benda yang paling ditakuti Belanda ketika berperang menetang Aceh (1873 – 1913) ialah Hikayat Perang Sabil. Belanda bukannya tidak takut dengan meriam-meriam besar Aceh buatan Turki Uthmaniyah, tetapi mereka lebih takut dengan Hikayat Perang Sabil.

Hikayat Perang Sabil yang dikarang oleh seorang ulama, pujangga dan panglima perang iaitu Syeikh Muhammad atau Teungku Chik Pante Kulu meninggalkan kesan yang sangat luar biasa pada masyarkat Aceh.

Hikayat Perang Sabil mampu merangsang semangat jihad orang-orang Aceh. Siapa yang membaca atau mendengar hikayat ini, semangat jihadnya menjadi berkobar-kobar. Menurut riwayat, ada seorang wanita tua yang sedang menjual kuih, apabila membaca hikayat ini, beliau serta merta meninggalkan jualannya dan bersiap untuk turun berjihad.

Ali Hasymi pernah menulis bahawa terdapat seorang penduduk kampung bernama Leem Abah. Pada satu malam beliau hanya mendengar seseorang membaca Hikayat Perang Sabil. Keesokan paginya selepas solat Subuh, tanpa diketahui oleh sesiapa, beliau terus ke Kota Raja (Banda Aceh) lalu menikam seorang Belanda dengan rencong yang disembunyikan dalam lipatan kainnya. Beliau kemudiannya ditangkap dan dibunuh oleh Belanda.

Begitu hebatnya kesan Hikayat Perang Sabil sehingga para pemuda Aceh menjadikan bacaannya sebagai hiburan di Meunasah (madrasah-madrasah). Dengan itu, hikayat ini sangat ditakuti Belanda. Pihak Belanda telah membuat undang-undang bahawa barangsiapa yang menyimpan hikayat ini, maka dia akan dikenakan hukuman berat. Belanda juga giat membuat pemeriksaan di rumah-rumah penduduk Aceh untuk mencari dan merampas hikayat ini.

Sebab itulah wujudnya syair yang masyhur di Aceh tentang Hikayat Perang Sabil seperti berikut:-

Kendati beracun rencong dan pedang,
Hikayat Perang Sabil lebih berbisa,
Belanda takut lutut bergoyang,
Kisah dilarang menyimpan membaca
.

Di zaman Belanda hikayat dilarang
Siapa menyimpan hukuman berganda,
Kerana kandungan meransang perang,
Mengobar semangat melawan Belanda.

Hari ini, saya mengimpikan dan menantikan satu karya di negara ini yang mampu meransang semangat umat Islam untuk membangunkan ekonomi seperti mana karya Hikayat Perang Sabil meransang semangat jihad rakyat Aceh.

Beka Melayu: Lumpuk Ujar Dalam Pemerintahan

$
0
0

Beka Melayu secara asasnya ialah Bahasa Melayu tanpa dipengaruhi oleh bahasa asing. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “lumpuk” ditakrifkan sebagai “menghimpunkan” manakala “ujar” dan “pemerintahan” bermaksud “kata” dan “perihal memerintah” masing-masing. Tajuk “Beka Melayu: Lumpuk Ujar Dalam Pemerintahan” dipilih bagi menggantikan tajuk “Bahasa Melayu Asli: Istilah Dalam Kerajaan”. Artikel ini membincangkan tentang antara istilah dalam kerajaan dan padanannya dalam Beka Melayu.

Antara istilah dalam kerajaan yang terdapat dalam Beka Melayu adalah “Datu Patih” Menurut Kamus Dewan Keempat, “Datu” merupakan “gelaran kehormatan di Sabah” manakala “Patih” merupakan penggilan orang besar. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Perdana Menteri”. Perkataan sedia ada tersebut berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “pradhānamantrin (प्रधानमन्त्रिन)”्.

Selain itu, “Kesebawahan” adalah antara istilah kerajaan yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Keempat, “Sebawah” ditakrifkan sebagai “orang yang di bawah perintah”. Imbuhan apitan ke-an menunjukkan “hal tentang sesuatu”. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Demokrasi”. Perkataan sedia ada tersebut berasal daripada Bahasa Perancis, démocratie melalui Bahasa Inggeris iaitu Democracy.

Di samping itu, “Kepertuaan” adalah antara istilah kerjaan yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pertua” bermaksud “pemimpin”. Imbuhan apitan ke-an menunjukkan “hal tentang sesuatu”. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Republik”. Perkataan sedia ada tersebut berasal daripada Bahasa Perancis iaitu république melalui Bahasa Inggeris iaitu Republic.

“Para Sebawahan” merupakan antara istilah kerajaan yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Para” bermaksud “Kata yang menunjukkan ramai” manakala “Sebawahan” bermaksud “orang yang di bawah perintah”. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Rakyat Jelata”. Perkataan “Rakyat” berasal daripada Bahasa Arab iaitu raʿiyya (ةيَّعِرَ daripada Sanskrit iaitu “Jelata” manakala ( janatā (जनता).

“Anakbenua” merupakan antara istilah kerajaan yang terdapat dalam Beka Melayu. Perkataan tersebut terdiri daripada dua perkataan iaitu “Anak” dan “Benua”. Menurut Kamus

Pelajar Edisi Kedua, “Anak” ditakrifkan sebagai “orang yang berasal dari sesebuah negeri atau daerah” manakala “Benua” bermaksud “tanah yang luas”. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Warganegara”. Perkataan sedia ada tersebut berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu varga (वर्ग)dan nagara (नर्र).

Seterusnya, “Kalangbayan” adalah antara istilah dalam kerajaan yang terdapat dalam

Beka Melayu. Istilah tersebut terdiri daripada dua perkataan iaitu “Kalang” dan “Bayan”.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “Kalang” ditakrifkan sebagai “kelompok orang atau

kelompok bangsa tertentu” manakala “Bayan” bermaksud “terang” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Antarabangsa”. Perkataan sedia ada tersebut berasal daripada Bahasa Sanskrit antarā (अरतरा) dan vaṃśá (वंश).

Kemudian, “Lambang Benua” adalah antara istilah dalam kerajaan yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “Lambang” ditakrifkan sebagai “tanda yang digunakan untuk memperkenalkan atau untuk menyatakan sesuatu” manakala “Benua” bermaksud “tanah yang luas”. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Jata Negara”. Perkataan sedia ada tersebut berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu jata (जटा) dan nagara (नर्र).

Akhir sekali, “Panji” adalah antara istilah dalam kerajaan yang terdapat dalam Beka

Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Panji” ditakrifkan sebagai “Bendera”. Perkataan tersebut dipilih bagi menggantikan istilah sedia ada iaitu “Bendera”. Perkataan sedia ada tersebut berasal daripada Bahasa Portugis iaitu “Bandeira”.

Kesimpulannya, itu adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Datu Patih, Kesebawahan, Kepertuaan, Para Sebawahan, Anakbenua, Kalangbayan, Lambang Benua dan Panji yang masing-masing bermaksud Perdana Menteri, Demokrasi, Republik, Rakyat Jelata, Warganegara, Antarabangsa, Jata Negara dan Bendera adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Perkataan “Beka” dalam Beka Melayu bermaksud “berbual-bual” menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua. Perkataan “Beka” dalam Bahasa Melayu adalah sepadan dengan “Wika” dalam Bahasa Tagalog.
A


Perang Dunia Kedua: Pendaratan Paling Bersejarah – D-Day

Ramai Yang Main Pacak, Rupanya Anda Boleh Kena Denda Kalau Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan

$
0
0


Senario biasa yang selalu kita lihat apabila khemah dipasang di hadapan rumah terutamanya di kawasan taman-taman perumahan jika adanya majlis perkahwinan, kematian atau apa sahaja majlis keramaian.

Tetapi sebenaranya, adakah meletakkan khemah di kawasan laluan jalan awam ini dibolehkan dan tidak menjadi stau kesalahan?

Jawapan asasnya adalah tidak boleh sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, perkara ini telah termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Seseorang itu dikira melakukan kesalahan jika mendirikan atau membenarkan sebarang binaan atau halangan di mana-mana tempat awam.

Sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.


Gambar hiasan

Menurut perkongsian daripada PanduLaju.com.my, sekiranya majlis anda diserbu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan seperti dinyatakan di atas, tidak perlu marah kerana laporan yang dibuat memang mempunyai kesalahan mengikut undang-undang.

Namun, masalah sebegini tidak selalu berlaku jika adanya budi bicara dari kedua-dua pihak. Jika anda perlu menggunakan laluan utama kejiranan untuk membuat majlis, beritahulah secara baik untuk mengelakkan sebarang masalah.

Tetapi, harus diingatkan, kawasan kejiranan yang penuh sesak seperti di perumahan flat dan apartment kurang sesuai untuk dibuat majlis keramaian.

Sumber : Akta 133, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, PanduLaju.com.my


Sumber : siakapkeli.my

Sumber Ramai Yang Main Pacak, Rupanya Anda Boleh Kena Denda Kalau Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan

Kisah Sebenar Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Pasti Menyentuh Hati Ramai Netizen...

$
0
0


Semalam negara dikejutkan dengan berita kem4tian tiga beradik yang terkorban dalam kem4langan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Bukit Tuku, Pasir Mas Kelantan.

Mangsa, Fatin Arina Mohd Asri, 23, Haifa Amira, 22, dan Anis Suraya, 10 berasal dari Kampung Bukit Gading, Tanah Merah.



Menurut Berita Harian , dalam kejadian pukul 1 tengahari itu, ketiga-tiga yang ma ut merupakan tiga beradik perempuan berusia 10 hingga 23 tahun yang menaiki Perodua Myvi.

Difahamkan Perodua Myvi yang dipandu Fatin Arina bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas masuk ke laluannya menyebabkan dia serta dua adiknya, Haifa Amira, 22 dan Anis Suraya, 10, m aut.

Fatin Arina dan Anis Suraya m4ut di tempat kejadian manakala Haifa Amira meningg4l dunia di Hospital Pasir Mas ketika mendapatkan rawatan.




“Fatin maklumkan mungkin lepas ni dia dah tak boleh beri gajinya” – Ibu

Namun ramai yang tak tahu kisah disebalik kejadian tersebut yang pasti menyentuh hati ramai pihak.

Sebelum kejadian yang meragut nyawa ketiga-tiga beradik perempuan itu, ibu mangsa Zubaidah Shafie, 49 tahun berkata, anak sulungnya Allahyarham Fatin Arina Mohd Asri sempat memberikan separuh gajinya kepada beliau selain mengguna sebahagian gajinya untuk belanja makan semua ahli keluarga..allahu sedihnya



Zubaidah berkata, Fatin Afrina baru sebulan bekerja di Bank Islam Pasir Mas dan gadis itu juga sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Jun ini dengan jejaka pilihannya.

“Sebaik menerima gaji pertamanya baru-baru ini, kak long (Fatin) memaklumkan selepas ini mungkin dia sudah tidak boleh beri (gaji) sebab ingin membuat persiapan perkahwinannya.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa malah bersetuju dengan keputusannya itu kerana sejak beberapa bulan lalu dia sudah mula membeli semua barang hantaran.

“Selepas berlaku tragedi semalam, baru saya teringat semula katanya itu yang seolah-olah menandakan dia akan pergi buat selama-lamanya,”

Persiapan kahwin 80% siap! Tinggal kad yang belum dicetak dan diedar
Wanita itu berkata, persiapan perkahwinan Fatin Afrina juga sudah hampir selesai kecuali kad kahwin sahaja yang belum dicetak dan diedarkan.

Pastinya ia sedikit sebanyak menitipkan rasa rindu dan duka yang cukup dalam buat si ibu atau sesiapa sahaja, sekiranya situasi sebegini berlaku pada mereka



Jenazah Haifa Amira dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Gading pada jam 6.30 petang semalam manakala dua lagi kira-kira jam 10 malam tadi.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Mukim Bukit Gading sebelum dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Mukim Bukit Gading.

Al-fatihah untuk semua yang terkorban.

Sumber lobakmerah.com

Sumber Kisah Sebenar Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Pasti Menyentuh Hati Ramai Netizen...

“Mana Kajian Yang Beriya Cakap ‘Water Filter’ Mencegah Penyakit Buah Pinggang..” – Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

$
0
0


Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah memang terkenal dengan kelantangannya dalam memberi informasi yang tepat dan berguna kepada masyarakat.

Malah, dia juga pantang apabila melihat peniaga atau usahawan produk kecantikan dan kesihatan yang sewenang-wenang memberi fakta yang tidak tepat kepada pengguna semata-mata mahu mengaut keuntungan.

Terbaharu, menerusi laman Twitternya, Dr Rafidah telah mempersoalkan seorang individu dipercayai jurujual alat penapis air jenama terkenal yang mendakwa alat tersebut mampu menyelamatkan buah pinggang.



Segalanya bermula apabila jurujual itu meninggalkan komen di ruangan komen salah seorang netizen yang menggunakan air paip dimasak kerana tidak mampu membeli penapis air.



Jelas jurujual tersebut, ia bukan soal harga tetapi soal kesihatan terutamanya buah pinggang.



Komen tersebut mendapat perhatian Dr Rafidah yang merasakan jurujual tersebut telah memberi fakta yang tidak benar.

Dr Rafidah meminta agar jurujual tersebut memberi bukti atau fakta menjelaskan dakwaan penapis air mampu menyelamatkan buah pinggang. Dalam masa yang sama juga, Dr Rafidah bersetuju dengan salah satu komen daripada netizen berkaitan pengunaan air paip.



Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Dr Rafidah.




Kepada peniaga, usahawan dan jurujual produk kesihatan dan kecantikan, janganlah kerana ingin mengaut keuntungan anda boleh sesuka hati memberi fakta yang tidak tepat kepada masyarakat.

Sumber: Twitter Dr Rafidah Abdullah via https://amazingnara.com

Sumber “Mana Kajian Yang Beriya Cakap ‘Water Filter’ Mencegah Penyakit Buah Pinggang..” – Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

Mungkin Benar Dunia nak kiamat! Angsa jantan kini ditemui bertelur

$
0
0


“SAYA kira dua hari ‘Jeep’ diam kerana sakit tetapi sangkaan itu meleset apabila angsa jantan ini bukan sahaja bertelur malah turut mengeramkan telurnya,” kata pemilik angsa, Sulaiman Abd Rahman, 55.

Menurut Sulaiman, dia pelik apabila angsa jantan peliharaannya yang diberi nama Jeep itu tiba-tiba bertelur dan sehingga kini mengeramkan kesemua lapan biji telurnya sejak Isnin lalu.

Katanya, dia membela Jeep dan seekor lagi angsa betina diberi nama ‘Rose’ sejak setahun lalu selepas membelinya daripada saudara terdekat untuk menjaga kawasan rumah.

“Seminggu sebelum bertelur, gelagat Jeep sedikit berubah menjadi agak manja selain hanya makan di atas tapak tangan saya. Makanan di dalam bekasnya langsung tidak disentuh.

“Pagi Isnin ketika bermain dengan cucu di halaman rumah, saya pelik melihat Jeep berada dalam keadaan tidak bermaya di bawah rimbunan pokok serai wangi sebelum menyedari dia sedang bertelur,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jasin Bestari, Jasin, Melaka.

Terkejut dengan situasi itu, Sulaiman turut berkongsi kejadian itu kepada isteri dan anaknya tetapi mereka menyangkanya bergurau dan membuat lawak.

Katanya, telur yang dilihat Jeep mengeramkan adalah milik haiwan itu kerana Rose juga sedang mengeramkan telurnya buat kali ketiga di dalam reban.



“Ketika melihatnya pada jam 9.30 pagi terdapat hanya empat biji sebelum bertambah lagi tiga biji dalam hanya selang dua jam kemudian. Pagi ini saya lihat sudah ada lapan biji yang Jeep mengeramkan.

“Sejak hari itu Jeep hanya berada di bawah pokok serai wangi dan hanya sesekali masuk ke dalam rebannya untuk berendam apabila dipanggil oleh Rose,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini dia masih tidak percaya dan pelik dengan situasi dialaminya itu dan turut mendapatkan beberapa pandangan daripada rakan dan pengusaha angsa berpengalaman.

“Kalau kedua ekor angsa ini betina bagaimana Rose boleh bertelur. Saya pasti mereka adalah sepasang jantan dan betina berdasarkan perbezaan pada bahagian bawah perut.

“Saya juga ada bertanyakan kepada kenalan yang juga orang lama membela angsa dan dia sendiri belum pernah berdepan kejadian angsa jantan bertelur,” katanya.

Katanya, apa yang lebih mengejutkan apabila dia diberitahu pokok serai wangi yang menjadi teduhan Jeep bertelur turut berbunga.

Sumber : harian metro

Sumber Mungkin Benar Dunia nak kiamat! Angsa jantan kini ditemui bertelur
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>