Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

$
0
0

PENERBITAN coffee table book 99 Kata-Kata Fattah Amin nampaknya mencetuskan hype yang tersendiri bila mana banyak pihak mengkritik kewujudan buku tersebut.

AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

99 Kata-Kata Fattah Amin merupakan koleksi kata-kata inspirasi yang dikumpulkan oleh aktor itu untuk berkongsi dengan peminat setianya.

Antara baris kata-kata yang cukup popular dari buku tersebut sehingga menjadi bual bicara netizen ialah sepotong ayat berbunyi, “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul. Hahaa…Kelakar kan.”

Netizen Kecam Buku Fattah 'Bangang' Dan Penuh Selfie

Menurut Fattah, ayat itu dikongsikannya agar menjadi inspirasi untuk peminat di luar sana agar sentiasa berusaha memajukan diri agar segala angan-angan mampu menjadi realiti di kemudian hari.

Mengambil peluang di atas kontroversi buku Fattah, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia pula tampil dengan idea yang cukup inovatif apabila mengulang semula ayat Fattah itu tetapi dalam konteks mempromosikan perkhidmatan mereka.

Di laman mikro Twitter AirAsia, admin memuat naik twit, “Dulu selalu berangan nak naik kapal terbang dan nak bayar flight kurang daripada RM50. Ternyata kini telah termakbul hahaa.. Kelakar kan.”

Kreatif sungguh team media sosial AirAsia kan….

AirAsia 'Tiru' Kata-Kata Pujangga Fattah Amin

 

 

Sumber: Mynewshub



Sumber AirAsia troll kata-kata pujangga Fattah Amin

Iklan Maggi anak dara pemalas Dina dan Dini dikritik netizen

$
0
0

IKLAN terbaharu daripada produk mi segera Maggi yang menampilkan watak dua beradik kembar perempuan, Dina dan Dini dikecam kerana seolah-olah mempromosikan watak anak dara pemalas.

Iklan Maggi anak dara pemalas Dina dan Dini dikritik netizen

Iklan Maggi anak dara pemalas Dina dan Dini dikritik netizen

Iklan yang turut dimuat naik di laman YouTube pada 19 Januari itu menerima pelbagai reaksi berbeza-beza daripada netizen dan sehingga kini mendapat lebih sejuta tontonan di laman sosial.

Menerusi rakaman, pasangan beradik itu pada mulanya mempersoalkan tentang siapakah di antara mereka lebih disayangi oleh ibu ketika berada di ruang tamu.

 

 

 

“Rasanya, mak sayang Dini lebih daripada Dina,” soal Dina sebelum dibalas “ishh, mana ada… mak sayang sama jer,” balas Dini kepada kembarnya itu.

Drama ‘siapa sayang siapa’ kemudian diteruskan apabila si ibu ingin memasak maggi kari, iaitu masakan kegemaran Dini yang mana membuatkan Dina merasa sedikit kecewa kerana dia lebih menggemari maggi goreng.

Bagaimanapun, si ibu bertindak bijak dengan menyediakan kedua-dua menu kegemaran anaknya itu sambil memberitahu “dua-dua mak sayang” di penghujung rakaman.

Iklan strategi pemasaran itu ternyata menambat hati penonton namun apa yang membuatkan netizen merasa lucu dan meluat pada masa yang sama adalah disebabkan faktor ‘malas melampau’ kedua beradik itu.

Walaupun ia sekadar lakonan, rata-rata netizen mengatakan kedua beradik itu sepatutnya membantu ibunya memasak, bukannya mempersoalkan nilai kasih sayang ibu kepada mereka.

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Iklan Maggi 'Anak Dara Pemalas' Dikritik Netizen

Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan ibu mereka yang pemalas sebab sekadar menghidangkan maggi kepada anak-anaknya.

Apa pun, rasanya para netizen bukan terlalu serius, sebaliknya kreatif dengan gurauan apabila menonton iklan berkenaan.

Apa pula pandangan anda?  

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Iklan Maggi anak dara pemalas Dina dan Dini dikritik netizen

Amyra Rosli dikecam netizen kerana memasak sambil tengok laptop

$
0
0
Gara-gara memasak sambil tengok laptop, Amyra Rosli mengakui menerima kecaman hebat netizen.

Hampir semua netizen mempertikaikan tindakan isteri aktor, Amar Baharin ini kerana ia jelas membahayakan diri.

 

 

Amyra Rosli dikecam netizen kerana memasak sambil tengok laptop

Amyra Rosli dikecam netizen kerana memasak sambil tengok laptop

 

 

Bagaimanapun, katanya, semua aksi itu dilakukan demi menjayakan kempen syarikat komputer tersebut.

“Saya diminta untuk memasak sambil mencari resipi di Internet menggunakan laptop itu.

“Jujur, semuanya telah disediakan oleh mereka, jadi saya hanya menjalankan tugas.

“Nama pun bekerja, jadi mahu atau tak saya perlu ikut supaya mereka berpuas hati,” katanya pada Media Hiburan.

Biarpun menerima komen negatif, Amyra ternyata bersedia dan tidak melenting.

“Saya sendiri pun tak gila nak buat semua itu.

“Bila saya baca semua komen itu, saya mampu gelak saja.

“Saya malas nak layan kerana mereka (netizen) tak tahu apa yang saya buat,” katanya.

Tambahnya setiap kontrak periklanan yang ditandatangani juga tidak pernah menghalangnya untuk hamil.

“Buat masa ini, kami masih belum ada rezeki lagi.

“Masih belum ada berita gembira yang boleh dikongsi dengan semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amyra dan suaminya, Amar baharu sahaja melancarkan single dan muzik video karaoke, Kisah Cinta Kita.

Sumber:Media Hiburan



Sumber Amyra Rosli dikecam netizen kerana memasak sambil tengok laptop

Perangai Buruk Didedah, Siti Elizad Tampil Buka Mulut, Beri Kenyataan Balas

$
0
0

Perangai Buruk Didedah, Ini Kenyataan Balas Siti Elizad



Seorang wanita yang pernah menjadi PA kepada pelakon Siti Elizad dilihat telah membuka pekung bosnya itu.

Bekas PA Siti Elizad itu mendedahkan perangai pelakon itu termasuk mendedahkan kisah peribadinya.

Antara yang mencuri perhatian ialah apabila wanita itu mendedahkan Siti Elizad pernah lari dari rumah, dan bergaduh dengan suaminya.

Setelah menjadi viral, Siti Elizad tampil memberi respon balas.

Ini komennya:

KISAH RUMAHTANGGA
 
Alhamdulillah, rumah tangga saya bahagia. Saya sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat cerita rumah tangga kami bermasalah?

Saya bertuah kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Mereka yang rapat dengan saya juga tahu suami saya seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Jadi, kepada pihak yang dimaksudkan semoga berhentilah menyebarkan fitnah mengenai rumah tangga saya.


DAH LAMA SEBAR BERITA BURUK

Sebenarnya, sudah setahun pihak terbabit menyebarkan cerita buruk dan tidak betul mengenai saya. Namun, saya hanya bersabar dan berdoa semoga dia akan segera berubah.

Namun, nampaknya dia masih lagi menyebarkan cerita buruk yang sama. Saya berharap semoga dia muhasabah diri dan meneruskan kehidupannya. Saya juga tidak pernah berhenti berdoa semoga dia dilimpahkan rezeki oleh Allah.


Itulah kenyataan dari Siti Elizad.

Sumber Perangai Buruk Didedah, Siti Elizad Tampil Buka Mulut, Beri Kenyataan Balas

Doktor kakitangan awam paling ramai dibuang kerja kerana ponteng

$
0
0

Doktor merupakan kakitangan awam yang pa­ling ramai dikesan ponteng kerja dan ada antara mereka ‘hilang’ selama 200 hari tanpa dapat dikesan.

Doktor kakitangan awam paling ramai dibuang kerja kerana ponteng

Doktor kakitangan awam paling ramai dibuang kerja kerana ponteng

Pendedahan serius itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa sendiri dan kata beliau, kebiasaannya mereka yang ponteng kerja adalah doktor pelatih.

Menurut Ali, sikap tidak amanah itu menjadi penyebab utama mengapa bidang perubatan menjadi sektor yang pa­ling ramai kakitangannya diberhentikan kerja.

Jelasnya, disebabkan masa­lah disiplin tersebut, negara rugi besar kerana kos untuk melahirkan seorang doktor tidak murah iaitu mencecah RM1 juta seorang.

“Punca sebenar masih belum dikenal pasti, tapi kemungkinan besar mereka ini tidak tahan dengan tekanan kerja atau tidak mampu memikul tanggungjawab untuk menjadi seorang doktor.

“Mungkin juga semasa latihan mereka tidak mendapat kemahiran dengan bagus atau mungkin juga ada silap di pihak universiti menyebabkan mereka tiada kepakaran yang sepatutnya sehingga berasa tertekan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ali membe
ritahu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diminta untuk melihat dan memperbaiki situasi tersebut.

“Mereka ini ditaja oleh kerajaan, keluarga dan badan-badan tertentu dengan kos sehingga RM1 juta, jadi rugi mereka tidak hadir tugas dan tidak mahu kerja.

“Sebab itu kita perlu cari jalan untuk galakkan mereka te­rus berkhidmat dan kalau benar puncanya adalah tekanan, saya akan bincang dengan Kementerian Kesihatan termasuk memberi program tertentu kepada mereka,” jelasnya.

Sumber: Utusan



Sumber Doktor kakitangan awam paling ramai dibuang kerja kerana ponteng

Erra Fazira nafi sudah berkahwin dengan Shahir AF

$
0
0

Buat kesekian kalinya, penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira menafikan yang dia sudah bernikah secara senyap-senyap de­­ngan kekasihnya, Sha­hir AF seperti mana yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Erra Fazira nafi sudah berkahwin dengan Shahir AF

Erra Fazira nafi sudah berkahwin dengan Shahir AF

Erra Fazira

Menurut pengurus peribadinya, Pojie Samad, laporan yang mendakwa Erra dan Shahir bernikah secara rahsia di sebuah lokasi tertutup baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.

Kata Pojie, melalui kenyata­an yang disampaikan oleh Erra padanya, artis berkenaan berkata, dia yakin perkahwinan adalah sesuatu yang baik dan tidak seharusnya perkara seperti itu disorokkan.

“Perkahwinan dan perceraian adalah suatu perkara yang amat penting untuk dia (Erra) kongsikan. Bagi Erra perkara seperti ini tidak seharusnya disorokkan memandangkan boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya.

“Erra nafikan yang dia sudah berkahwin. Sebenarnya ini (gosip perkahwinan) bukan kali pertama dihadapinya,” kata Pojie kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Tambah Pojie lagi, dalam soal perkahwinan juga, Erra tidak perlu malu untuk bercakap benar memandangkan spekulasi yang tercetus kali ini bukannya melibatkan artis jelita itu de­ngan lelaki yang bergelar suami orang.

“Erra ada keluarga dan pasti keluarganya akan meraikan sesuatu (berita) yang gembira. Erra bukan mahu berkahwin dengan suami orang,” tambah Pojie lagi.

Erra terkenal dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu dan dan Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 28, mula terbuka bercakap mengenai hubungan rapat mereka sejak tahun lalu.

Berikutan pengakuan berkenaan, tersebar khabar angin yang mendakwa Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 43, bakal menamatkan zaman jandanya dengan juara Akademi Fantasia ke lapan (AF8) itu tahun ini.

Usaha Utusan Malaysia untuk bercakap sendiri dengan Erra bagaima­napun gagal kerana artis popular itu ti­-
dak menjawab telefon bimbitnya selepas dihubungi beberapa kali.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003. Bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2006 sebelum dia berkahwin kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dari 2007 sehingga 2014.

Hasil perkahwinan dengan Engku Emran, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berumur tujuh tahun.

Sumber: Utusan



Sumber Erra Fazira nafi sudah berkahwin dengan Shahir AF

Nora Ariffin bakal terima menantu bakal doktor

$
0
0

Seperti mana empunya diri berkahwin pada usia muda, penyanyi terkenal, Nora Ariffin juga tidak menghalang keinginan anaknya untuk mengikut jejak langkahnya.

Nora Ariffin bakal terima menantu bakal doktor

Nora Ariffin bakal terima menantu bakal doktor

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Sandiwara itu, sebaik anaknya, Mohd Syakir Iman, 24, menyuarakan hasratnya untuk berkahwin, dia dan suaminya, Johan Nawawi tidak menunggu lama untuk bersetuju.

Kata Nora, keputusan dia dan suaminya itu dibuat memandangkan mereka enggan anak sulung dalam keluarga itu berkawan tanpa arah tuju.

“Saya sendiri pun berkahwin pada usia yang muda jadi saya tahu apa yang perlu dihadapi dan ada juga yang menentang.



“Tapi bagi saya, kalau jika sudah masing-masing bersetuju, buat apa kita nak halang dan doakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.



Pada Sabtu lalu, Mohd Syakir Iman mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Eliya Sofea, 20, dalam majlis yang diadakan secara kecil-kecilan.



Ditanya mengenai tarikh perkahwinan, jelas Nora, keputusan belum ditetapkan untuk memberi peluang mereka menyambung pelajaran.



“Kita utamakan pendidikan mereka dahulu. Eliya akan melanjutkan pelajaran di Rusia dalam jurusan perubatan.



“Syakir pula baru menamatkan diploma dan sekarang sedang belajar menguruskan perniagaan saya. Jika ada peluang menyambung pelajaran, pasti saya akan benarkan.



“Jadi, lebih baik saya biarkan mereka fokus pada pelajaran dahulu sebelum pergi ke langkah seterusnya,” katanya.



Teruja untuk mendapat menantu, jelas Nora, dia turut merasakan yang fasa dalam kehidupannya sudah menginjak setangga lagi.



“Memang saya teruja tetapi dalam masa yang sama, rasa seperti diri ini sudah tua. Tetapi itu adalah lumrah,” katanya tertawa.



Selain Mohd. Syakir Iman, Nora dan Johan turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Mohd. Syakir Alif, 18, Putri Nor Dahlia, 13 dan Putri Nor Fathehah, 5 tahun.

Sumber:UTUSAN ONLINE

 



Sumber Nora Ariffin bakal terima menantu bakal doktor

Kongsi Foto Baby Bump Amyra, IG Amar Baharin Dihujani Ucapan Tahniah


Kelas mengaji Al-Quran Sharifah Khasif berharga RM33,400 sejam dalam jet mewah

$
0
0

Bayangkan anda mengikuti kelas mengaji al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet peribadi serba mewah bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta), tentu sekali ia pengalaman yang mengujakan.

Kelas mengaji Al-Quran Sharifah Khasif

Kelas mengaji Al-Quran Sharifah Khasif

Lebih menarik lagi, turut disediakan pakej untuk memilih destinasi ketika mengikuti kelas mengaji itu sama ada di dalam atau luar negara, termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Pelbagai pakej yang ditawarkan ini berharga ratusan ribu ringgit dan ada pelanggan yang sanggup membayarnya.

Namun orang yang mengendalikan kelas mengaji Ouran ini bukan sebarangan orang kerana ia dikendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Kelunakan suaranya ketika mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan personalitinya yang disenangi membuatkan Sharifah Khasif mempunyai ramai pengikut setia untuk menimba ilmu dengannya.

Pengalaman baharu yang berbeza ini dicetuskan syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn Bhd dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn Bhd.

Pengurus kepada Sharifah Khasif, Haryati Mohd Tahar berkata, cetusan idea itu telah membuka peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk merasai pengalaman berbeza semasa mengikuti kelas mengaji.

“Kita menawarkan perkhidmatan ini secara eksklusif buat mereka yang berkemampuan. Kelas mengaji bersama Sharifah Khasif akan dilakukan sekurang-kurangnya sejam untuk penerbangan pergi dan sejam lagi bagi penerbangan pulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Haryati, pakej yang ditawarkan itu bukan sahaja untuk penerbangan pergi balik tetapi juga boleh melibatkan penginapan dan lawatan di destinasi tertentu mengikut permintaan pelanggan.

Sebuah video dimuat naik di Facebook Sharifah Khasif pada Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas mengaji beliau bersama beberapa anak muridnya di dalam pesawat jenis Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta sebelum ia berlepas ke Dubai dan pulang semula ke tanah air keesokan hari.

Haryati berkata, penyertaan kelas yang dibuka sejak Sabtu lalu itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Setakat ini, sudah terdapat kira-kira 50 orang yang berminat dan kita juga menerima maklum balas daripada pengikut Sharifah Khasif dari luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Arab Saudi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Elite Jets, Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha memberitahu mStar Online, jet peribadi Falcon tersebut merupakan antara kira-kira 30 pesawat yang diuruskan syarikat itu untuk kelas mengaji bersama Sharifah Khasif.

Katanya, pelbagai pakej ditawarkan berdasarkan permintaan pelanggan, tempoh penerbangan dan juga jenis pesawat yang mereka inginkan.

“Secara purata, caj yang dikenakan adalah lebih kurang AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan. Sebagai contoh, penerbangan ke Dubai mengambil masa tujuh jam dan tujuh jam lagi pulang ke Malaysia.

“Kita juga menawarkan pakej promosi 100 jam penerbangan yang membolehkan pelanggan mengikuti kelas mengaji pada bila-bila masa dalam tempoh setahun ke mana-mana destinasi menggunakan masa penerbangan itu,” kata Nik Eleena yang merupakan isteri kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Elite Jets, Kapten Hani Salman Ahmad.

Beliau menambah, setiap penerbangan boleh membawa antara enam sehingga 13 peserta pada satu-satu masa bergantung kepada keadaan dan jenis pesawat.

Mengenai caj yang dikenakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit, Nik Eleena tidak menafikan kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja.

Bagaimanapun kata Nik Eleena, terdapat juga tawaran pada kadar lebih rendah untuk masyarakat merasai pengalaman kelas mengaji di dalam jet peribadi.

“Kita buka kepada semua yang berkemampuan. Ada juga kelas mengaji di dalam jet peribadi di lapangan terbang tanpa diterbangkan ke mana-mana, dengan hanya kira-kira RM2,000 sejam,” katanya.

Ditanya bilakah penerbangan sulung bagi sesi mengaji tersebut, Nik Eleena berkata, Elite Jets sudah bersedia menjalankan operasi pada bila-bila masa tetapi bergantung kepada jadual Sharifah Khasif dan urusan membabitkan peserta.

Penyertaan kelas mengaji bersama Sharifah Khasif dibuka secara individu atau berkumpulan, dan maklumat lanjut boleh emelkan kepada psharifahkhasif@yahoo.com atau WhatsApp ke +60122747918.

Sumber: Mstar



Sumber Kelas mengaji Al-Quran Sharifah Khasif berharga RM33,400 sejam dalam jet mewah

Jamal bawa keranda pula ke SUK Selangor

$
0
0

Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mengangkut 16 keranda dalam kereta jenazah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor disini.

Mengenakan pakaian umpama seorang penggali kubur dengan kemeja-t putih dan seluar serta ikatan tuala di kepalanya, Jamal memegang cangkul dan menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor.

Terdahulu, Jamal dilihat memandu kereta jenazah. Beliau tiba di pintu masuk bangunan itu pada kira-kira pukul 11 pagi, Selasa diikuti penyokongnya.

Beliau kemudiannya membawa keluar keranda dari dalam kereta jenazah dengan bantuan penyokongnya sambil berkata: “Ini untuk Azmin”.

Ketika berucap kepada orang ramai yang semakin bertambah di situ, Jamal mendakwa wakil rakyat dan koordinator kawasan di Kepong, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Jeram dan Gombak telah menyalahgunakan dana untuk Skim Mesra Usia Emas menerusi yayasan itu.

Skim itu dibentuk untuk membantu warga emas Selangor berusia lebih 60 tahun termasuk wang pengurusan jenazah.

Situasi turut tegang seketika apabila sekumpulan belia yang prihatin terhadap nasib penduduk Selangor menjerit, “Siapa perompak?”

Ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan Jamal itu berteriak, “balik” berulang kali kepada pemimpin Umno itu dan penyokongnya.

Anggota polis yang berkawal dan memantau situasi di situ kemudiannya campur tangan dan meminta dua kumpulan terlibat bersurai.

Susulan itu, Jamal dan penyokongnya beredar jauh dari pintu masuk ke bangunan itu untuk berucap dan seterusnya bersurai.

Pada Januari lalu, Jamal memprotes kegiatan rumah urut yang dikatakan berleluasa di negeri berkenaan dengan membawa katil ke lokasi sama.
Sumber: Mstar



Sumber Jamal bawa keranda pula ke SUK Selangor

“Kalau pokok tau dia ditebang untuk buat buku Fattah Amin, menangis dia” – Netizen

$
0
0

Selepas, melancarkan buku berjudul ’99 Kata-Kata Fattah Amin’ pada Sabtu lalu, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu telah dikecam teruk oleh segelintir netizen.

"Kalau pokok tau dia ditebang untuk buat buku Fattah Amin, menangis dia" - Netizen

“Kalau pokok tau dia ditebang untuk buat buku Fattah Amin, menangis dia” – Netizen

Merusi laman sosial Facebook dan Twitter, Fattah Amin tidak henti-henti dikutuk netizen yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan buku tersebut.

Selain kandungan, mereka turut mempertikaikan tentang harganya yang mahal tidak setimpal dengan kualiti buku tersebut.

Dakwa mereka, buku tersebut hanya dipenuhi swafoto Fattah dengan ‘ayat entah apa-apa’ dan tidak layak dibukukan pun.


*foto-foto komen di ambil dari OhBulan*

Terdahulu, Fattah memberitahu mStar Online lakonannya yang sering dikritik sebagai kayu adalah inspirasi kepadanya untuk menerbitkan buku tersebut.

“Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.
 
“Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini.
 
“Antara kata-kata yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan kerana dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai,” ujarnya.

Sumber: Astro Gempak



Sumber “Kalau pokok tau dia ditebang untuk buat buku Fattah Amin, menangis dia” – Netizen

“Walaupon aku tak kenal kau tapi selamat datang” – Komen Lucu Bahasa Melayu Di Instagram Kang Gary Jadi Viral

“Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya, Bukan Nak Pegang Anu,” Dicerca Dan Dituduh Cuba Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa

$
0
0

Lumrah zaman media sosial sekarang, pantang lihat apa yang orang lakukan sikit semua tak kena, semua akan dikutuk sesuka hati, contoh hari itu muatnaik gambar peluk emak sendiri pun ada orang hentam cakap tak elok dedah dikhalayak ramai.

"Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya, Bukan Nak Pegang Anu," Dicerca Dan Dituduh Cuba Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa

“Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya, Bukan Nak Pegang Anu,” Dicerca Dan Dituduh Cuba Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa

Itulah dunia kini, begitu juga kes terbaru terjadi kepada seorang pencinta haiwan apabila dia telah memuatnaik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan aksinya bermanja dengan seekor tapir jantan.

Aksinya tidur disebelah tapir sampil menggosok bahagian perut berhampiran alat kelamin haiwan berkenaan telah membuatkanya dicerca oleh segelintir netizen kononnya beliau cuba memegang kemaluan haiwan berkenaan sehingga menyuruh beliau membuang tudung.

Ini hanyalah segelintir cercaan terhadapnya, keadaan ini menyebabkan beliau dan pencinta haiwan lain melahirkan rasa kecewa kerana mereka tidak faham setiap haiwan ada tempat yang berlu dibelai untuk membuatkan mereka tenang, juga seperti membelai seekor kucing.

Berikut adalah penjelasan beliau.

 
 
 

Aksi yang dilakukannya adalah aksi biasa yang dilakukan oleh pencinta haiwan yang lain termasuk yang selalu kita lihat di kaca televisyen.

Ada yang bertanya kenapa dia memuatnaik gambar berkenaan, dia adalah pencinta haiwan, dia mempunyai ramai rakan Facebook yang juga dari kalangan peminat haiwan, jadi mungkin cuba berkongsikan bersama rakan-rakannya yang lain.

Apa yang boleh cakap, semakin hari pemikiran segelintir orang kita makin parah, apa yang dilakukan bagi mereka semua akan dinilai dengan negatif.

Sumber:SK



Sumber “Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya, Bukan Nak Pegang Anu,” Dicerca Dan Dituduh Cuba Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa

Tak puas dengan gaya tudungnya, Ella mahu peminat buat design tudung untuknya

$
0
0

Penyanyi Rock terkenal, Ella akui tidak puas hati dengan gaya tudungnya dan memberi peluang kepada peminat membuat rekaan terbaru untuknya.

Tak puas dengan gaya tudungnya, Ella mahu peminat buat design tudung untuknya

Tak puas dengan gaya tudungnya, Ella mahu peminat buat design tudung untuknya

 
Menurut Ella, 51, walaupun sudah bertudung sejak Ramadan lalu namun dia masih lagi mencari gaya yang bersesuaian dengan imejnya.
 
“Bukan tak pernah reka sendiri, ada saja rekaan yang saya buat tapi saya mahu jadikan rekaan kali ini lebih istimewa dengan adanya penglibatan peminat.
 
“Saya mahu melihat kreativiti menerusi rekaan yang dihasilkan oleh para peminat saya. Mungkin ada diantara mereka yang berbakat tapi tak boleh nak tonjolkan, inilah platform terbaik untuk mereka.
 
“Sejujurnya saya memang seorang yang sangat suka pakai selendang sebab boleh digayakan mengikut citarasa sendiri.
 
“Tapi sebenarnya sehingga hari ini saya masih lagi belum berpuas hati dan masih lagi mencari gaya yang bersesuaian untuk diri saya.
 
“Jadi mana tahu mungkin saya akan jumpa gaya yang sesuai menerusi tudung rekaan peminat,” katanya.
 
Ella ditemui di sidang media Ella Rasa…Ella Nak Cari Designer Shawl yang diadakan di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur pada Isnin.
 
Mengulas mengenai projek tersebut, Ella memberitahu idea tercetus melalui komen-komen yang diberikan oleh peminat menerusi media sosial tentang gaya pemakaian tudungnya.
 
“Projek ni dah lama saya rancang cuma baru dapat dilaksanakan pada tahun ini dan saya rsa sangat gembira.
 
“Saya terima banyak maklum balas mengenai gaya saya bertudung dan pelbagai reaksi saya terima tidak kira positif atau negatif.
 
“Saya terima saja kedua-duanya dengan hati yang terbuka. Tapi kebanyakan komen-komen yang saya terima banyak bertanya bagaimana untuk mendapatkan koleksi tudung yang saya pakai.
 
“Jadi dari situlah idea tercetus, dan saya rasa apa salahnya kalau saya buka pertandingan untuk peminat membuat rekaan tudung saya.
 
“Peminat bertuah yang memenangi pertandingan itu nanti, rekaannya akan dikeluarkan dibawah label Inai by Ella,” jelasnya.
 
Pertandingan Ella Rasa…Ella Nak Cari Designer Shawl yang berlangsung dari 13 hingga 26 Februari itu dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Aidilfitri, Kasual dan Rock & Roll.
 
Pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM5,000 sebagai ganjaran.
 
Peserta perlu memuat naik foto atau imej imbasan rekaan mereka di profail Facebook atau Instagram bersama hastag @inaibyella, @ellaaminuddin #InaibyElla #EllaCariDesignerShawl dan #RatuRockElla.
 
Selain itu, rekaan yang dihasilkan perlulah dihantar dalam format JPEG atau PDF ke emel urusetia iaitu admin@rockqueen.com.my dengan butiran peribadi sebagai bukti penyertaan.
 
Untuk keterangan lanjut boleh menghantar mesej atau Whatsapp di talian 012-779 1277.

Sumber:Astro Gempak



Sumber Tak puas dengan gaya tudungnya, Ella mahu peminat buat design tudung untuknya

Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

$
0
0

Peserta program realiti Mentor Milenia 2017 Usop tidak menyangka penyertaannya dalam program itu mendapat sambutan luar biasa.

Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

Persembahan Usop, 20, atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor yang juga protege kepada Hazama di konsert pengenalan Mentor Milenia 2017 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam kelmarin tular sejak semalam dan mendapat pujian ramai.

Usop yang menyampaikan lagu Permata Cinta nyanyian asal Aiman Tino menerima pujian apabila dikatakan berjaya membawakan lagu itu dengan cukup baik sekali.

Selain memiliki vokal menarik, Usop menarik perhatian ramai disebabkan sikapnya yang selamba dan kelakar.

 

Usop berkata, sehingga sekarang dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Saya menyertai program ini (Mentor Milenia 2017) bagi mencuba nasib di samping untuk mengubah nasib keluarga jika berjaya menjadi penyanyi.

“Namun, saya sangka mendapat sambutan luar biasa sehingga video persembahan saya pada malam itu menjadi tular dan mendapat pujian ramai,” kata anak muda berasal dari Kulim, Kedah ini.

Usop berkata, dia bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya walaupun baru pertama kali mengadakan persembahan.

Dalam masa sama, Usop tidak menafikan dia berasa sedikit tertekan kerana perlu memberikan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Keadaan ini juga membuatkan saya sedikit bimbang kerana apabila ramai yang suka, pasti juga ada yang tidak suka. Jadi saya harus siap sedia,” katanya.

Mentor Milenia 2017 membuka tirai persembahan dengan pemilihan peserta untuk mentor Hazama dan Akim, malam kelmarin.

Selain Ucop, Hazama turut memilih Balqis sebagai anak didiknya, manakala Anna dan Elica menjadi pilihan Akim.

Sumber: Metro



Sumber Aura Epul aka Usop Mentor Milenia 2017 pikat hati ramai penonton

Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat

Ibu tunggal 54 tahun dirogol lelaki 34 tahun yang dikenali

$
0
0

Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa dirogol individu dikenalinya ketika dia tinggal bersendirian, dalam kejadian di sebuah kampung di Batu Kikir, awal pagi kelmarin.

rogol

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan sedang tidur di ruang tamu rumahnya, namun terkejut setelah menyedari kehadiran lelaki tersebut  di hadapannya.

Menurut mangsa, dia tergamam berikutan lelaki itu berada dalam keadaan berbogel dan memaksanya untuk melakukan hubungan seks.

“Saya terkejut dengan situasi itu. Saya cuba jerit tetapi tiada orang dengar. Lokasi rumah saya jauh terpencil.

“Bila kehendaknya tidak dituruti, lelaki itu menghentak kepala saya ke dinding sehingga belakang kepala saya bengkak,” katanya.

Mangsa berkata, dia berjaya melarikan diri dan memaklumkan kejadian berlaku kepada jirannya.

Menurutnya, dia bersama jiran kembali semula ke rumahnya dan mendapati lelaki berkenaan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Orang kampung cuba buru lelaki itu tetapi hanya menemui motosikal yang ditinggalkan di tepi semak,” katanya.

Mangsa berkata, tiada barangan berharga miliknya hilang dalam kejadian itu, namun mendapati tingkap rumahnya diumpil lelaki tersebut dipercayai digunakan untuk pecah masuk.

Katanya, dia ditemani jiran membuat laporan di Balai Polis Melang pada jam 6 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haslah Bachok berkata, pihaknya menerima laporan dilakukan wanita berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Dipercayai suspek lelaki berkenaan berusia sekitar 34 tahun, memecah masuk rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi. Suspek juga dikatakan mengambil kesempatan ke atas mangsa.

“Kita sedang memburu lelaki berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Ibu tunggal 54 tahun dirogol lelaki 34 tahun yang dikenali

Sticker burung ungu hantuk kepala menggila di facebook

$
0
0

BAGAIKAN satu kegilaan apabila laman sosial Facebook hari ini dihujani sticker baharu seekor burung berwarna ungu menganggukkan kepalanya yang dikongsi berulang kali dalam hampir semua perkongsian.

Trash Dove

Menurut laporan The Verge, beberapa laman Facebook rasmi untuk organisasi seperti Vox, Polygon, Business Insider malahan laman berita CNN, BBC juga dipenuhi komen yang mengandungi sticker berkenaan.

Dalam sebuah artikel milik New York Times, seorang pelayar menggunakan sticker tersebut sebanyak 92 kali!

Difahamkan, penggunaan sticker yang dikenali sebagai ‘Trash Doves’ tersebut mula tular di Thailand, awal bulan ini.

Walaupun sebahagian pelayar menganggap penggunaan sticker tersebut secara berlebihan adalah kelakar, ia juga dianggap biadap apabila digunakan pada berita berkenaan dengan kematian.

“Apa kena dengan semua orang yang gunakan sticker mengarut ini? Terlalu ramai yang ‘spam’ sticker ini tak kira pada apa jenis berita,” kat Menka laman Facebook berita, Daily Mail.

“Semoga dapat hidayah,” kata Pak selepas seorang pelayar menggunakan sticker tersebut pada berita mengenai kematian.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Sticker burung ungu hantuk kepala menggila di facebook

Wang Khairat Kematian Selangor RM200 juta disalahguna, Jamal usung keranda

$
0
0

Jika sebelum ini bawa katil, kini 15 van jenazah pula dibawa Gabungan NGO Melayu Malaysia untuk menggegarkan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Jamal usung keranda

Jamal usung keranda

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Yunos dilihat memandu salah satu van jenazah tersebut dengan mengenakan pakaian seperti penggali kubur dan kemudiannya mengusung keranda pada jam 11 pagi tadi.

Jamal mendakwa berlaku penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.

Namun ketika membuat kenyataan media, tindakan Jamal itu dihentikan oleh sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili rakyat, melaungkan “Siapa penyamun? Malaysia dah muak dengan Jamal!” dan mendesak Jamal menghentikan tindakannya serta-merta.

Situasi tersebut menjadi semakin tegang dan kecoh menyebabkan beberapa anggota polis yang berada di lokasi, bertindak menghentikan kekecohan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Wang Khairat Kematian Selangor RM200 juta disalahguna, Jamal usung keranda

Penerbit Mentor dan Hazama minta maaf iu baju celoreng

$
0
0

Penerbit program realiti Mentor Milenia 2017, Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua pihak yang tersinggung di atas pemakaian baju celoreng oleh Hazama di konsert pengenalan program itu, malam kelmarin.

Pengurus Besar Pengedaran dan Inovasi, Primeworks Distribution Sdn Bhd, Marini Ramlan berkata, pihaknya akan memberi lebih perhatian terhadap etika dan cara penampilan setiap mereka yang terbabit dengan program itu selepas ini.

“Kami sangat mengambil berat terhadap isu yang berlaku. Selepas ini kami akan lebih fokus terhadap penampilan mereka yang terbabit dan akan merujuk kepada pihak yang lebih arif mengenai soal pemakaian setiap peserta dan mentor mereka.

“Kami tak nafikan soal penampilan seseorang itu kadang-kadang di luar kawalan, tetapi disebabkan ia membabitkan pakaian seragam perkhidmatan awam, ia menjadi isu,” katanya.

Marini berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan maaf kepada ATM dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini.

Dalam surat berkenaan PWS memaklumkan bahawa pemakaian baju celoreng oleh Hazama tidak sama sekali berniat untuk memperkecilkan tugas dan pengorbanan ATM kepada masyarakat dan negara.

“Kami juga ingin memohon maaf kerana kurang peka dengan situasi yang membabitkan ATM. Berikutan insiden itu, pihak syarikat memberi peringatan kepada semua kru produksi termasuklah selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang,”katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Hazama yang juga salah seorang mentor program berkenaan memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memakai pakaian celoreng pada malam itu.

Tindakan Hazama itu dikecam segelintir pihak di Internet apabila dikatakan tidak menghormati ATM.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Penerbit Mentor dan Hazama minta maaf iu baju celoreng
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>