Bekas PA dedah keburukan Siti Elizad meroyan macam orang gila bila gaduh dengan laki
Siti Elizad minta hentikan, nafi rumah tangga bermasalah
Pelakon popular Siti Elizad meminta pihak yang cuba memburuk-burukkan nama dan rumah tangganya supaya berhenti menyebarkan cerita tidak betul itu.
Elizad, 31, berkata, dia memang tahu siapa dalang yang cuba mencemarkan nama baiknya itu.
Baca artikel sebelum: Bekas PA dedah keburukan Siti Elizad meroyan macam orang gila bila gaduh dengan laki
“Sebenarnya, sudah setahun pihak terbabit menyebarkan cerita buruk dan tidak betul mengenai saya. Namun, saya hanya bersabar dan berdoa semoga dia akan segera berubah.
“Namun, nampaknya dia masih lagi menyebarkan cerita buruk yang sama. Saya berharap semoga dia muhasabah diri dan meneruskan kehidupannya. Saya juga tidak pernah berhenti berdoa semoga dia dilimpahkan rezeki oleh Allah,” katanya.
Elizad berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak terbabit di laman sosial mengenai rumah tangganya yang dikatakan bermasalah.
Ditanya sama ada perkahwinannya kini bermasalah, Elizad menafikannya dan menjelaskan dia dan suami, Shamsul Baharin Rahman, 43, bahagia hingga hari ini.
“Alhamdulillah, rumah tangga saya bahagia. Saya sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat cerita rumah tangga kami bermasalah?
“Saya bertuah kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Mereka yang rapat dengan saya juga tahu suami saya seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. “Jadi, kepada pihak yang dimaksudkan semoga berhentilah menyebarkan fitnah mengenai rumah tangga saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Siti Elizad minta hentikan, nafi rumah tangga bermasalah
Pengantin tanggung malu catering tak sampai, pemilik catering beri alasan terlupa
Pasangan pengantin yang meraikan hari bahagia mereka semalam kecewa dengan tindakan pihak pengusaha makanan kateringyang gagal menyediakan makanan sepertimana yang dijanjikan.
Pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Ain, 25, berkata, pihaknya telah mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan syarikat berkenaan termasuklah membayar wang keseluruhan RM9,000 sebelum majlis bermula.
Menurutnya, semasa sedang bersiap untuk ke majlis resepsi kira-kira hampir jam 12 tengah hari, dia dihubungi keluarga bertanyakan tentang makanan yang belum tiba sedangkan tetamu sudah mula memenuhi dewan di Tikam Batu.
“Bila saya hubungi tuan katering, dia bagi tahu terlupa dan sangka majlis kenduri diadakan esok (13 Februari) sedangkan di surat tempahan awal-awal lagi tertera tarikh 12 Februari 2017,” katanya dalam keadaan sebak semalam.
Disebabkan itu, sanak saudara dan tetamu jemputan yang datang seawal 11.30 pagi terpaksa menunggu hampir dua jam untuk menikmati hidangan.
Mujur tuan rumah ada menyediakan menu sampingan laksa yang pada mulanya menjadi menu petang akhirnya bertukar jadi menu utama.
“Disebabkan sedikit, hidangan laksa ini habis lebih awal. “Nasi hanya sampai kira-kira jam 2 petang, itu pun berlaukkan ayam dan sedikit lauk ikan sahaja,” katanya.
Ain berkata, pemilik katering yang dihubungi berjanji menyediakan makanan dan menghantar menu sampingan untuk majlisnya terlebih dahulu, namun mengambil masa beberapa jam untuk siap sepenuhnya sehingga ada tetamunya terpaksa pulang dengan hampa.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi majlis mendapati, lauk tambahan ayam dan daging masak hitam hanya disediakan kira-kira jam 4 petang sedangkan majlis tamat sejam kemudian.
Ain menjelaskan, dia telah membayar RM9,000 untuk menempah juadah bagi 1,400 tetamu antaranya nasi putih, nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, acar timun, bubur kacang, air dan makanan pengantin yang ditandakan percuma.
Katanya, dia dan pasangan juga menanggung malu berikutan majlis sambut menantu turut dianjurkan serentak memandangkan ia majlis perkahwinan terakhir bagi keluarga Ain dan kali pertama bagi keluarga sebelah suami.
“Kami rancang dengan sebaik-baiknya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, bukan sahaja malu dengan ahli keluarga tapi sanak-saudara dan kenalan yang datang jauh semata-mata nak menjamu selera tapi makanan lambat.
“Ada juga kawan-kawan yang bekerja terpaksa balik ke tempat kerja tanpa makan selepas masa rehat tamat, puas ahli keluarga mohon ampun dan minta maaf kepada tetamu,” katanya.
Ain berkata, hanya lauk ayam dan daging sahaja dihantar, sedangkan menu lain seperti acar timun, bubur kacang dan buah tidak dihantar sehingga jam 4 petang semalam.
Dia bagaimanapun menuntut ganti rugi atas apa yang berlaku dan mahu pihak katerer bertanggungjawab sepenuhnya.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tikam Batu berhubung kejadian.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Pengantin tanggung malu catering tak sampai, pemilik catering beri alasan terlupa
Katering akui silap terlupa, salahkan pengantin tukar tarikh banyak kali
“Saya akui kesilapan saya hantar makanan lewat tetapi semuanya selesai tanpa sebarang masalah.”
Itu antara reaksi pemilik katering yang memperkenalkan dirinya sebagai Syed ketika dihubungi Sinar Harian semalam berhubung ketidakpuasan hati sepasang pengantin apabila makanan yang ditempah tidak dapat disiapkan sepertimana yang dijanjikan.
Baca artikel sebelum: Pengantin tanggung malu catering tak sampai, pemilik catering beri alasan terlupa
Dakwa Syed, antara faktor yang menimbulkan kekeliruan termasuklah pihak pengantin mengubah tarikh beberapa kali sehingga menyebabkan pihaknya tersilap.
“Saya akui kesilapan saya sebab hantar makanan lewat tapi bukan kita tak hantar makanan, semuanya dah ada, dah selesai.
“Bila dihubungi oleh pihak pengantin, saya cuba atasi dengan menghantar lauk back up dulu, lepas itu baru hantar lauk lain kemudian,” katanya.
Dakwanya, dia juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Katering akui silap terlupa, salahkan pengantin tukar tarikh banyak kali
Pasangan dicekup berbogel dalam kereta, beri alasan tak mampu sewa hotel
Akibat tidak cukup wang untuk menyewa hotel, sepasang kekasih sanggup memilih bermalam di dalam kereta sebelum dicekup polis dalam keadaan berbogel di kawasan parkir awam tepi jalan Pantai Batu Buruk, di sini, Jumaat lalu.
Pasangan berusia 20 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditangkap kira-kira jam 3.30 pagi ketika anggota polis sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah di sekitar kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pasangan yang masih berstatus pelajar itu ditahan selepas anggota polis yang membuat rondaan keselamatan menemui sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan.
“Suasana di persekitaran tersebut agak gelap menyebabkan anggota bertugas terpaksa menggunakan lampu picit bagi menyuluh melalui cermin hadapan dan cermin sisi belakang kenderaan itu untuk membuat pemeriksaan.
“Bagaimanapun, sejurus disuluh, anggota ternampak pasangan kekasih itu berada di bahagian kerusi belakang yang mana si lelaki dalam keadaan berbogel manakala pasangannya hanya memakai baju tanpa seluar,” katanya.
Wan Mohd berkata, terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, pasangan kekasih itu kelam kabut mencari pakaian masing-masing sebelum membuka pintu kereta untuk disoal siasat.
“Hasil siasatan mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan datang dari Kelantan semata-mata untuk bermadu asmara di sini bagi mengelak daripada dihidu ahli keluarga.
“Mereka juga mengaku terpaksa memilih tidur di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa hotel,” katanya.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana persediaan melakukan zina.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Pasangan dicekup berbogel dalam kereta, beri alasan tak mampu sewa hotel
Fattah Amin lancar buku 99 Kata-Kata Fattah Amin berharga RM50 kerana dikutuk kayu
Pelakon Fattah Amin berkongsi kata-kata yang memberi inspirasi kepadanya sepanjang bergelar anak seni dalam sebuah buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.
Fattah, 27, berkata, antara kata-kata istimewa yang dikongsi adalah berkaitan lakonannya sebelum ini pernah dikritik sebagai kayu.
“Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.
“Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini.
“Antara kata-kata yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan kerana dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai,” ujarnya kepada mStar Online.
Fattah bergambar bersama peminat pada majlis pelancaran bukunya yang berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.
Fattah ditemui pada majlis pelancaran buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang diadakan di NU Sentral, di sini, Sabtu.
Katanya, idea menghasilkan buku tersebut dilakukan sejak tiga bulan yang lalu.
“Saya mengambil masa tiga bulan untuk kumpul semua kata-kata saya dan kata-kata orang luar kepada saya yang memberi semangat.
“Saya juga berharap ia berguna kepada orang lain ketika mereka berasa kurang bersemangat untuk menjalani kehidupan,” ujarnya.
Selain itu, Fattah berkata, setiap pembelian buku tersebut turut menerima sebuah cekera padat yang memuatkan single pertamanya Wanita Terakhir yang turut memuatkan versi akustik.
Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM50 senaskah.
Sumber: Mstar
Sumber Fattah Amin lancar buku 99 Kata-Kata Fattah Amin berharga RM50 kerana dikutuk kayu
Sharnaaz sindir Fattah Amin buat buku di twitter?
Entah apa yang dipendam Sharnaaz Ahmad, akhirnya perkara tersebut meletus dan membuatkan pelakon ini meluahkan perasaan di Twitter. Apa yang lebih menarik, perkara tersebut turut dipersetujui segelintir warga laman sosial namun ada juga yang membantah tindakannya itu.
“Aku tak pernah suka ko, sebab fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai. Tapak kaki menunggu jilaka,” antara salah satu kata kata yang diluahkan Sharnaaz.
Selain itu, pelakon lelaki ini juga mempertikaikan keupayaan Fattah dalam menulis buku yang baru sahaja dilancarkannya baru baru ini. Umum mengetahui buku yang dikeluarkan oleh Fattah tersebut turut menjadi kecaman di laman sosial.
Lebih menarik lagi, perkara tersebut rupa rupanya turut meleret sehingga ke Instagram bakal isteri Sharnaaz iaitu Nabila. Perkara tersebut membuatkan suasana di laman sosial lebih meriah. Mungkin juga akaun kena godam, manalah kita tahu, bukan?
Bagaimanapun siapalah kita untuk menghalang Fattah Amin untuk mengeluarkan buku. Apa yang pasti, buku tersebut pastinya disasarkan untuk peminat yang taksub kepadanya dan bukannya kepada golongan yang jelik membaca quote yang ada di dalam buku tersebut.
Namun bukanlah salah juga buat Sharnaaz meluahkan apa yang terbuku di hati yang turut mewakili segelintir perasaan warga laman sosial yang lain. Drama sebegini diperlukan bagi memeriahkan industri hiburan tanah air.
Sumber: Roti Kaya
Sumber Sharnaaz sindir Fattah Amin buat buku di twitter?
Peguam kontroversi, Siti Kasim curi tumpuan aju soalan tentang hudud dalam Forum Sejauh Mana Anda Memahami Hudud
Peguam kontroversi, Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mencuri tumpuan ketika mengajukan soalan dalam sesi soal jawab Forum ‘Sejauh Mana Anda Memahami Hudud’ di Dewan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini, hari ini.
Tampil bersahaja, Siti Kasim ketika mengajukan pertamanya berkenaan soal hakim yang didakwanya tiada keberanian untuk mentafsir kes berkaitan dengan isu agama.
“Kenapa saya lihat di mahkamah, jika ada isu Islam disebut walaupun hanya sedikit, hakim-hakim tidak ada keberanian untuk tafsir undang-undang tersebut seperti sepatutnya.
“Ini merupakan masalah yang besar kerana mahkamah merupakan jalan terakhir untuk masalah kita,” soalnya.
Menjawab kepada persoalan tersebut, Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mahkamah seharusnya bertanggungjawab mentafsir dan menguatkuasakan Perlembagaan.
“Segala-segalanya isu yang melibatkan syariah Islam seperti undang-undang, akidah, dan lain-lain ia adalah sangat berbahaya membuatkan mahkamah kurang yakin bila isu ini berkait,” kata Profesor Shad lagi.
Selain itu, Siti Kasim turut bertanyakan soalan mengenai pilihan umat Islam dalam soal undang-undang Islam.
“Saya dilahirkan sebagai orang Islam dan Melayu dan berbangga dengan agama saya serta telah biasa dengan undang-undang sekular negara ini.
“Akan tetapi, kenapa saya harus ikut undang-undang yang ditentukan oleh sesetengah pihak memandang Islam dari segi berbeza?” soalnya lagi.
Jawab Profesor Shad lagi, persoalan kepada pilihan orang Islam ini tidak sesuai dibincangkan di dalam forum seperti ini.
“Untuk bertanyakan soalan berbentuk pilihan ini tidak sesuai di dalam forum seperti ini kerana ia melibatkan banyak pihak.
“Dari segi ini, lebih mudah jika ia dibincangkan menerusi satu dialog mudah serta kerana ramai orang lihat Islam ini dari sudut yang berbeza-beza. Islam itu sendiri sangat indah namun terpulang pada mereka yang menginterpretasikannya,” katanya.
Tahun lalu, Siti Kasim mencetuskan kontroversi dengan mengetuai demonstrasi aman menolak Rang Undang-Undang Pindaan 355 (RUU 355) di hadapan bangunan Parlimen.
Demonstrasi dihadiri seramai 10 orang itu turut membawa sepanduk yang mengecam RUU 355.
Sumber:Sinar
Sumber Peguam kontroversi, Siti Kasim curi tumpuan aju soalan tentang hudud dalam Forum Sejauh Mana Anda Memahami Hudud
Buku pertama 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin dikritik hebat netizen, Fattah Amin anggap ia satu dugaan
Pelakon Fattah Amin menganggap kritikan pedas terhadap buku pertamanya berjudul “99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin” sebagai dugaan untuk dirinya.
Fattah, 27, berkata, walaupun dihentam teruk namun dia sentiasa berpegang kepada tujuan asalnya menerbitkan buku berkenaan ingin berkongsi tentang impiannya dalam menjadi insan sempurna dan memberi inspirasi kepada generasi baharu.
“Saya anggap ini dugaan untuk saya dan saya sentiasa beringat tentang tujuan asal saya meneribtkan buku ini iaitu ingin berkongsi tips, kata-kata positif serta nasihat.
“Saya berkongsi tentang impian saya dalam menjadi insan sempurna kerana ingin memberi inspirasi kepada semua terutama generasi baharu agar meletakkan impian dan strategi untuk berjaya.
“Paling penting saya ingin terapkan nilai untuk tidak mudah berputus asa selain tidak mudah lupa diri dan beringat dari mana kita bermula serta tidak mendongak membangga diri,” katanya kepada mStar Online menerusi Whatsapp pada Isnin.
Fattah bergambar bersama peminat pada majlis pelancaran bukunya yang berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.
Fattah mengulas demikian selepas ramai pihak mengecam kandungan buku tersebut serta mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang penulis buku.
Malah salah satu petikan daripada buku tersebut yang berbunyi: “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan” telah dipersendakan sehingga menjadi tular di laman sosial.
Menjawab mengenai petikan itu, Fattah berkata, apa yang ditulis itu mempunyai maksud tersirat dan dia ingin pembaca berfikir maksud disebalik mengikut imaginasi mereka sendiri.
Jelas Fattah, 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin adalah tentang pengalaman peribadinya sendiri yang sebelum ini seorang remaja biasa dengan impian.
“Ayat itu sebenarnya adalah tentang saya yang dahulunya hanyalah seorang remaja biasa yang sering ke KLCC menaiki motosikal.
“Tidak semua mampu meletakkan kereta di valet dan kebiasaannya kereta yang menggunakan khidmat itu adalah kenderaan mewah dan mereka ini adalah sumber inspirasi untuk saya berjaya seperti mereka.
“Apa yang saya ingin beritahu adalah saya kena berusaha lebih untuk menjadi seorang yang hebat dan saya ingin kongsi perkara itu dengan pembaca.
Fattah ingin memberi inspirasi kepada generasi baharu menerusi buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin.
“Saya bukan sahaja berkongsi kisah peribadi tetapi mahu pembaca berfikir maksud tersiraf dan berfikiran di luar kotak,” jelasnya.
Menjelaskan tentang harga buku berkenaan yang agak tinggi, Fattah berkata, RM50 adalah satu harga yang berpatutan dengan mengambil kira kualiti kertas selain kulit buku keras yang digunakan.
Tambahan pula, pengisian buku itu yang turut menggunakan grafik, foto-foto selain turut disertakan cakera padat singlenya iaitu Wanita Terakhir dalam dua versi iaitu original dan akustik.
“Jumlah keseluruhan muka surat buku itu adalah 150 termasuk dengan helaian dengan tandatangan, nota, gambar eksklusif selain kualiti kertas yang digunakan.
“Jika dilihat pada buku lain yang berada di pasaran juga lebih kurang sama dengan harga buku ini,” ujarnya.
Pada Sabtu lalu, Fattah melancarkan buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang diadakan di NU Sentral Kuala Lumpur.
Sumber:Mstar
Sumber Buku pertama 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin dikritik hebat netizen, Fattah Amin anggap ia satu dugaan
Terima Kasih Istana Johor Hantar Pulang Mat Terre – Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin mengingatkan pihak yang merakam dan menularkan video seorang lelaki menghina kerabat diraja Johor, agar menginsafi perbuatan tersebut dan tidak lagi mempermainkan perkara sedemikian.
Menerusi kenyataan dalam laman Facebook, Annuar Musa berkata, tindakan memfitnah atau menyakiti orang lain dengan sengaja adalah salah.
“Jika terbuat sedemikian, maka kita memohon maaf atau sekurang-kurangnya berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
“Alfitnatu..asyadduminal..qatlu…fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh,” kata beliau memetik ayat ke-191 dari surah Al Baqarah.
Selain itu, Annuar Musa menyampaikan rasa terima kasih kepada pihak Istana Johor kerana memaafkan lelaki tersebut Muhammad Zul Apis Baharum atau dikenali sebagai Mat Terre keterlanjuran atau kelurusannya.
Ia susulan penularan video Mat Terre dalam laman sosial yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelik kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak dan menjurus kepada penangkapan lelaki itu.
“Kita Orang Parlimen Ketereh (OPT) dan sahabat-sahabat Mat Terre berterima kasih pada Istana Johor yang telah bersusah payah menghantar Mat Terre balik ke Kelantan,” kata Annuar Musa.
Pada Ahad, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor supaya Mat Tere dibebaskan daripada tahanan reman.
Menurut kenyataan Polis Diraja Johor (PDRM) Johor, Mat Terre yang berasal dari Kelantan dipercayai diperalatkan oleh pihak tertentu yang sengaja mahu mencetuskan suasana tidak harmoni.
Sehubungan itu, PDRM Johor turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan apa-apa rakaman video yang palsu, menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.
Pihak Polis Johor juga tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang melakukannya.
Sumber:Mstar
Sumber Terima Kasih Istana Johor Hantar Pulang Mat Terre – Annuar Musa
“Ketika saya dirogol, anak perempuan saya berusia lima tahun yang menangis cuba melindungi saya, dikelar leher”
Cox’s Bazar, Bangladesh: Anak yang menangis dikelar leher ketika ibunya diperkosa, keluarga termasuk orang tua dan orang cacat dibakar bersama rumah, kanak-kanak 11 tahun dirogol beramai-ramai, remaja 14 tahun diperkosa tentera yang membunuh ibu serta dua adik perempuannya antara fakta tercatat dalam laporan agensi PBB mengenai kekejaman penghapusan etnik pasukan keselamatan Myanmar terhadap Rohingya.
Semua itu sudah dilaporkan sebelum ini namun ia kini menjadi fakta rasmi kerana dimasukkan dalam laporan oleh empat penyiasat Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan PBB (OHCHR), termasuk temuramah dengan 204 pelarian wanita dan lelaki di Bangladesh.
Portal berita Herald (Scotland) melaporkan, laporan itu yang disiarkan minggu lalu, dengan jelas menunjukkan kaum lelaki menjadi sasaran kerajaan Myanmar kerana majoriti pelarian ialah wanita dan kanak-kanak.
Linnea Arvidsson yang mengetuai pasukan empat penyiasat OHCHR, berkata: “Majoriti pelarian yang tiba sekarang adalah wanita. Ramai beritahu suami, bapa saudara dibunuh atau abang, adik lelaki hilang. Ke mana semua lelaki?”
Linnea Arvidsson yang mengetuai pasukan empat penyiasat OHCHR, berkata pasukan keselamatan menangkap ramai lelaki Rohingya dan dibawa ke tempat tidak diketahui.
Menurutnya, pihak berkuasa Myanmar tidak menyatakan dengan jelas jumlah yang ditahan namun maklumat daripada pihak penjara bulan lalu, menyatakan mereka hanya menahan kira-kira 450 lelaki Rohingya.
Menurut laporan itu, Lelaki Rohingya berusia semuda 17 tahun hingga 45 tahun kini lenyap, diyakini menjadi sasaran sama ada dibunuh atau ditangkap kerana dianggap berpotensi sebagai ancaman.
“Kita memperkatakan mengenai ratusan kematian namun ia mungkin rendah kerana berkemungkinan besar membabitkan ribuan kematian.
“Terus terang kami bagaikan tidak sanggup melakukan temuramah dengan pelarian, terlalu banyak kisah ngeri dan terlalu sedih.
“Saya tidak pernah menempuh keadaan seperti ini, menemuramah ramai orang dalam masa singkat yang semuanya memberikan cerita hampir sama.
“Ibu berkata, ‘ketika saya dirogol, anak perempuan saya berusia lima tahun yang menangis cuba melindungi saya, dikelar leher’.
“Selepas temuramah, saya masih tidak mampu membayangkan apa yang yang mereka sudah tempuh. Ia amat mengerikan, tidak terfikir akal boleh berlaku,” kata Arvidsson.
Laporan OHCHR itu juga menyatakan tentera Myanmar menembak dari helikopter, termasuk mencampak bom tangan bagi membunuh iman dan guru.
Menurut laporan itu, daripada 101 wanita yang ditemuramah, lebih separuh memberitahu mereka menjadi mangsa rogol atau dirogol beramai-ramai.
Pasukan penyiasat itu juga menerima laporan pasukan keselamatan Myanmar membunuh kanak-kanak berusia enam tahu dan ke bawah menggunakan pisau.
Portal berita Independent.ie memetik laporan OHCHR yang sama, melaporkan saksi memberitahu tentera dan polis dibantu penduduk tempatan membunuh bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua, menembak mereka yang melarikan diri, membakar seluruh kampung, penahanan beramai-ramai, rogol dan keganasan seks besar-besaran yang sistematik dan memusnahkan makanan serta sumber makanan.
Laporan itu menyatakan, pasukan keselamatan membelasah, merogol dan membunuh etnik Rohingya di depan ahli keluarga dan saudara-mara secara terbuka bertujuan mencetuskan ketakutan dan penghinaan.
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dirogol beramai-ramai oleh tentera memberitahu ibu dan dua adik perempuannya tidak dibunuh dengan tembakan, tetapi dikelar, ditikam dengan pisau.
Remaja 18 tahun menceritakan ibunya yang berusia 60 tahun yang sudah tidak berdaya, ditangkap tentera ketika cuba melarikan dan lehernya dikelar dengan pisau panjang.
Dalam satu lagi kejadian, bayi lapan bulan dibunuh ketika ibunya diperkosa lima anggota pasukan keselamatan Myanmar.
Semua temuramah itu dicatat dalam laporan siasatan OHCHR namun, namun pasukan penyiasat itu menghadapi masalah besar untuk pengesahan secara rasmi kerana Myanmar tidak membenarkan wakil bebas termasuk PBB dan wartawan memasuki Rakhine yang menjadi medan pembunuhan etnik Rohingya dan jenayah kemanusiaan.
Bagaimanapun, pasukan itu mengumpul bukti sokongan lain di Bangladesh, termasuk gambar dan rakaman video oleh mangsa, ramai pelarian mempunyai kesan luka akibat peluru dan senjata tajam serta imej satelit perkampungan yang musnah.
Tokoh politik dan pemenang Anugerah Keamanan Nobel yang memperjuangkan demokrasi di Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang lebih berkuasa daripada perdana menteri negara itu bukan saja berdiam diri mengenai krisis Rohingya malah menolak permintaan PBB untuk masuk ke Rakhine.
“Amat malang Suu Kyi lebih mengutamakan politiknya daripada naluri kemanusiaan, tambahan pula Rohingnya adalah penduduk yang tidak dikehendaki di Myanmar,” kata Pengarah Human Rights Watch (HRW) Australia,
Elaine Pearson.
Sebahagian besar daripada antara 1.1 juta hingga 1.3 juta etnik Islam Rohingya tinggal di Rakhine, utara Myanmar, negara yang penduduk majoritinya beragama Buddha. Kerajaan Myanmar menganggap Rohingya adalah pendatang dari Bangladesh, bukan warganegara dan mereka dinafikan hak kemudahan persekolahan, perubatan dan pekerjaan walaupun hakikatnya etnik berkenaan sudah lama tinggal di negara itu.
Serangan terhadap Rohingya memuncak Oktober tahun lalu, selepas sembilan polis Myanmar dibunuh di sempadan Myanmar-Bangladesh dengan kerajaan menuduh dilakukan pemberontak Rohingya.
Kerajaan melancarkan kempen pembersihan dengan alasan mencari pemberontak terbabit dan sejak itu, lebih 70,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Sumber:Metro
Sumber “Ketika saya dirogol, anak perempuan saya berusia lima tahun yang menangis cuba melindungi saya, dikelar leher”
“Kecik-Kecik Dah Tunjuk Perangai Mencuri”- Pemilik dobi cari ibu bapa sekumpulan remaja yang mencuri duit dan merosakkan mesin dobi
Aksi sekumpulan remaja yang dirakam cuba memecahkan mesin tukar wang di sebuah kedai dobi 24 jam di Bercam Raya, di sini, menjadi tular di laman sosial.
Menurut pemilik dobi berkenaan, Azhar Fazin, kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Ahad ketika ketiadaan pelanggan yang menggunakan kedai dobi layan diri itu.
“Anak siapa ni…….Dobi Bercam Raya,” tulis Azhar yang turut memuat naik gambar kelima-lima suspek.
Berdasarkan gambar, salah seorang suspek menendang dan merosakkan mesin pertukaran wang bagi mendapatkan wang di dalamnya.
Manakala seorang lagi pula dilihat seakan sedang ‘menunggu’ wang daripada mesin basuh pakaian.
Seorang netizen, Noor Fazliyanty memberitahu kumpulan remaja berkenaan memang sering berkeliaran di kawasan terbabit terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad, namun dia takut untuk menegur kerana takut diapa-apakan.
“Selalu jumpa bebudak ni dekat kawasan dobi, suka buat ‘kepala’ macam mak apak diorang punya dobi…nak tegur takut diorang serang saya pulak,” kata Noor Fazliyanty.
Dalam pada itu, seorang kenalan kepada Azhar menegaskan mereka mahu ibu bapa kepada kesemua suspek datang berjumpa dengan mereka dan meminta maaf di atas tindakan anak-anak mereka.
Jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan viralkan di media sosial dan gambar kesemua suspek akan dilekatkan di semua kedai dobi.
“Bagitau budak-budak ni bawak mak bapak mai jumpa kami mintak maaf…kalau tak kami viralkan dan print gambar ke merata dobi,” tulis Aliah Lia. –
Sumber:MYNEWSHUB.CC
Sumber “Kecik-Kecik Dah Tunjuk Perangai Mencuri”- Pemilik dobi cari ibu bapa sekumpulan remaja yang mencuri duit dan merosakkan mesin dobi
Hazam dihentam abang-abang askar kerana pakai baju celoreng askar dalam Mentor Milenia 2017
Gambar Neelofa duduk di sebelah Raja Muda Selangor jadi viral
SEBELUM ini Neelofa pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dia kini sedang berkawan dengan kerabat diraja.
Namun, pelakon dan hos Meletop itu tidak pula mendedahkan identiti jejaka berdarah diraja itu.
Namun, semalam, tular sekeping foto Neelofa duduk bersebelahan dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, 27, dalam sebuah majlis amal.
Gambar itu dipercayai dirakam pada bulan Disember lalu.
Foto itu dikongsikan seorang netizen, Effie Amron menerusi laman mikro Twitter miliknya.
Nama Neelofa, 28, sebelum ini sering kali dikaitkan dengan hero gandingannya dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin sehinggakan mereka mendapat gelaran Lofattah daripada peminat fanatik masing-masing.
Namun kedua-duanya menafikan mereka kini bercinta walaupun mengakui ketika di awal penggambaran drama itu mereka pernah terlibat dalam cinta lokasi.
Sumber:MYNEWSHUB.CC
Sumber Gambar Neelofa duduk di sebelah Raja Muda Selangor jadi viral
Tak Malu! Satu Keluarga Cabut Lari Tak Bayar Makan
SUDAH makan, tapi tak mahu bayar! Lebih teruk lagi perbuatan itu dilakukan satu keluarga.
Sebuah restoran di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini mengalami kerugian sebanyak RM92.50 gara-gara sebuah keluarga yang makan di kedai itu cabut lari.
Dalam kejadian pada petang Jumaat lalu, pemilik restoran Mokisq Banana Steak Hub, Shazleen Shamsul mendakwa pelanggannya itu telah merancang untuk cabut lari selepas selesai makan di kedai makannya.
“Mereka pergi seorang demi seorang tanpa membuat pembayaran. Mungkin silap dari pihak saya yang tidak teliti dalam menjalankan tugas. Tetapi adalah tanggungjawab pelanggan untuk membayar apa yang telah dimakan.
“Setakat RM10, RM20, kalau tak ada duit nak bayar, saya suruh cuci pinggan. Boleh bincang cara baik,” katanya.
Tambahnya, dia redha dan dalam masa yang sama turut berasa kesal dengan sikap keluarga berkenaan yang dipercayai beragama Islam, yang sepatutnya tahu hukum hakam agama.
“Mana letak iman yang sepatutnya membimbing keluarga ke jalan yang diredhai. Tapi dengan cara sebegini, aku kasihan jika ketua keluarganya serta kuncu-kuncunya menghasut tuk pergi seorang demi seorang tanpa pembayaran,” katanya.
Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk menjernihkan keadaan. Semoga ‘keluarga 69’ ini segera sedar akan perbuatan mereka yang sangat tidak bertanggungjawab ini. –
Sumber:MYNEWSHUB.CC
Sumber Tak Malu! Satu Keluarga Cabut Lari Tak Bayar Makan
Tiga lelaki Nepal dakwa mereka gangster dan gelarkan diri Penang Young Star Gang ditahan lakukan jenayah samun dan pemerasan di Pulau Pinang
Tiga lelaki warganegara Nepal ditahan polis kerana terbabit dalam jenayah pemerasan dan samun, di sini, 2.30 petang hari ini.
Mereka sebahagian daripada warganegara asing yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Penang Young Star Gang’ dan mendakwa mereka gengster.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, hasil siasatan pihaknya lebih daripada 10 individu warganegara Nepal menganggotai kumpulan berkenaan.
“Mereka dikesan sering memeras ugut rakan senegara mereka serta terbabit dalam jenayah samun,” katanya.
Beliau berkata, saki baki kumpulan samseng ini masih lagi diburu dan memberi amaran mereka tidak akan terlepas.
Katanya, tindakan undang-undang akan diambil bagi memastikan aktiviti kumpulan seperti ini dapat dikekang.
Sumber:Metro
Sumber Tiga lelaki Nepal dakwa mereka gangster dan gelarkan diri Penang Young Star Gang ditahan lakukan jenayah samun dan pemerasan di Pulau Pinang
Jangan pandang serong pada wanita yang ‘bunting pelamin’ kononnya mereka hamil sebelum bernikah
- Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.
- Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh ‘hidup’ 3-7 hari di dalam rahim untuk ‘bersaing’ mempersenyawakan ovum yang akan ‘luput’ selepas tempoh tersebut.
- Kebiasaannya wanita disahkan hamil selepas ‘missed period’ atau tidak datang haid selama 1-2 minggu dan ini akan ‘trigger’ pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama.
- Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku.
- maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari (usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar kerana jani terbentuk pada hari persenyawaan). Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh.
Sumber Jangan pandang serong pada wanita yang ‘bunting pelamin’ kononnya mereka hamil sebelum bernikah
Akhirnya Setelah Bukunya Teruk Dikecam, Fattah Amin Tampil Beri Respon Balas
Akhirnya Setelah Bukunya Teruk Dikecam, Fattah Amin Tampil Beri Respon Balas
Fattah Amin telah melancarkan sebuah buku yang mengandungi kata kata semangat dan juga gambar selfienya.
Dilihat, ramai yang mengecam buku Fattah Amin itu termasuk pelakon Sharnaaz.
Setelah bukunya itu teruk dikecam, akhirnya pelakon Suri Hati Mr Pilot ini tampil memberi respon balas.
Ini komen Fattah Amin:
"Saya anggap ini dugaan untuk saya dan saya sentiasa beringat tentang tujuan asal saya meneribtkan buku ini iaitu ingin berkongsi tips, kata-kata positif serta nasihat.
"Saya berkongsi tentang impian saya dalam menjadi insan sempurna kerana ingin memberi inspirasi kepada semua terutama generasi baharu agar meletakkan impian dan strategi untuk berjaya.
"Paling penting saya ingin terapkan nilai untuk tidak mudah berputus asa selain tidak mudah lupa diri dan beringat dari mana kita bermula serta tidak mendongak membangga diri,"
"Mereka hanya membaca tanpa berfikir maksud tersirat. Setiap kata-kata dalam buku itu berkaitan dengan kehidupan saya yang asalnya bukan sesiapa. Bak kata pepatah Inggeris, ‘from zero to hero’.
"Selain itu, saya juga mahu memberi inspirasi terutama kepada adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian dan strategi untuk berjaya dalam hidup.
Sementara itu, antara ayat dalam buku itu yang hebat dikecam ialah "Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa...kelakar kan".
Ada yang bertanya apakah maksud tersiratnya.
Ini jawab Fattah Amin:
"Dulu saya selalu ke KLCC menaiki motosikal. Apabila melihat orang lain membawa kereta dan parkir di valet, saya juga menyimpan impian itu kerana tidak semua orang mampu.
"Jadi, mesej yang cuba disampaikan adalah saya sebenarnya kena berusaha lebih untuk menjadi orang yang hebat. Impian lalu adalah sumber inspirasi kepada saya.
Itulah jawapan dari Fattah Amin tentang bukunya itu.
Sumber Akhirnya Setelah Bukunya Teruk Dikecam, Fattah Amin Tampil Beri Respon Balas
Setepek Kena.. Ini Komen Mengejutkan Chef Wan Yang 'Loya' Dengan Fattah Amin Dan Neelofa
Setepek Kena.. Ini Komen Mengejutkan Chef Wan Yang 'Loya' Dengan Fattah Amin Dan Neelofa
Siapa yang tak kenal dengan Chef Wan. Chef popular ini sering melontarkan kata kata yang lantang tentang isu semasa.
Baru-baru ini, chef tersohor ini ada menyatakan pandangannya terhadap pasangan paling popular ketika ini iaitu Fattah Amin dan juga Neelofa.
Pandangan Chef Wan ini amat pedas, setepek kena para peminat Fattah Amin dan juga Neelofa.
Chef Wan meluahkan pandangannya itu di laman IG miliknya.
This is the statement made by Chef Wan:
Tengok saja kisah Neelofa tu dgn si Jantan handsome entah apa nama pelakun tu sampai naik loya membaca media laga2 kan mereka and the way their fans nak jodoh kan pasangan ini yg akhirnya ” Tipah tertipu semua gimmik media and fans yg abit over idolising them became disappointed.
Padan la muka anak2 remaja Melayu kita ramai yg suka buang masa melayan benda jiwa2 ni sampai sekolah pun entah ke mana arah tujuannya.
They get too carried away with all this so call romantic idea god knows what goes on their mind.
Now dah heboh pulak org bercerita dia pulak tengah dating Raja Muda Selangor pulak.
Tak habis2 org tanya saya even Vip2 ni esp the ladies.
” Eh u tak kan tak tahu CW u kenal baik dgn Bondanya?”
Eh jika pun kenal tak kan kita nak tahu kisah2 mereka
Kita ni semua cuma gang2 dah masuk senja tak ada masa nak tahu who is dating who and who is going out with who? Banyak kerja lain kat rumah tu nak buat kan.Drama di TV pun satu tak tengok not even my own show on TV tu.
Ini pulak tanya kan saya kisah2 artist bercinta lagi la kita tak ambil kisah.
Sometime i loved to teased some of my Puan Sri and Mak2 Datin yg kepoh ni by saying inmediately ” Oh ya ke tak tahu pulak…u nak tahu ke ni i call Tuanku Sultan sekarang la nak tanya betul ke tidak sebab u all semua harap kan anak u all pulak jadi menantunya!”
U should see their face when i wanted to call Tuanku over my phone! I laughed and laughed..
Mesti mereka dlm hati kata ” Cilaka betul si CW ni la” Jahat i kan usik2 mereka.
Chef Wan is one of the first celebrity chefs in Malaysia that always give a 'brave' statement regarding new issues.
Today Chef Wan made a comment towards Fattah Amin and Neelofa, a trending couple in entertainment industry.
The statement from Chef Wan was made for the fans of Fattah and Neelofa.
He says that they, (the fans) get too carried away with all this so call romantic idea even create a hashtag #lofattah.
All Chef Wan followers agree with him.
Sumber Setepek Kena.. Ini Komen Mengejutkan Chef Wan Yang 'Loya' Dengan Fattah Amin Dan Neelofa
6 Foto Bukti, Wanita Dedah Perangai Buruk Siti Elizad, Pernah Lari Rumah, Gaduh Dengan Suami
6 Foto Bukti, Wanita Dedah Perangai Buruk Siti Elizad Pernah Lari Rumah, Gaduh Dengan Suami
Seorang wanita yang juga bekas pembantu kepada Siti Elizad telah mengamuk di laman sosial twitter.
Wanita terbabit mendedahkan perangai buruk pelakon tersebut.
Kisahnya bermula apabila Siti Elizad ada mendedahkan ingin mencari pembantu (PA) yang baru dan ada meletakkan beberapa ciri PA yang dicari.
Antaranya ialah mahu yang rajin dan tidak panas baran.
Kriteria ini membuatkan wanita (bekas PA Elizad) ini mengamuk dan menulis rasa tidak puas hatinya di laman twitter.
Melalui portal Astro Gempak, beberapa foto menjadi bukti kemarahan wanita ini yang mendedahkan perangai Siti Elizad itu.
Ini termasuk pendedahkan kisah peribadi Siti Elizad seperti lari dari rumah dan juga bergaduh dengan suaminya.
Ini fotonya:
Who is Siti Elizad? She She is one the most talented young actress in Malaysia and known for Harmonika, Coverina, Rock and a few television series.
Sumber 6 Foto Bukti, Wanita Dedah Perangai Buruk Siti Elizad, Pernah Lari Rumah, Gaduh Dengan Suami