Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

“Benci Lah Aku Semahu Hatimu, Maki Lah Aku Sepuas Mu…”- Luahan Hati Sayu Ara Johari Pada Mulut Longkang Bawang Army

$
0
0


Terbaru penyanyi Ara Johari ada memuat naik sekeping gambar ketika dia sedang membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu 33.

“Benci lah aku semahu mu, Maki lah aku sepuas mu, Aku anggap ini ujian, Atas rezeki yg ku terima. Terima Kasih!” tulisnya.



Gambar tersebut Ara meluahkan rasa sedih dan kecewa kepada peminatnya kerana ada sesetengah pihak mempertikaikan kemenangan Ara di Anugerah Juara Lagu 33.

Rata-rata rakan artis dan netizen memberi kata kata semangat kepada Ara untuk supaya kekal tabah hadapi dugaan. Semoga Ara akan terus memwarnai industri muzik tanah air.



Untuk rekod, Ara telah dinobatkan sebagai Naib Juara untuk lagu Bunga di Pentas Anugerah Juara Lagu.

Bagaimanapun, kemenangan Ara yang dinilai juri profesional mendapat reaksi pelbagai netizen.

Foto : Instagram Ara Johari

Sumber : mediahiburan.my

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Ara Johari



Biodata
1. Pemilik nama penuh Nurfarrah Izzatie binti Johari. Nama popularnya Ara Johari dan Ara AF2016.

2. Merupakan penyanyi dan guru.

3. Lahir pada 27 Jun 1997. Berusia 22 tahun (2019).

4. Berasal dari Negeri Sembilan.

5. Memperjuangkan muzik bergenre Pop dan Balada.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

7. Bakatnya dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) yang turut disertai Amir Syazwan Bin Masdi (Amir), Muhammad Ammal Shafiq Osman (Amal), Kareshma Martin John Patrick (Reshma), Norhafizah Binti Longkip @ Thomas (Afi), Nurul Rahila (Rahila), Mohd Afzarul Dzarif Mohd Mazle (Zarol), Siti Aishah Abdul Razak (Asha), Muhammad Ikram Bin Kamaruzzaman (Ikram), Jasper James Supayah (Jasper), Isyariana Che Azmi (Riana), Zahrul Hilmi Badrul Hisham (Amy), Azarul Rais Mansor (Rais), Halmy Hamizan (Halmy) dan Mohd Fara Aidid Ali Dad Khan (Isa).

8. Ara menduduki tangga keempat di peringkat akhir AF2016. Sepanjang persaingan, beliau dicabar membawakan beberapa lagu tugasan iaitu Andaiku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo, Andai (Dia Fadila), Robek Hatiku (Mas Idayu), Bimbang (Goodbye Felicia & Stephanie Poetri), Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah), Nazam Berkasih (Syura), Tinting (Noraniza Idris), Tangisan Marhaenis (Dia Fadila dan Hattan), Samar Bayangan (Nicky Astria), Camar Yang Pulang (Aishah) dan Warkah Untukku (single pertamanya).

9. Selepas Warkah Untukku yang dilancarkan pada tahun 2016, Ara terus mendapat perhatian menerusi single Bunga (2017) dan Paku (2018).

10. Lagu Warkah Untukku berjaya menempatkan diri sebagai antara finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 32, manakala Bunga dinobatkan sebagai naib juara AJL33.

11. Beliau turut tersenarai dalam pencalonan kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Sumber : illuminasi.com

Sumber “Benci Lah Aku Semahu Hatimu, Maki Lah Aku Sepuas Mu…”- Luahan Hati Sayu Ara Johari Pada Mulut Longkang Bawang Army

90% Dari Lelaki Curang Dengan Pasangan Masing-Masing Hanyalah Disebabkan Na fsu!

$
0
0


Curang membawa definisi keadaan curang, ketidakjujuran, tidak lurus hati, dan khianat. Sekaligus memberi pengertian negatif kepada kesan buruk impak dari perlakuan ini. Untuk isu kali ini, Maskulin ingin mengupas lebih lanjut masalah curang yang menimpa realiti kehidupan yang melibatkan hubungan insan bernama lelaki dan wanita.

Tanpa kita sedari, ramai individu di luar sana yang mengalami situasi mencurangi dan dicurangi. Samaada mereka dapat mengatasi masalah ini ataupun hanya berserah pada takdir kesudahan kecurangan yang berlaku dalam perhubungan tersebut. Di bawah ini adalah kes-kes lazim terjadinya kecurangan dalam realiti kehidupan manusia. Ambil kisah dan jadikan pedoman untuk melalui kehidupan ini. Bagi individu yang terlibat dengan kes curang, anda tidak terlambat untuk berfikir baik dan buruknya perlakuan anda tersebut.

CURANG ‘JUST FOR FUN’

Terdapat kes-kes curang yang kantoi melibatkan pasangan kekasih yang belum lagi berumahtangga. Bagaimana dengan istilah ‘teman tapi mesra’? Istilah ini kebiasaannya kurang disedari oleh pihak pasangan kerana individu yang sedang memainkan peranan curang tersebut sering menggunakan alasan hanya ‘teman’. Maka, pasangannya pula tidak dapat berbuat apa dan hanya akan berdiam diri untuk mengelakkan dari dicop sebagai cemburu buta.

Kebiasaannya pasangan curang baik lelaki atau wanita telah pun mempunyai satu hubungan yang serius. Sebagai contoh sudah menjadi kekasih atau tunangan orang. Akan tetapi mereka ini masih gemar bermain cinta dengan individu yang lain tanpa pengetahuan pasangan mereka.

Pernah dengar ayat ini?; “Tunang untuk kahwin bro, skandal untuk sedap-sedap” atau “yang itu tak boleh usik, stok laki/bini. Yang lain tak apa”. Walaupun ia hanya ayat biasa dalam percakapan harian, ianya membawa niat tersirat untuk situasi curang sebenarnya.

Individu yang gemar berlaku curang sering menganggap perlakuan tersebut tiada erti dan tidak mempunyai maksud tertentu menuju kepada sesuatu yang rasmi dalam perhubungan. Erti kata lain ‘just for fun’.

Kebiasaan curang ini melibatkan tunangan/kekasih orang bersama rakan sekerja, rakan baik, dan tidak ketinggalan sahabat maya (wechat, whataps, facebook, chating dll)

Punca:

Kemungkinan besar individu terlibat kurang serius dengan hubungan yang telah dijalinkan.

Masih belum bersedia untuk menjalinkan sesuatu hubungan tetapi kerana telah BERJANJI maka mereka terpaksa mengotakan janji tersebut.

Kecanggihan teknologi sekarang mengajar erti curang tanpa disedari pasangan sendiri.

Kurangnya ilmu agama di dada. Iaitu tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk kepada hubungan mereka.

Terlalu baik kepada individu lain menyebabkan wujud satu kemesraan dalam persahabatan dan akhirnya berakhir dengan cinta. Alasan yang sering diberi sekiranya kantoi adalah ‘ter’suka. Anda mungkin selalu mendengar alasan ini bukan?

CURANG DALAM PERKAHWINAN

Istilah curang dalam kes ini merujuk kepada pasangan yang sudah berumahtangga.

Contoh; suami/isteri yang mempunyai ‘kekasih gelap’ di luar rumah. Ianya berlaku tanpa pengetahuan pasangan mereka. Tetapi terdapat jua sebahagian kes pasangan mengetahui bahawa suami/isteri mereka mempunyai skandal tetapi malas untuk menghadapi masalah tersebut.



Terdapat banyak punca curang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin. Tetapi kali ini Maskulin kupas tiga puca utama yang sering melanda. Teliti pucanya di bawah.

Punca:

Na fsu Se ksual

Tiada kepuasan layanan se ksual dari pasangan menyebabkan pasangan kecewa lalu ‘makan luar’ dan mewujudkan kecurangan dalam rumahtangga.Nafsunya gagal dipuaskan oleh pasangan hidup.

Naf su besar

Pantang ada peluang, digunakan sehabis baik. Walaupun sedar diri sendiri sudahpun mempunyai teman hidup yang halal tetapi mereka masih lagi gemar bermain cinta dengan individu selain pasangan mereka.

Dendam

Makan hati dengan kecurangan pasangan menyebabkan si dia juga mendapatkan individu lain untuk dijadikan skandal. Erti kata lain, pembalasan/puas hati!Melawan antara satu sama lain. Untuk buktikan siapa yang lebih hebat tanpa memikirkan kesan burukyang bakal terjadi pada rumahtangga mereka.

Kerjaya

Suami/isteri yang terlalu sibuk menyebabkan pasangan sunyi dan mencari alternatif lain.Pembahagian masa yang tidak betul juga menyebabkan kecurangan. Jika anda bekerja secara berkumpulan melibatkan lelaki dan wanita, elakkan berada terlalu lama di tempat kerja bagi mengelakkan wujudnya faktor curang.

Solusi: Pasangan yang belum berkahwin

Bagi individu yang gemar mewujudkan skandal atau sedang melakukan kecurangan, tanya diri anda sendiri untuk apa perbuatan tersebut? Jika untuk seronok sahaja, hentikan segera perlakuan tersebut kerana anda sedang ‘bermain’ dengan perasaan manusia yang lain. Jika anda tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius, berterus teranglah sahaja kepada tunang atau kekasih hati. Katakan anda belum bersedia. Hidup anda maka keputusan di tangan anda. Tiada insan lain yang berhak memberi arahan kepada hidup anda.

Fahami ayat ini. Perlakuan anda sebelum berkahwin ini adalah perlakuan anda selepas berkahwin. Ambil serius dengan sesuatu perhubungan yang anda jalinkan. Ubah perangai anda sebelum bergelar suami/isteri kerana jika anda tidak serius, anda juga tetap tidak serius selepas berumahtangga.

Solusi: Pasangan yang sudah berkahwin

Bagi individu yang menghadapi masalah dicurangkan oleh pasangan, bincang dengan pasangan sebaiknya. Perlu bijak mengawal emosi agar segala persoalan boleh dijawab oleh pasangan. Jika pasangan masih enggan mengaku, anda boleh gunakan medium ke dua seperti teman rapat sebagai jalan penyelesaian mengetahui punca pasangan mencurangi anda. Jika tidak berjaya juga, dapatkan khidmat kaunseling.



Adalah lazim kehidupan dalam perhubungan, manusia akan tertarik dan mesra dengan individu yang banyak menghabiskan masa bersama mereka. Kerana itu elakkan berada lebih lama di pejabat. Tidak salah bergaul mesra dengan rakan yang lain asalkan anda tahu batas yang telah disarankan oleh agama.
Lebihkan perhatian terhadap pasangan.

Anda juga bersalah dalam hal ini. Pasangan yang mencurangi anda merupakan individu yang tidak mendapat secukupnya layanan dari anda. Kaji semula apa kelemahan anda.

Hasil kajian dari Dr.Satoshi Kanazawa pakar Psikologi Evolusi dari Sekolah Ekonomi & Sains Politik London, mengatakan lelaki yang sudah berumahtangga apabila mereka curang, ia memiliki IQ yang rendah!

Sumber: Maskulin.com.my



Sumber 90% Dari Lelaki Curang Dengan Pasangan Masing-Masing Hanyalah Disebabkan Na fsu!

Jururawat Ini Kongsikan Kisah Yang Berlaku Pada Dirinya Sendiri Apabila Berdepan Kejadian Misteri Bertugas Di Wad Bersalin

$
0
0


Saya bertugas sebagai seorang jururawat di wad bers4lin di sebuah hospital kerajaan. Saya ditugaskan bekerja secara syif malam. Macam biasa saya akan rutin check semua p3sakit dalam wad bers4lin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu p3sakit berehat.

Pekerjaan kami ini perlu lebih waspada terutama pada waktu bertugas lebih-lebih lagi ianya melibatkan nyawa pesakit aka ibu meng4ndung. Bekerja pada waktu orang lain sedang tidur adalah cabaran buat jururawat kerana kami terpaksa bersekang mata kerana tidak mahu terlepas satu kes pun sewaktu bertugas. Bagi menghilangkan mengantuk kami memilih untuk berborak atau membaca buku atau majalah.

Nak dijadikan cerita sewaktu saya sedang bertugas. Saya bersapa dengan seorang akak yang sedang menunggu due untuk bers4lin. Kelincahan akak tersebut berborak seolah-olah kenal bertahun- tahun membuatkan kami senang mesra dengannya.

Pada suatu malam, akak tersebut di masukkan labour room setelah sampai waktu nak bersalin. Kebiasaannya selepas bers4lin p3sakit akan di tahan sehari dua di wad yang sama untuk pemerhatian ibu dan bayi. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bers4lin kot.



Suatu malam seperti biasa ketika sedang khusyuk menulis laporan rutin checkup tiba-tiba akak tu muncul..terkejut saya dibuatnya..

Lantas saya tanya akak tu, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya tersenyum..

Saya fikir mungkin dia masih lagi trauma sakit bers4lin. Muka akak tersebut sedikit pucat. Tiba-tiba akak tu bertanya pada saya “misi nak limau?’’ saya menolak kerana saya memang jenis tak gemarkan buah limau.

Sekali lagi dia bertanya soalan yang sama “misi nak limau?” saya jawab “takpelah kak..akak makan la yer..” Kemudian sekali lagi dia bertanya “misi nak limau?” pertanyaan ketiga terpaksa saya terima pemberian akak tu..

saya teruskan perbualan kami.. “ akak dah tukar wad ke?tak nampakpun tadi..” akak tu hanya geleng kepala. Agak pelik bila akak yang selalunya peramah kali ini agak dingin dan pendiam. Akak tu kemudiannya berlalu pergi..sebelum itu dia sempat melambai saya.

Kawan saya yang kebetulan baru keluar menyediakan susu bayi yang gagal disusui ibu mereka menyapa saya dari belakang. Katanya dari tadi dia memerhati saya bercakap sendirian. Saya memberitahunya yang saya berbual dengan akak peramah tu..Tergamam dia mendengar jawapan saya.



Dia kemudiannya membalas yang sebenarnya akak yang kami berbual tu dah disahkan meninggal sewaktu bersalin tengahari tadi. Khabarnya uri dia lekat kt dalam perut dan mengalami pendarahan yang banyak..

Istighfar panjang saya mendapat tahu berita tersebut. Fikiran saya masih lagi bingung memikirkan kejadian itu..sekali saya teringat buah limau yang dia bagi tadi yang saya simpan dalam beg rupanya batu.. Allahu Akbar..

Sumber: Info, Seram & Pelik (olahan kisah benar)

Sumber Jururawat Ini Kongsikan Kisah Yang Berlaku Pada Dirinya Sendiri Apabila Berdepan Kejadian Misteri Bertugas Di Wad Bersalin

Bacalah Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Meminta Hajat InsyaAllah Segala Hajat Akan Dimakbulkan

$
0
0



Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.  Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Saya ada banyak menulis tentang fadhilat membaca surah al Fatihah, antaranya:

Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat. Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;

Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas. Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.



Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.

Ramai Yang Tidak Tahu. Sebenarnya Allah Menjawab Setiap Ayat Dalam Alfatihah Ketika Kita Membacanya. Baca Untuk Lihat Jawapan Tersebut

Banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan shalatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap ucapan kita. Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata’ala ber-Firman: “Aku membagi shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku.”

Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na’budu Wa iyyaka nasta’in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.



Ketika Kita mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin” (Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ) . Allah menjawab: “Hamba-Ku telah memuji-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Ar-Rahmanir-Ra him” (Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani) , Allah menjawab: “Hamba-Ku telah mengaagungkan-K u.”.

Ketika kita mengucapkan “Maliki yaumiddin” (Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)), Allah menjawab: “Hamba-Ku memuja-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in” (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan) , Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”(Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.)  Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita. Selanjutnya kita ucapkan “Aamiin” dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita. Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR.Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Wallahualam..

Sabda Rasulullah SAW

“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Sumber Bacalah Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Meminta Hajat InsyaAllah Segala Hajat Akan Dimakbulkan

Pemilik Hausboom Koyak Mental Tuduh Syed Saddiq Mungkir Janji, Ini Jawapan Balas Dari YB Menteri Belia Dan Sukan Kita...

$
0
0


Nampaknya, ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang mempromosikan produk anak muda kepada rakan-rakan kabinet beliau menerusi satu hantaran Facebook berbentuk video pada Isnin (4 Februari) lalu.

Pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi dalam hantaran awal status Facebook menyatakan bahawa beliau tidak lagi peduli mengenai dunia politik dan ahli-ahlinya kerana perangai najis mereka tetap sama.

Pada awalnya, beliau menyokong tindakan YB Syed Saddiq kerana mahu menjadikan menteri-menteri kabinet ini sebagai pushing power untuk membantu produknya supaya berjaya menembusi kedai runcit besar, hypermarket dan stesen minyak.


Namun kata beliau, dengan kerja kerasnya profilnya masih lagi tidak dibaca YB tetapi produk sudah diletakkan di atas meja mesyuarat kabinet. Bertemu orang yang sama ‘ditipu’ oleh YB, beliau ada menulis surat meminta penjelasan mengenai hal berkenaan, namun tiada maklum balas dari pihak sana.


Turut menuduh bahawa produk kek coklat milik Ben Ali yang juga Exco Armada dipromosikan pada hantaran 4 Februari lalu adalah kerana ianya produk kroni YB Syed Saddiq, YB tampil menangkis dakwaan Azri pada hantaran statusnya yang baru.


"Hari ini saya nak ceritakan tentang seorang usahawan muda.
(Warning: Cerita panjang & gambar lama Hausboom sekadar hiasan)

Pada mesyuarat jemaah menteri pertama, saya lihat ada makanan & buah buahan yang dihidangkan. Saya tanya kepada pegawai di sana, “Siapa yang buat?”
Saya dimaklumkan ini memang hidangan setiap minggu bila tibanya mesyuarat jemaah menteri.

Setiap minggu dihidangkan kepada kami, tetapi pengendali tidak dikenali. I saw an opportunity here. An opportunity to promote Youth products kepada Perdana Menteri/Timbalan PM dan rakan rakan kabinet yang lain.

Balik ke KBS, saya maklumkan kepada #TeamKBS untuk cari produk anak muda yang nak dipasarkan kepada jemaah menteri. Boleh selitkan profil mereka supaya dikenali.

Saya juga akan ambil masa semasa jemaah menteri untuk perkenalkan produk anak muda ini kepada rakan rakan kabinet. Gambar yang diambil akan dikongsikan dengan pemilik untuk dihebahkan. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan bahawa produk tersebut sudah dihidangkan kepada jemaah menteri juga akan diberikan.

Sesen pun saya tak terima. Credit ke atas kejayaan pun saya tidak ambil. Pemilihan pun dibuat oleh JawatanKuasa bebas. Niat saya ikhlas untuk membantu produk anak muda.

Here comes the story of this particular “usahawan muda”.

Saya dimaklumkan oleh #TeamKBS bahawa ada produk anak muda yang ingin memasuki 7Eleven tetapi tidak dapat2. Produk ini perlu dibantu.

Sebaik sahaja saya dengar, saya kata kita boleh promosikan kepada semua jemaah menteri termasuk dengan profail business & owner. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan boleh kami keluarkan. Saya juga akan cuba berjumpa dengan Tan Sri Vincent Tan untuk maklumkan berkenaan perkara ini. Perbincangan khusus berlaku dan pandangan pun disampaikan kepada pihak KSU on how we can help our local youth entrepreneurs to enter big chains like 7Eleven.

I did all of that with the intention to help. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7Eleven & ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke branches mereka, termasuk Hausboom. Sebelum ni bukan main susah, alhamdulillah, gradually it’s changing. Saya juga nak lihat Tesco dan yang lain ikut perkembangan baik ini.

Fast forward, pagi tadi saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke Jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan Profil businessnya, produknya yang saya push untuk masuk rangkaian 7E dan yang lain, mencaci saya kerana tidak bantu dia.

I am not a person to rant out like this, but i am truly disappointed. Banyak yang kata ini taktik untuk promosikan jualan dia & that i should not respond sebab itu yang dia mahukan.

To be honest, if it helps him, alhamdulillah. But my disappointment stands. Saya akan sentiasa doakan supaya produk dia berjaya.

P/s Dia kata barang yang kami bantu promosikan secara percuma, haram. I have instructed my team to pay the cost in full. May Allah open his heart in the future & may his business succeed."

YB Syed Saddiq jelas terlihat kecewa dalam hantaran status terbarunya mendakwa bahawa beliau sendiri berjumpa dengan pemilik rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven, Tan Sri Vincent Tan bagi mengetengahkan isu agar produk Hausboom boleh dipasarkan di sana selain daripada turut mengarahkan teamnya membayar kembali air yang telah diharamkan oleh Azri berjumlah sekitar RM192.

Betul-betul marah ni, sampai kes haram pun dah masuk sekali.

Sumber : makanlena.com

Sumber Pemilik Hausboom Koyak Mental Tuduh Syed Saddiq Mungkir Janji, Ini Jawapan Balas Dari YB Menteri Belia Dan Sukan Kita...

Suka Selfie Sebenarnya Adalah Salah Satu Gejala Penyakit Mental..

$
0
0


sekadar gambar hiasan

Sebelum ini, selfie atau swafoto belum dikategorikan sebagai penyakit mental yang kronik di Malaysia. Walaubagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan malah semakin berleluasa.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan sebagai penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak dalam amalan itu secara berlebihan sehingga boleh mendatangkan impak negatif sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.



Beberapa kajian telah dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,’ katanya.

Beliau juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, menurut kajian itu, sebanyak 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.

“Selfitis borderline” bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial.

Manakala “selfitis akut” pula dikategorikan iaitu mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, “selfitis kronik” pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.



Jelasnya lagi, berdasarkan ketiga-tiga selfitis itu, “selfitis akut” dan “kronik” akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto merbahaya.

“Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum.

“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti “anxiety disorder”, dan ketagihan.

“Kita tidak mampu memastikan bahawa sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Walau bagaimanapun jika dikaji perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.

“Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie supaya mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya,” katanya.

Rusdi berkata, berswafoto juga dikaitkan dengan individu yang bangga dengan diri sendiri, mengharapkan pujian orang ramai.

Sumber: Astro Awani / Aliff Channel

Sumber Suka Selfie Sebenarnya Adalah Salah Satu Gejala Penyakit Mental..

Penampilan Terkini Emma Maembong Yang Sudah ‘Free Hair’ Ini Semestinya Mengejutkan Ramai Peminat

$
0
0


Awal tadi, pelakon Emma Maembong ada ditemubual menerusi FB Live Berita Harian bagi berkongsi dan memberi penjelasan mengenai keputusannya untuk membuka tudung.

Difahamkan, kakak kepada pelakon Chacha Maembong itu telah pun tidak mengenakan tudung sejak tiga hari lalu.

Ditanya mengenai apakah dia sudah membuat keputusan sedalam-dalamnya untuk tidak bertudung, Emma memberitahu dia sudah fikir semasak-masaknya.

“Saya sudah fikir masak-masak. Sebelum ni adalah yang cakap baik buruk. Jadi saya kena terima. Mungkin silap saya, benda yang viral jadi orang kecam. Meski saya pakai tudung pun orang kata saya munafik, mempermainkan agama dan macam-macam.

“Jadi macam yang saya beritahu, nak istiqomah tu susah jadi bila orang sudah cop satu kesalahan, kebaikan semua tertutup orang tak nampak.

“Jadi saya buat keputusan dan saya teruskanlah,” katanya menerusi FB live berkenaan.

Sementara itu, Emma turut menafikan keputusan mengejut yang dibuat adalah kerana tertekan dengan beberapa foto sensasinya yang tersebut baru-baru ini, Emma mengakui hasratnya untuk bertudung lebih lima tahun lalu bukan atas paksaan mana-mana pihak.

“Saya bertudung dulu tiada siapa yang paksa. Cuma kalau sesiapa yang sejak dulu mengikuti perkembangan saya, memang saya suka kenakan baju-T dan skarf kepala. Kadang-kadang pakai hodie. Jadi bila macam tu, orang mula komen kenapa tak tutup kepala dengan sempurna.

“Lalu saya pun pakai tudung. Bila sudah pakai orang mulai tak puas, cakap pakai baju salah itu salah, seluar salah itu tak betul. Orang kata kalau kita buat baik pun orang tetap kecam kita.

“Macam nilah kita manusia ni kadang-kadang bila berada dalam lowest point, lagi orang doakan yang buruk jadi kat kita, jadilah yang buruk. Begitu sebaliknya.


“Tapi kalau orang doakan yang baik, kalau semua orang jadi positif, bagi semangat kat saya insyaAllah saya akan teruskan. Tetapi saya bukanlah nak salahkan mana-mana pihak sebab apa yang saya buat ni keputusan sendiri. Cuma nak puaskan hati semua pihak memang susah,” antara petikan yang dikatakan Emma menerusi Live FB sebentar tadi.

Terkini, Emma baru sahaja memuat naik fotonya tanpa tudung bersama ahli keluarganya.

Foto tersebut sehingga kini sudah pun mendapat lebih 17,000 komen dan hampir 122,000 komen.

Foto: Instagram Emma Maembong, Fb live BH.

Sumber Penampilan Terkini Emma Maembong Yang Sudah ‘Free Hair’ Ini Semestinya Mengejutkan Ramai Peminat

Selepas Pelakon Popular Emma Maembong Buat Kenyataan Terbuka Tidak Lagi Bertudung, Ini Nasihat Dari Mufi Pahang Khas Buat Beliau...

$
0
0


SEBAGAI selebriti, jika kebaikan mereka diikuti, Allah pasti menganugerahkan ganjaran pahala dan sebaliknya turut memperoleh dosa jika keburukan menjadi ikutan peminat.

Namun selebriti yang tersasar ketika cuba melakukan kebaikan perlu diberi sokongan bersesuaian dengan dakwah dianjurkan ajaran Islam.

Itu pendapat dua Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz ketika diminta mengulas mengenai pelakon Emma Maembong yang kembali membuka tudung.



Emma Maembong (depan) menujukkan dua jari sambil menutup mulut dalam perkongsian foto terbaharunya membuka tudung.

Abdul Rahman berkata, semua muslimat perlu menyedari bahawa setiap perkara dilakukan adalah bagi mendapat reda Allah termasuklah dalam aspek berpakaian.

“Kena faham kita buat sesuatu bukan kerana orang sebaliknya adalah patuh kepada perintah Allah. Ini nasihat saya buat semua. Kadang-kala mereka tidak tahu berpakaian pun dapat pahala, ini yang kena belajar supaya semua perbuatan (seharian) tidak sia-sia. Allah sukakan hambanya yang istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun kecil.

“Dalam konteks selebriti (ramai pengikut), jika kebaikan kita diikuti Allah akan anugerahkan kita ganjaran pahala. Sebaliknya, jika keburukan menjadi ikutan peminat, kita turut mendapat dosa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia menasihati semua peminat kepada artis terbabit supaya tidak mencontohi keburukan idola mereka sebaliknya menjadikan Rasulullah dan sahabat sebagai ikutan.

Sementara itu, Hassan berkata, dia menyeru semua pihak supaya bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit.

“Dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu tersasar. Jadi, dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yang benar.

“Tindakannya yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah daripada aliran agama,” katanya.

Menurutnya, dia menasihatkan Emma supaya bertaubat.

“Pesan saya buatnya, pertama carilah kawan yang baik. Kedua, belajar agama dan ketiga, carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya. Janganlah hati kita berbolak-balik dalam melakukan kebaikan, ini dikategorikan sebagai jiwa tak tenteram.

“Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,” katanya.

Sumber Artikel : harian metro via kualalumpurviral.com

Sumber Selepas Pelakon Popular Emma Maembong Buat Kenyataan Terbuka Tidak Lagi Bertudung, Ini Nasihat Dari Mufi Pahang Khas Buat Beliau...

“Saya Juga Seperti Orang Lain, Berhak Untuk Cari Kebahagian Diri Sendiri”

$
0
0


Dalam satu temubual pertama bersama media selepas mengumumkan yang beliau kini sudah tidak bertudung, Emma Maembong memberikan reaksi pertama beliau terhadap apa yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai ketika ini.

Emma Maembong berkata beliau tidak mahu menyalahkan mana mana pihak atas keputusan untuk tidak bertudung ini namun berkali kali mengatakan yang komen dari orang ramai menyukarkan dirinya untuk terus istiqamah.

“Kadang kadang kita sebagai manusia bila mana kita berada di bawah (lowest point), lagi orang doakan benda buruk terjadi pada kita — memang yang buruklah terjadi pada kita”

“Kalau orang lebih positif dan doakan yang baik baik mungkin saya akan teruskan (bertudung) tapi saya bukan nak salahkan mana mana pihak,” ujar Emma Maembong.



“Nak ambil hati dan jaga hati semua orang tidak boleh jadi saya buat keputusan untuk diri saya sendiri,” tambahnya lagi.

Tonton temubual penuh bersama Berita Harian dalam video di atas dan semoga Emma Maembong gembira dengan keputusan yang dibuat dan tidak perlu lagi berselindung untuk mencari kebahagian diri sendiri. (rtky/m)

Sumber “Saya Juga Seperti Orang Lain, Berhak Untuk Cari Kebahagian Diri Sendiri”

“Hijab Telah Membawa Saya Menjadi Diri Saya Sekarang Dan Kejayaan Yang Diraih Hari Ini..” – Usahawan Selebriti Berstatus Jutawan, Neelofa Berjanji Tidak Akan Buka Tudung.

$
0
0


Tidak kisah di kecam, pelakon dan pengacara televisyen Neelofa menegaskan dia tidak akan sesekali membuka tudung walaupun dilantik menjadi duta jenama antarabangsa atau menerima krit1kan mengenai gaya pemakaian tudungnya.




Katanya, hijab telah membawa dia menjadi dirinya sekarang dan kejayaan yang diraih hari ini bermula daripada niatnya untuk bertudung sejak tiga tahun lalu.

“Saya tidak terfikir dan tidak akan sesekali membuka tudung walau sesaat. Hijab ini membawa siapa saya sekarang.

“Ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi salah seorang speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka.



“Saya juga pernah bertanya kenapa Swarovski mahukan saya, jawab mereka saya mewakili wanita muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza-beza.

“Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta menjadi speaker untuk bercakap mengenai jenama tudung saya. Jadi, ini bukti betapa besarnya kuasa sehelai hijab,” katanya pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor hari ini.

Neelofa juga sebelum ini dikec4m kerana memakai seluar jeans yang did4kwa menampakkan bahagian lututnya ketika bercuti di luar negara bersama keluarganya.



Malah, ketika pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu berada di Milan, Itali, dia sekali lagi menerima kr1tikn netizen apabila memakai tudung yang menampakkan sebahagian kecil anak rambutnya.

Mengulas mengenai perkara itu kata Neelofa dia berharap agar netizen lebih terbuka dalam menilai fesyen yang dipakainya.

“Ini bukan pertama kali saya memakai seluar jeans koyak dan menyarung inner nude di dalam. Ketika mengacarakan Meletop pun saya pernah beberapa kali mengenakan gaya sama.

“Kemudian, ketika saya di Milan untuk Milan Fashion Week pun, tiada seseiapa yang stereotaip terhadap penampilan saya.

“Orang mungkin tak pernah melihat fesyen terkini dan saya memberi mereka peluang. Satu hari nanti mereka akan tahu,” ujarnya.

Sumber : Astro Awani Sept 2017

Foto: IG @neelofa Via petuadanresepibonda



kredit : DiariDunia

Sumber “Hijab Telah Membawa Saya Menjadi Diri Saya Sekarang Dan Kejayaan Yang Diraih Hari Ini..” – Usahawan Selebriti Berstatus Jutawan, Neelofa Berjanji Tidak Akan Buka Tudung.

Tentera Terracotta – Pengawal Abadi Makam Qin Shi Huang

$
0
0

Bagi petani-petani China di Shaanxi pada tahun 1974, musim bunga tahun berkenaan dianggap mencabar kerana sungai ketika itu kering dan perigi yang ada tidak mampu lagi digunakan untuk keperluan pertanian dan ternakan. Justeru, petani-petani ini mula mengorek perigi baru dan pada Mac, tiada siapa menyangka apa yang dikerjakan mereka itu membawa kepada penemuan arkeologi terhebat abad ke-20 yang disahkan pada Julai tahun sama: makam Maharaja Qin Shi Huang dan tentera terracottanya!

Selepas pasukan arkeologi dari Beijing mula melakukan kerja ekskavasi, apa yang disangka hanya beberapa anggota tentera terracotta sebenarnya membawa kepada sejumlah besar tentera terracotta yang dicipta oleh pembina makam baginda sebagai pengawal makamnya. Menurut Jane Portal, seorang kurator Muzium British untuk Pameran Maharaja Pertama berpandangan makam maharaja pertama China itu dibina bagi membolehkan Qin Shi Huang terus berkuasa walaupun selepas meninggal dunia. Walaupun kerja ekskavasi sudah mencecah 40 tahun dan ribuan jam dihabiskan untuk kerja berkenaan, ramai pakar arkeologi berpandangan masih banyak perkara tersembunyi berkenaan makam baginda ini.

Maharaja pertama China

Pada tahun 221 Sebelum Masihi (BC), Qin Shi Huang atau nama sebenarnya Ying Zheng muncul sebagai pemenang dalam konflik peperangan yang melanda China selama 250 tahun. Semasa era dekad perluasan kuasanya, baginda bukan saja mengilhak wilayah-wilayah seperti Chu malah berjaya menundukkan kerajaan Zhao yang menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Qin yang diperintahnya ketika itu. Selepas berjaya menyatukan semua wilayah di bawah satu pemerintahannya, Shi Huang merasakan gelaran Raja Qin itu tidak sesuai dengan kekuasaan wilayah yang dikuasainya. Justeru, gelaran maharaja diwujudkan dan baginda merupakan maharaja pertama dari maharaja-maharaja China yang memerintah sehingga tahun 1930-an.

Semasa era pemerintahan Shi Huang, baginda bertanggungjawab mengeluarkan standard mata wang, ukuran dan berat. Baginda juga bertanggungjawab menyambung wilayah-wilayah pemerintahannya melalui pembinaan jalan-jalan dan terusan-terusan serta membina versi pertama Tembok Besar China. Bagaimanapun, tempoh ini turut menyaksikan pelbagai kekejaman dilakukan demi memelihara kesatuan wilayah pemerintahan baginda. Antara peristiwa yang dianggap penting semasa era Shi Huang ialah peristiwa pembakaran buku dan pembunuhan filsuf-filsuf China (213-212 BC). Dalam peristiwa itu, 460 atau 700 orang cendekiawan mati dibunuh kerana ditanam hidup-hidup. Bagaimanapun, peristiwa ini diragui ramai cendekiawan moden dan mereka beranggapan ia berkemungkinan satu bentuk fitnah oleh Dinasti Han terhadap Dinasti Qin dan Shi Huang.

Dan seperti digambarkan secara fiksyen dalam The Mummy: Tomb of the Emperor (2008), baginda juga amat obses dengan kehidupan bersifat abadi dan ini didorong oleh motivasi terlepas dari menjadi sasaran tiga cubaan pembunuhan. Bukan seorang dua cendekiawan dihantar untuk mengkaji cecair yang memanjangkan hayat dan ada juga dihantar menyeberangi Laut Timur untuk mencari Penglai atau bumi orang yang hidup abadi. Tetapi semua usaha itu berakhir dengan kegagalan dan Shi Huang memilih membina sebuah kompleks makam yang besar untuk dirinya. Projek tersebut sudah mula digerakkan pada tahun-tahun awal pemerintahannya.

Untuk menjayakan usaha ini, sebuah daerah baru dibuka dan 30,000 keluarga dipaksa berpindah ke wilayah kita kenali sebagai Shaanxi. Mereka diberi satu tugas: laksanakan pembinaan makam diraja terbesar yang pernah disaksikan dalam sejarah China. Tetapi dengan masa terus berjalan, Shi Huang sedar pembinaan makam ini tidak akan selesai mengikut tempoh yang dimahukannya. Ini mendorong baginda mengarahkan lebih ramai buruh paksa diambil untuk menyelesaikan pembinaan makam ini. Yang pasti, Shi Huang akan diingati lama selepas kemangkatan baginda menerusi makamnya dan tentera terracotta yang menjadi pengawal kompleks berkenaan.

Kompleks makam Shi Huang

Kompleks makam baginda sebenarnya merupakan sebuah kompleks makam beberapa tingkat dengan keluasan 38 hingga 60 kilometer persegi. Buat masa ini, makam Shi Huang belum lagi diekskavasi tetapi dengan kehadiran tentera terracottanya, ia menjadikan makam baginda sebagai makam terhebat di dunia. Makam baginda yang sebenar merupakan sebuah piramid tiga tingkat dengan ketinggian 60 meter dan dikelilingi oleh dua tembok berganda.

Menurut legenda, Shi Huang turut menyimpan khazanah yang hebat dalam makamnya tetapi turut menyelitkan pelbagai jenis perangkap bagi sesiapa yang cuba menghampirinya. Sima Qian mencatatkan dalam karya Shijinya, “Lebih 700,000 banduan dipaksa bekerja di situ. Mereka menggali tiga kolam, mengisinya dengan cecair perak dan memastikan makam terpelihara. Rumah-rumah, pegawai-pegawai, barangan berharga dan ganjil dipindah masuk ke dalamnya. Shi Huang turut mengarahkan golongan artisan menghasilkan busur silang yang boleh diaktifkan menerusi mekanisme tertentu di mana sesiapa yang melaluinya akan dipanah terus. Mereka turut menggunakan merkuri untuk menghasilkan sungai-sungai dan laut yang beredar secara mekanikal. Pada bahagian siling ialah objek-objek cakerawala manakala objek di lantai pula merujuk kepada mercu tanda tempatan.”

Lantai kompleks dengan model geografi dan alam semesta yang dicat simbolik dengan statusnya sebagai anak syurga dan wakil dewa-dewi di bumi. Menerusi catatannya, Qian mendapati gundik-gundik Shi Huang turut ditanam bersama maharaja berkenaan. Golongan artisan dan buruh-buruh yang terlibat turut ditanam bersama bagi mengelakkan rahsia khazanah Shi Huang terus kekal sebagai rahsia selama-lamanya.

Bagi tentera terracotta pula, mereka seharusnya diletakkan dalam empat lubang tetapi hanya satu lubang saja yang diisi dengan tentera terracotta yang berukuran dua meter tinggi. Menurut Portal, ini berlaku berikutan makam berkenaan tidak dapat disiapkan selepas 40 tahun kemangkatan Shi Huang ditambah dengan gelombang ketidakstabilan politik yang melanda China antara 210 hingga 206 BC. Berdasarkan rekod ekskavasi, mereka menemui 8,000 figura terracotta (7,000 tentera dan 800 kuda) dengan kebanyakannya dihasilkan secara besar-besaran dari tanah liat.

Walaupun dihasilkan secara besar-besaran, setiap tentera terracotta unik dari segi penampilan termasuk bentuk tubuh badan, bulu muka dan gaya ikatan rambut. Mereka dihasilkan mengikut pangkat masing-masing dari tentera infantri biasa hingga birokrat. Selain diberi lapisan cat lakuer, tentera ini turut dicat dengan warna-warna cerah seperti merah, hijau dan kuning. Tentera-tentera terracotta ini turut dilengkapkan dengan senjata sebenar seperti pedang, anak panah, lembing dan tombak yang diperbuat daripada gangsa. Tetapi kebanyakan senjata berkenaan hilang sama ada dicuri atau digunakan dalam pemberontakan petani yang berlaku antara 210 hingga 206 BC.

Musuh-musuh Shi Huang juga turut mengambil kesempatan dengan menyerang makam berkenaan termasuk membakar dan merosakkan tentera terracotta serta merompak mana-mana khazanah yang boleh diambil. Atas sebab itulah, sesetengah patung terracotta yang ditemui pakar arkeologi dalam keadaan tidak sempurna akibat kerosakan api, asap dan ditimbus tanah.

SUMBER

1. Snow, Dan. (2018). HistoryExtra. Uncovering China’s Terracotta Army. http://bit.ly/2t6GG9g

2. Cartwright, Mark. (2017). Ancient History Encyclopedia. Terracotta Army. http://bit.ly/2lYRMwa

Song Ci – Pelopor Sains Forensik Moden

$
0
0

Sebut pasal sains forensik, kita sedia maklum ia berkait dengan siasatan jenayah terutama autopsi dan analisis bukti. Sains forensik ini bukan saja menentukan fakta sesebuah jenayah itu berlaku atau tidak tetapi juga menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau sebaliknya. Tetapi tidak ramai tahu, sains forensik sebenarnya bermula di China pada abad ke-13 Masihi hasil sumbangan seorang hakim dan pelopor sains forensik bernama Song Ci.

Biografi Song Ci

Song Ci atau nama lainnya Song Tzu dilahirkan pada tahun 1181 dalam sebuah keluarga pegawai kerajaan yang mengamalkan fahaman Confucius. Bapanya juga merupakan seorang hakim dan pada usia mudanya pernah berguru dengan Wu Chih, salah seorang anak murid kepada filsuf dan penulis era Dinasti Song. Semasa berusia 20 tahun, beliau menuntut di Universiti Diraja dan mendapat bimbingan Zhen Dexiu, seorang filsuf fahaman Neo-Confucius dan pemain penting dalam istana Dinasti Song Selatan. Selepas menamatkan pengajian dengan darjah chin shih pada tahun 1217, Song Ci kemudiannya ditawarkan jawatan sebagai sherif di bandar Chekiang. Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mengambil jawatan berkenaan kerana keluarganya masih lagi dibelenggu kesedihan selepas kematian bapanya yang tercinta.

Sembilan tahun selepas itu, Song Ci dilantik sebagai pendaftar mahkamah di Hsin-feng, sebuah bandar di Chiangsi dan mula membina namanya sebagai pegawai kerajaan yang cekap. Semasa berada di Hsin-feng, beliau bertanggungjawab menamatkan pemberontakan petani yang tercetus akibat masalah kekurangan makanan. Satu solusi yang digunakan ialah mengeluarkan makanan dari gudang simpanan kerajaan dan diagihkan kepada penduduk yang terkesan dengan masalah itu. Pada tahun 1238 pula, Song Ci dihantar ke Nan-chien dan beliau mendapati ramai orang kaya menyembunyikan bekalan beras sehingga mengakibatkan masalah kekurangan beras di bandar berkenaan. Berang dengan tindakan mereka, beliau membahagikan kelompok miskin kepada lima bahagian dan mengarahkan sebahagian harta golongan berkenaan disumbang kepada golongan miskin yang memerlukan.

Setahun selepas itu, Song Ci dilantik sebagai hakim di Kuangtung dan seperti dipaparkan dalam drama TVB Witness to a Prosecution, bertanggungjawab membebaskan ramai tahanan yang tidak bersalah dari tuduhan jenayah asal. Beliau juga bertanggungjawab menyelesaikan 200 kes jenayah membabitkan pembunuhan, bunuh diri atau kematian yang tidak disengajakan. Selepas menghabiskan masa dua tahun di Kuangtung, beliau dipindahkan ke Changchou pada tahun 1241 dan membantu Shih Neng-Chih mengumpul dan menambahbaik rekod sejarah dan geografi tempatan. Empat tahun selepas itu, Song Ci dilantik sebagai pentadbir tentera dan daerah Changchou sebelum dipindahkan ke Hunan pada tahun 1247 untuk menjawat jawatan hakim besar. Hunan juga menjadi saksi kepada hasil kerja agungnya yang dinamakan Hsi Yuan Chi Lu (Collected Cases of Injustice Rectified). Pada tahun 1249, beliau dilantik sebagai ketua hakim untuk seluruh wilayah Kuangtung dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

Hsi Yuan Chi Lu

Hsi Yuan Chi Lu dianggap signifikan kepada dunia sains terutama sains forensik kerana ia merupakan buku pertama yang menyentuh subjek berkenaan secara menyeluruh dan sistematik. Song Ci berbuat demikian kerana merasakan walaupun ada beberapa buku berkenaan sains forensik yang menjadi rujukan hakim dan pegawai penyiasat, masih wujud elemen ketidakjujuran dan tidak efisien dalam proses siasatan. Sekiranya dua unsur ini dibiarkan begitu sahaja, beliau bimbang ia akan mengakibatkan ketidakadilan terus berleluasa dan orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Lihat prakata edisi Yuan tahun 1308 ini (prakata ditulis oleh beliau pada tahun 1247):

“Dalam urusan kehakiman, hukuman mati merupakan hukuman paling berat dan bagi kesalahan bunuh, pembuktian perlu dibuat menerusi motif dan keterangan saksi. Dari situ, barulah hakim akan menentukan sama ada tertuduh itu bersalah atau tidak. Hakim dan pegawai penjara perlu mengikut undang-undang yang dinyatakan dengan tegas. Baru-baru ini, kebanyakan mahkamah dan bandar kecil menugaskan tugas siasatan kepada pegawai-pegawai yang baru dilantik atau kadangkala, pegawai tentera yang langsung tiada pengalaman tetapi diarah melakukan siasatan.

Selain itu, kelicikan suspek dan korupsi yang menyelubungi kerani biasa boleh mengakibatkan fantasi dan pemalsuan fakta, sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. Sekiranya seseorang itu cerdik sekalipun, dia tidak mempunyai cara atau sumber untuk mengaplikasikan kebijaksanaannya. Lebih buruk bila si penyiasat itu hanya memerhati tempat kejadian dari jauh, tidak mahu meneliti tempat kejadian atau mayat dan enggan melibatkan diri dalam proses siasatan!

Empat kali aku diangkat sebagai hakim dan walaupun aku tiada bakat untuk berbuat demikian, amat penting bagi aku berhati-hati bila menentukan kes perbicaraan. Sekiranya wujud unsur penipuan, maka penipuan si banduan itu harus dibuktikan betul atau sebaliknya. Sekiranya sesebuah kes itu sulit, aku tidak berani mengeluarkan penghakiman terlalu cepat kerana orang mati tidak boleh mempertahankan dirinya dari ketidakadilan. Aku merasakan kebanyakan keputusan salah di mahkamah berlaku kerana kenyataan saksi yang salah dan konklusi salah dari siasatan awal yang dijalankan.

Justeru, aku mengutip buku-buku terbaru yang menyentuh subjek ini dari Nei Shu Lu, menyemak semua kenyataan mereka, memilih item mana yang penting, menambah pandanganku dan aku kumpulkan semuanya dalam satu buku yang aku panggil Hsi Yuan Chi Lu. Blok cetakan diukir di pejabat Hakim Besar Hunan. Aku menunjukkan buku ini kepada rakan-rakanku agar ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan pembelajaran sama. Ianya sama seperti para doktor membincangkan teknik-teknik perubatan lama. Jika kamu memahami sistem peredaran pneuma dan darah, maka kamu tidak akan terlepas tempat sesuai untuk memasukkan jarum akupuntur. Itulah faedah ‘Washing Away of Wrongs’ yang dilihat mempunyai merit yang hampir sama dengan menyelamatkan nyawa manusia dari kematian.”

Antara teknik forensik yang disenaraikan dalam Hsi Yuan Chi Lu ialah:

1. Penggunaan lampu pelita yang diletakkan dengan kaca merah atau kain sutera merah sebagai penapis untuk melihat bahagian lebam pada anggota badan, sama seperti lampu ultraungu yang digunakan oleh penyiasat forensik hari ini.

2. Untuk mengesahkan sama ada rangka tulang itu milik saudara mangsa atau tidak, setitis darah waris akan diletakkan pada tulang. Jika ia menyerap darah berkenaan, maka rangka tersebut memang ada pertalian dengan waris. Jika tidak, ia tidak akan diserap. Bagaimanapun, ini tidak berhasil kepada tulang yang sudah dibasahi air garam dan ini boleh menjejaskan ujian pengesahan. Ujian ini banyak disebut dalam teks-teks lama China sebelum era Song Ci dan dianggap ujian DNA pertama ketika itu.

3. Melihat pengaruh serangga pada mayat atau peralatan yang digunakan suspek. Ini diaplikasikan dalam satu kes pembunuhan seorang lelaki yang dibunuh kerana pertelagahan soal hutang. Selepas memeriksa mayat dan tempat kejadian, Song Ci meminta semua sabit diserahkan kepada mahkamah untuk diperiksa. Mana-mana pemilik sabit yang enggan berbuat demikian akan dianggap menghalang proses keadilan dan akan dihukum. Selepas memeriksa semua sabit yang diserahkan, beliau mendapati ada satu sabit yang menarik perhatian lalat. Bila ditanya siapa pemiliknya, pemilik berkenaan mengaku sabit itu miliknya dan mempunyai masalah hutang dengan si mati tetapi bertegas dia bukan pembunuhnya. Song Ci kemudian mendedahkan lalat itu sentiasa menghurungi sabit itu kerana sabit itu masih mengandungi bau darah si mati.

SUMBER

1. Needham, Joseph dan Gwei-Djen, Lu. (1988). A HISTORY OF FORENSIC MEDICINE IN CHINA. http://bit.ly/2t8Mlvu

2. Clearharmony.net. (2003). Ancient Chinese Forensic Medicine. http://bit.ly/2UOSPvz

Pencetus Jihad – “Dahagi” 1915 Tumpahnya Darah Pejuang

Tips Pembikinan Cerita Seram

Skandal Penyelamatan AIG

$
0
0

Bagi yang pernah menonton filem The Big Short, pasti sedia maklum ia berkisar tentang krisis kewangan dunia yang berlaku pada tahun 2007 dan 2008. Filem yang menampilkan Christian Bale sebagai Dr Michael Burry dan Brad Pitt sebagai Ben Rickett (berdasarkan Ben Hockett) memperlihatkan skala ketamakan industri kewangan yang memanipulasi pasaran perumahan yang tidak stabil sehingga akhirnya membawa kepada kejatuhan Lehman Brothers pada tahun 2008. Tetapi filem arahan Adam McKay gagal menyebut satu lagi pemain utama yang hampir-hampir di ambang kemusnahan iaitu American Insurance Group (AIG).

Orang tamak selalu rugi

Ada sesetengah yang berpandangan kejatuhan AIG ini berpunca akibat kelemahan produk insuran am atau insuran hayat mereka. Pandangan sebegini bukan saja dangkal tetapi tersasar jauh. AIG jatuh kerana produk insuran bon mereka dan semua ini bermula di sebuah pejabat cawangan mereka di London yang dikenali sebagai AIG Financial Products (AIGFP). Bukan setahun dua divisyen AIG ini menjual insuran pelaburan terutama sekiranya pelaburan berhadapan masalah seperti perubahan kadar faedah atau mana-mana masalah ekonomi yang tidak dikesan.

Tetapi pada lewat tahun 1990-an, AIGFP melihat peluang baru untuk menghasilkan lebih banyak duit. Peluang yang dimaksudkan ialah collateralized debt obligation (CDO) menjadi pilihan banyak institusi kewangan besar termasuk bank-bank besar Amerika dan antara sasaran utama mereka ialah pasaran perumahan. Sebelum krisis kewangan global meletus, rumah dispekulasikan sebagai bahan pelaburan yang tidak akan turun nilai pelaburannya. Oleh sebab itu, bank-bank di US memberi pinjaman perumahan kepda semua orang. Bank bagi pinjaman kepada prime lender (peminjam dengan credit rating tinggi) dan subprime lender (peminjam dengan credit rating rendah).

Bila bank bagi pinjaman kepada orang, pinjaman cagaran itu dikumpulkan dan dijual kepada pelabur. Itu yang dinamakan mortgage backed security (cagaran yang disokong sekuriti). Pinjaman prime lender dikumpulkan dan dijual kepada pelabur. Begitu juga dengan pinjaman subprime lender yang turut dikumpulkan dan dijual kepada pelabur. Kupon MBS ini dibayar dengan menggunakan ansuran bayaran peminjam. Kali pertama bank buat, bank tak terus bagi pinjaman kepada subprime lender kerana mereka perlu memberi pinjaman kepada prime lender dulu.

Bila mereka bagi pinjaman dekat kepada prime lender, bank kumpulkan pinjaman tersebut menjadi MBS dan menjualnya kepada pelabur. AIG nampak peluang nak buat duit dan perkenalkan Credit Default Swap (CDS) kepada pelabur. CDS berfungsi sebagai insuran kepada bon tersebut . Kalau bond default, pemegang CDS akan dibayar pampasan. Taktik sebegini menguntungkan pemain-pemain perbankan dan AIG disebabkan oleh prime lender. Prime lender tidak berdepan masalah membayar ansuran dan tidak wujud risiko bond default.

Bila ini berhasil buat kali pertama, bank-bank dan AIG semakin tamak. Untuk menambah margin keuntungan, mereka beri pinjaman pula kepada subprime lender. Pinjaman yang diberi kepada subprime lender ini dikumpulkan menjadi MBS dan dijual kepada pelabur. Sementara AIG turut perkenalkan CDS untuk MBS subprime tu. Tapi bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Pada ketika itu, pemain perbankan dan AIG menjadi mangsa ketamakan mereka.

Mula-mula tiada masalah dari segi pembayaran ansuran. Tetapi selepas Rizab Persekutuan naikkan kadar faedah, subprime lender mula berdepan masalah pembayaran kerana ansuran bulanan menjadi tinggi. Ini mendorong ramai menjual rumah sekaligus mencetuskan lambakan rumah. Bila rumah yang diletakkan di pasaran terlalu banyak, harga rumah jatuh dan peminjam subprime tidak dapat membayar pinjaman. Bila berlaku situasi ini, ia mencetuskan reaksi berantai yang memaksa AIG membayar liputan bon yang tinggi untuk bond default dan CDS.

Harga sebuah penyelamatan

Terima kasih kepada ketamakan semua pemain terlibat, ia mengakibatkan krisis kewangan dunia paling buruk pada tahun 2007 dan 2008. Tetapi terima kasih juga kepada pembayar cukai negara Uncle Sam itu, AIG tidak mengalami nasib sama seperti Lehman Brothers. Namun, harga yang dibayar amat mahal dan sama sekali tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan pemain-pemain perbankan ini. Skala kerosakan akibat pemain perbankan ini didedahkan oleh satu laporan jawatankuasa Kongres yang dipengerusikan oleh Senator Massachusets, Elizabeth Warren pada tahun 2010.

Berdasarkan siasatan Kongres, selepas tumbangnya Lehman Brothers pada 15 September 2008, keadaan panik turut melanda AIG. Dengan situasi genting menyelubungi syarikat berkenaan termasuk prospek diisytiharkan muflis, Pengerusi Bank Rizab Persekutuan New York Timothy Geithner mengadakan pertemuan dengan bank-bank terbesar di Wall Street tentang masalah ini. Dalam mesyuarat yang turut dihadiri Jamie Dimon (JPMorgan Chase) dan Lloyd Blankfein (Goldman Sach), industri perbankan dan bukannya Rizab Persekutuan yang seharusnya menyelamatkan AIG.

Ini kerana menurut Geithner, ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal bagi pihak rizab campur tangan atau menyuntik dana bagi menyelamatkan AIG dari tumbang. Untuk mencapai agenda tersebut, sebuah konsortium perbankan dibentuk untuk memberi pinjaman kepada AIG sehinggalah mereka kembali stabil. JPMorgan Chase seharusnya memainkan peranan sebagai peminjam utama manakala Goldman Sach membantu AIG menjual aset-aset mereka.

Geithner tidak perlu mengugut mereka untuk berbuat demikian kerana dalam lipatan sejarah, bank-bank terpaksa bertindak untuk menjaga periuk nasi masing-masing. Pada tahun 1998, bank-bank ini menghulurkan pinjaman kepada dana lindung nilai Long Term Capital Management kerana sekiranya ia tumbang, ia boleh mencetuskan reaksi domino di Wall Street.

Pada tahun 1980-an pula, bila benua Amerika Latin dilanda krisis hutang yang dahsyat, rizab menggunakan pengaruh mereka untuk memaksa bank-bank US untuk memberi konsesi kepada negara-negara terlibat. Ini bukan saja membantu menyelamatkan Mexico, Brazil dan Argentina tetapi juga mengelakkan beberapa bank Wall Street dari tumbang.

Justeru, dengan krisis AIG yang memberi kesan kepada semua, Geithner mengharapkan respon sama kerana AIG merupakan sebuah syarikat insuran dan bukan sebuah syarikat perbankan. Beliau sudah tahu AIG dilanda masalah bukan pada ketika itu tetapi pada musim panas 2008. Pada musim panas tersebut, CEO mereka menghampiri Geithner dan mahu diberi akses kepada tetingkap diskaun rizab, tempat di mana bank-bank mahu mendapatkan pinjaman kecairan jangka pendek. Beliau menolak permintaan syarikat berkenaan tetapi sedar berapa banyak institusi perbankan yang berhadapan situasi sama akibat masalah AIG.

Jawatankuasa bank ini berkumpul di rizab dan bekerja siang malam bagi mencari solusi terbaik. Jawatankuasa ini turut disertai oleh AIG dan pengawal atur insuran negeri New York dengan Morgan Stanley menjadi penasihat baru Jabatan Perbendaharaan. Selepas membuat kiraan, mereka menganggarkan AIG memerlukan $75 bilion untuk membayar semua liputan AIG termasuk kepada bank-bank.

Dan Goldman Sach langsung tidak membantu yang mahukan setiap sen duit mereka dibayar semula. Setiausaha Perbendaharaan Henry Paulson pula menjauhkan diri dari usaha ini kerana sibuk memadam api lain yang tercetus dari krisis ini. Dan beliau turut memberi jaminan sebarang usaha menyelamatkan AIG membabitkan pihak swasta dan bukan pihak kerajaan.

Tetapi entah bagaimana, bank-bank memilih untuk tidak menyelamatkan AIG. Jawatankuasa Kongres merasa hairan mengapa pentadbiran George W. Bush ketika itu tidak menggunakan pelbagai kaedah termasuk tekanan untuk memaksa bank-bank kembali ke meja rundingan dan melakukan sedikit pengorbanan untuk membantu AIG.

Tetapi suka atau tidak, rizab terpaksa bertindak pantas dan menggunakan term sheet sebagai panduan operasi mereka dan mewujudkan dana kredit sebanyak $85 bilion. Pada lewat Selasa, mereka meminjamkan $12 bilion dan $12 bilion pada hari berikutnya. Dan teka siapa labu yang mendapat untung dari semua ini? Goldman Sach ketawa terbahak-bahak melihat akaun bank mereka dibayar $13 bilion hasil dari penyelamatan oleh pihak kerajaan ini.

Dan pihak jawatankuasa merasa pelik mengapa Rizab Persekutuan bersungguh-sungguh merahsiakan aspek penyelamatan ini dan tidak mencari kaedah di mana ia tidak merugikan pembayar cukai. Tetapi itulah yang berlaku di mana pihak rizab menjadi pembayar kepada semua kontrak dan ia berterusan selama dua bulan sebelum satu solusi baru diperkenalkan.

Solusi ini dikenali sebagai pertukaran Maiden Lane di mana kerajaan membayar semua pihak yang terkena, mengambil alih semua kontrak dan memansuhkan semuanya. Dan bank-bank seperti biasa tersenyum sampai telinga kerana mereka mengutip aset dengan nilai penuh. Tetapi itu bukan jaminan agensi pemberi rating untuk meneruskan penurunan rating AIG dan untuk mengelak situasi muflis melanda syarikat berkenaan, bank-bank sedia membuat perjanjian dengan rizab.

Berdasarkan semua ini, jawatankuasa membuat beberapa kesimpulan:

1. Kegagalan rizab menghasilkan term sheet mereka dan sebaliknya menggunakan term sheet yang dirundingkan pihak swasta mengakibatkan berbilion dolar dibelanjakan untuk menyelamatkan AIG. Rizab juga dilihat tidak mahu memanggil pakar-pakar kewangan lain untuk merundingkan soal ini sehingga menyukarkan mereka mendapat solusi yang baik dari krisis berkenaan.

2. Wujudnya konflik kepentingan bukan saja membabitkan bank-bank tetapi juga pihak rizab sendiri di mana ada sesetengah kakitangan saling bertukar tempat dari sektor kerajaan ke sektor swasta dan sebaliknya. Ada juga yang bersifat mementingkan diri seperti Goldman Sach yang melihat laba yang diperoleh dari proses penyelamatan lebih tinggi sekiranya ia dilakukan pihak rizab dan bukannya sektor swasta.

3. Kegagalan Rizab Persekutuan sebagai pengawal atur kewangan berikutan undang-undang sedia ada dilihat lemah dan tidak memberi kekuatan yang diperlukan mereka dalam menghadapi bank-bank gergasi yang merasakan diri mereka kebal dari undang-undang. Ketiadaan reformasi dalam soal ini sekaligus meletakkan kredibiliti institusi berkenaan dipersoalkan ramai pihak termasuk orang awam.

SUMBER

1. Gethard, Gregory. (2017). Investopedia.com.Falling Giant: a Case Study of AIG. https://www.investopedia.com/…/american-investment-group-ai…

2. Greider, William. (2010). The Nation. The AIG Bailout Scandal. http://bit.ly/2cUcm7t


“Inilah Selfie Terakhir Kita” – Perkongsian Menyentuh Hati Dari Seorang Suami Khas Buat Isteri Tercinta

$
0
0


Walaupun hidup serumah dan tidur sekatil, bukan semua suami dapat memahami apa yang dirasai oleh isteri. Segala keletihan yang dihadapi isteri ada ketikanya dipendamkan sahaja bagi menjaga hati suami ataupun mungkin kerana tidak mahu membebankan suami.

Setiap yang hidup itu pasti m4ti. Namun cara bagaimana kita akan dijemput Ilahi, terus kekal menjadi rahsia Tuhan hingga sampai detiknya itu.

Cuma apa yang boleh kita serta seisi keluarga lakukan, terus berdoa untuk pengakhiran hidup yang baik dan sempurna.

Manakala perkongsian daripada seorang suami ini pula cukup menyentuh hati. Suri hatinya telah pergi dahulu daripadanya dengan meninggalkan seorang zuriat.


Mengabadikan kenangan, turut berselfie dan meluah rasa hati diakuan FB-nya. Cukup syahdu dan didoakan roh isterinya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman…Amin.

Untuk itu, ikuti perkongsian penuh posting daripada seorang suami bernama Mohamad Khusyairi ini.

“SELFIE TERAKHIR”

Maafkan abang sayang andai selama ni abang banyak salah.. Maafkan abang andai banyak terleka.. Maafkan abang andai banyak hajat sayang  tak tertunai.. Maafkan abang..

Harini abang  tak tidur.. Harini abang duduk sebelah sayang.. Harini abang bisik kalimah syahadah di telinga sayang.. sampai sayang hembuskan nafas terakhir.

Selalu bila sayang sakit abang mandikan sayang.. Tapi harini adalah kali terakhir abang mandikan sayang..

Abg usap lembut tangan yang masakkan abang setiap hari.. Abang usap parut yang selalu abang sapukan ubat.. Abang belai wajah yang selalu abang kucup.. Abang belai perut yang mengandungkan zuriat abang..



Lepas ni tak ada dah abang nak potongkan kuku sayang.. Lepas ni tak ada dah abang tolak sayang pakai wheelchair.. Lepas ni tak ada dah abang hantar sayang check up appoinment doktor.. Lepas ni tak ada dah abang buatkan air gula untuk sayang..

Abang letih, abang tak tidur, tapi abang gagahkan jugak peluk sayang, abang gagahkan jugak turunkan sayang ke liang l4had, abang gagahkan juga mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil..

Sebab abang tau ini kali terakhir abang buat semua tu untuk sayang..

Adi marah bila orang tanam ummi dia.. Adi meng4muk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura-pura m4ti depan dia.. Dia tak tau harini yang sayang  tak pura-pura.



Semuanya dah berlalu sayang.. Syg pergi dengan mudah.. Sayang tak mend3rita lagi dah atas dunia ni.. Amanah yang sayang tinggalkan untuk abang ni akan abang jaga sebaik mungkin.

Kita tak banyak gambar selfie bersama sebab abang malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abang kenang smpai bila-bila kenangan kita berdua dan bertiga..

Sumber : theklasik.com

Sumber “Inilah Selfie Terakhir Kita” – Perkongsian Menyentuh Hati Dari Seorang Suami Khas Buat Isteri Tercinta

"Janganlah Sekadar Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Saja. Air Mata Isteri Kita Sangatlah Mahal, Jadi Fahamilah Mereka!"– Ebit Lew

$
0
0


Kisah meruntun jiwa ini pula tentang pengorbanan isteri yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ini wajar dijadikan panduan oleh semua suami. Janganlah hanya memandang atau mencari isteri apabila anda memerlukannya sahaja.

Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan mahupun masalah isteri serta jadilah seorang pendengar yang setia dalam setiap perkongsiannya. Ingatlah bahawa kemuncak takwa ialah akhlak yang baik dan kkemuncak akhlak yang baik apabila suami berbuat baik terhadap isteri.

Tadi semasa di kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.

Cuba abang tulis kebaikan isteri abang..

Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.

Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita..

Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.

Bila anak sakit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.

Tapi isteri sakit, pening, migrain, sakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer.

Kadang mengadu sakit kena m4rah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri… mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sakit.

Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.

Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali m4ti untuk kita. 9 bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…

24 jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dah ler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.

Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

Susah ke abang?

Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa.

Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..

Baik ustaz. Terima kaseh. Baru saya faham kenapa ustaz amat cintakan wanita.

Rasulullah SAW sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita di sisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah buat baik terhadap isteri.

Sumber : FB Mohamad Khusyairi dan Ebit Lew

Sumber "Janganlah Sekadar Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Saja. Air Mata Isteri Kita Sangatlah Mahal, Jadi Fahamilah Mereka!"– Ebit Lew

'Ini kehendak saya dan saya sudah bersedia jika peminat boikot saya' - Artis popular, Emma Maembong

$
0
0


“SELAMA ini bukan hipokrit tetapi keputusan ini dibuat kerana saya mahu menjadi diri saya. Sudah sampai waktu saya memikirkan kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri.

“Lagipun, ketika bertudung tiada siapa yang suruh, ia atas kerelaan sendiri. Dan, keputusan untuk buka tudung pun atas kehendak sendiri, bukan kerana orang lain,” kata pelakon Emma Maembong mengenai keputusannya tidak lagi berhijab sejak tiga hari lalu.

Emma ketika ditemubual secara langsung di Facebook Live Harian Metro berkata, sudah sampai masanya dia memikirkan kebahagiaan diri sendiri.

“Sampai bila nak jaga hati orang. Saya berhak cari kebahagiaan dan tersenyum gembira.

“Selama ini kerjaya saya menghiburkan orang lain. Saya nak juga ada kehidupan sendiri,” katanya.

Menurut Emma, dia bersedia sekiranya peminat mahu memboikot drama lakonannya selepas kecewa dengan keputusan itu.



“Siapa yang masih menyokong, syukur manakala sebaliknya saya terima. Saya tak kisah kerana keluarga dan rakan-rakan tetap ada dengan saya. Itu sudah memadai.

“Setiap manusia buat kesilapan. Keputusan saya ini memang salah namun tegurlah secara baik dan beri sokongan motivasi,” katanya.

Emma turut menjelaskan, keputusan untuk tidak berhijab bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya sudah lama difikirkan.

“Ini bukan keputusan mengejut tetapi sudah lama saya fikirkan.

“Saya tahu ramai marah, saya minta maaf. Saya tak kisah orang bagi nasihat. Kalau benda tak elok orang nasihat saya terima bulat-bulat. Saya tak marah pun.

“Biarlah keputusan ini antara saya dengan Allah,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi keluarganya, Emma berkata, mereka tidak menyokong tetapi menghormati keputusannya.

“Mereka tak sokong sebab keputusan itu salah. Namun mereka memahami dan mahu saya menjadi diri sendiri.

“Lagipun, mereka tahu jatuh bangun saya. Apa yang saya lalui bukan mudah tak seperti senyuman di Instagram.



“Mereka tidak melarang tetapi mendoakan supaya satu hari nanti saya jumpa jalan yang terbaik dan teruskan apa yang saya buat (berhijab) sebelum ini. Mereka juga pesan jangan berhenti berdoa,” katanya.

Mengulas mengenai perniagaan tudung yang diusahakan, Emma bersedia menerima apa saja kemungkinan.

“Saya mulakan bisnes ini sebelum bertudung lagi. Saya pakai tudung bukan sebab nak jual tudung .

“Kalau masih ada yang beli saya berterima kasih, kalau tak mahu beli lagi saya tetap berterima kasih sebab pernah sokong perniagaan ini,” katanya.

Sumber : harian metro

Sumber 'Ini kehendak saya dan saya sudah bersedia jika peminat boikot saya' - Artis popular, Emma Maembong

“Tiada Apa Lagi...Kecuali Memulakan Kembali Dengan Mengucapkan Innalilah...” - PU Syed

$
0
0


Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed akui kecewa dengan keputusan pelakon Emma Maembong membuka tudung.

Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tindakan Emma itu sangat pelik.

“Tiada apa komentar ambe terhadap beliau ini kecuali memulakan dgn mengucapkan innalillahiwainnailaihirojiun...

“Dosa beliau dgn Tuhan katanya, inilah ungkapan yg sangat berani.

“Sering kali kita cerita sifat kasih sayang Allah yg akan menerima taubat hamba²Nya. Namun jangan dilupa bahawa azab Allah juga amatlah pedih.. Zaman dahulu umat Islam sanggup mempertaruhkan nyawa utk jaga kesucian syariat Allah.




“Tindakan ini walaupun dia sendiri tahu ianya tidak baik, tapi tetap melakukannya juga, jelas di sana satu tindakan yg sgt pelik,” tulisnya.

Juara PU musim ketiga itu mengulas mengenai perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

[BACA: Selepas 5 Tahun Berhijab... Emma Maembong Sah Buka Tudung, Kembali Free Hair]

Pun begitu, PU Syed tetap berharap agar Emma kembali berhijab seperti sebelum ini dan cuba istiqamah dengan mencari rakan-rakan yang baik.

“Semoga dia u turn kembali dari keputusannya itu. Kerana dalam islam, umatnya kena patuh perintah dan larangan Allah samada mereka suka atau terpaksa.

“Cara nak istiqamah dlm berubah, seseorang itu mestilah mencari insan² baik yg boleh menasihatinya dgn betul serta bersama dengan org yg nak berubah. Bersahabat dgn mereka dan bukanlah mencari seseorang yg memesongkan kita dari kebenaran. Apatah lagi dari syariat Allah,” katanya lagi.

Semalam, gempar apabila Emma mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung semenjak tiga hari lalu.

Sumber “Tiada Apa Lagi...Kecuali Memulakan Kembali Dengan Mengucapkan Innalilah...” - PU Syed

Ini jawapan balas dari Syed Abdullah selepas netizen menuduhnya jadi punca kenapa Emma Maembong buka tudung

$
0
0


Semalam, pelakon Emma Maembong telah membuat pengakun mengejutkan dirinya kini tidak lagi bertudung.  Keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan bukan kerana orang lain dan sudah sampai masanya untuk beliau memikirkan kebahagiaannya sendiri. Rata-rata peminat kecewa dengan tindakan Emma sehingga ada yang sudah hilang rasa hormat terhadap aktres itu.

Selepas pengumuman itu, netizen mula menyerang akaun Instagram peribadi, Syed Abdullah pula. Mereka menuduh beliau sebagai punca Emma tidak lagi mengenakan hijab.




Mengakui kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan, Syed Abdullah bagaimanapun menganggap segala kecaman ini sebagai satu cabaran.






Artikel menarik lain

Netizen Mahu Kamal Adli ‘Move On’, Jangan Terkenangkan Kisah Cinta Dengan Emma Maembong Lagi



Sebaik sahaja pelakon Emma Maembong mengumumkan beliau sudah membuka hijab, netizen tidak sabar dan menantikan respon daripada bekas kekasihnya, Kamal Adli.



Dalam satu kenyataan Kamal berkata apa yang berlaku kepada Emma adalah satu ujian buatnya dan enggan mengulas lanjut mengenai isu itu memandangkan mereka sudah lama berpisah.




Di akaun Instagram Kamal, rata-rata netizen mendoakan agar beliau segera ‘move on’ dan jangan lagi terkenangkan kisah percintaan terdahulu dengan Emma.





Mereka harap satu hari nanti aktor itu akan dipertemukan dengan seorang wanita yang lebih baik.


Sumber : beautifulnara.com

Sumber Ini jawapan balas dari Syed Abdullah selepas netizen menuduhnya jadi punca kenapa Emma Maembong buka tudung
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>