Gambar Terlajak Mesra Dikecam Ramai, Akhirnya Nabil Tampil Beri Respon
Pelawak dan pengacara Nabil mencuri perhatian orang ramai apabila gambar bersama isteri sedang bermesra tersebar luas baru-baru ini.
Gambar itu pada mulanya dimuatnaik oleh seorang jurugambar dan disebarkan oleh portal media.
Dilihat orang ramai menghentam tindakan Nabil dan isterinya itu kerana ianya salah bermesra di khalayak ramai.
Ekoran teruk dihentam ramai, Nabil akhirnya tampil memberi respon balas.
Ini komennya:
“Saya tidak pernah memuatnaik gambar itu. Bukan saya, tetapi jurugambar yang merakam gambar kami yang meletakkannya di Instagram beliau. Tetapi, orang lain pula yang menyebarkan gambar itu. Jadi, ia bukan salah saya”
“Saya sendiri takkan memuatnaik gambar yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap masyarakat,”
“(Mereka) yang banyak bercakap itu, lebih baik perbaiki diri. Saya tidak tahu nak komen apa kerana saya tak peduli pun apa yang orang kata. Bukan saya yang memuatnaik gambar itu. Apabila sudah berada di ‘kota cinta’, jadi pastinya ada detik manis di antara saya dengan isteri”
“Kebetulan pula jurugambar yang berada bersama kami merakam momen berkenaan. Mungkin dia berasakan ia romantik, lalu memuatnaik foto itu di Instagram,”
Itulaj penjelasan dari Nabil.
Sumber Gambar Terlajak Mesra Dikecam Ramai, Akhirnya Nabil Tampil Beri Respon