Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

“Terima kasihlah sebab viralkan, tak perlu susah payah nak promosikan” – Buku Fattah Amin laris dijual


“Kau senyum apahal, aku rogol kau sini kang!,” Video peniaga air bergaduh sampai ugut rogol jadi viral

$
0
0

GARA-gara tidak berpuas hati, seorang lelaki bertindak mengugut untuk merogol seorang peniaga wanita yang baru menjalankan perniagaan bersebelahan gerainya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya.

"Kau senyum apahal, aku rogol kau sini kang!,” Video peniaga air bergaduh sampai ugut rogol jadi viral

“Kau senyum apahal, aku rogol kau sini kang!,” Video peniaga air bergaduh sampai ugut rogol jadi viral

Kejadian yang berlaku petang Selasa itu menjadi tular di media sosial apabila rakaman ‘serangan’ lelaki tersebut memarahi wanita berkenaan yang menjual air sama sepertinya tersebar.

“Kau panggil boss kau turunlah, lelaki tu lah, kau senyum apahal, aku rogol kau sini kang!,” ugutnya kepada wanita tersebut.

“Kau orang meniaga air, aku meniaga air apa cerita kau orang baru, meniaga tempat kita orang, salam tak bagi, bagi salam dulu la wei! Tak ada adap? Tak ada adap? Pakai tudung, bur*t orang pakai tudung, lanc*u!,” kata lelaki itu dalam keadaan marah.

 

Seorang lagi wanita membahasakan dirinya sebagai ‘acik’ (makcik) turut tidak berpuas hati datang ke tempat tersebut namun menegur dengan nada yang lebih perlahan.

“Kau tengok acik datang bertekak sini sebab apa? Macam itulah acik sakit hati. Acik buat air kau boleh buat air,” katanya sebelum rakaman tersebut berhenti.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Pieyan Dark tampil memberikan penjelasan berhubung kejadian tersebut dan mengakui dia adalah lelaki yang mengeluarkan kata-kata ugutan berkenaan.

Bergaduh Sampai Ugut Rogol

Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tercetus apabila mereka sekeluarga yang menjalankan perniagaan goreng pisang diserang seorang lelaki yang juga pemilik gerai yang baru dibuka di sebelah kedainya.

Jelasnya, lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun ibunya sebelum berlaku pertengkaran.

“Aku tak sebodoh itu pergi menyerang seorang perempuan, aku menyerang seorang lelaki yang berada di belakang perempuan itu.

“Waktu mereka serang, saya tak ada record tapi ramai saksi, bila saya serang dorang macam tak matang pergi record,” tulisnya yang menjelaskan seorang lelaki tidak akan menyerang perempuan tanpa sebab.

Pieyan turut mendakwa, lelaki tersebut membawa gangster untuk menyerang kedainya dan mengugut mereka sekeluarga.

“Sebenarnya pihak dia telah menyerang kami dahulu dengan membawa gengster sehingga menyebabkan pelanggan kami lari kerana ketakutan. Kami telah membuat report polis dan kes ni pun telah selesai,” tulisnya.

Bimbang akan keselamatan mereka, ibu Pieyan, Zaiton Harun, 44, membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara untuk tindakan lanjut.

Bergaduh Sampai Ugut Rogol

Sementara itu, ada netizen yang mendedahkan wanita yang diugut tersebut baru seminggu menjalankan perniagaan menjual laksa dan air.

Ia sekaligus memberi gambaran, perniagaan yang dijalankan kedua-dua peniaga itu adalah berbeza dan tidak salah berkongsi mencari rezeki di tempat yang sama.

Menerusi ruangan komen, pelbagai pendapat netizen mengenai kejadian tersebut dan ada yang mendakwa tiada pihak yang boleh ‘sentuh’ perniagaan keluarga Pieyan yang beroperasi lebih 10 tahun itu.

Bergaduh Sampai Ugut Rogol

Ada juga netizen yang mempertikaikan cerita Pieyan yang tidak logik dengan dakwaan diserang gengster dan menganggap dia telah membuat laporan yang palsu kepada polis.

Bagaimanapun, tiada respon daripada wanita yang diugut tersebut dan netizen menganggap tindakan Pieyan boleh menyebabkan mereka kehilangan pelanggan serta menjejaskan pendapatan perniagaan yang telah lama beroperasi itu.

Rata-rata netizen menganggap rezeki perlu dikongsi bersama dan perlulah mencari rezeki yang halal selain menjalankan perniagaan dengan penuh adab.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber “Kau senyum apahal, aku rogol kau sini kang!,” Video peniaga air bergaduh sampai ugut rogol jadi viral

“Bukan saya yang muatnaik gambar itu” – Nabil Ahmad perjelas gambar bercumbu dengan isteri

$
0
0

Kecoh seketika di laman sosial apabila Nabil Ahmad gambar cium mulut bersama isteri tersebar. Bagaimanapun menurut Nabil, apa yang terjadi bukanlah berpunca daripada dirinya kerana gambar tersebut dimuatnaik oleh jurugambar.

Gambar Nabil dan Zira comolot di Venice undang kritikan netizen

"Bukan saya yang muatnaik gambar itu" - Nabil Ahmad perjelas gambar bercumbu dengan isteri

“Bukan saya yang muatnaik gambar itu” – Nabil Ahmad perjelas gambar bercumbu dengan isteri

Baca: 

“Saya tidak pernah memuatnaik gambar itu. Bukan saya, tetapi jurugambar yang merakam gambar kami yang meletakkannya di Instagram beliau. Tetapi, orang lain pula yang menyebarkan gambar itu. Jadi, ia bukan salah saya”

 

 

 

 

 

“Saya sendiri takkan memuatnaik gambar yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap masyarakat,” jelasnya kepada BH Online. Tambah Nabil, perkara tersebut tidak perlu menjadi perhatian.

Berpunca daripada gambar tersebut, rata rata mempertikaikan gelaran Haji pengacara dan pelawak ini. Namun begitu, gambar bercumbu itu telah pun dipadamkan daripada akaun Instagram jurugambar tersebut. Tindakan tenang dan tidak mudah melatah Nabil dalam mengendalikan perkara sebegini adalah contoh terbaik.

“(Mereka) yang banyak bercakap itu, lebih baik perbaiki diri. Saya tidak tahu nak komen apa kerana saya tak peduli pun apa yang orang kata. Bukan saya yang memuatnaik gambar itu. Apabila sudah berada di ‘kota cinta’, jadi pastinya ada detik manis di antara saya dengan isteri”

“Kebetulan pula jurugambar yang berada bersama kami merakam momen berkenaan. Mungkin dia berasakan ia romantik, lalu memuatnaik foto itu di Instagram,” jelasnya lagi.

Sumber:Rotikaya



Sumber “Bukan saya yang muatnaik gambar itu” – Nabil Ahmad perjelas gambar bercumbu dengan isteri

“Perkhidmatan ‘Paid Review’ Haram” – Da’i Wan

$
0
0

Sekarang ni ramai peniaga online terutamanya mengendalikan perkhidmatan ‘paid review’ atau iklan berbayar untuk dapat untung berlipat kali ganda.

Selalu peniaga akan memilih selebriti, public figure atau insta famous untuk membuat review.

 

Berikutan itu, Da’i Wan mengutarakan pendapatnya tentang perkara tersebut di laman Facebook.

Jatuh hukum haram bila tayang aurat

“Perkhidmatan ‘Paid Review’ Haram” – Da’i Wan

“Perkhidmatan ‘Paid Review’ Haram” – Da’i Wan

Haram apabila melibatkan ‘penipuan’ sedangkan baru semalam bagi produk

Ramai peniaga Islam tak ambil kisah

Dek kerana nak kejar untung dunia, untung akhirat tak berkat

Kalau boleh jangan minta ‘King Coco’, ‘Public Figure’, ‘Celebrities’ buat review

 

Sumber: Hanasuva



Sumber “Perkhidmatan ‘Paid Review’ Haram” – Da’i Wan

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

$
0
0

Pernah ternampak burung berwarna ungu yang menghentak kepalanya di lantai ketika melayari laman Facebook sejak akhir-akhir ini?

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

Burung itu sebenarnya adalah set stiker yang bernama Dove (burung yang hentak kepala dinamakan Trash Dove) dan ia dicipta oleh pelukis dari Florida, Syd Weiler pada September dan dijadikan set stiker kepada iPhone pada Januari.

 

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

Namun Trash Dove hanya mulai viral apabila ia dipopularkan oleh satu video di Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun, video kartun burung ungu dan seekor kucing itu boleh menyebabkan sesetengah pihak tidak selesa kerana boleh dikategorikan untuk orang dewasa.

Video yang viral.

Pencipta set stiker itu mengakui terkejut dengan fenomena yang tercetus dari stikernya.

“Ianya bermula di Thailand, sebenarnya – mereka mempunyai satu lawak mengenai burung di sana, dan ia mempunyai kaitan (dengan Trash Dove)” kata Weiler.

Kenapa burung itu menjadi viral di Thailand? Menurut portal Thailand, Khao Sod, satu teori adalah perkataan burung (nok dalam Thailand), juga merupakan perkataan untuk menceritakan seseorang yang bujang tanpa harapan atau menderita kerana cinta tak berbalas.

Namun, ada juga berpendapat burung itu hanya sekadar sedang melayan lagu ‘Trash Metal’.

Trash Dove kini bukan sahaja menjadi stiker, malah turut menjadi meme serta ikon internet.

 

 

 

Sumber: SK



Sumber Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

Wajah musnah hingga menarik perhatian lalat: Impian jadi pelakon musnah, wanita maut terkena jangkitan kuman sinusitis

$
0
0

MY THO – VIETNAM. Impian seorang wanita untuk menjadi pelakon musnah selepas tiga tahun terseksa jangkitan di bahagian hidung dan mukanya bagaikan ‘dimakan’ kuman.

Wajah musnah hingga menarik perhatian lalat: Impian jadi pelakon musnah, wanita maut terkena jangkitan kuman sinusitis

Wajah musnah hingga menarik perhatian lalat: Impian jadi pelakon musnah, wanita maut terkena jangkitan kuman sinusitis

Tran Thi Yen Nhung

Tran Thi Yen Nhung

Menurut laporan MirrTran Thi Yen Nhung, 28 disahkan menghidap sinusitis tiga tahun lepas dan keadaannya kini semakin teruk.

Keluarga Nhung tiada pilihan lain selain membenarkan dia dibedah tidak lama kemudian.

 

Namun begitu, pembedahan menyebabkan jangkitan tersebut semakin kronik dan merebak hampir ke seluruh muka mangsa.

Tidak sampai setahun, kuman tersebut telah memusnahkan hidung dan mulut Nhung, selain menarik perhatian lalat.

Jangkitan tersebut akhirnya menyebabkan Nhung tidak mampu melihat dan makan dengan dengan sempurna dan terpaksa dibantu oleh ahli keluarga.

“Melihat keadaan Nhung sangat menyedihkan kami. Dia tidak pernah tidak merasa sakit. Nhung pula bagaikan merayu supaya tidak lagi menghabiskan wang untuk rawatannya. Dia kata dia okey, dan dia tidak mahu kami menangis,” kata ibu saudara Nhung, Tran Van Hong.

Kata Hong lagi, sudah berpuluh-puluh doktor membantu Nhung dan menjalani pelbagai terapi, tetapi usaha mereka hanya sia-sia.

Pakar hidung dari Pusat Alergi dan Asma New York, Wellington S. Tichenor berkata jangkitan Nhung berkemungkinan adalah kombinasi kulat dan rawatan awal yang tidak mencukupi.

“Penyakit tersebut adalah berbeza di lokasi berbeza di dunia. Perbezaan iklim, ubat dan rawatan juga memainkan peranan,” jelas Wellington.

Sumber:Sinar



Sumber Wajah musnah hingga menarik perhatian lalat: Impian jadi pelakon musnah, wanita maut terkena jangkitan kuman sinusitis

Mangsa ragut maut motosikal terlanggar tiang elektrik ketika kejar peragut

$
0
0

Seorang mangsa ragut maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penjenayah itu dalam kejadian di Kampung Pak Elong, Tangok, di sini, hari ini.

Mangsa ragut maut motosikal terlanggar tiang elektrik ketika kejar peragut

Mangsa ragut maut motosikal terlanggar tiang elektrik ketika kejar peragut

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Siti Rohani Wahab, 54, maut akibat parah di kepala selepas motosikalnya terlanggar tiang elektrik ketika mengejar peragut.

Saksi, Syuhada Abd Malik, 24, berkata, ketika kejadian dia sedang bersarapan di kedainya dan melihat motosikal mangsa dari arah Kampung Telong ke Universiti Malaysia Kelantan dihimpit seorang lelaki sebelum terlanggar tiang elektrik.

“Saya berlari ke arah mangsa yang terbaring di jalan dan mendapati dia sudah menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum kemalangan, beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut seorang lelaki.

“Mangsa mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum terlanggar tiang elektrik dan terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Metro



Sumber Mangsa ragut maut motosikal terlanggar tiang elektrik ketika kejar peragut

Wanita lahirkan bayi menyerupai anak kambing lepas hamil 2 tahun

$
0
0

Seorang wanita dilaporkan melahirkan bayi serupa kambing selepas hamil dua tahun, lapor media Nigeria.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan hamil sejak dua tahun lalu.

Dia dikatakan pergi ke Pusat Pusat Komuniti untuk mendapatkan bantuan rawatan percuma tetapi melahirkan kandungannya di situ, makhluk seperti anak kambing.

Wanita lahirkan bayi menyerupai anak kambing lepas hamil 2 tahun

Wanita lahirkan bayi menyerupai anak kambing lepas hamil 2 tahun

Orang ramai turut datang melihat kejadian itu sementara media tempatan menyiarkan gambar haiwan seperti kambing terbaring penuh dengan darah di atas lantai di luar pusat berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Port Harcourt, Nigeria.

Sumber: Metro



Sumber Wanita lahirkan bayi menyerupai anak kambing lepas hamil 2 tahun

“Hak termakbulnya doa adalah milik Allah semata-semata, bukan terletak kepada manusia” – Ketua Pengarah JAKIM minta orang ramai jangan terpedaya dengan tawaran Valet Doa

$
0
0

Umat Islam seharusnya tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa di Makkah dengan harga tertentu, seperti yang ditularkan di media sosial ketika ini.  

"Hak termakbulnya doa adalah milik Allah semata-semata, bukan terletak kepada manusia" - Ketua Pengarah JAKIM minta orang ramai jangan terpedaya dengan tawaran Valet Doa

“Hak termakbulnya doa adalah milik Allah semata-semata, bukan terletak kepada manusia” – Ketua Pengarah JAKIM minta orang ramai jangan terpedaya dengan tawaran Valet Doa

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, pakej valet doa itu jelas menunjukkan unsur perniagaan, menjaja serta menggunakan ibadat serta doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. 

“Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam. 

“Hak termakbulnya doa adalah milik Allah semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

 

Beliau mengulas mengenai valet doa yang ditawarkan pihak tertentu di media sosial, termasuk pakej berdoa di Tanah Suci dengan harga sehingga RM2,500. 

Othman berkata, tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya termasuk doa untuk orang lain akan dimakbulkan Allah. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan umat Islam agar memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap isu seumpama itu. – Bernama

Sumber:Mstar



Sumber “Hak termakbulnya doa adalah milik Allah semata-semata, bukan terletak kepada manusia” – Ketua Pengarah JAKIM minta orang ramai jangan terpedaya dengan tawaran Valet Doa

“Macamni Rupanya Kerja Ayah Aku, Kadang-Kadang Sanggup Pertaruhkan Nyawa Demi Sara Anak,” Kisah Pengorbanan Bapa Ini Sentuh Hati

$
0
0

Ayah, begitu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita, ada yang sanggup melakukan kerja yang membuatkan mereka terdedah kepada bahaya demi mencari nafkah membesarkan anak-anak yang Tuhan amanahkan kepada mereka.

"Macamni Rupanya Kerja Ayah Aku, Kadang-Kadang Sanggup Pertaruhkan Nyawa Demi Sara Anak," Kisah Pengorbanan Bapa Ini Sentuh Hati

“Macamni Rupanya Kerja Ayah Aku, Kadang-Kadang Sanggup Pertaruhkan Nyawa Demi Sara Anak,” Kisah Pengorbanan Bapa Ini Sentuh Hati

Ada yang bekerja tidak mengira hujan panas, ada yang pergi pagi balik malam membanting tulang empat kerat, kesihatan mereka tidak diperduli asalkan kehidupan anak-anak mereka terjamin.

Diceritakan sebuah kisah oleh Ustaz Khailil Razak cukup membuatkan hati tersentuh, kisah pengorbanan ayahnya yang merupakan seorang nelayan sanggup melakukan pengorbanan besar demi membesarkan anak-anaknya.

Teringat masa saya darjah 4.. Saya pernah mintak ngan ayah sy nak ikut pergi kelaut.. Ayh sy kan nelayan.. Ayah sy tak bagi.. Saya degil.. Ikut jugak.. Ayah naik basikal.. Sy ikut kat belakang.. Ayah saya geram ayah saya turun basikal perambat dengan pelepah kelapa,, hahaha masa tu sy nangis teriak.. Sebab nak sgat ikut.. Sebenarnya ayh bukan x bagi ikut tapi kat laut ni macam2 leh berlaku.. Ayah syg anak dia.. Xnak anak rasa sikit pun kesusahan ayah cari duit…

Satu hari ni.. Masa tingkatan 2 tak silap.. Saya kenen lagi ngan ayah.. “Ayah.. Nak ikut kelaut leh?” Ayah kata “ermm.. Besok lepas sahur kita pergi..” Allahu.. Bukan main excited masa tu… Bestnye dapat naik bot ayah.. Bulan pose masa tu.. Sy pun ikut la ayah naik basikal..pergi jeti..tempat ayah parking bot.. Wahh.. Walaupun bot ayah sendiri tapi tak pernah pergi kelaut.. Gerak je kelaut memang best.. Sampai tengah2 laut.. Ayah pun buang jala kat dalam laut.. Orang panggil pukat hanyut… Ye kot.. Hehe lupa dah.. Pasti bot di matikan.. Hanyut je rasa.. Aduiii dah mula loya.. Saya muntah.. Dekat 4 kali.. Dah sampai keluar hijau.. Mabuk… Aduhh.. Ayah kata “sekarang rasa?” Ayah geleng kepala kat saya… Aduihh dalam hati saya kata “macam ni ke cari duit kat laut??” Terus nangis kenangkan susah nya ayah selama ni rupanya…

Bila bot start.. Tiba2 berenti.. Macam ada yg terlekat.. Aduhh.. Rupanya pukat terlekat kat kipas bot.. Sy kata “ayah macamna kalau mcm ni? “ saya tengok ayah saya bukak baju.. Tinggal seluar je.. Ayah berdiri tepi bot.. Ehhh ayah nak buat apa yah??? Ayah saya terus terjun menyelam.. YaAllah.. Lama pulak tu.. Sy panggil.. Ayah.. Ayah..! Mna niiii… Ayah! Saya mula nangis.. Sebab lama sngat.. YaAllahh.. Ayah…!

Tiba2 ayah saya muncul belakang.. Bunyi air.. Ayah…! Ayah tanya.. Nape nangis? Syaa kata “yelaa.. Lamaa sangat ayah menyelam tadi…” Dalam hati kata “ingat ayah dah lemas..” Ayah kata.. “Ayah adik hebat nyelam…” Saya terus ketawa haha… Ayah kata dah jom balik.. Adik asyik muntah jee… Hahaha

Masa balik sy duduk bahagian depan sambil menangis.. YaAllah.. Macam ni rupanya kerja ayah aku.. Susahnya.. Kadang2 dia korbankan nyawa dia untuk cari sesuap nasi utk sara 6 orang anaknya.. YaAlllah berkatilah ayah saya.. Sebab tu sy suka tengok muka ayah saya sebab sentiasa tenang dan comel.. Ayh.. Walaupun ayah x pandai membaca.. Tak berpelajaran macam ayah2 orang lain.. Ayah adalah hero buat kami semua…

Masa abg saya yg no 4 (engineer) nak masuk ukm.. Dapat je tawaran.. Ayah tau nak guna duit banyak.. Ayah senyap2 ayah jual bot kesyangannya dan bagi duit tu utk sambung belajar abg sy ni degree di ukm.. YaAllah.. Besarnya pengorbanan seorang ayah.. Kalau sy minum ngeteh ngan abg sy ni cerita balik pasal ni.. Mesti kami bergenang air mata.. MasyaAllah hari ni apa sahaja ayah kami nak.. Kami akan penuhi.. Abg sy ni selalu bawak ayah saya brjalan ke australia.. Baru ni saya tanya ayah saya “ayah.. Nak tak pergi england jalan2 ngan adik?” Ayah jawab buat saya nangis.. “Nak laa adik.. Masa time ayah sihat nilah nak bawak ayah jalan2.. Ayah sakit nanti dah tak boleh dah..” Saya terus book tiket ke england selama 10 hari bersma saya juga ayah mertua saya..

Kawan2 pernah tanya saya “banyak duit ko lil sampai boleh bawak ayah ke england?” Saya jawab..“ayah aku dah habiskan ratusan ribu untuk anak2 dia sejak lahir sampai anak dia berjaya”

YaAllah.. Kau ambil awal nyawa ibu saya.. YaAllah kau panjangkanlah nyawa ayah saya.. Agar kami masih ada peluang untuk berkhidmat pada nya dengan baik.. Walaupun kami dah bagi apa yg ayah kami nak.. Tapi masih banyak benda yg kami belum buat utk gembirakan hati mereka.. YaAllah ampuni kami.. Rezekikan kami untuk berkhidmat dan berlaku baik pada mak ayah kami.. YaAllah janganlah kau sekali kali kau lupakan pengorbanan mereka dalam ingatan kami.. Amiiin

Nota kaki : ayah memang banyak diam dalam keluarga.. Dalam diam dia begitu besar pengorbanan dia dalam keluarga tanpa anak2 hari ini sedari

share ya..

Pembimbing Remaja,
Ustaz Khailil Razak
Aka Ustaz Tido

 

Via: SK



Sumber “Macamni Rupanya Kerja Ayah Aku, Kadang-Kadang Sanggup Pertaruhkan Nyawa Demi Sara Anak,” Kisah Pengorbanan Bapa Ini Sentuh Hati

“Dia Salah 6 Soalan, Aku Rotan Peha Aku 30 Kali” – Guru Ini Kongsi Pengalaman Berjaya Ubah Murid Degil Dengan Cara Psikologi

$
0
0

Setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anak murid supaya mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna di satu masa kelak.

 

"Dia Salah 6 Soalan, Aku Rotan Peha Aku 30 Kali" - Guru Ini Kongsi Pengalaman Berjaya Ubah Murid Degil Dengan Cara Psikologi

“Dia Salah 6 Soalan, Aku Rotan Peha Aku 30 Kali” – Guru Ini Kongsi Pengalaman Berjaya Ubah Murid Degil Dengan Cara Psikologi

Namun, cara seorang guru ini melembutkan hati anak muridnya yang keras kepala sangat mengagumkan.

Menceritakan kisah yang berlaku pada 2014 itu, guru yang menggunakan akaun Twitter @Encikgu_ berkata dia ditugaskan untuk mengajar kelas yang paling belakang sekali.

Menurut Encikgu_ lagi, kedegilan anak-anak muridnya untuk belajar menyebabkan guru-guru lain berputus asa. Disebabkan itu, dia terpaksa membuat sesuatu untuk merubah keadaan. @Encikgu_ terfikir cara untuk mendidik pelajar-pelajar ini adalah dengan cara ‘merotan’.

Bagaimanapun, disaat rotan dibidas, semua pelajar terkejut… dan ada yang menangis.

@Encikgu_ juga turut berkata kepada pelajar-pelajar di luar sana bahawa yang menyebabkan mereka gagal adalah kerana guru yang berputus asa. Disebabkan itulah dia merotan diri sendir.
Tambah @Encikgu_ lagi, permainan psikologi itu berjaya dan anak-anak muridnya mula menunjukkan perubahan.

Sumber: @Encikgu_

 

Via: SK



Sumber “Dia Salah 6 Soalan, Aku Rotan Peha Aku 30 Kali” – Guru Ini Kongsi Pengalaman Berjaya Ubah Murid Degil Dengan Cara Psikologi

Akibat tertekan dengan suami gila Dota, wanita derita hampir meroyan dan mahu potong lidah anak baru dilahirkan dengan pisau

$
0
0
Saya dimasukkan ke wad lebih awal sebab mengalami contraction yang teruk tetapi laluan masih tak terbuka. Setelah tiga hari berada di wad, barulah doktor buat keputusan untuk deliver secara paksaan iaitu pecahkan air ketuban.
Akibat tertekan dengan suami gila Dota, wanita derita hampir meroyan dan mahu potong lidah anak baru dilahirkan dengan pisau

Akibat tertekan dengan suami gila Dota, wanita derita hampir meroyan dan mahu potong lidah anak baru dilahirkan dengan pisau

Selama tiga hari saya di wad menahan contraction seorang diri. Setiap kali waktu melawat, katil orang lain penuh dengan orang. Saya? Krik-krik.. seorang diri. Terjenguk-jenguk pintu masuk, manalah tahu kalau suami datang tetapi hampa.
Bila call tak angkat, mesej tak reply. Setengah jam sebelum waktu melawat tamat, suami datang bawa nasi dan terus balik. Allahu, tersentak emosi saya ketika itu. Sudahlah menahan sakit yang teramat, dibuat pula begitu.
Salahkah dia datang awal untuk berborak dengan isteri dia ini? Kalau saya cakap sakit atau sedih macam mana pun kita, bila nampak suami kita akan jadi gembira dan bersemangat. Betul tak?
Untuk pengetahuan semua, suami saya pada ketika itu baru habis kontrak kerja. Jadi tiada alasan untuk dia tak melawat saya. Pergi kerja pun tidak, jadi dia pergi ke mana?
Dia pergi cyber cafe main dota dengan kawan-kawan dia.
Luluh hati saya tetapi saya tolak ke tepi dan tak nak fikir sangat sebab saya bertambah sedih pula nanti. Sudahlah saya sakit, suami pula enggan peduli. Sebab itulah mengapa suami merupakan faktor tersebar yang mempengaruhi psikologi seorang isteri.
Selepas dimasukkan ubat, jam 7 malam saya dimasukkan dalam labour room. Sakit macam nak hilang nyawa. Lagi pun ini anak sulung dan saya baru berusia 23 tahun.
Keesokannya saya dibenarkan pulang. Doktor kata jam 12.30 boleh pulang. Saya maklumkan kepada suami. Itupun 5-6 kali call baru dia jawab sebab dia tidur. Dari 12.30 tengah hari, jam 3 petang baru suami datang. Masa itu memang emosi saya sudah tidak stabil.
Sebelum itu di hospital, jururawat kerap bertanya mana suami, dengan anak merengek, susu bengkak. Menitis air mata saya pada waktu itu. Nasib baik seorang seorang kakak di katil sebelah beri nasihat banyakkan bersabar. Katanya anak sulung memang begitu, rasa perit sangat. Memang perit sebab itu sokongan dari suami amat diperlukan.
Bila suami sampai, saya tanya kenapa dia lambat. Dia cakap dia pergi makan dengan kawan dia yang datang dari kampung. Kawan dia lebih penting daripada saya. Saya tengok suami orang lain boleh discharge on time, kenapa suami saya tak boleh?
Saya malas nak fikirkan lagi, pendam dan diam saja. Mula terbit rasa menyampah dalam hati.
Bila di rumah, dia jarang berada di rumah pada waktu siang. Bila malam, memang setiap malam dia akan keluar. Jam 5-6 pagi baru balik. Bayangkan saya terpaksa berpantang seorang diri. Malam-malam seorang diri dengan kesan luka jahit, tukar lampin baby, susu baby setiap jam. Emosi saya benar-benar terganggu. Sudahlah masih sakit, ditambah pula menguruskan anak seorang diri, saya memang penat habis.
Pernah anak menangis, saya cubit-cubit badan dia dan pernah tampar anak sampai menangis tak keluar suara. Saya sumpah seranah suami di depan anak dengan emosi yang tak stabil. Tetapi selepas kejadian itu, saya rasa menyesal sangat. Masa saya pukul anak snediri, memang nampak dia buruk sangat. Saya tak nampak pun seorang bayi yang comel. Bila sampai dia menangis tak keluar suara, saya tersedar dan menangis.
“Apa salah anak saya..”
Cubalah fikir, emosi siapa yang tak terganggu. Luka jahitan masih sakit, nak pergi toilet bangun jalan sendiri. Saya nak air, saya terpaksa bangun dan buat serta ambil sendiri. Memang dua minggu pertama saya berpantang dalam keadaan yang tidak stabil. Anak selalu menjadi mangsa cubit.
Pernah anak buat perangai membuatkan saya marah dan saya tak susukan dia. Saya bancuh susu pekat F&N itu dan beri pada anak. Saya sumbat-sumbat puting botol susu itu sampai dia menangis lebam mata.
Suami? Keluar balik rumah tidur. Saya dan anak diabaikan.
Dua minggu saya pernah bermain pisau di kepala anak.
“Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!”
Mungkin Allah swt nak bagi saya kesedaran, anak saya mula tak merengek. Dia diam sahaja. Cuma menangis sikit bila nak susu.
Selepas dua minggu itu, saya semakin pulih. Saya banyak membaca tentang pantang di internet. Saya mula susukan anak dengan cara yang betul. Saya mula memanjakan dia dan anak mula senyum pada saya. Allahu, apa yang saya dah buat pada anak saya sendiri selama ini.
Lama kelamaan saya dah semakin stabil. Walaupun sampai habis pantang suami saya keluar melepak memanjang, saya langsung tak fikir dan peduli tentang dia. Memang marah dan benci pada suami itu ada sebab dia lupa melaksanakan tanggungjawab dia. Tetapi setiap kali saya tengok anak, saya layan anak dengan baik. Saya buang semua perasaan lain.
Sekarang kami sedang menunggu tarikh hadir ke mahkamah untuk bercerai. Bagi saya, dari saya terus memberontak dan berbuat dosa, sakit hati dengan perangai suami yang lebih mementingkan kawan berbanding tanggungjawab di rumah, saya undur diri. Biarlah dia hidup dengan kawan-kawan dia sampai mati.
Kepada golongan lelaki yang rasa tak boleh hidup tanpa kawan-kawannya, mohon tak payah gatal bawah nak mendirikan rumah tangga kerana isteri itu adalah amanat, begitu juga dengan anak. :elaki bergelar suami perlu ingat bahawa, hati isteri yang perlu dijaga, bukannya hati kawan-kawan. Jangan buat isteri seperti hamba.
Via: The Reporter


Sumber Akibat tertekan dengan suami gila Dota, wanita derita hampir meroyan dan mahu potong lidah anak baru dilahirkan dengan pisau

Seperti mati hidup semula, pelajar koma 3 bulan lepas tidur dalam kereta

$
0
0

Ummu Diyana Ibrahim, pelajar Universiti Utara Malaysia ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya di kawasan Rawat dan Rehat Bukit Gantang selepas dia berhenti untuk tidur sebentar.

Seperti mati hidup semula, pelajar koma 3 bulan lepas tidur dalam kereta

Seperti mati hidup semula, pelajar koma 3 bulan lepas tidur dalam kereta

 

 

PENDANG: Detik hitam apabila pengsan di dalam kereta dan akhirnya koma selama 3 bulan yang bermula pada pertengahan 2014 nyata mengubah kehidupan seorang gadis berusia 24 tahun.

Ummu Diyana Ibrahim menganggap dirinya seperti “mati hidup semula” yang kini mampu menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Pelajar itu mengakui apa yang berlaku benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikalnya dan peluang kedua yang diberikan Allah itu akan dimanfaatkan demi diri, keluarga dan masa depannya.

Katanya, menceritakan peristiwa hitam itu, ia bermula ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di sini dari Behrang, Perak.

“Dalam perjalanan, saya rasa macam nak muntah, tak sedap badan. Jadi, ambil keputusan untuk berhenti berehat sekejap di Rawat dan Rehat (RNR) Bukit Gantang.

“Benda yang terakhir saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin terbuka kerana mahu terlelap sekejap,” katanya.

Bekas pelajar Politeknik Behrang itu langsung tidak menyangka hanya akan “terbangun” semula selepas lebih 3 bulan.

Pada saat itu juga, bermulalah perjuangannya untuk kembali sedar sepanjang terlantar di Hospital Taiping sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas disahkan mengalami kelemasan karbon monoksida.

“Sepanjang koma, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku. Cuma saya tidak dapat memberi respons. Seluruh tubuh saya terkunci,” kata anak bongsu 6 beradik itu.

Doktor kemudiannya mengambil keputusan mahu melakukan intubasi di lehernya namun pihak keluarga meminta menangguhkan prosedur tersebut kerana memikirkan implikasi yang bakal dihadapi pelajar itu.

Pantang maut sebelum ajal, Ummu Diyana hanya kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan doktor.

“Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi respons yang sepatutnya. Ibu bapa saya tidak berputus asa dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya, minta saya kelipkan mata, menangis atau menggenggam tangan mereka kalau saya sedar.

“Entah macam mana, saya kuatkan semangat dan lawan `kunci’ yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar,” katanya.

Ummu Diyana berkata doktor memang terkejut memandangkan selama tempoh dirinya koma, pakar perubatan tidak meletakkan harapan usia dirinya akan panjang terutama selepas melakukan proses imbasan.

“Apa tidaknya, ketika saya dijumpai sewaktu pengsan, kadar oksigen dalam tubuh saya hanya 20%. Doktor sendiri mengatakan kes saya sangat ajaib kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf saya sedikit terjejas terutama di bahagian kaki. Suara saya juga hilang buat seketika,” katanya.

Katanya, sehingga kini doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar apa yang berlaku kepada saraf kakinya dan ada yang berpendapat terdapat saraf yang gagal berhubung dengan otak.

“Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin lebih,” katanya.

Biarpun sekarang terpaksa bertongkat dan sesekali dilanda kesakitan, ia tidak menghalang Ummu Diyana menjalani kehidupan normal sebagai pelajar tahun pertama di UUM dalam bidang keusahawanan bersama 515 pelajar yang lain bermula pada 6 Februari lepas.

Malah, beliau mengakui tidak mengalami trauma untuk kembali memandu kereta dan menjelaskan, sudah pun kembali memandu tanpa masalah selepas disahkan sihat oleh doktor.

“Pengalaman mati hidup semula ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali.

“Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.

Sumber: FMT



Sumber Seperti mati hidup semula, pelajar koma 3 bulan lepas tidur dalam kereta

Kepada perokok bergelar bapa, dah cukup persiapan untuk isteri & anak-anak sekiranya anda sudah tiada?

$
0
0
Di hening pagi ini, saya dikejutkan dengan berita pemergian anggota di bawah naungan saya. Usianya masih muda, baru melepasi umur 30-an. Anak-anaknya masih kecil tetapi siapa sangka sakit jantung yang menyerangnya secara tiba-tiba di saat semua orang lena diulit mimpi itulah tanda untuk dia tiada buat selamanya.
Kepada perokok bergelar bapa, dah cukup persiapan untuk isteri & anak-anak sekiranya anda sudah tiada?

Kepada perokok bergelar bapa, dah cukup persiapan untuk isteri & anak-anak sekiranya anda sudah tiada?

Dia digegaskan ke hospital, tetapi dia gagal diselamatkan.
Dia perokok semasa hayatnya. Memang ajal maut itu Allah juga yang Maha Mengetahui tetapi, rokok itulah meragut nyawanya!
Ini bukan kes pertama saya. Serangan penyakit jantung sudah seolah-olah menjadi satu kebiasaan. Bekerja di kalangan lelaki yang di usia produktif, sepatutnya penyakit jantung bukan sesuatu yang lazim tetapi kini tidak lagi.
Semakin lama, semakin muda usia pesakit saya yang mengalami serangan jantung. Sungguh menakutkan dan menggerunkan. Mereka punya satu persamaan iaitu, mereka merokok dan mereka telah mula merokok sejak dari usia remaja lagi.
Wahai mak ayah di luar sana, tolonglah berbuat sesuatu. Tanamkan kebencian kepada rokok di dalam diri anak-anak kita di usia mereka masih kecil lagi. Tunjukkan segala kemudaratan rokok yang ada di hadapan mata kita.
Untuk lelaki-lelaki di luar sana yang bergelar ayah yang merokok, sudahkah cukup segala persiapan untuk ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak sekiranya terjadi perkara yang sama seperti pesakit saya hari ini? Sanggupkah kita melihat isteri dan anak-anak hidup merana kerana kita sibuk sangat melayan kenikmatan beberapa saat bahana nikotin sedangkan kesihatan itu tidak boleh dijual beli?
Sudah berbuih mulut saya menasihatkan semua anggota dan pegawai yang saya kenali. Itulah yang saya ulang-ulang setiap hari selama bertahun-tahun. Entahlah, saya juga sudah mati akal dibuatnya.
Innalilhiwainnailaihirajiun…
Saya dan anak-anak anak tunjukkan tanda protes pada perokok yang biadab, yang menghembuskan asap depan kami. Sudahlah diri sendiri mencari penyakit, mahu dibabitkan orang lain juga. Kalau itu bukan kurang ajar, apa lagi mahu dikatakan?


Sumber Kepada perokok bergelar bapa, dah cukup persiapan untuk isteri & anak-anak sekiranya anda sudah tiada?

“Kau lembut, sopan dan tudung sangat labuh, kenapa kau buat aku macam ni?” – Esok nak nikah, tiba-tiba muka jadi buruk dek disantau kawan baik sendiri

$
0
0
Tak tahu nak mula dari mana. Tak semua orang percaya pada sihir, santau bagai. Aku sendiri tak percaya benda macam tu.
"Kau lembut, sopan dan tudung sangat labuh, kenapa kau buat aku macam ni?" - Esok nak nikah, tiba-tiba muka jadi buruk dek disantau kawan baik sendiri

“Kau lembut, sopan dan tudung sangat labuh, kenapa kau buat aku macam ni?” – Esok nak nikah, tiba-tiba muka jadi buruk dek disantau kawan baik sendiri

Nak dijadikan cerita, tiga hari sebelum bertunang, seluruh muka muka aku bernanah teruk. Dalam hati Allah saja yang tahu. Aku tengok muka aku buruk dalam sekelip mata. Tetapi masa itu aku baru lepas minum madu. Jadi aku salahkan madu.
Aku cuba fikir positif dan ambil mood sebab nak bertunang lagi tiga hari walaupun hati aku sebenarnya sedih sangat.
Masa bertunang, aku nampak keluarga lelaki semua terkejut tengok muka aku. Yelah, sebelum ini muka aku cantik dan licin elok saja. Aku malu bila keluarga dia pandang dan tegur kenapa muka aku jadi begitu.
Hari demi hari berlalu sampailah dua bulan selepas itu, ada seorang hamba Allah tegur muka aku ini bukan diserang jerawat biasa. Padanlah aku buat chemical peel, carbon laser semua itu tak mendatangkan hasil. Membuatkan muka aku semakin teruk, adlah. Tetapi bila hamba Allah itu tegur, aku cuba berubat kampung.
Yes! Ustaz sebuah tahfiz kata aku disantau. Tak puas hati dengan dakwaan seorang ustaz, aku pergi cari orang lain sampailah orang ketiga dia kata orang santau aku ini adalah orang yang nak bakal suami aku. Tetapi bakal suami tak nak pada dia. Ustaz itu siap cakap ciri-ciri perempuan yang hantar santau ini. Tetapi aku tak dapat nak agak siapa.
Aku cerita pada tunang, dia jadi serba salah dan ingatkan kawan-kawan perempuan dia. Yelah, aku mengaku dia memang kacak dan bergaya. Aku rasa down, rasa tak layak untuk bersama dengan dia.
Muka aku mula berkudis dan berkuping menyebabkan aku malu nak berjumpa dengan dia. Tetapi selepas tiga bulan bertunang, dia nak juga jumpa dan nak tengok keadaan aku depan matanya sendiri. Bila jumpa, Alhamdulillah dia masih okay.
Tiga bulan lagi kami akan berkahwin. Kami bertunang tak lama dan tarikh diawalkan sebab keluarga lelaki ini nak segerakan majlis dan tak nak orang yang santau itu buat aku menjadi lebih teruk. Allah banyak beri aku petunjuk, tetapi aku tak nampak siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian ini.
Dua minggu sebelum aku berkahwin, aku jumpa seorang kakak yang pandai berubat. Aku ikhtiar selagi aku ada masa. Alhamdulillah muka aku semakin okay.
Sebelum kahwin, aku ajak kawan baik aku yang selama ini aku usung ke mana saja pergi spa atau klinik kulit untuk beli barang dan macam-macam. Aku ajak dia tidur dengan aku, luangkan masa bersama sebelum aku menjadi isteri orang.
Masa dia masuk ke bilik, aku terhidu bau bangkai. Aku tegur, lalu muka dia terus berubah. Tetapi keadaan terus senyap. Masa itu aku belum syak apa-apa lagi. Aku cuma mesej kakak yang mengubat aku yang aku terhidu bau bangkai dalam bilik. Dia jawab, bawa bertenang dan fokus hari nikah.
Esok nak nikah, aku down sebab tiba-tiba muka yang dah elok baik jadi buruk balik. Sedangkan malam itu aku nak nikah. Aku tunggu kawan baik aku datang, aku nak menangis. Tetapi dia tak datang, padahal dia janji nak datang pakaikan aku inai petang itu. Allahuakbar aku masih tak nampak petunjuk dari Allah.
Dipendekkan cerita, majlis nikah aku berjalan lancar dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Kawan baik aku masih tak sampai. Seeloknya aku dah sah menjadi isteri barulah kawan baik aku sampai.
Seminggu selepas kahwin, aku jumpa kakak yang mengubat aku. Aku nak tahu siapa datang semua ini. Aku tak sedap hati dan dia cuma cakap bau yang busuk sebelum aku kahwin hari itu sebab orang itu datang membawa benda itu. Dan orang itu tak dapat datang sebelum aku nikah sebab dia pasang pendinding untuk aku di hari pernikahan aku. Sebab itu bila selesai majlis baru orang itu boleh sampai.
Berdesup darah aku naik ke kepala dan terus menangis.
“Allahuakbar. Dia ke kak?” terus aku tanya dan dia cuma tersenyum.
Aku cuma nak kongsi cerita ini. Pada mereka yang bakal berkahwin, yang ada kawan baik, berhati-hatilah. Aku tak pernah percaya semua ini tetapi bila berlaku pada diri sendiri, aku yakin dia sebab banyak perkara yang aku nampak selama ini, patutlah dia marah aku balik kampung nak beli cincin tunang dengan bakal suami aku.
Dia selalu nak ikut kami datang, dia selalu perli aku dpean kawan-kawan lain sebab aku selalu dating. Dia selalu mengedik di depan bakal suami aku. Bila kahwin, ingatkan semua dah tak ada, rupanya tidak. Aku sehabis baik block dia di Instagram dan Facebook. Aku cuba menjauhkan diri dari dia tetapi dia masih menghantar mungkin sebab dia nampak aku bahagia di page orang lain.
Kepada kau wahai sahabat dunia akhir yang mana aku dah anggap kau sebagai kakak sendiri. Kau lembut, sopan dan tudung sangat labuh, kenapa kau buat aku macam ni? Dimanakah setia persahabatan kita selama 17 tahun ini?
Berhati-hati dengan kawan baik.

Sumber: The Reporter



Sumber “Kau lembut, sopan dan tudung sangat labuh, kenapa kau buat aku macam ni?” – Esok nak nikah, tiba-tiba muka jadi buruk dek disantau kawan baik sendiri

‘Pengasuh buat anak saya begini sebab bayaran saya terlalu sikit ke?’

$
0
0
  • Pengasuh enggan panaskan susu badan si ibu, katanya geli
  • Si ibu dakwa pengasuh tak beri susu pada anaknya
  • Jam 6.30 petang, pengasuh masih belum mandikan anak
  • Pengasuh siap pertikai mengapa si ibu balik terlalu awal
  • Si ibu buntu, bayar RM400 tetapi pengasuh beri perkhidmatan kurang memuaskan
'Pengasuh buat anak saya begini sebab bayaran saya terlalu sikit ke?'

‘Pengasuh buat anak saya begini sebab bayaran saya terlalu sikit ke?’

Salam, saya cuma mahu bertanya dan meluah luahan hati seorang ibu muda. Anak saya baru berusia 3 bulan, saya campur breastfeeding dengan susu formula. Saya terpaksa berikan susu formula sebab pengasuh tak nak panaskan susu saya atas alasan geli, katanya. 
Bila hantar anak kepada pengasuh, pengasuh minta saya belikan puting (kosong). Katanya anak saya kuat menyusu dan kalau ada puting, anak tidur lama sikit. Saya akur dan belikan saja puting bagi memudahkan kerja pengasuh.
Hari pertama guna puting, saya pergi ambil anak, anak saya diam saja. Bila sampai rumah, baru nak letak, anak menangis seperti kena dera. Jadi saya pun beri susu badan, dia hisap semahu-mahunya. Cara dia hisap seperti lapar sangat. 
Saya mesej dan tanya pada pengasuh mengenai kelakuan anak saya itu. Pengasuh kata dia beri susu seperti biasa. Saya enggan bersangka buruk pada awalnya tetapi entahlah, naluri saya kuat mengatakan pengasuh tak bagi susu dan kalau anak saya menangis, mungkin dia sumbat puting saja. 
 
 
Lagi satu, saya memang mandikan anak dulu sebelum dihantar kepada pengasuh. Kiranya saya hantar anak dalam keadaan bersih dan wangi, pampers sudah ditukar, susu dah diberikan. Itu semua saya lakukan bagi memudahkan pengasuh dan dia pun senang hati nak menjaga anak saya. 
Tetapi minggu lepas, ketika saya ambil anak dalam jam 6.30 petang, dia tak mandikan anak saya lagi. Siap bertanya kenapa saya balik awal sangat, selalu ambil jam 7 petang, jadi anak saya tak dimandikan, pampers penuh. Masa itu, anak hisap puting dan saya cabut di depan pengasuh. Apa lagi, anak terus menangis. 
Saya tanya pengasuh, anak saya dah minum susu ke belum? Pengasuh pula kata anak saya saja nak menangis di depan ibunya dan mengakui telah memberi susu pada anak jam 6 petang tadi. 
Dalam kereta, anak saya menangis. Saya beri susu badan sambil saya pun menangis sebab sedih sangat bila pengasuh buat anak saya begini. Suami diam saja sebab dia pun sebak mendengar tangisan anak yang tengah lapar dan tak selesa dengan pampers yang penuh. 
Saya bayar pengasuh RM400, hantar jam 7 pagi – 7 malam (paling lewat ambil anak pulang). Kalau weekend hantar anak, pengasuh kenakan caj RM5 sejam. 
Pengasuh buat anak saya begini sebab bayaran saya terlalu sikit ke? Dia jaga dua orang budak termasuk anak saya. Yang seorang lagi berusia tiga tahun. Nak cari pengasuh lain, ambil masa. Esok saya bawa anak ke pejabat dan beritahu pengasuh yang saya cuti untuk jaga anak. Saya ada terfikir nak berhenti kerja, tetapi kerja saya kontrak. Kalau berhenti sebelum tarikh tamat kontrak, saya kena bayar ganti rugi pada syarikat. 


Sumber ‘Pengasuh buat anak saya begini sebab bayaran saya terlalu sikit ke?’

Ditangkap ketika berasmara dengan suami orang, gadis dibelasah & diarak oleh si isteri tanpa seurat benang

$
0
0
Seorang wanita muda ditangkap ketika sedang berasmara dengan suami orang, dibelasah dan diarak ke seluruh kawasan kejiranan tanpa seurat benang.
Ditangkap ketika berasmara dengan suami orang, gadis dibelasah & diarak oleh si isteri tanpa seurat benang

Ditangkap ketika berasmara dengan suami orang, gadis dibelasah & diarak oleh si isteri tanpa seurat benang

Isteri lelaki terbabit mengheret wanita berusia 20 tahun itu dengan menarik rambutnya dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Cubatao.
Dua anak lelakinya (remaja) dan rakan mereka turut didengar bersorak serta ketawa besar untuk menarik perhatian jiran sekeliling.
Si isteri yang tidak didedahkan namanya telah mengekori suaminya ke sebuah pangsapuri sebelum menyerbu kediaman itu dan menemui lelaki terbabit sedang berasamara dengan kekasihnya.
Berlaku sedikit pergelutan di antara si isteri dan wanita itu. Si isteri memotong rambut wanita itu dengan pisau cukur dan membogelkan mangsa sebelum mengheretnya keluar.
Rakaman video kejadian itu dimuat naik ke media sosial oleh ahli keluarga si isteri dengan bangga menceritakan serangan terhadap perempuan simpanan terbabit seterusnya mencetuskan puluhan aduan kepada polis oleh pengguna media sosial.
Si isteri bagaimanapun menyelar kritikan yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.
“Saya tak peduli apa yang mereka kata atau fikirkan. Mari saya tunjukkan cara mengajar pembelot wanita yang meniduri suami orang. Saya menangkap jalang ini bersama suami saya yang mulai hari ini menjadi bekas suami saya!” katanya.
Mangsa kemudian diambil kekasihnya yang turut membawa bajunya.

 

Polis memulakan siasatan dengan cuba mengenal pasti identiti mangsa, tetapi berjaya menjejaknya selepas wanita itu sendiri datang ke balai polis membuat laporan bersama kakaknya.
Menurut mangsa, kekasihnya mendakwa dirinya bujang dan mereka telah menjalinkan hubungan sejak lima bulan lalu.
Isteri terbabit ditahan polis dan kini berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun jika sabit bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk mengancam, mencederakan, memalukan dan melakukan keganasan terhadap wanita.


Sumber Ditangkap ketika berasmara dengan suami orang, gadis dibelasah & diarak oleh si isteri tanpa seurat benang

AKHIRNYA BERSEDIA..Jep Sepahtu Akui Terima Sari Yanti Sebagai Isteri

$
0
0

AKHIRNYA BERSEDIA..Jep Sepahtu Akui Terima Sari Yanti Sebagai Isteri


Ramai yang mengetahui bahawa pasangan selebriti Jep Sepahtu dan pelakon jelita Sari Yanti kini sedang repat bersama.

Pasangan ini telah menjadi tumpuan dan para peminat mereka seronok melihat hubungan mereka.

Rata-rata medoakan mereka berdua cepat naik pelamin.

Melihat perkembangan mereka berdua, ramai yang ingin tahu adakah Jep akan mengahwini Sari Yanti.

Ini jawapan dari pelawak popular ini:

“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp. Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen”

“Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala. Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,”

“Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata. Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada,”


Itulah kenyataan terbaru dari Jep Sepahtu.

Sumber AKHIRNYA BERSEDIA..Jep Sepahtu Akui Terima Sari Yanti Sebagai Isteri

Adik King Coco Luah Perasaan, Dedah Perkara Mengejutkan Yang Ramai Tak Tahu Pasal Coco

$
0
0

Adik King Coco Luah Perasaan, Dedah Perkara Mengejutkan Yang Ramai Tak Tahu Pasal Coco


Adik kepada King Coco telah membuat satu video dan komen tentang kakaknya itu.

Dia membuat video berkenaan kerana kurang senang melihat ramai yang hentam kakaknya yang semakin popular itu.

Adik kepada King Coco juga mendedahkan perkara yang ramai tidak tahu tentang kakaknya itu

Untuk lihat videonya itu, sila tonton DISINI.

Jom baca luahannya:

You guys can continue sharing her pictures and condemning and bashing her up.

Only we know the stories behind all those pictures

Yes she went into wrong way adn did some sinful things but there is untold story behind it.

You guys keep on mentioning 'flat' where we live. Yes that was true.

Both my mom and dad was jobless at a point. We starved.

Had to move out of the house.

My parents could not afford to school us at some point.

My sis dropped out and no one would hire her as she was underage.

The only place she was accepted was that sinful place.

She knew it was wrong but she wanted to feed us.

Those clothes were borrowed to her by her friends.

But then the place took her, change her.

My parents are still unawares of those things.

Now she is trying to live a good life.

Pleas if it possible leave her alone.

She is making clean money by product review.


Untuk lihat videonya itu, sila tonton DISINI.





Sumber Adik King Coco Luah Perasaan, Dedah Perkara Mengejutkan Yang Ramai Tak Tahu Pasal Coco

100 peserta berminat ikuti dalam jet mewah

$
0
0

Sejak dihebahkan Khamis lalu, pakej mengaji al-Quran sejam US$7,500 (RM33,400) di atas jet peribadi diminati hampir 100 peserta daripada pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara.

Menegaskan harga sedemikian sepadan dengan perkhidmatan, pengarah syarikat Elite Jets menafikan penganjur menggunakan agama untuk perniagaannya.

“Sekarang tengah dapatkan maklum balas, memang menggalakkan. Saya dapat maklumat lebih 50 ke 100 orang yang ingin sertai. Orang negatif ramai, seolah-olah macam hendak jual agama.

“Daripada kami berikan perkhidmatan yang bukan-bukan, kenapa tidak kami bawa pendekatan secara Islamik? Mana yang anda hendak?

“Orang kaya-kaya hendak akhirat juga, tidaklah biar dunia semata-mata, bukan?

Selalu apabila dengar orang kaya-kaya ini, semua negatif pasal Islam.

“Jadi kita martabatkanlah [program agama],” kata Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha ketika dihubungi ProjekMMO hari ini.

Syarikat yang beroperasi sejak lapan tahun itu menawarkan pakej mengaji bersama pemenang qariah tilawah al-Quran Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.Qariah popular Sharifah Khasif Fadzillah melambai tangan selepas meninggalkan jet mewah yang menawar pakej mengaji RM33,000 sejam di awan biru. — Foto ihsan Elite JetsQariah popular Sharifah Khasif Fadzillah melambai tangan selepas meninggalkan jet mewah yang menawar pakej mengaji RM33,000 sejam di awan biru. — Foto ihsan Elite Jets

Mahu menampilkan penerbangan unik, Nik Elena berkata beliau memang mensasarkan golongan kenamaan dan orang penting (VVIP) dari Malaysia, Arab Saudi dan Brunei.

“Kami rasa kenapa tidak buat kelainan, mereka datang ke negara guna jet peribadi dan pada masa sama ustazah [Sharifah] mengajar atas penerbangan.

“Tidak semestinya ke Dubai. Kalau hendak ke Indonesia dalam dua jam boleh juga. Kalau ke Dubai, tujuh jam pergi dan tujuh jam balik, dalam 14 jam [semuanya], jadi darablah dengan US$7,500.

“Tetapi ia [pakej] bergantung pada kapal terbang juga. Ada kapal kami yang lebih murah. Jadi harga berbeza-beza, bergantung kepada tempat duduk,” katanya, yang mempunyai 30 jet peribadi.

Sementara itu, pengurus qariah popular itu Haryati Mohd Tahar berkata kelas pertama dijangka bermula Mei ini.

“Kita cuba mulakan rombongan sebelum Ramadan ini, mungkin bulan Mei ini tengok pada kekosongan jet nanti.

“Mula-mula akan berlepas jam pertama untuk sesi perkenalan dan jam kedua ada kelas. Aktiviti makan dan sebagainya. Selepas itu ustazah akan beri tazkirah mengenai Quran,” katanya, menjelaskan aktiviti dalam pakej tersebut, kepada ProjekMMO.

Haryati bagaimanapun menegaskan kelas mengaji yang dikendalikan Sharifah Khasif tidak hanya untuk kenamaan sebaliknya ada juga kelas-kelas pengajian untuk golongan kebanyakan.

“Mereka nampak kelas jet peribadi sahaja. Sebenarnya kita ada kelas untuk golongan yang tidak kemampuan.

“Golongan sederhana ada yuran tertentu dan yang berkemampuan seperti kerabat diraja [yurannya berbeza].

“Kelas biasa ada di masjid di Ampang, sudah dua tahun. Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya lagi.

Hari ini, mStar Online melaporkan kelas tersebut menawarkan pakej mengaji memilih ke destinasi luar negara termasuk China atau Australia.

Pelajar boleh merasai pengalaman belajar al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta).

Sebuah video hampir 16 minit yang dimuatkan di Facebook Sharifah Khasif pada Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas di dalam pesawat jenis Falcon 2000.

Video tersebut mendapat 180,000 tontonan dan lebih 4,000 perkongsian di Facebook.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber 100 peserta berminat ikuti dalam jet mewah
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>