Quantcast
Channel: Trending Now
Viewing all 42763 articles
Browse latest View live

“17.02.17, jam 17.17” – Akim Ahmad dan Stacy timang cahaya mata perempuan

$
0
0

Penyanyi dan isteri kepada Akim Ahmad iaitu Stacy selamat melahirkan anak perempuan kira-kira pukul 5.17 petang Jumaat. 

"17.02.17, jam 17.17" - Akim Ahmad dan Stacy timang cahaya mata perempuan

“17.02.17, jam 17.17” – Akim Ahmad dan Stacy timang cahaya mata perempuan

Bayi seberat 2.97 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, dekat sini. 

Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 26, menerusi laman sosial Instagram memberitahu bahawa isteri dan bayi berkenaan kini berada dalam keadaan baik. 

“Di petang Jumaat penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua,” ujarnya. 

 

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah. 

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Bell Deluna Valentina yang kini berusia lima tahun.

Sumber:Mstar



Sumber “17.02.17, jam 17.17” – Akim Ahmad dan Stacy timang cahaya mata perempuan

Aksi Berani Mati Model Rusia Ini Dikecam Teruk

$
0
0

TAKSUB mahu mendapatkan gambar yang cantik dan menarik, seorang model Rusia sanggup mengadaikan nyawanya dengan ‘bergantungan’ di aras 1000 kaki di udara di sebuah bangunan pencakar langit di Dubai, baru-baru ini.

Aksi Berani Mati Model Rusia Ini Dikecam Teruk

Aksi Berani Mati Model Rusia Ini Dikecam Teruk

Viktoria Odintsova, 23, bergayut tanpa sebarang alat keselamatan di Menara Cayan, dia hanya bergantung sepenuhnya dengan kekuatan tangan jurugambar yang memegang tangan kanannya.

Menurut Viktoria, dia sama sekalli tidak menyangkakan mampu melaksanakan tugasnya yang cukup mencabar itu.

“Saya masih tak percaya yang saya lakukan kerja gila. Setiap kali saya tengok balik video itu, memang terasa cuak juga tengok aksi saya,” katanya dipetik Metro UK.

 

Video aksi berani mati Viktoria mendapat kecaman ramai selepas dia berkongsikannya di laman Instagram.

Kebanyakan pengikut di laman sosialnya mengkritik Viktoria yang langsung tidak mementingkan langkah-langkah keselamatan sebelum membuat aksi stunt.

Mereka berkali-kali mengatakan dia mungkin akan mati jika berlaku sedikit sahaja kesilapan dalam melakukan aksi itu.

Seorang pengikut meninggalkan komen, “Macam mana awak boleh mempertaruhkan nyawa sampai ke tahap macam itu sekali? Jika saya merupakan ibu bapa awak, saya akan tampar kedua awak dan jurugambar tersebut.”

“Saya harap awak akan dihalang masuk ke Dubai lagi selepas melakukan aksi bodoh yang mungkin boleh memberikan pengaruh buruk dan berbahaya, awak sepatutnya ditahan,” tulis seorang pengikutnya lagi.

Menara Cayan yang mempunyai 73 tingkat itu memiliki ketinggian 306 meter.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Aksi Berani Mati Model Rusia Ini Dikecam Teruk

Timun Ditemui Selepas Tayangan Filem Fifty Shades of Darker

$
0
0

KALAU  bertih jagung atau gelas plastik ditemui di dalam panggung wayang, memang perkara biasa tetapi jika timun dijumpai di situ, memang pelik apatah lagi selepas tayangan cerita yang mengandungi elemen erotik, Fifty Shades Darker.

Timun Ditemui Selepas Tayangan Filem Fifty Shades of Darker

Timun Ditemui Selepas Tayangan Filem Fifty Shades of Darker

Seorang pengguna media sosial telah memuatnaik gambar timur berkenaan dan mendakwa ia ditemui selepas tayangan cerita berkenaan di panggung wayang Hayden Orpheum di Sydney, Australia.

“Saat jangkal apabila anda jumpa timun dalam panggung wayang selepas sesi Fifty Shades Darker,” demikian tulisnya dan kemudian dimuatnaik dalam laman mikro Twitter.

Bagaimanapun ada yang terkejut kerana individu tersebut sanggup memegang timun tersebut tanpa sarung tangan.

 

Manakala bagi mereka yang enggan berfikiran kotor, menganggap ia adalah sayur yang dibawa masuk untuk dimakan ketika tayangan cerita terbabit.

Namun tidak kurang pula yang menganggap ia hanyalah gimik bagi tujuan mempromosikan filem berkenaan semata-mata.

Fifty Shades Darker adalah sekuel kepada filem Fifty Shades of Grey yang diharamkan tayangannya di Malaysia kerana termasuk dalam kategori filem lucah dan tidak sesuai buat tontonan umum.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Timun Ditemui Selepas Tayangan Filem Fifty Shades of Darker

Jari Bayi Hampir Putus Gara-Gara Sehelai Rambut Ibu

$
0
0

SEORANG bayi berusia dua bulan nyaris hilang ibu jari kiri tangannya selepas ia terbelit dengan sehelai rambut ibunya, mengakibatkan jari tersebut bengkak dengan saiz dua kali ganda besar.

Jari Bayi Hampir Putus Gara-Gara Sehelai Rambut Ibu

Jari Bayi Hampir Putus Gara-Gara Sehelai Rambut Ibu

Rambut itu membelit jarinya dengan kuat hinggakan ia tidak kelihatan pada kulitnya dalam kes yang mengejutkan di China.

Menurut TV Jiangsu, ibu bayi terbabit, Wang, telah membawa anaknya itu yang dinamakan sebagai Renci ke hospital selepas bayi tersebut asyik menangis sejak lima hari lalu. Ketika itu Wang tidak melihat perkara serius berlaku kepada bayinya.

“Saya langsung tidak menyedarinya dan tidak membuat pemeriksaan yang teliti,” katanya.

Rambut terbabit didapati telah membelit ibu jari Renci selama beberapa hari hingga mengakibatkan peredaran darah terhenti sekali gus menyebabkan jari itu bengkak.

Menurut doktor, jika Wang terlewat sehari membawa anaknya ke hospital, kemungkinan jari itu terpaksa dipotong. Doktor berjaya membuang rambut berkenaan dengan menggunakan mikroskop ketika pembedahan dijalankan.

Doktor turut mengingatkan ibu-ibu muda supaya memastikan rambut mereka pendek atau diikat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Jari Bayi Hampir Putus Gara-Gara Sehelai Rambut Ibu

Persatuan Pengguna Islam Malaysia gesa peniaga letakkan imej babi atau anjing pada produk

$
0
0

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa peniaga segera meletakkan imej babi atau anjing pada produk yang menggunakan bahagian binatang berkenaan, lapor Free Malaysia Today.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia gesa peniaga letakkan imej babi atau anjing pada produk

Persatuan Pengguna Islam Malaysia gesa peniaga letakkan imej babi atau anjing pada produk

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu bertujuan mengelakkan pengguna Islam daripada keliru dan terus membeli barangan yang diperbuat daripada sumber haram.

Sebagai contoh, bukan semua pengguna tahu maksud porcine yang terdapat pada label sesuatu produk adalah babi.

“Namun jika imej babi diletakkan pada produk berkenaan, semua orang termasuk kanak-kanak akan tahu ia dihasilkan daripada haiwan itu,” katanya pada sidang media bagi mengulas isu berus bulu babi, hari ini.

 

Menurutnya lagi, perkara itu bukan isu politik, agama atau perkauman kerana undang-undang yang sedia ada di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 menetapkan barangan yang diperbuat daripada babi atau anjing dilabelkan.

Di bawah akta yang sama juga, barang berkenaan perlu diletakkan secara berasingan daripada barang-barang lain yang terdapat di dalam premis.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini memberi tempoh selama sebulan bermula 9 Februari kepada peniaga untuk melabelkan produk yang diperbuat daripada bulu binatang termasuk menyatakan secara khusus sama ada ia diperbuat daripada bahagian tubuh babi atau anjing.

Sumber:MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Persatuan Pengguna Islam Malaysia gesa peniaga letakkan imej babi atau anjing pada produk

“Dia sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga”

$
0
0

Keluarga Haizad Kasrin, salah seorang daripada lapan remaja lelaki berbasikal yang maut di rempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini awal pagi tadi, telah beberapa kali melarang remaja itu daripada terlibat dengan aktiviti berkenaan.

"Dia sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga"

“Dia sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga”

Kakak mangsa, Aspalilah Kasrin, berkata ibu mereka, Jamilah Sulaiman, 54, tidak sukakan adiknya itu bermain berbasikal di bandar raya kerana terlalu bahaya.

“Haizad juga sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga,” katanya kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Aspalilah berkata Haizad, 16, merupakan anak kelapan daripada sembilan adik beradik mula berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal sejak tahun lepas selepas melihat penglibatan rakan-rakan sekolahnya.

 

Arwah juga disifatkan anak yang sangat rapat dengan ibunya sejak ayah mereka, Kasrin Sukemi meninggal dunia akibat sakit tua pada Julai 2015.

“Semalam, saya baru cakap dengan emak, hendak balik ke rumah keluarga di Plentong (Pasir Gudang) kerana mahukan dia (mangsa) memperbaiki motosikal anak saya tetapi belum apa-apa, sudah jadi begini,” katanya.

Jenazah Haizad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong, selepas waktu Asar.

Sementara itu, Nurul Ain M Azahar, kakak kepada seorang lagi mangsa berkata adiknya Muhammad Firdauz Danish, sepatutnya mendaftar masuk ke asrama Kolej Antarabangsa E-Access, Kulai, Isnin ini, bagi mengikuti jurusan latihan automatif.

“Sebelum ini, arwah, 16, pernah bercakap dengan keluarga bahawa dia tidak akan lama di rumah kerana selepas ini tiada tetapi kami mengganggap ia hanya biasa-biasa sebab dia memang hendak masuk asrama, tidak tahu pula dia betul-betul hendak pergi,” katanya.

Menceritakan perwatakan adiknya, Nurul Ain berkata arwah meminati aktiviti berbasikal sejak berada di Tingkatan Satu dan seringkali bermain di kawasan Taman Damai Jaya, di sini.

Dia juga merupakan seorang peramah dan tidak suka bersendirian.

“Semalam, dia keluar dari rumah kira-kira pukul 10 malam dan ada memberitahu hendak berbasikal. 

“Dia berpesan supaya ibu mengunci sahaja pintu utama rumah sebab mungkin dia tidak balik ke rumah pada malam itu.

Namun, sekitar pukul 3 pagi, kami menerima panggilan daripada kawan-kawannya, memberitahu arwah terlibat dengan kemalangan,” katanya.

Jenazah Muhammad Firdauz Danish dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini selepas waktu Asar.  – BERNAMA

Sumber: Mstar



Sumber “Dia sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga”

Jamal Abdillah, Wahid Senario Hadir Himpunan RUU355

$
0
0

Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan pelawak, Wahid Senario hadir pada Himpunan 355 bagi menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Jamal Abdillah, Wahid Senario Hadir Himpunan RUU355

Jamal Abdillah, Wahid Senario Hadir Himpunan RUU355

Kehadiran mereka dalam himpunan yang berlangsung di ibu negara itu bagaimanapun mengundang kecaman penyokong Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai RUU355 dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

RUU355 bertujuan mempertingkatkan fungsi Mahkamah Syariah termasuk dalam aspek hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang melakukan kesalahan syariah seperti berzina, mabuk dan sebagainya.

Usul itu dibantah hebat Pakatan Harapan dengan alasan RUU355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang menindas, kuno dan menyalahi Perlembagaan Negara.

Malah, Pakatan Harapan ‘berkempen’ menghasut rakyat Malaysia supaya menolak RUU355.

Sehubungan itu, PAS mengadakan Himpunan 355 hari ini untuk menunjukkan sokongan umat Islam ke atas usaha tersebut sekali gus membalas ‘kempen’ menolak RUU355 oleh Pakatan Harapan.

 

 

Sumber: Mynewshub.cc

 

 



Sumber Jamal Abdillah, Wahid Senario Hadir Himpunan RUU355

“Sejak saya kurus, sikap suami berbeza sangat seolah-olah mula cemburu, dulu tidak begitu” – Catriona Ross

$
0
0

SETELAH sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, penampilan terbaharu pelakon Catriona Ross sangat mengejutkan apabila tampil lebih langsing berbanding sebelum ini.

"Sejak saya kurus, sikap suami berbeza sangat seolah-olah mula cemburu, dulu tidak begitu" - Catriona Ross

“Sejak saya kurus, sikap suami berbeza sangat seolah-olah mula cemburu, dulu tidak begitu” – Catriona Ross

Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 36 menerusi sebuah portal hiburan mendedahkan bahawa bentuk badan baharunya itu adalah hasil daripada pengurangan berat badannya sebanyak 17 kilogram (kg) daripada berat asal 75 kg.

“Alhamdulillah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Dulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossDulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossDulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossDulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossDulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossDulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossDulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossDulu Tak Kisah Sekarang Cemburu - Catriona RossPERBEZAAN KETARA DAHULU (KIRI) DAN SEKARANG (KANAN)

Dalam pada itu, Catriona turut memberitahu bahawa bentuk badannya yang baharu itu mengundang rasa cemburu di hati suami tercinta; Shaharuddin Mokhtaruddin.

 

“Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.

“Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa.”

Jelas aktres kacukan Melayu-Scotland itu lagi, meskipun suaminya berubah sikap, namun dia berasakan ianya adalah sesuatu yang bagus untuk keharmonian rumah tangganya yang dibina sejak tahun 2009 itu.

“Sudah tentu saya gembira dengan perubahan suami saya dan ia memang suatu perkara yang baik untuk rumahtangga kami,” katanya lagi.

Hasil perkongsian hidup dengan Shaharuddin, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 7; Jamal Raess, 5 dan Edruce Riyadh, 2. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

Via:Mynewshub



Sumber “Sejak saya kurus, sikap suami berbeza sangat seolah-olah mula cemburu, dulu tidak begitu” – Catriona Ross

Tragedi basikal: “Biar dia menangis, jangan kita yang menangis” – Sultan Johor

$
0
0

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meminta ibu bapa supaya memantau pergerakan aktiviti anak serta tidak membenarkan mereka keluar bersendirian pada waktu malam.

Tragedi basikal: "Biar dia menangis, jangan kita yang menangis" - Sultan Johor

Tragedi basikal: “Biar dia menangis, jangan kita yang menangis” – Sultan Johor

Baginda turut bertitah kepada ibu bapa supaya melarang anak-anak mereka bermain di kawasan-kawasan bahaya bagi mengelak kejadian yang tidak dingini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian kepada keluarga dan waris mangsa di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini susulan kejadian lapan remaja berbasikal maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, dekat sini, awal pagi ini.

 “Yang pergi tidak akan kembali, biarkan pergi, ini juga adalah pengajaran kepada ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak mereka keluar pada waktu malam.

“Biar dia yang menangis, jangan kita menangis. Saya pun ada anak dan dah pergi tak kembali, kalau saya sedih awak sebagai ibu dan bapa kepada mangsa mesti lebih sedih. Ingat pesanan saya,” titah baginda kepada keluarga mangsa.

Baginda, yang meluangkan masa lebih kurang 10 minit, kemudian mengucapkan takziah kepada waris mangsa sebelum dilihat mengesat air matanya sendiri.

Hadir sama, Imam Makam Diraja Mahmoodiah, Imam Masri Sapiran yang membacakan doa.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, dua lagi remaja lelaki masih kritikal manakala enam lagi cedera dan kini dirawat di HSA.

Kesemua mangsa terkorban dan cedera berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Difahamkan, ahli keluarga dan waris mula berkumpul di hadapan bilik mayat HSA seawal 7 pagi.

Menurut sumber, seramai 17 petugas termasuk seorang doktor pakar dan empat pegawai perubatan serta pegawai sokongan HSA terlibat dalam bedah siasat kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang sedang berkumpul di Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitarnya. – BERNAMA

 

 

Sumber: Mynewshub



Sumber Tragedi basikal: “Biar dia menangis, jangan kita yang menangis” – Sultan Johor

Sekolah Diarah Kesan Pelajar Terbabit Dengan Geng Basikal

$
0
0

Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan pihak semua supaya mengesan dan memberi sesi kaunseling kepada pelajar terbabit dengan kumpulan yang melakukan aktiviti berbasikal waktu malam di sekitar bandar raya ini.

Sekolah Diarah Kesan Pelajar Terbabit Dengan Geng Basikal

Sekolah Diarah Kesan Pelajar Terbabit Dengan Geng Basikal

Pengarahnya, Shaharudin Sharif berkata pihak sekolah sering kali memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang terbabit dengan kumpulan berbasikal semasa perhimpunan sekolah namun masih ada segelintir pelajar ingkar dengan peringatan tersebut.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa murid supaya melarang anak-anak mereka keluar lewat malam serta memantau pergerakan dan aktiviti mereka.

Tambahan pula, ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan melupuskan basikal-basikal yang diubah suai tanpa ciri-ciri keselamatan yang dimiliki anak-anak mereka, katanya.

 

Beliau berkata demikian semasa melawat waris keluarga di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden lapan pelajar terbunuh manakala lapan lagi cedera apabila sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, kira-kira pukul 3 pagi.

“Basikal-basikal mereka ini telah diubah suai sehingga tidak ada langsung ciri-ciri keselamatan. Untuk itu saya minta ibu bapa, sekiranya anak mereka mempunyai basikal ini, lupuskan sahaja sebelum perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, timbalan pengarahnya, Azman Adnan, berkata pihaknya akan menguruskan hal berkaitan insurans memandangkan waris mangsa layak menuntut wang perlindungan insurans menerusi Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

Selain itu, katanya, pihaknya telah menyediakan guru kaunseling bagi memberi nasihat dan semangat untuk keluarga mangsa.

“Selain kaunselor, kita juga memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa termasuk sedikit sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah,” katanya.

Walaupun kejadian seumpama itu berlaku di luar kawalan sekolah, namun katanya, pihak sekolah sentiasa mengambil inisiatif mengadakan pelbagai program kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar. – BERNAMA

 

 

Via: Mynewshub



Sumber Sekolah Diarah Kesan Pelajar Terbabit Dengan Geng Basikal

Islam Tidak Hukum Orang Berzina Secara Sembunyi – Mufti Perlis

$
0
0

Ajaran Islam tidak akan menjatuhkan hukuman ke atas umatnya yang mengerjakan kemungkaran atau maksiat jika ia dilakukan secara sembunyi.

Islam Tidak Hukum Orang Berzina Secara Sembunyi - Mufti Perlis

Islam Tidak Hukum Orang Berzina Secara Sembunyi – Mufti Perlis

Itu pandangan yang cuba disampaikan oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah termasuk berzina.

Beliau memperkuatkan hujahnya dengan memetik kenyataan tokoh agama, Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi bahawa kemungkaran yang dilakukan umat Islam mesti nyata dan dapat dilihat.

“Jika pelakunya melakukannya secara sembunyi dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau menyerbu rumahnya.

 

“Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat,” kata Mohd. Asri menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi mengkritik Himpunan 355 di ibu negara hari ini yang bertujuan menyokong usaha PAS untuk mempertingkatkan hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah.

Mohd. Asri seterusnya berkata, Islam melarang perkara tersebut kerana ia boleh mengaibkan penzina seperti yang terkandung dalam hadis muslim.

“Ya, Islam memang haram zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak ancam keselamatan awam dan empunya (penzina) berusaha menutupinya,” katanya.

Sumber: Mynewshub.cc

 

 



Sumber Islam Tidak Hukum Orang Berzina Secara Sembunyi – Mufti Perlis

Menang besar, DUN Tanjong Datu kekal milik BN

$
0
0

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu selepas calonnya, Puan Sri Jamilah Anu berjaya mendapat 6,573 undi mengalahkan lawan daripada calon Parti Reformasi Sarawak (Star), Johnny Bob Aput, 55 yang meraih 108 undi dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dengan 130 undi.

JAMILAH ANU
JAMILAH ANU

Jamilah berjaya memperoleh majoriti 6,443 undi atau 69.2 peratus pada pertandingan tiga penjuru untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tanjong Datu ini.

Pengumuman kemenangan Puan Sri Jamilah Anu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Tanjong Datu, Hamsein Atar pada pukul 19.57 malam.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 yang lalu, penyandang kerusi DUN Tanjong Datu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem mendapat 6,360 undi manakala calon PKR, Jazolkipli Numan (468).

 

Sumber: Utusan



Sumber Menang besar, DUN Tanjong Datu kekal milik BN

Malaysia adalah negara sekular bukannya negara Islam dan asalnya Hindu

$
0
0

Malaysia adalah sebuah Negara sekular dan bukannya Negara Islam kerana tidak menjalankan sepenuhnya undang-undang  Islam, itu antara kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Peguam yang juga Aktivis Bebas, Siti Kassim.

Malaysia adalah negara sekular bukannya negara Islam dan asalnya Hindu

Malaysia adalah negara sekular bukannya negara Islam dan asalnya Hindu

Menurutnya, jika ada pihak yang mendakwa Malaysia adalah Negara yang mengamalkan Islam, itu tidak tepat disebabkan perlembagaan kita masih mempunyai Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Bagaimanapun tidak dinafikan negara Malaysia masih menjalankan beberapa undang-undang syariah mengikut landasan tetapi ianya terhad

“Jadi bagaimana kita mahu mengatakan yang Malaysia merupakan sebuah Negara Islam?”katanya.

Ditanya mengenai bagaimana  sejarah yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam kerana  terdapat Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama, Siti Kassim mengakui yang beliau sememangnya tidak tahu mengenai sejarah itu.

Tetapi menurutnya, Malaysia mempunyai perlembagaan yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan sekularisme walaupun Raja-Raja atau Sultan diberikan kuasa sebagai ketua agama.

“Islam itu muncul setelah kehadiran saudagar Islam yang berdagang di sini kemudian barulah masyarakat memeluk agama Islam tetapi ketika itu negara belum ada perlembagaan lagi,”katanya.

Apa yang saya tahu, sejarah negara ini bermula dengan fahaman Hinduisme dan sebelum itu saya tak pasti adakah ini Negara Islam, yang pasti negara kita bermula selepas kemerdekaan pada tahun 1957.

Kenyataan yang mengambarkan BEBAS menyebarkan pemikiran liberal di kalangan umat Islam menjadikan ajaran sesat sukar dibendung disanggah oleh Siti Kassim yang mempersoalkan “bagaimana pihak-pihak tertentu menyatakan liberal itu sesat sedangkan Islam itu sendiri adalah liberal?”.

Menurutnya, jika mengikut pandangan minda yang tertutup sudah pasti mereka akan mengatakan liberal itu sesat sedangkan Islam sebenar tidak mengongkong, tidak membandingkan seperti dilabel golongan fasiq.

“Sebenarnya liberal yang dikecam Pas sebagai sesat itu, bukanlah sebuah ajaran atau sebuah agama, liberal sendiri adalah perkataan dan perkara yang baik, kewujudan liberal adalah untuk seluruh manusia di dunia mempraktikkannya dan bersifat universal.”

Beliau turut menyelar dakwaan beberapa pihak menyatakan pendirian BEBAS jelas berhasrat ingin membiarkan umat Islam bergelumang di dalam noda dan dosa seperti zina, khalwat dan lain-lain tanpa apa-apa bentuk tindakan atau pencegahan.

Menurut beliau, pihaknya tidak mempromosikan maksiat seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Kita lihat sendiri negeri Kelantan yang mendapat jolokkan serambi mekah, tetapi negeri merekalah yang paling ramai membuat maksiat.

“Jangan tanya saya apabila kami mempraktikkan “Human Nature” iaitu perkara yang dinisbahkan kepada Islam Liberal, sehingga membolehkan pihak-pihak tertentu menimbulkan kontroversi dengan pelbagai tomahan.

“Sebenarnya tidak semestinya orang yang tidak mengambarkan kehidupan secara Islamik itu tidak bermoral dan boleh dipandang rendah,”katanya.

Menurutnya, moral itu datang dari diri dan naluri,  perkara ini adalah fahaman bersifat universal sekalipun  mereka tidak mempunyai agama seperti di negara kafir tetapi mereka lebih mempraktikkan Islam daripada Negara Islam sendiri.

Katanya, Pas bukanlah hendak laksanakan hudud melalui usul RUU 355 dan perkara itu memang sudah sah, tetapi Hadi di lihat  membuka jalan untuk mengimplimentasikan akta hudud mereka.

Kata beliau, sebenarnya enekmen akta hudud di Kelantan atau di Terengganu bukanlah sepenuhnya Islamik walaupun mereka mengambilnya dari Al Quran.

“Jadi inilah masalahnya, perlaksanaan hukum seperti rejam batu, potong tangan dan pancung  sebenarnya bukan hudud tetapi hukum yang ditiru dari budaya orang Arab.

“Saya juga senada berhubung mahkamah sivil kerana hukuman gantung dan bunuh itu dianggap terlalu kejam, katakan orang yang digantung itu tidak bersalah dan sudahpun digantung, adakah boleh dihidupkan semula orang yang sudah mati itu.

“Apakah dengan meningkatkan hukuman, seorang pesalah itu akan terus berubah, sebenarnya tidak boleh, kita tidak boleh mengajar orang dengar cara memaksa,”katanya. Menurut beliau, cara Islam yang diajar di Malaysia sudah terpesong begitu jauh sekali, Islam sepatutnya diajar dengan lebih lembut.

Tohmahan yang mengatakan BEBAS tidak layak bercakap tentang agama kerana tidak mempunyai ilmu dan berpemikiran liberal mendapat reaksi beliau dengan menyatakan tidak seorang pun dapat meneka sejauh mana tahap pengetahuan seseorang itu.

Katanya, adakah hanya kerana dia memakai serban atau digelar ustaz dan ustazah sahaja yang layak bercakap mengenai soal agama Islam dan tidak semestinya orang itu bertudung labuh membolehkan dia berhak untuk bercakap daripada orang yang tidak bertudung.

Menurutnya,  ada juga orang yang tidak mempunyai ciri-ciri Islamik  tetapi lebih bermoral dan mempunyai pandangan dan ilmu pengetahuan mengenai Al Quran lebih baik dan mendalam.

“Sebenarnya ulamaklah yang paling banyak kaki tipu dan paling banyak masuk neraka, jelas ini adalah hudud Pas bukan hudud Allah,”katanya.

Sumber:Menara.my



Sumber Malaysia adalah negara sekular bukannya negara Islam dan asalnya Hindu

Lepas 6 bulan, ini yang terjadi kepada stadium dan kemudahan Olimpik Rio 2016

$
0
0

Penganjur Olimpik Rio 2016 berjanji tiada kemudahan temasya sukan terbesar dunia itu menjadi projek gajah putih selepas peminat dan atlet pulang ke negara masing-masing.

Lepas 6 bulan, ini yang terjadi kepada stadium dan kemudahan Olimpik Rio 2016

Lepas 6 bulan, ini yang terjadi kepada stadium dan kemudahan Olimpik Rio 2016

Begitupun malangnya, enam bulan kemudian wujud bukti yang jelas ia tidak dapat ditepati oleh pihak berkuasa bandar raya metropolis terbesar Brazil itu.

Rumput yang mati di stadium terkenal dunia, Maracana, apartmen bagi perkampungan sukan yang diharap menjadi kejiranan mewah namun akhirnya tidak dapat dijual.

Sekali gus tidak perlu untuk memandang jauh bagaimana janji itu gagal dilunaskan oleh negara terbesar di rantau Amerika Selatan dan yang pertama menganjurkan Olimpik.

Setahun sebelum temasya membuka tirainya, pegawai tertinggi di pejabat Datuk Bandar, Pedro Paulo berjanji: “Tidak akan ada gajah putih” dan sebelum majlis penutup pada 21 Ogos tahun lalu, Datuk Bandar, Eduardo Paes mengulangi kata-kata itu.

Pegawai sukan dan bandar raya itu menyatakan betapa laluan metro dan bas yang baharu sebagai kejayaan berkekalan tetapi di di Taman Olimpik – dibina daripada kejiranan miskin tempatan; kini berada dalam keadaan terbiar dan menyedihkan.

Hanya dibuka kepada orang awam pada hari bekerja, kawasan luar di mana acara renang, gimnastik, bola keranjang dan beberapa acara kompetitif popular lain kurang dilawati dengan peralatan pembinaan dibiarkan berkarat, kerusi bertimbun serta lubang kumbahan dibiarkan sesetengahnya tidak bertutup.

Bagi kolam renang bagi pemanas badan yang kurang setahun lalu digunakan legenda, Michael Phelps dalam usaha menambah pingat Olimpiknya kepada 28, ia kini dipenuhi kulat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Taman Olimpik dijangka diserahkan kepada pengurusan syarikat swasta, namun berikutan tiada sesiapa yang berminat, kementerian sukan Brazil perlu mengambil alih.

Harapan untuk melihat ‘Arena of the Future‘ yang menjadi gelanggang kepada acara bola baling dan dikatakan akan diubah kepada sekolah selepas temasya itu berakhir juga dikatakan tidak menjadi kenyataan.

Ia selepas datuk bandar baharu dilantik selepas Olimpik berkata, dia perlu melihat semula bajetnya.

“Sebagai rakyat, saya amat bimbang. Kami belajar untuk tidak mempercayai ahli politik. Jika sekolah-sekolah ini tidak dibina, ia satu bencana,” kata arkitek asal projek berkenaan, Gustavo Martins.

Beberapa gelanggang yang diharapkan akan menjadi pusat kepada acara sukan juga belum dapat dilaksanakan.

“Kami akan bermesyuarat dengan kementerian sukan minggu depan dan berharap dapat menggunakan kemudian itu pada suku kedua tahun ini,” kata pengarah eksekutif Jawatankuasa Olimpik Brazil, Agberto Guimaraes. – AFP

Via: Mynewshub

 



Sumber Lepas 6 bulan, ini yang terjadi kepada stadium dan kemudahan Olimpik Rio 2016

Polis nafi wanita yang merempuh remaja berbasikal hingga maut main telefon ketika memandu

$
0
0

Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Polis nafi wanita yang merempuh remaja berbasikal hingga maut main telefon ketika memandu

Polis nafi wanita yang merempuh remaja berbasikal hingga maut main telefon ketika memandu

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

“Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis,” katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu.

 

Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baru sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian.

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di sini.

Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan. – BERNAMA

Sumber:Metro



Sumber Polis nafi wanita yang merempuh remaja berbasikal hingga maut main telefon ketika memandu

“Saya sedih bagi pihak ibu” – Hajat Che Tom temui Azwan Ali sebelum meninggal tidak kesampaian

$
0
0

“Saya sedih bagi pihak ibu kerana hajat untuk lihat semua anak-anaknya sebelum pergi, tidak kesampaian kerana Azwan tidak ada,” demikian menurut Ummi Hafilda Ali, adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya sedih bagi pihak ibu" - Hajat Che Tom temui Azwan Ali sebelum meninggal tidak kesampaian

“Saya sedih bagi pihak ibu” – Hajat Che Tom temui Azwan Ali sebelum meninggal tidak kesampaian

Ummi berkata, sepanjang lebih empat bulan menderita angin ahmar, arwah ibunya berhajat untuk menemui semua anak-anaknya namun tidak terlaksana.

“Sebagai ibu dia nak tengok semua anak dia, tapi satu saja Azwan tidak hadir, itu yang ralat sangat.

 

“Saya sedih bagi pihak ibu. Sebagai ibu dia tetap sayang anaknya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, di sini.

Namun katanya, dia bersyukur kerana ahli keluarga lain berada di samping ibunya ketika menghembuskan nafas terakhir.

“Saya menemani ibu sejak dia sakit. Setiap malam saya bersama dan sejak dua bulan lepas dia sedarkan diri, keadaannya bertambah baik dan masih boleh bergelak tawa dengan kami.

“Tetapi apabila dia penyakitnya menyerang minggu lalu, dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  ‘Pemergian ibu kehilangan terbesar dalam hidup saya’]

Dalam pada itu, Ummi berkata, seminggu sebelum terjatuh dan terlantar sakit pada tahun lalu, ibunya menunjukkan tanda-tanda mahu pergi.

“Saya akan tidur rumah ibu setiap hujung minggu, namun pada hari Isnin minggu itu saya mahu balik tetapi dia tahan, sehingga hari kelima juga begitu.

“Selalunya saya nak balik dia tidak kisah. Saya janji untuk datang balik pada hari ke enam namun terkilan kerana hari itu dia terjatuh.

“Namun sepanjang lima hari itu, setiap hari pagi petang siang malam ibu sebut dia mahu mati dan dia akan pergi,” katanya.

Ummi juga menyifatkan Allahyarhamah Che Tom merupakan seorang ibu yang hebat dan beriman kerana hidupnya hanya untuk akhirat.

“Ibu menghabiskan masanya dengan zikir, tahajud setiap malam…Dunianya hanya akhirat,” katanya.

 
 
Sumber: Sinar


Sumber “Saya sedih bagi pihak ibu” – Hajat Che Tom temui Azwan Ali sebelum meninggal tidak kesampaian

“Saya takleh bayang macam mana nanti bersalaman dengan tok kadi nanti”

$
0
0

Siapa sama macam saya? Kita spesel

Tapak tangan dan tapak kaki selalu basah berair walaupun dalam bilik air cond. Nampak tak sambil baring-baring pun tapak tangan keluarkan losyen dia sendiri hihi. Saya terbaca dulu artikel pasal benda ni, palmatesis fotosintesis apa ntah nama dia.

“Saya takleh bayang macam mana nanti bersalaman dengan tok kadi nanti”

“Saya takleh bayang macam mana nanti bersalaman dengan tok kadi nanti”

Sebab tu dari kecik saya tak suka dengan tulisan atau lukisan sendiri sebab mesti jadi comot. Tengah lukis ataupun tulis kertas melekat kat tangan huhu. Saya kalau boleh nak elak bersalam dengan orang. Sebab orang jadi terkejut. Saya selalu tolak permintaan cikgu dulu-dulu untuk handle apa-apa program atau assembly sebab nanti mic yang saya pegang akan basah. Kalau pegang mic nanti nak pass to the next user nanti sian die orang kena lap mic tu. Apa-apa barang yang saya pegang mudah terlucut dari genggaman. Tak suka cincin dan jam tangan walaupun pernah cuba pakai. Kasut? Erm selipar jepun jugak yang sesuai. Tergelincir tu biase. Bukan semestinya jatuh tapi tergelincir ala-ala macho gitu lepas tu dapat imbang balik posisi badan hehe. Banyak call yang sengaja saya tak jawab sebab nanti touch screen tak berfungsi bila basah.

Sebab tu saya stay away kerja-kerja yang melibatkan susun-susun barang atau hias-hias atau kertas-kertas ni, takut rosakkan harta benda orang. Jadilah saya beralih kepada keje outdoor. Mesin rumput, tebang pokok, bancuh simen, toreh getah, cuci kete, main bola haha. Bersukan saya suka sebab semua orang akan berpeluh, jadi nampak la sikit kita takde beza hihi. Tapi tak semua sukan sesuai, antaranya tarik tali. Memang tak cengkam langsung kecuali pakai tepung.

 

Saya takleh bayang macam mana nanti bersalaman dengan tok kadi. Mesti nanti tok kadi kata awak gugup ke. Saya tak suka kalau orang kata saya gugup walaupun sebenarnya tidak huhu. Kalau gugup lagila..😂😂

Kalau tengok movie kalau ada scene nak jatuh bangunan atau gaung heroin berpaut kat tangan hero kan. Saya kata kalau hero tu saya dah lama awek tu jatuh mati sebab tangan licin haha

Orang yang dah lama alami benda ni dia akan tahu kawal benda ni. Sebab secara sedar atau tak pasti ada keadaan atau kondisi menyebabkan ia berlaku dan berhenti. Antaranya kena tahu teknik kawal pernafasan, minda dan fikiran. Walaupun tak menghilangkan at least ia mengurangkan. Lain orang lain keadaan tindakbalas tubuh dia, cuba korang perhati atau kaji bila waktu atau apa keadaan yang buat tapak tangan atau kaki tu jadi normal. Bila dah tau, buat eksperimen sama ada ia betul2 mempengaruhi atau kebetulan. Panjang pulak nak baca kan ? 🙂 Yang ada benda ni pasti tapak tangan dia mula basah bila baca post ni kan 😊 takpe rilek dulu, lap dulu hihi

Saya pun nak taip panjang lagi, tapi phone dah basah hihi

Tapi orang yang sama macam saya ni dia beruntung kulit dia lembut dan cantik macam pompuan walaupun macam keja kasar dia buat. Biasa dah dengar bila salam oh lembutnya tangan. Dia jugak boleh buat magik tunjuk kat anak buah kertas melekat kat tangan😁Lukman Al-Hakim Hamdan

Via:The Alternatif



Sumber “Saya takleh bayang macam mana nanti bersalaman dengan tok kadi nanti”

“Aku menyesal ceraikan isteri pertama” – Tahniah isteri pertama kerana berjaya mengharungi ujian hidup

$
0
0

Perkongsian oleh Puan Nor Azniza. Semoga menjadi pengajaran kerana sesuatu hubungan rumahtangga menjadi renggang apabila pasangan gagal mengambil berat di antara satu sama lain. Baca lagi:

“Aku menyesal ceraikan isteri pertama” - Tahniah isteri pertama kerana berjaya mengharungi ujian hidup

“Aku menyesal ceraikan isteri pertama” – Tahniah isteri pertama kerana berjaya mengharungi ujian hidup

Kisah rumahtangga…. diceritakan oleh seorang teman kepada saya.

Encik Ali berkahwin dan Puan Suraya selama 10 tahun dikurniakan anak seramai 4 orang. 9, 7,4,2 tahun.
Puan Suraya ibu berkerjaya seorang guru.

Manakala Encik Ali seorg pembantu farmasi dan sekarang sudah menjadi pegawai farmasi setelah lulus pengajian degree.

Kesibukkan Puan Suraya mengasuh anak-anak dan berkerjaya membuatkan Puan Suraya kepenatan. Ditambah pula beliau hamil kali ke5…. tiada pembantu rumah. Mengharap ehsan suami untuk membantu.

Di tempat kerja Encik Ali dipertemukan pembantu farmasi muda, alia…terpikat dan jatuh cinta.

Tak lama diketahui isteri beliau.

Permulaan, Puan Suraya merasa sedih. Namun, dia muhasabah diri. Dibenarkan si suami berkahwin. Dan syarat…Tidak tinggal satu tempat, satu daerah, satu negeri…. Puan Suraya, memohon pertukaran. Ingin bercerai. Tak sanggup demi anak-anak.

Sepuluh tahun kemudian. Encik Ali mengadu kepada rakan setugas betapa cemburu dengan kehidupan tenang isteri pertama. anak-anak sudah besar. Isteri dan anak-anaknya selesa bercuti ke sana ke mari. Tidak perlu berjaga malam menjaga anak kecil….

Isteri ke2 tidak berjaya menyusukan anak-anak. Kos semakin meningkat. Tidak seperti anak-anak isteri pertama , isteri pertama menyusu badan. Jadi beliau tidak perlu bangun malam membuat susu. Banyak perkara yang banyak dijimatkan ketika bersama isteri pertama. Sekarang beliau menyesal perkara 10 tahun yang lepas.

Senyum dalam hati mendengar cerita itu.

Tahniah isteri pertama kerana berjaya mengharungi ujian hidup.

Sumber: TA



Sumber “Aku menyesal ceraikan isteri pertama” – Tahniah isteri pertama kerana berjaya mengharungi ujian hidup

“Dah lama tak jenguk mak…” – Sedihnya lihat anak yatim ini menangis kerana rindukan ibunya

$
0
0

Agak berat jari ini menaip untuk berkongsi kisah ini.

Dalam kelas saya ada seorang anak yatim, namanya Ikmal yang kematian ibunya Feb 2016 lalu.. seorang yang murah senyuman.

 

“Dah lama tak jenguk mak…” - Sedihnya lihat anak yatim ini menangis kerana rindukan ibunya

“Dah lama tak jenguk mak…” – Sedihnya lihat anak yatim ini menangis kerana rindukan ibunya

 

Semalam saya cari dia sebab tak masuk kelas, rupanya dia sedang menangis di Masjid.

Katanya semalam dia mimpi maknya datang dan usap kepalanya 3 kali, Dan berkata dah lama tak jenguk mak.. dia nak ziarah kubur maknya.

Saya dapat keizinan mudir (maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi, MATIN Perlis) untuk bawa Ikmal ziarah kubur maknya di Kampung Tanjong.

 

Tak dapat menahan kesedihan melihat Ikmal yang terlalu rindukan maknya. Saya cakap, mak Ikmal sedang bahagia di Syurga sekarang. Ikmal kena belajar rajin-rajin sampai khatam hafal Quran 30 juzuk, jadi anak soleh.

Doakan Ikmal dapat hafal Al-Quran. Hadiahkan Al-Fatihah buat ibunya Rosni Binti Jusoh. – Ustaz Khalil Khusairi Zainol

 

Sumber: TA



Sumber “Dah lama tak jenguk mak…” – Sedihnya lihat anak yatim ini menangis kerana rindukan ibunya

Akim dan Stacy beri nama Eshaal kepada anak perempuan mereka

Viewing all 42763 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>